“Kalaulah Najla ni Mila atau Kak Shidah, adakah mak dan ayah akan buat macam ni juga? Pilihkan bakal suami untuk mereka?”
“Kak Shidah kamu kan dah kahwin…”
“Kalau Mila? Mak tergamak ke kahwinkan Mila seawal ini dengan orang yang kerjanya jual ayam aje?”
“Najla, mak dengan ayah sayang semua anak-anak sama aje. Baik Najla, Mila mahupun Kak Shidah, semuanya mak sayang.” Suara Hajah Karimah sudah bertukar serak. Hatinya sedikit sebak kerana daripada pertanyaan Najla itu, tahulah dia yang Najla masih meragui kasih sayangnya sebagai seorang ibu.
“Tak apalah mak. Itu aje yang Najla nak tanya. Kalau dah itu kata mak, Najla terima walaupun hati Najla ni kuat mengatakan kalaulah Najla ni Mila, mak dan ayah takkan tergamak buat keputusan macam ni.” Najla menolak kerusi ke belakang sebelum menaiki tangga untuk kembali ke bilik. Hajah Karimah memandang belakang Najla yang sudah berlalu dengan mata yang basah.
Tanpa sebab yang kukuh, ayah Najla memaksanya berkahwin dengan sepupunya, Firhad, baru boleh sambung study. Najla yang baru lepas habis SPM memberontak, namun pilihan nya jika nak sambung study, kena kahwin dulu. Najla dibersarkan oleh atuk dan neneknya, sebelum dijaga balik mak ayahnya selepas atuk neneknya meninggal. So, Najla ni macam tak rapat la dengan mak ayah dia... sampai cakap mak ayah dia tak sayang dia. Akhirnya, kahwin juga Najla. Mula2 benci, tapi lama2 suka kan.. Wani, sepupu Najla tak habis2 dengki dengan diorang, sampai sanggup jumpa bomoh nak pisahkan. Tapi, semua tak berjaya la.. Last2, masa ayah Najla sakit baru tau kenapa die kena tinggal kat kampung dulu..
Saya tak tau la timing tak kena ke ape, or mood membaca da merudum tapi buku ni... macam tak kena je ngan jiwa. cam ada something wrong. dari segi olahan penulis, ok je saya rasa.. tak de la meleret ke apa.. ayat pun biasa je, kire boleh layan. cuma, mungkin jalan cerita yang agak predictable, konflik yang seakaan tak kesampaian, n agak klise kot. bukan tak suka n bukan jugak tak suka, tapi tak de yang betul2 berkesan kat hati.
Baca pun laju je, tak de la lompat sangat tapi tu la.. apa pun kire ok la nak baca sekali.
n, tak dapat relate tajuk dengan jalan cerita.. selain memori masa Najla kecik kat prolog tu.
ada yang beritahu, karya puan penulis Rissa Ahdiya yang ini banyak yang isinya klise. ok. jom kita try buat senarai.
1) najla dijaga oleh tok aki dan nenek, jadinya dia adalah cucu kesayangan. so, ada je yang cemburu. tapi adalah juga seorang budak lelaki yang kira macam tukang pujuk bila dia sedih. siap bagi kucing tu...
2) bila dah remaja, tok aki dan nenek meninggal, najla kembali ke pangkuan mak ayah. tapi dia sering tuduh mak ayahnya tak sayangkannya.
3) kena KAHWIN PAKSA! firhad pilihan haji lutfi untuk anak daranya yang sering memberontak itu.
4) kahwin sebelum sambung belajar atau duduk je rumah, takyah pi memana. itu pilihan yang diberi oleh haji lutfi. kesian jugaklah najla. sungguhpun selalu merungut tapi dia masih hormat mak ayahnya. cuma dia pendam segala kepedihan dalam hati.
5) wani, watak antagonis. sepupu najla yang sering cari pasal. malas kerja, malas belajar, malas buat kerja rumah, segalanya malas. yang rajin, mengendeng kat firhad - jejaka pujaan hatinya. mulut boleh tahan. asyik jaja keburukan najla. fitnah nombor satu.
6) dah kahwin, nak buat stail kahwin paksa dalam novel. ehh.. memang novel pun ni. hehe.. tapi firhad berkeras. nasib baik najla ni dengar juga kata.
7) tak puas hati, guna bomoh nak runtuhkan rumah tangga orang. bengong wani, tak memasal dia tempah bala untuk diri dia sendiri.
9) mengandung tapi tak nak bagitau suami, konon suami ada agenda sebab kahwin dengan dia. cis...
10) ayah sakit buah pinggang. anak nak derma buah pinggang tapi mengandungla pulak. so, muncul lah hero penyelamat bapak mentua...
nak akak senaraikan lagi? hehe... TAPI kalau korang nak tau, klise inilah yang membentuk sebuah novel TULIS NAMA ATAS BATU yang SANGAT SEDAP UNTUK DIHAYATI dari awal hingga akhir kisah. kalau tak nak baca kemelut kehidupan yang disampaikan secara fiksyen, tak payah hadap novel. hadap surat khabar. olahan dan susunan cerita yang cantik sebenarnya oleh puan penulis.
inilah rentetan dugaan kehidupan yang realitinya ada kalangan kita tempuh. bersyukurlah atas kenikmatan yang kita rasai.
kalau tak dapat jadi batu permata, jangan jadi batu api. ingatlah batu nisan yang sentiasa menanti.
Bertemakan kahwin paksa, hampir keseluruhan jalan cerita tak lari dari kebanyakkan novel yg berunsur sama walaupun ada sedikit kelainan pada permulaan cerita (ketika Najla masih kecil). Dan saya masih tak faham apa kena mengena tajuk novel dengan jalan cerita. Okey, mungkin Najla yg ketika kecil pernah berkata yg dia nak tulis nama orang2 yg dia sayang di atas batu, tapi bagi saya itu tak cukup kuat untuk mengaitkan tajuknya dengan plot novel ni.
Kisah yang ohsem.. Seoarang anak yang merasakan dirinya tersisih kerana tidak dijaga ibu dan ayahnya.. Kemudian dikahwinkan pula pada usia yang muda.. Namun kematangan Firhad dalam menguruskan Najla berjaya menjadikan Najla matang.. Walaupun cliche namun olahan penulis sangat menarik untuk dibaca.. Tidak meleret dan menjadikan hubungan suami isteri itu seperti sepatutnya.. Tidak ada adegan perjanjian yang bukan-bukan ataupun tidur berasingan..
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM13. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
It was just too cliche for me.
N sangka novel ni is a debut novel by the author, tapi rupa-rupanya tidak. For an author yang sudah menerbitkan dua buah novel sebelum ini, N kira ia sangat amateurish; seolah-olah all the cliche in novel dimuntahkan semula ke dalamnya.
Apa yang lebih memeranjatkan adalah N pernah baca satu novel by this author and I happen to really liked that novel.
Plus, I don't understand the title at all. Pada N, ia takda kena mengena langsung dengan jalan cerita.
Tulis nama atas batu. Nama yang ditulis ialah 'Stoking'. Kucing yang diberikan oleh seorang budak lelaki ketika Najla berumur 6 tahun.
Atas desakan kewangan dan kesihatan Hj Lutfi dan Shidah, Najlah yang baru lahir ditinggalkan bersama dengan Hj Idris dan Hjh Munah. Pasangan ini adalah tok aki dan nenek Najla. Tapi Najla memanggil mereka mak dan bapak. Mereka yang menjaganya sehingga ke nafas terakhir mereka. Setelah Najla berusia 12 tahun, mak dan ayah kandungnya pula menggalas tanggungjawab. Najla kesal dengan tindakan Hj Lutfi yang merancang menjodohkannya dengan Firhad. Lelaki yang tidak dikenalinya. Tambahan pula dia baru habis SPM, umur baru nak masuk 18 tahun.
2 minggu setelah Firhad menerima lamaran Hj Lutfi. Firhad menghantar rombongan merisik. Merisik dan meminang diadakan sekali arung. 2 bulan kemudian, nikah akan dilangsungkan. Syarat untuk Najla. Jika dia ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di IPTA, dia perlu menerima calon pilihan Hj Lutfi. Najla reda dan lagipun dia tidak berani menolak arahan ayahnya. Firhad, usahawan berjaya, penternak ayam dan pengusaha ayam proses. Anak tunggal Mak Ngah Siah.
Pada mulanya sukar Najla ingin menerima Firhad. Namun akhirnya dia akur yang dia cemburu melihat kemesraan Firhad dengan wanita lain, Lili dan rakan sekuliahnya, Nisa. Di Pulau Pangkor, menjadi saksi bahawa mereka telah benar-benar menjadi suami isteri. Ujian melanda mereka, Wani mengambil khidmat Tok Hitam untuk merobohkan rumah tangga Najla dan Firhad. Firhad mudah naik marah apabila lihat wajah dan dengar suara Najla. Atas nasihat Bilal Nasir dan setelah berubat dengannya, Firhad kembali pulih. Hubungan mereka diuji lagi dengan kata² Wani bahawa Hj Lutfi membayar sejumlah RM25K kepada Firhad sebagai upah mengahwini Wani. Kali ini, hubungan mereka melarat, Najla sekalipun tidak mahu mendengar penjelasan Firhad.
Melihat pucatnya wajah Najla, Aimi menyarankan Najla buat ujian kehamilan. Kit menunjukkan yang dia positif mengandung. Diam Najla sehingga satu hari Najla ditemui tidak sedarkan diri di atas katil. Akhirnya, Firhad tahu setelah tanpa sengaja terpijak kit ujian itu semasa barang² di dalam beg Najla bertaburan. Seharian di wad, Najla insaf dan kesal akan tindakannya. Dia rasa dirinya tidak bersyukur dikurniakan suami sebaik Firhad. Hubungan mereka kembali baik.
Wani yang tidak tahu apa lagi cara untuk menguggurkan janin di dalam rahimnya, secara tiba² mendapat idea. Dia perangkap Firhad. Firhad dituduh oleh Pak Uda bahawa dia cuba merogol Wani. Wani yang ketika itu menjerit meminta tolong. Pening dengan apa yang berlaku dan demi menjaga maruah keluarga dan suaminya, Najla setuju dengan cadangan Pak Uda untuk mereka bernikah. Esoknya, Firhad tekad untuk tidak ingin menunaikan janji yang dibuat Najla. Dia meyakinkan Najla, Mak Ngah Siah, Hj Lutfi dan Hjh Karimah bahawa dia tidak bersalah dan sanggup dirinya dilaporkan ke pihak polis untuk siasatan lanjut.
Ketika Wani hendak mencari makanan di dapur kerana lapar pada tengah malam, dia terjatuh dari tangga. Terbongkar rahsia dia mengandung hampir 3 bulan. Terkejut kedua mak dan ayahnya. Malu. Tuduhan ke atas Firhad digugurkan oleh Pak Uda. Baiti menjelaskan apa yang berlaku telah membawa kenapa penangkapan Tok Hitam oleh pihak polis.
Hj Lutfi dimasukkan ke hospital setelah buah pinggang yang tinggal gagal berfungsi. Najla terkedu dan tidak tahu menahu yang ayahnya telah sakit sejak 18 tahun lepas. Dia ingin mendermakan sebelah buah pinggangnya tapi dilarang oleh pihak hospital kerana Najla mengandung. Firhad secara sembunyi menawarkan diri dan menjalankan pengesahan. Buah pinggang Firhad sesuai. Pada hari pembedahan, terkejut Najla apabila terlihat Firhad yang berada di atas katil dalam keadaan lemah, ditolak keluar dari bilik bedah yang sama.
Kisah perkahwinan yang diaturkan oleh ibu bapa. Gadis yang baru habis SPM diminta oleh ayahnya untuk bernikah. Kesanggupan lelaki untuk menggalas tanggungjawab menerima gadis yang belum layak untuk memegang status 'isteri' dan mendidiknya.
Najla walau usianya muda tapi status 'isteri' dan 'ibu' menjadikan dirinya wanita matang seiring dengan tanggungjawab yang dipikulnya.
saya prefer lagi bahagia yg tertangguh.. kawen paksa, ada langau... even thou its not heavy conflict, untuk menghabiskan masa, it seem a good choice.. but i love the hero.. gentleman, and amik tanggungjawab dgn serius..
Untuk sampai pengakhiran yang bahagia sebelum tu kena hadap dulu konflik yang bermacam ragam. Jenuh menahan rasa kalau dah tak tertahan stop bagi 'cool' dulu lepas tu baru sambung balik haha.
Novel Tulis Nama Atas Batu ni mengisahkan tentang hidup Najla yang penuh dengan konflik. Konflik dengan kedua ibu bapanya sebab keadaan yang tidak menyebelahi nasib mereka maka terjadilah satu perkara yang tidak di inginkan yang terpaksa dihadapi.
Tak cukup dengan tu tambah pula konflik kena paksa kahwin diusia yang masih mentah dengan lelaki yang dia tidak kenali. Pendekkan cerita hidup Najla berubah bila dia dikahwinkan dengan Firhad. Tapi perkahwinan mereka juga dilanda dengan pelbagai dugaan.
Sebab rasa cinta dan sayang yang sudah mula hadir, mereka mampu juga untuk terus mempertahankan perkahwinan mereka. Dan dengan usaha Firhad yang ingin menyudahkan konflik antara Najla dengan kedua orang tuanya maka akhirnya terungkai juga segala rahsia yang membuatkan Najla berhenti dari berdendam dengan ibu bapanya sendiri. Bahagia yang selama ini Najla ingin kecapi akhirnya menjadi kenyataan jua.