Jump to ratings and reviews

Nadim

Dia ada tetapi bukan untuk dimiliki ibunya sendiri.

Dia manusia tetapi bukan untuk dididik menjadi manusia sejati.

Dia di sana mendewasakan diri tetapi nalurinya tetap seorang insan yang ada rasa ingin dikasihi.

Kerana cinta kepada manusia, dia sanggup khilaf.

Kerana ibu dia kembali.

Kerana June dia rentasi.

Matlamatnya hanya meraikan cinta hakiki seorang lelaki.

Biar dia dibenci, janji cinta itu dimiliki.

Nadim bukan manusia biasa.

Cintanya juga luar biasa!

392 pages, Paperback

Published December 1, 2017

Loading...
Loading...

About the author

Ida Anuar

30 books10 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (37%)
4 stars
4 (50%)
3 stars
1 (12%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
February 7, 2018
NADIM
by Ida Anuar

Asiah mengandung selepas 3 bulan berkahwin, berita yang sememangnya menggembirakan suaminya Zulkifli. Di awal kehamilan perbagai kejadian pelik seperti tumpah darah dan gangguan yang dialami Asiah. Nasib baik, kandungannya masih selamat. Tanpa diketahui, Asiah diganggu saka arwah bapa mertuanya dan dia bernasib baik kerana dijaga Wangsa, seorang bunian. Namun, adat pertolongan dari kalangan jin, haruslah dibalas dan balasannya, seorang anak dalam kandungan Asiah harus diserahkan kepada Wangsa untuk dijaga. Dan, begitulah kehidupan Nadim dan kembarnya, Syed Nadim yang terpisah antara 2 alam. Atas janji yang dimaterai bersama, Asiah masih dapat berjumpa Nadim dan Syed Nadim, namun tidak di mata orang lain. Segalanya berubah apabila sampai waktunya
Nadim harus memilih untuk terus tinggal di alam bunian atau kembali ke pangkuan keluarga asalnya..

Saya suka dengan kelainan yang dibawakan, genre fantasi cinta yang jarang diperkatakan. Olahan penulis pun santai dan tidak terlalu berat. Tak banyak konflik pun, more pada kehidupan kembar yang menjalani hidup berbeza. Memang menarik dibaca!

Mungkin terlalu nipis, sehingga terasa terlalu pantas pergerakkannya, terutama apabila banyak kematian yang silih berganti. Andai dikemaskan lagi, akan lebih mengesankan dan lebih sedih untuk dihayati.

overall, saya suka cerita ini. Tahniah penulis.

*rating : 4.2*
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books111 followers
December 28, 2017
puan penulis kak Ida Anuar, kemunculan nadim ni mula-mula dalam paredolia kan? ok.. ini kisah nadim dari awal. dari kisah dia dalam perut ibunya asiah. kisah bagaimana dia dijejak dan dituntut oleh makhluk jin yang bernama bunian. wangsa atau haji sulaiman menuntutnya sebagai balasan menjaga nadim dan syed nadim dari dalam perut asiah lagi.

mereka kembar. dan demi janji, nadim dibenarkan bersama kembarnya syed nadim walaupun dia tidak kelihatan pada pandangan manusia lain. kehidupan yang digambarkan sama seperti makhluk bunian yang lain cumanya sebagai manusia, tingkahnya masih seperti manusia biasa. bila makin dewasa perwatakan jelas berbeza. nadim lebih sopan dan lembut manakala syed nadim agak agresif dan kasar.

tidak ada konflik atau kisah yang berat sangat sebenarnya. tapi inilah nadim, manusia biasa yang 'dipinjamkan' kepada mahkluk bunian yang tidak punya anak. punya hati dan perasaan cinta seperti manusia biasa juga. mumcul watak june yang hijabnya terbuka. dari kecil dia boleh nampak nadim yang halimunan tapi bila dewasa, syed nadim yang meminang! aduhai...

perjalanan kisah panjang sebenarnya. hubungan adik beradik yang rapat. mak yang sayangkan anak-anak sama rata. kisah janji yang dipegang dan ditunaikan. kisah mengharung dugaan hidup untuk mencapai cita-cita. dan, kisah cinta yang membuatkan segalanya indah tapi pengorbanan amat besar yang perlu dilakukan. mungkin ada sedikit-sedikit perjalanan kisah mendatar dan datang pula watak tempelan yang boleh ditiadakan tapi semua tu tak menjadi masalah. sebuah kisah masyarakat yang harus dihadam dan diambil pengajaran...ooppsss... suami isteri, rahsia mungkin ada tapi jujur lebih utama ya..
Profile Image for Eyd1410.
840 reviews23 followers
January 29, 2019
Nadim mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang anak yg hidup di dalam dua dunia. Dia manusia tetapi dibesarkan oleh keluarga bunian. Namun setelah dewasa Nadim dilepaskan tanpa syarat.

Saya suka dengan kisah yg dilakarkan penulis. Sangat kurang novel2 yg ada di pasaran membawa genre sebegini. Namun utk kisah Nadim ini saya rs x puas. Mungkin cerita tentang Nadim ini terlalu ringkas. Kalau penulis fokus dengan lebih mendalam terhadap watak Nadim, pasti ianya lebih ohsem.

Walau bagaimanapun, saya sgt teruja utk membaca kisah yg dibawakan oleh penulis utk novel2 yg seterusnya.
Profile Image for Ungu Karmila.
73 reviews3 followers
June 12, 2022
December Roll Up (12)

29/12/2017

Nadim
Ida Anuar
Penerbitan Besh Q

Kisah yg mncbr pmbacaan sy.haha..tp sy enjoy.
Kisah kembar yg punya nm yg sm tp hdp dlm alam berlainan krn janji ibu nya.
Krn fitrah,dia kembali. Krn cinta,dia pulang ke pangkuan ibu kandung nya.
Part mncbr pbcaan sy,bl kembar bertukar identiti. Kena pulsk tukar perwatakan jgk. Hnya june & ibunya perasan tp dia mnidak kan. Shgga 1 tragedi,barulah semuanya terbongkar,mngundang kmrhan si isteri,june.
Syed nadim yg lemah lembut. Nadim yg beku.

4*
👍
Profile Image for Sha Mohamed.
2,571 reviews1 follower
August 2, 2020
Kisah manusia yang dibesarkan di alam lain.. Namun nalurinya manusia, tetap kembali kepada fitrahnya manusia.. Bukan mudah menghalang namun pecaturannya salah..
Kesalahan dan pembohongan akhirnya terbongkar.. Cinta.. Kerananya manusia sanggup melkaukan apa sahaja..
10 reviews1 follower
April 13, 2020
Jalan cerita memang menarik.. Mengisahkan 2 alam berlainan iaitu alam bunian & alam manusia biasa..

Habis membaca pada tahun 2019
Displaying 1 - 6 of 6 reviews