Kitab yang memberi penerangan tentang ilmu ilal hadis dengan pembentangan yang mudah dan menarik. Dan sesungguhnya ilmu ilal merupakan ilmu yang lebih dalam daripada ilmu jarh wa taadil makanya para ulama hadis dahulu kala mengerahkan sepenuh tenaga mereka untuk menguasai dan mengenal pasti ilal-ilal yang ada di dalam hadis yang zahirnya tiada masalah (iaitu rawinya siqqah, dhobit dan riwayatnya bersambung dan tidak syaz) tetapi dengan luasnya ittila3 para muhaddis, mereka mendapati rawi siqqah tersebut tersilap atau wahm dalam hadis tersebut secara khusus. Hal ini tidaklah dapat diketahui melainkan pakar dalam bidang ilal.
Bertambah sedikit semangat nak mengaji lebih luas ilmu ulum hadis yang termasuk dalamnya ilmu ilal hadis ini. Buku pertama 2018 walaupun dibaca bermula akhir-akhir 2017.