Kata Mazrik, dia ada lima orang adik. Kata Tia, sebab Mazrik tua lima tahun daripadanya, macam tidak beradab pula jika dia terus panggil lelaki itu dengan nama. Jadi mereka declare, MAZRIK adalah ‘abang’ dan TIA CLARISSA adalah ‘adik’. Baik Mazrik mahupun Tia, masing-masing mengetahui yang mereka telah dimiliki. Mazrik, milik tunangannya sejak tiga tahun lalu manakala Tia, setia kepada Am yang see jhansiap ada sekejap tiada.
“Kak Suria sihat, abang?” – Tia
“Am bagi birthday present apa pada adik?” – Mazrik
Karakter Mazrik yang cool dan matang menyebabkan Tia selesa jadi diri sendiri tanpa perlu kontrol ayu. Di matanya, Mazrik bukan Am yang dia perlu berkelakuan sempurna. Mazrik adalah abangnya yang sentiasa menerima kekurangan dan kelebihan setiap adik-adiknya.
“Kalaulah kita berjumpa lebih awal…” – Mazrik
“Abang bila nak kahwin dengan Kak Suria? Jangan lupa jemput tau!” – Tia
Saat ada hati yang berubah, ada jiwa yang rasa terperangkap. Satu pihak cuba meluahkan, satu pihak berkeras menafikan. Bagi Tia, Suria terlalu baik untuk dikhianati dan dilukai. Jadi apabila Mazrik meletakkan syarat, dia sedaya upaya memenuhinya, asalkan pernikahan Mazrik dan Suria diteruskan. Ditegarkan hati menerima ketentuan Ilahi, namun mengapa mesti lelaki yang bernama Mazrik Hakimuddin muncul saat jari manisnya tersarung cincin milik Amir Hamzah?
“Tia.” – Mazrik
“Adiklah!” – Tia
“Tia.” – Mazrik
“Rissa then.” – Tia
“Tia.” – Mazrik
“Orang lain semua panggil Rissa tahu tak?” – Tia
“Abang bukan orang lain, abang adalah abang. So, kalau nak abang maafkan Tia, T-I-A, Tia. Titik kekal.” – Mazrik
“Uffftttt! Abang memang gila!”- Tia
Mazrik nekad. Kali ini, dia takkan mengalah. Tia Clarissa bukan lagi adiknya. Sebaliknya Tia Clarissa adalah Tia, gadis dalam hatinya.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM13. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
The whole panggilan abang-adik thing is just gross for so many reasons.
1. Mazrik mahupun Tia bukannya budak sekolah yang nak main-main adik beradik angkat. Both of them adalah pelajar Master. Bila dah masuk tahap Master ni, dah takdanya nak mengada ambik adik-abang angkat. Masing-masing dah cukup tua dan matang and aim nak graduate jer. No time to play pondok-pondok lagi dah. Mahu roboh pondok tu.
2. Panggil abang-adik lepas tu boleh jatuh cinta. Just no.
N rasa the whole story is meant to be cute and romantic. But I just don't get any of that. It was neither cute (mengada ada lar) nor romantic (macam mintak kaki jer).
I would have like it better kalau kedua-dua watak utama dalam cerita ni will act more their age.
And satu lagi, best friend Tia ni (whose name I don't remember anymore) takda keluarga or tempat tinggal sendiri ke? Dah lar tinggal serumah dengan family Tia, lepas tu asyik menempel jer dengan Tia and kemudian sibuk jadi orang tengah/penasihat.
3.7* I didnt read her Mr Awesome Guy but I read the other one and I simply love it. Yg ini tidak kurang hebatnya namun ada juga yg kurang memuaskan hati saya. Tidak banyak. Sikit sahaja.
Glimpse : 1. Permulaan cerita amat menarik tapi bila dah mula adengan tarik tali dari Tia, ia terasa amat menyebalkan. Bukan itu sahaja saya rasa sikap Tia tersasar jauh dari lulusan Master. More to budak baru nak ambil SPM. Especially after she graduated and start berjiran dengan Mazrik.
2. Tia (Rissa), 24 yrs old. Master Degree • Bercinta ngan Amri for 5 yrs. • Tapi macam tak wujud gitu dirinya pada Amri yg berkali2 curang. • Seorang yg polos, tak berpura2 dan amat setia. • Nakal dan manja serta bersahaja except bila bersama Amri yg macam biskut kehadirannya dalam hidup Tia. He is very particular about social etiquette. • STUBBORN or Ego. • Terlalu menjaga hati manusia tak kira siapa dan overthinking. • Terlalu kisahkan apa akan org katakan tentang dirinya. • Adik angkat Mazrik hingga terangkat. 🙄
3. Mazrik, 29 yrs old, Mater Degree • Bertemu Tia di Uni. Sama course. • Serba boleh dan sederhana orangnya. • Lembut dalam tutur bicara serta tenang. • Tidak mudah melenting. • Dari keluarga yg ramai beradik dan sederhana kehidupan. • Telah bertunang dengan Suria selama 3 tahun tapi belum ada ura2 untuk berkahwin until cabaran dari Tia. Like what?!!
Sesiapa sahaja pasti tertarik dengan kewibawaan seorang Mazrik.
_______*****_______
Ok saya tak nak go in depth with the in and out of their love story. Because at the end of the day they will still end up together and live happily ever after. Saya nak go straight to Tia Clarissa attitude.
1. Enggan di tuduh perampas lantas perasaan cinta di pendam sendirian. 2. Semakin jauh Tia berlari semakin dekat Mazrik mengejar. 3. Setia tak bertepian pada orang yang salah. 4. Wajarkah dalam menjaga perasaan si kakak, dia sanggup menghancurkan kebahagian sendiri? 5. You cant compel to love another. Mazrik bukan barang yg boleh di agih2kan. 6. Adakah ini satu kebodohan atau ego? Sanggup menempah bala dan sanggup merana sepanjang berumahtangga jika perkahwinan itu terjadi? 7. Akan bahagiakah jika kakaknya tidak di cintai Mazrik. Its not like Mazrik is leading her on or confess anything to Ara. Duh. 🙄 Its not a win win situation at all.
Apa yg saya tak suka dalam novel ni : 1. Part paedophile was too short. Amri scenes are mostly like special appearances on set. And the emotion that was supposed to flow out was not executed well..Thus I just felt blank about it. 2. Dah tahu jiwa Tia ni bercelaru dan sering berbolak balik, kenapa tak pernah sekali pun istikharah disebut. I mean dia seorang yg punyai pegangan yg kuat. Batas pergaulan cuba di jaga sebaik2nya. Sholat dan rajin mengaji but nobody in her family ever advise her on Istikharah? Saya terlepas pandang ke?
Bab sholat dan mengaji..i like that author elaborated slightly on it. Khusyuk ke ikhlas ke and so on..but still no istikharah mentioned? I mean mmg tak semua orang yg melakukan istikharah pandai menilai setelah di beri petunjuk but then I believe jika minta di permudahkan urusan jodoh bukankah lebih afdhal?
Mungkin saja rasa itu salah tempat, salah org & salah masa. Kalaulah mereka bertemu lebih awal....
Tetapi apalah daya mereka...semakin mereka menafikan perasaan yg terbit, semakin mekar rasa itu. Hingga akhirnya, seorang Mazrik tergelincir hatinya dr landasan & seorang Tia, setianya berbalas luka. Atau sebenarnya, mmg itu semua dorongan jodoh mereka.
"You are my forever signorina" - Mazrik. Sungguh Mazrik terlalu sarat dgn rasa cinta buat signorinanya. Melayan Tia seperti puteri raja. Mahunya Tia, Mazrik kekal sebagai penjaganya sehingga ke hujung nyawa.
Namun hdup tak pernah dapat lari dr diduga. Yg dulunya pernah mengalah, datang kembali untuk menggugah...hingga kepercayaan menjadi goyah. Mujurlah akal yg sembilan mampu memulihkan keadaan.
I love it when you call me señorita I wish I could pretend I didn't need ya But every touch is ooh la la la It's true, la la la Ooh, I should be running Ooh, you keep me coming for you...
kihkih... serius la, lagu ni di mana-mana berbunyi waktu akak baca novel ni. watak tia clarissa ni manja, educated, sexy in her own way. hinggakan mazrik yang akak rasa wataknya pegun pada permulaan pun dalam diam jatuh hati pada tia. mazrik ni dah bertunang ya...
tia ni pun dah ada buah hati. amir hamzah, seorang doktor. tapi aura am ini tak sekuat mazrik. dan dia pun bukan manusia yang ambik berat. apa-apa semua mazrik yang ambil tempat bila tia memerlukan.
bila kakak tia, tiara pun tunjuk suka pada mazrik, tia terus setuju bernikah dengan amir tapi tanpa dia sangka amir menyembunyikan sesuatu perkara yang sangat jijik. nyaris saja tia bernikah dengan seorang pedofilia!
aduhai... semua itu sebenar menjadi asbab untuk mereka bersama. mazrik yang dari awal tak jadi bernikah dengan suria dan tia yang nyaris saja bersama am. sweet perjalanan kisah rumah tangga mereka yang disusun cantik oleh penulis AQ Novelis.
ingat mazrik ni perfect? tak... ada juga khilafnya hingga buat tia sangat terasa. rumah tangga mana tak dilanda badai? hati mana tak diduga? tambah bila insan yang paling hampir yang mengganggu, yang tak disangka langsung. andai diduga, ambillah masa bertenang. duduk berbincang dengan baik. letakkan akal di hadapan perasaan supaya tidak terburu berbuat keputusan.
bercinta terus bila sudah berkahwin? yes beb... kata nak bahagia sampai hujung nyawa, kan? so, terus bercinta ya!
What's not to like? 1. Hero 'superman' - abang, kekasih, suami sempurna, rasa macam dah lama gila tak jumpa hero2 macam ni - balik2 anak jutawan, super-kerek, ego melangit tak bertempat, sombong, berlagak bla2; heroin intelligent+comel (+kalut+kelam kabut+manja+degil+macam-macam lagi perangai cute tapi takdelaa menyakitkan hati sangat)
2. Cerita pasal 3 jenis hubungan - fasa pertama, platonik (adik-abang bukan kandung), fasa kedua, cinta sebelum kahwin (dan misi hero merampas awek/tunang orang - tema cerita2 super-duper-megahit Shah Rukh Khan, haha), fasa ke-3 cerita2 pasca 'happily ever after' (yang bergula2 terlebih manis) - and it impresses me that semua fasa2 tu dijalin dengan baik i.e. smooth transition gitu i.e. takde elemen 'tiba2' macam dalam (banyaaak) cerita2 lain
3. Watak2 sampingan takdelaa melampau sangat buat drama opera sabun, tapi adalaa jugak kurang sikit tang cara penulis menamatkan hubungan hero dan heroin dengan tunang masing2 (ada simetri gak pasal dua2 berpisah sebelum berlangsung akad nikah - spoiler ke ni?) - mungkin lagi best (IMO la) kalau scene2 watak BBF tu dikurangkan sikit & bagi tempat kepada Suria dan Am 'bersuara', satu lagi nak tau gak kenapa watak jahat berubah buat benda2 yang dia buat? ke puan penulis nak buat cerita spin-off i.e. Tiara+Hadi?
4. Lain-lain: perjalanan cerita okay - suka cara penulis dedahkan 'personality quirks' watak2 utama, bahasa elok - sesuai ngan rom-com/light drama, mood pun ringan - kurang adegan air mata pasal hero pandai pujuk heroin, opening dan ending yang ... okay jugak laa
So, that's it, 3 stars - recommended, pasal aku rasa cerita ni jenis buleh baca banyak kali
Done. Buku ebm 2017. Ni karya pertama penulis aku baca. Hati tertarik nak beli buku ni lepas baca teaser2 yang di up di muka buku.
Mazrik signorina, dalam hati tertanya wujudkah lelaki yang bagi aku tersangat lah baik ni. Yang tenang2 jiwanya tu. Mungkin ada. Siapa tahu kan.
Bermula dengan frasa abang dengan adik. Lama kelamaan hati mazrik tersasar. Ada sejenis perasaan yang timbul dalam jiwa lelakinya. Begitu juga dengan tia. Sedangkan mereka berdua sudah punya teman istimewa masing2 .
Akhirnya sesuatu terjadi, dan mereka diijabkabulkan. My lovely signorina. Itu panggilan mazrik dekat tia. 😍😍😘😘 Aku pun tersipu juga. Macam mazrik panggil aku. Haha. Sekali sekala perasan. 😜😜 Lepas kahwin sikap keromantisan si mazrik ni bertambah. Namun, pelangi yang menyinari hidup tia dgn mazrik muncul cuma seketika. Datang pula si blondy crown. Telah gugatkan hubungan tia dengan mazrik. Yang waktu ketika tu, tia tengah hamilkan anak mereka.
So apakah yang akan terjadi? Sampai tia lari bawa diri? Adakah tia akan kekal sebagai mazrik's signorina? Kenalah baca.. ☺
Tahniah cik penulis Aq. Lepas ni akak cari lagi karya mu yang lain ya. 😉 Dan baru ku tahu kenapa tupai tu wujud atas meja time sign novel dulu. Haha. Adios. ✌
not bad cuma terganggu dgn beberapa scenes plakuan am dan tia yg bcium dahi, dan juga plakuan mazrik pd tia atas dasar tlalu syg. jujurnya bila tiada batasan ini terasa kecatatan dlm cerita sb pd awl pembacaan sbgai pbaca kita merasakan mereka berdua seorang yg pandai menjaga maruah diri. overall nya novel ini boleh dilayan 😋 walaupun sukar sikit utk dihadam kerana plakuan2 hero dan heroin.