Sesungguhnya, meraikan Antologi Cerpen Adiwarna (ACA) saban tahun, meriahnya bagaikan berpesta. Lalu, kali ini pesta menulis diberi nama Kelip-kelip Kusangka Api.
40 Penulis. 40 Ceritera... Sekerat pantun penuh makna ditafsirkan pelbagai gaya bercerita. Naskhah penuh rencah dan rasa ini, terbang hinggap bercahaya di hati pembacanya bagaikan kelip-kelip terbang malam. Namun... dapatkah ia menyelesaikan sekerat pantun berikutnya itu, terus menjadi tanda tanya? Bukankah, kalau api mana sumbunya, tuan?
40 Pengarang. 40 Citra... Tertunailah hasrat Adiwarna menghimpunkan penulis dan cerita dalam sebuah naskhah berjilid. Kisahnya disusun kemas lagi cantik, bagai orang Melayu menyisip sirih junjung buat dijadikan pembuka bicara.
Hilang ghaib kusangka mati, Kalau mati mana kuburnya, tuan?
Mudah-mudahan ramai yang suka membaca cerpen penuh santun dan tertib. Membaca bahasa yang cantik - tidak campur-campur dan cacamarba, bukankah itu budaya asal orang budiman? Lalu janganlah pisahkan bahasa Melayu yang indah dalam penulisan sepertimana kita pernah pisahkan tulisan Jawi yang indah ini di hati kita, ya!
Sungguhkah tuan kasih akan bahasa, kalau sungguh tunjuklah tandanya! - Noor Suraya
~kegilaan Rodin terhadap ikan bilis membingungkan Ilya, sehingga di perantauan pun menu itu mesti dipesan!. Namun, dugaan menimpa Ilya.. dan, Rodin sedar dia lebih rela tak dapat makan ikan bilis daripada kehilangan Ilya.
2. Aku, Cakoi & Donat by Noriha
~Ratna, yang tinggal bersama papanya sejak kematian ibunya, sanggup belajar membuat donat kesuakaan Abang Pol,abang Mardhiya, kawan baiknya, supaya kembali bersemangat selepas ditinggalkan kekasih. Namun, rupa donat Ratna seperti cakoi kerana tersalah sangka kuih mardhiya buat itu adalah donat!
3. Biar Bedar Berlalu by Misa Faizal
~kerana Tok Man mewariskan seni mengukir perahu layar kepada Zaim, sepupunya, Cempaka memusuhi lelaki itu. Pertemuan semula setelah beberapa lama mengungkap kembali apa yang tersirat sebenarnya.
4. Biar Rasa Tidak Punya Warna by Nurazz Ahmad
~percintaan Najla dan Wazeer setelah bertahun2 bagaikan tiada kesudahan tatkala Wazeer sibuk dengan kerjanya di Australia. Kedatangan Najla ke sana bukan sahaj untuk bertemu Wazeer, tetapi ada misi yang harus dilaksanakan.
5. Bibi dan Mesin Basuh Layan Diri by Bidayatul H
~Bibi yang memberontak kerana ayahnya ingin berkahwin lain setelah kematian ibunya, menerima tawaran ke sekolahh asrama. DI sana, Bibi selalu menggunakan sebuah mesin basuh di blok baru sekolahnya yang masih belum siap. Namun, setiap kali membasuh di sana, ada saja baju entah siapa yang termasuk sekali..dan, selepasa itu pasti akan bertemu pemiliknya, walaupun hanya sekilas.
6. Budak Yang Ingin Bermimpi Buat Kali Terakhir by Fakhrull Halim
~Teguh Yahya dan Tuah Hamdan, pencetus mimpi di dunia manusia, didatangi oleh seorang perempuan yang meminta mereka menghadirkan mimpi yang indah kepada Uwais, seorang budak berusia 5 tahun yang terlantar dan ditinggalkan keseorangan...
7. Bunga Api Mimpi by Dhiaz Diandra
~Senah dan Derus, sepasang suami isteri yang asalnya bahagia seperti insan lain. Namun, Derus yang selalu lupa aka nyanyuk, menuntut kesabaran Senah menanganinya.
8. Cahaya Cinta Ramadan by Ezzan Haqis
~Syawal dan Ramadan, sepasang kembar namun berbeza sekali - Ramadan aka Adan dilahirkan autisme.
9. Cerita Dalam Kebun by Nazira Ilias
~sejak menganggur, kerja Sarah hanya mengikut Tok Wan ke kebun sawit. Kehadiran Malik yang rapat dengan Tok Wan menimbulkan cemburu di hatinya.
10. Cikgu Tuah by Ema Asmadi
~Cikgu Tuah yang hensem dan digilai bukan saja pelajar, malah guru2 perempuan! sejak kehairan beliau, semua pandai bersolak ke sekolah. kerana tak tahan, akhirnya CIkgu Tuah mengambil keputusan berkahwin. Siapakah yang bertuah itu?
11. Dia Yang Manis Tunggu di Jendela by Noor Suraya
~Uwair menemani adiknya, Afiya ke Nepal untuk mendaki,s etelah sembuh daripada kemalangan. Dan, membawa amanah atuk mereka bersama. Pertemuan dengan Chahya, tour guide mereka memberi getar di hati Uwais
12.Doa Seorang Kekasih by Aulia Iman
~Sarah, anak yang do benci ibunya sendiri lantaran kekurangannya dalam akademik dan kerjaya, sehingga memusnahkan impian untuk menikahi kekasihnya.
13. Gelap.Hitam.Kosong. by Wizana Emilia
~Amara yang tersedar dari koma akibat kemalangan, kehilangan memorinya. Tanpa sedar, suaminya menjadi dalang dalam kemalangan itu.
14. Ilham Buat Jannah by Aina Najiha
~konflik perkahwinan Ilham dan Jannah, dipisahkan oleh mama Ilham sendiri lantaran mengganggap Jannah tidak sekufu. Ilham pula diserang penyakit misteri menambahkan beban di hati Jannah.
15. Jelita Pertapa by Monalita Mansur
~cebisan Ainulbanat, mengisahkan Tuanku Puteri Mambang Si Bongsi, sang pertapa jelita yang terkandas di bumi selama 100 tahun dek kerana ulah manusia Lela Kecana, tidak dapat kembali ke kayangan.
16. Juadah Menantu Mama by Dhuha Steffa
17. Kalau Adilah Ada.. by Nurul Shifa
18. Kubur Panjang-Kuala Ketil-Kulim by Syarmiza Basir
19. Matahari by Chrysalis
20. Mekar Bunga Airis by Amira Aurora
21. Mekar Senyum dan Sebuah Mesin Basuh by SMahadzir
22. Menanti Dia by Normaslina Masri
23. Mencari Muhammad by Xenia Zidane
24. Nukilan Buat Nilam by Djohan Rahman
25. Penakluk Hati by Deia
26. Penat Berlari by Shaf
27. Permintaan Hati by Anisa Alfateh
28. Pondok Cinta Usu Limah by Norisah A Bakar
29. Rotan Terbelah by Fyda Adim
30. Sato by Bam Bam
31. Sayang Abah by Addi Shalala
32. Sayang Sarawak, SUngainya Sempit by Aylannis
33. Selamanya, 22 April 2015 by Rosdiana Idham Halis
34. Semalam Hanya Sekejap by Noor Hidayah Johari
35. Siti, Tanjung, Perak by Pingu Toha
36. Surat Dari Khutubkhanah by Ika4may
37. Tidurlah Soniaku by Nor Janati Ibrahim
38. Tum by Mahizan Husain
39. Waris II by M Myhaimin
40. Warung Bakso Saka Tok Meon by Tany Leia Harris
Seperti biasa karya Kak Ika tetap ada spark walaupun kisah biasa-biasa sahaja. Suka penamatnya kerana rasa sayang @ cinta tidak tergugah dengan kekurangan orang yang dicinta. Dan yang penting nama pendek Ilya & Rodin tu senang nak baca. :P
2. Aku, Cakoi dan Donat - Noriha
Yang ni KakChik terjatuh hati dengan penghujung. Ingatkan Abg Pol jatuh cinta dengan Ratna selepas kuih cakoinat. :P
3. Biar Bedar Berlalu - Misa Faizal
Aduhh, kerana salah faham semuanya jadi dendam. Dan seperti biasa orang tua-tua kan egonya kadang kala tinggi melangit, jadi yang muda memang kena banyak beralah. Tapi sayangnya segala bakat ilmu tidak ada warisan.
4. Biar Rasa Tidak Punya Warna - Nurazz Ahmad
Dan 3 cerpen terakhir di dalam naskhah ini memang buat KakChik tersenyum puas. Ong yang berkorban untuk suku kaumnya yang buat air mata kasih KakChik jatuh.
Rasa sayang sungguh nak menghabiskan antologi cerpen ini kerana di tengah-tengah keasyikan mengulitnya mendapat khabar duka bahawa penerbitnya akan menutup rumah penerbitan mereka. :(
Yang paling KakChik suka adalah typing error yang hampir tiada/tiada langsung. Itu yang buat pembacaan dan penghayatan lancar.
Paling suka dengan cerpen karya Aylanins (Sayang Sarawak, Sungainya Sempit)~sekufu. Rasa macam cerpen ni sangat 'humble'. Rasa macam bertuah sangat sebab ada 2 novel penulis dalam simpanan saya; Suri Hati Abang & Warkah Pengikat Hati.
Yang kedua, suka dengan karya Tany Leia Harris-Warung Bakso Saka Tok Meon. Ada unsur komedi dan seram kat situ. [update: Yang ke-3, of course kisah kucing-kucing karya Pingu Toha dalam Siti, Tanjung, Perak.]
Tarikh beli: 15 Januari 2021 (beli melalui WA daripada Noor Suraya JS) Tempoh baca: 6 Ogos - 13 Ogos 2023
✨ Antologi Cerpen Kelip-kelip Kusangka Api ✨ Penyelenggara: Noor Suraya ✨ Penerbit: JS Adiwarna ✨ Tahun terbit: 2017 ✨ Jumlah Halaman: 696 ms
Secara keseluruhannya, benarlah seperti mesej Kak Su selepas buku ini sampai ke tangan saya, banyak cerita kecil yang sedap-sedap dalam ni. Sungguh, sungguh.
Semua cerpen yang tersiar mempunyai kekuatan yang tersendiri, setiap satunya. Ada bahagia, ada manisnya, ada hiba, ada duka lara yang menggugat emosi. Pendeknya, emosi yang dibawa penulis di dalam cerpen, nyata sampai sekali ke sukma pembaca.
Bahasa yang digunakan juga sangat indah, tertib dan cantik. Semuanya tersusun indah, terasa lancar dibaca.
Namun, apabila hendak dibaca di bahagian tengah, jenuh jugalah menjaga supaya buku tidak patah tulangnya. 😅 Sebab panjang sangat. Tapi, panjang-panjang pun sangatlah berbaloi semua cerpen di dalam antologi ini. ⭐🥺🔥💔🤯🤩🥲❤️🩹😭❤️
Usai membaca antologi ini, tak sabar rasanya nak membaca Rumah Cinta pulak. 🤩
mula-mula supaya tak bias komen cerpen pertama di Ika Madera. Saya mula baca dari belakang.
kali ini baca malas nak fikir terjemahaan kelip-kelip kusangka api dari setiap penulis.
cuma, ada beberapa yang saya boleh komen.
1. Waris II : sungguh saya blurr. Nak faham karangan penulis. Nak faham ayat. Nak faham mesej. rasanya saya faham tentang mesejnya cuma wataknya saya kurang pasti. terma bahasa yang dipakai barangkali buat otak saya malas bekerja.
2. 20 terakhir cerpen tema yang berbeza. Jadi saya sangka tiada cerpen cinta romantis. Rupanya 20 cerpen terawal ada diselit. Saya sangka kelip-kelip kusangka api ni cinta tak kesampaian. Banyak terjemahannya cinta bercerai mati. ghaib. Yang lain-lain saya baca sahaja tanpa faham apa yang disampaikan oleh penulis.
3. Jelita Pertapa : juga, saya blurr. blurr dengan karangannya. Guna bahasa melayu klasik. yang lebih sepuluh tahun saya tinggal. Jadi sekali lagi, otak saya malas bekerja. Apatah lagi nak pegang buku tebal hampir 700 muka surat dengan tangan yang halus ini. Dua-dua pakai tenaga.
lama ambil masa nak habiskan. Sebab 40 cerpen. ceritanya berbeza. purata 2 cerpen sahaja saya baca untuk sehari.Saya gigihkan untuk habiskan bacaan antologi cerpen ini.
betul seperti kata penyelenggara -Kak Su. Tema cerpen kelip-kelip kusangka api adalah tema bebas.
Yang tak berapa nak menariknya ialah setiap cerpen (hampir semua kecuali 1@2 cerpen awal) ada ABANG. Buka bab baharu ada ABANG. Bab ini ada ABANG. Bab seterusnya ada ABANG lagiiii. Abang(suami), abang(adik-beradik), abang(crush). Memang semua lelaki ke nak kena bahaskan diri sebagai ABANG. Naik muak iols membacanya.
Walaupun muak tapi saya gigihkan membaca sampai habis. Setiap cerpen ada jalan cerita tersendiri, tapi itulah sana sini ada ABANG ABANG ABANG...