Cerpen-cerpen baharu oleh mereka yang pernah menulis untuk Cukaria .com. Buku cetakan terhad ini dihasilkan dengan kerjasama Big Bad Wolf Books Sale pada Disember 2017.
Faizal Sulaiman was born in Batu Pahat and grew up in Kota Tinggi, Johor. He has published short stories in the 2012 anthologies KOPI and BOLA and SUMBAT (2012) is his first novel.
Aku tak letakkan ekspektasi yang tinggi untuk buku ni sebab aku tahu ia adalah koleksi cerpen tulisan ramai dengan idea yang sudah pasti berbeza-beza. Keputusannya, ya, aku tak melonjak riang pun selepas menutup naskah comel ini. Malahan aku terus simpan buku ini ke dalam rak buku tanpa membeleknya lagi.
Hanya beberapa buah cerita di dalam ini yang melekat di benak. Selainnya, hanya lalu sekilas dan pergi tanpa pesan.
Lagi bagus kalau buku ini betul-betul menggunakan satu tema dan semua cerpen di dalam ni berasaskan tema tersebut. Lagi nampak seronok sebab ada keseragaman. Yalah, kan ini koleksi untuk BBW. Tapi hal ni tak jadi masalah pun. Hanya pendapat semata-mata saja. Atau mungkin pihak Fixi tidak mahu mengekang para penulis mereka untuk berkarya dan membiarkan tema semua cerpen bergerak bebas. Mungkin?
Ada cerpen-cerpen di dalam laman Cukaria yang lagi seronok dan menarik berbanding yang ada di dalam naskah ini. Maaf~
Apa-apa pun korang dah dapatkan ke buku comel ni? Tapi kalau kau mengharapkan yang naskah ini mampu memuaskan kau sampai kau tak sedar yang kau terapung-apung di awangan, mungkin kau kena berfikir dua tiga kali dulu untuk rentap buku ni. Tapi kalau kau adalah seorang kolektor dan support penulis-penulis yang ada, buku ini kau patut dapatkan dan simpan baik-baik di atas rak buku kalian. Ini cetakan terhad kut! Apa-apa pun kalian bacalah dulu. Citarasakan beza-beza.
TIDAK ADA BINTANG YANG AKAN DIBERIKAN atas sebab yang nyata. Tidak adil kerana ada satu cerpen mama di situ. Apa yang penting dinding CUKARIA semakin menarik. Beratus ratus cerpen sudah terkumpul di sana. Manakala koleksi All Stars ini dicetak seperti booklet comel (chatbook) yang menarik, ianya juga merupakan edisi terhad meraikan Big Bad Wolf. Penulis penulis muda Malaysia semakin bijak bercerita, pelbagai gaya dapat dilihat di sini. Pilihan pilihan ekspresi mereka mewakili gambaran diri dan bahasa yang mereka dikuasai. Seperti biasa, mama memilih kisah wanita berusia agar anak anak yang membaca dapat menyelami isi hati wanita, sambil sambil memberikan gambaran tentang hidup, cinta, setia dan ekonomi negara yang secara tidak langsung ada di bahu ibu ibu kita (mereka bukan alpha). Get your copy now...
Seperti biasa, apabila ada terbitan baru edisi terhad Fixi maka aku akan beli untuk dikumpulkan bersama dengan yang lain di rak buku. Aku jarang baca cerpen di page FB Cukaria. Mungkin hanya sekali dua. Lepas ni mungkin akan luangkan masa menjenguk page tu. Bagi himpunan cerpen dalam edisi terhad ni pula, cuma ada 3 atau 4 sahaja kisah yang best bagi aku.
Menghimpun 14 cerpen yang pernah tersiar di #cukaria, buku ini menghimpunkan cerpen daripada 13 penulis berbeza dengan pelbagai genre.
Antara cerpen yang berjaya menarik perhatian saya adalah :
1. Takkan Helang Melayu di Dunia - sinis menyindir tapi santai dari segi penyampaian dan penulisan.
2. Kursus - mengangkat tema yang taboo dalam masyarakat dan digabungkan dalam satu kisah pendek yang tetap memberi kesan.
3. Dua cerpen Aliaa Alina - saya suka gaya penulisan beliau, santai, penuh twist yang tak dijangka dan mengesankan. Mungkin patut menulis novel untuk kisah di atas.
Ada beberapa cerpen yang seakan sudah biasa diketengahkan, namun tetap menarik di baca.
Apapun, tahniah untuk semua penulis!
ps- masa yang lama di ambil untuk membaca kerana di baca ketika watuk lunch hour di office.
Boleh aku katakan semua cerpen2 dalam ni biasa2 ja. Cerita2 santai. Kebanyakan cerpen ada plot twist yang menarik.
p/s: Kalau pernah layan filem mexico "We Are What We Are" arahan Jorge Michel Grau, korang akan faham cerpen "Mana Wak Dud?" karya Aliaa Alina dengan baik.
Tidakkah mengumpul sekumpulan cerpen dengan tema yang sama itu lebih baik seperti sebelum-sebelum ini?
Tak adil untuk mengatakan semua cerpen di dalam buku edisi cetakan terhad ini teruk kerana ada juga terselit beberapa cerpen yang sangat terhad dan jarang ditemui di mana-mana.
Cukaria All Stars ni lama dah tengok dekat website BBW. Akhirnya harini sampai & harini juga habiskan. Beli tanpa baca review GR atau siasat siapa penulis dalam antologi cerpen dalam Cukaria ni. Main bedal saja.
Personally, ada beberapa cerpen yang mendapat tempat di hati sebab ada plot twist. Ada juga yang hanya sekadar bacaan santai. Rugi kalau beli lepastu skip baca. Jadi saya baca je la setiap helaian sebaiknya.
▫️ Ne Fumez Pas / Abdul Rahman Shah Mendebarkan. Dia tahu dia dah menyaksikan sesuatu yang tak sepatutnya. Dia juga berniat baik untuk melakukan sesuatu atas kejadian tersebut. Tapi mungkin dia tersilap langkah.
Part lif memang eeii rasa debar lain macam. Rasa diri sendiri dalam lif tu.
▫️Ekskrusi
▫️Fragmen Dia yang baca, saya yang nervous. Seorang doktor curi-curi baca diari seorang pesakitnya yang bernama Harith. Tapi lagi dia baca, lagi dia terasa sesuatu. Seakan-akan ianya benar-benar berlaku.
▫️Hantu Buku Mixed feeling sangat dengan cerita ni. Ending dia memang 👍🏻. Tak expect lansung. Sebab mengenangkan yang tujuan utama mereka nak ke destinasi tersebut. Satu tempat yang mengembirakan kot. Pesta Buku. Siapa tak suka. Tapi end up, kejadian tak disangka berlaku hmph.
Bayangkan kalau jadi dekat diri sendiri. Kalau sorang memang menangis tak berlagu la jawabnya. Tak sempat nak mengucap. Dan amal pun belum cukup. Bagaimana hm Insaf.
▫️Kursus I is kenot brain. How eh. Tapi itulah realiti yang zaman sekarang ni. Orang tak jangka benda tersebut tapi itu yang berlaku. Jangan sangka yang lurus itu sentiasa lurus. Dan tiada apa sekalipun alasan seseorang itu untuk sentiasa bersangka buruk kepada orang.
▫️Mana Wak Dud
▫️Perspektif Mariana Sejujurnya, masa baca cerita memang simpati dekat orang yang bakal kena hukuman gantung ni. Sebab ye la mangsa keadaan kan. Ditambah pula dengan isu curang yang jadi penyebabnya. Lagi bertambah-tambah kesian la. Tapi akhirnya engkau sendiri terasa sakit kepala baca. Pengakhiran yang sangat baik! Nice. Tak jangka lansung. Psiko ya mat.
▫️Sebelum Kiamat Cerita sedih dalam banyak-banyak cerpen dalam ni. Rasa macam lonely sangat watak ni pada akhirnya. Ada anak, anak buat taik. Tak menghargai setiap apa yang dilakukan kepadanya. Tapi aku tetap tak setuju dengan si ayah. Katanya, dia terima apa yang dilakukan anaknya asalkan anaknya bahagia. Salah tetap salah. Haram tetap haram. Tiada apa yang dapat menghalalkan yang haram. Faham? Sampai abang jamil mampos pun takkan berubah semua itu. Dasar.
Sempat lagi mengenangkan yang anak dia sempat taubat ke tidak. Entahlah.
Overall, not bad. Sebab ada 8 cerpen yang menarik. ✌🏻
Dari penulis² Cukaria. Aku suka dengan pengakhiran setiap cerpen, ada twist. Twist yang kadang bikin kau mencarut. Personal favorite aku Ne Fumez Pas, Kursus dan Perspektif Mariana.
Sejujurnya, saya sangat terhibur dengan cerita-cerita dalam antologi ini. Mungkin ada sedikit kekurangan tapi itu adalah perkara biasa untuk antologi sebegini. Bukan semua cerita di dalam setiap antologi itu menarik dan mempunyai impak yang sama. Jadi, tidak adil untuk kita katakan bahawa antologi itu tidak menarik hanya kerana ada cerita yang kurang memberi impak.
Apa yang membuat antologi ini mendapat empat bintang dari saya adalah 'plot twists' untuk setiap cerita yang tidak dijangkakan. Kebiasaannya, bila saya membaca cerita pendek, saya akan mula membayangkan bagaimana penghujungnya nanti. Ternyata hampir kesemua cerita di dalam antologi ini mempunyai 'plot twists' yang saya sendiri gagal untuk bayangkan ketika membacanya. Syabas buat semua penulis!
Cerpen-cerpen yang berjaya menambat hati saya dan ada yang membuat bulu roma saya meremang selepas tamat bacaan: 1) Ne Fumez Pas - Penghujung yang ternyata cukup menakutkan! 2) Badut Burger Kaduk - Penghujung yang membuat saya tersenyum-senyum macam kerang busuk dalam tren menuju ke Kuala Lumpur 3) Ekskursi - Satu lagi cerpen dengan penghujung yang cukup menakutkan! 4) Daging Masak Gulai Fatimah Bee - Penghujung yang sangat-sangat tidak dijangkakan! 5) Fragmen - Penghujung yang sangat-sangat tidak dijangkakan dan cukup untuk membuat jantung saya berdebar! 6) Hantu Buku - Satu lagi cerpen dengan penghujung yang mungkin sama macam Ekskursi tapi masih tetap menakutkan! 7) Kursus - Penghujung yang bikin saya tersenyum! 8) Mana Wak Dud? - Aduh! Ini lagi satu cerpen dengan penghujung yang sangat mendebarkan! 9) Sebelum Kiamat- Saya paling sukakan ini!
3/2020📚 Cukaria All-Stars Buku ketiga di tahun 2020. Salah satu dari edisi terhad FIXI untuk Big Bad Wolf. Hanya ada 3000 cetakan sahaja. Saya sangat sukakan rekabentuk kulit Cukaria : All-Stars ini. Comel 😍 . Baiklah, seterusnya untuk isi buku ini; ada antara tulisannya sangat menarik dan ada yang kurang kadar tarikannya..dan itu sudah dijangka; kerana ini adalah sebuah antologi dari ramai pengkarya yang belum tentu semua cara mengolah cerpen mereka akan sesuai dengan minat kita, kan? . Sesuai untuk bacaan ringan di hujung minggu. Penilaian peribadi untuk naskhah ini : 3.2*/5*
Aku tak expect yg aku akan enjoy antologi ni sebab buku kumpulan cerpen bukan kegemaran aku. Tapu cerpen-cerpen dalam buku ni kebanyakannya memenuhi citarasa aku. Thumbs up kepada semua penulis.
Segala bintang yang diberi tidak termasuk cerpen Ekskursi, Daging Masak Gulai Fatimah Bee dan Fragmen. Sebab mungkin masalah cetakan, buku aku hilang karya Mama Regina. Dua cerpen lain pula separuh saja. Malang sekali sebab nampaknya dua cerpen yang tak lengkap tu yang paling menarik hati aku.
Cerpen lain baik sahaja kebanyakannya. Ada yang aku rasa judulnya nonsense, tapi kontennya boleh tahan. Sesuai dibaca untuk isi masa lapang. Tak perlu fikir banyak/mendalam.
3.5 bintang. Nak bagi 4 bintang tapi ada cerita yang tak puas baca sebab tengah sedap2 baca, dah habis. Saya suka elemen -elemen kejutan (yang memang tak dijangka) dalam buku ini. Kejutan-kejutan nilah yang buat buku ni istimewa, tapi kalau untuk orang yang penakut macam saya, elakkan baca malam2.
Not bad buku limited edition kali ni. Mungkin sebab penulis berlainan so cara penulisan pun variasi. Suka cara penulisan Faisal Sulaiman. Dan new fav, Aliaa Alina.
Ringkas. Padat. Menarik. Cerpen ringkas yang tidak membosankan. Dibaca habis terasa sayang. Mahu ditangguh bacaan - tiada kemampuan. Kudos kepada semua penulis terlibat.