Jump to ratings and reviews
Rate this book

Penuntun Jiwa

Rate this book
Pengantar
Bachil
Sorga dan neraka
Korban kejakinan
Djatuh failliet
Tawakkal
Pedjuangan buat semua
Filsafat sjaithan
Memburu harta
Ia lupa
Penutup.

60 pages, Paperback

First published January 1, 1936

19 people are currently reading
191 people want to read

About the author

Hamka

112 books1,088 followers
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, known as Hamka (born in Maninjau, West Sumatra February 17, 1908 - July 24, 1981) was a prominent Indonesian author, ulema and politician. His father, syekh Abdul Karim Amrullah, known as Haji Rasul, led and inspired the reform movement in Sumatra. In 1970's, Hamka was the leader of Majelis Ulama Indonesia, the biggest Muslim organizations in Indonesia beside Nahdlatul Ulama and Muhammadiyah. In the Dutch colonial era, Hamka was the chief editor of Indonesian magazines, such as Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, and Gema Islam.

(source : wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
130 (43%)
4 stars
121 (40%)
3 stars
43 (14%)
2 stars
4 (1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 66 reviews
Profile Image for SORA.
185 reviews6 followers
July 2, 2021
Saya membeli buku ini kerana tertarik dengan pemilihan judulnya. Karya pertama Hamka yang saya baca (kerana cubaan membaca TKVDW masih belum berjaya T.T) dan ternyata pelaburan terhadap buku ini berbaloi. Walaupun nipis tapi padat dengan peringatan.

"Penglihatan jangan dibanyakkan ke atas, tetapi menolehlah ke bawah. Dengan demikian kelak tuan melihat bahawa orang yang kurang daripada tuan lebih banyak daripada orang yang di atas tuan! Waktu itulah kelak tuan akan merasai syurga itu. Air yang mengalir di bawahnya menyiram dan memberi kesejukan bagi jiwa tuan."
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
March 14, 2021
Buku ini mengulas penyakit jiwa yang ada pada manusia, seperti tamak dan bakhil. Peringatan mengenai kewujudan syaitan yang menyesatkan sekalian manusia hingga ke hari Kiamat merupakan sesuatu yang menyedarkan dan menimbulkan keinsafan. Pesanan sebegini perlu dari semasa ke semasa kerana sesungguhnya manusia merupakan hamba Allah yang lemah dan lalai. Perkongsian mengenai tawakal iaitu menyerah kepada Allah, merupakan suatu konsep yang perlu kita kembali semula dan terapkan dalam kehidupan. Dan pesanan Rasulullah SAW mengenai umatnya yang muflis di hari kiamat merupakan pesanan yang perlu didengari oleh semua umat Islam di zaman fitnah ini.
Profile Image for Sue Oshin.
Author 10 books56 followers
September 8, 2020
"Bangunlah tengah malam, hai orang-orang yang merasa berdosa.
Bukalah jendela dari rumahmu di waktu alam hening dan diam sementara makhluk tenggelam dalam tidur.
Engkau akan dapat berkata-kata dan bersahut-sahutan mulut dengan Tuhanmu.
Jiwamu akan mendengar seruanNya mekipun telingamu akan tetap pekak.
Hatimu akan lihat tanganNya melambai meskipun matamu tidak memandang.
Serulah Dia dengan merendah diri."

Syaitan ialah musuh manusia yang nyata dan wajib dimusuhi serta diperangi. Enggan memusuhinya bakal mengundang dosa kerana ia tindakan melanggar arahan Tuhan. Buya Hamka berbicara perihal aspek menyucian jiwa atau Tazkiyatun Nafs yang sangat diperlukan manusia dalam perang jiwa terhadap musuh yang fizikalnya tidak kelihatan tetapi licik mengatur langkah.

Sebut sahaja serangan atau gangguan syaitan, kebanyakkan orang akan merasa gerun kerana fizikalnya yang sering diceritakan di dalam Al-quran. Tetapi tidak ramai yang takut akan penyakit jiwa manusia yang utama disebabkan oleh syaitan seperti menjadi ahli kelab iblis di dunia dan terperosok ke dasar neraka jahanam bersama mereka. Hati dan jantung manusia perlu sentiasa sihat dan bersih. Jangan sesekali membuka pintu atau lubangnya kepadan syaitan. Jika terbuka atau lalai, maka bocorlah iman dan parahlah takwa kerana bencana hasutannya akan menjengah masuk dengan deras sehingga kita lupa siapa diri kita dan apa tujuan kita hidup di muka bumi ini.

Yang paling berpengaruh dalam hidup manusia ialah harta. Manusia sanggup berhujan panas untuk harta bahkan juga sanggup melalui jalan haram untuk sesuap harta yang diangan-angankan. Lihat penarik sihir ini, sungguh besar sekali pengaruh harta atas diri manusia. Kejam sekali engkau harta. Engkau memperdayakan manusia padahal hanya dua meter tanah dan tiga lapis kafan.

Bakhil adalah penyakit. Ia berbahaya kepada manusia lantaran diperintah oleh wang, berkhidmat dan beribadat kepada harta. Janganlah kebakhilan diberi pintu ke dalam hati kerana bila ia telah masuk satu kali, sukar akan keluarnya.

Pesanan akhir buya Hamka dalam naskah ini haruslah manusia sentiasa berwaspada dengan mainan syaitan yang maha licik. Jika kita terjatuh dalam lembah kedurjanaan wajiblah pula ia menyedarinya sebelum ajal menjemput. Membaca naskah ini ternyata mampu membuka mata betapa hati jantung manusia perlu sentiasa sihat dan bersih.

#MalaysiaMembaca #bangsamembacabangsaberjaya
Profile Image for Atul_reads .
190 reviews12 followers
October 14, 2020
Ketika membaca karya ini, pasti terfikir difikiran sebab ini lah manusia tidak dapat melihat alam ghaib. Jika sebaliknya, pasti semuanya beriman kerana takut. Tetapi disebabkan tidak dapat melihat, manusia berfikir dia bebas melakukan apa sahaja di muka bumi Allah ini tanpa mengetahui bahawa ada makluk ghaib yang bernama Qarin, sentiasa memandunya ke arah kejahatan. Bagi yang beriman kepada Allah wajib mempercayai kewujudannya.


Makluk jahat ini selamanya akan berada dekat dengan manusia dan membisikkan racun-racunnya ketika mana dia menjumpai ruang dan kesempatan untuk meracun hati serta fikiran manusia yang ketika itu berada dalam kelalaian. Sukar untuk dipercayai? Tapi itulah kenyataannya. Hinggalah ke akhirat kelak, menjemput yang mana sudi mengikutinya sebagai peneman hingga terjerumus ke neraka jahanam. Nauzubillahimizalik.


Disebabkan itu, manusia perlu sedar bahawa syaitan itu musuh yang wajib dimusuhi selamanya kerana berkawan dengannya akan membuatkan manusia semakin hanyut ke dalam lembah kesesatan hari demi hari sehingga tidak lagi ternampak oleh matanya jalan keluar.


Sungguh, karya penulisan buya HAMKA ini tidak sesekali mengecewakan😭. Apa yang dikehendaki oleh jiwa, disampaikan dengan jelas sekali. Saya sangat mengesyorkan kepada sesiapa yang belum membacanya untuk merasakan sendiri gelora di hati yang timbul saat naskah ini dibaca.


Naskah “How Much Land Does
A Man Need” oleh Sir Leo Tolstoy berkenaan merupakan kisah yang turut dinyatakan oleh Buya HAMKA di dalam penulisan ini untuk diambil pelajaran. Moga kita menjadi hamba yang sentiasa berpuas hati dengan apa sahaja yang dimiliki serta tidak mempunyai keinginan melampau. Akhir kata, mohonlah pertolongan kepada-Nya bila-bila sahaja kerana Dia Maha Mendengar. Bacalah Qul A’udzubirabbil Falaq dan Qul A’udzubirabbinnas untuk meminta perlindungan-Nya.
Profile Image for Afifah.
98 reviews
January 26, 2021
"Kalau engkau tak dapat bernafkah kepada orang lain, cubalah bernafkah kepada dirimu!"

Jelas di sini Buya Hamka memberi inspirasi supaya kita infakkan diri kita untuk umat manusia. Rugi andai kita hidup hanya untuk diri sendiri. Sekiranya tiada harta untuk dinafkahkan, jalannya adalah dengan bertahmid dan bertakbir.

Di bab pertama, tentang kata-kata syaitan. Hujah syaitan seolah-olah betul apabila dikatakan orang yang melakukan kejahatan mempunyai fungsi dalam masyarakat, iaitu membuatkan manusia lebih berhati-hati. Walhal, ini hanyalah helah syaitan kepada anak Adam.

Seterusnya diikuti dengan dongeng yang bertemakan harta, ikhtiar dan keyakinan. Bagaimana manusia sanggup melakukan apa sahaja demi harta, penyelewengan dokumen dan banyak lagi cara keji yang lain. Semakin lama, semakin dikejar harta yang tidak dibawa ke alam akhirat. Tamak haloba menguasai diri sehingga terlupa untuk bersyukur.

Konsep tawakkal yang beserta dengan usaha difahami dengan soreh. "Allah hanya menumbuhkan padi dan menjadikan beras; adapun memasukkan ke dalam mulut, tidaklah mesti Allah juga, tetapi tangan kita sendiri."

Penulisan yang menuntun dan menginspirasi jiwa. Disertakan sekali ajakan untuk bangun malam dan bermunajat kepada Allah kerana kepada Dia jualah kita kembali.
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
January 24, 2020
Diterbitkan semula oleh Jejak Tarbiah dengan tajuk Falsafah Syaitan.
Profile Image for Nurul Suhadah.
181 reviews34 followers
June 24, 2024
Karya ringkas dari HAMKA yang diterbitkan semula dengan judul yang baru. Judul ini mewakili bab pertama buku ini yang memang bertajuk Falsafah Syaitan. Permulaan bab yang baik, memberikan pengenalan kepada siapa itu syaitan dan apa falsafah dan tugasnya. Musuh kita semua yang mesti kita kenal dan tahu. Seram sejuk juga membaca bab ini tatkala HAMKA menggunakan kata ganti diri pertama untuk menggambarkan siapa itu syaitan.

Bab-bab yang lain adalah lebih kepada sifat-sifat yang mazmumah yang HAMKA berikan peringatan untuk kita menjauhinya. Kelebihannya, gaya dan bahasa HAMKA yang selalu menusuk, walau menyampaikan sesuatu yang sangat biasa dan mudah. Tetapi selalu kena menusuk jiwa.

Rujukan HAMKA walaupun diselit cerita-cerita, namun selalu bersandar kepada ayat Quran dan hadis yang sahih. Kekuatan HAMKA.

Karya ringkas yang bagus sebagai peringatan buat kita yang selalu lupa.
Profile Image for Rasyidah.
12 reviews4 followers
February 26, 2020
Falsafah Syaitan

Daripada karya Penuntun Jiwa

"Penglihatan jangan dibanyakkan ke atas, tetapi menolehlah ke bawah. Dengan demikian kelak tuan melihat bahawa orang yang kurang daripada tuan lebih banyak daripada orang yang di atas tuan! Waktu itulah kelak tuan akan merasai syurga itu."
Profile Image for Indriana .
36 reviews
February 13, 2023
Sampul Penuntun Jiwa di goodreads dengan yang saya baca berbeda menunjukkan buku ini telah ditulis sejak lama. Memaparkan tentang perilaku-perilaku yang dapat memberi noda di jiwa, Buya Hamka juga menyampaikan dengan beberapa cerita dan mengaitkannya dengan firman Allah.
Quote yang menyadarkan bahwa ini memang terjadi dimana-mana yaitu perkataan setan yang dinukil dalam buku ini,
"Wahai insan, kamu tunduk pada kebenaran ketika hatimu susah. Namun bila engkau mendapat kesenangan, kekuasaan, kemuliaan, ketinggian dan kemasyuran, engkau mesti mengikuti perintahku juga (setan)" (Hamka, 2019)
Profile Image for Aishah Ahmad.
65 reviews1 follower
June 24, 2025
I have decided not to rate non fictions but everything by Hamka is 5 stars, forever and always 🥰
Profile Image for Ira Matra.
17 reviews2 followers
November 27, 2020
Allah telah mengisytiharkan bahawa syaitan merupakan musuh utama manusia yang wajib diperangi. Peringatan dan penegasan tentang perkara ini juga telah dibuat berulang-ulang kali melalui ayat Al-Quran.

Dalam buku Falsafah Syaitan ini, Hamka membawa pembaca untuk menyedari, bahawa serangan atau gangguan syaitan bukanlah dalam bentuk fizikal yang buruk (hantu) semata-mata. Tetapi yang lebih digeruni dan perlu dikekang adalah serangan pada jiwa manusia. Jiwa di mana bersemayamnya nafsu, yang sering menjadi raja, yang akhirnya boleh menjadikan kita, seorang manusia penderhaka.

Karya ringkas ini hanyalah setebal 92 muka surat sahaja. Tetapi seperti biasa, Hamka berjaya mengajak saya untuk berfikir lebih panjang daripada apa yang ditulisnya.

Amaran: sedikit spoiler

Terdapat 9 tajuk yang disoroti oleh Buya Hamka. Dimulai dengan tajuk Falsafah Syaitan itu sendiri, Hamka menulis berkasutkan Syaitan, iaitu meletakkan dirinya sebagai Syaitan, yang bersumpah untuk menyesatkan manusia sehingga hari kiamat.

Syaitan berkata, "ketahuilah tuan, bahawa seorang durjana tahu bahawa perbuatannya itu durjana. Ia sangat rindu terlepas daripada ikatan kedurjanaannya itu tetapi tidak boleh". Fuh, tajam sekali.

Tajuk-tajuk yang seterusnya mengulas tentang penyakit jiwa manusia, khususnya yang berkait rapat dengan harta. Harta menyebabkan manusia menjadi tamak, bermusuhan, berani menggelapkan keterangan yang nyata dan sanggup membuat sumpah palsu.

Harta juga menjadikan manusia itu bakhil, bakhil bukan hanya kepada orang lain, malahan bakhil dengan diri sendiri. Bayangkan, ada si bakhil yang tidak sanggup mengeluarkan duit untuk mengubati diri sendiri yang sakit. Menjadikan dia seorang yang hidup di dunia lebih miskin daripada orang miskin. Kasihan.

Seterusnya, Hamka menggarap tentang kehidupan seorang yang muflis di dunia. Muflis di dunia sahaja sudah sehina itu, apatah lagi muflis di akhirat sana. Nauzubillahi minzalik.

Dalam tajuk Dia Lupa, Hamka menceritakan semula kisah 3 orang pemuda, seorang daripadanya berpenyakit sopak, yang keduanya botak, dan yang ketiganya buta. Mungkin ramai yang tahu tentang kisah ini kerana ianya diceritakan melalui riwayat Bukhari yang masyhur. Ketiga-tiga mereka diberi kesenangan, dan kemudian diuji oleh Allah dengan orang yang seperti mereka juga. Namun, hanya si buta sahaja yang lulus ujian itu. Ini menunjukkan bahawa manusia memang mudah lupa dan ujian yang paling berat rupanya bukan ketika susah, tetapi ketika senang.

Saya suka dengan perumpamaan yang diberi oleh Hamka tentang syurga dan neraka dunia,

"Syurga adalah kesenangan jiwa dan neraka seksaannya".

Membuatkan saya berfikir, syurga dunia boleh diperoleh oleh mereka yang sentiasa bersyukur.

Bukankah Allah berfirman dalam surah Ibrahim ayat-7:
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepadamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras".

Dalam tajuk Tawakal pula, Hamka mengingatkan kita supaya wajib berusaha sehabis daya, sekuat-kuatnya, barulah kita boleh bertawakal kepada Allah. Bukan terus berharap kepada Allah tanpa melakukan apa-apa.

Berada dalam tempoh PKP ini, saya dapat mengaitkan konsep ini dengan kejahilan mereka yang tidak mengambil apa-apa langkah pencegahan Covid-19, sebaliknya dengan lantang mereka berkata, "kenapa takut virus? Kalau dah sampai ajal, matilah juga".

Kawan, sedangkan para nabi hanya dibantu apabila mereka sudah berusaha sehabis-habisnya, inikan pula kita manusia biasa. Masih ingatkah kita kepada kisah Nabi Musa AS yang membelah Laut Merah dengan tongkatnya? Lupakah kita bahawa perintah untuk menghentak tongkat ke bumi itu hanya diturunkan oleh Allah, ketika Nabi Musa dikejar oleh tentera Firaun sehingga tiada jalan keluar, kecuali merentasi laut itu?

Saya paling suka dua bab terakhir, yang mana saya rasakan penutup yang sempurna untuk buku ini. Ada kisah tentang seorang murid yang putus asa untuk berkorban, tetapi berjaya dipujuk oleh gurunya yang bijaksana. Kisah ini kalian perlu baca sendiri. Kerana garapan Hamka berjaya memujuk diri saya juga.

Hamka menutup buku ini dengan kata-kata,

"Janganlah kamu menghembuskan nafas yang penghabisan, melainkan di dalam Islam. Oleh itu, masuklah segala yang perlu".

Bermakna Hamka mengajak kita untuk berani berkorban dan berjuang, demi Islam, dan kerana Allah semata-mata.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 9 books52 followers
September 1, 2020
Tajuk buku: Falsafah Syaitan
Penulis: Hamka
Terbitan: Jejak Tarbiah Publication
Jumlah muka surat: 92
Tempoh bacaan: Julai ~ Ogos 2020

Ulasan dan resensi:

Bila membaca karya Hamka, kita sebenarnya bukan membaca cerita, sebaliknya pemikiran beliau.

‘Falsafah Syaitan’, tajuk yang dipilih daripada bab pertama buku ini, yang mengenengahkan pendirian syaitan terhadap agendanya dalam menyesatkan anak Adam.

Jelas di dalam al-Quran yang bila namanya syaitan, setiap tindakan dan bicaranya hanyalah untuk membawa anak Adam jauh daripada Tuhan.

Bisik katanya, halus dan mengelirukan. Mengatakan sesuatu yang bilamana anak Adam itu mendengar, seakan benar.

Tidak terpengaruhkah kita bila mendengar yang taubat itu manis nikmatnya bagi mereka yang berdosa? Ya, sangat manis. Tetapi, Tuhan melarang sama sekali kita berbuat dosa, sama ada kecil apatah lagi besar. Tetapi, falsafah syaitan berbeza. Syaitan memesong akal dengan mengatakan tanpa dosa, kita tidak akan memohon ampun daripada Tuhan. Maka, disuruh anak Adam melakukan dosa.

Syaitan juga dengan licik menarik perhatian kita bahawa, tanpa manusia yang melakukan kesalahan, tiadalah pekerjaan bagi hakim dan peguam. Falsafah syaitan, penjenayah itu telah memberi ruang rezeki kepada pekerjaan sedemikian.

Licik.

Amat licik dan mengelirukan jika tidak berbalik kepada apa yang Allah gariskan.

Bisikannya tampak benar.

Tetapi, membenarkan bermakna memesong iman. Berhati-hatilah wahai diri yang membaca dan mendengar detik hati licik falsafah makhluk yang dibentuk daripada api ini.

Bab pertama, memang segalanya tentang falsafah syaitan. Meneruskan bacaan bab seterusnya agak berbeza tulisan yang dibawa. Bukan falsafah, sebaliknya berbentuk penceritaan. Dan, penceritaan ini ibarat cerita daripada kumpulan cerpen, yang setiap satu memaparkan kisah manusia dengan sikap syaitan.

Apakah sikap syaitan yang ditonjolan di dalam cerita pada bab seterusnya? Mari kita selusuri satu per satu ceritanya.

Bab kedua, mengisahkan ‘Dongeng Amir Chanian’ dan ‘Kisah Koohin’.

Manusia mengejar harta walaupun bukan yang dia punya. Tinggalan wasiat seorang Amir Chanian yang dikatakan jutawan permata pada 50 tahun yang lalu menjadikan ramai manusia berusaha untuk membuktikan yang mereka itu adalah warisnya.

Dua sikap syaitan yang ditonjolkan pada manusia-manusia pengejar harta ini sewaktu cuba mendapatkan harta adalah:

1) Berdusta - sanggup membuat cerita asal usul Amir Chanian (sehingga wujud pelbagai versi mengikut negara), sedangkan watak Amir Chanian ini kewujudannya belum tentu benar, apatah lagi kewujudan tinggalan hartanya.
2) Berangan dan mengusahakan sesuatu yang sia-sia – sanggup mengupah peguam, pergi ke negara di mana harta yang disebut-sebutkan, dijaga.

Kisah Koohin pula memaparkan sikap manusia (yang terjana daripada sikap syaitan) yang tamak haloba.

Koohin yang tamakkan tanah berekar, sanggup berjalan di bentangan tanah milik seorang kaya yang dikatakan ingin memberikan percuma tanahnya mengikut sejauh mana langkah yang berkehendak.

Koohin ingin lebih. Maka langkahnya jauh. Tidak sedar yang kesihatan diri begitu teruk, demi tanah, tubuhnya digagah. Akhirnya, Koohin mati kepenatan dan ketidaksanggupan tubuhnya yang turut menampung penyakit. Mati di atas tanah yang dihalobakan. Ditanam jasad, impian dan ketamakannya juga.

Bab ketiga mendedahkan sikap bakhil (sikap kesukaan syaitan juga). Sikap yang merajai watak kaya. Bila ada yang datang meminta-minta, kebakhilan menyeret juga sikap syaitan yang lain – menipu, beralasan dan riak.

Menipu kepada si peminta dengan menyorokkan diri di dalam rumah demi mengelak memberi sedekah.

Beralasan bila dermanya sedikit, maka ditulis sekadar ‘hamba Allah’, konon tidak mahu sedekahnya diketahui orang.

Riak pula bila dermanya banyak. Disebut berulang-ulang, malah diungkit zaman-berzaman.

Bab keempat pula tentang ‘Muflis’. Yang membawa kita muhasabah diri agar tidak hanya memikirkan muflis di dunia, tetapi di akhirat juga.

Muflis di dunia, digambarkan dengan penarikan kekayaan oleh Tuhan dengan tiba-tiba. Ekonomi si kaya merudum sehingga pendidikan anak-anak tidak tertanggung. Terbiar. Malah, si kaya yang muflis di dunia mula dipandang hina, tidak dipeduli oleh masyarakat akan nasib yang berubah muflis tiba-tiba.

Muflis di akhirat lebih hina bila yang muflis itu bukan harta sebagaimana di dunia, tetapi pahala yang terkumpul daripada amalan. Setiap pahala daripada amalan solat, berzakat dan berpuasa diberi percuma kepada orang yang dikata, diumpat dan disakiti. Dia muflis kerana sikap. Kerana mulut yang tidak beradab. Sia-sia harta-pahala bila semuanya tergadai, tiada apa yang dibawa ke dunia kekal. Muflis di negeri abadi kerana mewarisi sikap syaitan yang menyuruh-umpat dan menyakiti manusia lain dengan kata-kata.

Bab kelima mendedahkan sikap kufur. Kisah tiga orang miskin dengan penyakit yang membuatkan hidup mereka dihina. Penyakit kulit, botak dan buta. Allah hantar malaikat bagi menguji keimanan mereka bila diberi rezeki sembuh, juga harta.

Lalu, mereka lupa diri dan Allah menarik semula nikmat sembuh bersekali dengan harta. Kecuali si buta. Si buta yang sudah celik, terus celik dengan rasa syukur setelah menerima kesembuhan dan rezeki Tuhan. Malah, celiknya kekal walaupun diuji dengan kedatangan malaikat yang menyamar sebagai seorang buta dan meminta pertolongan. Kerana itu, dia selamat daripada dibutakan.

Bab keenam tentang syurga dan neraka. Allah beri akal agar hamba-hamba-Nya memilih sama ada jalan Tuhan atau jalan syaitan. Syurga atau neraka.

Kisah petani yang senang dengan pekerjaan pertanian mereka. Yang tiada risau dan gundah di wajah mereka.

Dibandingkan pula dengan kisah orang kaya yang sibuk membilang harta. Keruh wajah, gundah rasa dan takut akan harta dicuri manusia. Risau mengulit muka setiap kali menguruskan harta.

Nikmat syurga itu dirasai di dunia melalui ketenangan dan kesenangan hati – sebagaimana kisah si petani.

Derita neraka itu pula dirasai dengan gundah dan susah hati – sebagaimana kisah si kaya yang membilang harta yang dia punya.

Bab ketujuh, dengan tajuk, ‘Tawakal’.

Sebagaimana tajuk utamanya, ‘Falsafah Syaitan’, di dalam bab tujuh ini memang dapat dilihat bagaimana syaitan menyesatkan. Bab ini merungkaikan permainan syaitan yang mengelirukan manusia terhadap istilah ‘tawakal’.

Syaitan menjadikan manusia hilang usaha, dan hanya duduk meminta dengan memusingkan maksud ‘tawakal’ – hanya bergantung kepada Tuhan. Sedangkan ‘tawakal’ itu diguna-pakai setelah usaha mengambil tempat. Bukan hanya berserah menanti Allah memberi dan memberi. Bukan!

Di dalam permainan syaitan, ‘tawakal’ dijadikan alasan agar anak-anak Adam menjadi malas. Licik suntikan falsafah syaitan yang mencelarukan pemahaman anak Adam.

Bab kelapan adalah perjuangan tentang menafkah harta atau rezeki yang Allah beri. Sama juga permainan syaitan yang satu ini. Suruhan Allah, dipusing-belitkan. Lebih-lebih lagi kepada si miskin. Dirosakkan pemikiran dan pemahaman si miskin tentang ‘nafkah harta’. Seolah-olah, ia hanya terpakai kepada yang kaya.

Yang miskin tidak perlu berjuang untuk menafkahkan harta di jalan Tuhan.

Licik, buat kesekian kalinya makhluk yang bernama syaitan.

Suruhan Tuhan dalam menafkahkan harta terpakai kepada seluruh hamba-Nya. ‘Harta’ tidak hanya mencakupi harta benda, tetapi lebih luas lagi maknanya. Sihat itu juga harta. Akal yang waras itu juga harta.

Yang tidak berharta-benda, boleh sahaja menafkahkan tenaganya dengan membantu sekecil-kecil perkara. Buang batu atau kayu yang menghalang jalan juga dikira sebagai menafkahkan harta.

Malah, menafkahkan harta juga bukan hanya kepada orang lain, tetapi diri sendiri. Berzikir, bertahmid dan bertakbir itu juga dikira sebagai nafkah harta untuk diri sendiri jika anak-anak Adam buka minda dan hati. Jika anak Adam tidak terjerat dengan falsafah syaitan yang mengeliru dan menyesatkan.

Jika difikir daripada miskin dan kaya baru boleh mengikut suruhan Tuhan dalam menafkahkan harta, memang manusia itu tiada yang kaya. Yang kaya hanyalah Allah.

Bab kesembilan, yang terakhir di dalam buku ‘Falsafah Syaitan’ ini, berkait dengan keyakinan dan korban.

Kisah manusia yang bila dia yakin, dia pasti sanggup berkorban, hatta berkorban nyawa sekalipun.

Di antara dua ilmu – sihir (ilmu syaitan) dan ilmu Tuhan, seorang kanak-kanak telah mempelajari kedua-duanya. Dicuba dan diyakini bahawa ilmu Tuhan itu adalah ilmu yang benar, maka dipegang kuat, lalu menolak yang satu lagi.

Dia sebagai perintis yang diatur oleh raja pada zaman itu sebagai ahli sihir telah diancam bunuh bila dia tidak goyah keyakinan untuk meneruskan kepercayaan kepada ilmu Tuhan berbanding ilmu syaitan. Dan, kuatnya kepercayaan, membuatkan dia hilang gentar walau nyawa dipertaruhkan.

Malah, dengan ilmu kurniaan Tuhan, dia berjaya pula membuatkan si raja menyetujui permainannya yang membawa kepada lebih ramai orang percaya akan Tuhan.

Panjang ulasan ini. Semoga ia menjadi panduan hati buat yang membacanya. Untuk mengetahui secara terperinci setiap penceritaan Hamka dalam buku ‘Falsafah Syaitan ini, belilah bukunya. In-shaa-Allah, ia mencerahkan apa yang diulas. Membawa faham yang lebih jelas.

Wallahualam.

#norsamilasamsudin
Profile Image for books.bintulu.
260 reviews7 followers
March 31, 2024
Mac 2024: Falsafah Syaitan

Buku ini sudah lama dalam simpanan, nipis saja 92 mukasurat. Selepas membaca Masuk ke Dalam Cahaya karya SN Abdullah Hussain, saya jadi teruja untuk membacanya.

Syaitan, sebagaimana janjinya untuk menyesatkan anak Adam akan menggunakan apa saja cara untuk mencapai cita-cita itu. Membaca bab 1, memberi gambaran bagaimana hasutan syaitan boleh berlaku:

"Engkau perlu mengerjakan kejahatan sepuas-puasnya sementara badanmu muda, supaya kelak ada suatu kesalahan yang menjadi sebab engkau bertaubat."

Licik.

Tamak, bakhil, muflis akhirat, lupa diri, korban keyakinan, syurga dunia dengan menerima nasib yang Allah tentukan antara topik utama yang dibincangkan dalam buku ini.

Penulis mengambil contoh kisah-kisah menyampaikan contoh kemudaratan penyakit hati angkara bisikan syaitan seperti:

- kisah Koohin yang gila tanah (How Much Land Does A Man Need? Leo Tolstoy)
- Seorang berpenyakit kulit, botak dan buta yang diuji kesihatan dan kekayaan
- kisah Ghulam

Gaya penulisan Buya Hamka yang membumi, buat saya rasa tak puas membaca. Penghargaan juga buat Ustaz Abdullah Bukhari yang menulis kata pengantar yang memudahkan kefahaman ke atas karya ini. Saya akhiri dengan quote daripada Buya Hamka:

"Penglihatan jangan dibanyakkan ke atas, tetapi menolehlah ke bawah. Dengan demikian kelak tuan melihat bahawa orang yang kurang daripada tuan lebih banyak daripada orang yang di atas tuan! Waktu itulah kelak tuan akan merasai syurga itu."
Profile Image for Nadia.
110 reviews53 followers
August 23, 2020
92 muka surat saja, tapi padat sungguh dengan nasihat😍
Rasa nak ulang baca dari mula walaupun dah habis! Mulanya gerun rasa tengok tajuk buku ni, tapi itu adalah salah satu topik dalam buku ni, bab pertama.

Awal2 baca rasa syaitan sedang bercakap dengan kita melihatkan gaya penulisannya😅 Buku ini penuh dengan nasihat dan pengajaran yang disampaikan melalui kisah pendek kebanyakannya daripada zaman Nabi SAW dan sahabat.

Apapon cerita yang disampaikan benar2 menunjukkan godaan syaitan itu benar, sehingga sanggup manusia berbuat perkara yang tak disangka akal.

Saya suka bab "Perjuaangan Buat Semua"

"Banyak orang mengundurkan niatnya hendak berbakti lantaran menunggu suatu masa yang lapang"
.
"Jika sangat miskin ucapkan takbir dan tahmid, sudah bersesekah juga, iaitu untuk diri sendiri"

Jadi nak berbuat baik ni jangan tunggu2, takut kita pergi tak sempat berbuat kebajikan tu..

5/5⭐
Profile Image for Idham Aishamuddin.
33 reviews4 followers
April 10, 2021
“Sebenarnya serangan mental jauh lebih bahaya berbanding serangan khayalan produk takut bernama hantu.”

“Lain sekali kesannya jika anda diserang si syaitan dengan serangan mental. Serangan ini akan menjadikan anda penderhaka kepada Allah. Ikhlas anda hilang, dosa dipandang remeh, hak orang mungkin dipangkas, jiwa jadi keras membatu dek gila kepada dunia dan paling parah, anda akan menjadi ahli kelab Iblis di dunia dan terperosok ke dasar neraka bersamanya di akhirat kelak.”
(halaman v~vi)


“Ketahuilah tuan, bahawa seorang durjana tahu bahawa perbuatannya itu durjana. Ia sangat rindu terlepas daripada ikatan kedurjanaannya itu tetapi tidak boleh”
(halaman 1)
Profile Image for Nur Aqilah.
13 reviews1 follower
March 22, 2024
Cara penyampaian Hamka dalam mengulas sesuatu topik sangat menarik. Susun atur ideanya kemas dan teratur bersulamkan hikayat yang berkait . Dan seperti biasa, kata2 Hamka berjaya menyentuh hati dan menyemarakkan semangat ingin berubah ke arah kebaikan.
Profile Image for Niena Aniesza.
200 reviews7 followers
October 25, 2021
Tajuk: Penuntun Jiwa
Penerbit: Gema Insani

Buku ini mengandungi 9 bab. Ringkas dan padat. Seperti karya Hamka yang lainnya, buku ini diisi dengan himpunan kisah taudalan dan kata-kata hikmah.

Bab pertama adalah Bakhil. Penulis menceritakan tentang sifat orang yang bakhil, bukan sekadar bakhil dengan orang lain bahkan juga dirinya sendiri. Dialah yang diperbudak oleh harta, bukan harta yang diperbudaknya. Hidup orang bakhil tidak tenang, sentiasa risaukan hartanya. Sedangkan, harta benda yang kita punya adalah yang telah kita belanjakan, bukan yang telah kita kumpulkan.

Bab kedua adalah tentang Syurga dan Neraka. Manusia sendirilah yang membuat syurga pada dirinya dan dia juga yang menggali neraka dengan tangannya. Penglihatan jangan dibanyakkan ke atas, tetapi menolehlah ke bawah. Kelak kita akan melihat orang yang di bawah lebih ramai daripada orang yang di atas kita. Waktu itulah kita dapat merasakan syurga itu. Mencari syurga dengan sifat ikhlas kepada diri sendiri, kepada sesama manusia dan kepada Allah.

Bab 3 bertajuk Korban Keyakinan. Apa yang kita sanggup mati kerananya, itulah yang menunjukkan kecintaan kita kepadanya. Oleh sebab itu sebagai Muslim, hendaklah kita mati dalam berkorban, bukan berkorban kerana cinta.

Bab seterusnya tentang Jatuh Muflis. Orang jatuh muflis sebenarnya bukanlah orang yang hilang harta di dunia ini, tetapi muflis di akhirat sana kerana segala amal ibadatnya terpaksa diberikan kepada orang lain yang telah dianayai dan disakiti semasa di dunia.

Bab ke-5 adalah Tawakal. Pentingnya berusaha sedaya upaya dalam bertawakal. Tawakal bukan bermaksud semata-mata berserah.

Bab 6 Perjuangan untuk Semua. Penulis mengajak untuk kita menafkahkan rezeki yang kita ada. Rezeki bukan sekadar harta-benda. Namun, apa sahaja yang Allah berikan kepada kita seperti kesihatan dan akal fikiran yang sihat. Jika seseorang berilmu, maka ajarkanlah ilmu yang berfaedah kepada orang lain.

Bab seterusnya bertajuk Falsafah Syaitan. Dalam Crime Triangle, ada dinyatakan faktor manusia buat jenayah adalah rasionalisasi. Orang jahat itu tahu perbuatannya jahat, namun tidak mampu untuk berubah kembali kepada pangkal jalan. Itulah sebahagian daripada tipu helah syaitan yang mempengaruhi manusia agar merasakan perbuatannya itu sebagai benar.

Bab 8 Memburu Harta. Harta sangat berpengaruh ke atas diri manusia. Ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, menjatuhkan orang lain, bersusah-payah dan merosakkan diri sendiri asalkan dapat mengumpul harta. Sesama ahli keluarga ada yang bermusuh-musuhan, dan saling membenci kerana mahu mempertahankan harta.

Bab akhir adalah Dia Lupa. Tentang kisah orang yang susah lalu diberikan kesenangan oleh Allah. Setelah senang, dia jadi bongkak dan angkuh. Lupa diri. Sedangkan harta adalah pinjaman dan tidak kekal.

Di bahagian penutup, ada puisi seruan kepada manusia untuk mentaati Tuhan.
Profile Image for farratiq.
47 reviews7 followers
July 25, 2020
Falsafah Syaitan
Oleh: @farrahreads

Pertama kali mendengar tajuk buku ini, saya terus terfikir, amboi syaitan pun berfalsafah. Rupa-rupanya, Falsafah Syaitan ialah tajuk salah sebuah bab yang ada di dalamnya. Bab tersebut agak menakutkan juga kerana rasa macam syaitan yang sedang bercakap dengan kita. Mungkin bisikan-bisikan yang dikatakan oleh syaitan itu, sebenarnya pernah terlintas dalam hati sendiri.

Buku ini saya rasa amat sesuai untuk dimiliki setiap orang bahkan setiap rumah pun.
Sebab apa?
Sebab di dalamnya sebenarnya terkandung banyak nasihat tentang penyucian jiwa. Kita selaku manusia ini ada harinya iman kita mencanak naik, ada harinya merudum jatuh. Ada waktu terasa nak berlumba membuat kebaikan, ada waktu terasa nak mementingkan diri sendiri sahaja.

Jadi, buku ini sebenarnya amat sesuai dicapai ketika kita teringin mendengar nasihat. Selak sahaja mana-mana muka surat, nah, nasihat untuk hari ini. Bukunya nipis, nasihat ringkas tetapi kena terus pada hati.Tidak ada nasihat yang meleweh dan menyakitkan hati. Sesiapa yang baca karya Buya Hamka akan mengetahui betapa lemah lembutnya beliau dalam menasihati.

Saya sertakan satu petikan yang paling saya suka dalam buku ini.
“Kalau engkau tidak dapat bernafkah kepada orang lain, cubalah bernafkah kepada dirimu!”
Selalu sangat apabila kita menyebut tentang sedekah, kita terus membayangkan duit. Seolah-olah hanya dengan duit sahajalah kita boleh melakukan ibadah sedekah itu. Sedangkan, bukan semua orang mempunyai harta untuk dibahagikan kepada orang lain, bahkan untuk diri sendiri pun mungkin tidak ada.

Sebenarnya, rezeki yang paling mulia ialah akal dan harta yang tiada nilainya ialah kesihatan. Saya tak pernah terfikir tentang perkara ini sehinggalah saya membacanya dalam buku ini. Oleh itu, hendaklah kita menggunakan akal dan kesihatan, rezeki dan harta kita itu, ke jalan yang sepatutnya sebagai satu sedekah untuk diri sendiri.

A good read, indeed.

Judul: Falsafah Syaitan
Penulis: Hamka
Penerbit: Jejak Tarbiah
Bil. muka surat: 92ms

Nota kaki: Buku ni nak bedah dalam usrah pun menarik sangat. Sesiapa yang sertai usrah tu, boleh cuba.

#MalaysiaMembaca
#bukujt
#BukuBuyaHamka
Profile Image for Nurhanisah.
Author 1 book9 followers
December 29, 2020
'Beribu-ribu manusia yang mati dalam perang, dalam pertempuran dan beroleh syahid namun, orang yang datang kemudian masih tetap juga mengikuti langkah mereka. Bahaya jasmani itu tidak mereka fikirkan lantaran rohani mereka telah lebih dahulu mengecap syurga. Di sini kita ingat kembali perkataan Ibnu Taimiyah yang lain, "Saya tidak takut dipenjarakan dan saya tidak gentar dilawan, kerana orang yang terpenjara adalah yang dipenjarakan hawa nafsunya dan orang yang tertawan adalah yang ditawan iblis".'

Falsafah Syaitan ini adalah sebuah buku yang ringkas dengan lebih kurang 90 halaman sahaja. Namun isi kandungannya amat padat dengan nasihat dan pengajaran tentang spiritualiti, terutamanya bagi membendung nafsu dan melawan godaan syaitan yang tidak pernah berputus asa menyesatkan umat manusia dari segala macam segi.

Dilengkapi dengan potongan ayat-ayat al-Quran dan petikan kisah-kisah tauladan daripada hadis, catatan Hamka mengajak pembaca untuk mengenalpasti kelemahan diri yang tidak tertakluk pada aspek fizikal semata-mata tetapi lebih menitikberatkan aspek mental dan jiwa. Oleh itu, Falsafah Syaitan sedikit sebanyak mengolah tentang 'tazkiyatun nafs' ataupun penyucian sekali gus penyembuhan jiwa yang dibelenggu kelemahan akibat hasutan syaitan.

Kelemahan ataupun penyakit jiwa seperti sifat bakhil, cintakan harta dan lupa diri amat sinonim dengan masyarakat zaman kini. Manakala, tawakal sering dijadikan alasan untuk menutup sifat malas diri sendiri. Kita juga sering salah faham tentang bab sedekah dan menafkahkan harta, di mana rezeki yang perlu dikongsi itu adalah segala nikmat yang dikurniakan Tuhan, tidak semestinya dari wang ringgit semata-mata. Justeru - 'wamimma razqnahum yunfiqun' - tidak perlu menunggu sehingga kaya untuk bersedekah, tetapi memberilah dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita.
Profile Image for Fini  Arkani.
36 reviews
January 13, 2022
Judul: Penuntun Jiwa
Penulis: Hamka
Penerbit: Gema Insani
Tahun Terbit: Cetakan Pertama, November 2019
Tebal: 102 Halaman
ISBN: 978-602-250-679-9

Buku Hamka Penuntun Jiwa adalah buku ke 5 dari Hamka yang saya baca. Seperti judulnya, buku Hamka yang satu ini memang benar-benar menuntun jiwa kita kepada jiwa-jiwa yang lebih tenang, lapang dalam hidup, barangkali kita tengah melupakan-Nya, menjunjung tinggi harta benda yang kita punya di dunia dan mengingatkan kepada kita bahwa kehidupan dunia ini jikalau kita peluk erat, bukan hanya membuat kita tak nyaman berada di dunia, tetapi lebih dari itu ialah kehidupan yang abadi yaitu akhirat.

Dilengkapi dengan kisah-kisah inspiratif sebagai perumpamaan, hadits Nabi, dan menyalin kisa-kisah yang pernah dikisahkan Nabi Muhammad SAW, berisi nasihat-nasihat dari Hamka, dan juga menjelaskan tentang bagaimana siasat setan dalam menjerumuskam setiap anak adam.

Terdiri dari sembilan bab. Bab pertama membahas tentang "Bakhil." Di mana sifat bakhil ini dikatakan dalam buku ini bukan hanya merusak agama, merusak masyarakat, serta merusak bangsa dan tanah air.

Bakhil adalah penyakit. Penyakit yang sangat berbahaya sekali.

"Janganlah kebakhilan diberi berpintu dalam hati karena bila ia telah masuk satu kali, sukar akan keluarnya. Harta benda yang kita punya adalah yang telah kita belanjakan, bukan yang telah kita kumpulkan." (Hal.15)

Bab kedua membahas tentang "Surga dan Neraka." Maksud daripada surga dan neraka di sini ialah surga dan neraka yang dirasakan oleh seseorang di dunia sebelum ia merasakan surga dan neraka yang sesungguhnya yaitu surga dan neraka akhirat. Di mana, surga itu ialah surga ruhani. Bab ini mencuil sedikit kisah sahabat Nabi yaitu Bilal bin Rabah r.a., Ammar bin Yasir r.a.,dan sahabat-sabahat yang lain yang memiliki surga ruhani tersebut.


"Namun, surga itu sekali-kali tidak akan di dapat kalau yang sekarang berada di tangan dilupakan, hanya melihat surga yang jauh tergantung di awang-awang. Terimalah pemberian Allah SWT dan tunggulah ketentuan-Nya. Itulah surga dalam hidup." (Hal.20)

"Namun, pada saat itu juga, surga yang sejuk dan lezat itu akan bertukar menjadi neraka, membakar jiwa dan menggelisahkan tubuh tuan, jika kemestian itu tuan langgar." (Hal.21)

Demikianlah surga ruhani itu. Apa yang telah Allah takdirkan kepada kita, sudah semestinya kita syukuri, apabila Allah beri cobaan, hendaklah kita bersabar, menerimanya dengan lapang. Terus berusaha dan berikhtiar. Kadangkala, pada saat senang, kita menunjukkan sikap yang kurang baik kepada orang lain hanya memikirkan diri sendiri, begitupun saat susah, kita merutuki, dan menyalahkan ketetapan Allah terhadap kita, betapa hal itu seperti di neraka, tiada ketenangan, ketentraman dan kedamaian.

Kemudian bab ketiga menjelaskan tentang "Korban Keyakinan" dibumbui dengan sebuah kisah yang diceritakan oleh baginda Nabi Muhammad SAW tentang seorang anak kecil yang tidak akan menukarkan agamanya, keimanannya, akidahnya, dengan sesuatu apapun termasuk dengan nyawanya sendiri.

Selanjutnya pada bab keempat berisi tentang "Jatuh Pailit" di mana jatuh pailit di dunia memang sangat berat dan menyengsarakan, tetapi pada hakikatnya jatuh pailit yang sesungguhnya, yang jauh lebih dan lebih besar ialah ketika di akhirat kelak.

Berikutnya bab kelima "Tawakal." Mungkin kita masih salah mengartikan makna daripada tawakal ini. Kita tidak mengerjakan apa-apa, tidak mengusahakan apa-apa, tidak bergerak, hanya duduk diam saja menunggu keajaiban, lalu mengatakan bahwa diri sedang bertawakal kepada Allah. Bukanlah seperti itu maksud daripada tawakal, itu sama saja dengan pemalas.

Kerjakan, ikhtiarkan, sehabis daya dan tenaga, lalu percaya apapun hasilnya itulah yang terbaik, karena Allah tidak mungkin dan tidak akan mungkin menelantarkan doa-doa hamba-Nya. Dia melihat dan mendengarkan apa yang diamui hamba-Nya dan tidaklah mungkin Dia menyia-nyiakan usaha dan doa dari hamba-hamba-Nya yang terus berharap kepada-Nya.

Selanjutnya bab keenam, "Perjuangan Untuk Semua" bahwa yang bisa bersedekah, menafkahkan hartanya bukan hanya untuk dia yang kaya, dia yang berharta, tetapi semua hamba Allah dapat melakukannya.

Bab ketuju membahas tentang "Filsafat Setan," bagaimana setan selalu banyak cara untuk membisikkan keburukan-keburukan, kejahatan-kejahatan ke dalam dada, hati, dan pikiran manusia, menyesatkan manusia agar manusia jauh bahkan lupa kepada Allah SWT.

Bab kedelapan tentang "Memburu Harta" di mana di bab ini penulis mengisahkan tentang dongeng Amir Chanian yang meninggalkan harta bermiliun-miliun tetapi ahli warisnya tidak diketahui dan sebuah kisah daripada Koohin yang tergila-gila dengan harta. Ia selalu menginginkan tanah yang membuatnya menjadi pelit dan menjadikan tanah dan harta nomor satu dalam hidupnya, bahkan ia rela mengorbankan dirinya demi mendapatkan tanah.

Selanjutnya bab yang terakhir, bab kesembilan membahas tentang "Dia Lupa." Dalam bab ini ada cerita yang bersumber dari Nabi Muhammad SAW bahwa ada tiga orang melarat yang ketiganya sama-sama tidak berharta dan masing-masing memiliki penyakit dalam diri mereka.

Orang yang pertama memiliki penyakit balak, penyakit supak yang merusak warna badan. Ujung kakinya dan tangannya bahkan mukanya sendiri beroleh warna yang bukan warna asli, putih seputih-putihnya sehingga jangankan menghampiri melihat sajapun orang enggan.

Orang kedua adalah seorang yang botak. Tidak memiliki rambut dikepalanya meskipun sehelai. Sementara orang ketiga ialah seorang yang buta. Kemudian Allah SWT menguji mereka dengan menyembuhkan penyakit yang ada pada diri mereka masing-masing lalu memberikan mereka harta. Setelah mereka bertiga sembuh dan memiliki banyak harta, orang pertama dan kedua menjadi lupa, lupa dari mana mereka berasal, sementara orang ketiga yang tak lain seorang yang buta, dengan harta itu tidak menjadikannya lupa, bahkan ia tetap ingat kepada Penciptanya, bahwa harta bukanlah miliknya, melainkan hanya titipan dari-Nya, yang dengan itu, dengan kekuasaan Allah, Dia mengembalikan kehidupan orang pertama dan kedua menjadi semula, sementara orang ketiga Allah tidak mengambil kenikmatan yang telah diberikan kepadanya. Barangkali dengan cara itu, Allah ingin orang pertama dan kedua kembali kepada-Nya, bertaubat dari kesalahan dan dosa-dosa.

Buku ini cukup tipis, dapat dibaca sekali duduk. Membaca ini, bagi saya sendiri banyak hikmah yang dapat saya ambil daripada setiap pembahasan, dan semoga Allah senantiasa memelihara, melindungi dan memberi hidayah kepada kita semua. Aamiin.

"Jiwamu akan mendengar seruan-Nya meskipun telingamu akan tetap pekak." -Hamka.

***

Instagram: @finiarkani
Profile Image for Muhammad Ukasyah.
10 reviews1 follower
April 27, 2021
Buku ni nipis je, 87 muka surat sahaja, kalau fokus baca boleh habis dalam masa satu hari. Tapi disebabkan saya agak sibuk dengan urusan universiti dan saya juga mencurangi buku ini (baca buku lain pada masa yang sama), saya habiskan buku ini dalam masa 3 minggu.

Anyways, back to the book review, baca tajuk tanggapan pertama saya ialah penulis ingin menyampaikan cara syaitan "berfikir", bagaimana cara ataupun 'trick' syaitan untuk menghasut manusia. Umum tahu syaitan sudah pun hidup lama dan sudah pasti banyak pengalaman dan ilmu dalam menghasut manusia melakukan kemungkaran.

Tetapi buku ini sebenarnya bertemakan Takiyatun Nafs ataupun penyucian jiwa. Melalui buku ini beliau menyentuh 9 tajuk mengenai peperangan jiwa manusia. Kehendak manusia yang memberikan keseronokkan di dunia tetapi kesakitan di akhirat.

Penulis juga menyelitkan cerita-cerita tauladan yang boleh kita ambil sebagai pengajaran.

Apa yang menarik dalam buku ini adalah gaya penyampaian dan pendekatan HAMKA yang menyebabkan pembaca terasa dalam hati tanpa tujukan secara khusus kepada individu.

Kesimpulannya, membaca karya ini mampu membuatkan manusia untuk sentiasa berwaspada dengan godaan syaitan.
Paling best bab penutup penulis bawakan dalam bentuk puisi.
Profile Image for Aishah Nerina.
36 reviews
June 14, 2021
Hamka adalah satu nama yang selalu menjadi bualan para pencinta buku, setiap karya beliau kaya dengan pengajaran dan nasihat. Begitu jugalah dengan karya yang satu ini.

Naskhah Falsafah Syaitan membawa pembaca menyelami jauh ke sudut hati, di dalam karya ini Hamka menegaskan kepada para pembaca tentang musuh kekal manusia yang tidak terlihat oleh dua mata dan tidak terdengar oleh dua telinga. Tetapi justeru musuh tersembunyi inilah yang selalu memesongkan dan memalingkan setiap manusia menuju kehancuran.

Hamka berjaya mencipta ketertarikan dalam karya beliau ini dengan menjadikan kisah-kisah sebagai perumpamaan agar para pembaca mudah memahami setiap mesej yang ingin disampaikan.

1. Kisah si pemburu harta yang menjadikan manusia berdusta mencipta segala helah bagi memiliki sebuah kesenangan dunia walaupun dari jalan yang salah. Di bayang-bayangi sifat yang tidak pernah mengenal erti cukup dan selalu pula berburuk sangka, bimbang dengan harta akan di ambil orang padahal ia hanya sebahagian dari ilusi yang tercipta dari sifat buruk sangka dan tamak haloba.

2. Hamka menyifatkan sifat bakhil seperti orang yang jiwa raganya sudah diperhambakan kepada harta, sehingga untuk suatu keperluan atau pemberian sedekah sulit untuk dikeluarkan kerana bimbang hartanya berkurang. Hamka juga menyifatkan orang yang bakhil adalah perosak kepada agama, perosak kepada masyarakat dan perosak kepada bangsa dan negara.

3. Sikap manusia yang sering lupa, diberi ujian kemiskinan dan kehinaan ia meronta memohon pertolongan, namun setelah dimakbulkan doa, diberi kesenangan dan kemewahan ia mulai lupa di mana langit dijunjung dan tanah dipijak. Demikianlah salah satu sifat manusia yang sering lupa bahawa kenikmatan dunia hayalah pinjaman sementara.

Demikianlah teguran tegas Hamka dalam karya beliau ini, manusia hendaklah memahami akhir dari setiap perbuatan akan beroleh syurga atau neraka, kesenangan dunia ataupun beroleh kesenangan akhirat kelak.

Setiap perjuangan haruslah didasari usaha lalu kemudian bertawakkal kepada Allah untuk diberi pertolongan sebagai "upah" penat lelah pada awalnya.

"Baginya, kematian itu adalah perpindahan. Pindah dari alam yang amat sempit kepada yang lebih luas. Mati adalah batas, batas di antara musim menanam dengan musim menuai." (Falsafah Syaitan Hal. 72)

Sarat dengan peringatan kepada anak muda, sarat dengan teguran kepada yang dewasa, dan sarat dengan nasihat sebagai seorang yang terlebih dahulu meneroka alam kehidupan. Begitulah peringatan seorang ulama Nusantara bernama Hamka.
Profile Image for Nuruljannah Musa.
20 reviews
June 10, 2020

Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kalian dapat ditipu oleh setan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapak kalian dari surga; ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kalian dari suatu tempat yang kalian tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan setan-setan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman. (Al-A’raf:27)
.
.
“Baginya, kematian itu adalah perpindahan.Pindah dari alam yg amat sempit kpd yg lebih luas. Mati adalah batas, batas di antara musim menanam dengan musim menuai.”-Hamka
.
.
It takes quite some time to think and ponder upon every sentence in this book. Setiap ayat mempunyai maksud yg mendalam dan kita perlu berfikir untuk memahami maksud tersebut. Jelasnya buku ini seperti pada tajuknya..FALSAFAH SYAITAN - iaitu janji SYAITAN pada ALLAH untuk berusaha menyesatkan umat manusia.
.
.
Hidup ternyata satu mujahadah..melawan nafsu iaitu musuh yg tak terlihat oleh mata kasar. Kerana itu ia pastinya sesuatu yang sukar untuk dilakukan tapi tak beerti ianya mustahil.Yang penting terus berusaha untuk melawannya.
“Janganlah kamu menghembuskan nafas yg penghabisan, melainkan di dalam Islam. Dengan itu termasuklah segala yang perlu!”-Hamka
10 reviews
February 13, 2021
Alhamdulillah buku ini saya dapat dari kenalan Twitter saya sempena "giveaway", moga Allah S.W.T merahmati pemberi buku yang sangat bermanfaat ini ..

Antara faedah yang diperoleh :

" Penglihatan jangan dibanyakkan ke atas, tetapi menolehlah ke bawah . Dengan demikian kelak tuan melihat bahawa orang yang kurang daripada tuan lebih banyak daripada orang yang diatas tuan ! Waktu itu tuan akan merasai syurga itu "

Senjata paling utuh syaitan adalah harta . Harta membuatkan manusia sanggup bergaduh sesama sendiri, sanggup menipu , membunuh demi benda yang tidak kekal lama .

Tidak dinamakan tawakal ,kalau seseorang itu tidak keluar dari rumah ,mencari rezeki dan hanya termenung menunggu hujan emas turun dari langit ,itu pemalas namanya .

Kita tidak perlu tunggu kaya untuk bersedekah , akal dan kesihatan juga adalah rezeki daripada Allah . Usahlah putus asa jika tak mampu keluarkan harta ,kita juga boleh menyumbangkan pada masyarakat dengan ilmu yang bermanfaat .

Bila baca setiap bab tulisan Dr Hamka menyentap jiwa dan diri yang serba kekurangan ini .
🥺😭

@jejaktarbiah
Profile Image for TSam.
189 reviews13 followers
March 6, 2023
*3.5

Pendek tapi padat!

Falsafah Syaitan bukan sahaja mengulas bagaimana syaitan cuba secara halus untuk menyesatkan kita yang kadang dengan ketidakfahaman kita terhadap agama kita sendiri juga yang menjadi alatnya, tapi juga tentang Tazkiyatun Nafs atau penyucian jiwa dalam 9 Bab pendek. Ia menceritakan tentang peperangan jiwa yang kita sering hadapi dalam hidupan harian.

HAMKA mengulas baik setiap bab dibincangkan, dengan menggunakan kisah teladan sebagai contoh dan ditaburi dengan kisah dan pesanan hadis serta al-Quran. Cumanya, sesutau yg ku tak suka bila kebanyakan hadis dan quran yang digunakan tidak diberikan sumbernya jadi aku terpaksa cari sendiri.

Kadang isinya jugak bagiku ada berulang. Itu juga sesutau yg aku kurang suka. Cara penyampaian dan susunan ulasan juga aku rasa boleh lagi dibaik pulih.

Walaupun begitu, buku ni sy syorkan untuk semua membacanya! Memang nasihat2 yg patut di peringatkan kepada masyarakat!
Profile Image for Mahfudzah Joffri.
3 reviews
May 8, 2020
"Allah tidak membukakan pintu kepada orang yang mengetuk pintu itu dengan salah. Allah hanya menumbuhkan padi dan menjadi beras; adapun memasukkan ke mulut tidaklah mesti Allah juga, tetapi tangan kita sendiri" m/s 59

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri mengubahnya" Surah Ar-Ra'd 13 :11

Bermula pada diri kita untuk mengenal siapa kita. Dan bertindak untuk ke laluan kanan atau kiri. Semuanya dari tanduk kita. Bagaimna? Dengan ilmu yang kita ada. Terus mencari dan mengkaji dengan guru, tidak cukup hanya membaca. Kerna hasutan halus syaitan itu sangat dasyat sehingga kan "Riak" tu boleh timbul dengan hanya sesaat yang lalu. Maka hancurlah amalan seperti debu di padang pasir. Astaghfirullah. :"(

Tersentak dengan buku ini. Aku ni di mana sebenarnyaa .. Bangkit !
Profile Image for Siti Nur Izzati.
142 reviews2 followers
July 11, 2020
Karya ini dimulakan dengan penegasan tentang falsafah syaitan - yakni ingin menyesatkan manusia, selagi mana keturunannya berkembang.
Dipujuknya manusia untuk cinta dunia.
Bersungguh-sungguh syaitan masukkan rasa tamak memburu harta. Setelah harta diperoleh, bukan lagi syukur, malah makin bertambah ketamakan itu. Hingga akhirnya bakhil, tidak mahu berbelanja, takut hartanya berkurang. Bila sudah merasa muflis dunia, barulah dia terdiam seketika.
Tapi sebenarnya, muflis akhirat itu jauh lebih sukar. Di sana, tiada lagi penebus atau peluang untuk membasmi kemuflisan itu.

Jadi manusia, janganlah dilupa asalmu, segala kurniaan Tuhan kepadamu. Hendaklah banyak kita memandang ke bawah, barulah hadir rasa syukur dan tenang di jiwa.
Hendaklah kita benar-benar berusaha dan bertawakal sepanjang jalan perjuangan di dunia ini. Moga akhirnya, kau akan mati dalam Islam yang diredhai.
Profile Image for Aneeza Akma.
13 reviews
February 20, 2021
Falsafah syaitan.

Buku yang ringkas. Sesuai untuk pemikir untuk mencari kebaikan didalam setiap helaian buku ini. Terdapat cerita cerita yang dapat dijadikan pengajaran. Yang dapat digunakan untuk refleksi diri dalam mencari kebaikan didunia dan di akhirat.

Peringatan dunia ini hanyalah sementara. Topik di dalam buku ini membincangkan sifat sifat manusia yang dibenci Allah, sifat sifat yang kebanyakannya telah menyerang manusia pada masa kini, sifat sifat yang tidak kita lihat melainkan kita melakukan refleksi diri atas tindakan yang pernah kita lakukan.

Gaya penulisan yang santai. Boleh menghabiskan buku ini sekejap sahaja tapi masih bergantung kepada pembaca. Mungkin akan mengambil masa untuk memahami dan mendalami.

Ia sebuah buku yanb terbaik, Namun begitu saya masih mengharapkan lebih daripada buku ini.

Displaying 1 - 30 of 66 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.