Afifah, seorang gadis yang tercampak ke zaman silam. Purnama Nilam, seorang panglima yang setia. Mereka bertemu dalam satu suratan, gelang dan belati. Membina persahabatan dalam sebuah kembara, menemani Raja Muda mencari seorang bakal permaisurinya, Seri Cahya.
“Izinkan hamba untuk melindungi Afifah,” pinta Purnama Nilam.
Hukum alam, seorang manusia tidak bisa hidup dalam dua zaman yang berbeza dalam satu masa. Lantas, adakah takdir bakal merenggut di saat hati mengecap bahagia rasa? Afifah perlu kembali ke dunianya.
“Maka, siapakah yang akan melaksanakannya, kanda?” tanya Seri Cahya kepada suaminya.
Aku masih tertanya-tanya kenapa tajuk & gambar cover dipilih untuk buku ni.
Mungkin ni adegan akhir tu lah kot, tapi dah mcm zombie dah gambar ni hurmm entah lah
Rasanya, tajuk "Afifah" mungkin lebih tepat, sebab jalan cerita memang berkisarkan hidup Afifah yang tiba-tiba masuk ke zaman lain.
Cerita ni manis bergula antara Afifah - Purnama. Suria - Cahaya pun tak kurang hebatnya.
Cuma bagi aku rasa adegan Megat datang menyerang tu tak adalah best sangat sebab tak capai klimaks yang aku harapkan. Banyak adegan yang mengingatkan dengan musang berjanggut.
Sebagai seseorang yang sangat meminati cerita sejenis berbeza zaman apatah lagi zaman Kesultanan Melayu Melaka aku tak dapat nak rasa perasaan yang bila kita baca terasa masuk juga ke zaman yang berbeza, tak sampai. World building pun macam kurang diceritakan terasa seperti sama zaman cuma berbeza cara pertuturan saja. Dan untuk watak Afifah & Purnama aku tak dapat nak kenal dengan lebih mendalam hanya permukaan sahaja. Tetapi tetap saja aku boleh rasa kemanisan antara Afifah & Purnama, tambahan bila mereka saling bertukar surat untuk meluahkan perasaan, aku suka bahasa yang digunakan, terbuai-buai. ~
Kita terjun baca buku ni tanpa baca sinopsis atau review. Judging from the cover, kita mati mati ingat ni horror/thriller mystery rupanya romance hahahhaa
“Musang Berjanggut” Sepanjang panjang baca buku ni, kita clueless. Tutup buku, bukak review GR, baru kita tahu Sindrom ni (not totally) based on cerita Musang Berjanggut. Kita baru Google cerita tu and tahu kewujudan filem Musang Berjanggut by P Ramlee tu TT
So dari segi cerita, tak banyak pun kita boleh komen. Sindrom ni macam Musang Berjanggut + Siri Sunan + Scarlet Heart Ryeo sikit altogether. Cuma bezanya Afifah (heroin) dalam ni tak annoying macam Haryani (siri Sunan), sentiasa ke depan walaupun dia perempuan, jadi kita suka bab itu.
Cuma mungkin bagi kita, dialog nya agak canggung and tak konsisten. Afifah tu asalnya dari masa hadapan tapi takde siapa question bila Afifah guna perkataan yang pelik contohnya ‘formal’ like supposedly orang pada zaman tu takfaham term tu. Penggunaan kata ganti nama pun kurang konsisten, asalnya ‘saya’ tapi lama lama jadi ‘hamba/tuan hamba’ pulak. Agak confusing la part ni.
Characters eh hm. Kita suka la Purnama & Afifah dalam ni. Dua dua sopan dari awal sampai habis, green flag all the way. Takde terburu buru, respect each other. Takde konflik orang ketiga ke apa. Goals.
Cumanya kan, hampir semua watak dalam ni orang baik (?) oh maybe ada la sorang dua yang jahat sebab mereka memang dicipta untuk jadi jahat tapi yang baik ni baik yang tak keluar character “baik” tu langsung. So bila baca tu macam “sopannya semua orang dalam ni” lama lama agak tak fun sikit.
Overall, bacaan yang santai and kita lega sebab ada sekuel hshahahah how could you after that ending TT - 3.5 🌟
Please don't get mad at me. Ini pendapat peribadi saya tauuu 🙃
Plot novel ni memang seronok, memandangkan saya memang suka sangat dengan tema 'isekai' which is you tercampak jauh ke dunia lain, berbeza zaman dengan zaman yang awak hidup. That is my toptier genre tapi untuk buku ni saya rasa pembawakan cerita berbeza zaman tu tak sampai.
Gaya penulisan penulis buatkan saya sedikit terganggu untuk terus teruja dengan apa yang terjadi seterusnya. Mulanya saya memang benar-benar teruja dengan kisah antara Suria Kencana dan juga Purnama Nilam tak lupa dengan kehadiran Afifah dalam pengembaraan mereka tapi makin lama saya rasa cara penyampaian penulis tu tak berjaya untuk setiap klimaks, baru je nak start engine ehh berhenti di situ sahaja? Selalu terhalang dengan lompatan situasi baharu setiap bab. Dan cara lompatan penceritaan tu pula tak smooth, dia macam tiba-tiba sedikit.
Dan saya sangat mengharapkan world building untuk zaman dahulu kala tu difokuskan juga memandangkan buku ini berkisarkan perbezaan zaman. Untuk zaman moden tu saya tak boleh nak sentuh sebab saya bukanlah orang Kuching dan tidak pernah ke sana tapi saya tentunya belajar benda baharu membayangkan bagaimana keadaan di sana.
Karakter setiap watak jugak tidak ditonjolkan dengan begitu baik, saya tak cukup mengenali Purnama Nilam dan Afifah dengan lebih mendalam (saya tak suka nama Afifah sebab saya ada sejarah hitam dengan nama ni ahahaha my personal problem but please this doesn't effect my rating) Cukuplah setakat di situ saja memandangkan penulis banyak 'tell' berbanding 'show'.
Watak Afifah dikatakan tabah tapi saya cam pishang sikit sebab dia selalu je ada masalah yang timbul dengan saya sakit hatinya dia boleh selamba je pergi pantai sorang-sorang? Awak tu dah kena serang dua kali tau! Kenapa awak boleh selamba je pergi keluar sorang-sorang anak dara oi? Ya, Afifah mungkin tabah tapi dia tak wise lah aka tak bijak 🤦♀️
Tapi untuk bab-bab terakhir tu kan, memang saya meremang jugaklah. The intensity between both of our main character tu. Haihh, kenapa ending macam tu ekk? Sakit hati aku membacanya haha.
Oh iya, saya nak tegur satu ni which is writer promoting the Law of Attraction (boleh semak m/s 155). Saya tidak setuju dengan ini memandangkan ada bukti bahawa Law of Attraction bercanggah dengan ajaran Islam. Saya tak nak ulas lebih kerana saya tidaklah mahir, saya tinggalkan beberapa pautan berkaitan dengan Law of Attraction dari sudut pandang orang yang lebih ahli:
Facebook Mohd Masri Mohd Rosli (Law of Attraction dari sudut pandang Islam):
akak tersilap agak. ingatkan novel seram ke, thriller ke... sesuatu yang biasa tapi punya kelainan dari penulis Tey Marzuki ini. beb... serius, best!
mesti ramai pernah tonton kisah musang berjanggut, kan? korang just ingat cerita Tan Sri P. Ramlee pun okey dah. kisah putera raja yang mengembara untuk mencari jodoh. tapi kali ini ditambah dengan putera raja itu ditemani oleh panglima dan tiba-tiba juga datang seorang gadis dari masa depan, turut serta sama dalam pengembaraan itu.
afifah, seorang doktor. anak tunggal dan telah kehilangan ibu bapa dari dia kecil. dia sering di datangi mimpi. di pergelangan tangannya pula terletak cantik gelang perak yang dikatakan punya pasangan, dalam bentuk fizikal yang lain, yang mampu menemukan pemilik walaupun merentas zaman.
haa.. tambah menarik sebenarnya di waktu kini afifah ini di diagnos punya penyakit. itu yang dia rebah tiba-tiba. nampak tak, bijak penulis menggabungkan sesuatu yang sangat luar jangkauan dengan sesuatu yang dapat dikaitkan dengan sains perubatan.
tapi, yalah. segala apa tiada mustahil.
seronok baca bagaimana afifah menggunakan alam semulajadi sebagai bahan ubatan. walaupun kisah zaman lampau tapi penulis tak adalah nak terlalu titik beratkan penyampaian dari segi lenggok bahasa. sedang sedap saja untuk dibaca.
beb. akak nak baca sekuel seterusnya. nak tahu apa jadi dengan afifah dan purnama. eh? korang tak nak beli dan baca ke?
Mula-mula takut juga nak beli sebab cover dia ingatkan cerita seram atau apa tapi ternyata bukan. Berkisahkan afifah yang boleh terserap masuk ke zaman purnama nilam. Suka dengan garapan penulis lebih-lebih lagi bahasa yang digunakan di zaman purnama itu. Nampak perbezaannya dan latar belakangnya jelas menjadikan aku rasa dibawa bersama ke zaman purnama nilam. Aku sangkakan buku ni stand-alone tetapi tidak rupanya. Ada sambungan. Kalau takde sambungan aku pasti terkebil-kebil di helaian terakhir haha. Kudos pada puan penulis untuk novel yang ini. Menarik.
Macam mana nak cakap ea perasaan lepas dah nampak "tamat" tu, oke saya ulas sedikit. Jalan ceritanya betul2 mcm filem musang berjanggut, tapi ini lebih ✨EKSTRA✨ di temani dengan dua watak utama Afifah & Purnama Nilam.
Afifah yang datang nya dari masa hadapan, tercampak ke masa lampau dan menemui putera suria kechana dan purnama nilam sebagai laksamana pengiring kepada putera suria dalam mencari isteri dan bakal permaisuri, dari situ mereka bersama sama mengembara. Apa yang tertariknya saya di sini, setiap kalinya kita akan dihidang dengan jalan cerita anak raja lah watak utama. Tapi dalam sindrom, purnama nilam yang berjawatan sebagai panglima di raja adalah hero utamanya.
Kedua, saya yang memang begitu meminati kisah yang berlatarbelakangkan zaman dahulu kala haruslah jatuh cinta dengan karya ini. Karya yang santai, tak berat tapi masih seronok untuk dibaca kerana suka untuk saya setiap kalinya part afifah dan purnama nilam diceritakan.
Saya suka kisah purnama & afifah, cinta yang ikhlas suci, tidak perlu terburu buru dan tidak perlu juga untuk di paksa paksa. Cinta yang datang sendiri. Dalam ni korang takkan jumpa ayat geli geli couple bercinta ayat malam pertama atau mengghairahkan oh memang tak ada, scene peluk cium, semua tu tak ada ya. Yg ada ayat klasik yang boleh buat korang tersenyum tersengih sengih baca, macam "ya Allah comelnya"!! ia hanyalah cerita afifah dan purnama yang sangattttttttt sopan, comel dan manis bagi saya. Begitu manis ! sangat manis!
Panjang ya ulas sebab suka! dan saya meminati watak afifah, rasanya tak banyak kisah cinta klo watak heroin tu matang seperti dia. Selalunya annoying. Tapi afifah is the real queen, matang bijak dan pandai bawa diri. Purnama pula aduhh tak payah kata lahh klo nama nya laksamana, mmg la PURRRRRRFECT 10! memang sesuai namanya purnama, sentiasa tenang dan menerangi
Bagi yang tak tahu, Sindrom merupakan buku pertama hasil tulisan penulis. Bagi tulisan pertama, buku ni saya terima seadanya. Tapi bukan bermaksud buku ni biasa biasa je tau.
Buku ni sangat menarik pertamanya sebab ada elemen time travel. Dan yang kedua menarik sebab penulis gunakan zaman kesultanan melayu klasik gitu. Saya suka sangat. Bahasa pun mudah nak faham walaupun setting zaman dulu dulu. Jujurnya buku ni banyak reference cerita P.Ramlee. Takde la banyak, ada dua tiga je. Tapi sangat menarik sebab dia tak ikut sebijik sebijik sangat. Elok je penulis olah.
Cerita pun elok tersusun macam buku buku saya dekat rak buku ni. Cerita tak terlalu laju tapi tak terlalu slow sampai membosankan jugak. Just nice la pacing cerita dia. Love story antara character pun tak chessy drama melayu tv3 pukul 7 sangat. Konflik dia masih boleh diterima akal dan boleh diselesaikan dengan logik akal.
Bagi saya, walaupun ni buku pertama tulisan penulis, tapi ceritanya tak kelam kabut. Nampak hala tuju yang jelas. Tapi ending je terkejut dan tergantung sikit. Sikit je la and sebab saya dah tau buku ni ada sambungannya and saya pun dah ada bukunya jadi saya maafkan.
Sangat recommended untuk sesiapa yang suka buku background zaman dulu dulu yang sopan tutur kata dan jugak yang minat cerita P.Ramlee. Enjoy the read guys.
Cerita fantasi yang bertemakan zaman dahulu (zaman kesultanan melayu terutamanya) dan penjelajahan masa memang menjadi pilihan saya. Tambahan lagi bila diselitkan dengan cerita hikayat/legenda yang memang dalam pengetahuan saya, menambahan keterujaan diri apabila membacanya.
Namun pemilihan ilustrasi kulit buku seperti tidak selari dengan kandungan cerita. Orang putih cakap "don't jugde a book by its cover". Mula2 ingatkan genre seram/hantu, tetapi usai pembacaan, tertanya2 mana seramnya. Kelibat hantu langsung tidak ada.
Tajuk juga mengundang kemusykilan, "Sindrom"? . Saya tak boleh nak hubungkaitkan dengan isi cerita.
Pendapat saya, pemilihan tajuk dan ilustrasi kulit buku memainkan peranan yang penting untuk menggambarkan isi cerita sekaligus menarik minat genre fantasi untuk membaca.
Apapun, terima kasih kepada penulis kerana menambahkan koleksi buku fantasi saya. Saya nantikan karya2 fantasi dari penulis yang seterusnya.
P/s: Sekarang nak teruskan membaca sekuelnya, "Purnama". Mujurlah masa saya beli Purnama dan ingin memulakan pembacaan, saya terpanggil untuk membaca review dahulu, barulah tersedar ini jilid sequel.
Latar belakang cerita mengunakan zaman moden dan zaman dahulu kala. First time baca sinopsis rasa macam ada vibes dari kdrama Scarlet Heart Ryeo. Jalan cerita yang ditulis sangat smooth dan tak berselirat. Lepas baca cerita ni, saya dah tak kenal lagi siapa Romeo dan Juliet. Saya cuma tahu Purnama Nilam dan Afifah. Percintaan yang kekal tapi tak dapat bersama dengan jangka masa yang lama. Rasa menyesal pula tak beli sequel nya sekali. Tak apalah, next time 😅😂
Tahniah kepada penulis kerana sentiasa menulis dengan idea yang berlainan dari penulis yang lain 💕 Semoga saya pun dapat menulis sehebat penulis Tey Marzuki satu hari nanti.
Cerita yang sangat menarik antara Afifah dan Purnama.. Latar masa yang digunakan tidak bercelaru malah disusun cantik.. Selingan babak dari filem Musang Berjanggut mencantikkan lagi penceritaan.. Jika Allah berkehndakkan, tidak ada yang mustahil.. #sindrom #teymarzuki #dearnovels
'...ujian-ujian seperti ini ibarat batu-batu kecil yang bila dilonggokkan akan membentuk bukit. Semakin tinggi bukit, semakin mudah kita mencapai apa yang kita hajati itu.'
'Cinta itu juga satu tanggungjawab...'
'Meski kita gagal dalam janji kita kini, tidak bermakna kita tidak boleh mengotainya lain kali.' ________
Afifah sudah sering bermimpi akan seseorang dari sejak berapa tahun yang lalu sehingga pada akhirnya membawa kepada pengetahuan tentang ketumbuhan pada otak yang dihidapnya pada waktu kini. Entah kerana penyakit yang sedang memburuk ataupun gelang perak warisan peninggalan arwah ibunya, yang menurut kisahnya mempunyai 'pasangan' yang mampu menghubungkan kedua-dua pemiliknya -- perkara itu adalah pengetahuan ghaib yang milik maha Esa jualah -- telah membawa Afifah merentas zaman bertemu dengan Purnama dan Suria. Menyertai jejaka-jejaka tersebut dalam kelana mereka, perjalanan yang telah memupuk perasaan dalam hati Afifah kepada jejaka yang ditemui di alam realiti berbeza itu -- realiti yang batas waktunya terpisah sejauh zaman.
Namun, seperti aturan alam buat sebuah mimpi, yang mana kita pasti akan bangun daripadanya, dunia yang bukan realiti Afifah juga harus ditinggalkan akhirnya. Gelang perak yang memiliki pasangan yang boleh menemukan, berakhir juga menjadi asbab kepada sebuah perpisahan oleh pasangan itu. ________
Sindrom; jalan cerita yang boleh dikategorikan sebagai fantasi atau juga sains fiksyen yang membawa persoalan tentang merentas waktu dengan bantuan item yang dimiliki oleh watak utamanya; atau persoalan yang lebih realistiknya, pengalaman merentas waktu yang hanya bermain dalam kepala sebenarnya, dek gangguan neurologi akibat ketumbuhan otak yang dihidap watak Afifah. Persoalan ini pada saya, cara melihatnya bergantung kepada apa yang ingin pembaca interpretasikan sendiri daripada keseluruhan cerita.
Idea jalan cerita yang memang menarik -- premis merentas masa yang familiar tetapi tidak klise pelaksanaannya. Saya suka pada idea tentang hubung kait di antara item yang dimiliki watak Afifah dan Purnama, yang mungkin telah menghubungkan pertemuan mereka -- cuma sayang, kisah disebalik item-item itu tidak begitu dihuraian dan dirungkaikan pula. Jalan cerita juga didampingi tema cinta, yakni kisah romantik cinta dengan orang yang tepat pada waktu yang salah -- literally.
Plot berjalan dalam dua waktu, masa kini dan zaman klasik dahulu kala, tetapi tiada kaitan dengan dunia sebenar sangat dari segi sejarah. Penulisannya pula meskipun penggunaan kebanyakkan dialog dalam bahasa baku, tapi masih cukup mudah untuk difahami dan tidak berasa janggal untuk dibaca -- olahan dan susun atur bahasanya masih agak santai dan tidak berbunyi terlalu formal. Terdapat juga beberapa kesalahan tatabahasa dalam kedua-dua olahan ayat bahasa melayu dan Inggeris, yang tidak dapat tidak sedikit mengganggu pembacaan saya. Walaupun begitu, pembacaan buku ini berjalan laju buat saya sendiri, maksudnya plot memang engaging dan sentiasa buat saya tertanya-tanya.
Konflik yang disentuh dalam buku ini tidaklah begitu rumit dan berat, saya rasa juga penulis tidak begitu mendalami secara kompleks konflik daripada premis merentas waktu itu sendiri. Justeru, plot berfokus banyak kepada untuk mencapai tujuan watak sampingan berbanding watak utama walaupun mereka (watak utama Afifah dan Purnama) memang memberi kesan secara langsung dalam menggerakkan jalan cerita -- tetapi cerita ini seperti tidak berkisar tentang mereka. Selain itu, pada saya plot yang dimasukkan kisah musang berjanggut ini macam agak tiba-tiba ya; ia seolah-olah tidak konsisten dan seperti tidak padan untuk keseluruhan jalan cerita, dan saya tidak nampak apa relevannya kepada jalan cerita mahupun perkembangan watak utama juga. Mungkin ada benda yang saya terlepas pandang.
Apa-apapun buku ini pada saya memang banyak potensi pastinya, watak-wataknya yang berjaya menangkap perhatian; kisah belati dan gelang perak milik Purnama dan Afifah; pemerintahan negeri Panca Sakti -- banyak perkara yang masih dapat diterokai. Penutup jalan ceritanya juga masih membina persoalan baharu. Justeru, bermaksud, buku seterusnya akan menjadi bahan bacaan saya.
Afifah merupakan seorang doktor yg selalu membantu pesakit terutamanya pd yg kurang berkemampuan dlm soal kewangan. Mungkin kerana dia sebatang kara, membuatkan Afifah membantu insan lain yg kesusahan. Afifah selalu alami mimpi yg aneh, berulang kali. Sampailah pd satu tahap dia pengsan dan di diagnosis mempunyai tumor tahap 3. Sewaktu koma inilah membuatkan jiwa Afifah merentas masa ke zaman dahulu, zaman kesultanan Melayu iaitu ke negeri yg dikenali sbg Panca Sakti.
Purnama Nilam, menemani Suria Kencana iaitu raja muda Panca Sakti berkelana utk mencari calon isteri. Purnama dan Suria merupakan dua sahabat baik dan sentiasa bersama-sama dalam susah mahupun senang. Sewaktu berkelana inilah mereka terserempak dgn Afifah yg merentas masa. Sejak itu, Afifah yg tidak mempunyai arah tujuan mengikut Purnama dan Suria mengembara sebelum kembali ke Panca Sakti.
Watak Purnama ni mmg idaman setiap wanita. Sangat sempurna pd pandangan aku. Macam mana Afifah tak cair. Cuma mereka ini memendam rasa, secukup rasa je penulis bg utk adegan cinta mereka.
Novel ini merupakan karya pertama penulis yg aku baca. Temanya sgt kena dgn jiwa, Sejujurnya, aku amat sukakan tema time-travel. Sama ada merentas masa ke masa hadapan atau pada masa silam. Pd aku ‘Sindrom’ ini best. Walaupun agak ringkas tp disebabkan novel ini ada sambungannya, maka aku tak rasa kecewa pun. Cuba kalau aku baca pd waktu mula-mula penerbitannya, mungkin aku akan frust sbb pengakhiran yg sedih. Adegan kat pantai tu mmg menyayat hati.
Selepas baca novel ni yg diinspirasikan oleh cerita Musang Berjanggut, pd aku tak menjadi masalah pun. Cuma diselitkan serba sedikit oleh penulis.
Persoalannya, dapatkah dua manusia yg berbeza zaman bersama di akhir cerita? Mana mungkin manusia dr zaman berbeza boleh bersatu utk sebuah kisah yg happy ending? Nampaknya nanti sambung ulasan utk “Purnama” pula baru terjawab semuanya. Dapatkah Purnama dan Afifah bersatu walau masa memisahkan mereka?
Ape perasaan korang kalau tibe2 berada pada zaman dulu2? Dahla tu, berada dalam lingkungan diraja .
Afifah. Seorang doktor. Sangat2 pemurah. Sering membantu pesakit yg mempunyai masalah kewangan ketika ingin menyelesaikan bil hospital. Memiliki seutas gelang perak yg diperturunkan kepadanya. Dia mengalami mimpi yg tak mampu ditafsir. Entah bagaimana, tiba2 dia rebah dan disahkan tumor stage 3. Namun, dalam pd dia koma, dia telah merentas masa .
Purnama Nilam, laksamana diraja di Panca Sakti. Merangkap sahabat Suria Kencana, Raja Muda Panca Sakti. Mereka seguru. Purnama diminta oleh gurunya utk selalu disamping Suria. Titah Sultan utk Suria bernikah mana2 gadis di Panca Sakti. Namun, bg Suria diPanca Sakti tidak terdapat perempuan yg sebenar perempuan. Adanya mereka perempuan yg tdk pandai menjaga maruah. Kalau kite tgk, kisah ini persis Musang Berjanggut lakonan Allayarham Seniman P Ramlee .
Maka, Suria Kencana dan Purnama Nilam berkelana mencari jodohnya Suria. Dan tanpa dipinta, mereka bertemu Afifah yg hampir menjadi mangsa lelaki durjana. Bermula dr itu, mereka bertiga mengembara bersama. Hinggalah tiba di kampung Setanggi. Bertemu dgn Seri Cahaya. Maka berakhirla pencarian Suria Kencana mencari seorang wanita .
Belati Perak milik Purnama Nilam seakan mempunyai perkaitan dgn Gelang Perak milik Afifah. Malah Purnama turut mengalami mimpi seperti Afifah. Adakah mereka berjodoh? Tapi bagaimana 2 jiwa dari dua zaman berbeza mampu bersatu? Bagaimana Afifah boleh kembali ke zamannya? Mampukah cinta yg mekar, dibiarkan layu? .
Serius, sepanjang aku membaca kisah ni, aku terbayangkan scene2 didalam Musang Berjanggut. Tahniah penulis atas kelahiran sebuah naskah yg hebat ni .
Mengisahkan pengembaraan Afifah bersama Suria Kencana dan Purnama Nilam. Pengembaraan yang menyatukan seorang wanita dan dua lelaki dari zaman yang berbeza. Pengembaraan yang mengajar aku betapa tinggi nilai kasih sayang dan persahabatan.
Karya yang biasa tetapi dicorakkan dengan 'warna' kata-kata yang sungguh luar biasa. Mahupun dari tutur kata atau naratifnya.
Walaupun ia sebuah karya yg kurang'thirll'nya utk peminat thriller macam aku, tetapi unsur2 suspen yg diilhamkan berjaya membuat degup jantung tidak sekata. Ceritanya disusun kemas dan teratur. Diilhamkan dari kisah yg biasa didengar tetapi diceritakan dgn cara yg tersendiri oleh penulisnya. Ternyata penulis ada identitinya yg tersendiri.
Tahniah Tey! anda sememangnya berbakat!! Karya ini hampir berjaya membuatkan airmata hadir menyapa. namun ku tahan demi ego didada. hahahahha...
Rate saya untuk sindrom 4.70 ⭐️ Cerita mengenai perbezaan zaman. Time travel memang kena sangat dengan jiwa ni. Tak tahu kenapa mesti bayangkan Purnama tu sebagai bront palarae. Rasa macam kena sangat muka tu dengan watak purnama. Ada selingan babak babak musang berjanggut membuatkan cerita ni sangat santai. Purnama yang sangat green flag. Afifah yang sangat cantik dan ayu. Tapi saya tak faham kaitan antara tajuk dan cover dengan cerita itu sendiri. Mungkin ada maksud yang tersirat tapi saya tak dapat. Nak tahu lebih tentang gelang perak dan belati yang berpasangan tuu. Sangat menyayat hati part afifah kena pergi tinggalkan purnama. Harap sangat dalam sequel Purnama happy ending 😭😭😭 tapi mana mungkin dua jiwa dari zaman berbeza bersatu. 😭😭😭
Teruja nak tahu kisah seterusnya antara Afifah dan Purnama. 😍 Kisah ni betul² teringat cerita musang berjanggut! Gaya penulisan yg mudah difahami walaupun berbeza latar masa. Keep it up Tey Marzuki!
Hampir menjadi bacaan pilu abad ini sekiranya ia tidak berakhir terlalu pantas. Terutama sekali, syabas dan tahniah kepada penulis kerana membuat buku retelling kisah-kisah melayu klasik yang pada pendapat saya kreatif dalam berimaginasi. Not that typical malay romance story I must say. :D
Sindrom mengisahkan tentang Afifah yang tercampak ke masa silam. Dengan takdir Allah bertemu dengan Suria Kencana dan Purnama Nilam dalam pengembaraan mencari permaisuri hati si Raja Muda. Dan bibit cinta mula menjelma antara Afifah dan Purnama, namun bisakah kisah diteruskan? - Harus baca ya :p
Ada beberapa elemen yang saya suka berkenaan buku ini :
1. Konsep Retelling
Jujur saya katakan buku ini merupakan percubaan menarik dalam retelling beberapa cerita-cerita klasik. Bit straightforward, namun we get the big pictures there. I have mild expectation untuk novel ni, tapi kekuatan sebenar cerita ni bukan pada retelling tapi pada kepakaran Afifah.
2. Watak Afifah yang bukan wanita biasa-biasa
"Sebenarnya bukan saya seorang sahaja yang menjadi doktor di negeri saya tu. Tapi ramai sekali." - Afifah
Masa baca ayat ni rasa terharu pula, berapa ramai kita yang take our job for granted. Tapi kehadiran Afifah di negeri Panca Sakti benar-benar memberi manfaat kepada Purnama Nilam dan rakyat jelata.
3. Pengembangan watak dan setting
Bagi saya watak boleh dikembangkan lagi. Terutama dalam bahagian emosi. Tapi percubaan penulis sudah cukup baik.
There were few things that trouble me like :
Buku ini sangat straightforward, tersangat ikut urutan seperti A, B dan C. Sedangkan boleh sahaja novel ini ceritakan tentang C dulu dan biarkan A dan B menyusul secara slow dan suprise kemudian nya. What lacking is, the element of suprise, and the potential is already there. :D
Apapun syabas penulis. I'll come back for this book for more cause inspirasi sangat konsep retelling ni. :D
pada awalnya saya tertarik untuk membaca novel ni krana ilustrasi muka depan novel yg kelihatan misteri2 gitu...
kmudian sy pun mmbaca sinopsis novel ni...wow, lg la sy teruja nk baca sbb ni kisah time traveller la😍...kisah2 di luar logik akal ni slalunya tak pernah mengecewakan dan pastinya dpt memberi hiburan pd jiwa dan otak yg serabut kerana membawa pembca jauh drpd realiti hidup yg menyesakkan...
dan ternyata jangkaan sy tidak meleset. novel ni best sgt2😍😍😍😍...ni love story yg sweet2 gitu😍..bkn kisah cinta klise rampas2 laki org 🙄...terasa terbuai2 perasaan ni baca love story Afifah dan Purnama ni...mengisahkan Afifah yg tercampak ke zaman dahulu dan bertemu dgn Purnama yg telah mengusik hati wanitanya dan indahnya kisah cinta ini yg mna Purnama juga turut merasakan getaran paluan irama perasaan yg sama. persoalan cinta ini menjdikan pembaca ingin terus membaca untuk mengetahui kisah manis mereka ini. ditambah pula dgn watak Purnama sbg seorg jejaka yg sgt budiman ni mmg bole buat pmbaca tersenyum2🙊 .. dlm dunia sbnr watak lelaki mcm ni susah dan agak mustahil nk jmpe😅 skurang2nya baca novel dgn watak mcm ni sedikit sbyk dpt la hilang stress😍...dpt la feeling2 jd Afifah spnjg baca novel ni🙊
dlu mse zaman muda mudi belia remaja sy tak suka novel or movie genre cinta tp sjak2 dah tua ni 😂 dgn otak yg berserabut, love story yg sweet2 adalah pilihan sy sbb nk bg otak relaks...tak mau ggu emosi diri sndiri...dan sy sarankn bg sesiapa yg situasi idopnya mcm sy ni, nk hilang stress tu bole sgt pilih novel sindrom ni👍👍👍👍
psst : tak sabarnya nk baca smbungan kisah Purnama dan Afifah ni😍
Bismillah. Boleh dpt bygkan Al Marhum P Ramlee, Al Marhum Jins Shamsudin, serta Seniwati Sarimah dalam naskah Sindrom. ( hanya khaylayan saya sahaja ) 😁 jln cerita menarik diolahkan dengan dialog2 yg senang utk di pahami. Aku nak bygkan perjalanan Dua Insan bersahabat ini serta di temani oleh Sang Putri ini..dengan tiba2 muncul dlm perjalanan mereka berdua hendak mencari maupun mengembara hajat Sang Putera..aku actually tak beberapa minat genre mcm ni..tapi penulisan kak tey ini..mmg aku amat2 suka dengan nya penulisan kak tey ni. Jadi sesiapa yg ingin cari jodoh ala2 Musang Berjanggut ni, cuba lah mana tau jumpa Sang Putri dari Kayangan ke? 😁 syabas kak! Sambungan..utk purnama soon ya. 😁 keep it up!
Akan baca sambungan keduanya..Untuk gaya bahasa pada zaman dahulu tu mungkin agak sedikit kurang terasa auranya..Di awal babak novel, pembaca disajikan dengan adegan yang terinspirasi dari hikayat melayu lama..Sedikit sebanyak agak membantutkan saya sebagai pembaca untuk meneruskan bacaan (sekadar pendapat peribadi)..
Kerana hamba mahu sentiasa di sisimu di saat-saat terakhir dan menjadi pemandangan terakhir buatmu kala perpisahan menjelang. . Halah halah kanda Purnamaaa (eh?). Helok betul lah perangai Purnama Nilam ni. Bahasanya elok. Perangai elok. Suara merdu. Gagah perkasa. Full package lelaki melayu lah. Tersengih baca part Purnama cari buku nak terjemah surat Afifah. Apo la suruh Pak Galang pulak baca surat cinta orang. Hahaha..
Secara keseluruhan, cerita ni memang best, sebab unik dan setting dia tu buatkan kita rasa ikut sama dalam dunia kisah Afifah dan Purnama. Banyak plot-plot kecil yang menjadi driver kepada eratnya hubungan Afifah-Purnama-Suria Kencana. Dari satu kampung mereka menyinggah, sampai berjumpa dengan kekasih hati Suria Kencana, memberi kisah yang bermacam.
Tapi, Purnama dan Suria Kencana macam kurang pelik dengan bahasa Afifah. Ada lah sikit-sikit diarang pelik, tapi kebanyakan masa, mereka dan orang di zaman ni seakan faham lancar bahasa dan diksi yang Afifah guna. Tu je lah yang saya rasa kurang tentang kisah ini. Yang lain semuanya terbaikkk.. Dan saya tertanya-tanya, kenapa tajuk buku ni Sindrom ya? Tak jumpa jawapan dalam kisah Afifah-Purnama ni..
Masih rasa kagum dengan Afifah. Kematangan dan sifat tenang dia tu cukup buktikan yang dia bukan macam heroin novel lain yang tergedik-gedik. Paling, paling suka perhubungan Afifah dan Purnama Nilam. Masing-masing hormat antara satu sama lain dan sangat-sangat menjaga kesopanan. Inilah contoh cinta nusantara 🤣
Mungkin sebab saya dah terbaca novel sekuel, jadi saya dah tahu serba sedikit tentang apa yang dah terjadi pada novel prekuel. Jadi, saya dapat bersiap sedia emosi saya sepanjang baca novel ni. Hahaha!
Tapi spoil dengan cover design novel ni. Saya tak terfikir pun ni novel prekuel Purnama. Tajuk dan gambar tu tak kena langsung. Kalau tajuknya diberi nama "Afifah" dan cover design macam Purnama tapi versi Afifah, baru saya boleh cam ini novel prekuel. Laaaaaa terkomen cover design 😂😭
Apa-apapun, saya berpuas hati dengan kisah Afifah dan Purnama Nilam.
the cover is totally deceiving! it doesn’t give justice to the story. idk why they chose a woman in a black covered face to present the story. also sindrom as a title? why…?
i like them both, afifah and purnama. they’re both sopan and santun which is perfect for each other.
but the whole story itself for me is questionable. is it permissible to take a famous story from a *film* and write a plot? i believe musang berjanggut is a film. it isnt the same a folklore / cerita rakyat. i really need some explanation there tbh.
yeah, overall. i like it. enough for me to finish the whole story. will be reading the sequel next.