Abyana Ruzda ingatkan cintanya itu hingga ke akhir hayat. Rupanya hujan turun di tengah hari. Dia ditipu hidup-hidup oleh lelaki yang dia ingat akan menjadi khalifahnya hingga ke akhir hayat. Segala pengorbanannya tidak berbaloi selama ini. Dua tahun Abyana Ruzda melarikan diri daripada lintah darat. Dia ingatkan dia hanyalah penjamin kepada pinjaman wang Wazir, rupanya dialah peminjam wang itu. Bertemu dengan lintah darat yang kacak membuatkan hati Abyana Ruzda berdebar kencang. Jangan cari pasal dengan lintah darat, Abby! Tapi, Encik Lintah Darat buat perjanjian melupuskan hutangnya yang banyak itu. Hampir berbuntang mata Abyana Ruzda apabila hanya ada satu saja syaratnya. Kahwin dengan Encik Lintah Darat a.k.a Rafeez.
“Aku tak ingin nak jalankan tanggungjawab sebagai suami kau. Aku cuma mahu surat nikah saja. Surat nikah tu yang penting.” – Rafeez
“Kalau macam tu sampai bila kita kena kahwin?” – Abyana Ruzda.
“Sampai bila-bila.”- Rafeez
Terikatlah Abyana Ruzda dengan Rafeez sampai bila-bila. Tapi, Rafeez hanya omong kosong saja. Abyana Ruzda itu tetap dia cinta. Namun, mampukah mereka berdua harungi perkahwinan tanpa cinta ini? Tambahan pula apabila terpaksa menyembunyikan perkahwinan mereka sebab Rafeez masih trauma dengan cerita silam. Mestilah boleh. Mereka kan dah sama-sama jatuh cinta.
Rasa2nya novel yg paling beremosi dari Zaza Qry adalah Dudaku Suamiku dan Sayang Puan Sebelah Rumah. Yg lain2 tu kira light reading. Ni pula kira macam genre romantic comedy.
Untuk penulisan kali ni ceritanya mmg ok. Agak santai. Tapi kurang umph setelah Resipi Cinta Encik Cef. Idea yg di ketengahkan mmg bagus. Lintah darat yg tak berapa nak gengster. Dipukul gengster lain lagi ada. Jangan ingat Rafeez ni lembik. He was a fighter and a rebel too. Beramal jariah lagi. 😀 Hmmm..boleh memasak kut..Jangan buat dia sakit hati..Bertambah sakit nanti kita dibuatnya. Pendendam.
Saya masih confused bila masanya Abby dan Wazir bercerai. Hingga akhir bacaan, naratif dari kedua2nya kata dah bercerai. Setahu saya, setelah Abby tandatangan surat poligami dan pinjaman dari lintah darat, dia menghilangkan diri. Adakah mereka bertemu dalam masa 2 tahun perpisahan? I doubt so sebab ada part tu Wazir ada nyatakan selepas surat tu semua di tandatangan oleh Abby dia menghilangkan diri. Jadi bila masanya bercerai? Saya abaikan je and terus buat assumption sendiri. Tak nak semakkan otak dengan lack of detail on this issue.
Kerana seorang Daniela, adik beradik bermusuhan. Kerana dia juga anak beranak berbalah dan salah sangka mainly Rafeez. Untuk seorang yg agak berusia, Rafeez is just a boy in a man's body when comes to gaining affection from those he loves. Manja.
One good thing about this book though is that Abby dan Razeef ni kental. Dan setelah kebenaran tentang kehidupan Abby bersama Wazir di ketahui olehnya, Razeef plotted to get even. Tapi still kuranglah the content.
Kenapalah nama Abby terus2an disebut penuh? Arwa pula nama dia Arwa sahaja..kalau ada penuh pun dah lupa. Kebetulan pula masa pergi melawat bekas nenek mertua. (Gasaklah kalau takde perkataan yg sesuai 😜). Neneknya dah arwah. Jadi bayangkanlah bila baca Arwa nak jumpa arwah...mood sedih pun terbang.
Yg saya suka bila saya cuba bayangkan hari pernikahan di antara Abby dan Rafeez. Dah kata suruh pakai pink dia tak berkenan. Then pergi nikah satu ngan baju hijau pisang (katak apa entah gelarannya sampai termelatah2) dan satu lagi warna pink. Yg sedih..gambar nikah pun tak petik. Cincin kahwin pun main belasah je. Dia pula tak henti2 membebel. Alam rumahtangga? Tak payah ceritalah. Mesti dah boleh agakkan? Adalah sedikit kelainan. Arwa pula terlebih matang dari usianya bila berkata2.
Kurang mampat dalam olahan dialognya. Saya berpendapat mungkin sebab Abby enggan menderhaka dgn Rafeez yg bermulut longkang setelah menjadi isterinya. Lagipun Abby rasa dia akan lebih penat jika terus2an makan hati dgn Rafeez sedangkan dia tidak tahu hala tuju hubungan kerana perkahwinan mereka hanya untuk melunaskan hutang Abby whereas on Rafeez part kerana nak bukti surat perkahwinan itu untuk di tunjukkan pada bapanya. Apanya tidak, his father house rule, not married jangan balik rumah. Serupa di halau pula.
Then bila rahsia perkahwinan mereka terbongkar, jadi satu hal bila Tengku Adihah buat perangai dgn menyembunyikan Abby. Sebelum tu Raz pula terus2an nak mengurat Abby. Semua geng jahat tak berapa nak jahat gitu. Muahaha..
Nak elaborate pun rasanya cukup di sini sahaja. Apa yg saya boleh katakan watak2 dalam novel ni kesemuanya sengal2 belaka. 😂
Persoalan yang menjadi tanda tanya bila Abby bercerai dengan suaminya sebab kalau tak silap Abby ada ckp lepas sain 3 borang, borang poligami dan surat pinjaman wang satu lagi tak pasti borang apa, Abby tak pernah jumpa suaminya lagi..🤔🤔
Oh satu lagi penat betul tiap-tiap kali nama watak abby mesti ditulis nama penuh. 😅
Kelakar pula masa Abby nikah dengan raf sorang pakai baju pink sorang pakai hijau pucuk pisang. Kontra betul warna. 🩷💚
Cerita yang very light. Tak ada heavy conflict sangat. Rasa geram dgn Rafeez sebab tak nak berterus-terang pasal bini dier. Tapi padan muka jugak lah bila Bonda sembunyikan bini dier. Sampai jadi mcm penyamun..
kisah abby yang dicurangi oleh wazir. dahlah abby kerja cari duit untuk wazir yang masih study, lepas tu gatal curang. spesis jantan dayus
abby larikan diri sebab dicari lintah darat. rupa²nya wazir aniaya dia. sampai kelantan dia lari tetaplah lintah darat tu dapat jumpa.
lintah darat ni special.. anak orang kaya pulak tu. tergelak² F baca. raf dah tercengang bila abby berani panggil dia lintah darat.
cerita punya cerita diaorang kahwin. kahwin pun biasalah dengan mulut takda insurance si raf ni. abby jenis melayan je.
perkahwinan diaorang dirahsiakan. dah si raz also jatuh cinta kat abby. before ni raf dan raz ni gaduh sebab perempuan nama daniela. raz dapat daniela tapi endup bercerai jugak sebab daniela curang.
cerita ni santai² je.. takdalah conflict sangat. brutal bagi F.
satu lagi F dok cari² bilanya abby bercerai dengan wazir? ada ekk
4⭐ untuk novel ni. jalan cerita yg lain..lintah darat, jarang orang nk buat kisah lintah darat melayu. jalan cerita all around, anak, heroin, hero, bekas suami, mak mentua. bagi saya cukup rencah. well done..😊😊😊
Mula2 je best, sbb baca first 14 chapters dr wattpad penulis. Lepas baca, hancur. Yes, memang kelakar sangat. Tapi rase mcm baca komik pulak. Tak seperti novel lain, novel ni xde that something yg akan buat pembaca ternanti nanti untuk baca bab seterusnya.. Yes ade watak antagonis tapi muncul sekejap, hilang tak lama lepas tu, and tak bagi kesan pape kat watak utama. . For the most part novel ni hanya mengisahkan Rafeez yg sedaya upaya rahsiakan isteri dia dr pengetahuan keluarga dia dari especially abang Rafeez, Razuan yg dulunya pernah terlanjut dengan bekas gf si Rafeez ni, sebab Rafeez takut Razuan rampas lagi hak dia. And turned out Razuan mmg ada hati kat isteri dia. . Itu je la, full of humor, xde pape yg exciting, xde momentum.. . Rugi rasenye beli.. It’s like reading a comic. Tapi mmg tak nafikan novel ni banyak unsur lawak. Contoh panggilan Encik Lintah Darat, janda kempunan, katak pisang. And part Rafeez explain kat anak tiri dia yg adik dalam perjalalanan dgn cara berenang hehe..