Apa tah dalam fikiran author masa buat cerita 😭💆🏼♀️ Aku skip dari page 200+ ke 300+ untuk saja la konon nak baca last2 pages kot nak sejukkan hati tengok si tenuk tu berubah, ehhh boleh pulak bukak2 je part dia bergaduh dengan doktor time nyawa bini dia dah hujung2 nak bersalin semata nak doktor perempuan taknak doktor lelaki yang tolong bini dia deliver, bini tu dah meraung sakit dia boleh suruh “Diam.” siap tekup mulut bini dia tu… alahaiii pelik tapi benar betul. Memang sampai ke sudahlaa ye Jibrael ni annoying gila. Buat Dara macam lapik kaki. And Dara pun aku meluat. Elok pun bengong dia tu habis kat dia je. Tak payah simpan langsung untuk anak cucu.
Overall : TAK BERBALOI DENGAN HARGA dari segi quality fizikal buku dan content cerita . Kertas buku ni low quality(kertas recycle and kuning), + muka surat 300+ je(tu pn font besar2), harga rm47 first hand mmg sangat mahal tak kena dgn quality. . Indah khabar dr rupa, buku ni takla sehebat yg dijangka. Jalan cerita ok cuma rase mcm baca cerpen bukan baca novel sebab banyak air, xde isi. . Sinopsis : Ku Jibrael ditinggalkan Zara Azalea(which later he finds out that this girl is Dara’s sister) pada hari pernikahan. Ditambah pulak Lea pregnant anak luar nikah dgn seorang dato’ yg beristeri 3. Kerana Lea, Jibrael berdendam dengan kaum perempuan kecuali ibunya dan ibu angkatnya. Jibrael kenal Dara Adalia melalui mamanya. Rupa Dara yg serupa dengan Lea menyebabkan Jibrael nekad untuk melepaskan dendamnya di samping menggunakan Dara untuk melahirkan anak. Dara terdesak untuk bayar kos pembedahan ibunya lalu setuju dengan tawaran jibrael untuk mengandungkan anak jibrael dan diceraikan sebaik bayi itu lahir. . Bila dah kahwin oh well, cliche la kan hero ego tinggi tak mengaku sayang heroin. Dara dianggap seperti orang gaji. Jibrael sampai ke tahap mendera si Dara, dilibas dengan tali pinggang, dibaling dengan pinggan mangkuk kaca etc. . Bla bla bla.. lepas kena seksa takde angin xde ribut papp! Heroin jatuh cinta atas alasan jibrael ni suami dia. . Bla bla bla.. dah lahirkan anak, dah susukan anak 6 bulan, Jibrael tak jadi ceraikan Dara. . Permulaan agak ok, bila dah tengah and ending rushing, xde huraian. .
Disappointed dengan buku ni, indah khabar dr rupa..
pendek cakap, Jibrael ni ada trust issues dengan pasangannya disebabkan trauma yang ditinggalkan bekas tunangnya dan menjadi mangsa adalah isteri sendiri. watak Dara Adalia pula hurmm lemah. kesian. so overall, boleh campak tepi perangai hero macam ni.
Antara 3 badboys tu, saya paling suka Ku Jibrael ni. Walaupun beku dingin kejam tapi masih terserlah sisi baiknya.Sejarah silam membuatkan Rael menahan diri dari mengakui cintanya pada Dara.
Saya suka olahan cerita dari Suci.memang xboring. Cuma terasa nak lebih banyak scene antara Rael n Dara lepas dorang dapat anak tu.Sebab rasa bila dah hujung2 tu macam laju je menuju ending. Banyak penceritaan daripada penulis instead of perbualan antara Rael n Dara. So rasa kurang feel sikit disitu. Tak dapat menyelami perasaan Rael after dapat anak. Kenapa masih tegar menyeksa perasaan Dara yang tiap saat menghitung hari untuk berpisah dengan anak dan suami..
Permulaan cerita sehingga perkembangan cerita, ok la...
Cuma dari peleraian hingga tamat, seperti pantas jer seolah-olah penulis hendak cepat akhirkan jalan cerita ini. Jika di kembang lagi pasti menarik.
Ada sedikit kekeliruan seperti nama watak jika di ikutkan "Dara" tapi tiba-tiba nama watak tertukar kepada "Ain". (Pada hal nama ni tak wujudkan dalam jalan cerita)
sangat kasihan dengan dara. sepanjang pembacaan dari awal hingga helaian yang terakhir. apa kejam benar puan penulis Novelis Suci Hidayat ni? saja je nak bagi pembaca sebak, sedih. menyampah betul kena tarik hujung t-shirt buat lap air mata. huh!
dara, dari awal dia perlu berkorban. kerana umminya yang tak sihat dan perlukan banyak duit untuk dapatkan rawatan, dia korbankan masa, tenaga dan air muka. berhutang duit rumah sewa, nak makan berkira sen yang ada. aduhai...
ku jasmin, wanita anggun yang dia jumpa di hospital yang membuka jalan. mahu menjodohkan dengan anaknya, ku jibrael. dan sesuatu yang ku jibrael lakukn buat dara terima untuk dijodohkan.
ku jibrael, ada agenda. masa kan tidak, dia membenci kaum wanita. sangat benci! bagi dia, wanita hanya perlu letak di kaki.
tapi
sebab dia sukakan anak, dan dia rasa dia patut ada anak sendiri, jadinya dara adalia lah yang patut menggalas kehendak yang dia mahukan.
sangat sakit hati baca layanan ku jibrael terhadap dara adalia. sampai satu tahap, keluarlah dari mulut, memaki jantan yang bengong tu. sebab kecewa dengan azalea yang menghilang di hari perkahwinan, dia pukul rata semua. elok dia ni letak bawah pokok durian yang tengah nak gugur buahnya. biar kena hempap buah yang gugur.
apa pun, kasih sayang tiada nilai. tak akan ada manusia mampu letak harga untuk kasih sayang yang bertunas dalam hati dan terus menjalar dalam urat nadi.
akan sentiasa berdenyut, walaupun adakala urat bersimpuh dan nadi terganggu.
Penulisan yg sgt jelas , mudah faham dan ada tarikan utk habiskan bacaan dgn segera.. Mungkin tak cukup romantic.. Tapi ada beberapa babak yg semanis gula.. Dah nama pun cerita bad boy.. Tapi jalan cerita sgt menarik.. Cinta suci dan jujur seorang isteri bersama keegoan suami yg tak terucap..
Ni buku bad boy kedua yang kubaca selepas Rafael. .
Jibrael yang pernah dikecewakan oleh Lea, mula berdendam dengan perempuan. Semua perempuan dijadikan sebagai pakaian yang bertukar ganti. Sehinggalah dia dipertemukan dengan Dara. Pada masa itu, Dara sangat memerlukan sejumlah wang yang banyak. Dan Jibrael pula hanya mahukan anak. Maka, dari situlah bermulanya kisah mereka. .
In term of storyline, ku suka. Dan juga olahan penulis. Cerita ni smooth je. Walaupun di pengakhiran cerita, agak rushing. Perasaan Jibrael pun tak dihuraikan dengan lebih mendalam. .
Dan jujurnya, ku sedikit kecewa dengan editing. Typo. Huruf besar dan huruf kecil yang bercelaru. Dan tertukar nama watak. Ain instead of Dara. (Ain ni watak dalam novel Tuan I Love You). Disebabkan ku ni seorang yang cerewet, mata ku sensitif dengan benda alah tersebut. Maaf. .
Apa-apa pun, buku ni santai dibaca. Olahan penulis buatku selesa. Emosinya sampai. .
Baca sampai keluar air mata.. ada kelaur air mata.. aku memang pantang lelaki pukul perempuan.. sekali terkene tiada maaf bagi mu.. tetapi tidak pada Dara.. kerana kan cinta pertama pada Jibrael sanggup tadah badan jd puch bag..
Ku Jibreal kerana malu x jadi kawen dengan zara zalea.. habis semua perempuan sama ..hilang pedoman hidup.. zina biasa bagi dia.. kuat cemburu..
x gamar perangai dengan sepupu2 jibreal ..batu api
secara keseluruhan buku 4.5 bintang...coz ada tekanan pada Ummi Lisa.. ditakdirkan rezeki tidak ada anak.. i like.. tidak ada anak itu juga rezeki.
Novel ni akan jadi lebih menarik kalau Dara jadi lebih keras dan Jibrael betul-betul menyesal.
Seriously, selepas apa yang Jibrael buat; tampar, libas dengan tali pinggang, kena hentam dengan pinggan mangkuk, bawa perempuan masuk bilik kelamin diorang dan hanya diperlukan “aku cintakan kau” untuk Dara langsung memaafkan? Tak sempat pun nak rasa penyesalan Jibrael.
Sakit hati kita yang membacanya.
Apapun, good story. Saya suka olahan dari penulis. Sangat lancar membacanya. Semestinya akan cari lagi novel penulis yang lain.
3.5 rating. This is definately better than TILY. Better plot tapi masih ade editing mistakes. Kerana dilukai oleh his ex, Rael hates all women except his mom & godmom. Tapi nampak jugak sisi baik si Rael ni sebenarnye.. so i wud say that among all 3 badboys, dia lah yg paling baik among them.
Jalan cerita Jibrael ni better sikit la kalau nak dibandingkan dengan raeed & ezrael tu.Tapi Cik N tak suka dengan hero dia sebab kaki pukul.Heroin pun lemah je,senang2 terima hero.
TW ALERT!! The first thought that came through my mind is that this guy is f*** abusive and a violent man. And he shouldn't treat her like that...like it is very cruel, even though I know that he has been facing a lot of trauma in the past but he shouldn't take out his anger on his wife. How dare you treat your wife as a slave and somewhat a maid? The bad part is the way he dealt with his anger by throwing the plates and bowls, slapping and spanking his wife using a belt, omg it's a big no for me. Geez, now let's talk about the wife, I felt that her character in this story doesn't stand out that much, and it feels like she is somewhat small and can't even protect herself and too naive. I expect the story to be a comeback for the wife to fight for her rights and stand up for herself more, but that never happened. She doesn't have the power to come back and just let the husband be more violent on her instead,like, wtf?! And I very much expected that the husband should be begging for forgiveness and repent, and still, it never happens. Yup, maybe I suggest the author represent women's power in one of her upcoming books, make the wife or victim to be more smarter and brave if they are about to face this kind of plot again)
So, those are the bad things that I don't quite enjoy from the read actually and have made me thinking that maybe these kinds of things have been faced by literally any of us, and that saddened me.
But, I didn't say that this book is all bad, no! It also has the goods that I can take, like the way his wife is still trying to search for the happiness in her life instead of the bad, think positive, trying to make up with her husband, and the way she keeps on trying amazes me. In fact, she never even once hated her husband (like you know, how the husband treats her at first...🤮). She is a strong girl, and I truly respect her for that. As her husband is actually kinda sweet, too, like the way he melted for her without even saying, even though he really does sucks at first. Overall, the ending is bearable, and the writing is easy to understand. Well, that's all folks!
Ni karya pertama Novelis Suci Hidayat yg aku baca...Aku suka dgn novel ni sbb jln cerita tak meleret...tak ada langau...Bg aku Jibrael tak kejam sangat..Masa dia pijak kaca lepas dia pukul Dara dgn tali pinggang tu aku rasa terharu..Lepastu masa Jibrael melutut utk pakaikan kasut kat Dara masa dia ajak keluar dating tu so sweet...Rasa mcm Cinderella..Lepastu masa dia beli Tokayaki(taktau eja betul ka tak),yg ni rasa lawak sbb Dara mkn segigit ja Tokayaki tu sedangkan Jibrael punyalah susah dptkan...Lepastu masa Dara dukung Jazriel masa hari nak berpisah tu...Serius sedih..Rasa sayu ja perasaan..Jazriel pun mcm tau2 ja...Masa Dara tengah cakap2 dgn Jibrael sebelum Jibrael jatuh talak tu mendayu ja perasaan...Apa2 yg sempoi kembar 3..wowww...Penulis berjaya bt aku rasa semua perasaan setiap kali baca novel ni...Typo pun tak banyak...Cuma aku agak keliru dgn nama Dara Adalia dgn Zara Azalea sbb hampir sama...First bab terus ke point tak ada meleret2...Tahniah penulis...
Siapa yg kata hero best & sweet korang memang ada masalah otak ye.Bapak gila red flag hero dalam cerita ni.Heroin pulak bengap. Apa perasaan penulis masa tulis story ni? Selemah itu ke seorang perempuan? Membazir duit je beli.Cerita mengarut,mahal pulak tu.
AMENDE (what a waste of my time and money-- and i only have myself to blame)
im planning to read all suci hidayat books that i own, this is the second one and the last one that i'll read
again, another typical asshole playboy abusive psychopath ml and helpless stupid af fl. why r we romanticising domestic violence and rape in the first place. i was hoping for some kind of redemption towards the end at least but nahh dont worry he did it all bcs he loved her and they can be happy now yeay. the ml obv need lots of therapist to deal w/his extreme trust issues. and the fl keeps on raging about how much she cant help but falls in love w/the ml, showing concern when the ml literally just beat the shit out of her. terpaling isteri tempatnya di sisi suami
"good girl good girl" good girl inek kau. should've dnf but imma treat it as a good ragebait. im only reading this after 9 years of it being published so i have no idea if the author still write this kinda thing or she has taken a different approach
Dek kerana hutang yang dijelaskan oleh Ku Jibrael Bin Ku Jaleel. Dara Adalia menerima tawaran Jibrael untuk menjadi isterinya. Adalia berfungsi untuk melahirkan zuriat Jibrael dan juga bibik di dalam rumah banglonya. Saat lafaz nikah terakad, Adalia jatuh cinta pada Jibrael. Dia rela diperlakukan bagaimana sekalipun hatta didera. Adalia berusaha untuk mengembalikan Jibrael menjadi seperti dulu, seorang yang penyayang setelah mengetahui daripada Ummi Lisa sebab perwatakan Jibrael berubah. Zara Azalea, bekas tunang dan wanita yang menyebabkan Jibrael benci pada kaum ini. Rupanya anak Ummi Diah dan kakak kepada Adalia 😌.
Tiba-tiba rasa suspen pada part cukup 6 bulan usia Ku Jazreel, Adalia bersedia untuk diceraikan. Saat Ku Jibrael melafazkan "Dara Adalia Binti Zainal Abidin, aku..... " ---paused--- "Dara Adalia Binti Zainal Abidin, aku cintakan kau." Hahaha 🤭😁 unpredictable words!!! Kesabaran Adalia membuahkan hasil.
Dah lama habis baca novel ni, baru sempat nak tulis review sekarang. First time baca sinopsis novel ni, my first thought, not bad. Bila baca then boom, terus turn off. Hero is abusive! Pukul isteri sampai lebam lebam, bukan sekali tetapi banyak kali. Saya bayangkan seorang hero yang sangat matang and very logical person sesuai dengan namanya Jibrael, tetapi jauh sangat menyimpang. Sorry tapi for me, i memang tak boleh nak accept cerita pasal lelaki senang senang pukul perempuan sebab for me, takda wanita dalam dunia ni patut dilayan atau dipukul kerana tugas seorang suami adalah untuk melindungi. Jalan cerita not bad, di mana Jibrael berkahwin untuk mendapatkan zuriat tapi for me, tak perlukan hero menjadi seorang yang abusive untuk menunjukkan sikap dominant tu. I had read a lot of English novel about surrogate mother tapi kebanyakan hero disana lebih considerate. Saya tahu novel ini ada beberapa siri hero lain tapi adakah yang lain pun abusive juga?
Another badboys romance oleh penulis Suci Hidayat. Watak utama Jibrael tak semenggah mana, lagi sakit hati adalah. Apabila dikecewakan dan ditinggalkan oleh Zara Azalea pada hari pernikahan mereka, Jibrael berdendam dengan semua perempuan. Bertemu dengan Dara Adalia di hospital, Jibrael setuju untuk tanggung kos rawatan ummi Diah dengan syarat Dara mesti jadi isterinya. Selepas kahwin, Dara selalu ditengking dan dimarahi Jibrael tanpa belas. Dara turutkan perintah serta kehendak Jibrael demi ummi Diah. Keseluruhan cerita agak menarik dengan plot yang tak berat cuma saya kurang senang dengan Jibrael yang tidak kasihankan Dara. Watak Dara pula tak menambat hati saya kerana lembik sangat dek cintakan Jibrael. Watak antagonis Azalea pun kurang menonjol dan kurang paparannya.
Jibrael ditinggalkan kekasih hati sewaktu hari pernikahan dia dengan Azalea. Dari situ la seorang Jibrael sangat bencikan makhluk yang bernama wanita. Benci yang meruap-ruap. One day, dia ajak Dara Adalia kahwin untuk dipinjamkan rahim perempuan tu untuk melahirkan zuriat dia sebagai balasan yang dia dah tolong langsaikan hutang Dara. Sumpah aku turned off gila dengan lelaki yang naik tangan dekat perempuan ni. Walaupun, I loved redflag guy(in fictional only) tapi kalau sampai tampar, pukul tu memang aku benci ye.. Dara pula memang perempuan yang bodoh je sebab terima semua yang Jibrael buat. Astaga.. At the end of the story, Jibrael senang-senang aje minta maaf selepas apa yang dia buat dekat Dara and Dara pula terima aje. Goshhhhhhh, aku kalau boleh nak Jibrael ni grovel dekat Dara sampai melutut, merayu untuk minta maaf—eh tak, kalau boleh, aku nak Jibrael tu mati kena langgar dengan lori. Biar mampus dia sana. Then, aku nak Dara ni jadi keras hati bukannya lemah macam tu. Benci betul la dengan fmc yang lemah ni. Why eh?? Aku rasa author ni memang sukakan wanita yang lemah la tu sebab dia buat ending macam tu. Tak suka dengan ending dia!!!!
finish it in one sitting sbb tk bole tido klau tk hbiskn, srs talk la ehh tk berbaloi langsung beli dgn harga mahal quality 0 jalan cerita pun omg. mula ii ingatkn lelaki yg tulis sbb bfr la penulis buat fl nmpk lembut gila,mna ada pp nk stay dgn lelaki mcmtu klau diperlakukn mcm perempuan pemuas nafsu. paling cannot brain part dekat tandas tu, org yg tkde otak je gonna stand there and listen to what jibrael ckp. Honestly cannot comprehend how some people suka watak jibrael.
Dia lelaki pendendam. Dendam kepada wanita. Wanita yang buatkan dia berubah menjadi kejam. Hingga menganggap wanita itu umpama sampah. Hingga menafikan cinta yang tumbuh di hati. ☺