Benda remeh temeh tu, maksud you macam mana? - Dhuha
For example is you, Dhuha Sofea. - Rafael
Dhuha Sofea tersentak. Tak pernah terjangka sebaris ayat itu akan terlantun daripada bibir seorang lelaki yang bergelar suami. Suami yang pernah menyayanginya. Yang pernah mengungkapkan kata cinta. Namun, itu dulu.
Malangnya sekarang, Ku Rafael sudah berubah. Sejak malam di mana tubuhnya diratah lalu ditinggalkan sehelai sepinggang. Lelaki itu mula menghilangkan diri. Menyepi bertahun-tahun lamanya.
I kahwin dengan you hanya kerana tubuh you. But it's not worth it. Nothing special about you. - Rafael
Kata-kata itu, menghantui malamnya saban hari. Fikirnya, cerita cinta mereka akan berakhir pada malam itu. Namun, siapa sangka, takdir menemukan mereka kembali di bumi Malaysia. Dhuha hilang bicara. Ku Rafael kembali menghantuinya.
You're my wife, Dhuha. Remember that. - Rafael
Masih di panggil isteri ke kalau tanggungjawab you ke laut? - Dhuha
You nak I bertanggungjawab sekarang? Tak ada masalah. Nafkah zahir atau batin? Your choice. - Rafael
Dan bila namanya Ku Rafael, mana pernah dia pedulikan perasaan Dhuha Sofea. Apa yang dia tahu, si gadis adalah hak miliknya yang mutlak. Dulu, kini dan selamanya.
Bagi Dhuha Sofea pula. Sebaris nama itu, sering mengorek kembali luka lama. Tak mampu dia memaafkan apatah lagi melupakan. Dan jika cinta itu ada sekalipun, ia bukan milikmu lagi. Titik!
I know this is one of the ‘Bad Guys’ Trio, but really? This is a you-better-go-die guy, imo. Abusive + toxic. Women should realise that a guy like Rafael should not be romanticised for whatever reason.
“Kahwin sebab nak body kau.” “Kau perempuan simpanan versi halal.” “Kau pemuas nafsu aku!” “Kau tetap jalang di mata aku.”
• Cemburu buta & angkat tangan tampar & cekik isteri • Kelar isteri & lumur dgn garam • Rentap rambut isteri • Suap paksa bubur panas ke mulut isteri • Kelar leher isteri sebab cemburu percayakan fitnah
The reasons? Out of jealousy. And bcs he was threatened & he just wanted to save his company. Demmit.
“Sejahat-jahat Rafael, dia masih ayah anak kamu yang sah.” Mak heroin pulak nasihatkan utk heroin maafkan hero bcs she didnt want her grandchildren to grow up w/out their father.
Buku ke-4 HA yang kubaca selepas Dia Isteri Aku Rupanya, Jelita dan Dikala Hati Merindui. .
Disebabkan antara 3 buku dalam siri Bad Boy ni, ku baru baca Rafael, so, takleh la nak compare 'kejahatan' dorang ni. .
Kisahnya ialah Dhuha dan Rafael dah pon berkahwin 2 tahun lepas. Tapi Rafael tinggalkan Dhuha selepas satu malam. Dan 2 tahun kemudian, mereka dipertemukan kembali. Dhuha ialah setiausaha kepada ibu Rafael. Walaupun Dhuha cuba untuk mengelak, tapi akhirnya Dhuha terpaksa tinggal sebumbung ngan Rafael. Masa ni la, kekejaman Rafael tersingkap. (Ku rasa perangai Rafael ni sama macam Ryan dalam novel Jelita. Untuk bagi heroin benci kat dia, punyalah dia duk dera kawan tu) Memang sejenis kaki pukul. Dideranya Dhuha. Ada part Rafael toreh pisau kat lengan Dhuha, lepas tu, lumur garam kat situ. Psiko betul. Dengan perangai adiknya, Amy pun yang lebih kurang sama. .
Bagi aku, cerita ni akan lebih best kalau dikembangkan lagi. Sebab banyak persoalan yang tak terjawab. Kenapa Rafael tinggalkan Dhuha 2 tahun lepas? At the first place, kenapa dorang ni kahwin? Katanya sebab suka-suka. Haihh... Ku takleh terima la alasan tu. (Mungkin boleh cerita sikit kot part dorang kat England dulu. Macam mana Dhuha boleh suka kat Rafael dan sebagainya) Lepas tu, kenapa Rafael ni dera Dhuha? Katanya sebab nak bagi Dhuha benci kat dia. Faris ugut la. Bla bla bla. Wehhh dah macam ada mental problem dah ku tengok. Pastu Faris ni kenapa ugut Rafael? Katanya sebab suka kat Dhuha. Tapi secoet je kot dialog Faris dalam ni. Banyak part yang kononnya Rafael jeles tengok Dhuha ngan Faris. Tapi sekadar naratif. Perlu dikembangkan lagi kot watak Faris ni. Then, apa masalah si Amy ni? Katanya, sebab dia tak suka Dhuha sebab Dhuha tak setaraf ngan dorang. Wehhh... Kalau bukan Amy ni adik Rafael, ada jugak ku ingat dia ni langau yang gilakan Rafael. Kau dah kenapa dik? Sampai gigih letak ubat dalam minuman Dhuha untuk gugurkan kandungannya. Memang lah bila nak ending, Amy dah jadi baik. Tapi impak dia macam tu je. Pastu apa jadi ngan ZR Holdings? Katanya diambang bahaya. Ye lah. Apa yang jadi? Pastu ada part yang Qidran ngan Jibrael cakap nak tolong settlekan hal ZR Holdings tu? Laaaa... Asal la korang tak tolong daripada awal? Takdelah Dhuha yang jadi mangsa. .
Dan part transition between scenes tu, ku rasa kurang smooth. Contohnya, part Amy duk buat air untuk Dhuha. Tup tup, HA tulis yang Fiha ternampak si Amy tu. La.. Bila masanya Fiha muncul? Dan scene Rafael tolong butangkan baju Dhuha sebab tangan Dhuha berbalut. Wehhh... Kenapa ngan tangan Dhuha? Seriously, ku duk selak balik page awal-awal, tapi mungkin ku tak perasan apa yang jadi sebenarnya? .
Ya, in term of bad boy, memang Rafael ni salah satunya lah. Tapi, serius ku rasa buku ni akan jadi best kalau dikembangkan dengan lebih baik. Dan juga tanpa typo yang banyak.
WORST n PALING BOSAN antara the 3 bad boys. And author, kalau grammar banyak sangat masalah, sila kurangkan penggunaan English, yang simple pn boleh salah. Satu contoh “l’m swear”, banyak lagi sampai tak ingat. . Tak diterangkan kenapa rafael kena ugut dengan si faris, apa yang akan terjadi kat ZR holdings kalau Rafael tak ikut cakap faris. . Sinopsis Dhuhaditinggalkan di England setelah dinikahi baru satu malam oleh Rafael. . Dhuha balik ke Malaysia, kerja dgn mama Rafael. Rafael balik ke malaysia 2 tahun lepas kejadian dia tinggalkan Dhuha. Dhuha jadi secretary dia. . Seterusnya banyak chapters Rafael ni abuse Dhuha physically(kena ugut si Faris buat mcm ni sebab Faris syok kat Dhuha). . Tak banyak cerita pasal Faris. Watak paling jahat ialah Amy adik Rafael. Tak suka Dhuha sebab Dhuha tak setaraf. Amy sanggup masukkan ubat dalam minuman Dhuha supaya kandungan Dhuha gugur. . Rafael last2 dah tak kisah dengan ugutan Faris, dan pergi dapatkan Dhuha semula. Tak diceritakan langsung mcm mana crisis syarikat Rafael selesai. . And they live happily ever after. . Propa je lebih buku ni, menyesal beli. My take, jangan terpengaruh, tak payah beli pn siri bad boys ni. Lepas baca karya yg ni, saya takkan beli karya author yg lain. Penulisan kurang matang baik dr segi bahasa dan content. . One star for this book.
Penamat untuk trio BADBOYS. Sorry hash Aulia xdapat bagi 4 bintang sebab masih tertanya tanya apa yang berlaku 2 tahun lalu tu?? Ugutan macam mana si Raf terima sampai sanggup tinggalkan wife kalau betul dorang kawen sebab cinta?? Sebab bila at last dia pilih Dhuha xnampak sgt pun effectnya pada kerjaya dia. Sedikit frust disitu bila masih tertanya tanya.
Tambah lagi bila xrasa sekuat mana cinta Raf pada Dhuha.bila last je menyesal. Awal tu kejam gila kot. Xde perasaan masa dera Dhuha. Mungkin kalau diolah sedikit perasaannya semasa terpaksa tinggalkan Dhuha 2 tahun lalu tu. Merana x.rindu x. Seolah olah 2 tahun lalu xwujud pun dalam diari hidup Rafael
tak terkata kejam rafael. dhuha pun rasa nak tendang punggung dia dan bangun tegak. dari awal, kenapa sanggup dibuli sedemikian rupa?
berkahwin, seminggu kemudian berpisah. tergantung begitu saja. dua tahun kemudian bertemu kembali dalam keadaan yang langsung tak menyenangkan hati.
tengku zarin memang tak tahu perhubungan mereka pada awalnya. dia sayangkan pa nya itu. dia nak jodohkan dengan anaknya, rafael. dan bila dia tahu perkara sebenar, memang dia marah. tapi dia sayangkan dhuha.
rafael sangat kejam. suami apa yang sangat auka mendera? baran? cepat termakan fitnah? amy, adiknya memang ambil kesempatan sungguh. dia tak suka kakak iparnya dan dia sangat suka memfitnah. bila rafael termakan fitnah, memang teruk dhuha dibalun. amy suka keadaan itu.
aduhai cik penulis Hash Aulia... tak kesian ke lakar watak dhuha sedemikian rupa?
tapi itulah. bila terlalu menyimpan luka, payah untuk sembuh. bukan senang memberi kemaafan walaupun tahu seksaan yang ditempuh bersebab, kenapa rafael mengganas. tapi, cedera hatinya?
Saya suka .... Baca dlm setgh hari saje curious betul knp Rafael ni berubah sikap dgn Dhuha . Ternyata bila kehilangan baru nk menyesal. Namun sokongan dn nasihat keluarga dn kawan2 memberi nafas baru dlm hubungan mereka
Banyak holes in the story that was not explained thoroughly. Main ques is, ape sebenarnye happen to ZR holdings after Rafael decides to not give up on Dhuha? Tak nampak pon impak ape2... sedangkan his reason for treating her cruelly from 2 years back till they found each other was bcos of the threat to ZR holdings.. this is one of the biggest kelemahan dlm storyline. Ending si Faris pon mcm tu aje.. nak kata watak sambilan, mcm tak..
Nampak kesungguhan Rafael after he realises his mistake. Could have been a better story. Rasa mcm penulis rushing betol nak abiskan buku ni.
Haaa... Cerita projek bad guys antara kak Hash Aulia, Kak Hana Efriena & Kak Suci Hidayat. Dah nama bad guys kan... So memang bad gila.
Dhuha Sophea & Rafael ni dah kahwin kat England. Tapi si Rafael tinggalkan Dhuha lepas satu malam kahwin. Memang kahwin kerana nafsu... Eh... Tapi ada rahsia lain sebenarnya.
Rafael serius kejam. Pi dera isteri sampai hampir bunuh. Kalau iya pon sebab diugut oleh Faris tu tapi kenapa sampai ke tahap tu ek? Cam tak logik sikit pon ada. Coz kau cinta, dan diugut... Macam Faris ada letak hidden cam je kat umah korang tu. Hmm...
Dhuha ni memang pencinta setia. Still sayang dan cinta even dah ditinggalkan 2 tahun pastu didera. Hahaha... Maybe kita rasa cam what the hell but... Hati ni kenkadang sangat complicated.
Apa pon menghiburkan. Just taktau siapa Faris ni? And detail apa ugutan Faris sampai Rafael ni takut sangat? Cam in detail laa. Hahaha.. Maybe aku ketinggalan kot? Hahah..
Jalan cerita besssttt. tapikaann Sorry Kak Hash saya takkan ulang baca dah kut. Takut laa pulak. Seram nak ulang baca dah. 😭😭
Baru je baca walau dah lama sangat beli. Scary sangat Rafael tu. Kejam gila.
Jalan cerita pun pelik, kenapa sampai buat si Dhuha tu macam tu sekali. Dia ada laa bagitau reason tu. Tapi macam.. aaa seram.
Pastu lepas kawin terus tinggal. Tak tahu kenapa. Ke watak jahat tu dari awal lagi nak ke Dhuha tu? Pastu apa jadi dengan company? Penjahat tu?
Dhuha tu pulak, orang dah buat macam2 tu dia sanggup love lagii tunggu sampai bertahun2.. Sangat2 pemaaf ya. 🥹🥹🥹
Tapi I is sangat puas hati jugaklah dengan part Rafael tu grovel. Tapi part penceritaan tu macam pendek sangat. Nak panjang lagi part grovel.. sebab sakit hati sangat dengan kekejaman Rafael tu.
Oklah panjang sangat membebel ni. Overall thumbs up. Lurve. Nanti kita nak sambung baca Jibrail denagn Ghibril ke? Tak pasti yang set bad boy tu laa.
This entire review has been hidden because of spoilers.