Tak ada perempuan di dunia ini yang berkahwin untuk bercerai. Tak ada. Kahwin dan hidup bahagia bersama hingga nafas akhir. Itu harapan Zira pada perkahwinannya dengan Zainal. Namun panas yang diharapkan sampai ke petang rupanya hanya anganan. Dalam diam dia dicurangi. Suami menyulam cinta lama dengan bekas kekasih hati.
Pengakuan Zainal yang dikahwini sejak lima tahun lalu buat diri rasa bagai dihempap runtuhan gunung.
“I kahwin dengan you sebab mak I. I memang tak lernah cintakan you, Zira. You pilihan mak I. Bukan pilihan hati I. I minta maaf, Zira. Tapi I tak boleh tipu hati dan perasaan I.”
“I dan dia akan bernikah dalam masa terdekat.” -Zainal Rauf
Kejamnya seorang suami. Sudah ditetak dengan kecurangan, dicincang lumat pula dengan kata-kata paling pilu. Sampainya hati seorang Zainal.
Hidup harus diteruskan. Berpisah jalan terbaik. Jadi janda sampai mati seribu kali lebih baik dari menjeruk rasa berkongsi kasih. Hati sendiri harus diutamakan. Dia reda dengan takdir yang tertulis. Dan takdir hidup menemukan Zira dengan si dia.
“Saya Amir Rashid. Panggil Amir.”
Amir yang misteri bagaikan malaikat penjaga. Sentiasa muncul kala diperlukan. Zira selesa. Zira bahagia. Dan kala Amir melamar, Zira jadi tak tentu hala!
“Sudi tak awak bina bahagia dengan saya, Zira? Bahagia yang kekal hingga ke akhir nafas?”
Zira mahukan Amir, tapi lelaki yang penuh tanda tanya itu buat dia ragu biarpun abah dan mak sudah terlebih dahulu setuju Amir sebagai menantu. Amir...siapa awak sebenarnya? Tolong jangan buat saya macam ni.
“Kahwin dengan saya. And you will know everything about me, sweetheart.”
Benarkah hati Zira milik Amir? Pada Amirkah harus diserahkan hatinya ini?
5* untuk rating novel ni. Anehkan jika nak dibandingkan rating saya buat beberapa novel dia yg lain. Ya kerana dalam novel ni April Snow telah keluarkan dirinya dari gaya penulisan dia yang terdahulu. 3 novel terakhir dari dia mmg saya tak baca jadi tak tahulah olahannya berubah sejak bila.
Walaupun jalan cerita dia tiada banyak perbezaan dari novel yg berada di pasaran tapi kelainan dlm penulisan dia kali ni buat saya tertarik dari mula pembacaan. Bila dah mula susah betul nak lepaskan.
Zira seorang isteri yg dicurangi suami. Di ceraikan kerana ego seorang lelaki. Zainal tamak ingin memiliki kedua2nya tapi tegar mengatakan tiada cinta buat isteri. huhh? Tak cinta tapi tetap melayan nafsu..pelik betul lelaki ni. Angkara hasutan kakak Zainal yg tak sedar diri bahawasanya dia juga pernah berada di situasi Janice (kekasih lama Zainal) terlerailah sebuah lagi ikatan. Itupun kerana Zira menginginkannya. Tiada babak airmata di sini cuma sedih, terkilan dan geram je.
Namun apa yg saya bangga, walau kecewa dgn perpisahan dan sikap Zainal yg sering menuduhnya melulu, Zira bangkit menjadi seorang yg lebih cekal. Dia seorang pejuang. Jika sebelum ini dia lebih mendiamkan diri, sekarang tidak lagi. Saya suka cara dia mengatasi masalah yg datang dan tiada banyak main tarik tali bersama Amir. Babak yg paling epic bila dia belasah Janice..Fuiyoh..kalau saya mmg teruk lagi perempuan tu kena. Perasan cantik, seksi dan terlebih bijak. Package luaran dah lengkap tapi ahlak zero giler. (Bab ni mmg saya dancing2 kat rumah sampai melonjak2..Happy sangat..takdelah style gedik. Kat rumah je berani buat scene. 😂😂😂)
Amir ni kira perfect package head to toe, in and out plus kaya meaning tersangat2 kaya..boleh beli rumah bungalow 10 buah untuk saya di Singapura ni. Yg harga lebih 10 juta. 😘😘😂😂 Gurau je. Janice pun tergiler2kan dia. Cuma bila dia banyak berahsia..bengang jugalah. Zira pun bila people asked to play along amat blur. Part ni mmg ada sikit geram..Ya lah Zira clueless pasal Amir. Jika nak tahu apa2 hal Amir, Amir akan kata :
"Kahwin dengan saya dulu, baru saya beritahu apa yang awak nak tahu." (ayat sikit lebih kurang lah)
Yg buat watak Amir dapat 5* sebab dia sentiasa ada. Jadi pemerhati dan penyelamat dalam diam sejak Zira bercerai. Sangat tenang, memahami dan penyayang. Cuma Bab Zira suap Zainal makan je baru dia rasa marahnya hampir kemuncak walhal biasanya dia boleh control. Namun dia akhirnya beri silent treatment to Zira agar Zira boleh muhasabah diri.
Overall, cerita ni mmg bestlah. Watak utama almost perfect 10. Tak stress dengan kisah perpisahan 7 -10 tahun lepas tu sambung balik only to berpisah lagi 2-5 tahun lagi..then sambung balik only to sekali lagi berpisah beberapa minggu or bulan kerana kecil hati atau merajuk barulah nampak bayang menuju happy ending. 😊😊
Permulaan yang buat F rasa nak lempang Zainal dan Kak Long.
Zira lawan jugak tapi kadang² ayat kak long tu umpama belati yang menghiris hati. Keji gila perangai dia. Jahat betul mulut!
Cakap pun pandanglah diri tu dulu. Ingat bagus. Zainal pun sama. 5 tahun ko tipu Zira. Apa jahat sangat perangai ko ni.
Pengakhiran satu je nak cakap padanlah muka ko. Aniaya orang lagi. Kak Long tu patut laki dia ceraikan je.. dah la mulut jahat cam setan. Isshh sakit lak hati F
Watak Amir ni Allah.. buat F tersengih². Apa lah elok sangat perangai Amir ni. Sejuk perut ibu dia mengandungkan Amir.
Happy for Zira bila dia kahwin dengan Amir. Cuma tu la 1 sikap Zira F kurang minat. Patut tunggu jela Amir sampai.. sibuk nak tengok Zainal bila kak Ngah called. Kak Ngah pun satu.. Zira tu dah berlaki. Tunggu jela ni suh Zira datang pujuk Zainal.
wahhh... serius akak bagitau. jangan marah tau. akak sebenarnya dah lama tak baca karya puan penulis April Snow.. yalah, mungkin sebelum ni akak salah pilih masa baca karya puan penulis buatkan akak rasa sangat jauh ketinggalan dengan kisah yang dicoretkan bila baca. tapi yang ini, wahh...
ok, tema - curang. apa perasaan seorang isteri bila sesudah lima tahun berkahwin suami beritahu tak ada perasaan langsung? kahwin sebab pilihan mak. pulak tu dah bertemu kembali cinta hati lama dan dah pun jalin hubungan dekat setahun. kemungkinan besar rasa nak menghempuk tu ada, kan? zira, si isteri yang selama ini sangat menyanjungi suaminya, zainal menjadi mangsa. remuk hatinya. tambah remuk bila kakak iparnya sama naik, mencucuk suaminya agar membencinya. fitnah, mengadu domba buatkan zainal percaya apa saja kata kak longnya. jahatnya!
zira bangkit. dia tahu yang dia dah tak boleh harapkan apa-apa dari suaminya. dari dituduh dan difitnah bukan-bukan dia mengalah. mengalah bukan bererti dia kalah. di hari perceraian, dia terserempak dengan amir. terserempak lagi dan lagi di hari-hari seterusnya hingga amir meluahkan untuk mengahwininya berkali-kali. mana nak tahu rupanya zira cinta pandang pertama amir. dan cinta itu langsung tidak boleh dilupa...
kemas olahan dan garapan puan penulis. sebenarnya akak seram. satunya puan penulis ni akak perasan yang lebih suka guna naratif dari dialog dalam penceritaan. untuk permulaan kisah ini begitu juga. tapi kali ini naratifnya sangat terjaga dan teratur. menyeret pembaca masuk ke dalam kemelut hati zira. dan kemudian perlahan-lahan dialog makin bertambah bila watak amir mula mengambil tempat. lantasnya, hatiku dicuri untuk membaca hingga perkataan terakhir. idea yang sangat menarik bersama perkisahan yang sangat terjaga susun atur oleh puan penulis.
jodoh pertemuan semuanya aturan Allah. bila yang pertama tak menjadi makanya bukanlah makna dunia berakhir. bangkit dan teruskan kehidupan. rahsia rumah tangga tak seharusnya menjadi jaja cerita pada yang lain. bila hormat pasangan maknanya sama menjaga kasih dalam rumah tangga itu sendiri....
Love this novel to the max! Jika anda ingat sebelum ini saya sangat-sangat kecewa dengan dua buah novel writer iaitu ABE & APYKS, namun utk novel kali ni serius saya terkejut sangat sebab writer bawak banyak kelainan. Sejujurnya saya pun main redah je beli sbb mmg minat dengan novel-novel keluaran TK, tak letak high expection utk novel ni. Jadi redhoooo jelah kalau jln cerita tak menepati jiwa saya.
Saya tabikkk spring dengan ketabahan Zira selepas Zainal (laki tak guna tu) gatal nak kahwin lain, dan juga kaklong Zainal (rasa macam nak bagi pelempang je kat kaklong tiap kali dia hina Zira) berkomplot nak singkirkan Zira dari hidup Zainal. Kehadiran Amir (aummmm..) bagi sinar harapan buat Zira utk menerima cinta baharu, dari Amir yang penuh dengan perancangan dan kejutan. Saya pun suka dengan watak bekas mentua (mak Zainal) dan mentua Zira (mummy Amir) yang kaya dengan kasih sayang, walaupun masing-masing orang berada, namun tak sombong. And i would love to give a big applause to Zai (Zira's bff yang gila-gila) sebab sentiasa bagi sokongan moral selepas kejatuhan rumahtangga Zira yg pertama.
Ada jugak beberapa typing error dalam novel ni, namun bagi saya masih boleh dibaca dengan lancar. Harap the writer and editor boleh perbaiki lagi utk manuskrip akan datang.
Okay, macam biasa, buku ni dah terbit tahun lepas lagi, tapi ku baru baca sekarang. So, ku rasa macam banyak sangat buku bertema seperti ini yang kubaca dalam masa terdekat ni. So, jalan cerita pun agak predictable. .
Zainal dan Zira dah kahwin selama 5 tahun. Pilihan keluarga. Masih belum dikurniakan zuriat. Suatu hari, Zainal mengaku yang dia curang. Dia bercinta semula dengan bekas kekasihnya. Kalau ikutkan, Zainal tak nak ceraikan Zira, tapi Zira bertegas. Lepas je dijatuhkan talak, Zira hampir dilanggar oleh Amir. And the rest is history. .
Tapiii, yang special tentang novel ni ialah, kebiasaannya mertua yang menjadi punca perceraian, tapi dalam ni, kaklong Zainal la puncanya. Entah apa la dengkinya ngan Zira. .
Dan karakter Amir yang misteri. Dia sentiasa 1000 langkah di hadapan Zira. Bila dia jatuh cinta kepada Zira dalam masa Zira masih isteri orang, dia berdoa kalau ada jodoh mereka, pertemukan mereka dalam keadaan Zira bukan isteri sesiapa. Bila dah jumpa, dia terus bentang plan, nak pikat hati Zira. Pada masa yang sama, identitinya masih menjadi rahsia. .
So, sepanjang baca novel ni, memang curious, siapakah Amir Rashid ni?
Cerita ni, aku suka tang zira yg bukan cembeng bila kena tinggal dgn lali taaaguna dia miang nak kawen lain. Tak pernah cinta tapi ko sedap gak dgn zira. Ngok punya lelaki sama dgn kakak dia yg gila tu. eloklah cerai.
Untuk perubahan olahan, aku sebenarnya tak suka baca olahan mcm ni. Haha. Lain org lain selera ya dak. Untuk percubaan pertama (tak silap) ko memang berjaya beb. Good luck utk karya yg seterusnya.
Hoyeayyy...saya dh selesaikan DA..ehh #Tashi..😁 yg saya suka..zira tk lemah n menyerah wlu dia bagai ditekan dgn karenah zainal dan kak long kawasan..opsss yg saya meluat...zainal yg perasan bagus padahal pengecut! jantan half boil egg..gitulah kan? yg saya benci..kak long Hana..apa hal dia nih ya? penyakit hati dia..kuss aiii..jenuh nyumpah dia dlm hati weh! yg saya sakit hati.. janice yg berlakoonnn...baik punya! hadap ko zainal dpt yg cantik tp plastik! isk isk kesian... yg saya kagum...ex mentua zira...sedia dgar dua pihak tanpa buat apa2 penilaian awal..mak cik mmg best arr! yg saya sedih..emak dan abah zira! menangis baca part zira bg tau dia n zainal nk berpisah! dpt rasa kecewa mereka pd zainal..tk apa mak cik pak cik..jantan cam tu tk rugi hilang! yg saya angkat tabik..zai, sahabat baik zira..tk ramai cam zai..zai yg sokong zira waktu sedih n hepi..yg dorong zira mnjd kuat hadapi ujian..sgt akrab..dh mcm keluarga sndri..kdg keluarga sndri pun tk buat camni! huhu yg saya terpaut hati..DA yg tulus menyintai zira! 5thn beb menanti! hati mana tk terpaut dgn cara DA memikat..penuh kelembutan dgn seluruh perhatian diberikan...perasaan sukakan zira tk disorok langsung!..sgt lelaki okay! yg saya tersenyum gembira...AmirZira..berkasih syg dlm bahagia..menyulam cinta dlm ketawa....romantiknya DA hanya DZ yg rasa! auwww... yg saya puashati...zainal, kak long n janice..dpt pelajaran dlm pengajaran..sesalnya dibawa sehayat hidup! itu yg korang pilih..kan? ***** utk AS..awak berjaya dgn TASHI..buat saya bagai dijampi membacanya! antara novel yg bagus dr gaya citer dan bahasa..sesuai lapisan umur! baik lelaki @ perempuan...belilah Tashi dan anda pasti sukainya! 😍😘
Apa yang saya suka pada naskhah ini... Heroin yang tak lembik! Walaupun situasi heroin yang boleh dikatakan... dia berada di kedudukan terpuruk dalam roda kehidupannya, dia digambarkan sebagai srikandi yang tetap teguh menentang badai yang melanda jiwanya. You go girl!
Apa yang saya kurang gemar... Pengulangan ayat/phrasa Andai penulis bijak mengolah ayat bagi menggambarkan situasi yang sama dalam bab yang berlainan, pastinya naskhah ini lebih menarik pada saya. Bukannya 'copy & paste' sebijik-sebijik.
Lain-lain komen?? Ada la dua, tiga benda yang mungkin pada orang lain ok ja... Esp tentang watak hero dalam naskhah ini... (jadi saya kiv bahagian yang saya rasa anda tidak setuju dengan saya... hikhikhik)
Amir the man with many surprises..mmg byk sgt surprise amir ni..hehehe
Love this story from the start till the end..once u start reading it u will never want to put down ur book coz u eagerly want to know what happen next..i’m sure u will surprise like zira also
Some editing error can be fixed but not to much..jgn risau itu tidak menganggu jln ceritanya..this is the typical me..mata ni dah alert sgt klu ada spelling issue & ayat x brp kena...hehehe..no big issue & no hard feeling ok 😉
Keep it up writer..jatuh cinta sgt dgn Amir Rashid ni 😍😍
Jalan cerita novel ni menarik Mengisahkan tentang kecurangan suami Dan kemuncak cerita best bila mana kemunculan Amir . Penulis bijak menimbulkan tanda tanya yg mendalam tentang misterinya identiti Amir ...