Jump to ratings and reviews
Rate this book

Naara

Rate this book
Nur Inaara Tajul. Si andartu comel yang mampu meruntun hati lelaki untuk dekat. Luarannya nampak comel dan lembut. Dalamannya begitu tegas dan diktaktor. Sekali bibir itu berbicara, pastinya ada mangsa yang malang. Terlalu biasa menggalas beban di bahu buatnya keras dalam mendisplinkan pekerja.

Akid Zulfan. Kacak. Tinggi lampai. Menjadi bualan gadis. Mamat kilang yang menarik perhatian Naara. Lagi-lagi bila mama tidak sudah membebel agar menamatkan zaman anak daranya. Kalau dia perlu kahwin, kenapa tidak dia memilih lelaki yang sedap mata memandang? Kalau perlu dibeli lelaki itu, dia sanggup membayarnya. Yang penting lelaki itu harus mendengar perintah!

“Are you sure?” soal Akid dengan kening terjongket.

“Sure. I biasa tidur dengan adik I,” balas Naara yakin. Tiada salahnya tidur dengan lelaki yang sebaya dengan adiknya itu.

“Adik?” balas lelaki itu dengan senyum sinis di bibir.

420 pages, Paperback

First published July 1, 2017

4 people are currently reading
20 people want to read

About the author

Muna Mahira

31 books52 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (26%)
4 stars
16 (42%)
3 stars
12 (31%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
December 25, 2017
Saya beri 4* sebab cerita ni stress free. Ni untuk hubungan Naara dan Akid sahaja.

Naara seorang wanita 30 tahun yg garang. Aura dia buat semua pekerja gerun & senyap serta merta. Tidak percaya akan cinta sejati ataupun happily ever after in life. Ada sebab dia begitu. Pengalaman cinta lalu dan juga kehidupan ibunya yg hidup bermadu buat dia jadi seorang yg sukar mempercayai lelaki.

Saya suka cara Akid meladeni Naara dari awal hingga akhir buku ni. 5 tahun lebih muda tapi kematangan dia melebihi usianya. Ceria, nakal, observant, manja dan matang. Ooh ya..kuat cemburu and very protective too. Walaupun pertemuannya di rancang atas sebab tertentu namun ia berubah sejurus sahaja dia mula mendekati Naara.

Jerat memakan tuan. Itulah Naara. Melamar untuk menutup mulut ibunya dari terus memaksa dia berkahwin. Ingin control suami tapi sebaliknya berlaku. Yg saya suka dia seorang isteri yg patuh walau ada ketika, kita akan berasa jengkel dgn sikap Naara. Sekelumit sahaja rasanya. Lebih sweet bagi saya.

But dalam cerita ni..yg akan buat kita sedih geram dan marah lebih pada ketabahan ibu Naara. Hanya didatangi suami untuk melunaskan hajat batin dan meminta wang perbelanjaan. Selesai bisnes dia pulang ke pangkuan isteri kedua. Tidak pernah bermalam hanya untuk satu scene je dia bermalam di rumah Naara. Begitulah kehidupannya sepanjang perkahwinan mereka.

Saya minus one star sebab tak berapa jelas jika ibunya benar2 telah bercerai dengan bapanya. Bagaimana kehidupan isteri kedua dan bapanya selepas itu. Gambaran yg saya dapat mungkin penceraian itu berlaku kerana diakhir cerita ada menyatakan untuk mencari calon suami buat si ibu. Dah kisah cerita pasal Naara takkan nak lanjut pada si ibu, kan? But a closure on this will be good. Alang2 dah seluk pekasam..hmm. Demand pulak saya ni. 😂😂
Profile Image for Nur Afiqah.
30 reviews3 followers
November 26, 2018
Orang kata, jangan terlalu yakin berkata-kata kalau kita tak pasti apa yang hati kita nak. Hati itu berbolak-balik sifatnya. Itulah Naara, yang memilih untuk tidak mahu jatuh cinta dengan mana-mana lelaki kerana trauma dengan kemelut rumah tangga ibu dan ayahnya. Namun, siapalah dia untuk menolak kehadiran Akid Zulfan yang berjaya membuat hatinya berlari laju. Konon tak akan tewas dengan lelaki apatah lagi Akid lagi muda daripada Naara, tapi sudahnya dia pun tak sedar bila dia dah mula sayang pada Akid. Ingatkan, dia boleh queen control kan si Akid lepas kahwin tapi sebaliknya pula yg jadi. 😆

Sweet. Stress-free. Trademark karya kak Muna Mahira 😄
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
December 31, 2018
naara. si cantik comel yang dikata andartu kerana sudah berumur 30 tahun tapi masih belum berkahwin. seorang pengurus kilang yang sangat tegas. seperti ada satu gelombang aura yang menggerunkan mengiringi gadis yang seolah tak punya perasaan ini.

dipaksa berkahwin oleh puan nisrina kerana tidak mahu anaknya itu terus dicela dan dicemuh kerana masih tidak berkahwin. buat naara berfikir dan...

watak akid yang tinggi lampai, kacak dan bekerja sebagai technician di kilang yang sama. akid pun agak tertarik dengan ketrampilan naara. dia mulakan langkah dan tanoa disangka, naara lagi pantas mencetus rencana.

kisah keluarga diterap dalam karya puan penulis Muna Mahira. kali ini kisah ketidak adilan dalam bermadu. puan nisrina, walaupun dia isteri pertama tapi sering ditidakkan hak oleh encik tajul. anak-anak lama makan hati terutama naara yang menanggung dan menyara keluarga. encik tajul juga memang bapa yang sangat kejam. manakan tidak, untuk menjadi wali pun naara harus membayarnya. hampas punya bapak!

tapi realiti kehidupan, itulah puan penulis bawa dalam karya ini. ada saja ibu bapa yang pinggirkan anak. ada jugak yang terlalu menatang hingga percaya bulat-bulat kata-kata anak. fitnah, sangat berbahaya dan mampu memporak perandakan kehidupan. iri hati? kenapa hendak dirosakkan hati dengan entah apa-apa yang negatif?
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
July 24, 2022
[BOOK 14]

Naara by Muna Mahira.
.

Okaylah, aku warning siap-siap, yang mana pernah baca buku MM, sama la jugak stailnya dengan yang ini. Biasanya untuk adik-adik bawah 18 tahun, aku tak suggest baca la. Kang korang merengek nak kahwin, akak takleh nak tolong la sebab akak pun single lagi.
.

Berbanding kebiasaan novel MM, kali ni, ditonjolkan pada awal cerita, watak Naara yang lebih keras, dingin, garang, berbanding Akid yang 5 tahun lebih muda, lebih ceria dan periang.
.

Akid ni pada awalnya tertarik dengan Naara sebab Naara je satu-satunya perempuan yang ignore je dia, while the other girls semua berebut nak kasi air la, nak bagi layanan terbaik untuk Akid. 😪 So, basically, Akid tak cintakan Naara pun la.
.

Sehinggalah Naara melamar Akid sebab Naara dah start serabut bila maknya suruh dia kahwin. Dia melamar Akid sebab dia nampak Akid ni jenis boleh diarah. Naara dah biasa jadi ketua, dia tak suka mengikut arahan. Tapi Naara dah silap besar.
.

Akid terima Naara sebab dia rasa, kalau dia lepaskan lamaran ni, dia takkan jumpa dah perempuan seperti Naara. And they finally getting married.
.

Okay, macam biasalah, lepas kahwin, banyak adegan manis suami isteri la. Akid yang budak-budak tu pun, pandai menjinakkan Naara. Naara memang tak boleh nak melawan la bila Akid bersikap dominan, posesif gitu.
Profile Image for Mslvoe.
2,062 reviews200 followers
April 27, 2023
Best! Jatuh cinta dengan Akid. Relax je. Umur muda tapi karisma mantap like adult man.

Satu lagi terhibur dengan siblings Naara. Masing³ protect kakaknya.

Keluarga tiri pulak teruk. Dia yang merampas tapi tuduh isteri pertama yang jalang. Bermimpi ke apa diaorang ni? Selalu camtu.. yang jahat suka play victim.
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
April 19, 2023
Terhiburrr!! Terhibur dengan sikap miang Akid. Terhibur dengan PA Naara. Terhibur dengan pangai adik beradik Naara. Cuma tak terhibur dengan perangai tak rilek busuk hati keluarga tiri Naara termasuk bapaknya yang mmg minta kena maki. Best story ni!!

Hasil bacaan percuma kt PNM.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.