Sibuk mengejar cita-cita, di usia awal tiga puluhan, Aireen masih menyendiri lagi. Puan Azra asyik mendesak tetapi jawapan Aireen tersangatlah mudah. Jodohnya masih tersesat entah di mana dan dia hanya menginginkan lelaki kaki masjid untuk dijadikan suami. Adam Firdaus, umurnya juga sudah di ambang pertengahan tiga puluhan. Tapi Adam kata sekiranya ada perempuan yang berani melamarnya, dia akan terima. Tiga kali ternampak Adam di Masjid Besar Kuantan, Aireen sudah terjatuh suka tetapi masalahnya, dia tidak kenal siapa gerangan orangnya. Sebaik mengetahui Adam adalah anak kenalan ibu saudaranya, Aireen langsung menyuruh ibu saudaranya mengirimkan utusan melamar Adam untuk dijadikan teman sehidup semati.
“Ermmm… Bakal isteri Adam tu macam mana orangnya?” – ADAM
“Kata tak kesah?” – HAJAH ROSNAH
“Memanglah tak kesah tapi mak dengan Ina buat Adam tertanya-tanya. Buruk sangat ke rupa dia?” – ADAM
Begitulah kisah Adam dan Aireen. Kisah encik pensyarah dan seorang doktor bedah. Biar tak pernah bercinta tetapi perkahwinan mereka bahagia disulami gurau dan tawa.
“Dia tu patient Aireen.” – AIREEN
“Kacaknya patient. Tak terpikat ke?” – ADAM
“Abang nak suruh Aireen pikat dia ke?” – AIREEN
“Yalah, orang tu Tengku. Abang ni siapalah kan dan apalah yang ada?” – ADAM
“Abang tu suami Aireen. Dia tu yang bukan sesiapa.” – AIREEN
Kata orang, kalau sayang setinggi langit pasti dugaannya akan sedalam lautan. Ketika sedang melakar bahagia, kasih sayang Adam dan Aireen teruji hebat.
“Allah menguji kerana Dia tahu kita mampu melaluinya. Kerana Dia tahu kita kuat. Tapi kenapa terlalu cepat sayang mengalah? Sayang tak percayakan ketentuan Dia?” – ADAM
“Jika Hawa diciptakan untuk Nabinya Adam, maka abang, Adam Firdaus telah diciptakan untuk Aireen walaupun mungkin untuk seketika. Aireen tak pernah ragu akan kekuasaan dan kebesaran Dia kerana Aireen juga adalah makhluk ciptaan-Nya. Makhluk yang tak pernah sempurna. Dan, Aireen dah reda dengan kekurangan Aireen, abang.” – AIREEN
Bagaimana dengan cinta Adam pada saat Aireen melepaskan Adam pergi mencari cinta yang mampu membahagiakannya? Adakah mampu Aireen melepaskan Adam pergi sedangkan hatinya milik Adam seorang?
Saya terbuai dengan watak ciptaan author kali ni. Kekuatan dalam kelemahan. Kelembutan dalam ketegasan. Tidak mengadili mahupun menghukum. Saling memahami dan melindungi. Susun kata dalam novel ini juga sangat indah. Berapa kali dalam setahun kita akan jumpa novel seperti ini? It centralized on this lovable couple with splendid personality that u simply dont see anybody else around them. I mean, u felt their presence but u easily cast them aside. Weird but it was successfully done.
Saya suka adengan2 dlm novel ni. • Pertemuan seorang engineer dan doktor yg tidak di rancang dari perkarangan masjid hingga ke carpark. Aireen jenis yg kalut. Adam jenis yg tenang. • Sering bertemu di luar masjid tanpa Adam menyedari kehadirannya. Bagi Aireen dia mendambakan seorang suami yg pelihara sholatnya lantas melihat keperibadian Adam, ia telah mengocak naluri Aireen untuk bersuamikannya. Risikan di hantar namun pinangan dibuat oleh Adam. Di sini ada jelaskan tentang sejarah Siti Khadijah ra dan juga Rasullullah saw dan kenapa Adam melakukan peminangan. • Selepas bertunang juga masih bertemu beberapa kali atas urusan kerja dan majlis sepupu Aireen namun Adam tidak pernah tahu Aireen adalah tunangannya. Dia nak element of surprise di hari perkahwinannya..But more to tak kuasa nak ambil tahu. Nak bercinta selepas kahwin dan juga ingin belajar redha menerima pasangan seadanya. • Adam ketika sakit tidak menyedari bahawa Doktor yg periksa dirinya adalah tunangnya sendiri. At the same time, timbul pula rasa suka terhadap Aireen. Akan tetapi menyedari dirinya telah bertunang terpaksa mengabaikan perasaan tersebut..lol. • Saat solemnisation mereka. This part was really sweet..teringat adengan pelakon ayat2 cinta ketika isterinya membuka niqab. Fuiyoh..😍😍
Mereka sangat bahagia. Bahagia mereka derita Liyana. Tapi bukan salah mereka kerana Adam tidak pernah menjanjikan apa2 mahupun mendekati Liyana.
Yang buat saya jengkel : Liyana tidak putus2 cuba menarik perhatian Adam dengan pertolongan Tok Wan. Liyana melemparkan fitnah terhadap Aireen kepada rakan sekerjanya hingga ada yg memandang serong pada Aireen. Dan dia juga mengambil kesempatan atas layanan baik Tok Wan pada dirinya.
Yang buat saya rasa keji : Ilmu hitam. Manusia kebanyakkannya telah di bawa ke arus kemodenan tapi adakalanya minda mereka masih di takuk lama. Terlalu kuno. Jika tidak boleh di bayar dengan wang, tubuh di jadikan galang ganti. Bukan tidak tahu ia adalah dosa. Tapi keinginan melebihi apa yg diperlukan. Apakah janji Tok Itam itu janji yg boleh dipercayai sedangkan janjinya berpaksi jin dan syaitan? Kesucian kembali pulih? Mungkin juga bisa. Tiada yg mustahil jika diizinkan. Malah telah terbukti dalam medical news report through surgery.
Yang buat saya lebih terkilan : Tak kira tua ke muda sepertinya perkara keji itu di lakukan without qualms. Baik nenek mentua atau Pak Itam. Umur dah 70 tahun nenek ku..hailah..
Yang buat saya terharu : Keutuhan cinta mereka saat rumahtangga mereka di uji. Hebat dan lebat. Sabar dan tabah. Sepatutnya saya sakit hati dengan watak dua orang antagonist. However, cinta Adam buat Aireen dan sebaliknya melangkau perasaan tersebut. Dah jadi macam backdrop sahaja kat stage. Impact dia mmg terasa. Ia buat saya berfikir, ada lagi kah lelaki seperti Adam yg sabar menanti sang isteri kembali pulih?
Yang buat saya tersentuh : Bila dekat di benci..bila berjauhan saling merindui. Demi Adam, Aireen berusaha sedaya upaya kembali pulihkan dirinya. Lantas utusan surat cinta dari sang isteri kepada suami tercinta di kirim mengharap agar suami menantikan kepulangannya.
Yang buat saya menangis hiba : Bila ibu Aireen meminta agar Adam melepaskan anaknya demi kebahagiaan Adam sendiri tanpa pengetahuan Aireen. Janji Adam untuk setia menanti. Dan akhirnya anak Liyana yg di lahirkan kurang sempurna. 😢
FLASHBACK Bunga2 Cinta Adam dan Aireen. Ooh lala.. Jabal ar Rahmah 2 or 3 yrs back • Pertemuan mereka yg pertama tanpa di sedari Aireen. Aireen berniqab. • Adam jatuh cinta pandang pertama pada Aireen. • Pelanggaran di Airport. Adam's rushing to head off somewhere. Jatuh kad pengenalan (I think).
Going Forward Madinah (ni nanti saya double check) Pertemuan dua merpati melalui mata sahaja setelah berbulan berpisah dan Aireen kembali pulih sepenuhnya, menyedarkan Adam bahawasanya jodohnya telah lama di tetapkan dan org yg dia jatuh cinta awalnya mmg sahih org yg sama dinikahi. Dan ada satu scene where Aireen juga sedar Adam mmg jodoh yg telah dipintanya dari yg Esa.
Overall, to me, this book is worth reading. Their journey from start to end even those friends and close family members surrounding them were a great help. Nampak macam spoiler 100% kan? Not really. Have to read untuk menyelami rasa indah yg author terapkan dalam novel ini kerana hampir setiap kata2 yg keluar dari mulut suami isteri ini bagaikan satu doa dan penuh kesyukuran. Tapi jika selepas membaca perasaan itu tidak hadir, maaf ya. Penerimaan kita mungkin berbeza. 😀
Tak perlu menulis ttg hero CEO, penulis ini tak pernah gagal menyentuh hati saya. Kisahnya yg dekat dgn jiwa, dekat dgn masyarakat, kaya emosi & juga moral.
Tentang Doktor Aireen yg dlm usia mencecah tiga series, mengimpikan lelaki beriman sbg jodohnya. Pertemuan beberapa kalinya dgn Adam, di rumah Allah, membersitkan rasa halus di jiwanya. Lantas dia menghulur lamaran demi usahanya mendapatkan apa yg dirasakan terbaik untuknya.
Lamarannya diterima baik oleh Adam yg ketika itu tidak punya sesiapa. Bercintalah mereka dlm ikatan halal...menikmati indah & bahagianya. Namun tiadalah bahtera andai tidak dipukul ombak & gelombang. Adanya manusia2 yg hitam hatinya...yg tiada reda dengan takdir Allah, sehingga sanggup mengirimkan sengsara & derita agar Adam & Aireen berpisah jiwa & nyawa.
Ini karya pertama Myra Ameer aku baca. Aku tertarik dengan cover tanpa baca sinopsis kat belakang. Lepas tu aku baca review gr semuanya best2 belaka.
Tiba-tiba dah tak reti nak tulis review Utusan Cinta buat Adam. Haishh... Kesimpulannya aku suka dan terbuai dengan kisah ini. Aireen Husna yang pada aku seorang yang skema sebabnya aku rasa orang yang kuat study dan bijak ni memang skema. Tak ada nak huha sana huha sini dan sentiasa positif. Kalau berkawan dengan Aireen ni memang aku pon boleh jadi seorang yang positif. Hehe... Selalunya aku boleh jadi tak suka dengan watak yang terlalu baik. Aci nak redha je dengan semua benda. Tapi dengan Aireen aku boleh terima sebab dia menjawab dengan tokwan dengan cara berhemah.
Manakala Adam Firdaus, di awal pembacaan aku agak dia pon jenis tak ambik kisah dengan hal jodoh ni walaupun usia dah lanjut. Tapi bila dia jumpa dengan Aireen, memang dah jodoh kan... cara Adam menerima Aireen tu memang aku suka. Sopan sangat and gentleman. Bertuah sebab ada family yang baik, sahabat yang sanggup bersama ketika susah dan senang dan yang paling penting ikhlas, redha dan percaya dengan Yang Maha Esa. Adam pon setia di samping Aireen. Kalau orang lain agaknya dah blah macam tu je.
Oh tak lupa juga pada tok wan. Orang tua ni kan geram je aku tengok. Sama lah dengan Liyana. Emo plak aku. Bab-bab menyihir orang ni sungguh la aku tak berkenan. Kasihan sangat dengan orang yang kena tu. Apa-apa pon aku berpuas hati. 😍😍
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14 (excl. postage). Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
Patutlah punya susah N nak carik novel ni, best rupanya. And N baru tahu hari ni yang novel ni pernah diangkat menjadi drama TV tahun lepas. Maybe itu juga sebabnya novel ni laku keras?
Walaupun Myra Ameer bukanlah penulis asing pada N, I cannot say yang N excited bila nampak novel dia di kedai because novel Myra Ameer dan N tak selalu ngam. Mudah kata,tak semuanya N boleh layan.
Even UCBA pun, kalau ikutkan awal cerita, N rasa nak give up jer sebab agak slow. Tapi kerana gigih nak tahu jugak macam mana reaksi Adam bila dapat tahu siapa pengantinnya, N teruskan pembacaan.
And it's a good thing that I did, otherwise I would have missed out on a lot of bumps on their road. Macam-macam drama ada sampai terdetik dalam kepala N, "Apa yang tak ada?"
Tergoda dengan review Ella hari tu. Nampak macam sangat best. Dan nah, ini buku pertama yang saya bagi lima bintang untuk tahun ni. Klise tak klise, (memandangkan makin hari makin banyak buku baru diterbitkan) saya tak ambil pusing sangat. Janji cara olahan dan penyampaian penulis. Ini buku pertama Myra Ameer yang saya baca dan saya terus jatuh suka. Dalam erti kata yang lain, bolehlah saya baca bukunya yang akan datang.
To be honest, pada mulanya saya memang ragu-ragu sedikit sebab saya tahu ada part sihir dan ilmu hitam dalam cerita ni. Part yang saya selalu elak dalam sesebuah novel. Tapi nampaknya I worried for nothing. Bukan kerana apa, tapi kejahatan yang melanda itu tidak mampu menghancurkan tetapi menguatkan lagi hubungan Aireen dan Adam. Dan sesungguhnya, life is an echo. What you send out - comes back. What you sow - you reap. What you give - you get. And it always gets back to you. Saya percaya apa jua yang menimpa Liyana itu datangnya dari diri sendiri.
Overall jalan cerita yang mudah untuk dihadam. Tidak terlalu laju, tidak terlalu perlahan.
Cuma satu perkara yang yuni tak berapa faham. Aireen mendapat kebenaran untuk berubat di Indonesia dari suaminya, Adam. Tetapi boleh ke pergi menunaikan umrah bersama ibunya tanpa pengetahuan Adam? Bukan ke pergi umrah or haji perlu dengan izin suami? I don't care about... oh so sweet, berjumpa di Mekah. Dengan suaminya hampir salah sangka Aireen dengan ustaz. Itu benda yang elok ke? Doesn't matter she comes with her mother.
Sejujurnya, aku memang dah lama tidak mengikuti novel-novel keluaran KaryaSeni tapi sebaik terpandangkan cover Utusan Cinta Buat Adam dan baca sinopsis di belakang, aku rasa novel ini menarik untuk diterokai.
Novel Utusan Cinta Buat Adam ini ditulis oleh Myra Ameera. Secara ringkasnya, novel ini bertemakan keluarga dan percintaan. Naskhah ini berkisarkan tentang seorang perempuan yang berusia 30 tahun, sibuk mengejar cita-cita sehingga menjadi seorang doktor pakar, dan dalam masa yang sama, menginginkan sebuah perhubungan dan bertemu dengan jodoh 'kaki masjid' yang kebiasaannya, lelaki soleh. At this point aku ada bad impression. Bukan lah nak kata lelaki kaki masjid ini tak wujud, tapi... dalam dunia sekarang, stok-stok ini mungkin 1 dalam 100 mungkin?aku cuma nak ingatkan bahawa lelaki masjid juga berpotensi untuk berubah menjadi tidak baik.
Naskhah ini juga mengetengahkan keberanian Aireen untuk melamar lelaki yang dia rasa soleh dan bersesuaian dengan ciri-ciri idaman dia dengan menggunakan orang tengah. Aku tak dek objection, sebab sesiapa saja berhak menetapkan ciri ciri idaman baik lelaki dan perempuan. So, bertepatan sebagaimana firman Allah :
"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik." (An-Nur : 26)
Sebenarnya aku kagum dengan cara perincian penulis ini dalam menyelitkan sirah berkenaan perkahwinan nabi Muhammad S.A.W dan juga Saidatina Khadijah. Dan aku suka dengan watak Fazrin, kawan baik Aireen bila dia membidas dan mengingatkan Aireen tentang apa yang diimpikan dengan perubahan zaman.
"Jangan samakan kehidupan kita sekarang dengan kehidupan di zaman Rasulullah, Una. Jangan kau cuba untuk undurkan masa semata-mata menegakkan apa yang kau impikan. Manusia zaman sekarang banyak yang tersasar. Kita juga kadang kala terlalai."
Dari segi karakter beberapa watak dalam naskhah ini, aku rasa okay, acceptable. Dalam cerita ini, penulis ketengahkan konflik yang memang wujud dalam masyarakat kita. Pertama, konflik dalaman Aireen dalam membuat keputusan untuk melamar seorang lelaki. Dalam masyarakat kita, aku rasa perempuan melamar lelaki ini, benda yang masih belum boleh diterima secara terbuka dan meluas walaupun zaman dah maju, keterbukaan pemikiran juga meluas tapi bila berkaitan perkara-perkara sebegini, masih ada golongan yang belum boleh menerima.
Kedua, Aireen bukan sebagai cucu menantu pilihan. Struggle bagi seorang iIreen untuk menambat hati tok wan, Adam.
Sebelum konflik campur tangan manusia dengan menggunakan gangguan jin dan syaitan, penulis ada selitkan satu konflik utama yang buatkan hubungan Aireen dan Adam, mengalami satu perubahan drastik dan bagi aku penulis cuba jelaskan dengan cara mudah. Berkenaan gangguan jin dan syaitan, aku tiada masalah dengan konflik ini walaupun nampak cliche, tapi itu adalah realiti dalam masyarakat kita. Aku percaya hal sebegini wujud.
Keseluruhannya, naskhah ini sangat menarik kerana hampir kesemua konflik ini diolah dengan sangat kemas. perjalanan cerita yang tak draggy, fokus, dari bab ke bab ada kesinambungan, penyampaian mesejnya jelas dan ada sesuatu yang manis yang mengejutkan pembaca.
Cumanya, kalau diberi peluang untuk aku mengubah sedikit cerita di dalam naskhah ini, aku akan mengubah situasi berkaitan Liyana. Aku akan akhirkan perhubungan Liyana dan Aireen dengan hubungan persahabatan. Atleast, aku terfikirkan satu hubungan yang lebih baik.
Apa apa pun, ini sekadar revie, yang dibuat dari pandangan aku sendiri, selebihnya kalau nak tahu lebih, dapatkan UCBA segera. <3
This entire review has been hidden because of spoilers.
"Janganlah kita menidakkan sesuatu sebelum kita meminta daripada Dia. Ingat sayang, Dia Maha Mendengar dan Maha Penyayang. Insya-Allah, Dia akan mendengar doa-doa kita."
Doa itu senjata kita. sejahat mana pun kita, teruskanlah berdoa pada Dia, Dia sentiasa mendengar.
Sering nampak Adam Firdaus di rumah Allah, Aireen Husna terpikat dengan Adam. walaupun awalnya dia ragu-ragu, dia tetap juga merisik Adam. perigi mencari timba? sedangkan Siti Khadijah pun meminang Nabi Muhammad. apabila sudah sah, ada pula hati-hati busuk tak boleh tengok mereka bahagia.
Aireen Husna. seorang doktor yang cantik dan lemah lembut. selama 30 tahun hidup, banyak lelaki yang menunjukkan minat untuk mengenali dirinya tetapi tak pernah sekali dia membalas. walaupun Aireen seorang yang lemah lembut, tegasnya tetap ada, pendiriannya tetap ada. terjatuh suka dengan Adam yang hampir sama perwatakan.
Adam Firdaus. pada usianya 35 tahun, dia masih membujang. mak abah dan tokwannya dah risau bila dia nak kahwin. sudah bertemu dengan pilihan mereka, tetap juga tidak kena dengan hati. satu hari, tiba-tiba dirisik.
"Adam tunggu perempuan datang risik." nah kan, orang kata, kata-kata itu satu doa.
entah kenapa, dia bersetuju tanpa tengok gambar atau kenal.
dengan itu, Aireen dan Adam bernikah. itu bukan pengakhirannya, perkahwinan ini adalah satu permulaan.
Tak tahu nak bg review berapa.. Bagi saya, yg uniknya adalah, si aireen yang meminang adam, and after that they got married and cuba dipisahkan oleh tokwan and liyana. Diorang kena 'berpisah', sebab aireen nk berubat.
Jodoh yg Allah dah aturkan tu indah. Dalam x sedar mereka telah bertemu secara x sengaja, and its just a glance .
Allah uji sebab dia sayang...
This entire review has been hidden because of spoilers.
best. aireen meminang adam dan Adam menerima pinangan aireen. perkahwinan mereka TDK direstui nenek Adam. tok wan Adam sanggup jumpa bomoh utk sihirkan aireen.
Apabila Allah didahulukan sebelum mencintai manusia.. manisnya cinta itu. Walau diuji dgn hebat,bila letakkan Allah di depan semuanya dpt diharungi dgn tabah. Lari dr konsep org kaya dato datin tan sri ank blk oversea mewarisi company papa. Jln cerita yg baik dan byk pengajaran. Tahniah!👍🏻
Utusan Cinta Buat Adam adalah sebuah lagi novel yang diadaptasi kepada drama bersiri. Kisah Adam dan Aireen yang bertemu jodoh tanpa bercinta atau mengenali antara satu sama lain. Aireen yang mula merisik Adam melalui ibu saudaranya. Adam yang menerima dan meminang Aireen dengan redha. Watak antagonis novel ini ialah Tok Wan Adam yang menyayangi cucu lelaki tunggalnya hingga ingin menentukan jodohnya dan Liyana, cucu menantu impian Tok Wan. Jalan mencari bahagia tentunya ada dugaan dan pengorbanan. Tersalah langkah boleh membawa akibat pada diri sendiri dan penyesalan yang tidak berakhir.
Berkisah mengenai Aireen@Una yang melamar si teruna Adam kerana sudah lama dia memendam rasa cinta buat Adam. Akhirnya, mereka dinikahkan. Saat mata bertentang, rasa kasih itu makin mekar. Namun, bahtera rumah tangga mana yang tidak diserang badai. Keangkuhan tok wan dan kejahatan Liyana membuatkan rumah tangga yang dibina hampir sahaja rebah. Namun, kata orang kesetiaan dan pengorbanan menjadi benteng segala. Adam tetap utuh dengan cintanya buat Aireen. Biar Aireen diduga, dia setia berjaga. Dia rela dibenci, jika akhirnya cinta yang menanti. Kerana dia tahu, Aireen tercipta untuknya.
Bagi saya novel ini ada sisi kelainan yang ditonjolkan penulis. Bagaimana perempuan melamar lelaki. Zaman sekarang itu semua tidak menjadi sesuatu yang pelik andai dilakukan dengan cara yang betul. Menyelusuri kisah hidup Aireen dan Adam, banyak nilai rumah tangga yang boleh pembaca pelajari seperti ketabahan Adam. Tahniah buat penulis untuk novel yang penuh pengajaran ini.
Suka sangat. selain daripada menyentuh kisah Saidatina Khadijah RA melamar Rasulullah SAW, Aireen bijak mengatur langkah. Fiksyen namun tak mustahil misah ini terjadi. Nabi Adam juga bertemu Hawa di Jabal Rahmah. Suka pula kisah mistik yg diselitkan bila org tak mahu minta pertolongan Allah SWT tapi pada yg sebaliknya. Terjadi... mana boleh takde. Kita yg sedari ni selalulah kena kuat muhajadah dan istiqamah kan. Tok Wan pula dah dibutakan Liyana betul betul buat aku membara. Olahan yg baik part mistikal department tu. Tapi yg paling terkesan dia awal bila Adam lansung tak nak tahu ape2 tentang bakal tunang/isteri dan part dia sakit demam, Aireen pun haru juga jadi practitioner hari tu. kalau aku pun gamam jugak. Namun paling sangat aku hayati ialah bertapa setianya Adam dalam menyayangi Aireen, dambaan cinta itu yg setiap wanita inginkan. I like it a lot. Banyak tafsir kat dalam untuk kita renung renungkan. Tahniah Myra Ameer kena buat saya buat ia sebuah page turner.
This is the second Myra Ameer's novel I read after Memilihmu Kerana Dia. I bought it because of the first impression of the title and the cover. And I'm not disappointed by it..
I love how Adam quoted "isteri Adam" a few times. -Tok Wan tau tak isteri Adam tu dah macam mayat hidup? -Atau Tok Wan memang nak buat sampai isteri Adam mati? -Apa salah isteri Adam Tok Wan?
Terbaik! I love the story, love the main characters and love the plot... jalan cerita yang best, bila baca novel ni sikit sebanyak rasa macam dapat banyak sangat pengajaran dari cerita ni... watak Adam dan Aireen very very positive, give inspiration to me.. memang best lar novel ni.
Betul betul not bad. Saya tak rasa ada kekurangan di mana mana, elok dah. Mungkin watak Aireen Husna dan Adam terlalu baik, hampir perfect package. Dan terlalu banyak pertemuan tanpa perkenalan mereka sebelum diijab kabul kan, macam too good to be true. Namun, mereka memang dari kalangan anak-anak yang baik, warga dunia yang baik, dan Aireen yang terilham meminang Adam berdasarkan kisah cinta Rasulullah SAW - Saidatina Khadijah, memang sangat Istimewa. Betul elok punya orang Aireen ni, Adam juga... walaupun tidak ramai dalam dunia ini, pasti ada. Dugaan yang melanda mereka juga bukan kecil anak. Saya sebenarnya rasa kurang thrilled walaupun karya ini sebenarnya sangat mantap. Sebabnya, semalam dan the day before, saya baca buku Hanka - Tuan Direktur diikuti dengan Pramoedya - J as Lan Pos Deandels, buku-buku serious. Itu yang bila baca buku cinta, ada rasa tak jive emosi.
This entire review has been hidden because of spoilers.