Jump to ratings and reviews
Rate this book

رسالة المذاكرة مع الإخوان المحبّين من أهل الخير والدين

Rate this book

64 pages, Paperback

Published January 1, 2007

13 people want to read

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (45%)
4 stars
3 (27%)
3 stars
2 (18%)
2 stars
1 (9%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Ismail Isman.
55 reviews3 followers
January 13, 2018
Kitab yang bermakusud: [Risalah Peringatan Bersama Saudara yang Tercinta daripada Ahli Kebaikan dan Seagama]. Sebuah kitab yang sangat halus menterjemahkan kepentingan taqwa dan matlamat hidup di dunia. penulis merupakan al-Imam al-Habib Abdullah Bin Alawi al-Haddad, seorang Imam tasawuf yang besar dan menjadi umdah dan rujukan dunia Islam. Penulis di dalam kitab ini membawa sentuhan yang sangat lunak, mengajak para pembaca berfikir dan menilai dunia dengan kaca mata penuntut akhirat dan penuntut redha Allah. Dengan mendatangkan dalil-dalil daripada al-Quran, hadis-hadis Rasulullah dan kalam para ulama, penulis mengingatkan semula matlamat hidup kita didunia, dan kemudian menerangkan penyakit-penyakit yang melarikan kita daripada matlamat ini: iaitu yang pokoknya empat perkara ini: kejahilan, kelemahan iman, merasa panjangnya hidup di dunia dan mengambil dari yang haram dan syubhah. Kemudian didatangkan secara ringkas tetapi mencukupi satu-satu daripada empat perkara ini.

Tidak berpada dengan itu, pengarang pula menekankan pula peranan ikhlas dalam beribadah pada Allah dan penyakit yang melarikan manusia daripada ikhlas daripada penyakit hati; iaitu riya, ujub dan cintakan dunia. Kemudian diterangkan satu persatu dan beliau banyak memberi penekanan pada bahagian terakhir iaitu cintakan dunia... memberi satu ruang untuk kita berfikir, apakah dunia yang mahu kita pilih daripada akhirat yang kekal selamanya.

Antara faedah menarik yang sengaja saya kongsikan mengakhiri review ini:

Suatu perumpamaan yang dinaqalkan penulis, bahawa dunia itu diumpamakan dengan seorang wanita, yang padanya terdapat sekalian hiasan.

Maka berkata kepadanya: "Apakah engkau punyai suami?",

lalu dijawab: "Suamiku ramai",

kemudian ditanya: "Apakah semuanya menceraikanmu atau semuanya mati keranamu, atau semuanya mati engkau bunuh?",

lalu dia menjawab: "Bahkan semuanya aku bunuh."

Lalu berkata, "Apakah engkau sedih pada salah seorang dari mereka?",

Lalu dijawab: "Mereka sedih keranaku dan aku tidak sedih kepada mereka, mereka menangis keranaku tetapi tidaklah aku menangis kerana mereka".

Lalu berkata: "Sangat menakjubkan suami-suamimu yang lain, bagaimana mereka tidak mengambil iktibar daripada suami-suamimu yang terdahulu'...

Sama-sama muhasabah.
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.