Perjalanan rumah tangga ZARA AULIA jauh berbeza dengan cerita dalam novel. Walaupun kahwin paksa, dia diulit bahagia. Namun entah di mana silapnya, dia diceraikan kerana orang ketiga.
“Kalau tak cinta kenapa mesti pura-pura mencinta? Kenapa manjakan saya? Kenapa layan saya macam permaisuri? Kenapa! Kenapa!”- Zara Aulia
Enggan dibelenggu kekecewaan, dia membawa diri.
Selepas bertahun-tahun dia kembali ke Kuala Lumpur untuk satu misi. Misi yang bakal merubah perjalanan hidupnya. Pertemuannya dengan seseorang membuatkan dia terkesima. Selepas bertahun-tahun, senyuman seorang jejaka menambat hatinya. Namun begitu, dia serik untuk menghulurkan cinta buat mana-mana lelaki.
Hati DANIEL HADEE sudah terpaut sejak kali pertama bertentang mata dengan Zara. Dia sedar sesuatu, pasti Allah menghadirkan bidadari cantik ini untuknya. Dia sanggup buat apa saja untuk menambat hati Zara.
“Awak jangan bagi hati awak kat lelaki lain. Saya nak terjun masuk dalam tu. Dan duduk dalam hati awak hingga akhir hayat saya.” - Daniel Hadee Berkali-kali Zara menolak lamarannya. Tapi dia yakin, suatu hari nanti hati Zara bakal menjadi miliknya. Di sebalik penolakan Zara, dia tahu sekeping hati itu merindui secebis cinta seorang lelaki, namun kelukaan membuatkan Zara trauma.
“Izinkan saya membahagiakan awak. Kali ni saya berjanji hanya awak sahaja yang akan jadi permaisuri hati saya hingga akhir hayat.” - Ammar Syafiq
Pertemuan kembali AMMAR SYAFIQ dengan Zara selepas bertahun-tahun membuatkan dia yakin jodoh mereka masih ada. Dia hanya perlu memujuk Zara untuk menerimanya semula. Dia yakin cinta Zara masih utuh buatnya.
‘Setia menantimu menerima aku kembali.’ - Ammar Syafiq.
‘Sudikah awak jadi permaisuri hidup saya?’ - Daniel Hadee.
Zara tersepit antara dua cinta. Cinta lelaki yang pernah membuatkan dia bahagia dan terluka, atau cinta jejaka yang membuatkan hatinya berbunga kembali. Siapakah yang patut dia pilih untuk menjadi imamnya? Atau haruskah dia lari sekali lagi?
Boleh lah..Saya suka je dgn cerita ni. Tapi hero pilihan saya, sudah semestinya Daniel Hadee bukan sebab dia mamat kasanova tapi dia jenis yg kotakan apa yg dijanjikan. Jika cinta, dia benar2 cinta dan berusaha.
Hero yg saya kurang suka mmg Ammar. Jenis lalang dari awal cerita hingga akhir story. Yg jelas kerana tanggungjawab akhirnya dia jatuh cinta. Dan kerana janji juga perkahwinannya terlerai dan dia jatuh cinta pada yg lain. Rupanya, sememangnya cinta dengan si dia..hailah..buang current sahaja.
Zara pula watak heroin yg awalnya saya amat suka tapi towards the end menyampahlah juga. Ni give up ke berkorban? Pembawakan budak ke sampai begitu sekali cemburunya. Confuselah. Cinta ke tidak ni dgn Hadee hingga Hadee menghembuskan nafas terakhir pun Hadee masih sangsi. Jgn kata Hadee I thought I nailed her feelings tapi...apa ni?
Takde ke cerita where when a person bijak dalam pelajaran, bijak dalam membuat keputusan hal bisnes akan tetapi tidak buta dengan lakonan manusia dan tegas. Very rare. If u are a sharp bisnesman, u definitely can see through the facade behind one's character.
Novel pertama AD yang kubaca. Sebenarnya, memang dah lama teringin nak baca novel penulis ni. Sebab ku suka kesungguhan dan semangatnya. Kalau tak, takde lah berderet novel beliau walaupun boleh dikatakan beliau ialah penulis baru. .
Ni novel sedih. Sebenarnya kan, sebelum baca novel ni lagi, ku dah tahu spoiler. Tapi, tetap tidak mengurangkan kesedihanku. Bertambah sedih lagi lah. .
Zara diceraikan oleh Ammar dengan alasan dia menderita hidup bersama Zara. Lepas ceraikan Zara, Ammar kahwin dengan Karina, si cinta hatinya. Manakala Zara membawa diri ke Sabah. .
6 tahun kemudian, Zara kembali ke semenanjung bersama satu misi. Tapi dia dipertemukan dengan Daniel, si buaya dan juga bekas suaminya. Rupanya, Daniel dan Ammar ialah sepupu. Apakah misi tersebut? Dan siapakah yang berjaya memiliki cinta Zara? .
Ni antara novel yang buatku dapat 'second hero syndrome'. Memang jatuh cinta tergolek-golek ngan Daniel. He's a go getter. Bila dia suka kat Zara, dia memang betul-betul maksudkannya. Setiap hari, dia akan bagi tahu yang dia cintakan Zara. Dan kalau boleh, dia nak bagi tahu seluruh dunia yang Zara ialah sunshine nya. Bila Zara pilih Daniel, jujurnya ku nangis terharu. Because they deserved each other. Dan sebab dah tahu spoiler jugak, makin la ku nangis. Sehingga ke saat terakhir pun, Daniel masih utamakan Zara. Ya, Daniel hadir hanyalah sebagai tempat persinggahan. Untuk buatkan Zara lebih mengenal hatinya sendiri. .
Berlainan dengan Ammar. Ni ialah spesis hero yang ku tak suka. Sejenis lalang. Kononnya suka kat Zara dari dulu, tapi tersungkur kat kaki Karina. 6 tahun kot, kau hidup ngan Karina, tapi tak pernah nak didik dia dengan betul, dan hati kau masih teringatkan Zara. Kenapa lepas 6 tahun, baru nak bermula semula? Dan dia ni sejenis yang mengaku suka, tapi sangat lembik. He's not fighting for his love. Memang melepas la jawabnya. .
Zara ni wanita yang matang. Dari awal, ku suka wataknya. Tapi towards the ending, ku rasa cam lembiknya Zara ni. Kenapa mudah sangat mengalah? Dah suka tu, fight for it la. Towards the ending tu, ku rasa geram je ngan tarik tali ni. Rasa nak ketuk kepala Zara ngan Ammar ni. .
And thanks to Husna. (Husna ni baik. Tak macam Husna dalam TV tu). Kalau bukan sebab Husna, makin panjang la kot tarik talinya. .
Ku suka olahan AD. Boleh rasa emosi watak. (Aku pun jadi emo jugak). AD cerita tentang peluang kedua. Ya, Ammar layak untuk dapatkan peluang kedua. (Hurm, tu sebab Daniel dah takde. Kalau dia masih ada, memang takde lah peluang kedua untukmu)
F frust jugak watak Daniel dimatikan. F prefer Daniel dari Ammar.
Ammar ermm sanggup dia ceraikan Zara waktu malam².. macam tak boleh nak tunggu hari esok. Kata tak happy.. derita tapi nak jugak Zara bila kahwin.
Sampai Zara kata dia menyesal beri kehormatan dirinya pada suami yang berpura².
F marah jugak kat Zara... dah kahwin dengan Daniel pun hati dia sebenarnya masih pada Ammar.
F musykil jugak Zara balik semenanjung tanpa anak². Kenapa tinggalkan kat sana? Lepas tu nak kahwin dengan Daniel pun dia tak bercerita tentang anak².
Bila Daniel suruh Ammar jaga Zara.. F dah tahu arah jalan cerita ini.
Maaf penulis.. i tak suka watak Ammar. To me dia kejam. Dengan Karina, Ammar jadi lemah. Layan je Karina. 6 tahun kahwin pun still tak nampak ke Karina tu perangai teruk.
Zara Aulia diuji bila suaminya dengan kejam menjatuhkan talak di waktu malam.. Walaupun sedih namun akhirnya Zara Aulia bangkit dengan bantuan arwah bapa mertua nya.. Bukan senang membina semula hidup yang berantakkan namun Zara Aulia tetap gigih meneruskan hidup.. Namun semuanya berubah bila Zara Aulia kembali bertemu bekas suaminya Ammar Syafiq dan sepupunya Daniel Hadee.. Kerana kelantangan Daniel Hadee dalam meluahkan perasaan akhirnya Zara Aulia memilih Daniel Hadee untuk dijadikan suami.. Tapi bahagianya hanya sekejap.. Berat ujian yang diterima namun Zara Aulia tetap meneruskan hidup..
Suka cara bercerita dan gaya bahasa penulis. Cuma rasa sangat terganggu bila Zara tak beritahu Daniel tentang anak2 Zara sebelum berkahwin. Daniel pun terlalu mudah terima bila diberitahu. Lepas kahwin 2 bulan masih tak bawa Daniel jumpa anak2 - tapi sempat pergi honeymoon. Sebelum meninggal Daniel tak jumpa pun anak2 Zara. Zara pun tak ada jumpa anak dia sampai lepas bersalin. Pelik! #teamdaniel
This entire review has been hidden because of spoilers.