Jump to ratings and reviews
Rate this book

Penanggal

Rate this book
Tahun 1920 menjadi detik segalanya bermula. Satu jiwa mengabdikan diri kepada seekor makhluk kufur sehingga segala-galanya bertukar petaka. Kampung Chahaya yang aman damai menjadi huru hara. Satu persatu wanita hamil di kampung itu mati dalam keadaan mengerikan. Malam menjadi satu ancaman dan igauan maut. Syaitan berkeliaran mencari mangsa dalam kalangan wanita hamil!

Tahun 2017, keluarga Ilyas dihambat kejadian demi kejadian menakutkan lagi menggerunkan sehingga hampir-hampir meragut nyawa. Dalam masa yang sama, negara digemparkan dengan kematian demi kematian wanita hamil. Setiap mangsa ditemui dengan darah disedut sehingga kering dan uri dimakan. Inspektor Shahid yang mengetuai siasatan menemui jalan buntu dalam menyelesaikan kes. Elemen paranormal dan misteri melatari setiap kes yang berlaku. Setiap mangsa dikatakan dibunuh oleh penanggal!

Tanpa sedar, kejadian yang menggemparkan negara itu berkaitan dengan gangguan yang menimpa keluarga Ilyas. Pertemuan Inspektor Shahid dengan Ilyas perlahan-lahan membuka satu persatu rahsia dan misteri yang mengejutkan sehingga pada akhirnya mereka terikat dalam satu perkaitan yang mengelirukan. Kegerunan semakin menyelubungi. Jumlah kematian semakin bertambah. Siapa dalang yang sebenar?

480 pages, Paperback

First published December 1, 2017

5 people are currently reading
80 people want to read

About the author

Eqbal Mohaydeen

13 books32 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
30 (42%)
4 stars
31 (44%)
3 stars
7 (10%)
2 stars
1 (1%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 22 of 22 reviews
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
May 6, 2018
#20

Penanggal nukilan Eqbal Mohaydeen
Buku Prima Sdn. Bhd.

Mengisahkan tentang Penanggal, salah satu legenda hantu Malaysia membuatkan saya tertarik untuk memilih naskhah ini.

Perjalanan cerita yang lancar, Penamat yang mengejutkan dan juga babak seram yang terasa bagai wujud, membuatkan novel Penanggal ini antara naskhah yang saya kira berjaya ditulis dengan baik oleh penulis.

Walaupun berlatarbelakangkan dua jarak masa yang berbeza, namun itu tidak mengganggu konsentrasi pembaca, malahan berjaya membuatkan pembaca tertanya-tanya apakah sebenarnya hubungan Kuntum dan Ilyas?

Kesimpulannya, novel seram ini punyai cukup elemen yang mampu membuatkan pembaca tertanya-tanya, siapakah si penanggal yang sebenarnya.

Sedikit coretan, jika novel ini berjaya memasuki cetakan kedua, diharapkan pihak editor atau penulis dapat melakukan semakan semula kerana ada beberapa babak yang membuatkan saya terganggu melibatkan bahagian pengeditan. Contohnya, ada ayat (Yang ini jadikan sebagai perenggan baru) saya lupa bagaimana, membuatkan merudum rasa saspen.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
March 24, 2018
Buku yang berjaya menghuru harakan perasaan saya sebagai pembaca.. Memerlukan masa untuk membacanya.. Terasa merinding bila membaca bait demi bait.. Kekejaman penanggal dalam melaksanakan kegiatannya memberikan rasa kesakitan pada Sha yang membaca.. Terbayang-bayang dimata setiap perlakuan penanggal itu.. Punca kejadiannya memang akibat perbuatan dengki manusia yang tak boleh melihat kebahagiaan manusia lain.. Namun kita sebagai manusia yang beragama Islam telah diajar untuk sentiasa percaya dan meletakkan pergantungan pada Allah.. Saat kita terleka, syaitan pasti mengambil kesempatan..
Penulis berjaya mengadun kisah Penanggal ini menjadi satu kisah misteri, seram dan penyiasatan yang mendebarkan.. Walau penceritaannya diselangselikan dengan masa lampau Kuntum dan masa kini Ilyas namun titik persamaan mereka berjaya disorokkan hingga ke hujung cerita.. Pelakunya juga, salah Sha teka.. Memang terbaik..
Profile Image for astread.
77 reviews7 followers
June 11, 2025
Akhirnya, saya keluar dari kotak reading slump.

2 bulan hilang arah untuk membaca.

Kisah penanggal. Sesungguhnya saya hampir terlupa watak watak buku ini sebab asyik to be continued. Hahaha tapi alhamdulillah dah habis.

Nak muntah baca scene penanggal dengan ibu mengandung. Geli.

Cerita tak cliche. First time baca pasal penanggal.

Saya dah lupa macam mana nak review buku. Nanti kalau ingat saya edit semula ya review ni.
Profile Image for Yan.
116 reviews2 followers
March 28, 2025
Seram dia, Ya Rabbi…😵 Terbawa2 sampai ke mimpi. Nak buat macam mana, kita nie memang jenis penakut. Tapi, nak juga cuba baca buku horror…😅 Anyway, review nie mungkin ada spoiler. So, read at your own risk.

Rating: 🌟🌟🌟.8

ML1 - Ilyas
Mempunyai keluarga yang sempurna. Ada isteri, anak lelaki dan anak perempuan. Seorang ahli perniagaan. Permulaan buku ini, menceritakan bagaimana keluarga ML1 mula diganggu dengan hantu penanggal.

ML2 - Shahid
Seorang inspektor yang sedang menyiasat kes kematian wanita2 hamil. Wanita2 ini semua meninggal dalam keadaan yang mengerikan. Pernah menjalin hubungan cinta dengan anak perempuan ML1, Sarah.

Buku nie ada banyak watak. So, awal2 pembacaan tue, kita agak pening nak hafal nama2 watak nie. And dia berlatarberlakangkan dua zaman yang berbeza. Zaman tahun 2017 & tahun 1920. Honestly, kita lebih invested dengan zaman tahun 1920. Permulaan bagaimana seseorang itu boleh menjadi penanggal. Bagi kita, memang kesian sangat dengan watak yang jadi penanggal nie. Kesian dengan kehidupan dia. Cuma, tue lah, in the end, dia mensyirikkan Allah dan bertuhankan jin kafir yang menjadikan dia penanggal…😰😵

Buku nie ada elemen seram dan thriller. Thriller dia tak main2 yer. Penuh dengan darah. Pembunuhan sana sini yang kejam. Memang ramai sangat watak yang mati. Seram dia, memang sampai boleh meremang bulu roma…😨😱 Dah lah kita nie jenis visualised reader. Memang setiap satu scene yang seram tue, kita dah boleh bayangkan betapa seramnya. Macam tengok movie. Boleh bayangkan bakcground soundtrack, derapan kaki, hembusan nafas bagai…😵😩 Uiiihhh, baca malam2 ada yang tak boleh tidur nanti…😩

Cuma, kita tak puas hati part ending dia. (Warning: Ada sedikit spoiler) Part pertarungan ML2 dengan jin kafir tue. Tak tahu kenapa, scene tue buat kita tergelak…😂🤣 Rasa tak logik pun ada juga. Especially part nenek ML2 yang berumur 70 tahun lebih masih mampu bersilat bagai melawan jin kafir. Dalam hati kita, “Amboiii, kemain yer nenek nie…😂” Cuma, bagi kita, part ending nie macam agak rush. ML2 yang dari mula tak berapa percaya dengan elemen mistik dan paranormal, tiba2 nak berlawan dengan jin kafir tue. Padahal dia dalam keadaan yang tengah bersedih. And tiba2 pula dia pandai bersilat. Tiba2 pandai menggunakan senjata parang. Come on, kalau dari mula watak ML2 nie diperkenalkan secara perlahan2 yang dia ada kaitan dengan Imam Yahya, then, mungkin akan ada sedikit logik di situ. Tapi tue lah, memang scene pertarungan tue bagi kita macam dah tengok cerita Tamil pun yer…🤣😂 Sorry author…🫣

Percintaan antara ML2 dan Sarah pun macam tak perlu pun takper. Like why? Just let them be strangers pun takper dah…🤔

Paling kita tak faham, kalau keluarga kita dah diganggu dengan elemen mistik nie, mesti kita akan usaha cari ustaz ker, untuk nak bantu menghalau segala gangguan tue kan? Tapi, dalam buku nie, si ML1 nie takder pula ada usaha nak cari ustaz ker apa ker. Awal2 jer ada lah. Lepas tue, takder dah. Yang dia pergi buat, lari balik rumah mak ayah, angkut segala family dia termasuk lah si hantu penanggal tue. Dah mak ayah adik bagai kena kacau dah dengan hantu penanggal tue. Tak tahu nak kata bodoh ker apa tindakan dia tue…😓😥

There are some questionable scenes, tapi, takper lah, kita tak nak ulas kat sini. Ada beberapa bahagian yang kekal nenjadi persoalan untuk kita…🤔 Paling kita nak tahu bagaimana waris penanggal tue menghuru-harakan keluarga Tok Ali dan Megat. Dan bagaimana dia berkahwin dan melahirkan waris seterusnya.

Personally, bagi kita, plot cerita nie okey. Perjalanan cerita pun tak memeningkan kepala, walaupun ada flashbacks here and there. Sebab ada 2 zaman kan? Jalan cerita smooth. Penulisan sedap dibaca. Cuma, bahagian editing buku nie kena ditambahbaik lagi. Buku yang kita baca adalah edisi kedua. Maksudnya second printing kan? Tapi, kenapa banyak sangat kesalahan editing yang dua perkataan bersambung menjadi satu? Kesalahan ejaan not so much. Ada juga bahagian ayat yang sepatutnya dibuang, I guess. Sebab ada nota di situ yang mengatakan ayat ini patut dibuang. Like ehh? 🫨😵‍💫

Other than that, kita enjoy baca buku nie, walaupun kita seorang penakut. Tak pasti kita nak teruskan baca buku horror selepas nie. Semoga kita terus dikurniakan keberanian untuk nak baca buku2 seram selepas nie. Untuk author, semoga terus berjaya untuk karya seterusnya…👍🏻👏🏻
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hamidah Effendi.
353 reviews3 followers
July 9, 2025
Ulasan Buku Penanggal oleh Eqbal Mohaydeen

Sangat awesome! Sumpah aku tak sangka langsung siapa sebenarnya dalang di sebalik semua kekacauan ni. Aku mati-mati ingat kawan baik dia yang jadi punca, tapi jangkaan aku meleset teruk!

Cerita bermula kerana cemburu—dan dari situ segalanya mula hancur. Watak yang dikuasai rasa iri dan dendam sanggup menyebarkan fitnah, menggunakan khidmat bomoh, dan akhirnya membunuh si gadis yang teraniaya. Kesian sungguh dengan Kuntum… Dia patut tinggalkan kampung tu dari awal, tapi… kalau dia pergi, tak adalah kisah Penanggal ni, kan? 🤣🤣

Apa yang buat buku ni betul-betul mencengkam adalah gaya penulisan yang buat kita tertanya-tanya sepanjang cerita. Kenapa kacau hidup orang lain? Kenapa gangguan dibawa sampai begitu sekali? Seperti Nyawa dan Azazil, kali ni pun Eqbal berjaya buat aku rasa sakit jiwa dengan gangguan syaitan yang huru-harakan hidup manusia. 😡😡😫

Tema utama buku ini adalah pewarisan ilmu Penanggal. Tapi… siapa pewaris sebenar tu? 😉

Antara moment paling aku tak boleh lupa:

Scene darah disedut dan bayi direntap

Kepala berpusing dan tercabut


Serius, aku menjerit-jerit baca bahagian tu! 😵‍💫😵‍💫😵‍💫

Skor peribadi aku:

Seram: 60%

Konflik: 70%

Gore: 60%

Kejutan: 60%

Dendam syaitan kepada waris Imam Yahya: 100%


Ending terbuka buat aku ternganga.

Kesimpulannya: Berbaloi beli. Confirm akan repeat baca lepas habis TBR yang menimbun tu! 🤣📚
Profile Image for Pak Badrul.
Author 3 books6 followers
December 5, 2018
Sebelum ni aku ada baca satu novel tentang penanggal. Best. Untuk karyanya si Eqbal ni, plot cerita banyak berbeza dan ternyata best juga. Slow-slow je kisah dan misterinya terungkai. Naissss
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews42 followers
November 20, 2025
Tahun 1920an menjadi permulaan kepada beberapa siri kematian ibu hamil. Kematian mereka amatlah mengerikan. Malah bayi yang di dalam perut turut menjadi mangsa. Peristiwa tersebut berlaku setiap beberapa puluh tahun hinggalah ke tahun 2017. Pada tahun 2017 keluarga Ilyas mula dihantui pelbagai peristiwa menakutkan hingga hampir meragut nyawa mereka.

Kasihan dengan nasib Kuntum kerana menjadi bahan tohmahan malahan dikasari oleh penduduk kampung. Cuma SH tidak pasti kenapa Kuntum cukup dibenci sampai sebegitu rupa. Kebencian dan stigma begitu tidak akan mumcul secara tiba-tiba. Namun ia tidak dikisahkan dalam naskah ini.

Hanya kerana dengki dan iri hati pelbagai cara cuba dibuat bagi menjauhkan Kuntum dan Megat. Geram betul SH dengan Mayang. Ada sahaja cubaannya mencelakakan Kuntum. Lepas tu cuba pula mendapatkan hati Megat dengan cara yang salah. Itulah orang kata kalau hati sudah hitam segala cara bakal dilakukan demi mencapai hasrat hati.

Latar masa yang diceritakan macam tak berapa kena. Kejadian pertama berlaku pada tahun 1920an dan yang terkini 2017. Hud yang baru lahir ketika habisnya kejadian itu, berumur dalam lingkungan 70 tahun di tahun 2017. Walhal jarak kejadian adalah lebih kurang 100 tahun. Namun jika seperti yang ditulis dalam naratif adanya kejadian yang sama di tahun 1940an itu lebih kena dan tepat garis masanya.
Dialog yang digunakan untuk tahun 1920an tidak menggambarkan cara perbualan zaman itu. Walaupun ada kelihatan cara perbualan orang lama tapi tidak cukup lama. Dialognya seolah-olah tahun 70 an ataupun 80 an.
Profile Image for Far.Zana25.
112 reviews1 follower
December 24, 2024
〄 RATING • ⭐⭐⭐️⭐ | 4.5 〄

😶‍🌫️ Pabila seorang gadis kampung bernama Kuntum yang dipandang sebagai gadis malang termakan dengan hasutan syaitan bernama Shughal akhirnya telah membawa kepada sebuah bencana yang panjang tidak berkesudahan.

😶‍🌫️ Keadaan menjadi lebih teruk apabila dendam yang berbuku di dada Kuntum menjadi titik permulaan yang mudah untuk Shughal menghasut dan terus menghasut kuntum agar patut kepadanya yang mengaku sebagai Tuhan yang hebat.

😶‍🌫️ Huru-hara Kampung Chahaya dengan kemunculan penanggal yang memburu uri dan juga bertindak menyedut habis darah wanita yang baru bersalin sehingga keadaannya seperti kering. Namun, setelah 40 nyawa telah diambil oleh penanggal tersebut.. ianya terus menghilangkan diri.

😶‍🌫️ Namun, pada tahun 2017... Misteri ini kembali menghantui Ilyas sekeluarga. Gangguan demi gangguang diterima mereka sekeluarga dan misi Ilyas adalah untuk merungkai misteri ini. Siapakah dia yang mewarisi penanggal yang bernama Kuntum?

🩵PERSONAL OPINION🩵

Hantu penanggal yang di ceritakan penulis sangatlah mengerikan dan bau hanyir darah campur cuka tu.. sangatlah terbau-bau ye.🥹 Feels so real....

Plot twist cerita pula pergh tak sangka sebab aku expect orang lain tau yang jadi waris penanggal tu.

Yang menariknya buku ni bukan setakat ada cerita seram je.. penulis turut menyelitkan info tentang ilmu silat, nasihat berkaitan agama Islam juga pun ada. Selain itu, mana² ayat al-quran yang ada dalam buku ni pun ada terjemahan.

Jalan cerita pun tak pening sangat walaupun dia cam kejap pov tahun dulu dan kejap pov tahun 2017.

Overall best! Tak rugi beli ni masa #sibf2024 haritu😆
Tunggu apa lagi.. cepatlah beli & baca. Lepastu bagitau apa pendapat korang tentang buku ni😌

#penanggal #eqbalmohaydeen #bukuprima #bukukarangkraf #farzreads #bookfyp #booktok #bookstagrammermalaysia #bookreview #fypシ
Profile Image for Mohammad Aizat Mohammad Hanafi.
98 reviews
November 21, 2019
Kekejaman hantu penanggal yang gemar menyerang ibu mengandung. Kuasa yang dimiliki si penanggal ini susah dihapuskan kerana masih ada yang percaya dan menggunakannya untuk membalas dendam ke atas kejahatan yang menimpa terhadap pemilik tubuh si penanggal.

Dalam buku ini, cerita berpusing di antara dua zaman, tetapi watak dalam kedua-dua zaman ini saling berkaitan. Kekejaman si penanggal memang menggerunkan, dan susah dapat mengagak siapakah si pelaku sebenar sehingga di bab-bab terakhir buku ini.
Profile Image for Siti.
44 reviews1 follower
July 25, 2018
5 stars!!

Setelah sekian lama mencari membeli novel seram melayu, finally dah jumpa yang di ingini. Aksi padat, hantu nya muncul hampir dalam semua bab, misteri dan kind of unpredictable turn outs, very nice. Cuma masalah nya agak banyak typo dalam teks. Mungkin editor di buku prima perlu kerja dengan lebih teliti sebab kalau terlalu banyak typos, boleh hilang mood.

Tapi overall nya, best. Worth it!
Profile Image for wawazz.
23 reviews
May 13, 2025
For me, plot cerita dia kurang menarik dan perkembangan plot cerita agak slow membuatkan saya agak bosan membacanya…terlalu banyak ulangan babak yang lebih kurang sama cuma watak berlainan..wlpun ada plot twist tetapi macam ehhh dia ke?? Tapi xde hint langsung bagi pembaca bhw puncanya adalah dia…its like tetiba camtu…lompatan babak dari satu zaman ke zaman yg lain agak x berapa cantik…so overall bagi saya penceritaan dia kurang sket dan begitu thriller
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
April 8, 2018
Tertarik untuk baca novel ni bila terbaca review rakan goodreads. Meremang jugak bila baca di waktu malam. Tahniah penulis kerana berjaya hasilkan karya yang best. Aturan kisah teratur walau berselang seli dengan kisah peredaran dua zaman yang berlainan. Walau dah jumpa perkataan tamat masih tak puas nak baca sebab nak tahu sangat kesudahan cerita. Akan ada kesinambungan penanggal kah?
Profile Image for Muhamad Hatif.
6 reviews
January 28, 2022
Jalan penceritaan smooth dari awal smpai habis buku..elemen thrill tu ada dari sehelai ke sehelai utk terus membaca..boleh nampak peningkatan yang ketara dari buku sebelumnya iaitu nyawa yang mana setengah buku hanya habis dengan pengulangan kejadian yang sama yang dialami 7 watak..
Profile Image for Nur.
45 reviews4 followers
March 2, 2018
Tak tau mcm mana nak explain betapa best nya buku ni!!! Good job Eqbal. Mmg seram... ayat teratur. Mmg sgt best. Recommended for everyone to read.
2 reviews
May 19, 2020
Camne nak baca? Nak tekan mana ek?
99 reviews2 followers
Read
June 4, 2021
Betulkah makhluk penanggal boleh menyerang manusia secara fizikal sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan parah?
Profile Image for Beverley.
33 reviews
March 3, 2025
In the beginning, the story was so confusing and boring but half way through it became interesting because it was revealed that the grandma is a penanggal.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sansuriya82.
59 reviews1 follower
May 4, 2025
Penanggal

Karya: Eqbal Mohaydeen

Sinopsis Ringkas:
Dalam gelap malam, satu makhluk lama kembali memburu — bukan kerana lapar, tapi kerana dendam. Penanggal mengisahkan kengerian tradisional yang diangkat dengan nafas moden, tentang manusia yang diburu oleh sumpahan, dan rahsia silam yang cuba disembunyikan… akhirnya bangkit menuntut balas.



Pendapat Keseluruhan:

Cerita ni berjaya gabungkan elemen seram rakyat dengan cara penceritaan moden yang sangat kena. Eqbal tak hanya seramkan kita dengan rupa dan aksi makhluk tu, tapi juga dengan persoalan: siapa sebenar penanggal tu… dan kenapa?

Rasa misteri, vibe kampung malam-malam, dan plot twist di hujung tu buatkan cerita ni melekat dalam kepala. Tak terlalu panjang, tapi cukup untuk buat kau rasa tak sedap hati setiap kali dengar bunyi sayup-sayup dekat luar tingkap.

Recommended untuk:
Yang suka seram tempatan, makhluk legenda, dan kisah dendam berlapis emosi.

Rating aku: 4.3/5
Baca sorang malam-malam, silakan. Tapi jangan terkejut kalau ada bunyi sayap dekat bumbung…
Profile Image for Farah Fakhrullah.
22 reviews1 follower
June 9, 2025
Read 25/1/25-29/1/25

Mula - mula cerita slow skit sbb penulis nk paparkan bagaimana wujudnya sejarah penanggal. Cerita dia banyak flash back zaman melayu dahulu kala dengan sekarang,tetapi kita boleh follow cerita tu. Tengah cerita tu dah mula thrill and seram. Setiap scene seram yang penulis huraikan sangat teliti dan kita memang boleh imagine scene tu. Bila start faham sejarah penanggal secara terperinci, rasa sedih sangat sebab element balas dendam wujud disebabkn penganiaan. Rasa sedih dengan watak antagonist, Kuntum tu. Kesian dekat Kuntum. Kuntum patut diberi keadilan sewajarnya.

Apa yang saya belajar dari novel ini untuk elak rasa iri hati dan dendam dan jangan sesekali menuntut ilmu hitam.
Profile Image for Ajoilynn Fadlina.
37 reviews2 followers
March 24, 2018
Membaca novel Penanggal ni tipulah kalau saya katakan tak rasa seram, tak rasa takut. Garapan penulis cukup saspen dan mendebarkan hati. Cara penulis mengolah jalan ceritanya menggambarkan rupa paras si Penanggal dan gangguan-gangguan dari jelmaan itu sangat menjadi bagi saya. Berdiri habis bulu roma saya seram jadinya.

Yang menjadikan tampak lebih unik dan menarik ialah plot penceritaannya dilatari dua zaman beredar berselang-seli dari mula bab yang terawal hinggalah ke penamat cerita. Ianya dimulakan dengan kisah seorang gadis malang bernama Kuntum. Dia sering jadi bahan hinaan dan cemuhan penduduk kampung yang rata-ratanya masih lagi berpegang teguh dengan kepercayaan kolot kononnya dia adalah pembawa sial penyebab kematian semua ahli keluarga yang terdekat dengannnya. Cuma Megat dan ahli keluarganya saja yang masih melayan Kuntum dengan baik. Malangnya hubungan baik Kuntum dan Megat disalah ertikan Mayang yang juga menyintai Megat lalu dianiayanya gadis malang tu. Diupahnya 3 pemuda kampung untuk menodai Kuntum dan membunuhnya. Amarah menguasai dirinya kini. Dikala itulah iblis dan syaitan memainkan peranan. Maka termeterailah sumpah antara Kuntum dan Shughal, jin kafir dari hutan terlarang demi membalas dendam kesumat dihati.

Kemudiannya penulis membaca kita ke zaman sekarang dimana penceritaan tertumpu pula pada Ilyas dan ahli keluarganya yang sering diganggu jelmaan wanita misteri hingga menggugat keselamatan mereka. Gangguan jelmaan itu seolah-olah berdendam dan sentiasa menghantui setiap ahli keluarganya. Dan pada masa yang sama kejadian wanita yang sarat mengandung mati dalam keadaan misteri dan mengerikan semakin menjadi-jadi dan seolah-olah ada kaitan dengan gangguan yang dialaminya.

Kes ini juga mendapat perhatian serius Inspektor Shahid. Beberapa siri kematian yang kesemua mangsanya wanita yang sarat hamil mati dengan cara yang sama, benar-benar membingungkan banyak pihak. Dan dia takkan sesekali mengalah dan berputus asa menjejaki sekaligus menyelesai misteri yang membelenggu mereka selama ini. Yang pastinya ada seseorang yang sanggup bersetongkol dengan iblis dan syaitan demi kepuasan hati sendiri. Persoalannya siapa..?

DONE
Displaying 1 - 22 of 22 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.