“Apa yang kau tunggu lagi? Cepatlah masuk kereta,” arah Eiyad dengan nada yang keras.
“Err, tak apa. Aku call Uber,” balas Ara tanpa memandang Eiyad. Tumpuannya masih terarah pada skrin telefon. Sedang membuat tempahan. Eiyad terus berjalan ke arah Ara. iPhone gadis itu dirampas. Applikasi Uber ditutup.
“Mama suruh aku hantar kau,” kata Eiyad tanpa nada.
“Tapi aku tak nak kau hantar aku. Aku boleh pergi sendiri. Kau tak perlu nak ikut cakap mama 24 jam lah Yad...” Eiyad menajamkan pandangannya ke arah Ara. Gadis itu tidak mempamerkan sebarang riak. Wajahnya tampak kosong.
“Masuk dalam kereta kalau kau nak phone kau balik,” ucap Eiyad sebelum berjalan ke arah keretanya. Ara mengetap bibirnya. Perlahan. Lambat-lambat, gadis itu mengatur langkah ke kereta Eiyad. Nak tak nak, dia terpaksa dengar cakap Eiyad. Well, Eiyad kan? Semua benda kena dengar cakap dia. Sikap control freak lelaki itu tidak mungkin hilang daripada dirinya. Ara memilih untuk mengalah. Malas nak bertekak.
“Buat apa hantar aku kalau tak ikhlas?” Dalam tak nak bertekak tu, sempat pula Ara keluarkan kenyataan yang berbunyi sinikal. Pintu kereta ditutup. Sedikit kuat tanpa gadis itu sedar.
“Pintu kereta aku tak bersalah,” kata Eiyad sebelum mencampakkan iPhone ke paha Ara. Sebuah jelingan dilemparkan pada Eiyad. Pintu kereta kau yang kau risaukan? Macamlah kuat sangat aku tutup tadi, gumam gadis itu dalam hati. Tiba-tiba Eiyad mendekatkan tubuhnya dengan Ara. Ara terpempan. Tubuhnya terus disandar rapat ke kerusi. Matanya membulat memandang wajah Eiyad yang hanya beberapa inci di depannya. Buat seketika, Ara terlupa untuk bernafas. Terkejut dengan tindakan tak dijangka Eiyad. Pap! Bunyi tali pinggang keledar dipasang. Dalam posisi yang sama, Eiyad mengerling ke arah Ara.
“I’m not doing this for you. I’m doing this for mama,” tutur Eiyad. Perlahan.
“Call it tak ikhlas kalau itu yang kau fikir,” kata Eiyad seraya menjauhkan tubuhnya dari Ara.
Ara, gadis remaja yang sering memberontak, terlalu mengikut kata hati dan gejolak jiwa remaja. Dia menganggap semua orang salah dan cuba mengawal hidupnya. Kembalinya Eiyad, abang angkat yang dijaga mamanya sejak kecil makin menyerabutkan hidup Ara. Sehinggalah terjadi satu peristiwa, yang merapatkan hubungan mereka. Namun, semuanya berubah apabila Ara mengetahui status Eiyad.
Saya kira, kisah ini dibahagikan kepada dua bahagia; part 1 lebih kepada Ara, masalah dan dilema dia, serta part 2 lebih kepada Eiyad, dan Ara bertindak matang dalam membantu Eiyad menghadapi situasi sukar.
Suka dengan olahan penulis, walaupun merasakan permulaan agak meleret, namun segalanya menjadi titik tolak untuk banyak perkara yang timbul kemudian. So, banyak yang tidak boleh dipandang ringan. Plot juga bergerak pantas, setiap konflik ada sebab dan akibat yang diketahui andai membaca dengan lebih lanjut.
Perwatakan dalam kisah ini juga hidup, saling melengkapi dan tidak terlalu klise. Dapat lihat perubahan dan kematangan setiap watak.
Begitupun, watak papa Ara agak sedikit dan tidak memberi impak, walaupun hakikatnya memberi kesan mendalam kepada Ara. Andai dikembangkan sedikit, mungkin jadi lebih terkesan dan apa sebenarnya yang terjadi dari sudut pov papa Ara. Begitu juga dengan konflik keluarga Wawa, kawan Ara. Namun, mungkin jika diolah, novel ini akan menjadi lebih tebal. Atau, mungkin penulis ingin menumpukan kepada perubahan Ara dan perhubungannya dengan Eiyad.
Apapun, masih ok dan boleh masuk dengan olahan penulis. Meleret pun tak terasa, seperti kata review yang lain. Sebuah kisah keluarga yang sarat dengan emosi dan tidak terlihat try hard untuk terlalu menonjolkan kisah yang luar biasa, namun tetap mampu mengamit emosi pembaca.
Karya Kak Azura setakat ni mmg kena dgn ‘pain’ yang aku suka. ‘Angst’ yg menusuk2 gitu 🤧 Tak tau nak explain. Hahahha.
Cerita kalini macam ada banyak benda nak cakap tp tak sure boleh ke tak sampaikan time tulis review ni hahaha. Karya ni buat aku sedikit mixed feelings. Tp ni aku rasa mostly because of my preferences, sbb aku agak kurang sebenarnya dengan trope yg diorg ni start like siblings but end up in love 😌 So, yeah itu prob aku la kan. So taknak ulas yang itu sangat, cumanya dari segi storyline semua, ada part yg aku rasa agak draggy. Kalau cakap pasal karakter, idk la, semua karakter mcm kinda ‘grey’, tp yelah realistic la jugak sbb diorg ada flaws memasing. Byk la perkara yg diorg buat tu, membuatkan aku mcm questioning their decision. 😅 Mcm nape la kau wat camtu, buatkan aku kesian kat certain2 karakter yg lain, yg terpalit kerana kisah mereka 🥹 Tp itulah hidup kan, mungkin kita hanya ‘rumah singgah’ tiberrr hahahah emotional sikit bahagian ni. For some reason, i can’t fully support their relationship, hahahha. Again, masalah gue. Dan the way it ends pun aku rasa sedikit awkward, mcm aku tak dapat feel ‘the love’ yg ML rasa. 🤔
Tp satu aku kagum la, aku rasa Kak Azura suka go into complex things sbb realitinya bila cakap pasal perasaan dan cinta ni, boleh jadi se’complex’ dlm cerita ni. Buatkan kita tak tau nak salahkan siapa, nak salahkan ML dan FL pun rasa cam takleh sepnuhnya. Senang cite IT’S TOO COMPLICATED guys. 🙃 Bukan sekadar story yg ‘aku suka kau, kau suka aku’ ha gitu. It’s deeper than that, nak tunjukkan kadang nak kenal perasaan sendiri, not as simple as that. Feelings kita ni kdg kita pun tak tau dan tak sedar. Papepun, dari segi angst dan pain tu aku mmg suka. Gonna try buku author yg lain pulak. #emptycanvashida
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM18. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
I like the pace of this story. N rasa maybe akan ada pembaca yang merasakan cerita ni slow and panjang and at times I did feel the same way. But I like it sebab it allows the character, especially Ara to grow. Plus, pengolahan yang baik oleh penulis membuatkan N tak rasa ia lembab dan membosankan.
However, I would like to see a different ending to this story just because N tak boleh nak buy
I think part of the reason why N susah nak hadam wit the ending is because of the slow pace of the story. Hubungan mereka di-establish kan dengan baik, dari benci menjadi sayang sebagai satu FAMILY unit. Had the story was rushed and it wasn't fully formed, penerimaan N on the ending would be more open.
But, despite that, this is still a wonderful story yang N kira agak full-bodied.
Cerita ni takde lah complicated sangat tapi hati yg menidakkan cinta itu buat masalah berlarutan dan rasa diri tidak di cintai. Perkahwinan berlandaskan empathy bukan cinta akhirnya bawa maut kepada salah seorang mempelai yg baru melangsungkan perkahwinan. Whatever it is, happy ending.
Tak tahu nak cakap salah siapa. Ara dan Eiyad, dua-dua aku kesian. Dua-dua payah nak jumpa bahagia. Ara memendam, Eiyad memendam. Masing-masing pendam luka di hati.
Tapi serius sedih masa Ara dah tahu status sebenar Eiyad. Kalau aku jadi Ara pun, aku kecewa. :')
And masa Eiyad cakap...
"Aku minta maaf. I cannot return your feeling."
Ouch, rasa sakitnya hati.💔
Apa-apa pun buku ni tetap best bagi aku walaupun dari mula sampai hampir ke penghujung watak Ara hanya ditemani petir dan kilat.
Tapi akhirnya...
Pelangi untuk Ara itu tetap juga ada. Pelangi untuk Eiyad juga. ;)
'Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari? Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.'
Aku tetap suka dengan kisah ini walaupun agak tak berpuas hati dengan ending yang ciput tu... Rasa macam cepat je habis... Ketika Eiyad dan Ara berbicara dan masing-masing meluahkan rasa yang terpendam, masing-masing dengan perasaan bersalah dan masing-masing mengakui rasa hati yang dah lama terpendam. Terasa lamanya masa yang Eiyad ambil untuk sedar akan cintanya terhadap Ara. Meskipun Nawwal tetap menjadi sebahagian hidup Eiyad.
Kehadiran Nawwal tu macam pengganti kepada Ara. Banyak persamaan antara Ara dan Nawwal. Kalau Nawwal tak ada dalam hidup Eiyad tak adalah Ara nak sedar yang dia dah jatuh cinta dengan Eiyad.
Storyline banyak tertumpu kepada Ara. Seorang yang degil (ini je yang paling aku nampak) berubah menjadi seorang yang bertimbang rasa. Dari kebudak-budakan kepada seorang yang matang. Menjalani kehidupannya sehari-hari untuk berhadapan dengan Eiyad dan dalam pada yang sama memendam rasa hati. Menghadapi kehilangan ayah yang tercinta.
Yang pasti Eiyad tu sweet. Bukan control freak tapi generous care... Ecehhh...
A slow-paced story to begin with.. but once the pace speeds up and the plot kick in, and you'll be unable to put it down. Yes, once this book gets going, it really gets going.
Saya rasa novel ni better daripada Date Me. Walaupun tebal, best jugak. Bagi Ara, Ara + Eiyad = Imposibble. Tapi kalau dah magnet jodoh tu kuat, nak lari ke hujung dunia sekalipun, tetap akan bersama jugak.
Mula-mula baca, aku rasa ceritanya agak slow. Dengan perangai Ara yang rebellious, Eiyad merangkap abang angkat Ara, yang super protective. .
Aku ni dahlah dah lupa, apa tema cerita ni sebenarnya sebab beli pun dah lama, sekarang baru baca. Aku pulak sejenis malas baca blurb. So, yang aku ingat, ni cerita cinta daripada seorang yang berkawan rapat, end up jadi spouses. Tetttt...salah rupanya. Ni sebenarnya cerita cinta antara abang dan adik angkat. .
Macam yang aku tulis tadi, mula-mula ceritanya slow. Ara ni dari broken family. Dia menyalahkan kehadiran Eiyad dalam keluarganya, yang menyebabkan ibunya busy sehingga ibu bapanya bercerai. Sejak itu, dia tak sukakan Eiyad. Eiyad pula sayangkan Ara sebagai adiknya. .
Fast forward cerita, lama kelamaan, Ara jatuh hati kepada Eiyad. Well, siapa yang boleh menafikan aura Eiyad. Eiyad ni baik kot. Tapi perasaan Ara berkecai bila Eiyad memperkenalkan Nawwal, bakal isterinya. .
Dan selepas tu, Ara mula menjauhkan diri. Tapi Eiyad ni blur pulak, dia asyik duk mendekati Ara sebab dia sayangkan Ara sebagai adik, tanpa dia sedar yang Ara sebenarnya cintakan dia. .
Jadi, apakah kesudahan cinta Ara dan Eiyad? .
Sedih sebenarnya bila Ara meluahkan perasaan terhadap Eiyad, tapi cintanya ditolak. sob sob. .
Ending bahagia dorang, seciput je. Rasa macam tak puas hati sebab novel ni bukan main tebal lagi. hahaha .
By the way, aku suka bila Eiyad bagi nota/hint minta maaf dia tu, melalui novel. Jenuh jugak nak habiskan kesemua novel yang Eiyad belikan semata-mata nak tahu clue tu.
wow..i did not expect to like this book very much. sampai bengkak la mata baca sebab sedih..part mana yang sedih sangat pun tak tau. but....one thing I like about ARA is....dia mudah memaafkan orang. that's good kan...although kesalahan tu sangat menyakitkan hati...like when si polan tu cakap "perempuan murahan" and tuduh si ara ni pregnant...yet dengan senang dia memaafkan....something that I need to learn to do it as well...(facepalm) konflik kisah keluarga yang cukup asam garam...kilaf kita sebagai manusia yang selalu menyalahkan sesuatu tanpa bukti..kilaf kita yang mengabaikan anak semata-mata untuk kerjaya. insaf tau....sebab tanpa sedar pernah terjadi.
Overall, cerita ini memang padat gila. Padat dengan rentetan konflik dan mesej. Tapi penulis berjaya untuk smoothkan perjalanan dengan penyampaian yang mengujakan. Pemilihan dan penggunaan ayat yang boleh describe everything sampai aku rasa cerita ni bermakna dan memberikan kesan. Penuh dengan unexpected event. Pembaca boleh relate dengan keadaan semasa dan bila sesuatu yang kita lihat dengan mata kasar itu belum tentu itulah yang sebenar atau terjadi. Selalu ada perkara yang terjadi sebelum perkara itu benar-benar terjadi.
" There's always a little truth behind every "just kidding", a little knowledge behind every "I don't know", a little emotion behind every " I don't care", a little pain behind every "It's okay."
Eiyad jatuh cinta dulu, kemudian perasaannya di'divert' kepada perasaan seorang abang kepada adik perempuan angkatnya. Tahun berganti tahun sehinggalah mereka besar. Kiranya perasaan cinta semakin hilang tapi tidak. Saban hari, ia semakin kuat dalam diri Eiyad. Tapi masih lagi dirinya mengabaikan realiti tersebut.
(Tak mahu explain more about this book, sebab akan panjang)
Hi... sesiapa berminat nak dapatkan buku ini saya nak jual RM20. Sila PM. Tq.
For me,
Firstly aku bagi credit untuk cover novel ni. Cantik sesangat ♥️... Ni novel kedua dari karya Azura Rasiddin yang aku baca selepas Teman Lelaki Upahan. Untuk novel ini aku rasa jalan cerita dia tak complicated sangat. Senang nak hadam.
Cerita ini sebenarnya bertemakan love hate relationship. Antara Ara dan Eiyad. dari benci ke sayang, dari cinta tak berbalas, hinggalah ke cinta terpendam.
"Who am I to you?"-Ara "You are someone that I want to protect, you are someone that I feel responsible for, You are someone that I care about and you are someone that I love."-Eiyad
Aku suka hubungan Ara dengan Huzair, Ara selamba, Huzair lagi selamba giler. Sahabat yang sentiasa ada untuk sahabat dia. Sahabat susah senang, #friendsforever
"Fine. I suka Huzair. We are in love" - Ara.
"Kau cakap kat Syaril yang kau suka aku ke? "Baguslah kalau macam tu. Aku pun suka kau." - Huzair
Huzair, Lelaki yang tak buta dengan cinta.
Dan Dee, Seorang pemberi semangat dan nasihat. Sahabat yang tidak menghukum tak tentu hala.
"It's not a crime to love what you cannot explain" -Klaus. Eh, ni bkn salah review tapi mmg byk dialog The Vampire Diaries dalam novel ni. Aku rasa writer ni minat gila series drama ni kot.
Aku tetarik dengan hidden message dari Eiyad dan Voice letter dari Ara.
"This is what I feel... This is what I try to hide... This is the reason I'm avoiding you..."
Overall, bagi aku semuanya okay. Senang nak relate cerita ini dengan persekitaran kau. Bab namakan kereta dia tu Lolo, betul-betul ingatkan aku kat Bff aku yang seorang tu. Lady Y kalau kau baca kau tahu aku maksudkan kau.
Cuma aku bukan manusia seperti Eiyad. So, bab pendam dan buat hidden message tu buat aku geram jugalah. Walaupun lepas tu aku rasa Eiyad, you so sweet Dan sikap Ara, yang nak lari dari attend wedding Eiyad, Of coz aku tak setuju. Bagi aku better kau tempuh dari kau lari. Tapi, ini bukan pasal aku. Ini tentang Pelangi Untuk Ara.♥️ (less)
Mutiara jernih membasahi bumi. Bunyian guruh bersilih ganti. Warna-warni menghiasi langit nan biru ini. Begitulah juga lembaran kisah gadis bernama Ara dan Eiyad.
Langkah yang beralun menjadi pegun. Benci yang disemai bertukar rasa. Setiap perbuatan mencuit hati wanitanya. Benih cinta mula membuah tatkala ketahui hakikat sebenarnya. Terasa seolah-olah masa terhenti. Seorang yang didamba telah berpunya. 𝑵𝒂𝒅𝒚𝒂 𝑭𝒂𝒉𝒂𝒓𝒂
Sesuatu yang menjalar di relung hatinya. Matanya menikam perilaku si adik tirinya. Berkali-kali dinafi kerana disakiti. Bertemu buah hati persis seseorang yang dikasihi sejak dahulu lagi. Hikayat yang perit apabila duka lara bertandang semula. 𝑬𝒊𝒚𝒂𝒅 𝑬𝒎𝒓𝒂𝒏
Bantuan dihulur seikhlas hati. Bangkit dari mimpi yang ngeri. Menemani dan ditemani. Jauh di sudut hati, masih mengalir rasa hangat cinta buat dirinya ini. Terbongkar sudah isi hatinya. Janggal suasana ditepis semuanya.
Secebis keberanian diluah rasa sebenar. Terkedu namun cuba dikawal walaupun hakikatnya hampir rebah. Persoalan mula merunsingkan fikiran. Benarkah rasa yang menjalar di hati? Mencari sesuatu kebenaran yang disimpan rapi lalu dibentang sewaktu tiba masanya. Cinta dan suka ini sememangnya buat dia.
Rahsia Tuhan itu sebaik-baiknya. Kemustahilan yang menjadi kenyataan. Mahligai cinta terbina buat insan berdua. Perasaan luhur dari hati kecil membawa bahagia. Pelangi buat mereka semua.
Pelangi untuk Ara. Fuh... Lama betul nak tunggu Ara ni jumpa bahagia.
Kata mama...
"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadirkan kita pelangi?"
Mulanya... Character Ara ni sangat annoying. Degil, keras kepala, nakal, liar. Geram je dengan sikap Ara ni! Hati dia dah gelap sangat... Mata dah buta sangat, tak nampak kebaikan Eiyad control dia. Dengan mama dia pun sama, kurang ajar. Dia letak segala kesalahan atas bahu mama dan Eiyad. Buat andaian sendiri... Bila dah salah, baru taubat.
Bila hubungan mereka sekeluarga baik, Ara terpaksa jauhkan diri dari Eiyad. Perasaan dia tak dapat nak kawal. Sebab dia rasa... Eiyad dan dia sesuatu yang mustahil. Tapi bagi Eiyad, dia rasa Ara ni bencikan dia. Macam Ara, Eiyad buat andaian sendiri. Mudah nak kata, untuk Ara dan Eiyad ni nak bersatu... Susah sangat. Sekejap jadi itu ini.
For me, bahagian permulaan a little bit draggy. Part papa Ara tu macam random sangat. And bila writer dah matikan watak tu... Gitu aje pengakhirannya. Kisah papa dia like... Terlampau sikit. Muncul sekejap, and hilang. And papa Ara punya perilaku tu macam... Something wrong tho. Tak sesuai untuk situasi macam gitu.
And penulisan pun... POV Eiyad dalam ni memang tak banyak. So, ada beberapa part yang pembaca tak dapat nak faham Eiyad. Contoh... Part Eiyad yang tunggu dekat Uni Ara and dekat Airport. As reader, i want to know, Eiyad buat apa time tunggu tu. Eiyad rasa apa time tu. Ada pape yang jadi ke time tu. Sebab perasaan Eiyad ni macam kurang diambil perhatian oleh writer sendiri.
Overall... I like how Eiyad confirmkan perasaan dia. Ending dia pun perfect.
Pertama kali baca karya penulis ni, my first impression is not bad. Gaya penulisan yang lancar, with minimal errors. Plot yang agak menarik walaupun tanpa antagonis. Cerita yang lebih berkisar tentang perubahan tahap kematangan FL, dari zaman rebellious hingga zaman dapat hidayah. Juga tentang segala perasaan yang dipendam oleh kedua-dua main characters, yang pada akhirnya membarah dan menjadi punca konflik dalam kisah love-hate relationship ni.
Minus 1.5 ⭐ sebab aku rasa sebahagian jalan cerita predictable, and there's part where i felt like the most of the feelings were so suddenly and out of nowhere, hence making me less excited. And i did feel sorry for Nawwal too. But overall, a pleasant reading!
first novel drpd writer azura rasiddin ..dulu tak pernah terfikir pon nak beli novel2 beliau yg lepas..lepas tengok TLU kat tv...ade niag nak beli novelnye..tapi xterbeli..tiap kali nak beli..nampak novel lain pulak...soo PUA ni decide nak beli lepas tengok komen positif daripada reader..n yesss memang betol..novel ni ade aura dea sendiri..kalau boleh nak hadap je xnak stop2..tapi sebab ade komitmen lain jugak..syabas buat azura rasiddin kerana telah menghadiahkan peminat novel dgn novel yg sangat best..bacalah..memang tak rugi beli..rugi sebab lambat beli..😊
Kisah area dan eiyad bkn adik beradik landing tapi tinggal serumah kerana ibu eiyad amanah ibu area untuk menjaga eiyad. Area menyakahkan eiyad kerana perceraian ibu bapa ara. Eiyad yg terlalu mengongkong ara buat ara rimas. Tampa area sedar ara simpan perasaan ara kod eiyad Dan eiyad sdh Ada tunang iaitu nawwal. Overall best cuma penulis terlalu kerap kuarkan ayat membersihkan tekak buat pembacaan saya terganggu. Overall citer ni o.k
Novel ni for me lebih kpd Ara punya character development dr someone yg quite hot tempered, unpredictable to someone yg matured and responsible.
Tak boleh nak salahkan Ara 100% sbb perangai dia yg unpredictable tu more like environment (broken family) yg lead Ara jadi mcm tu. That's why Ara rase nobody really care/love her so ikut kepala dia la nak buat ape pun.
It would be nice kalau Eiyad punya character dikembangkan sikit dri segi POV dia. But anyway, good story👍
So far, this is the best book I've ever read! Jalan cerita yang tersangatlah menarik! I know some people doesn't like cerita yang sedih sedih tapi yang ni gerenti yang terbaik! So amazing! Banyak kali dah airmata saya tercurah wktu baca novel ni, hahaha. Overall, I really recommend this book. Memang gerenti puas hati!
walaupun novel ni agak tebal tapi takde la rasa cite dia macam meleret sangat. maybe olahan penulis dan susunan plot yg kemas buat novel ni rasa seronok untuk dibaca walaupun kadang tu geram dengan Yad yg tak tahu perasaan sendiri
I get the idea of the story and I actually like how the plot goes. However, the writing is not that great, the ending is too fast pace, and, the English dialogue is berterabur macam guna google translate je... all in all it's still enjoyable and the book cover is gorgeous
Aku buka buku ni, tapi aku rasa sakit bila eiyad perkenalkan tunang dia kat ara. Walaupon benda tu tak betul-brtul jadi kat aku. Tapi terasalah sikit sakit, macam kita dapat tau crush ada girlfriend.