PEARL "You define your own happiness. Kita tak perlukan lelaki yang sesuka hati tarik rasa bahagia kita semudah macam tu! Kenapa perlu bersedih hanya kerana seorang lelaki yang tak mahukan kita?” Ya Pearl, kenapa? Kenapa? Dan kenapa ayat-ayat ini ibarat lontaran ayat penyedap hati kepada diri sendiri? Kali ini Pearl Ratna kembali ke Melbourne dengan misi khas. Bagi Pearl, sejarah lama membuatkan dia lebih berhati-hati menyusun lipatan perasaan.
RAYN “Dia... interesting.” Rayn tersenyum. “Dia macam ada... ada style tersendiri. Macam luar biasa sikit, tak macam yang biasa-biasa. She’s... a gem. I could sense that.” Reynolds Hanafi, kalau sudah jatuh suka, suka sungguh-sungguh. Kalau sayang, sayang dalam-dalam. Tapi jaga-jaga. Kalau lelaki ini benci, benci sampai mati juga.
LOVE YOURSELF - Rayn
Persoalannya, apakah pengertian sebenar prinsip ‘sayangi diri kita’ kepada mereka berdua?
Kisah tentang seorang Pearl. Bertemu dengan Reynolds sibling. Rayn dan Kak Ann. Bermula dengan pertemuan di dalam flight untuk kembali ke Melbourne. Rayn sehabis baik cuba mengintai peluang untuk lebih rapat dengan Pearl.
Rumah Rayn dan Pearl tak jauh. Kebetulan housemate Pearl, Deja berkawan baik dengan Kak Ann. Tapi kenapa sebelum2 ni Rayn tak pernah bertemu dgn Pearl?
Siapa Pearl? Gadis ini sangat sukakan ilmu dan gila kerja. Langsung penulis tak cerita apa2 tentang keluarga Pearl di Malaysia. Sikit2 je itu pun tak cukup. Ada banyak episod duka dlm hidup Pearl. Itu pun dia simpan baik dalam hati. Hanya pada Deja dan Kak Ann je dia luahkan rasa hati. Tidak pada Rayn. Rayn itu cuma kenalan akademik. Jika melibat hal2 yang ada kaitan dengan art, baru Pearl mahu berbual lama.
Keputusan yang diambil Pearl tu memang lah yang sebetul2nya. Pada saya lah. Love yourself first. Pearl tak nak lalui sejarah pahit tu lagi. Memang lah Rayn tu sanggup apa sahaja untuk Pearl. Tapi siapa tahu in the future, benda yang sama akan berulang. Pearl sengaja buat mcm tu supaya Rayn bencikan dia. Jangan berharap lagi pada dia.
Kasihan pada Rayn. Orang tu memang dah sayang sangat2 pada Pearl. Please move on, Rayn. Tapi itu la, di biar tergantung mcm tu, at least bagi tahu la for closure. Rayn tahu, si mutiara sebutir itu terlalu banyak rahsia. Utk tembus ke hati Pearl dia perlukan usaha yang lebih. Harap2 mereka akan bertemu lagi in next novel. Sebab Rayn dah kenal Pearl tu macam mana.
Reality sucks. Itu betul. Sebaik2 manusia macam mommy Hanan tu pun, bila dapat tahu Pearl mcm tu terus dia reject. Tak patutnya.
Dan novel seterusnya maybe akan ada lagi kisah Pearl. Tak tahu la kan. Ini pun dah lama penulis tak update apa2 pun utk next novel. Sbb saya simpan buku ni lama. Sayang nak baca. Ni bila dh baca harus la menangis di tepi bucu katil. Huhu.
Sesungguhnya kisah Pearl ini memang membuatkan hati dan hari-hari saya jadi tidak tenang! Saya jadi kasihan pada nasib Pearl.
Saya rasa tak perlu saya buat ulasan panjang lebar tentang cerita ini kerana anda boleh baca banyak ulasan daripada pembaca-pembaca lain.
Saya tolak satu bintang sebab penamatnya. Saya tiada masalah dengan kesudahan kisah Pearl dan Rayn, kerana sememangnya reality sucks! bak kata Pearl pada kak Ann. Tapi apa yang saya tak suka, kesannya pada saya tatkala saya jumpa titik tamat. Terlalu banyak persoalan yang menuntut jawapan. Dan saya tak suka buat kesimpulan sendiri! huhuhuhu tak suka!!! Dan saya jadi susah nak 'move on' walaupun Pearl dah lama 'move on' gamaknya.
Tapi keseluruhan, daripada depan kulit hingga ke belakang kulit... semuanya saya suka! Saya suka kulit buku yang simple - less is more - sememangnya sangat tepat! Saya suka kertas perangnya yang ringan. Saya suka 'tulang belakang' spine buku yang membolehkan saya kepakkan bukaan buku tanpa risaukan buku rosak atau muka suratnya tertanggal. Dan saya tiada masalah dengan saiz buku yang sedikit berbeza dengan kebiasaan saiz novel berbahasa Melayu yang sedia ada. Bahkan saya boleh letak Pearl sederet dengan koleksi buku JQ kesayangan saya tanpa nampak janggal. *wink to 'She-Wrote'*
Pendek kata... saya sangat suka dengan buku ini. Tahniah Shirod.
Bukan baru baca, tapi dah kali kedua baca. Kali pertama baca macam rushing sangat, sebab nak tahu ending. Tapi tamparan hebat juga yang aku dapat even aku baca untuk kali yang kedua. Rasa nyilu, pilu, sedih bila kita sedar, realiti yang sebenarnya.
Love yourself before you love others. Itulah mesej yang ingin disampaikan oleh penulis. Walau apa jua keputusan yang kita buat, biar ia memihak kepada diri kita sendiri. Bukan berlagak selfish, tapi kita seorang diri nanti yang berdepan dengan permasalahan yang mendatang. Orang lain hanya jadi peneman sementara. Ada yang diizinkan Dia untuk bertahan dan ada yang hilang tanpa begitu saja.
Jika kau pilih happy ending untuk cerita Pearl, kau tak akan jumpa lagi. Sebab cerita ni ada kesinambungan dalam 2 naskhah lain iaitu Ruby & Delima. Bila? Hanya penulis yang tahu. Ada lagi yang belum terjawab dalam Pearl. Apa jadi tentang antara mama & papa Pearl dgn Pearl dan apa yang jadi antara Pearl dengan lelaki itu? Lelaki yang merubah kehidupannya. Walaupun dah diceritakan dari mulut Pearl sahaja, tapi nak jugak watak lelaki itu muncul, mungkin kembali untuk menjernihkan keadaan yang sedia bergolak. Biarpun tak dapat mengubah apa yang sedia berlaku.
He hates you - Ann
Good - Pearl
😭😭
Kesian sebenarnya dengan watak Rayn. Ditinggalkan tanpa penjelasan yang jelas. Tapi lagi kesian Pearl. Keputusan yang melibatkan semua hati. Mummy & daddy Rayn, Kak Ann & masa depan Rayn. Walaupun cinta ada antara mereka tapi biarlah ia patah tanpa perlu disambung dengan jarak yang lebih dekat. Lebih sakit dan akan bertambah penat.
Can't wait for Ruby. Tertanya-tanya apa yang akan berlaku dalam kehidupan mereka berdua. Mungkin ada penjelasan yang lebih baik. Dan lebih manis sedikit pengakhirannya berbanding Pearl atau sebaliknya.
Saya suka! Bukan kerana saya bersahabat dengan penulisnya, tapi kerana pengisian di dalam novel ini. Plotnya mudah. Tersusun cantik. Tidak meleret. Apa yang penting, tidak membodohkan saya sebagai pembaca. Gaya penceritaan juga tidak membosankan. Sebuah karya yang boleh saya anggap 'bijak'. Pengakhirannya, mungkin bukan sebuah pengakhiran yang 'popular' yang menjadi 'idaman ramai', tapi secara peribadi, ia adalah sebuah pengakhiran yang sangat realistik. Dan jika diletakkan diri saya di tempat Pearl, ya... saya akan ambil keputusan yang sama. Sayangi diri kita... itu gambaran keseluruhan novel ini (bagi sayalah!)
*spoiler* Jika anda adalah dalam golongan pembaca yang sukakan novel yang berakhir dengan happily ever after yang tradisional, naskhah ini bukan untuk anda. Tapi... jika anda berminat untuk mencabar emosi dan hati, saya sarankan untuk cuba baca novel ini. Sesekali cuba lari dari konsep ending fairytales, tak apa kut? 😊😊😊
Sayangi diri kita dulu. Love yourself, before you love others...
Betullah ungkapan ini. Because how can you pour love from an empty cup?
Bila hati sendiri pun tak terisi, macam mana nak beri kebahagiaan pada orang lain?
Self-love bukan selfish... it’s survival. It’s about knowing your worth, setting boundaries and choosing peace. Barulah kasih sayang yang kita beri tu ikhlas, bukan kerana terpaksa atau untuk isi kekosongan.
Ingat tau... self-love tu bukan over. Itu namanya preventive maintenance! Jangan tunggu burnout baru nak manja diri.
Itulah apa yang F rasa bila baca kisah Pearl. Honestly, karya ni bukan untuk semua orang.
If you jenis suka cerita yang dreamy, over-the-top romance, maybe this one feels a bit slow or too grounded. Tapi kalau you suka cerita yang dekat dengan real life dengan emosi yang subtle tapi dalam... Pearl might just hit you right in the heart.
Ending tu... F agak speechless. Kesian Pearl. Kesian jugak pada Rayn bila dia ditinggalkan terkapai².
6 hari. satu tempoh yang bagi akak agak lama untuk menghabiskan satu naskah. 6 hari hanya untuk 456 mukasurat yang sebenarnya boleh dihabiskan dalam 1 hari sahaja. buku ni tak best? salah. sangat salah.
watak tak ramai. pearl, khadeja, dua beradik reynolds, adik beradik M yang sangat minima kemunculan. siapa lagi? auntie hanan, uncle steve. jay yang just macam tu saja appearencenya.. dan adalah lagi sedikit tiga, empat watak yang pop up gitu je. tapikan, penulis Shirod Shukri ni sebenar menguji dan mengajar kita, dari awal lagi. mengajar kita mengkaji setiap watak dan pergerakan. body gesture, body language dalam cara olahan bahasa. uji minda kita berfikir banyak perkara, bawak kita main merry go round, main teka-teki, tak gitu puan penulis? hehe...
pearl ratna. sangat misteri kemunculannya kalau nak diikutkan. kenapa tiba-tiba rayn boleh terserempak dengannya? kenapa hanani, kakak rayn sendiri tak sedar akan pearl walaupun sangat baik dengan housemate pearl, deja? semisteri kemunculan, begitulah juga misteri perasaan yang muncul dalam hati rayn. dia sering mahu melihat pearl. bila sama dalam satu conference, buat hatinya berwarna-warni. pearl sehabis baik tidak mahu rayn mendekatinya, tapi? takdir?
rupanya besar rahsia pearl. sangat besar, tapi bila terbuka rahsia, rayn tetap tak peduli. makin mendalam rasa hatinya, rasanya begitu. kalau tak, masakan dia sudi rela hati menjaga pearl di hospital? tapi segalanya, adakah pearl membalas seadanya?.. haa.. akak rasa penulis saja gantung kisah iaitu keluarga pearl, dan juga tentang 'orang itu'. takpe, akak boleh terima. cuma akak berfikiran, 'orang itu' main peranan dalam memporakperandakan hubungan pearl dengan keluarganya. suka dengan hint auntie hanan berikan pada pearl. buat pearl tahu, dia perlu ubah radar dengan kadar yang amat segera...
dalam kehidupan, akan kita manusia lalui pelbagai cabaran. bila dugaan pedih melanda, memang kita akan rasa keseorangan. seperti tiada siapa di sisi. be positive. Allah sentiasa ada untuk kita mengadu. puan penulis, akak suka dengan ikatan erat adik beradik. walaupun sama-sama teruk macam adik beradik M tu.. hehe... hanani, sentiasa ada untuk rayn walaupun dia sebenar pemegang cop mohor rahsia terbesar pearl. ada lagi rahsia pearl ya?.. hehe.. its open ending. terpulang pada pembaca mahu bagaimana menyimpulkan kisah cantik ini, walaupun sebenar banyak lagi yang tergantung. cantik jalan cerita, cantik olahan, cantik cover dan 6 hari yang sangat berbaloi untuk akak kelek ke sana ke mari dan membelek dari awal ke hujungnya...
“Manalah tahu, dia boleh jadikan lelaki ini salah seorang kenalan akademik. Bidang mereka sama. Friends with benefit.” (m/s 17) Oh, my! The author seriously has no idea what ‘friends with benefit’ means. Teman tempat tidur.
Tujuh jam perjalanan udara terasa luar biasa panjang mengenangkan hampir suku buku terhabis dengan adegan bersembang dalam pesawat. Sejujurnya, bahagian ini yang membuatkan saya nyaris meletak buku. Namun, saya tetap cuba bertahan. I sought this novel with high hopes after a dear friend recommended it.
First of all, lets put the obvious out of the way. Lenggok bahasa novel ini luar biasa indah. Berbanding kebanyakan novel Melayu yang sarat dengan dialog Inggeris berterabur, buku ini boleh dibanggakan walaupun ada sedikit terbabas. Misalnya, “You have everything planned out, aren’t you?”
All in all, it’s the same typical Malay girl fantasy. The main protagonist with her own personal emotional baggage falls for a half-caucassian hunk. Gentleman. Gorgeous smile. Pandai masak. Sensitive. Caring. Etc… Etc… Ciri-ciri yang pantas membuatkan si gadis melondehkan seluar dalam.
I don’t know about other fellow readers, but to me, Rayn is manipulative and annoying as hell. The constant prying. Busy body tahap gaban. Semua hal dia nak tahu. There’s a clear separation between showing care and prying, tetapi si Rayn dah rempuh segala sempadan. “I demand a sincere answer!” (m/s 264). WTH!
Lets not forget how he got Pearl’s number. Stalker alert! Silap-silap, Mahfuz lagi baik. Jika diteliti tindak-tanduk Rayn, kebanyakannya ada unsur udang di sebalik batu.
Pearl pun agak hipokrit. Acah-acah muslimah tapi selamba merelakan Rayn memanggilnya ‘babe’. Dan entah berapa kali, mamat tersebut terbabas meraba. Rata-rata kontemplasi dakwah sekadar monolog dalam hati Pearl. Pantas dipujuk, prinsip lekas tergadai (insiden kasino contoh ketara).
Terasa geli dengan tahap manja berlebihan para watak. Adik-beradik Reynolds. Pearl dan adik angkatnya, Deja. Tak lupa juga pasangan Reynolds Senior. Elemen-elemen ini menjadikan naratif luar biasa meleret. Berseloroh gedik tak habis-habis. It gets tiring after a while. The unnecessary banter between characters could have been reduced to significantly bring down the page count.
Dalam pada itu, ayat penutup novel ini pedih sekali. This was respectably well-executed. Sangat menyengat. Saya suka.
Too bad, I still ended up not caring at all about any of the one-dimensional characters. Sang jejaka tak matang. Si janda pesimis. Malah, kisah hubungan hambar Pearl dengan keluarga sendiri (terutamanya Mama) juga tidak dirungkai sampai ke sudah. Agak kecewa di situ sebab punca konflik dibiar tergantung.
Good . Urgh! Bittersweet ending. Libang libu hatiku ini. Dalam pada mengeluh, tapi juga bersyukur dengan dengan segalanya.
Kisah 4 orang rakyat Malaysia yang tinggal di Melbourne, untuk belajar dan bekerja. Dua orang adik beradik Reynolds yang pada saya tunjang utama cerita ini. Angel kepada dua orang lagi rakyat Malaysia yang terkontang-kanting dengan masalah hidup. Pearl, pada awal kisahnya, saya berharap dia bukanlah watak yang Not-Like-Other-Girls. Thank god, dia bukan. Hidup di dalam masyarakat barat, Pearl - permata yang masih mampu menjaga sinar dan nilainya. Mencari kekuatan dengan bersandar pada prihatin Reynolds square. Menjaga si teman serumah yang mudah terpengaruh, Si Deja, akhirnya terselamat dari kehilangan nilai seorang wanita berkat bantuan Reynolds siblings juga.
Pelbagai jenis rasa bercampur semasa pembacaan. Pelbagai jenis konflik. Pelbagai jenis perangai. Pelbagai jenis jalan cerita. Membawa kepada satu penutup; bahagia bermula dengan diri kita. Pearl kuatkan hati untuk terima segala ujian yang boleh membawa kata nista kepada jantinanya. I want to hug Pearl!!! 😭
Kalau saja saya mampu bertemu dengan Puan Hanan, pasti saya akan tazkirahkan dia. Memilih masa depan anaknya? Tetapi anaknya punya pilihan masa hadapannya sendiri! Urgh... Hubungan cinta dan keluarga itu sangat sukar.
Pengakhiran kisah senaskah Pearl memberikan kebahagian kepada mereka yang mengharungi banyak ujian. Paling tidak, saya berpuas hati dengan keputusan penulis untuk pengakhiran ini, kerana saya tidak mahu drama jam 7 pula dalam kisah berharga 4-ketul-Malaysian-di-bumi-Melbourne ini.
Kisah ini saya kira akan menajdi naskah yang berharga buat saya juga. Saya menunggu kisah Ruby pula ya, penulis? Dan terima kasih kerana beri peluang untuk saya baca kisah indah seorang Pearl dan menghadiahkan 3 orang lagi manusia baik. ❤️
Aku baca Pearl tiga bulan lepas cuma tak sempat review. Personally, aku happy dengan naskhah Pearl,like happy gila 😍 Bagi aku Pearl, ada level tersendiri. Cerita dia simple tapi tetap “matang” dengan gaya dan konflik yang tersendiri. Berlatar belakangkan Melbourne, sedikit sebanyak buat aku rindu dengan Melbourne ❤️ . Rayn dan Pearl, dua dua watak yang bagi aku “hidup” kerana sisi sisi mereka yang tersendiri. Mereka ada pegangan dan prinsip tntg kehidupan masing masing. . Baca Pearl, buat aku rasa untuk lebih menghargai dan menyayangi diri sendiri and suprisingly aku love gila ending dia ❤️ walaupun mungkin pembaca lain tak suka ending sebegitu tapi untuk aku, yes aku suka! . “You define your own happiness...” - Pearl . “Love yourself.” - Rayn .
Sesuatu ttg penulis ini yg saya suka, ayat2 & frasanya mudah dicerap & tembus ke jiwa. Emotion yg ditampilkan walaupun secara moderate tetapi tetap sampai ke hati...manisnya kita terasa walaupun sekadar dgn perhatian yg diterima/diberikan, sedih kita terasa tetapi tidak sehingga tahap meleleh airmata.
Apa yg "sesuatu" dgn karya ini ialah apa yg tersirat di sebalik jln cerita, apa yg buat kita rasa watak "Pearl" ini inspiring, family bonding Rayn yg buat kita rasa as if kita part of them & yg paling signifikan ialah penghujung cerita yg tidak spt biasa.
Self-care is never a selfish act, it's simply good stewardship of the only gift you can offer to others. Your heart is precious. And sometimes loving yourself first and foremost is a way of protecting it from further pain and also to protect others from feeling the same. You'd rather drown and dwell in your sorrows than to actually embrace the love you're meant to have.
Methinks you're just being too practical (sigh)
But then again, in life, we were never promised the sun and the stars to always be on our side. Heck, even the rainbow's end in unfathomable. So what's life without a little hurt. A little hurt will make us stronger. A little hurt will make us braver to face the uncertain future. And the love that you have for yourself will never leave you alone, no matter how lonely you get.
To Shirod, I've not hoped for any shiny glorious ending but you've given me far more than I expected. Thank you for for making me put down the book with a smile and tears in my eyes. Pearl is worth the wait and you've done us, all your fans, very proud. Don't make us wait for the next book too long. I might be too old to write a review if it takes another 2-3 years of waiting :)
Tak tahu towards the ending dah berapa kali saya menangis. Sebab I've known a few people yang melalui apa yang Pearl lalui. Dan bila tahu realitinya memang ramai orang sama macam apa yang mak Rayn tunjuk, lagi saya sedih.
Waktu awal2 tu saya macam tak boleh terima kenapa Pearl pilih untuk buat macam tu. Tapiiiiiii, lepas tahu mak Rayn layan dia macam mana, saya terus, bagus Pearl. Dia buat macam tu nak jaga hati dia untuk tidak disakiti lagi 😭 Walaupun dua hati saling mengasihi.
Kalau ada satu lagi buku sambungan kisah Pearl, Rayn, Kak Ann n Deja, saya akan beli. Cuma sedih lah waktu hujung2 Deja hilang. Sebab saya rasa Pearl mesti nak sangat bagitahu Deja apa yang jadi. Sedih waktu Pearl kata dia nak luahkan apa dia rasa tapi dia tak ada siapa2.
Sayangi diri kita dulu… Love yourself, before you love others.
Di awal cerita kemunculan pearl ni penuh dengan misteri, banyak perkara yang menjadi tanda tanya.. sedikit demi sedikit baru faham kenapa pearl jadi sebegitu..
Watak utama 4 ketui ni cukup rencah tak perlu banyak watak watak yang lain pun (pearl, ann, rayn dan deja)..tertanya tanya juga apa yang terjadi kepada deja. Hope ada sambungan tentang mereka semua ni sebab banyak lagi persoalan yang masih menjadi tanda tanya.
Tapi apa pun apa yang pearl buat tu, demi kebaikan semua pihak, termasuk dirinya sendiri. Sebelum hati lebih terluka pedih, jadi pearl ambil tindakan yang sedemikian. Auch…so pain dipengujung cerita. Basah jugalah helaian-helaian terakhir naskah ni.. x sabar pula nk tunggu kemunculan sequel ruby dan delima.
Sayangi diri kita dulu... Love yourself, before you love others.
I hate her.
a big thanks (and hug) to tasya for introducing me to Pearl. buku ni sangatlah well-written dan sangat indah.
Pertemuan mereka di atas langit menimbulkan bunga-bunga cinta pada si jejaka, Rayn. si gadis, Pearl cuma ingin berkawan. tidak lebih dari itu. perkenalan mereka berlanjutan sehingga ke tempat mereka belajar, dan kehidupan mereka sering bertembung.
Pearl. seorang yang pandai menjaga diri, kiranya macam perempuan melayu terakhir lah. lemah lembut, jaga percakapan, jaga batas. she's the person awak akan rasa selamat bersama, penuh dengan positif vibe. sadly, dia tak mampu nak membalas rasa yang sama pada Rayn sebab, ada rahsia yang dia simpan kemas. tak mahu sesiapa lagi tahu. cukuplah mereka yang tahu. dia serik. dia penat.
Rayn. the stranger yang tak tahu malu minta tukar tempat dengan Kak Ann nya sebab nampak Pearl akan duduk sebelah Kak Ann. si gatal tapi baik hatinya. he's like an open book for Pearl, and only Pearl. mesti cari ruang untuk bersama Pearl. his effort is chef kiss 🤌🏻 Rayn sangat supportive, funny and dominant! whatever he says, MUST go! tak lupa juga very protective dengan Deja (and all the princesses)
jika awak tanya saya "sweet tak" bagi saya secukup rasa, "cringe tak" nopeee. its beautiful. there's no 'i love you' 'you love me' but the way kak shirod described how they look at each other dah boleh tahu how much Rayn wants Pearl, and how much Rayn means to Pearl.
kedua-dua mereka, ada kekurangan masing- masing, ada masa silam masing-masing. it what makes them, them. right?
love yourself. its a big word. some may translated it as pentingkan diri, some may say its as self-love. but most importantly, how WE ourselves view the phrase 'Love Yourself'.
p/s: sorrylah, dah berkarat enjin mengreviu buku. maafkan kekurangan reviu ini 🫂
Somehow, i love the ending. Free your mind to an infinite number of possibilities. Or well, heh, okay. Maybe i’m just a sucker for a heroine who sets her own path and follows it with full determination. Anyway, another masterpiece from madame writer. Sweet memories of Melbourne. And that particular handsomely buried statue of the library building. Now i know who designed it so brilliantly. Damn, i miss Pancake Parlour too, yummmm!! Kudos, dear sis Shirod. Congrats for Pearl. 😉👍🏻😒
Superb!! Seriously addicted.. Tak boleh nak stop baca.. Start je baca terus nak keep going.. Sedih.. Tapi itulah realiti dunia.. Penamatnya walaupun sedih tetap berjaya membuatkan Sha puas membaca novel ini.. Sha boleh terima penamatnya.. Sha suka watak Pearl dan jatuh cinta dengan sikap budiman Rayn.. Watak jahat yang muncul hanya sekejap berjaya memberi warna pada cerita ini.. Pearl berjaya memberikan Sha satu kepuasan.. Tahniah buat penulis..
Biarlah aku berlalu dari terus membiarkan hatiku bernanah luka. Cukuplah sekali jiwa dan perasaan ini kepasrahan pada derita yang terlalu mencengkam. Apakah aku harus membiarkan rasa terus berendam pada sakit ini? Sedangkah akulah yang menentukan kemanakah arah perjalanan seterusnya bersama dengan restu Tuhan bukan dia dan juga dia. Seandainya aku sudah mampu menelah pada pandangan zahir, apakah aku menidakkan pada hati yang semakin menolak untuk aku meneruskan langkah ini hanya untuk kebahagiaan dia? Lalu aku memilih untuk terus beristiqomah pada diri dari terus menghukum jiwa pada derita yang mampu aku elakkan. Pergiku bukan untuk menghukum juga bukan satu hukuman. Langkah ini hanya perlu pasrah pada takdir Tuhan. - Pearl
Sweet. Happy. Shock. Sad. That were what I felt when I read this book. I love how sweet and attentive Reynolds Hanafi (Rayn) is and I sure love how mature and secretive Pearl Ratna (Pearl) is. The plot line was smooth. It makes you keep turning on the pages without realizing what time it is. I like how the story unfolds. Eventhough the ending was not to my liking, but hey as Pearl said; reality sucks.
Dah tu, kenapa? Susah nak kata kerana rasa bahagia setiap insan tidak sama.
Pearl Ratna, Menjadi pelarian @ escapism dari realiti hidup dari tanah air sendiri. Sampai kesudah KakChik blur tak jelas kisah Pearl dengan insan yang dipanggil mama. Tegakah seorang ibu 'membuang' anak sendiri kerana tidak mengikut rutin kebiasaan dalam masyarakat? Hingga anak menjadi terlalu membawa diri walaupun dalam keadaan yang amat sukar.
Dan pilihan yang Pearl pilih di akhir kisahnya dalam PEARL buat KakChik tak boleh nak komen apa-apa. Dannnnn KakChik tak suka perasaan tertanya-tanya tu tetap berlegar dalam kepala selepas berhari-hari. Susah kalau tak tahu jalan penghujungnya.
Reynolds Hanafi, Kalau KakChik ditempatnya sudah pasti sampai satu saat ada rasa membenci yang sukar dipadam. Hilang tanpa jejak. Gelap. Kelam. Tapi hati yang pernah jatuh sayang bukan senang, kan?
Reynolds Hanani, Sudah pasti Kak Ann orang yang tersepit di tengah antara Pearl dan Rayn. Dan sampai bila rahsia itu akan tetap menjadi rahsia. Pasti sukar jika KakChik berada di tempatnya.
Secara keseluruhannya puas hati walaupun rasa 'benci' dengan tanda ? yang tertinggal tu.
I love the vibes. Bagi aku cara penulis karyakan buku ni adalah sangat matang. Dari segi pemikiran, percakapan, plot & tindak tanduk untuk watak utama.
Watak pendukung juga banyak main peranan dalam melengkapkan cerita ini. This book bring me to another world. I just... don't know. Ruginya aku baru tahun ni dapat baca.
Penulis ada ketengahkan satu isu yang bagi aku agak berat juga. Terutamanya untuk/pada wanita. Ada satu ayat yang bagi aku... haih.
"Anak bukan segalanya."
Kalaulah betul anak bukan segalanya, tidak akan ada pergaduhan & penceraian disebabkan anak. Walaupun terbit dari bibir, "It's okay. Kita boleh hidup berdua or we can always adopt.", but still it will remain different. Jauh disudut hati kau akan terkilan juga bila kau naampak orang lain pegang anak.
Kalau aku jadi Pearl, aku akan ambil langkah yang sama :)
nak tau perasaan bila baca buku ni? macam roller coaster, dan endingnya mcm jatuh gaung, tapi dpt diselamatkan dengan helikopter...😂😁😀😊😈😅😢😢 #ihateubutiloveu
Kalau disuruh untuk kategorikan buku ni, I wouldnt put this book under romance or novel cinta, its everything else but that. Kena dengan tajuk cerita ini, Pearl, semuanya berkisarkan tentang hidup seorang perempuan bernama Pearl di bumi Australia. Buku ini basically cerita pahit manis belajar di luar negara.
Mengenai isu kontroversi (ecewah) ending cerita ni, saya rasa saya boleh terima sebenarnya. Tak sedih, tak happy. Sedang-sedang, mungkin. Saya personally rasa endingnya open untuk tafsiran pembaca-pembaca semua. Since I put this book not under romance, maka ending yang begitu tidaklah menyedihkan sangat. Life, reality or whatever it is. Mungkin kalau saya letak buku ni sebagai kategori novel cinta, I'll be devastated kut. Nilai ikut context, quoting Rayn. Dan saya nilai buku ini pada plot ceritanya yang smooth dan tak rasa bosan bila membacanya.
Dan Rayn akan menjadi another watak yang saya akan letak dekat dengan hati saya, di mana I will wait for his story to unfold (buat perhatian puan penulis). Rayn juga mengingatkan saya pada Rayyi di dalam Montase. Just like Rayyi, he will grow.
Rayn pernah pesan, "sayangi diri kita dulu... Love yourself, before you love others. "
Dan kerana kasih sayang itulah yang menghubungkan manusia asing yang tak pernah saling mengenali menjadi akrab. Kerana sifat kasih sayang itu jualah yang menjarakkan hubungan yang ada.
Ya. Pengakhirannya luar jangkaan saya. Awalnya pertemuan En Hujan aka Rayn dengan Mutiara aka Pearl itu cukup manis, kemudian ada sedihnya. Ada kejutan demi kejutan yang tak terjangka tapi puan penulis dah seimbangkan rasanya. Cukuplah untuk tidak membiarkan kita hanyut dengan kemanisan, larut dengan kesedihan atau tenggelam dalam kedukaan. I love the everything she wrote. The idea and the book itself. 😍 Berbaloi tunggu lama bila apa yang kita dapat sangat-sangat menggembirakan jiwa. Tahniah Kak Shirod! 💝
Bak kata Pearl, "you define your own happiness." So this is my own happiness and please grab your own book and your own HAPPINESS! 😘
Novel kedua Shirod Shukri selepas Iman_Inbox. Suka dengan jalan dan olahan ceritanya. Walaupun endingnya bukan seperti yang kita harapkan tapi itulah realiti sebenar kehidupan.
Good job Shirod , sabar menanti karya yang seterusnya.
Pearl balik semula ke Melbourne dengan misi dia tersendiri. Tiba-tiba berkenalan dengan Rayn masa dalam flight nak ke sana. Daripada perbualan biasa-biasa pun hati Rayn dah terjentik dengan gaya si mutiara tu. Dan rasa kecilnya dunia sebab baru dia orang tahu rumah dia orang dekat Ausie tu tak adalah jauh mana pun.
Pearl Ratna - mutiara yang ada kilau tersendiri. Kilau yang buat Rayn tak senang duduk dan makin bertambah rasa nak mengenali. Pulak tu, Pearl jenis yang byk memendam sendiri. Lagilah Rayn rasa nak korek-korek rahsia dia hari ke hari.
Reynolds Hanafi - dekat mana Pearl ada, situ lah Rayn muncul. Tak tahu macam mana, ada je peluang bila dia nak cuba dekat dengan Pearl. Dan dia selalu tahu macam mana nak pancing Pearl bersembang walaupun Pearl selalu mengelak.
Dengan adanya Deja si housemate Pearl yang cheeky, Kak Ann, kakak Rayn yang terpaling memahami, agenda Rayn nak dekat dengan Pearl jadi makin mudah pula.
Sounds like a sweet love story, right? Trust me, it's not.
Bila rahsia yang Pearl simpan ketahuan, it was hurt when they couldn't sit together and have a heart-to-heart session hanya kerana Pearl rasa dia kena hentikan rasa sayang Rayn dekat dia. Pearl cuma bercakap dengan Kak Ann je... mungkin sebab dia tahu tak ada gunanya dia berbincang dengan Rayn. Rayn mestilah nak sebelahkan dia no matter what. N maybe bcs she couldn't handle the bossy Rayn too😌
Termenung kejap when Pearl ended their story macam tu. But yeah.. reality's suck. Dan...dia nak kena sygkan diri sendiri dulu, baru boleh sygkan org lain; mcm yang Rayn pesan.
Cuma... Saya tertanya-tanya, mcm mana Pearl dgn family dia? Tak ada yang bertanya keadaan dia? Kalau mcm tu, that's hurt. In the end, dia cuma ada dia 😢
Sebuah cerita tentang sebutir mutiara dengan kilaunya sendiri, yang dikarang dengan baik, plotnya cantik dan tak cliché. Endingnya buat saya berfikir panjang. 😶
This entire review has been hidden because of spoilers.
Bayangkan satu hari kau terjumpa orang asing dekat kapal terbang yang peramah, tapi dalam masa yang sama kau sakit tekak tak boleh bercakap. Begitulah pertemuan antara Rayn & Pearl. 7 jam dalam penerbangan terlah mencipta memori indah buat mereka.
Macam mana boleh ada memori sedangkan Pearl tak boleh bercakap? Mereka berkomunikasi melalui buku nota Pearl. Segala komunikasi terlakar di dalam buku nota. COMEL!!!!! Walaupun Pearl awalnya malas hendak melayan perangai Rayn yang terlebih ramah. (Jadi kena beli tiket ka macam mana ni nak jumpa jejaka macam Rayn? Hohoho)
Rayn, dia rasa sudah mula suka dengan Pearl. Dia rasa Pearl lain dari yang lain. Jadi dia berusaha sehabis mungkin untuk berkenalan & mendapatkan maklumat penting tentang Pearl sebelum sampai ke destinasi. Awalnya sebab Rayn menerima cabaran dari Kak Ann, kakaknya. Tapi akhirnya dia bersungguh untuk tahu tentang cik Mutiaranya. (She's... a gem. I could sense that." - Raynolds Hanafi)
Bermula dari perkenalan tersebut, Rayn sentiasa mencari sebab untuk bertemu dengan Pearl. Tidak kisahlah sebab tugasan yang diberikan universiti, pura-pura terserempak di pasar raya atau apa saja, yang penting jumpa Pearl. COMEL KUASA DUA.
Lagi-lagi bila Pearl kuat berahsia tentang hidupnya. Lagilah Rayn semangat korek. Ternyata kisahnya agak sedih (hampir nangis saya 😭). Walaupun begitu Rayn tidak kisah sebab dia sudah jatuh sayang dengan Pearl.
"Pearl... Kalau awak tak sayang diri sendiri, macam mana awak nak sayang orang lain (and that orang lain is me, of course)." - Raynolds Hanafi
"Love yourself." Kata Rayn. Cuma cara Pearl sayang diri sendiri mungkin berbeza. Itu yang membawa kepada pengakhiran cerita mereka. Bagaimana mana pengakhiran mereka?
Bagi saya itulah yang terbaik. Jika saya diletakkan dalam posisi Pearl Ratna, saya akan ambil keputusan yang sama. Arghhhh penamat cerita ni semacam pedih yang memuaskan.
Aku suka naskah ni. Rasa macam baca novel omputeh. Dari mula sampai habis tak membosankan langsung. Suka gaya bahasa dalam naskah ni.
Walaupun pada akhirnya Rayn said "I hate her" tapi aku setuju dengan Pearl. Pada aku tindakan Pearl tu betul. Kisah hidup Pearl dah cukup rencah tak kan nak heret Rayn semata-mata sebab lelaki tu bersungguh sukakan dia. Impian Puan Hanan pun kena diambil kira juga. Tak mudah menjadi seorang Pearl.
Anyway, I can't wait for Ruby. Kot2 la Encik Hujan bertemu Ruby pulak? Who knows kannnn :)
I hate this book. Lepas jumpa perkataan "Good" air mata saya baru jatuh tanpa henti. Why ? I mean, they really need a happy ending like others. 😭😭😭 goshhh, kadang dengan cara melepaskan boleh buat someone tu bahagia. Poor Rayn, hopefully you can find your own happiness.