Jump to ratings and reviews

VELVET: 2

Kek Red Velvet ciptaan Ilham Daniel untuk majlis perkahwinan Mira dan Akim telah di-hijack lalu merosakkan Wedding of the Year itu. Secara tidak langsung, dia menjadi sasaran.
Dalam jaganya, dia diancam untuk dibunuh. Dalam tidurnya, dia terus diseksa mimpi ngeri. Ilham Daniel perlu mencari jalan untuk menyelamatkan dirinya tetapi apa yang ditemukan adalah lebih banyak dendam membarah!
Lebih malang baginya, Mira juga mengalami nasib sama. Adakah Ilham mampu menyelamatkan dirinya dan kawan baiknya? Atau dia terpaksa akur pada lex talionis seperti yang dijanjikan?

407 pages, Paperback

Published December 16, 2017

Loading...
Loading...

About the author

Ikmal Ahmad

7 books8 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (24%)
4 stars
16 (32%)
3 stars
14 (28%)
2 stars
6 (12%)
1 star
2 (4%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
February 22, 2018
komen :

1. Bahagian 2 lebih tersusun dan kemas olahannya.

2. Lost dengan watak2 yang timbul, sebab berkaitan dengan buku pertama.

3. kurang skill, lebih pada direct seksaan compare #velvet1

4. berpuas hati dengan ending, walaupun permulaan agak confuse dengan motif setiap orang.

5. macam semua jahat lak dalam cite ni
Profile Image for El.
1,191 reviews
April 12, 2026
Saya nak jujur dari awal, Akim memang jenis narcissist af. Status dia sebagai pegawai polis, ditambah pula latar belakang ayahnya seorang ahli politik, hanya menambahkan lagi rasa menyampah tu. Jadi bila sesuatu yang buruk mula berlaku dalam hidup dia, pembaca akan rasa, 'padan muka, kau!'

Dalam sibuk dia menguruskan majlis perkahwinannya dengan Mira, dia mengalami situasi yang berbahaya apabila satu persatu kawan baiknya sejak zaman sekolah mati secara tragik. Kematian itu bukan kebetulan semata-mata. Perbuatan tersebut membuktikan ada seseorang yang mempunyai motif dendam terhadap kumpulan mereka.

Secara teknikal, ini memberi bayangan jelas tentang kewujudan seorang pembunuh bersiri yang sedang menyusun langkah dengan teliti, dan sasaran akhirnya seolah-olah menuju kepada Akim sendiri. Ironinya, dia bukan sekadar mangsa berpotensi, tetapi juga seorang penyiasat. Itu yang buatkan cerita ini lagi menyakitkan hati, sebab kita tahu dia sepatutnya mampu membaca situasi, tapi tetap juga terperangkap. 😅

Pembaca memang kena baca Velvet: 2 untuk tahu emosi sebenar jalan cerita ni. Penulisan penulis lebih baik. Kali ini penulis fokus kepada watak ID, Hasri, Eddy dan beberapa watak yang agak penting yang sebenarnya menjadi kunci kepada segala konflik yang tercetus.

Di sebalik elemen thriller, cerita ini sebenarnya banyak bermain dengan kesan jangka panjang buli. Apa yang nampak kecil pada masa lalu rupanya meninggalkan parut yang dalam. Setiap peristiwa dalam cerita ini seolah-olah mengingatkan bahawa tidak semua orang benar-benar move on.
Profile Image for Su.
256 reviews
July 9, 2026
3.5 🌟

Segalanya terjawab di dalam buku ini.

Kesian jugak dekat ID sebenarnya yang jadi mangsa keadaan. Eddy pun sama. Kesimpulannya, kesan jangka panjang untuk kes-kes buli is real.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for amireadbooks._.
61 reviews3 followers
Read
September 24, 2021

“ Kek Red Velvet ciptaan Ilham Daniel untuk majlis perkahwinan Mira dan Akim telah di-hijack lalu merosakkan Wedding of the Year itu. Secara tidak langsung, dia menjadi sasaran. “

Dalam jaganya, dia diancam untuk dibunuh. Dalam tidurnya, dia terus diseksa mimpi ngeri. Ilham Daniel perlu mencari jalan untuk menyelamatkan dirinya tetapi apa yang ditemukan adalah lebih banyak dendam membarah!

Velvet: 2 adalah kesinambungan dari novel bergenre thriller Velvet yang berkisarkan sebuah dendam yang membawa kepada pertumpahan darah. Ia mengisahkan tentang bagaimana perbuatan Akim di masa silam akhirnya memakan dirinya sendiri dan bagaimana Akim cuba merungkai misteri di sebalik pembunuhan rakan-rakannya menjelang majlis perkahwinannya.

Bezanya di dalam Velvet: 2, pembaca disajikan dengan kisah yang sama melalui sudut pandangan pihak ketiga, iaitu sang pelaku pembunuhan tersebut. Pembaca berpeluang merungkai misteri di sebalik pembunuhan rakan-rakan Akim dan silang-kaitan di antara setiap watak yang wujud di dalam Velvet: 2.

Memetik satu ulasan yang aku baca, penulis menyatakan Velvet: 2 lebih kemas olahan jalan ceritanya dan peranan setiap watak yang lebih menonjol. Dan aku bersetuju dengan pendapat penulis walaupun pada awal bab agak pening untuk faham permulaan ceritanya.

Aku berbelah bahagi dengan pengakhiran cerita, antara berpuas hati dengan kematian watak yang sepatutnya dan juga pengakhiran cerita yang aku rasakan seperti tergantung, tapi aku tak mahu ia disambung. Walaupun agak kurang senang dengan babak penyeksaan yang dirangka di dalam novel tersebut dan merasakan ianya agak mustahil, boleh aku katakan plot ceritanya jelas, hala tuju dan perwatakan setiap watak juga jelas.
Profile Image for naa.dee.o.
135 reviews4 followers
March 10, 2019
Kerana nikmatnya itu adalah terlalu rapuh utk dipertahankan keindahannya apabila wujudnya dendam yg menggelegak dalam hati syaitan yg kau rejam.
Profile Image for Erin95.
161 reviews7 followers
October 28, 2019
Sekuel kali ni lebih kepada pendedahan apa yang berlaku di buku pertama. So aku boleh cakap siapa yang tak baca Velvet 1 takkan faham apa yang berlaku sebenarnya. Tak tau nak ulas apa, cuma aku boleh cakap aku lagi suka penceritaan dalam Velvet 1, sebab bagi aku ia lebih santai dan bersahaja. Velvet 2 buat aku pening banyak. Bila kadang aku tak faham ni dialog sapa yang tengah bercakap sebenarnya ni. Ah lantakla, cerita pun dah habis aku just nak cakap, kalau penulis tulis novel lain pulak, aku antara orang yang akan baca.

Oh! cuma aku masih confuse kenapa dalam Velvet 2, Ariffin macam berdendam dengan Hasri. Apa masalah Ariffin sebenarnya?

Oh ya dalam sekuel ni jugak kau akan dapat nampak sebenarnya banyak je kekurangan dalam 'aturan permainan' si syaitan tu yang pada buku pertama nampak macam hebat betul permainan dia ni.

Dan ni antara dialog yang aku suka dalam Velvet 2

"Apa ni? 60 ringgit la! Ambik balik baki kau!" Jerit aku separa kuat kerana Eddy sudah berada di luar kedai.

"Sebagai kawan, aku kena bayar lebih daripada retail price sebab itulah maksud sebenar support member. Kalau tak nak baki tu, buang je," balas Eddy lalu menutup pintu Cake God dan terus menghilangkan diri daripada pandangan.
Profile Image for Aurélien Tantey.
41 reviews2 followers
February 13, 2019
Rasanya segala misteri telah terungkai dalam siri kedua yang 2 kali ganda lebih tebal... segala penjelasan telah diberi... rasanya tiada tanda tanya lagi... terutamanya sebab Eddy ceraikan Dian masa tu. Yang paling hebat ialah twist yang dipakai penulis: hero (terutamanya ayah hero) dalam buku pertama itu sebenarnya watak jahat (masa muda), dan yang diingatkan jahat tu sebenarnya tidak buat apa2 langsung (kesian kulit ID kena disiat-siat T.T).

Seperti dalam buku pertama, saya suka sangat dengan cara penulisan penulis yang menceritakan setiap butiran insiden dan plot dengan mendalam dan huraiannya sangat 'lively' dan penuh dengan filosofi.

Banyak sangat dendam. Dan dendam itu seperti dalam filem2 lama, menyebabkan kematian ramai orang. Saya harap Eddy baik2 sahaja.
Profile Image for Yumi Teavee.
127 reviews1 follower
February 22, 2024
OMG! Author punya cerita buat saya nangis teruk sangat. Sepertimana kita tahu, ini pov ID atau Ilham Daniel sebelum kek velvet tu disiapkan . Sebenarnya saya dah tahu dh sapa dalangnya. Kat sini kita nampak sambungan dia berkait dengan Velvet time perkahwinan Mira dan Akim . Nampak jugaklah siapa mastermind dalam pembunuhan secara bidang kimia. Interesting senanya jalan citer dia and characters development. Overall, best sebab dh faham jalan cerita nya.
Profile Image for Nani S.
29 reviews4 followers
March 10, 2024
Sambungan Velvet. Kena baca Velvet baru faham Velvet 2. Tapi tu lah. Idea tentang Velvet menarik dah (terutama ada fizik, biologi dan kimia), tapi jalan cerita bagi aku, tunggang-langgang. Perkembangan watak pun berterabur. Monolog bercampur. Oh, apa kesudahan Akim dengan virus tu? Kenapa orang lain yang mati? Pengakhiran yang tergantung pada aku. Seolah cerita tentang Eddy juga belum tamat. Akan jadi buku yang bagus jika penulis menulis plot dan watak dengan tersusun.
28 reviews
January 25, 2026
A bit better than the previous book but still bad. Story telling still all over the place & confusing compared to the first book. This sequel basically explained all the plot holes from the previous book event though not everything was explained & guess what, nobody seems to get a happy ending. I dont know what to feel about the ending. The first book is from Akim's POV & the second book have multiple POVs. The police is basically useless in this book
Profile Image for Nuyuryna.
204 reviews3 followers
November 27, 2023


Azam tu tak semestinya kena capai. Kita pasang azam baru supaya kita berusaha untuk dapatkan apa yang kita hajatkan. Kalau kita gagal, tak apa. Biasanya benda yang kita susah nak capai ni kita akan hargal betul-betul bila kita dah dapat."

Sambungan dari novel yang pertama, sambung mengupas siapa & apa motif sebenar. Kali ini pembaca di hadapakan dengan lebih persoalan.
Profile Image for Fredx Sahadan.
39 reviews1 follower
August 14, 2022
Harap ada kesinambungan cerita untuk watak Eddy.

Kesian dia. Dia berhak bahagia. 🥹 emo plak!

4 bintang sbb x tau kesudahan Eddy. 😆
Profile Image for Fadh0991.
88 reviews
August 13, 2024
Boleh la, bosan skit tp part hasri sedih hampir nangis

Tp buku ni i baca dekat google book, got a few error
Editor mkn gaji buta or trlampau bosan time edit sampai miss a few mistake
Displaying 1 - 15 of 15 reviews