[BOOK 6]
Objection by Rehan Makhtar.
.
Aku takut sebenarnya nak baca buku ni. Takut tak memenuhi expectation aku, tambah-tambah buku ni famous gila. hahaha...Aku susah sikit nak baca buku yang orang duk cakap best gila, takut bila aku baca, aku kecewa. hahaha..sebab tu jugaklah buku ni lama gila terperap dalam rak. Aku baca bila buku ni dah kurang famous. (ceh, padahal alasan je ni kenapa baca buku ni lambat)
.
Disebabkan salah faham, Zafiq menculik Aira dan membawanya ke sebuah pulau persendirian di Phuket. Tujuannya adalah untuk membalas dendam atas kematian adiknya, Zariq yang katanya mengalami kemurungan akibat dikecewakan oleh teman wanitanya.
.
Kesian Aira. Setiap kali dia cuba untuk jelaskan perkara sebenar, Zafiq bukannya nak dengar. Dan dia asyik duk buli Aira. Kesian Aira kena angkut air dari sungai ke dalam tempayan. Kalau lambat, nanti semua air dalam tempayan tu, Zafiq curahkan. Lepas tu, duk buat catuan makanan pulak.
.
Tapi, dalam pada Zafiq berlaku kejam, dia juga la yang pasangkan kelambu untuk Aira, yang ubatkan luka Aira. So, sebenarnya dari awal lagi, hatinya sudah mengkhianati. Tapi kerana sayangnya terhadap Zariq, dia butakan hatinya.
.
Sehinggalah kebenaran terbongkar. Apakah kesudahan Aira dan Zafiq?
.
Cerita RM kali ni, lebih kurang macam dark romance. Dan sebenarnya ada vibe lakorn. Sebab katanya, inspirasi daripada drama thailand. So, aku baca buku ni, sambil bayangkan lakorn. hurm, lakorn memang banyaklah genre sebegini, sampai aku dah muak tengok. hahaha
.
Aira ni jenis kuat semangat. Aku suka sebab dia tak lembik duk menangis ke apa.
.
Tapi, kali ni, watak heronya kurang berbekas di hati. Aku tak suka sangat dengan Zariq. Auranya tak sampai ke hati. haha. Zariq ni awalnya kejam, tetiba bila dia tahu kebenaran, dia duk ber abang-Aira. eh, tetiba aku rasa cringe gitu. hahaha
.
Dan bila part yang last kot, baru rasa RM's style. Bila part Aira lebih memilih keluarga yang membesarkannya berbanding Zafiq, cinta hatinya. Bila Aira rela berkorban asalkan dendam Zafiq terlerai.