Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tawarikh Cinta

Rate this book
Tawarikh membuka gapura masa
buat kembara merentas alam melangkau zaman
mengenalkan diri akan tunjangnya
sampai terungkaplah makna cinta


______________________________
Novel ini telah memenangi tempat KEDUA
Pertandingan Novel Remaja
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (ExxonMobil) 2007
Pertama Warisnya Kalbu Sri Rahayu Mohd Yusop
Kedua Tawarikh Cinta Nisah Haji Haron
Ketiga Baromkeh Matamu di Mataku Ummu Hani Abu Hassan

265 pages, Paperback

First published June 23, 2008

6 people are currently reading
50 people want to read

About the author

Nisah Haji Haron

27 books376 followers
Born in Seremban, Negeri Sembilan on 20 April 1973, Nisah Haron has been writing as a hobby since 1988. She has written forty short stories, five novels, essays and a few poems published in local literary magazine and newspaper.

Nisah Haron had her legal education from National University of Malaysia and graduated in 1997. She also obtained her LL.M from the same instition in 2006. She practised as an advocate and solicitor as well as a syarie counsel for eight years before becoming a full-time writer in 2006. She advocates on the copyright awareness among writers and publishers. Nisah has also written a copyright book for laymen entitled "Karya Kita Hak Kita - Panduan Hak Cipta" (Al-Ameen Serve Holdings, 2008).

Her works has been received my awards including Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan and many others. Recently, she won first place in Hadiah Sastera Berunsur Islam with her winning short-story, “Aset Istiqamah”.

Her personal blog is www.annyss.blogspot.com, or join her on Facebook "Nisah Haron - Pengarang".

Nisah Haron full bio is available online - http://annyss.blogspot.com/p/biodata-...

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
21 (28%)
4 stars
29 (39%)
3 stars
19 (25%)
2 stars
4 (5%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
February 8, 2022
Saya juga telah baca 1515 dan Kombat Faisal Tehrani. Tawarikh Cinta bagi saya kurang dari segi thrill dan gegak gempitanya namun saya amat sukakan cara pengkisahannya. Rasanya saya perlu baca sekali lagi ketiga-tiga buku ini. Harapnya akan ada lebih banyak prosa seperti ini yang matlamatnya ingin menarik minat pembaca dari kalangan remaja yang sedang galak mahu mencabar akal fikirnya. Semoga akan kembang khazanah sastera bangsa dengan bilangan peminat prosa klasik bertema fantasi sejarah di kalangan muda mudi. Minggu lepas saya baca novel Lantera jadi teringat mengenai nazam. Jujurnya saya tidak tahu bagaimanakah lenggok nazam, nanti cari kalau ada di YouTube.

Berbalik pada Tawarikh Cinta, rasa macam kurang sesuai tajuk itu pada mulanya. Mana ada kisah cinta? Hanya ada satu babak melangsaikan pertemuan Puteri Cempaka dengan sang arjuna yang pada waktu itu menjadi rahsia kepada pembaca. Fikir semula, mungkin penulis maksudkan cinta pada ilmu atau cinta pada sejarah tanah air.
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
June 5, 2009
Ini adalah buku pertama Nisah Haron yang saya baca. Sebelum ini telah lama mengenali nama penulis ini tetapi entah mengapa tidak pernah terfikir untuk membacanya (minta maaf kerana berkata begitu. Selera pembaca sering berubah-ubah, bukan begitu?). Lantas beberapa hari yang lepas, saya ke pusat sumber institut semasa menunggu kedatangan wakil BPG yang datang membuat penyelidikan. Disebabkan saya tidak berniat untuk belajar atau membuat tugasan, saya memutuskan untuk membaca novel. Dan novel ini saya pilih kerana hendak membaca karya Nisah Haron.

Pada mulanya, kadar pembacaan saya agak perlahan kerana penulis kaya dengan perbendaharaan kata melayu yang jarang saya guna. Oleh sebab saya tidak mempunyai rujukan Kamus Dewan ketika itu, maka saya hanya dapat menulis perkataan-perkataan ini bagi dicari maknanya nanti. Saya kagum dengan penulis kerana jarang sekali buku yang saya baca menggunakan perkataan-perkataan seperti ini.

Tawarikh Cinta mengisahkan pencarian naskah asal Kitab Gemala Sakti yang menjadi lambang keunggulan dan maruah negeri Ujana Madani. Putera Mahkota iaitu Putera Jauhari Firus, adindanya Puteri Cempaka Wilis dan Wazir Syamsul Azmi berusaha keras memikirkan cara terbaik menjejaki kembali naskah asal kitab ini. Sebelum itu mereka bertiga telah bermimpi bertemu dengan pemerintah Ujana Madani yang merupakan nenda kepada Putera Jauhari Firus dan Puteri Cempaka Wilis yang meminta mereka mencari kembali naskah asal. Setiap daripada mereka diberi ‘hint’ atau ‘clue’ yang berbeza.

Akhirnya setelah dilakukan kajian dan pencarian di dalam khutubkhanah istana, mereka akhirnya berjumpa dengan penyelesaiannya. Maka Putera Jauhari Firus bersama dua orang kesatria yang paling dipercayai pergi merentasi masa untuk mengambil seseorang dari zaman yang lain bagi membantu mereka. Ratu Hassanal Ridhwan Tempawan Kesuma berkata hanya orang yang cendekia sahaja yang mampu membaca dan mentafsir kitab ini. Hal ini membuatkan saya terfikir apa sebenarnya kandungan kitab ini? Dan mengapa kitab ini begitu penting kepada kerajaan Ujana Madani?

Kerajaan Ujana Madani dicemburui kekuatan dan kemakmurannya oleh negeri-negeri lain. Serangan demi serangan dilakukan untuk memusnahkan Ujana Madani. Serangan pertama datang dari Danawa Petala. Kitab Gemala Sakti berjaya dicuri dan Raja Tunturan yang memerintah Danawa Petala mengambil kesempatan menabur wang emas kepada rakyat dan membeli khazanah-khazanah yang ada dan dimusnahkan sehingga menjadi abu. Dikhabarkan bahawa Kitab Gemala Sakti ini pembuatannya dibuat dengan teliti dan bahan buatannya sendiri adalah daripada bahan yang istimewa dan tahan lama.

Siapakah cendekia yang amat mereka nantikan ini? Dia ialah Nadim, seorang kanak-kanak yang bakal dihukum mati oleh Raja Temasik ekoran ideanya meletakkan batang pokok pisang sebagai benteng pertahanan di tepi pantai. Hal ini kerana, sebelum itu banyak kejadian penduduk kampung yang mati akibat diserang todak.

Dalam masa yang sama, berlaku konspirasi di dalam istana sendiri secara tersembunyi yang ingin menggulingkan putera mahkota dan mengambil alih takhta pemerintahan. Keadaan ini sangat membimbangkan. Setelah Nadim berjaya diselamatkan, perancangan demi perancangan dibuat dengan teliti dan dilaksanakan satu persatu. Rupa-rupanya kitab ini berada di Temasik. Selepas cukup persiapan dibuat, mereka kembali semula ke Temasik untuk mengambil Kitab Gemala Sakti. Kali ini pemergian putera mahkota tidak diiringi oleh sesiapa kecuali Nadim.

Dalam masa yang sama, istana diserang oleh penjahat dari negara jiran. Seluruh istana dipukau dan mujurlah Puteri Cempaka Wilis tidak terkena akan pukau tersebut. Baginda puteri hampir berjaya ditawan tetapi pertolongan Allah datang kepada baginda. Akhirnya para penjahat itu berjaya ditangkap dan mereka tumpas. Manakala tengku mahkota berserta Nadim menghadapi serangan daripada tentera Majapahit (sewaktu mereka tiba ke Temasik, tentera Majapahit sedang menyerang Negara tersebut). Adakah mereka berjaya mengambil kembali kitab asal tersebut? Dan adakah mereka sempat kembali semula ke zaman Ujana Madani?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya puas selepas membacanya. Harapnya saya dapat membaca karyanya yang lain! (“,)
Profile Image for Nuruddin Azri.
385 reviews173 followers
May 1, 2020
I was anticipating the book is on Ibn al-Nadim's al-Fihrist when the author uses Nadim as one of the main character and relates the character with knowledge and library. Unfortunately, it doesn't happen. The references in this book is really vague (either unintention or intentionally) in comparison to Faisal Tehrani's 1515.

Nevertheless, some new vocabularies that can be extracted are dokoh, gapura masa, juak-juak, desir suara, getar gulana, bunyi kecipak air, membelingas, bercerancangan, berjujuk-jujuk, bumbu, rombong, buhul-buhul kisah, meradak, jidar, jelira, satah, ambal, berkutik, diragas, merajalela, membeliti jemalanya, dipercanggai, jenis kelulus, dijengulkan, wajahnya renta, honar, matanya mencerlang, renik peluh, mata berkelintar dan menaakul kias.

I still find that Nisah Haron and Faisal Tehrani's usage of new words as innatural in comparison to Shahnon Ahmad's usage of words which is really natural – where the readers subconsciously absorp the meanings of the peculiar words when the author did a repetitional usage in his works.
Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books350 followers
May 9, 2009
Kisah ini adalah bauran antara fantasi, secubit unsur fiksyen sains dan sejarah kerajaan Melayu Temasik. Latar utamanya adalah sebuah negara fiksi Ujana Madani. Kerajaannya sedang menghadapi krisis siasah kerana putera mahkota dianggap masih muda dan mentah untuk menggantikan tempat ayahandanya yang mangkat kerana helah politik.

Seawal cerita saya tidak terlalu teruja, kerana pembukaannya memakai teknik seorang pencerita luar yang penglibatannya tidak terasa secara langsung dalam cerita.

Namun apabila menghabiskan bab pertama, ada dua perkara yang mula membuat saya lebih siaga. Pertama kerana tertanya-tanya tentang tamsil mimpi Putera Jauhari Firus, Puteri Cempaka Wilis serta wazir mereka. Dan kedua kerana ingin turut serta mencari jawapan kepada rahsia kitab Ujana Madani yang telah lesap salinan aslinya.

*********Akan disambung***********
Profile Image for Juliana Es.
254 reviews30 followers
July 25, 2010
Habis dibaca dalam sehari, semasa menunggu di hospital, ketika abah mertua dibedah mata kanannya.

Saya kurang pasti tentang perasaan dan pandangan saya terhadap buku ini. 3 bintang adalah tahap yang neutral bagi saya. Saya lebih sukakan novel Nisah Haron 'Puisi Untuk Esdyzuar'. Memang kedua-duanya berbeza dari segi latar, plot dan segalanya. Novel ini berciri prosa klasik, mengambil zaman dahulukala sebagai latar masa, sementara PUE adalah alam fantasi zaman moden.

Mungkin saya perlu baca Tawarikh Cinta sekali lagi untuk memberikan ulasan yang lebih tepat.

Updated review @ http://julianaes.com/bunnybaby-wp/ula...
Profile Image for Khairussyifa' Shukri.
16 reviews8 followers
December 22, 2019
Habis dibaca dalam sehari, dibeli sewaktu jualan gudang Utusan pada harga RM4.

Buku yang membawa tema sejarah dan keilmuan serta fiksyen sains. Sama sekali bukan novel cinta.
Profile Image for Azrulazly.
7 reviews37 followers
February 6, 2013
Pengembaraan merentas zaman atau alam yang melibatkan peristiwa sejarah telah diadun dengan kemas oleh penulis. Cerita fantasi seperti ini pernah dilakukan oleh Najeeb Al-Kailani, penulis novel Islami Mesir di dalam novel beliau, Omar Appears In Jerusalem. Di dalam novel ini, Najeeb telah membawa Saidina Omar Al-Khattab mengembara ke zaman kini melihat keadaan Baitulmaqdis yang pernah dibebaskan pada zaman beliau.

Tawarikh Cinta pula telah memanipulasi sejarah kematian Hang Nadim yang dihukum bunuh kerana kecerdasan fikirannya. Beliau dicemburui oleh Paduka Seri Maharaja dan para pembesar kerajaan Temasik lalu telah diselamatkan oleh Putera Mahkota kerajaan Ujana Madani, Putera Jauhari Firus daripada zaman atau alam lain.

Berbeza dengan Temasik, kerajaan Ujana Madani merupakan kerajaan yang menghargai ulamak. Di sini, kecerdasan Hang Nadim telah dimanfaatkan untuk faedah negara itu. Putera Jauhari dan adik baginda Puteri Cempaka Wilis turut menggunakan khidmat beliau untuk menyelamatkan kerajaan Ujana Madani dengan mencari kitab Gemala Sakti yang asli, simbol martabat ilmu negara itu yang telah hilang.

Tawarikh Cinta secara keseluruhannya mengetengahkan tema kepentingan ilmu dan ulama. Kedua-duanya sangat diperlukan dan saling melengkapi.

Novel ini sangat bagus untuk semua lapisan umur terutama pemuda kerana pembaca dididik supaya menghargai ilmu dengan mengamalkannya dan menghargai orang yang berilmu dengan mengutip ilmu dan memanfaatkan kebolehan mereka.

Bagi orang yang lebih tua, jangan memandang rendah mereka yang lebih muda. Barangkali ilmu mereka lebih tinggi dan fikiran mereka lebih tajam.

Hakikatnya, semangat orang muda tetap harus dipimpin oleh hikmah orang tua.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Rasydan Fitri.
Author 16 books29 followers
October 15, 2012
Novel kedua Nisah Haron yang dibaca setelah Mencari Locus Standi. Saya suka latar dalam novel ini, antaranya kosa kata dan bahasa yang digunakan dan paling utama, watak-wataknya yang sangat tinggi peribadi. Meskipun begitu, saya sedikit keliru ketika membacanya kerana ada bahagian yang melompat dari satu watak ke satu watak yang lain secara tiba-tiba, dan ini juga berlaku antara satu peristiwa/masa ke peristiwa yang lain. Ada sesetengah bahagian ini dipisahkan pemerengganannya dengan bintang tetapi kebanyakannya tidak. Tetapi setelah dibaca ulang, ceritanya difahami kembali.

Apapun, banyak sekali pengajaran yang boleh dikaitkan dengan kehidupan dari novel ini. Bukan saja itu, novel ini mengangkat wacana Islami dengan kukuh dari awal sehingga akhir - sesuatu yang sangat penting dalam sesebuah novel Melayu saya kira.
Profile Image for Abdul Hakim Abdul Basir.
30 reviews5 followers
March 1, 2009
Buku ini bukan juga karya fantasi semata-mata malah turut menyentuh aspek politik negara. Seruan Ratu Ridhwan agar memerintah dengan jurus keadilan, boleh diertikan dalam beberapa lapis dan ditafsirkan dengan suka hati oleh para pembaca. Naiknya sang putera ke singgahsana dalam keadaan masih muda lela, turut mengundang fitnah yang berleluasa, tidak banyak beza dengan apa yang berlaku ketika ini.
230 reviews4 followers
December 16, 2012
Cerita ini berkisahkan dua anak diraja yang terpaksa berdepan dengan pembelotan di istana. Merekalah harapan rakyat-rakyat mereka di kala keadaan semakin huru-hara. Nasib baik masih ada yang setia dan ingin mepertahankan mereka. Plot yang menarik dipadankan dengan bahasa yang indah membuatkan buku ini satu kemestian untuk dibaca.
Profile Image for Suwaibah A Aziz.
6 reviews
August 19, 2010
i cannot expect the love in this book is about knowledge.a new and fantastic definition abot love!
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.