Kisah Tim bertemu jejaka idaman mata birunya di Estonia. Kisah Jeroong 'diculik' di Vladivostok. Issey memburu Aurora di dalam keheningan malam bumi Iceland, berjayakah beliau? Aizul pula menjejak kesan kemusnahan perang di Bosnia. Buyong meredah bumi Sri Lanka tanpa banyak kerenah dan banyak lagi kisah-kisah kembara yang menghimpunkan ceritera 20 teman yang saling mengenali antara satu sama lain.
Pengembara penuh emosi... suka, duka, tangis, cemas dan gembira. Dari misteri dalamnya lautan, hinggalah ke puncak pergunungan merentas awan, ini kisah pengembara meredah 20 destinasi berbeza, dikarang oleh pengembara, disunting oleh pengembara dan diterbitkan oleh pengembara.
Travelog ini bakal membawa anda mengembara bersama kami menjelajah dunia, menikmati alam ciptaan Ilahi.
Adakah anda sudah bersedia?
--- "Andai anda mahukan kepelbagaian kisah kembara, inilah bukunya. Sesuai dibaca oleh setiap lapisan masyarakat serta kanak-kanak. Inspirasi itu ada di mana-mana andai dicari, termasuk di dalam buku ini" - Ida Latif (Editor, The Vocket)
"Pasti ada sebab Tuhan menjadikan dunia ini serba luas dan penuh dengan ragam manusia, budaya dan ilmunya. Setiap langkah pastinya ada cerita. Buku ini adalah catatan kembara terbaik yang pernah saya baca. Travellah, baru tahu" - Ikram Al-Banjari (Travellution)
"Permulaan yang baik! Dengan iltizam yang utuh tersemat di dada, mereka melihat dunia dari kaca mata sang pengembara. Buku ini mencerap serba sedikit pengalaman mereka agar ia menjadi panduan dan iktibar kepada semua pembaca dan pengembara di luar sana. Inilah 'suara' pengembara yang menyantuni dunia, cuba untuk mengenali diri dan menemui sejauh mana insannya manusia" - Backpackerz
Sepanjang menjadi pembaca buku, boleh dibilang dengan jari sebelah tangan sahaja buku travelog yang dibaca dan buku ini adalah yang ketiga. TM20P adalah kompilasi catatan pengembaraan 20 orang penulis yang mana sebahagiannya rakan-rakan yang aku kenali menerusi group WhatsApp Beluncas Book Club. Ada yang pernah aku bersua muka dan ada yang belum.
Aku bukanlah seorang kaki travel. Pengalaman berkelana ke luar negara pun terhad sahaja. Memori yang ada pun ingat-ingat lupa. Tidak aku abadikan dalam diari ataupun blog. Dulu aku ada blog yang aku tuliskan pengalaman aku sewaktu menyambung pengajian di Fililina tapi blog tu sudah pun aku tutup akaunnya. Menyesal plak rasanya. Kalau tak mungkin boleh buat travelog. Hehe...
TM20P punya kisah yang pelbagai. Setiap penulisnya punya gaya penceritaan yang tersendiri. Ada kisah yang amat menarik, ada kisah yang menyentuh perasaan dan jiwa, ada kisah yang membuat aku teruja dan seakan teringin ke tempat yang mereka lawati. Rangkuman kisah mereka ini sedikit sebanyak mengajar tentang kehidupan dan memberi inspirasi kepada aku sebagai pembaca. Mungkin juga sebagai bakal pengembara.
Syabas buat semua penulis atas usaha melahirkan sebuah memoir kembara yang bagus ini. Nak otograf!!!
Membaca travelog kembara bukanlah krn destinasinya, tapi apa penghayatan yg dapat dikongsikan tentang latar belakang tempat, suasana dan tingkahlaku manusia dll malah bau oksigen/udara di tempat itu juga merupakan suatu penghayatan. Buat yg ada jiwa kembara, buku ini sgt sesuai. Buat yg mencari kisah lokasi travel yg 'grand2' dan dibaca sebagai 'pelancong', ini bukanlah buku utk anda.
Baiklah saya review secara jujur....
Aizul Manan - Kisah TM20P dimulakan oleh Aizul Manan dalam kembara Balkan. Saya agak terkesan tentang kisah pemandu pelancong iaitu Ivor dan survival rakyat Bosnia dalam mata pencarian seharian. Amat terkesan apabila melihat gambar Ivor yang memandang ke arah jambatan Stari Most sambil membelakangi kamera, dalam keadaan hujan dan berpayung mengharapkan sedikit rezeki kurniaan Ilahi dari pelancong2 yg dtg ke situ buat makan minum keluarganya seharian. Mereka tidak memaksa apabila meminta, tapi meminta dalam berterus terang.
Ali Gaban - Kisah baju Jersey baru yg tiba2 ada dlm backpack yg ntah datang dari mana. Beliau menceritakan pengembaraannya ke Algeria, satu negara yg sgt rare dikunjungi oleh pengembara Malaysia. Hanya dgn kemahiran, ilmu dan usaha, beliau mendapat trip percuma ke sana malah jika diberi peluang boleh menjangkau sehingga ke Turki dan UAE! Apakah kemahiran tersebut? Semuanya ada kisahnya dlm buku TM20P. Oh ya, agak melucukan bila rupabentuk pokok2 di Algeria dibayangkan olehnya seperti bentuk brokoli.
Jeroong Wia - menaiki keretapi dari Harbin (China) ke Vladivostok (Russia). Tertarik dgn kisah keretapi yang perlu 'ditukar peralatan' tiap2 hari apabila tiba di sebuah station, jika tidak akan tergelincir dan terbabas. Spoiler pula kalau cerita di sini tapi segala kisahnya ada dalam buku TM20P. Kisah yang baru saya tahu juga melalui penceritaan beliau ialah transit train semalamam. Penumpang yg transit tak tidur di hostel/hotel, tapi tidur dalam _________ (blank sbb spoiler).
Amerlinda - Kisah kembara trans Sabah dgn anak kecil. Teringat pula kenangan kembara saya ke Thailand-Laos juga dgn anak kecil semasa 2016/17 merentas 11 daerah dgn gaya backpack 100%. Buat yg berkeluarga tapi 'menjunjung' falsafah bhw dah berkeluarga pun masih boleh berkelana tanpa mempedulikan taboo org dulu2 yg mengatakan segala aktiviti terhenti bila berumahtangga, jadi bolehlah follow kisah Amerlinda atau kisah pengembara berkeluarga yg lain. Ada juga diceritakan rate penginapan rumah panjang yg jauh lebih murah dr booking online. Masyaallah! Selama 40 thn saya hidup, baru tahu kisah yg di rumah pjg terdapat bilik khas utk menempatkan ........ (blank nanti spoil pula). Kudat mendapat namanya dari 'kes terkejut'? Betul ke di Sabah terdapatnya gong terbesar di dunia? Betul ke weh? Semua kisah, lokasi serta nombor utk dihubungi telah dikongsikan dalam buku TM20P.
Budak Kechik - Pengembaraan yg penuh dgn nasib malang bermula dari awal lagi. Selalu terjadi pada pengembara. Biasanya dlm berhari2 travel mesti satu hari akan dirundung malang. Teruja dgn telco Russia krn simkadnya berharga RM46 dengan data plan 40gb. Dan pertama kali dgr adanya hostel yg mempunyai waktu _____ (spoiler blank). Ikuti bagaimana beliau menempuh cuaca sejuk sehingga malam harinya dlm menghadapi masalah demi masalah yg menimpa.
Norhisham - Beliau mempunyai gaya kembara yg sama dgn saya iaitu isterinya sbg travel partner, "Dialah si isteri... dialah sahabat karibku... dan dialah teman kembaraku." Saya juga baru mengetahui terdapat app khas utk mengetahui signal kekuatan aurora setiap hari dan boleh naik flight ke Iceland melalui Edinburgh. Adakah 'perjuangan' mereka suami isteri selama 4 mlm mengejar aurora berjaya dicapai? Atau pulang dgn penuh kekecewaan? Inilah dilema pengejar sang aurora. Semuanya diceritakan dalam buku TM20P.
Intan Hurulaini - Ok ini first time saya ikuti kisah kembara di tanah Korea Selatan selain dr tempat pelancongan utama seperti Busan, Jeju dan Seoul. Kisah ttg kerajaan lama Silla di Gyeoungju yg sangat menarik. Pengalaman, ketakutan dan kerisauan apabila terjumpa pakcik2 Korea yg sdg mabuk yg seolah2 'memaksa' beliau menaiki kereta ke suatu tempat tujuan. Ikuti bagaimana kisah selanjutnya dalam buku. Di sini juga terdapat menara astronomi tertua di Asia Timur yg dipunyai seorang ratu! Dan paling kelakar, menaiki bas dan tersalah berhenti di muzium ____ !! (blank spoiler).
Fatimah Matarjan - Berada di turki sewaktu kejadian letupan bom di airport. Telah melakukan fardhu kifayah di Estonia di sebuah masjid yang mengalami sedikit masalah disbbkan bencana alam. Yg paling ehem2.... bertemu jodoh dgn org sana. Kisah ringkas percintaan mereka berdua sehingga dilamar. Anda yg masih solo pasti teruja!
Dinie Safwan - Travelog setakat Gunung Kinabalu je? Ishk jgn judge mcm tu... korang tahu tak.... inilah first travelog saya baca tentang hiking Gunung Kinabalu yang sgt unik (dan mungkin rare?). Dia ni mmg gentlemen krn melamar gadis kesayangan di puncak Gunung Kinabalu! Adakah beliau berjaya?
Nur Shuhada - Ini pula tentang kisah ke Lopburi (Thailand) melihat bunga matahari. Seronok baca krn sama dgn pengalaman saya sekeluarga ke sana dulu. Pengalaman beliau menaiki trak pickup dan duduk di bhgn belakang dr Lopburi ke ladang bunga matahari sgt saya suka. Feel seperti menjadi seorg buruh/pekerja ladang pula. Beliau juga menceritakan pengalaman bersama keluarga sahabatnya yg tinggal di Bangkok.
Rashid - Beliau mengajar saya tentang betapa bahayanya AMS, lebih bahaya jika kombinasi dengan asma. Walaupun badan fit, sado, selalu ke gym, selalu joging.. kalau dah terkena penangan AMS, terduduk juga. Kisah beliau yg sgt setiakawan membantu seorg sahabat terkena AMS sewaktu mendaki ke Macchu Picchu, Peru tanpa mempedulikan hotspot2 yg ada di situ. Utk anda yg ingin ke sana, beliau juga ada menceritakan panduan secara detail dlm buku TM20P. Bonus: Kisah pengalaman trekking dan mendaki di Annapurna Base Camp (ABC), Nepal.
Firdaus Mukhtar - Pengalaman kembara secara solo ke 7 buah bandar di China. Sepanjang menjadi pengumpul buku travelog, saya belum pernah lagi membaca travelog khas utk negara China. Kisah Firdaus bagi saya dah ok walaupun ringkas. Saya juga tak dapat bayangkan kerja 'gila' beliau membeli tiket murah standing seat selama 8 jam dalam train! Bagaimana beliau handle? Ikuti juga kisah beliau berhadapan dgn masalah bahasa terutama papan2 tanda jalan, kedai dll.
Tawfiq - Ok, ini sangat rare walaupun hanya dekat sahaja iaitu di Bali. Kisah ini mirip kisah mengejar aurora tapi yg dikejar adalah kumpulan ikan Mola-mola. Kemunculannya bagai aurora, dtg tak bagi salam, tapi bila pergi meninggalkan 'salam tautan hati' yg dirindui. Tahukah anda ikan ini sebesar sebuah van? Hanya di Bali sahaja lokasi di dunia paling terbaik utk melihatnya. Adakah beliau berjaya bertemu ikan tersebut? Ada satu lagi yg rare iaitu 'travelog scuba', kisah melihat keadaan, kedalaman dan kehitaman dasar laut apabila berscuba.
Mohd Yasim - Tertarik dgn gambar kecomelan seorang kanak2 perempuan yang sedang makan bungkusan yang disertakan sekali dalam buku ini. Gaya penulisan travelog sgt menarik sehingga saya merasakan diri beliau adalah saya! Begitu detail sekali penceritaan suasana sekeliling di utara Pakistan dgn bait kata2 yg tersusun. Buat Mohd Yasim, anda boleh melangkah lebih jauh lagi dalam berkarya.
Ada lagi yg saya tak sempat review cthnya kembara ke Sri Lanka, Iran, Turki, Kashmir, Al-Aqsa Palestin dan Ha Giang (Vietnam). Kalau nak tulis review utk semua agak terlalu byk, saranan saya lebih baik dapatkan terus bukunya. Pendapat saya, ini adalah buku travelog pertama terbit di Malaysia yang mengumpulkan kisah dari 20 org pengembara. Kesemua kisah sgt menarik.
Ini pula kritikan saya..
Font agak kecil, mgkn utk jimatkan kos pencetakan dan seterusnya mengurangkan harga jualan agar mampu milik. Saya rasalah, jika font dinaikkan 2 point, mungkin jumlah mukasurat mencecah 400ms! Dengan dilengkapi beratus mukasurat cetakan gambar berwarna, saya rasa harganya sgt berbaloi.
Rating 4.8/5.0
Buat yg belum beli, silalah dptkan sbg koleksi buku2 travelog dlm simpanan. Cetakan sgt terhad. Kalau dah habis, nanti tiada lagi dlm pasaran.
ada yg best, ada yg 'boring', ada yang 'excited' dan ada yang mengelirukan ..hahaa.. apapun, saya memang jenis suka cerita yang ada unsur humor sedikit dan cerita yang 'straight forward' dan yang paling penting, jgn cerita byk tentang sejarah sesuatu tempat tu sangat (boleh google sendiri)... sebab kebanyakan kita as a pembaca, kita nak tahu pengalaman pengembara dan cabaran/suka duka/cerita kelakar di sesuatu tempat tu yg boleh membuatkan pembaca tu akan ingat you masa membaca sesuatu cerita itu... ok, so far, terima kasih atas perkongsian dan all the best ..... ok sebelum terlupa, kualiti 'printing' sgt baik dan berbaloi la dgn harga .... terima kasih 20 pengembara !!!
November, 27 Baru memulakan kisah pertama, saya sudah membayangkan gaya santai penyampaian cerita-cerita dalam travelog ini. Mudah difahami dan santai. Dekat dengan pembaca walaupun belum pernah mengembara sejauh itu.
Januari, 4 Masha Allah, buku ini padat dengan pengalaman sebenar pengembara dan ada 20 kesemuanya! Baru dibaca sampai kisah keenam macam-macam perasaan ada.
Gembira dapat tengok Aurora Borealis, risau sebab tak dapat check-in hostel, juga kecewa yang amat sebab tak dapat teruskan pengembaraan di Vladivostok juga ada! Kisah menjadi tahanan juga bikin saspen.
Selain itu saya amat menyukai apabila diselitkan juga kata-kata yang menyatakan hikmah kembara dan puji-pujian kepada Tuhan.
Januari, 5 Hari ini saya baca lagi beberapa bab 'Travelog Memoir 20 Pengembara' dan ternyata semakin dibaca semakin menarik. Ada pengembara yang ditemukan jodohnya dan ada yang berpeluang berenang dengan spesis ikan yang unik di Bali.
Boleh dikatakan setiap kisah mengajak pembaca mengambil ibrah. Terutama selepas setiap musibah yang dilalui seperti kerugian wang dan masa. Saya terfikir macam dalam rugi berbisnes pula.
Duit habis jika bisnes tak jalan tapi pengalaman yang diperolehi cukup banyak. Jika dibuat pemerhatian dan analisis. Saya bukan orang bisnes. Sambilan sahaja dulu kejap.
Ibrah itu umpama nilai tambah travelog selain keasyikan cerita kembara seolah-olah berada bersama-sama dengan penulis. Segala pujian, kehebatan kembali kepada Tuhan.
Januari, 11 Sepatutnya boleh dihabiskan lebih awal, tetapi tertinggal pula di rumah mak. Seronok bercerita pengalaman membaca buku ini kepada adik bongsu sampai tertinggal.
Lima bab terakhir disudahkan dan ternyata pengalaman yang dikisahkan memang padat. Menyentuh hati, menyuntik keinginan untuk mengembara dan menyentap perasaan. Permusafiran yang amat jauh dan panjang mendebarkan seperti di Sri Lanka, Iran dan India.
Bab akhir sesungguhnya menjadi kemuncak himpunan travelog ini apabila keterujaan menyoroti segala cabaran kembara dikejutkan dengan kematian. Pilu.
Secara keseluruhannya catatan pengembara berhasil mengatur poin penting bagi membangkitkan keseronokan melihat tempat orang dengan pandangan berbeza. Ada yang nyata memberikan informasi penting juga gambaran awal untuk yang bakal melawat tempat yang diceritakan.
Antara benda yang jelas saya adalah berkenaan AMS, rakyat Sri Lanka dan daerah-daerah yang berada di sempadan India, China dan Pakistan. Ada daerah dalam sebuah lembah di sebalik pergunungan indah mempunyai kadar literasi yang amat tinggi sedangkan negaranya berperatusan sebaliknya. Ini menimbulkan rasa ingin tahu amalan pendidikan yang dilakukan.
Selain itu stigma yang mungkin biasa ada kepada sesetengah kaum atau negara dapat dikurangkan. Paling penting adalah karya ini mampu mengajak kita berjalan, berfikir dan bertindak ke arah yang lebih baik atas rasa kesyukuran. Bertindak secara proaktif.
Oh ya, kini saya terfikir bahawa ibrah atau pengajaran untuk difikirkan adalah ramuan wajib untuk travelog yang bagus. Bukan lagi nilai tambah.
Terlalu banyak nikmat yang diberikan Tuhan, hanya menanti langkah seterusnya untuk menyebarkan kebaikan dan manfaat sebelum terlewat.
Most of the time, travelog is my favorite one. Special dedication to one of the writer, Hi J. Have a blessed! Wherever you go. Come back, safe and sound. #wiafzr