Tentang Haji Samad Bin Haji Yusoff bersama isterinya Cik Long Peah binti Long Putih Jalil. Mempunyai seorang anak angkat yang agak lurus orangnya dan keanak-anakan walaupun sudah berusia remaja bernama Sallehuddin tetapi dipanggil Buyong. Kebolehan Haji Samad dalam perubatan tradisional dan juga mendalami ilmu ghaib dari arwah bapanya, membuatkan beliau sering sahaja diuji. Manakala Cik Long Peah isterinya Haji Samad juga mempunyai sedikit ilmu mistik dan persilatan, membuatkan wataknya agak kasar, tetapi masih punya kelembutan, manja dan penyayang. Kejadian demi kejadian terjadi membuatkan mereka semakin kuat dalam memperkuatkan lagi ilmu yang dimiliki. Dan membuatkan Buyong anak angkat mereka akhirnya mampu melihat alam ghaib dan berkawan dengan salah seorang dari dunia di sana. Kisah ini kebanyakannya kisah benar yang diceritakan oleh orang yang mengalaminya sendiri dan juga anak-anak beliau. Kisah turun temurun ini diubah beberapa nama, latar tempat yang tidak jelas untuk menjaga sensitiviti keliling.
Best2. Suka cerita - cerita macam ni. Cuma ending je macam rushing sangat. Tiba2 muncul Milah ni. Mungkin penulis nak buat yang ke-2 tapi sekarang dah 2024 takde muncul apa2 lagi. Apa pun recommend sangat sebab jalan cerita simple, straight forward dan banyak sangat petua dan amalan yang kita boleh belajar. Mostly memang benda yang memang dah tau dan patut buat pun tapi biasalah manusia mudah lupa. Recommend sangat
"Sesungguhnya aku bertawakal kepada Allah Tuhanku & Tuhan kamu! Tiadalah sesuatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi ini melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus." — Surat al Hud: 56
🔸🔸🔸
Buku ini mengisahkan tentang kehidupan Haji Samad bersama isterinya, Cik Long Peah & anaknya, Buyong di Kampung Bendang Kering. Kedua suami isteri ini orang yg berilmu & sangat menjaga amalan. Banyak yg mereka belajar & tahu, maka banyaklah ujian yg menanti.
Keluarga Haji Samad selalu menjadi sasaran usikan & gangguan makhluk halus, tetapi dapat mereka tangani dengan tenang & sabar. Malah orang kampung yg hadapi masalah serupa juga akan meminta pertolongan Haji Samad.
🔸🔸🔸
Membaca karya ini membuatkan saya teringatkan kisah Tamar Jalis. Cerita di kampung. Ada aktiviti berburu. Ada orang bunian. Hampir sama ceritanya. Cerita yg simple sahaja, tapi memaku saya untuk terus membaca. Penulis menyelitkan banyak petua lama & ilmu agama juga. Jalan ceritanya 'straight forward' & laju.
Cuma, saya keliru di pengakhiran cerita. Siapa pula Milah? Adakah berlaku typo? — Milah dgn Leha org yg samakah? Atau mungkin penulis menoktahkan ceritanya dengan tanda tanya?
Cerita yang menarik. Banyak petua lama dan pengajaran dalam kisah HIJAB GHAIB. Cuma part ending tu, Buyong nak kahwin dengan Milah. Siapa pula Milah ni??? Atau ada sambungan kisah HIJAB GHAIB ni? Apapun tahniah penulisnya, Ayu Balqis.