Jump to ratings and reviews
Rate this book

Qidran: One Night Stand

Rate this book
Segah nama yang diberi, Ku Qidran bin Ku Qaiyum. Jadi tidak hairan kalau Qidran selalu saja menjadi tumpuan wanita. Kekacakan wajahnya digunakan untuk membuatkan wanita tersungkur. Malang sekali bila anugerah Allah S.W.T itu digunakan pada jalan yang salah.

Bad boy TERMASYHUR, itu gelarannya sewaktu di kolej. Arak, perempuan dan kelab adalah 'sahabat karib'nya. Qidran leka dengan syurga dunia. Malah, gadis yang turut tidak bersalah juga menjadi mangsa. Diragut daranya lalu ditinggalkan tanpa khabar berita. Kejam? Lantaklah apa orang nak kata, dia langsung tidak peduli. Bagi Qidran, sesiapa sahaja yang melangkah masuk ke kelab itu sama sahaja. Tidak ada seorang pun yang hatinya suci.

'The first thing you need to know, perempuan bertudung tak dibenarkan masuk ke kelab malam. Five minutes to think, girl. Kalau tak, aku anggap kau tak berminat.' - Qidran

Takdir Allah menemukan Yara Hasna dan Ku Qidran dengan cara begitu. Namun terlalu kejam rasanya buat Yara pabila lelaki yang dia percayai akan membantunya sanggup merosakkan dirinya. Ditinggalkan dengan hanya sehelai nota ringkas yang cukup menyakitkan hati buat Yara nyaris rebah. Namun dia kuatkan semangat untuk meniti kehidupannya yang mendatang.

'Thanks for last night. I'm impressed! Tak sangka aku adalah lelaki yang pertama sentuh kau.' - Qidran

Yara terhenyak. Beribu duka telah melelahkan kehidupannya hingga akhirnya Yara kembali melihat sinar bahagia. Yara dikutip bagaikan permata oleh Ku Qaiyum dan Ku Ameena. Malangnya sinar itu kembali malap saat pulangnya Qidran kembali dari bumi Scotland. Qidran memang tidak mengenali, namun Yara tidak pernah sesekali memadamkan raut wajah yang pernah membuatkan dia benci. Malah, Yara kesal kerana sikap lelaki itu sama sahaja seperti tujuh tahun yang lalu. Langsung tidak berubah.

Apakah yang akan berlaku terhadap Yara selepas pertemuan kali kedua mereka? Adakah Qidran akan insaf dengan perbuatannya sendiri?

356 pages, Paperback

First published November 1, 2017

19 people are currently reading
245 people want to read

About the author

Hana Efriena

68 books176 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
31 (31%)
4 stars
32 (32%)
3 stars
19 (19%)
2 stars
11 (11%)
1 star
6 (6%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for Yaya H. Amir.
147 reviews6 followers
November 6, 2020
2.7

Senang cerita kalau saya jadi Yara, saya akan buat report dan jangan harap minta si mangkuk Qidran tu bertanggungjawab.

Qidran, wataknya dari mula cerita buat saya rasa jengkel yg teramat. Dia tak matang, tak nampak berpendidikan tinggi (sorry🙏), juga tersangat laa BOD*H. Bagi saya, manusia normal takkan sesuka hati nak balas dendam pada seseorang hanya sebab seseorang tu hampir sama dengan orang yg dia benci.

Konklusinya, Qidran tu sakit otak! Kesian betul dekat Yara. 5 tahun tu kira wajarlah untuk hukum si Qid yg berperangai lebih teruk dari KID! Huh....😂

Sebenarnya Qid ni bukan jahat macam setan pun. Dia jahat lebih kepada bod*h😂😂😂 angkuh, sombong, ego. Nak je cakap "go to hell" untuk makhluk macam ni😅

Saya tak suka dengan tindakan ayah yara yg sewenang wenangnya halau anak sendiri. Apa fungsi u sebagai ayah kalau tak dapat lindungi dan tarik anak u yg tersesat jalan? Kebanyakan mak ayah dalam novel berperangai macam ni. Halau anak bila dah memalukan keluarga malah tak pernah nak dengar dan siasat apa sebenarnya yg terjadi. Yg sebenarnya itulah hakikat realiti masyarakat kita.
28 reviews4 followers
February 24, 2018
Qidran pernah dicurangi seorang perempuan bernama Yara Azalea, yang dulunya berhijab dan sopan, tetapi mengandungkan anak luar nikah dgn lelaki lain dan meninggal. Qidran berubah menjadi seorang playboy selepas kejadian itu.
.
Yara Hasna merupakan junior Qidran di kolej. Kerana nama dan wajah yang hampir serupa dengan Yara Azalea, Qidran berniat untuk ‘merosakkan’ Yara Hasna.
.
Yara Hasna yang mempunyai banyak masalah keluarga terpedaya dengan ajakan Qidran untuk jejakkan kaki ke night club. Qidran meletakkan sesuatu dalam minuman Yara dan merancang untuk meragut dara Yara. Tapi sebenarnya Qidran tidak pernah meragut dara Yara dan mengupah orang untuk meletakkan kesan darah pada cadar.
.
Selama 7 tahun Yara tidak mengetahui perkara sebenar, menganggap dirinya tidak suci dan menolak semua lelaki termasuk yang ingin melamarnya.
.
Yara tanpa sengaja telah diambil ibu bapa Qidran sebagai anak angkat dan tinggal di rumah Qidran. Qidran pulak telah dihalau ibu bapanya sebelum tu kerana perangainya, dan membawa diri ke scotland.
.
Qidran pulang ke Malaysia selepas mendapat berita ibunya sakit. Dengan Yara muncul lagi di depan matanya, Qidran nekad untuk kembali terus ke Malaysia dan menyeksa hidup Yara.
.
Lepas Qidran balik Malaysia, banyak la parts yang dia hina2 Yara. Ada jugak part dia jeles dengan sorang mamat ni(tak ingat nama) yang nak melamar Yara.
.
Qidran buat keputusan kahwin dengan Yara. Mula2 Yara tolak tapi terima lepas mama Qidran cerita sejarah hitam Qidran dengan ex gf dia, dengan harapan Yara boleh kembalikan Qidran yang dulu.
.
Ok camne rahsia Qidran 7 tahun dulu tak pernah ragut dara Yara terbongkar? Sebab masa first time Qidran tuntut hak sebagai suami, Yara perasan daranya baru pecah.
.
Yara mengandung, Qidran gaduh ngn Yara, Yara bawak diri, jauhkan diri dari Qidran selama 4 tahun.
.
Lepas jumpa balik 4 tahun,dengan anak dorang sekali, Qidran berubah dan dorang berbaik, live happily ever after.
.
Best, tapi takkan ulang baca.
Profile Image for Sera.
92 reviews14 followers
January 1, 2018
Best among the all 3 badboys. I feel that Qidran ni paling kejam aming them bcos he mentally abuses Yara since the 1st nite they were togeder. After he came back to Msia, he keeps taunting her evry single time. Rasa mcm betol watak2 jahat dlm drama. He is selfish, arrogant to the max. Taknak Yara happy and will do evrything to make sure she suffers.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
November 5, 2018
[BOOK 104]

Qidran: One Night Stand by Hana Efriena.
.

Yeah, finally, tamatlah ketiga-tiga buku Bad Boy ni. Belinya dah lama, tapi sekarang baru sempat baca.
.

Antara 3 hero ni, ku suka Qidran. Mungkin sebab dia takde lah jahat sangat pon sebenarnya. Acah je lebih. Entahlah, dengan umur baru 22 tahun, ku rasa dia ni kekwat je lebih. Dan ku suka Yara. Sebab dia berani melawan Qidran. Buat Qidran tercabar. Walaupun bila dah nak ending tu, dia cam mengalah je.
.

7 tahun dulu, Qidran pernah meragut kehormatan Yara. Dan sekarang, takdir menemukan mereka kembali. Tapi, macam biasalah, Qidran tetap dengan egonya, walaupun hati dah berbunga cinta.
.

Kalau ikutkan, timeline story ni agak panjang. Dari 7 tahun lepas, masa sekarang dan 4 tahun kemudian.
.

In term of past history yang menyebabkan Qidran jadi seperti sekarang, almost similar to Jibrael. Nasib baik lah tak sama sangat. 😅 Ku suka cerita ni sebab HE berjaya mengolah perasaan Qidran dengan baik. Boleh rasa konflik dalaman dia tu.
.

Overall: untuk ketiga-tiga buku, jalan cerita dah best, tapi boleh dikembangkan lagi. Mungkin sebab ni self-published. So, tak terikat dengan patah perkataan. And please, please, untuk next buku, please do a proper editing. Typo is a major problem (for me, at least). Dengan huruf besar dan kecil yang bercelaru. Especially, ni ialah buku Limited Edition. Harganya pun agak mahal sebab self-published. Tapi, tak kisahlah macam mana pun, quality should be the highest priority.
.

Apa-apa pun, ketiga-tiganya santai dibaca.
56 reviews2 followers
January 16, 2018
Kalau Jibrael paling sweet, Rafael paling kejam, Qidran pulak paling mental.

Dia taklah se-abusive Rafael in terms of physical, but more to mental. Dier drill dlm kepala otak Yara yang Yara is not worth it to any man except him. Selama 7 tahun tak silap. Not a short time for a young girl like her.

Ada jugak part sedih bila dier akhirnya sedar kesilapan dier & cuba untuk berbaik dgn Yara. Pengakhirannya, paling gedik dgn isteri hahahha
Profile Image for YONG EKIN.
90 reviews8 followers
August 4, 2018
Susulan dari combo badboy.. Qidran tentang Yara Hasna dan Ku Qidran.. Ceritanya senang faham, mudah dibaca dan jalan cerita yg laju.. Tak puas nak baca sebab byk yg boleh dikembangkan lagi ... Tapi Mungkin ini Cara Penulisan Hana Efriena yg tak mahu cerita yg melirik.. Apa pun dalam cerita ini Ku Qidran tak lah sekejam mana.. Dan tak lah sejahat mana.. Hanya insan yg tersepit kerana dendam serta yg jadi mangsa ialah Yara..
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
December 8, 2017
Olahan best. Plot citer pun best. Qidran yang kononnya nak menyeksa Yara tapi tak sedar akhirnya diri sendiri yang terseksa.Terluka.. Ego sangat. Nasib baik si Yara ni baik. Tapi kenapa sampai 4 tahun ambik masa untuk pujuk si Yara ni.huhu... Terbuang masa macm tu je. Tegar pulak si Qid ni tengok anak membesar dari jauh je.huhu
82 reviews36 followers
December 7, 2017
Memang terkenal sbg badboy, Qidran menghancurkn kepercayaan Yara pdnya. Namun pertemuan semula mengembalikan kenangan lalu. Lantas hidupYara kembali kucar kacir. Hadirnya Yara sebenarnya menyemarakkn dendam Qidran. ambil masa jugak utk mereka bahagia. Plot cerita yg best.
Profile Image for Yuri Maroefu.
16 reviews1 follower
August 7, 2018
Plot cerita agak ringkas. Part climax kurang menjadi. Keseluruhannya adalah memuaskan. Happy reading 😍
Profile Image for Penchinta Novel.
78 reviews
May 6, 2019
Done.. Kisah lelaki yang penuh dengan dendam. Dendam yang akhirnya memakan diri sendiri.. ☺
1 review
Read
June 20, 2019
Seling this book together with another 2 hana efriena's novel (korban cinta, cinta untuk dia) for RM80 including postage. Anyone intereseted?
Profile Image for Jiji Ayub.
10 reviews
December 29, 2017
okla tp mmg kesukaan penulis ni mayb suka fwrd cerita ke 4tahun 7tahun bertahun2..so so je for those yg suka cerita x heavy bolehla..
Displaying 1 - 19 of 19 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.