Setelah 5 tahun, Licik kembali sebagai edisi kemaskini dengan beberapa tambahan!
Dari usia yang muda, Fira telah diajar oleh ayahnya Alias untuk menjadi con artist yang sempurna. Dari Skim Cepat Kaya ke skim melarikan wang hantaran, semuanya disapu. Namun kemewahan dua anak beranak ini tergugat apabila seseorang muncul untuk membalas dendam. Mereka terpaksa lari dan bersembunyi.
Peristiwa hitam yang berlaku merubah Fira menjadi seorang yang kejam. Dia kembali ke ibu kota untuk memulakan langkah baru namun bertemu pula dengan Sadik, si penipu kacak.
Bersama Sadik sebagai mastermind -- dan juga kekasih -- Fira mencipta dunia baru yang serba mewah tetapi berbahaya. Ketika satu persatu mangsa tertipu, ada sesuatu yang mengintai si licik yang jelita itu. Apakah penipuan Fira akan bertemu pengakhiran?
Saya adalah peminat filem dan siri drama yang membawa tema 'con artist' kerana mereka biasanya digambarkan sangat bijak dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang mereka. Contohnya seperti filem Once A Thief', Catch Me If You Can dan drama bersiri White Collar. Tapi, bila difikirkan semula, mereka lebih kepada art thief berbanding con artist. Novel karya Sidney Sheldon, If Tomorrow Comes antara novel yang menjadi favourite saya sehingga sekarang walaupun saya membacanya lebih kurang 20 tahun lepas.
Bila saya membaca sinopsis Licik, terus terbayang di fikiran saya novel If Tomorrow Comes. Bila melihat pada rating dan review yang agak bagus, saya agak tertarik untuk membacanya.
Dan hmmmm....ternyata If Tomorrow Comes membayangi novel ini. Sekali-sekala bagaikan ia cuba untuk menjadi dirinya sendiri, tetapi pengaruh novel karya Sidney Sheldon itu boleh dilihat sepanjang pembacaan terutamanya dengan kemunculan watak Khairi yang obses dengan Fira.
Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya menggemari tema con artist/art thief kerana kebijaksanaan mereka merancang heist yang dilakukan dan pengetahuan yang tinggi dalam bidang mereka. Malangnya, itu semua tidak banyak yang saya temui dalam Licik ini. Penipuan mereka lebih kepada menggunakan tarikan seks berbanding perancangan yang flawless. Saya amat mengasihani watak Fira. Tidak nampak kebijaksanaannya sebagai penipu yang licik (berbanding Alias atau Sadik) tetapi lebih kepada alat untuk mengumpan mangsa. Dirinya begitu murah diberi kepada mana-mana lelaki, tetapi habuannya dibahagi bersama. Hmmm...
Moral memang sifar. Hubungan bebas di mana-mana. Malahan, boleh dikatakan hampir semua watak utamanya berasal dari keluarga yang juga tidak bermoral. Ibu membuat hubungan sulit dengan lelaki lain. Si ayah yang kaki judi dan pemabuk sanggup merogol anaknya sendiri dan kemudian menjualnya sebagai pelacur semata-mata untuk duit. Dan, setiap kali minum, arak adalah pilihan. Malah siap diberi penerangan jenis mana yang disukai, jenis mana yang lebih sesuai dimakan dengan makanan itu ini, jenis mana yang rasanya begitu begini.
Mungkin sayalah antara yang dilabel 'bukan pembaca matang'. Mungkin saya juga pembaca yang 'tidak berfikiran terbuka'. Mungkin saya adalah antara golongan yang sering dibidas 'kalau tak suka, tak boleh terima, jangan baca. Dah baca banyak pulak komplen itu ini!'. Tapi tu la, saya mencari buku indie kerana ingin lari dari lambakan buku-buku cinta yang kadang-kadang memualkan. Saya mengharapkan menemui karya yang bagus setanding karya-karya penulis dari luar negara. Tapi nampaknya, lebih kurang sama saja isi dengan buku cinta tu. Tetap menggunakan tarikan seks dalam penceritaan. Mungkin gayanya berbeza, tapi isinya lebih kurang sama.
Walaupun begitu, saya masih menemui pengajaran dalam novel ini. Jaga agama, nescaya diri kita akan terjaga. Tanpa pegangan agama, jadilah kita sebagaimana watak-watak dalam novel ini. Tidak berperikemanusiaan.
1. Buku yang aku baca ini versi e-book edisi kemaskini [sic] (2017). Aku tak ada dan tak pernah baca edisi yang lama, jadi tak dapat buat perbandingan.
2. Buku ini aku rasa agak fun. Plotnya mengalir pantas. Ayat-ayatnya mudah dan straight to the point, tipikal untuk novel Fixi. Namun begitu, hampir di pengakhiran, aku dapat meneka plot twist yang bakal berlaku.
3. Pendapat peribadi aku, Fira tidaklah selicik mana. Dalam proses menipu dan memperdayakan ramai lelaki, dia hilang maruah dan sanggup tidur dengan sesiapa saja. Kalau dia betul-betul licik, dia tidak perlu sampai ke ranjang tapi cukup dengan menggunakan muslihat sahaja untuk menipu lelaki-lelaki bodoh tersebut.
4. Pada awal cerita digambarkan Sadik anak kacukan Melayu-Inggeris dan Jawa-Arab daripada kedua ibu bapanya. Mesti kacak nak mampus ni, fikirku. Tapi kemudian Fira kata rupa Sadik ada iras Remy Ishak. What? How? Rupa Remy Ishak tu kalau dikatakan ada kacukan Inggeris dan Arab, ada orang percaya ke? 🤔 Cuma yang menjadi persoalan lebih besar, kenapa dia terpaksa bersusah payah bekerja di tempat cuci kereta dengan upah RM10 sehari semasa usia 15 tahun? Dia tak sedar ke rupa paras dia yang kacak? Kenapa dia tak hantar gambar dalam majalah atau surat khabar dan mohon jadi model remaja? Silap-silap boleh jadi artis. Hei, muka kacukan laku gila kot kat Malaysia ni. Taklah cerdik sangat Sadik ni sebab tak guna rupa paras dia sejak awal. Kalau aku jadi ibu bapa Sadik tu sendiri dan jenis gila duit, awal-awal lagi aku yang 'jual' muka si Sadik tu dan paksa dia jadi model kanak-kanak. Kah kah.
5. Dalam epilog, aku terkeliru sebenarnya. Siapa perempuan yang Khairi cari kalau bukan Fira?
6. Sebenarnya aku terkilan bila buku ini dah dikemas kini tapi kesalahan tatabahasa masih bersepah-sepah. Bila aku kata bersepah-sepah, maksudnya kesalahan itu masih banyak gila woi. Teringat pula aku perasaan aku masa baca novel Kelabu oleh Nadia Khan. Sampai dah cetakan 17 pun masih ada tatabahasa yang ke Lautan Pasifik dan ejaan ke Lautan Hindi. Tapi, grammar bahasa Inggeris okey pulak. Double standard jenis apa ini? Bahasa Inggeris bahasa kayangan dan bahasa Melayu bahasa marhaen?
Ceritanya menarik, tapi macam biasalah FIXI. Suka bebenor nak cerita part censored. Macam novel omputeh pulak dah.
Plot best sangat, berjaya pancing minat untuk kekal baca sampai ke akhirnya. Tahniah penulis! Ending menarik, walaupun sebenarnya dah agak dah akan jadi macam tu. Kalau dah nama penipu tu, sampai ke sudah memang penipu. Huh.
Anyway, ada sedikit kesilapan tertukar watak Alias. Harap tak berlaku macam ni, sebab nanti akan confused dan loading, dan kena ulang baca balik. So tak best la macam tu kan?
Overall, suka dengan tema buku ni. LICIK ni sebenarnya bawa tema yang besar tentang realiti dunia masa kini. Dan betul, "kau cuma boleh tipu orang yang tak jujur".
Sebenarnya tak ada plan pun nak baca buku Licik ni. Saja selak untuk baca bahagian Prolog. Tak sangka pula makin laju mukasurat diselak. Tengok-tengok dah di pertengahan muka surat.
Mengisahkan tentang Alias dan anaknya Fira yang kerjanya menipu orang. Menipu yang kayakan dieorang anak beranak. Dari nothing to everything la. Alias pun, hidupnya bukanlah dikategorikan sebagai papa kedana. Tapi sejak perniagaan dia gulung tikar. Dia terpaksa berpindah ke KL demi mencari sesuap nasi. Namun pekerjaanya itu sekejap saja kerana dia dituduh benda yang dia tidak buat.
Pertemuan Alias dengan Sazila telah mengubah hidup dia 200%. Hubungan mereka yang sudah menyimpang jauh telah menyebabkan Sazila fikir Alias serius dengan hubungan mereka dan banyak pertolongan yang Sazila berikan kepada Alias tanpa mengetahui yang Alias mempunyai tujuan lain. Dan banyak lagi kejadian yang terjadi selepas pertemuan Alias dengan Sazila. Kena baca la.
Bagi saya. Prolog boleh dipuji ya untuk buku Licik ni. Kalau tidak takkan la teruskan ke bahagian yang lain. Kan?. Mula-mula seronok bila baca strategi Alias untuk menipu duit orang. Strategi yang orang kata ada yang okay la not bad ada juga yang oh okay brilliant. Mempergunakan anaknya si Fira untuk tujuan yang sama. Akhirnya Fira pun terjebak dengan menipu.
Tapi Fira dia gunakan aset yang dia ada. Pamerkan diri dia- jual - sapu duit - And chow. Kadang kesian dekat Fira sebab dia tak ada mak jadi hidup dia seolah olah macam terumbang ambing dengan bapaknya pun mengajar dia benda yang bukan-bukan. Tak ada siapa nak melarang. Jadi dia macam hilang didikan yang sewajarnya dan pedoman hidup. Memperjudikan badan hanya untuk wang. Tapi itulah orang kata, didikan ibu bapa itu penting. Asas nya kena ada dari awal.
Eh tapi yang anehnya. Mangsa Alias - Fira ni macam blur blur ya. Haha sebab bila dieorang kena rompak dieorang jem. Rasanya sebab mungkin duit hasil titik peluh dieorang tu pun duit dari sumber yang tak betul. Jadi, dieorang kena tutup mulut atau pejam mata je la kot. Tapi ada juga yang report and upah pengintip serta ada yang balas dendam. Tidak la semuanya blur haha.!
Tapi overall ok la. Boleh dibaca and still enjoy walauapun rasanya macam benda sama je diulang ulang. Em tapi utk budak-budak. Macam tak ok je sebab ada part 18sx kot. 💁🏻♀️
Pengajaran paling besar lepas baca buku ni tentu sekali jangan mudah terpedaya. Fool me once shame on you, fool me twice shame on me bak kata omputih.
Saya harapkan kisah ibarat Robin Hood untuk justify kenapa watak utama perlu menipu. Tapi yakin pasti takkan dapat sebab ini bukan kisah Robin Hood yang mencuri dari si kaya untuk membantu si miskin. Ini kisah penipu yang sanggup menipu si miskin asalkan dia kekal kaya.
Pengajaran kedua yang ada ialah lelaki mudah terpedaya dengan perempuan ibarat model Victoria Secret. Itu sebab musuh paling besar lelaki ialah perempuan. Itu sebab juga Allah dan Rasul suruh berdamping dengan perempuan yang ada kelebihan agama.
Separuh buku baca, saya dah lelah. Keterujaan yang saya tunggu tak kunjung tiba. Si licik terus berlari ke depan sedangkan tak ada yang kejar. Kalau ada pembalasan sekalipun, cepat sangat selesai dan si licik kembali beroperasi.
Begitulah kisahnya sampai tamat. Si licik tak pernah insaf sebab dia justify apa yang dia buat tu betul. Kalau kau tak bodoh, kau takkan tertipu. Sekali dalam hidup, manusia akan buat keputusan bodoh. Dan cukup sekali itu saja untuk si licik hidup senang.
Di mana karmanya? Mungkin akan turun pada keturunan seterusnya si licik atau dunia lain selain bumi ni. Si licik menipu si licik. Dan saya sebagai pihak ketiga yang melihat hidup mereka, rasa nak tunjuk itu ini yang tak patut buat. Saya dah nampak kelemahan si licik dan terima kasih pada penulis, saya akan berjaga-jaga dari sekarang.
Garapan penulis menarik. Tak bosan tapi macam saya komen tadi, tak ada keterujaan. Tak macam Catch Me If You Can. Malahan saya tak ada rasa simpati untuk si licik. Saya nak si licik mati ditembak. Kejamkan saya? Si licik adalah watak antagonis yang tak berjaya memikat hati saya. Saya baca sekadar untuk bersorak akan kejatuhannya. Bagi saya, penulis gagal di situ. Gagal membuatkan saya terus menyokong si licik.
Novel Fixi pertama yang saya baca. Satu sisi yang berbeza jika hendak dibandingkan dengan bahan bacaan picisan kegemaran saya sebelum ini iaitu novel. Garapan dari Sham Hashim dan Julie Anne ini benar- benar berbeza daripada penulis novel biasa. Jika anda seorang yang amat mementingkan laras bahasa yang betul, anda tidak digalakkan untuk membaca novel- novel Fixi.
Pada mulanya agak terkejut dengan isi dalam LICIK ini kerana sebelum ini dibiasakan dengan novel biasa yang mementingkan bahasa. Novel Fixi, bahasanya santai, tidak skema, malahan ada yang kasar, tak ada tapisan (yang mana buruk itu pejamkan mata dan hati sahaja ya), ejaan apatah lagi. Ah, nama lagi Fixi.
Okey berbalik kepada kisah LICIK. Satu kisah, dua orang penulis. Bagi saya, kisah ini menarik. Tiga jam sahaja masa untuk menghabiskan sehingga ke muka surat terakhir. Penuh dengan kelicikan. Licik mencari mangsa untuk dijerat. Targetnya, orang- orang yang berpoket tebal. Penuh dengan unsur saspen. Penuh dengan dendam. Penuh dengan kebodohan. Sangat beremosi tika saya membacanya. Geram dengan Alias, geram dengan Sadik, geram dengan watak- watak jahat. Watak- watak yang ada dalam kisah ini juga dikaitkan dengan episod pembunuhan pada masa lampau. Sadik, Khairi, dua- dua bekas pembunuh tanpa rela. Alias, si lelaki yang kotor, terlampau licik!
Alias-Fira-Sadik. Mahu ditumbuk-tumbuk sahaja mereka ini. Benar- benar licik! Penulis juga menyelitkan unsur sinis terhadap dunia politik. Tan Sri Ehsii Mizan dengan bisnes gelang magnet itu seakan- akan sama dengan di alam realiti.
Dan saya perasan satu benda, Fira bila di rumah, memasak masakan Melayu. Bila makan di luar, Fira makan makanan barat. Oh lupa! Salah satu cara untuk menunjukkan bahawa lakonan Fira menjadi.
Di awal pertemuan antara Fira dengan Sadik, saya dapat teka Fira bakal jatuh ke tangan Sadik. Kerana Sadik juga datang dari cara yang sama. Penipuan identiti. Baru buku bertemu dengan ruas.
Di akhir- akhir cerita, penulis berjaya membuatkan saya menukar perasaan dari geram kepada simpati terhadap Fira. Bagai separuh mati nak melepaskan Sadik dari cengkaman Darren, konon-kononnya. Tapi Sadik itu licik! Sadik licik, Fira dua kali licik! Gila. Memang gila. Tak akan disangka jalan ceritanya begini.
Target baru, mengumpul novel- novel Fixi lagi banyak.
Ini buku terakhir fixi yang aku rasa nak baca. Kenapa terakhir, sebab aku terpengaruh dengan cakap-cakap orang. Katanya, buku ini membosankan. So, aku ambil keputusan untuk beli buku lain dan jadikan ini last choice. Dang!
Aku baca buku ni sehari. SEHARI! Sehari sebab jalan cerita yang menarik and aku tak leh nak stop sebab nak tau apa plan diorg and apa yang dorg dpt dari plan tu! Sedikit tersentuh bila Alias mati. Harta berjuta tu, tak mampu ganti seorang Alias. Pada akulah. Aku pun tak ada masalah dengan cara penulisan, gaya bahasa atau apa-apa pasal buku ni. Penulis berjaya buat aku jatuh suka pada Sadik tapi buat hati aku gedebuk jatuh bila dia tinggalkan Fira and kebas duit Fira. Memaki juga sekejap.
Apa pun, aku suka buku ni and sebab dengar cakap orang, aku lambat baca buku ni.
So penulis, sambung please pasal Fira ngan Khairi. :)
Hmmmm...banyak menggunakan Nama jenama tapi bertepatan pada plot cerita ini sebab ia mengenai con artist. Terbayang pulak Angelina Jolie Dan Brad Pitt ( yes I have this habit of giving faces to the characters in books that I read ... Can't help it since there alot of movie tie-in books) pada awalnya macam biasa jer ceritanya. Goda-tipu-lari...but then towards the end... Well let us just say.. Angelina Jolie and Brad Pitt again.. It was a fun read. Something yang boleh ke layar Perak. Actually ceritanya pendek saja. Tapi telah dipanjangkan dengan menceritakan Lebih banyak activities diarang sebagai con artist. Eh teringat kepada Leonardo DiCaprio's 'Catch Me If You Can'
1. Beberapa kali berlaku kesilapan nama watak Alias pada watak-watak lain di dalam ini.
2. Aku cuma salah seorang yang menggemari penulisan "Show, don't tell." tetapi buku ini lebih kepada "Tell, don't show." yang menyebabkan ia lebih mirip kepada teks(bagi saya lah).
3. It was ok. It's quite good untuk novel pertama.
Buku yang tak sesuai dibaca remaja.. Tapi ceritanya menarik.. kelicikkan manusia dalam menipu dan mengenakan orang.. Sha rasa kalau tak ada adegan lucah pun okay dan lagi bagus buku ini.. Buku ini boleh pergi jauh.. Ceritanya best.. Seronok bila baca yang menipu akhirnya ditipu.. Bila keyakinan tu terlalu, tak mustahil diri akan terkena..
Ini aku pinjam je daripada Ajib ngee~~ Thanks bro!
Prolog berjaya buat aku selak dan terus selak halaman belakang tetapi bila di tengah-tengah, ada rasa bosan menjengah. Memang seronok baca bagaimana ‘kerjasama’ antara Alias, Fira dan Sadik cuma ianya asyik diulang-ulang. Jadi sudah tahu rentaknya, yang walau bagaimana susah nak diperdaya mereka pasti dapat juga akhirnya. Hilang thrill di situ.
Tetapi ya, jenayah seperti ini yang hanya dapat aku tonton di kaca televisyen sebelum ini merupakan sebab utama yang mengikat aku hingga ke halaman akhir. Lebih-lebih lagi bila lihat bagaimana Fira ‘membentuk’ dirinya supaya sama licik seperti ayahnya. Dan bila saja dia bertemu dengan Sadik. Momen itu memang aku tunggu-tunggu. Kedua-duanya saling mempergunakan antara satu sama lain.
Jadi bila saja ada watak Darren di hujung cerita, aku sudah dapat menekanya. Sadik memang licik! Dan scene ini buat segala rasa terbang melayang. Aku jatuh kasihan pada Fira, setidak-tidaknya dia masih punya rasa. Dia sanggup lakukan segala-galanya bukan hanya kerana harta, tetapi atas rasa sayang dan cinta.
Dalam kesemua mangsa Fira-Sadik, aku akan paling ingat pada Tan Sri Ehsii Mizan. Sinis. Masakan tidak, ia berkaitan dengan bisnes gelang magnet kih5 ;P Begitu juga dengan sejarah masa lampau Sadik. Aku suka. Namun kehadiran watak Khairi tak begitu mengujakan. Aku lagi suka kalau wataknya dikembangkan lagi. Khairi pun pastinya lebih licik kalau diberi peluang kan?
Aku mengharapkan sesuatu yang lebih bila ada gabungan penulis. Sepertimana tajuknya, aku rasa kelicikan mereka semua tidak cukup. Lebih-lebih lagi ending. Ala… tak kan lepas begitu saja Fira? Lebihlah lagi *evil*
Dan seperti biasa [yang sering berlaku pada Buku Fixi], kesilapan nama watak-watak tetap ada dalam Licik. Sayangnya! Namun aku puji kesungguhan dua penulis ini kerana isi ceritanya konsisten, tidak lari arah walau ada dua kepala *wink*
Apa pun aku suka kata-kata si Alias ini:-
"Nak tipu orang bukan sembarangan. Kau cuma boleh tipu orang yang tak jujur."
akhirnya, ini kesempatan aku untuk menulisnya. tidak semua tapi sedikit yang aku pelajari dari hasilnya.
aku sedikit tertanya-tanya soal dendam, sebahagian besar dari buku ini dilampiaskan dari rasa dendam, dan kemudian dilindungi oleh rasa dan kata-kata mempertahankan tindakan secara halus. masa silam sangat kejam bagi setengah orang, setengah orang lagi menjadikannya sebagai satu proses keinsafan. jangan tanya soal insaf dalam buku ini, ini bukan buku agama yang dihamburkan dengan sedutan hadis-hadis. ini soal pelaksanaan dan strategi demi kepuasan sebenarnya. kalau lebih prihatin, semua watak dalam buku ini sangat menyedihkan, dengan kisah silam yang agak keterlaluan digambarkan. syukur, mereka masih punya ruang untuk hidup.
aku teringat satu kisah filem yang hampir menyamai penceritaan dan pelaksanaan buku ini, namun amnesia selang 5 tahun aku ini menjadikan aku pelupa pada judul dan nama bintangnya. lupakan, soal filem dan buku masih ketara bedanya.
buku ini memerlukan ingatan yang ampuh untuk membacanya. setiap babak yang kita habiskan akan kita selak sekali lagi ( atau berkali...) setelah kita membaca pada babak seterusnya. itu selalu aku ulang saat membaca buku yang terlalu banyak imbas kembalinya. inilah fiksi, kadang aku fikir kita boleh berlaku apa saja pada jalan ceritanya.
untuk permulaan, buku ini masih aku anggap bagus. sebab aku suka juga berkhayal bahwa aku sebahagian watak yang cerdik dan menjadi hipokrit tengik. bagus sebab ada penulis dan pencetus idea disandingkan di dalamnya.
hidup kalau sudah diberi peluang untuk perbaikinya, maka jangan diabaikan. ambil dan proseskannya. pelajaran tertinggi, apa sekalipun, jangan sakiti orang lain untuk matlamat kita yang sebenarnya lebih kepada pentingkan diri sendiri.
*julie anne berhasil gores salah satu dari 10 benda yang dia akan buat sebelum usianya 30an.. harap jalan cerita ini bukan termasuk dari 10 benda itu.
Sungguh nostalgia bila membaca buku ini. Mungkin kerana saya membesar di tahun 80an (sekarang pun masih membesar lagi). Di zaman itu memang ada banyak 'cunning' characters dalam TV series dan juga filem. Pernah tengok TV series Remington Steele? Cerita tu pasal penyiasatan tapi watak Pierce Brosnan & Stephanie Zimbalist tu agak licik (bagi saya). Sama macam mini series 'If Tomorrow Comes' di mana heroin cerita tu kerap bertukar-tukar rupa dan stail rambut/mekap, menyamar pelbagai rupa (walaupun takde topeng macam Mission Impossible). Cerita seperti Licik ni tak perlukan penjelasan yang berjela-jela untuk setiap penipuan. Bila terlalu banyak details yang dikongsi, ia akan melambatkan pembacaan dan menjadikan satu-satu penipuan itu dah kurang menyengat. Jadi, sama macam cerita2 di zaman 80an dulu, kebanyakan details disorokkan saja supaya penceritaan jadi laju. Barulah rasa thrill. Kalau nak baca details yang berjela-jela bolehlah baca Haruki Murakami's 1Q84. Saya bagi 3 stars sebab saya rasa tak cukup penipuan yang dilakukan dalam cerita ni. Ada banyak lagi scene menipu dan ditipu yang patut ada (ceh, demand tak boleh blah betul aku ni). Watak Khairi (kalau boleh) ditonjolkan dari awal cerita agar kehadirannya betul-betul dirasakan. (Co-author dah admit pasal benda ni kat blog dia, tapi aku saja je nak mention jugak kat sini. Hihihi.) Pujian harus diberikan kerana walaupun buku ini diusahakan oleh 2 orang penulis, tetapi keseluruhannya dirasakan konsisten.
Pada awalnya aku letak 3 bintang tetapi tangan pantas menambah lagi sebutir bintang. Mungkin berasa puas dengan pengalaman membaca buku ini.
Membaca Licik sememangnya memberi satu kepuasan yang lain daripada yang lain. Terasa absorb dengan watak-watak yang suka menipu sana dan sini. Berasa lucu kerana realitinya, rakyat Malaysia memang mudah ditipu. Samalah dengan diri sendiri.
Membaca buku ini sama macam bagi kita rules and guidelines untuk dielak daripada ditipu. Ada pelbagai modus operandi di luar sana, yang pastinya hanya insan berhati jujur takkan tertipu. Semoga lepas ini bolehlah berhati-hati kerana masih ramai Afira Alias dan Sadik dunia sebenar di luar sana.
Akhir sekali, semoga Sham Hashim dan Julie Anne akan terus berkarya, oh ya, tapi perlulah ada peningkatan dari sudut gaya penulisan dan olahan cerita. Sekian, selamat tahun baru!
I don't really favor this book that much. Hampir sebulan aku ambil masa untuk habiskan satu buku. Kadang aku cuma baca sepuluh baris sebelum mula bosan dan tutup buku. Entah kenapa jalan ceritanya aku rasa sama saja. Cari mangsa- tipu- ambil wang- lari- cari mangsa- tipu- ambil wang- lari- begitulah hingga ke hampir hujung. Itupun di hujung-hujung endingnya dibuat tergesa- sama seperti agakkan aku. Mudah sangat. And the only thing yang benar-benar tarik minat aku tentang novel ini- the prolog. Just that. Cuma dua bintang sajalah okay.
alau mahu belajar dari buku ni, sila la sedar bahawa sesetan mana kau pun,confirm akan jumpa setan pangkat lagi tinggi. Juga, jangan fikir bila kau kat atas,selamanya kau di atas.
Ni first time aku baca sebuah novel yang semua wataknya semua jahat. Tiada seorang pun yang baik (aku rasa Khairi je yang agak ringan jahatnya). Bila baca orang yang suka menipu (macam si Alias) ni memang naik bengkak hati den. Especially pasal duit orang kampung. Perghhh menyirap kot. Paling aku tak maafkan si Alias ni sanggup khianat orang yang memang percaya dekat dia. Aku memang nak tengok si Alias ni mati.
Jalan cerita memang agak deboom la. Tapi kadang2 bila fikir berkaitan logik, memang tak la. Mustahil nak buat semua macam tu. All perfect sampai polis pon tak dapat kesan. Hebat, kan? Tiba2 muncul watak baru pastu ada hubungan terdekat dengan mangsa contohnya macam ending dia tu. Boleh untuk sedapkan cerita tapi terlalu over.
Aku tak kesah sangat pasal diorang tipu dato2. Sbb memang layak orang jahat dibalas jahat. Tapi aku paling sensitif bab pengkhianatan. Sakit woh. Geram pulak aku baca. Tambah2 lagi mak ayah Sadiq. Keluarlah pepatah siam "Orang jahat adalah orang baik tersakiti." Tahniah penulis sebab berjaya bangkitkan jiwa watak.
Dari aspek plot penceritaan sama je. Goda, amik duit, terus lari. Ketiga2 kejadian macam tu, teknik yang sama cuma wataknya yang berbeza. Agak bosan di situ. Tapi bab perli artis secara halus tu memang tak boleh blah. Banyak jugak nama artis aku dapat detect tapi diubahsuai sikit. Haha.
Setiap bab memang tak terlepas aksi ranjang. Hmmm. Aku tak tau la apa perasaan si Khairi dengan perempuan tu. Sebab tu aku kata, kalau nak diikutkan logik banyak benda kau nak persoalkan. Tapi biarkan, janji cerita best sebab merapu! Haha.
Ending baik. Dia buat pembaca tergantung sepi tanpa sebarang jawapan. Korang bacalah dan buat ending sendiri. The end.
Mereka yang mencari pengajaran dalam cerita boleh la dapatkan novel ni. Dari awal lagi korang akan nampak pengajaran tersebut dan sampai ke penamatnya pengajaran tu tak berubah langsung.
Bila kau buat jahat memang kau takkan tenang selama-lamanya. Nak berubah pun sekejap je. Akan ada penyebab buatkan kau terjerumus kembali.
Itu apa yang terjadi dekat Fira dan ayah dia. Dendam yang tak berkesudahan tau. Kalau bukan mereka tipu orang, pasti orang lain pula akan balas dendam dekat mereka.
Yela dah hidup pun penuh penipuan. Dan pada pandangan mereka juga mereka tu tak salah. Jadi bila ada orang buat mereka, mereka buat la balik. Apa kisah yang penting sakit hati, marah, geram tu langsai.
Aku suka dengan garapan penulis tentang cara penipuan dilakukan Fira tu. Memang dia banyak gunakan kecantikan dia tapi bukan semuanya tentang body semata-mata.
Ada babak dia gunakan kepintaran untuk putar belitkan fakta. Time babak ni aku rasa cool giler Fira tu. Terbayang-bayang majlis macam dalam manhwa historical fantasy yang aku baca. Terutama bab pakaian tu 🤭
Ending dia aku macam blur... Tapi bila ingat balik baru aku sedar siapa sebenarnya 'dia' tu. Ada hint tau untuk korang kenal 😁
'Licik' merupakan novel terbitan Fixi hasil usahasama dua orang penulis iaitu Sham Hashim dan Julia Anne. Buku ini dimulakan dengan Alias, seorang duda yang kematian isterinya dan seorang ayah kepada anak perempuannya Fira. Hidupnya penuh dengan penipuan sehinggalah dia berjaya membuka sebuah perniagaan kecil-kecilan. Namun kemelesetan ekonomi pada waktu itu turut dirasainya dan akhirnya perniagaannya gulung tikar.
Alias dan Fira hidup melarat diibu kota sehingga pada suatu hari Alias bertemu dengan Sazila. Perhubungannya dengan Sazila menjadi semakin intim dan memberi keuntungan kepada Alias. Hingga akhirnya dia mengaut semua aset Sazila dan Sazila membunuh diri kerana tidak dapat menerima kenyataan. Namun pada suatu hari adik Sazila iaitu Rais yang selama ini menyamar sebagai pembantunya menuntut bela dan ini merubah hidup Alias.
Fira membesar sebagai seorang gadis yang cantik. Darah penipu mengalir dalam pembuluh darahnya dan dia meneruskan 'pekerjaann'ayahnya setelah bertemu Sadik. Targetnya adalah golongan extra-kaya yang tamak dimana hasil kekayaan mereka datang dari sumber yang kotor. Ini kerana bagi Fira dan Sadik golongan ini lebih senang dijerat. Seorang demi seorang mangsa yang berjaya mereka umpan-jerat-lari oleh mereka dan keuntungan dibahagi sebanyak 60-40 dimana Fira adalah pelaku utamanya.
Penipuan mereka berjalan lancar dan memberi kekayaan berjuta-juta kepada mereka. Namun pada suatu hari Sadik ternyata berpaling tadah setelah Fira meyatakan hasrat untuk meninggalkan segala kegiatan tersebut.
Aku rasa buku ini bagus tapi memandangkan aku tidak berapa gemar dengan buku atau filem tentang perebutan wang ringgit juta-juta maka dimata aku buku ini tampak membosankan. Ini yang aku panggil slot Samarinda TV3. Dunia orang kaya, dunia wang. Baca dulu, jangan terpengaruh dengan komen aku. Pendapat kita mungkin berbeza. Kepada wanita-wanita tak sedar diri diluar sana yang teringin memakai kasut Perada atau tas Lewis Vuitton bolehlah cuba belajar skill dari Fira dalam novel ini.
Ini merupakan novel kedua Fixi selepas Pecah yang aku baca…menarik!!! Plot yang berlaku straight forward shj..x flashback…mudah di fahami dgn bahasa2 bakunya…Cuma pada dialog shj dipaparkan Manglish…
Novel ini mengisahkan Fira yg telah diajar ayahnya untuk menipu & memperdaya orang2 kaya untuk mengaut keuntungan…setelah di belot oleh orang kepercayaan Ayahnya…mereka merantau ke pedalaman Bandar Kapit…& apabila berlakunya satu kejadian x di ingini di sana...Fira & ayahnya berpindah ke KL…& secara kebetulan Fira bertemu dgn Sadik…mereka berdua bergandingan dalam menipu orang2 kaya & ahli politik..
Epilognya buatkan aku sedikit ketawa…kenapa?? Bacalah sendiri...Cuma aku tertanya2..watak Khairi, seorang penyiasat persendirian yg membantu Fira masa dia dalam kesusahan…apa yg berlaku padanya??? Couple dgn Fira ke???..apa2 pn boleh di katakan novel yg menarik untuk di baca dari segi plot cerita…
Novel ini begitu berpotensi membikin tangan aku lekang darinya, kerap saja terlucut dari pegangan kerana aku kerap terlelap sepanjang proses pembacaan.
Orang kata, kalau mahu elak kantuk, pandu laju-laju. Sungguhpun ramai berkata naratif novel ini laju tapi kenapa aku tetap rasa mengantuk lantas terlelap?
Aku cuba membayangkan novel ini dalam bentuk live action berharap ia akan tampak lebih menarik berbanding hamparan teks semata walaupun penamatnya bagi aku kelihatan agak mudah dan terburu-buru.
Sebenarnya, menarik juga membaca novel ini dari sudut pandang seorang penjenayah.
Pendapat saya : 1. Terlalu banyak 'kes' kelicikan yang diketengahkan. Rasanya lebih baik jika penulis hanya mengenengahkan hanya satu atau dua sahaja kisah yang saling berkait tentang kelicikan Fira dan konco-konconya itu. Dan berikan fokus kepada 'satu atau dua' kisah itu sahaja sudah memadai.
2. Mengapa hanya pada bahagian akhir sahaja kelicikan Fira diatasi oleh pihak lain? Kes2 kelicikan Fira yang lain dilihat terlalu mudah untuk berjaya. Senang-senang saje mangsa-mangsanya ditipu.
3. Saya rasa 'kelicikan' yang hendak ditonjolkan belum mencapai tahap 'wow'.
buku ni lucu, dan tragis. kalau kaki MLM/scam baca buku ni... wait, dorg mana pernah membaca. Alias dan anak nya watak utama. kadang rasa simpati, tp bila fikir, dorg ni la la punca masalah. entah macamana power boleh tahan penulis2 buku ni buat aku simpati kat orang jahat. lepas tu dia bawa kita imbau kisah permulaan sbb terdesak dgn hidup, dr sana belajar buat jahat.
tapi betul la kata sadiq, nak tipu, tipu penipu.
rate 5, sbb bahan bacaan ringan, xberbunga2, dan sangat menghiburkan bagi aku.
sebab saya tahu buku ni berasal dari skrip drama (or was it movie?) jadi saya rasa teringin sangat nak tengok Licik dalam tv. Siapa yang bakal diambil sebagai Fira, Sadik, Khairi, Alias. All in all it was a good try. nice book. :)
LICIK memang Licik! The novel reminds me of Sidney Sheldon's 'If tomorrow comes'. Clear, fast-paced, unpredictable. However, somehow the first few chapters seem more 'Malaysian' to me and it gets more Westernise after that. Great effort, nevertheless.
Cane nak review eh. Aku suka permulaan cerita dia, laju. Tapi start Fira jumpa Sadik, aku rasa agak tak slow gak membaca mungkin sebab banyak part2 18sx tu.
Dan aku rasa part Alias balas dendam kat Rais tu macam xperlu. Mungkin writer nak matikan watak tu dan cari sebab untuk akhirnya anak Rais pulak yang balas dendam.
Balas dendam. Penipu yang akhirnya kena tipu dengan penipu. Dan kebanyakkan watak dalam cerita ni ada history yang buruk dari sejak kecik lagi.
Tapi siyes, aku bengang part Alias tipu Saliza. Tu penipuan yang paling jahat dalah cerita ni. Mungkin sebab mangsa dia perempuan. Tu buat aku emo!