EJIM atau nama barunya Amaruddin telah lama meninggalkan dunia TOMBIRUO setelah mendirikan rumah tangga bertahun-tahun lamanya. Kini dia hidup bahagia bersama isteri tersayang Siti Nurhaliz dan anak tunggalnya Suriani. Bagaimana pun kebahagiaan yang dikecapi tercalar tatkala Semangat Hutan muncul semula dalam jelmaan bapanya, Pondulou. Bahkan menerusi mata fikirannya, Amaruddin sering melihat pembunuhan kejam. Amaruddin pun memutuskan untuk memburu pembunuh itu yang bermaharajalela di ibu kota Kuala Lumpur.
Diana seorang peguam biasa dan Sarah seorang wartawan jenayah Sinar Harian telah bertemu dengan Amaruddin menerusi satu kejadian tragis. Mereka bersepakat bergabung tenaga untuk membanteras penjenayah yang tampil dengan imej TOMBIRUO namun diubahsuai mengikut cara moden. TOMBIRUO hutan batu ini rupa-rupanya bukan calang-calang pembunuh. Manusian bertopengkan wajah dewa itu sangat handal sehingga berupaya mengalahkan ketiga-tiga mereka ini.
Siapa sebenarnya TOMBIRUO baru inn? Kenapa dia tega melakukan pembunuhan? Apa hubungannya dengan Amaruddin selaku mantan TOMBIRUO Hutan Keningau? Siapa sebenarnya pewaris legasi TOMBIRUO selanjutnya? Semua persoalan ini akan terjawab dalam karya mutakhir RAMLEE AWANG MURSHID dengan adegan-adegan saspens yang diadun kemas dengan nilai-nilai kekeluargaan, agama dan cinta.
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.
Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.
Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.
Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.
Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.
Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.
Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.
Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.
Latar belakang pendidikan Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979) Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984) Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000) Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia Anugerah Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu. Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002. Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.
Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:
Legasi Tombiruo. Ramlee Awang Murshid. Buku Prima. 2017.
1) Legasi Tombiruo merupakan novel ke 28 yang dikarang oleh RAM.
2) Legasi Tombiruo ini adalah sambungan daripada Trilogi Tombiruo Semangat. Novel ini setebal 547 mukasurat.
3) Korang dah tengok Filem Tombiruo ke belum? Kalau belum tengok, aku nasihatkan korang baca novel dia dulu baru tengok filem pulak. Tombiruo Penunggu Rimba, Semangat Hutan, Tombiruo Terakhir & Legasi Tombiruo.
4) Legasi Tombiruo mengisahkan tombiruo yang mengganas di hutan batu. Kelincahan Tombiruo di hutan batu ini lebih kurang sama dengan Tombiruo di hutan belantara.
5) Nak tahu sebab apa Tombiruo hutan batu ni mengganas? Haaa...kau kenalah baca sendiri. Aku taknak cerita..hehehehe..
6) Tombiruo hutan batu ini juga mempunyai kembar sebagaimana Tombiruo hutan belantara tu.. Kembar yang terpisah.
7) Mampukah Amarudin menghentikan keganasan Tombiruo hutan batu ini, sedangkan dia sendiri sudah berumur dan kurang bertenaga?.. Haaa...kenalah baca kalau nak tahu..
8) Kau ibarat diriku. Ke mana pun aku tetap menghantuimu.
Unexpected continuity from the previous Tombiruo Saga.
I felt tired reading this coz the book kept making me think about the mystery of the story. My mind can't stop trying to solve the mystery and in the end.... he doesn't relate to any of the main character. Heh.
But as usual I love RAM's writing. Its hard to feel disappointed after finishing his book.
Legasi Tombiruo merupakan kesinambungan kisah Tombiruo yg dikenali sbg semangat hutan. Utk kisah kali ini, Amaruddin yg berusia 50thn tidak lg sekuat dahulu namun derianya masih hebat utk merasai semangat jahat yg menghuni hutan batu di Kuala Lumpur.
Byk watak dan latar belakang mereka yg dikisahkan dlm naskah ini. Watak Nadia, Sarah, Piantur, Tony dan juga 'Tombiruo jadian'. Namun kisah mereka saling berkait diantara 1 sama lain.
Jika anda mahukan aksi, rasanya buku ini mungkin akn mengecewakan pembaca yg mahukan aksi pertarungan. Ini kerana karya RAM kali ini lebih byk menonjolkan kisah Amaruddin yg bermain dgn perasaan dan flashback.
Apa yg pasti, byk rahsia yg belum terungkai sepenuhnya. Siapakah Tombiruo yg sifatnya spt Rogon? kisah Suriani yg memiliki sifat Amaruddin yg mampu menundukkan binatang buas tanpa fikir impak di masa hadapan dan juga watak Amirul yg tiba2 ada dipengakhiran cerita. Adakah kisah The Legend Tombiruo akan disambung? Adakah Amirul yg bakal mengantikan Amaruddin? Adakah Tombiruo jadian akan membuat onar lagi? Semuanya menjadi teka teki sehingga ke penghujung cerita.
Apapun syabas tuk RAM kerana karya anda tidak pernah menghampakan kami sbg peminat setia anda!!!
First time doing a review . Antara karya RAM yang terkenal , tidak menghampakan langsung. Mixture of thriller, mystery, love and religion , the nest thing is how he maintained all of it the make this book as a whole . Karya ke-4 untuk Tombiruo dan kemungkinan akan ada sambungannya . Jalan cerita yang menarik , setiap watak utama diberi tumpuan tidak hanya berkisar disekitar Amarduddin@Ejim sahaj dan penceritaan kisah silam melalui flashback supaya tidak pembaca yang baru atau yang sudah lupa akan karya lama mampu mengikuti plot penceritaan
Jujur aku lupa jalan cerita Tombiruo ni drpd naskhah awal : Tombiruo (1998), Semangat Hutan (2001) dan Tombiruo Terakhir (2004)..so kiranya yg ni lanjutan kisah apa yg terjadi ngn mantan Tombiruo, Amaruddin @ Ejim. Yg pasti buku ni akan ada sambungannnya. Gabungan mistik dan sains hasilnya fantastik bombastik .. yeah novel RAM x pernah menghampakan. Kompom siri Tombiruo ni akan jd seperti siri Laksamana Sunan :D
I just have one thought when I heard about this book. Maybe RAM wrote this book in adaptation to the Tombiruo movie. But, sure enough I was wrong. This book is apparently the extend story to the last Tombiruo book. Like always, I never set any expectation when reading any of RAM's book because I learned it the hard way that RAM's books will always be unpredictable. I do have some theories along the way but it all turn out to be wrong anyway. Just like all of his book, this one is exceptionally well written and the plot twist is super amazing. I really love the fighting details, every little details that RAM manage to capture in his writing. The character development are well developed especially Sarah. I love Sarah's character the most. And the little show that Suriani put up at the last minute is a bonus. I really love how RAM can always tells the reader in detail how the event is going down. I mean from the weather, how the wind is blowing to the little thing like how the leaves flew with the movement or the winds. It's just amazing.
Legasi Tombiruo merupakan sebuah novel kesinambungan atau sekuel kepada Trilogi Tombiruo yang berakhir dengan novel Tombiruo Terakhir. Selain bertindak untuk menjelaskan apa yang berlaku selepas 10 tahun berdasarkan timeline novel sebelumnya,novel kali ini turut menjelaskan zaman kanak-kanak dan remaja Ejim/Amaruddin melalui teknik penceritaan 'imbas semula'. Legasi Tombiruo wujud hasil penerbitan filem Tombiruo Penunggu Rimba di layar perak pada tahun 2017.
Pada pandangan saya,saya tidaklah begitu tertarik dengan idea penulis untuk mengembangkan cerita Saga Tombiruo ini. Saya lebih suka Saga Tombiruo ini berakhir sekadar pada Tombiruo Terakhir saja. Saya merasakan Ramlee Awang Murshid umpama sedang menghadapi masalah writer's block sehingga terpaksa menjadikan siri novel popular beliau terdahulu sebagai sandaran kepada novel tulisannya yang terbaharu. Saya fikir adalah lebih baik beliau menumpukan perhatian beliau kepada karya yang lebih segar dan mungkin juga mencabar 'status quo' atau trademark Ramlee Awang Murshid selama ini. Namun demikian,saya masih menantikan sambungan kepada Legasi Tombiruo ini. Saya juga agak tertarik dengan Ranggau Reboot hasil pembacaan petikan teaserdi bahagian terakhir novel.
Sebagai sisi nota,saya merasa sangat kecewa dengan mutu penerbitan Grup Buku Karangkraf,terutamanya di dalam aspek proof-reading atau kesilapan dalam ejaan. Sekiranya Karangkraf merupakan sebuah rumah penerbitan yang baru berusia setahun jagung dalam penerbitan buku/novel,kesilapan dalam ejaan mungkin masih boleh dimaafkan. Walaupun demikian,memandangkan Karangkraf merupakan 'orang lama' di dalam bidang ini,kesilapan seperti ini tidak dapat diterima. Ingat! Pembeli membeli buku ini dengan harga RM30 (RM34 untuk Sabah dan Sarawak). Dikala ekonomi Malaysia berada di dalam keadaan yang tidaklah baik,ini bermakna para pembaca membelanjakan sejumlah wang yang boleh digunakan untuk tujuan lain untuk membeli novel keluaran Karangkraf. Oleh itu,kami selaku pelanggan mengharapkan kualiti yang setimpal dengan RM30 itu.
Aduh, rupanya telah sampai masa aku komen buku RAM dengan perkataan ini.
Meleret!
Mujur juga masuk pertengahan buku, ruh karya RAM itu kembali. Twist and turn pun menyengat juga.
Tapi ini aku, pembaca yang bertahan dan bergigih teruskan menyelak setiap halaman kerana aku peminat pengarangnya. Aku gagahkan juga teruskan pembacaan dan Alhamdulillah, kekecewaan awal aku terubat.
Kalau pembaca baharu yang pilih naskhah ini sebagai naskhah RAM yang pertama dibacanya, mahu taubat lahum tak mahu angkat lagi mana-mana naskhah lain! Betapa ruginya dia nanti.
Anyway. Harap ada edisi kemas kini nanti. Ada beberapa perkataan bahasa Melayu yang tidak sesuai dengan konteks penggunaan. Adakah kerana watak yang menyebutnya memang berkarakter luar konteks? Wallahua’lam. Terasa seperti kesalahan penulis novice which is not who RAM is.
Penyunting bahasa Inggeris ke laut. Ejaan/tatabahasa bahasa Inggeris yang salah dikesan; contohnya ‘sir name’ (surname) dan ‘thanks God’ (thank God).
Mohon lebih teliti pada masa hadapan. Jangan disebabkan pengalaman yang cetek atau kecuaian segelintir ahli pasukan, rosak nama baik pengarang dan penerbit yang sudah berpengalaman bertahun-tahun dalam industri!
Akhir kata, kepada peminat RAM, jangan putus asa dengan 200 halaman pertama buku ini. Teruskan sehingga halaman terakhir. Naskhah ini, sesuai tajuknya, merupakan permulaan generasi seterusnya dalam saga Tombiruo.
Permulaan agak slow sedikit...dah separuh buku barulah terungkai sedikit2, awal2 banyak main tarik tali.
Kisah kali ini lebih kepada fokus generasi seterusnya.
Angkara ketamakan manusia, teraniya generasi2 yang tidak bersalah. (Tips untuk spoiler supaya aku boleh flash back cerita kali ini😅) 🤑 + 🤰 + 👶. 1+1 = 3😂
Buku kali ini pun tak berapa sangat menarik sebab lebih kepada dendam dan thriller tak berapa sangat. Aku masih rasa buku pertama dan kedua Tombiruo adalah karya RAM yang paling terbaik..suspence dekat benda yang dirahsiakan sahaja..mula2 aku ingat anak saudara Ejim iaitu Amirul..rupanya bukan...yang pasti anak Ejim dan Amirul mereka baik2 sahaja dan tiada kaitan pun dengan plot kali ini. Mereka hanya selingan cerita kalau RAM nak sambung lagi cerita Tombiruo ni😅..
This entire review has been hidden because of spoilers.
- Overall, karya RAM memang tak pernah mengecewakan.
- Novel kali ni menceritakan tentang legasi yang berasal dari Tombiruo Hutan Keningau yg dikenali sebagai Amaruddin atau Ejim. Macam mana boleh ada legasi ni? Siapakah mereka?
- Review kali ni aku taknak cerita apa pun sebab taknak spoil untuk orang yang belum baca lagi. Tak suprise la kan kalau dah tahu jalan cerita.
- Tapi aku nak pesan, macam biasa la kalau baca karya RAM ni jangan leka, jangan terpedaya. Hehe.
- Baca lah. Tak rugi pun. Memang tak rugi. Ada side knowledge yang kita boleh gain kalau baca karya RAM ni.
I totally love it. I've been wondering what happened to Ejim after being 'kidnapped' by doctor Haslia. And the answer is in this book. Kind of... What actually happened with Ejim and Dr Haslia after the op is still a big question mark. Kind of hinted in the story. But, still a blur. Maybe RAM is planning to tell it in another continuation of Tombiruo. Again, a cliffhanger... Ramlee Awang Murshid is Da Best!!!
My last book of the year 2018..spt biasa penulisan RAM penuh ilmiah dan thrill nye...jalan cerita yg menarik utk legasi tombiruo... cume agak terganntung sgt jalan ceritanya...harap2 buku ke 5 ni cepat sikit keluarannya
#2 Novel yang tidak pernah dijangka kemunculannya. Fikir saya mungkin Banja Manggala yang bakal menyusul (rujuk kepada novel Anding Ayangan), rupanya Legasi Tombiruo yang keluar!
Kali ini RAM menceritakan bagaimana kehidupan Amaruddin yang penuh cabaran apabila munculnya TOMBIRUO yang tidak terduga di 'hutan batu'. Ditambah lagi dengan watak Sarah dan Diana membuatkan warna kehidupan Amaruddin menjadi semakin bercelaru.
Siapakah Diana, Sarah dan Tombiruo dalam kehidupan Amaruddin? Apakah yang menyebabkan Wan Suraya kembali muncul bersama Dr Haslina?
Kesimpulan daripada novel ini, RAM masih berbisa! Idea sentiasa di luar kotak dan saya kira juga, naskhah ini seperti ada kesinambungannya? Mungkin!
p/s : RAM takkan pernah menamatkan karyanya tanpa kejutan dan kali ini bersama sebuah cerita. Jangan lupa dapatkan Legasi Tombiruo!!!
Novel ke-4 dari sequel Tombiruo dan merupakan tulisan selepas Tombiruo diadaptasi ke sebuah filem.
Overall, jalan cerita yang dikembangkan pada awalnya agak perlahan. Banyak flashbacks yang dilakukan dari novel sebelumnya untuk memudahkan pembaca lama dan baru untuk meningatkan semula plot dari novel novel sebelumnya. Cara ini berkesan untuk pembaca yang baru sahaja membaca sequel ini buat kali pertama. Kalau anda tak pernah membaca 3 novel sebelumnya, insyaAllah anda akan tetap boleh mengikuti dan memahami seluruh cerita. Cumanya, feeling tu kurang sikit lah ;)
Banyak plot twist sepanjang pembacaan, watak utama dikembangkan. Banyak watak diperkenalkan dan dikembangkan. Ada watak-watak yang patut lagi dikembangkan (pendapat aku) bagi memberi impak lebih besar kpd jalan cerita. Contohnya watak Dato Jumal, Durabi dan Brensen yang sepatutnya dihuraikan dgn lebih terang supaya cerita lagi menarik. Mungkin kalau diawal cerita sudah dipercepatkan perkembangannya, lebih banyak huraian dapat dilakukan utk part tengah klimaks dan peleraian novel.
Novel yang sangat menarik dah sekali lagi RAM tidak mengecewakan. Oh ya, satu yang saya kecewa sebab harga semakin mahal. 😅 Dulu awal2 novel RAM rm17-19.90-21-28-30 haha.
30/2020📚 Legasi Tombiruo - Ramlee Awang Murshid Buku terakhir dalam siri Tombiruo hasil tulisan Tuan RAM. Namun kali ini bukanlah kesinambungan tiga novel terdahulu, kerana seperti yang termaktub dalam novel ketiga siri ini, Tombiruo terakhir sudah pun meninggalkan Hutan Keningau dan berhijrah untuk memulakan kehidupan baru bersama isterinya.
Namun, setelah sepuluh tahun berlalu, semua dikejutkan oleh kejadian pembunuhan yang berlaku dengan kejam di tengah bandar besar. Lebih mengejutkan lagi, dikatakan sang pembunuh memakai topeng berwajah dewa dan menggunakan pedang yang mempunyai rupa seakan akan rupa pedang pahlawan zaman dahulu.
Soalannya, siapakah gerangan yang muncul dalam hutan batu di tengah kota dan mula menjalankan hukuman ke atas orang orang tertentu ini? Adakah benar Tombiruo mengganas kembali? Apakah kaitan kejadian bunuh yang kejam itu dengan Tombiruo? Siapa mereka yang dijatuhkan hukuman kejam itu? Mengapa pembunuhan kejam itu berlaku?
Semuanya dan lebih lagi, dirungkaikan dengan cara tersendiri master thriller writer Malaysia; pastinya dengan kejutan dan twist tidak disangka-sangka. Pelbagai persoalan dan teka teki muncul semasa pembacaan, yang mana memerlukan kita terus membaca untuk mengetahi perkembangan seterusnya
Legasi Tombiruo. 10 tahun selepas Tombiruo Terakhir selepas Ejim mengalahkan Teraji. Kini, Tombiruo hutan batu pula muncul membanteras jenayah kolar putih. Satu per satu kematian tragis di Kuala Lumpur.
Ejim kini menetap di Sepang terpanggil untuk menentang Tombiruo hutan batu. Segala kudratnya semakin lemah, gagal untuk menewaskan Tombiruo hutan batu.
Sarah (wartawan Sinar Harian) & Diana (peguam) masing-masing bergandingan untuk mengetahui pembunuh sebenar. Sarah & Diana adalah kembar 3 dari DNA Ejim yang dicuri oleh Dr. Wen. Jadi, seorang lagi kembar masih belum terungkai. Seorang lelaki tetapi pernah bertarung menentang Ejim, Diana & Sarah.
Tombiruo hutan batu masih belum dikenalpasti. Suriani (anak Ejim) & Amirul (anak Amiruddin) masing-masing adalah legasi tombiruo yang mempunyai semangat hutannya sendiri. Mungkin ada sambungan lagi lepas ni.
Plot awalan ada sedikit perlahan, namum 100 muka terakhir baru klimaks muncul. Watak baru keluar lagi. Jalan cerita lebih pada penyiasatan. Ada typo dalam buku. Plot okay, watak okay, cerita okay. Best!
Penerus kepada Tombiruo. Jika minat Tombiruo harus baca buku ni. Buku ni sedap dibaca dan tidak membosankan.
Banyak misteri yang dirungkai satu per satu dan plot twist yang pada awalnya dapat dijangka rupa2nya tidak.
Watak utama Amaruddin atau Tombiruo tidaklah memainkan peranan yang terlalu besar dalam penerusan jalan cerita kerana banyak main perasaan sendiri dan mengenang kisah lalu.
Tapi, watak baru yang diperkenalkan agak baik dan membawa perjalanan cerita semakin menarik. Watak2 lama seolah2 tempelan.
Cuma, yamg rasa tak puas hati, seolah2 ada sambungan dan diperkenalkan satu watak yang agak penting tapi sekejap sangat muncul.
Mungkin buku ni ada sambungan tapi, dah lebih 5 tahun tiada khabar angin. Jika ada sambungan, ia menarik sebab watak baru yang diperkenalkan bagi saya sangat menarik.
Buku kedua RAM yang teman baca - selepas Tumbiruo - Penunggu Rimba - cari buku Semangat Hutan, tak jumpa lak, semua OUT OF STOCK 😭😭😭 Legasi Tumbirou - sebuah buku yg menarik - banyak konflik - banyak inter-related issues - pengakhirannya "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" gak 😂😂😂
Elemen suspen & pembongkaran rahsia/misteri menyebabkan teman tak sabor2 menyelak dari satu mukasurat ke mukasurat yang lain - 1 minggu lebih gak teman berjaya habiskannye - 547 pages - increase adrenaline gak buku ni - tahniah RAM...
Trilogi Tombiruo yang aku tidak sangka akan muncul pula Legasi Tombiruo.
RAM tidak pernah mengecewakan. Novel yang sarat dengan cerita berkaitan antara satu sama lain. Ada watak baru muncul dan semuanya berkaitan dengan Tombiruo.
Sangat menarik. Aku bagi 4 bintang sebab ending tinggal tanda tanya dan pasti ada kesinambungan nanti.
Terbaik! Cuma rasa kurang sikit kat plot twist tu huhu...rasa macam repetitif je plot twist tu...lagi satu rasa macam cerita Hindustan Krrish sikit pun ada...
[SPOILER]: Plot twist tentang kembar tu terasa repetitif sebab macam plot twist dalam Tombiruo Semangat Hutan
This entire review has been hidden because of spoilers.
Mengujakan bila Tombiruo kembali muncul.. Munculnya bukan dihutan tetapi di bandar.. Sarah dan Diana mula melakukan penyiasatan.. Kemunculan Amiruddin juga akhirnya menyingkap satu rahsia yang tak disangka.. Legasi Tombiruo mungkin bersambung dengan kisah Suriani dan Amirul..
Seperti biasa karya RAM tidak pernah mengecewakan. Jalan cerita yang menarik, imbas kembali yang tidak membosankan, ilmu yang bermanfaat terutama sekali bahagian mitokondria DNA. So far jalan cerita yang tidak terlalu berat.