Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cahaya

Rate this book
Seorang anak gadis berstatus anak yatim piatu. Hidup menderita sejak menumpang di rumah keluarga ibu saudaranya. Melayaninya umpama orang asing. Hidup di bawah satu bumbung sebuah keluarga yang diharap dapat menjaganya dengan baik tetapi lain pula jadinya. Apa yang disangka tidak seperti yang ditunjukkan. Keluarga pemakan harta anak yatim. Maryam pasrah saja.

Disangka derita akan berakhir. Namun sangkaannya meleset lagi. Maryam cuba dijual oleh saudara sendiri. Malang bertimpa-timpa. Mujur ada sebuah keluarga lain menyelamatkannya dan mengambilnyauntuk dijadikan anak angkat. Keluarga baik.

Sabar kunci iman.

Betullah. Hati yang keras seperti batu akhirnya boleh terhakis sedikit demi sedikit. Maryam yang diduga berkali-kali akhirnya kalah dengan kata hatinya.

"Kenapa suka saya? Awak kan... ramai kawan perempuan. Kenapa pilih saya? Saya tak suka lelaki yang suka bermain dengan perasaan perempuan macam awak."

"Siapa cakap? Mikhail ke?"

"Saya tahu sendiri. Tengok lagak awak pun saya dah tahu."

Derita jiwa ketika ikatan cinta ditarik balik oleh yang maha kuasa. Tiada yang dapat meneka takdir-Nya. Di sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Harap semoga ada pelangi muncul selepas hujan.

Berikiutan dengan itu, hatinya terpaksa memilih antara kenangan silam atau masa hadapan. Pilih bahagia Maryam. Jauhkan kesedihan.

Ini kisah cinta dan kasih sayang.

563 pages, Paperback

Published May 1, 2017

1 person is currently reading
5 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (42%)
4 stars
4 (57%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,330 reviews67 followers
August 28, 2018
[BOOK 50]

Cahaya by Wild Orchid.
.

Penulis ni jahat... Dia buatku nangis sampai basah baju. 😭😭😭 Nangis sampai sakit kepala. Pengalaman nangis beria-ria ni sama macam lepas baca novel Lili Buat Najah, Cintaku Tak Buta dan The Terrorist's Wife. Mungkin ada lagi novel lain, tapi ni je yang mampu kuingat sekarang.
.

Novel ni best! Tak tipu. Tapi sedih!
.

Disebabkan ni ialah novel pertama penulis, daebak!!! You nailed it!
.

Ni cerita tentang Chahaya Maryam. Seorang gadis yang malang. Setelah kematian ibu bapanya, dia dijaga oleh mak saudaranya. Tapi dia dilayan seperti orang gaji dan tidak dibenarkan ke sekolah. Kemuncaknya, bapa saudaranya ingin menjualnya sebagai pelacur sebelum Maryam berjaya melarikan diri. Tapi dia berjaya diselamatkan oleh keluarga yang menjaganya sekarang. Sounds cliche, kan? Tapi ada lagi...
.

Akhirnya dia bertemu dengan cinta hatinya. Mereka berkahwin dan bahagia. Namun kebahagiaan mereka tidak berpanjangan apabila Maryam disihir dan suaminya mati dilanggar lari. Dan apakah kesudahan nasib Maryam?
.

Okay, sebenarnya, sebelum beli novel ni setahun yang lepas (yup, macam biasa, dah setahun beli, baru baca 😐), ku dah tertengok spoiler sikit. So, ku dah tahu yang suami Maryam mati. Dan dia berkahwin buat kali kedua. And again, feeling ni sama macam baca Lili Buat Najah yang ku duk anticipate bila part Najah meninggal.
.

So, bila Maryam bertemu dengan Mikhail Ebrahim dan Fattah Iman, ku duk tertanya-tanya siapa yang Maryam pilih. Dan ku sangat suka bagaimana penulis describe perasaan mereka. Perasaan malu tapi mahu. Bagaimana Maryam dan Ebrahim bercinta dan bahagia bersama. .

Ebrahim ialah tentera laut. Dan setiap kali dia pergi misi negara, ku akan berdebar sama seperti Maryam. Adakah Ebrahim akan pulang? (So, sebenarnya bila ku dah tahu spoiler, ku akan lebih nervous mengalahkan watak dalam ni 😐)Dan ku suka bagaiman penulis describe perasaan rindu masing-masing. Buatku faham macam mana perasaan isteri yang berjauhan dengan suami.
.

Dan bila part Ebrahim meninggal, that was the climax of crying and headache. Wehhh.. That was so sudden. Tak pelik la kenapa Maryam beria susah untuk melepaskan Ebrahim daripada hatinya. Sebab mereka dah janji nak pergi bercuti, dah janji nak cerita tentang pinky promise mereka, that was the moment when she fall sick and was in coma. Tak sempat Maryam sedar, Ebrahim dah pergi. Sian Maryam.
.

Dan hadirlah kembali Fattah. Bukan mudah untuk Fattah mencairkan hati Maryam sebab she was still in love so madly with her late husband. Kerinduan yang sarat sampaikan ku pun boleh nangis lagi.
.

👏👏👏
.

Maryam sangatlah malang nasibnya. Dari awal sampai ke akhir, ada je masalah. But she was so lucky as well. Adanya Ebrahim dan Fattah. Kedua-duanya hero. Kedua-duanya mengorbankan diri masing-masing demi Maryam. 😭
.

Tapi, jangan risau, novel ni happy ending. So, boleh tutup buku dengan nafas lega.
.

HIGHLY RECOMMENDED!
Profile Image for Eisya.
187 reviews4 followers
February 22, 2025
Kesian dengan hidup maryam dari kecil hingga dewasa ada sahaja diuji dengan pelbagai dugaan. Nasib baik terjumpa dengan datin yang selamatkan maryam dan jaga maryam seperti anak sendiri.

Antara Eb dan Fattah masing-masing ada charm yang tersendiri tapi saya lagi suka gandingan dengan Eb tapi nak buat macam manakan dah takdirnya begitu….
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.