Jump to ratings and reviews
Rate this book

Love Lila

Rate this book
Tidak ada cinta yang tidak diuji. Tidak ada kesetiaan yang tidak diduga.

Alila baharu sahaja putus cinta. Alasan putus cinta ialah kerana perbezaan darjat. Alasan yang dia rasa sangat tak relevan di zaman metropolitan ini. Seorang jururawat sepertinya mana mungkin bergandingan dengan seorang doktor. Malah kedua-dua ibu bapa bekas kekasihnya juga doktor yang hebat maka siapalah dia di mata mereka.

Alila bangkit meneruskan hidup. Padanya cinta boleh datang beribu kali. Tiada istilah cinta pertama bawa ke mati. Bezanya di tanam satu perasaan agar dia jatuh cinta dengan orang yang setaraf dengannya.

Pertemuan Alila dengan seorang jejaka bernama Jude mencambah kembali perasaan halus. Apa tah lagi pada pertemuan pertama dan kedua, sangkanya mereka setaraf dan Juhaidi ini orangnya biasa-biasa sahaja.

“What I am amazed by is, this is the first time I know anyone who created something so tech! I’m so glad that you are not a doctor.” - Alila

"Alila about my work. so much confidentiality is involved. Ada yang saya boleh cakap, ada yang saya kena simpan sendiri. Saya harap sangat awak faham. - Jude

Apabila akhirnya status Jude terbongkar, haruskah Alila berundur. Benar ke Jude bukan se orang doktor saperti bekas kekasihnya tetapi dia seorang 'pembunuh'? Mampukah Alila menerima hakikat yang pahit ini? Mampukah Alila teguh dengan pendiriannya apabila rahsia demi rahsia terbongkar?

Paperback

First published January 1, 2018

6 people are currently reading
104 people want to read

About the author

Rin Ahmad

11 books178 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
59 (40%)
4 stars
57 (39%)
3 stars
26 (17%)
2 stars
2 (1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 50 reviews
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
September 2, 2018
Aku sangat suka dengan kisah ni. Maybe sebab watak Lila dan Jude dalam dunia medic tapi berbeza profession. Sesuatu yang baru untuk aku baca dan faham situasi dunia perubatan. Susah nak lepas bila dah start baca dan hayati setiap ayat.

Pada mulanya aku kasihan pada Lila yang baru putus cinta disebabkan perbezaan darjat. Berkali-kali berpesan pada diri agar mencari yang sekufu. Kenapa Amar tak pertahankan cinta itu? Ni mesti anak mak. Pada sangkaan aku lah. X marks on the sport. Ayat ini yang membuatkan Jude teringat-ingat dan tak disangka bertemu kembali dengan Lila. Dan pertemuan seterusnya Jude decide nak settle down. Fuh cepatnya dan dalam masa yang sama Lila masih dalam mood nak move on. Oh Jude... you so sweet.

Seterusnya konflik dalam diri Jude. Kesedaran yang Allah titipkan buat Jude mengambil keputusan untuk berhenti dari kerja tersebut. jude is genius. Seorang saintis dan pada aku Jude sangat bertimbang rasa. Dia dah plan macam-macam untuk masa depannya dan bersedia dengan risiko yang perlu dihadap. Hidup seolah-olah dalam pelarian. Kematian ibu kandungnya dan malapetaka ke atas Nadia. Sungguh aku sedih sangat. Dan Lila yang setia dengan Jude. Cintanya pada Jude. Kepercayaanya pada Jude. Aku nyaris-nyaris nak nangis bila baca bab Jude dah tiada di sisi Lila. Fuhhh... Rupanya mainan mimpi. Tidur lagi lepas asar. Haha. Aku jadi tak boleh move on kalau ending Jude dah tiada. Tapi sedikit sebanyak ada rasa lega bila di akhirnya Lila masih ada di samping Jude. We will be there for each other. Itu janji mereka.

Anak-anak Pakcik Johari ni memang hensem sangat ke? Cukup la Jude seorang yang hensem plus genius. 😍😍
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
October 25, 2018
Jatuh cinta dengan stail RA.
Kudos Kakwan untuk hadiah ini sekaligus memperkenalkan RA kepadaku, sedangkan selama ini aku tak pernah terpengaruh dengan pembakaran terbuka daripada geng Bonets haha

Ps: Ini bukan review

Full review: 25/10/18

1. Alila. Suka dengan watak heroin beauty with brain sebegini. Bila baca tu takde lah rasa annoying dengan perangai tak semenggah; yang asyik merajuk-cam-budak-budak-syak-wasangka-yang-bukan-bukan. Watak Alila dibangunkan sebagai wanita yang matang, dan itu buat aku rasa selesa.

2. Jude. Tak mudah rupanya menjadi seorang Juhaidi Johari. Kenapa? Aku akan biarkan kamu semua buat kesimpulan setelah membacanya, aci tak? Haha.

3. Ilmu baru -- aku suka bila penulis buat homework, yang mana kalau beliau tipu pun aku rela ditipu, gitewww haha. Tapi betul kan, sebagai pembaca; kau sendiri akan tahu samada penulis itu sekadar aci tangkap muat tentang sesuatu perkara atau memang she’s doing her research to educate her readers. Dan, untuk itu aku tabik usaha RA kerana beliau melakukannya dengan semaksima mungkin untuk naskhah yang agak nipis sebenarnya. Kredit juga untuk glosari di muka akhir.

4. Bukan kisah cinta berladung air mata. Terima kasih! Sebab aku betul-betul perlukan fresh air.

5. Page turner. Serius lama tak dapat rentak sebegini yang mana aku laju je selak halaman demi halaman sebab tak sabar nak tahu apa yang akan terjadi antara Lila-Jude ni.

6. Cara RA menulis mengingatkan aku kepada karya-karya Kak DZ, yang mana sangat pandai bermain dengan plot gohead-gostan sebegini. Tak ramai penulis wanita yang punya kemahiran sebegini sebenarnya, kerana kesilapan kecil akan buat ia kelihatan cacamarba.

Sebenarnya kan, susah pula Cherina nak team mana; Jude ke Rafael, sebab kedua-duanya pun suka, ehhh! Haha. Tapi, disebabkan ini kisah Lila dan Jude, jadi pilih #teamJude lah kan?

Ok, next novel by RA, siapa ada cadangan?

Ps: Muchas gracias babies, coz well-behaved while Ibu reading this! 😘
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
November 3, 2025
As someone who works in IT industry, I was expecting more.

Buku ni sebenarnya sangatlah banyak potensi kalau digarap dengan baik. Saya tahu penulis nak fokuskan pada kekuatan cinta dalam kisah Love Lila ni tapi banyaknya filler scene dalam buku ni buatkan saya sangat lelah.

Too many tell than show, yang saya rasa tidak perlu. Menyebabkan emosi pada watak-watak cerita ini tidak sampai dan tidak dirasai saya sebagai pembaca.

Paling tidak gemar cara 'tell' berbanding 'show' yang digunakan penulis, latar belakang kerja-kerja watak tu dah cukup menarik dah tapinya disebabkan penulis terlalu banyak bercerita tentang kerjaya tanpa olahan dan sebab-sebab (disentuh secara surface sahaja) saya rasa fokus novel ini lari.

Lagilah bila kerjaya Jude tu dibongkarkan, saya rasa sangatlah kurang 'kick'. Saya jadi tak faham dan sangsi tentang betapa 'bahaya-nya' kerjaya Jude ni. Disebabkan penulis dah sentuh tentang kerjaya Jude, saya sangatlah mengharapkan sedikit aksi menunjukkan betapa 'bahaya-nya' kerjaya beliau.

Banyak adengan yang disebut tapi takde penjelasan yang jelas, tentang ibu Jude dan anaka saudara dia, kerjaya Rafael yang disebut sekadar untuk buatkan saya baca 'wow' tapi sekejap cuma kemudian tentang adik Jude dan teman lelakinya. Saya macam eh kenapa eh? What else?

Dan hujung-hujung novel ni, saya rasakan plot di hujung cerita ni macam tak patut ada. Berkerut-kerut kening saya (remember I said, penulis guna tell than show?) jadinya, plot di hujung-hujung tu tak begitu dirasai saya. Disentuh pun sekadar untuk mendapat simpati, tanpa olahan yang lebih mendalam. Saya rasa lebih baik jika kisah Jude di hujung novel ini dijadikan separuh plot buku ini supaya lebih nampak kekuatan cinta antara Lila dan Jude.

Begitulah saya menghabiskan pembacaan saya pada buku penulis kali ini, kurang mendapat tempat di hati dan betapa sayangnya jika buku ini ditulis dengan fokus cara penulisan yang lebih baik supaya saya dapat mendalami watak-wataknya lebih baik.

TETAA tetaplah di hati, maaf Jude.

Oh iya, seperti biasa, penulis akan masukkan watak-watak yang pernah ditulis beliau. Tekalah siapa yang buat cameo kali ni?
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
February 5, 2018
LOVE LILA
by Rin Ahmad

Pertemuan Lila dengan Mr Saviour aka Jude tanpa sengaja membibitkan percintaan antara mereka. Lila yang baru bertugas di Kl selepas ditinggalkan Amar kerana halangan kedua ibunya yang inginkan menantu doktor, lebih berhati2 sebab Jude ni pun anak orang kaya gak. Tapi lama2 ok dan bertunang gak la... Lepas bertunang ni baru la jelas Jude ni kerja scientist dlm teknologi IT something like that la tuk International punya company n ade relate dengan US army, sekaligus membahayakan orang2 sekeliling dia, termasuk la Lila n famili dia..

Saya rasa ni novel paling berat dr RA, da ala2 thriller sikit siap ada skandal antarbangsa bagai kan.. mula2 tu confuse gak apa kerja Jude sebenarnya, n more pasal famili angkat Jude ni (Jayden ayah angkat Jude ni macam banyak rahsia je).

Jalan cerita overall ok, memang mendebarkan n tak la ade sweet2 sangat , ade gak la branded macam JET or GET tu tapi sekadar mention je la.. more pasal term2 kerja Jude tu yang kadang2 pening nak paham.. term2 medic tu so far boleh lg hadam (Lila keje nurse)

Kali ni pun olahan buku Alaf ni ok, tak skema sangat la.. cuma proofreading tu kne diperbaiki sebab ada beberapa ayat yang macam tak kena je, especially yang pajang2 tu.. macam ade salah je, xde koma la ape la.. so ade banyak gak ayat yang sy baca 2 kali nak bagi paham.. lain2 ok jer rasenye

lagi 1 teknik flashback yang tibe2 muncul tu.. tibeh2 je dialog masuk.. cam Jude dekat US tapi tibe2 ade dialog en Johari, ayah kandung Jude.. rupanya teringat je perbualan diorang mase jumpa tu.. banyak gak la camtu, sy tak berapa berkenan sikit teknik tu.

pada saya, buku ni ada 2 part - sebelum tunang dengan Lila n selepas tunang tu, yang mana sebelum tu more persoalan2 dalam hidup Jude berkaitan kerjaya dia, famili, n semua la... part ni kire biase je, x sweet sngt n tak nampak sangat konflik sebenarnya. Lepas tunang tu baru konflik satu2 timbul n persoalan demi persoalan terjawap, pada sy lebih interesting skt nak baca. Lambat abis sebab part 1 tu la jenuh nak hadam.. lepas tu memang laju je bace..

* rating : 4.3*
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
May 13, 2018
Terima kasih Kak Lila hadiahkan novel ni untuk Cik Pah and the geng. Sempena birthday katanya. Eh patut kitaorang yang hadiahkan. Tapi Kak Lila bgtau tu tanda dia sayang kitaorang ketat-ketat. Love Lila.

Antara kisah cinta dan dunia perubatan, yang mana lebih dekat dihati? Pada Cik Pah kedua-duanya best apabila Rin Ahmad yang menulis. Apa2 bidang kerja pun kalau tidak diimbangi dengan iman akan membawa mudarat kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Syukur Jude cepat sedar dan wang ringgit yang diterima dibersihkan sebelum menjadi darah daging isteri dan anak. Kalau dibandingkan dengan semua watak hero sebelumnya, rasanya Jude yang paling kaya antara mereka. Agak2 lepas ni ada watak yang boleh challenge kekayaan Jude ? 🤭

Ada sambungan kisah Nadia? Anak buah Jude yang jadi mangsa keadaan apabila Jude cuba berpaling tadah merosakkan program yang diciptanya. Nampaknya watak Nadia boleh dikembangkan. Tabah sungguh budak tu.

Ada terselit kisah Sean Norman. Nampaknya rumah tangga dia dengan Indah masih bertahan. Anak mereka pun dah berusia 4 tahun. Tapi Sara Nabila tak ada pula dalam ni. Nama dia hanya sekali sahaja disebut. Nak juga tahu ending kisah Sara dengan lelaki edisi terhad.
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
July 31, 2018
Aku mengenali Rin Ahmad melalui naskhah Gadis Edisi Terhad, Lelaki Edisi Terhad dan The Ex.
Bagi aku setiap naskhah yang dihasilkan oleh Rin Ahmad setakat ini, tak pernah mengecewakan aku sebagai pembaca dan setiap satunya mempunyai kekuatan dari segi jalan cerita dan perkembangan watak.

Love Lila juga sama. Satu kisah cinta yang diangkat dari level kisah cinta cliche'. Plot cerita da bomb! Superb. Penuh dengan konflik baik dari hubungan antara Jude dan Lila, Jude dan family Johari, Jude dan team yang memanipulasi teknologi, Jude dan vCJD tapi tetap di garapkan dengan sangat tersusun oleh penulis. Kesinambungan antara bab juga konsisten. dan boleh dikatakan hampir setiap bab dihujungnya pasti ada peribahasa baru yang jarang didengari!

Kisah Jude dan Lila pada aku , memang kisah yang matang penuh keunikan tapi penuh misteri dan rahsia. Kedua-dua watak utama ditonjolkan dengan kekuatan masing - masing. Tak perlu dialog yang banyak untuk mengajak pembaca sama-sama merasai pengalaman mereka, cukup dengan pemilihan kata dan ayat yang tepat untuk menghayati. Penggunaan teknik flashback yang ada bagi aku tak kan menyebabkan kekeliruan sekiranya pembaca baca dengan teliti.

Paling penting,

Rin Ahmad selalu bawa pembaca membuka mata dan minda untuk meneroka 'dunia' yang baru tak kira dari segi plot cerita, perkembangan watak in term of personality and career yang jarang diketengahkan. Ilmu- Ilmu baru sentiasa ada untuk pembaca. Aku sangat yakin Love Lila di hasilkan setelah membuat banyak rujukan. Menggabungkan dunia ilmu perubatan, flight nurse, department A&E, (vCJD) dengan ilmu robotik, teknologi memang lah sangat mengujakan!

Serius, Mengujakan!

Tahniah rin ahmad! <3

@athirah_bookstagram
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,023 reviews377 followers
November 13, 2018
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

The story is slightly more complicated than it looks sebab ada unsur-unsur konspirasi dunia yang membahayakan. it was a little bit off-putting pada awalnya sebab tak faham hujung pangkal, and N tak faham apa pekerjaan Jude sebenarnya and when it comes science and technology, itu ibarat resipi tidur untuk N. But it did get more exciting as the story progresses.
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
March 1, 2018
Percaya tak kalau saya kata saya baca buku ini sebab tajuknya Love Lila, boleh tak?

Resensi?... nanti! (kalau saya rajin)





.
.
.
Love,
Wan Lila
^__^
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
February 10, 2018
#12

5 bintang bagi saya sangatlah tidak mencukupi untuk naskhah EPIK ini!!! Membaca Love Lila, bagi saya seperti membaca research yang lengkap! Gituw...

Cukup rencah. Cukup masak segalanya cukup. Dan naskhah ini bukanlah cerita cinta orang-kaya-bajet-bagus dengan minah-kampung-ternak-air-mata macam kebanyakan novel cinta zaman sekarang.

Berkisah tentang dunia perubatan membuatkan novel ini sangatlah menarik perhatian saya! Karya seperti inilah yang sepatutnya diangkat kerana penulis begitu teliti dalam menerangkan sesuatu definisi perubatan. Sepatutnya, ditebalkan lagi novel ini.

Kisah misi Alila dan Jude yang bertemu tanpa dirancang dan berakhir dengan perkahwinan. Tapi... sepanjang usia pengenalan sehingga perkahwinan itu bagi saya sangatlah menghiburkan. Tiada watak yang menjengkelkan. Tiada babak yang membosankan.

Kesimpulannya, novel Love Lila merupakan sebuah naskhah cinta yang saya kira sangat wajib dibaca oleh semua. Walaupun tipis, tapi percayalah, membacanya seperti menaiki roller coaster. Gitu... Tahniah buat Rin Ahmad!

p/s - Suka dengan peribahasa yang diletakkan dalam setiap bab. Tak sangka banyak betul peribahasa yang kita jarang dengar. Kalau tak balik-balik bagai kera mendapat bunga. Hahaha.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
March 27, 2018
Dalam setiap novel, penulis mungkin berharap kita dapat hayati emosi dan perjalanan hidup watak dalam novelnya sebagaimana penulis cuba sampaikan. Dah namanya manusia, perasaan yg timbul juga berbeda2. Focus kita ketika membaca novelnya juga berlainan. Ia bergantung pada keadaan dan emosi pembaca individu juga.

Untuk saya, novel ni permulaan agak biasa sahaja. Setelah Jude mula munculkan diri ceritanya mula menarik kemudian sepi sebentar bila Jude menghilangkan diri lalu mencanak naik adrenaline ketika Jude menjalankan misi.
Ada ketika agak slow moving but the pace is very consisten. Ramai watak tapi mengapa rasa sunyi. Riang tapi rasa sedih. Bahagia tapi kenapa duka terus yg saya rasa.

Saya rasa dlm banyak2 novel, novel ni yg paling tough sekali bagi saya nak meluahkan rasa. Saya makan banyak hari nak pulih dari rasa hampir kehilangan Jude.

Jude di besarkan oleh keluarga angkat berlainan pegangan. Namun mereka menitikberatkan ajaran Islam buat Jude. Saat pertemuan Jude dgn keluarga kandungnya juga seakan tiada lompong dalam hubungan itu walhal telah bertahun mereka terpisah atas sebab2 tertentu. Jude juga berusaha keras untuk menjadi yg lebih baik hari ini dari hari sebelumnya. Sanggup berkorban harta dan segala yg dia ada hanya untuk bebas dari hutang akhirat. A man of few words, tapi setiap patah yg keluar merangkumi apa yg hendak di sampaikan.

Saya suka cara Jude yg tidak mengambil masa yg lama untuk melamar Lila menjadi isteri. Saya juga kagum tahap kesetiaan dan kepercayaan Lila pada Jude bila mereka berpisah angkara tugasan masing2 saat bergelar tunangan tanpa sebarang communication at all. Walau sedikit goyah (sangsi), tapi hubungan mereka sempat juga naik ke jinjang pelamin. Apa yg di perkatakan Jude pada Lila di dalam kapalterbang mengukuhkan lagi hubungan mereka. Hanya beberapa ayat sahaja untuk memujuk hati Lila yg galau.

Ingat kisahnya habis di situ sahaja, rupanya, Jude di timpa penyakit yg tiada ubat. Jangka masa hidup hanya setahun. Namun alhamdulillah, usianya masih di panjangkan lagi serta kelahiran anaknya.

_______*****_______

Saya summarise the whole story kat sini lebih mudah.

Bayangkan if ur husband, back then tunang, ni scientist yg di buru? Nyawa orang yg mengenali dirinya pula di ancam tanpa pengetahuan mereka. Dalam masa perpisahan pula Encik Tunang terima berita ibu kandungnya pula meninggal tak sempat nak merasa kasih sayang ibunya. Tak dapat nak ziarah ibu yg telah pergi kerana dia berada di lain zone. Hidup atau matinya Encik Tunang pun, kita tak tahu. Terlalu mystery. Lepas tu takde communication or khabar berita berbulan lamanya. Bila jumpa pula tanpa sengaja dan bukan di negara yg telah di katakan then kena act as if tak kenal. Hidup sebagai pelarian. Bila dah ok keadaan, jatuh sakit yg takde ubat atau tahu punca penyakit. Anggaran hidup hanya setahun. Apa yg anda akan rasa?
Profile Image for astread.
77 reviews7 followers
December 8, 2025
Love Lila | Rin Ahmad

Pernah tengok tak drama tv3 tajuk Life Lila? Hahhahha saya ingatkan drama tu adaptasi daripada novel ni. Cover terlalu comel untuk plot cerita yang macam ni. Aduh salah faham rupanya.

Alila. Sebutan A-Lila atau A-Laila eh. Main sebut ja ni. Lepas bercinta tak jadi dengan doktor dia bercinta dengan buat robot medic pulak. Banyak terms medic yang pelik pelik untuk orang awam seperti saya ni. Tapi Rin Ahmad pandai nak terang satu satu.

Lelaki idaman malaya lah si Jude ni. Helok, kayo, cerdik dan bekerjaya. Cukup package betul. Dah mula faham cara penceritaan dan plot Rin Ahmad. Tak berat nak faham cuma susah untuk orang yang taknak berusaha faham. Gitchew

Saya pernah review Miss Amerikano dulu. Dan ayat yang sama jugak kalini.

Saya bukan Lila dan anda bukan Jude. Selamat berangan semua.
Profile Image for Bell.
115 reviews3 followers
September 16, 2023
Menangis ok lepas habis baca 😭
Pandai kak Rin buat kita terkejut!!

Bahasa sedap, penggunaan bahasa inggeris pun tak ada error, storyline lain dari yang lain, dan walaupun macam banyak flashback, tapi senang je faham yang mana flashback yang mana current time.

Recomended!
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
July 6, 2018
Setakat ni aku dah baca 4 karya Rin Ahmad iaitu USD, BIMBO, TE dan terkini, LL. Antara keempat-empat ni, BIMBO dan Love Lila plg sedih. Dan yg plg seram nk habiskan bacaan semestinya Love Lila, sbbnya ending memang tak boleh nak jangka langsung. Makin sikit muka surat yg tinggal, makin sedih jln ceritanya. Memang berdebarlah hati aku ni jwbnya sbb tkut sad ending, kan. :(

Bg aku, yg best nyer baca karya-karya Rin Ahmad ni sbb penulis tak kedekut berkongsi ilmu. Kalau BIMBO penulis kongsikan ilmu tentang penyakit Bell's Palsy, Love Lila pula tentang penyakit variant Creutzfeldt Jakob Disease (vCJD).

Memang kesian sgt kat Jude dlm citer ni sbb menghidap penyakit tu. Penyakit yg masih tidak diketahui apa penawarnya.

Selain tentang vCJD, aku pun suka bila penulis terangkan pasal pekerjaan Lila dan Jude. Pekerjaan Jude tu memang... pergh ah! Gila bahaya dan memakan diri. Memang patut pun Jude buat keputusan utk berhenti kerja. Kalau dah terang-terang benda yg dia buat tu slh, buat apa lg nk teruskan, kan? Buat tambah dosa jer.

Nasib hidup Jude ni sebenarnya dr kecil lg memang kesian. Tak sangka dia berpisah dgn keluarga kandungnya disbbkan hal 'itu'.

Hanya kerana 'itu', dia diasingkan. Sampai tak kenal adik-beradik sendiri. Gila sedih.

Selain Lila dan Jude, aku suka sgt dgn watak Rafael. Mamat ni boleh tahan cool. Dahlah muka lebih krg sama dgn Jude. Jgn katakan Lila yg rasa semacam, aku pun rasa mcm ragu-ragu nk pilih Jude atau Rafael. Hahahaha~~

Overall, memang best giler! Byk ilmu dan pengajaran boleh dpt.
Profile Image for Lindz.
66 reviews8 followers
January 28, 2018
Buah tangan madame writer yg hanya bole dinikmati setahun sekali..so each time keluar mmg akan ternanti2.
Kisah Lila n Jude yg sgt unique and so mysterious. Permulaan bacaan nmp mcm d usual love story kinda plot. But as u cruise along their journey, too many questions, too many mystery to be unvailed.
As usual..d obvious signature of madame writer...pengisian ilmu yg sgt padat. well done...u almost made me 😂 towards d end of d story. phew! 😥
Last word: dont stop dont give up. keep on writing. we still need u. 😚

p/s dont't change just bcoz the world want u to change. change bcoz u want it to...my comment on the 'bahasa melayu' part.
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
March 16, 2018
Dilema jugakla nak rate novel ni. Dah tamat pun masih berbolak balik antara suka dan confused. Overall citer ok. ada unsur suspen dan jalan citer yang lain dari sekadar kisah percintaan.

Saya suka bila penulis study n tau pasal pekerjaan watak2 dalam novel ni. Takdelah main aci redah je. Walaupun skop kerja Jude tu tak terjangkau dek fikiran rakyat biasa. hehe.. Suka jugak watak Lila n Jude. sy suka bila hero n heroin sama bijak n sepadan. xdela hero je menonjol.
Cuma towards the end tu teknik imbas kembali yg digunakan tu agak confusing. kejap duk situ kejap duk sini. Maybe nk tonjolkan unsur suspen tapi personaly sy rasa berterabur bila baca tu. Agak spoiled mood disitu.
Profile Image for Penchinta Novel.
78 reviews
April 24, 2019
Love Lila.
Alila putusnya pertunangan di tengah jalan angkara darjat. Tak sangka dalam dunia moden masih lagi ada yang pandang darjat pangkat dan harta. Hanya kerana dia cik misi, dia tak layak bergandingan dengan doktor si bekas tunang.

Juhaidi johari aka jude. Pertama kali bertentangan mata hati nya dah terpaut suka. Dia tak sangka alila pun punya getar yang sama. Pertemuan yang singkat bibitkan cinta antara mereka. Lalu alila dan jude diikat.

Yang alila tak tahu ada rahsia besar yang jude sembunyikan dari dia. Rupanya jude lagi kaya dari si bekas tunangnya. Dan jude juga seorang doktor yang pernah 'membunuh '. 😱

Apabila rahsia demi rahsia terbongkar, akankah alila setia berdiri teguh bersama sama jude? Atau alila akan mengalah? Semua terjawab dalam novel ni.

Novel rin Ahmad bukan kisah cinta semata. Tapi ada kisah realiti yang berlaku di sekeliling kita. Apabila wang ,pangkat dan darjat mengaburi mata kita hingga kita sanggup melakukan dosa. Tapi pintu taubat itu sentiasa terbuka selagi mata kita belum tertutup. Ini yang penulis cuba kupaskan dalam novel ni.

Tidak ada cinta yang tidak diuji.
Tidak ada kesetiaan yang tidak diduga
Profile Image for sooa.
61 reviews4 followers
June 18, 2025
sangat lelah ye nak habiskan buku ni sebab pace dia tersangat sloww astagaa hampir dnf tapi teruskan jugak sebab nak tahu ending. for me buku ni lagi sedap kalau ceritanya digarap dengan cantik. banyak plot hole dan ada scene yang tak berkait dengan plot utama. faham je penulis nak ketengahkan ada darkside dalam skop kerja jude tapi for me banyak benda sangat yang macam tak-perlu-untuk-aku-tahu-pun😭 and kadang aku malas nak faham hshs. but still tak puas dengan certain scene and plot dalam buku ni which is banyak benda yang tak terjawab. and hujung hujung tu sumpah cam tiber hahha adoii tapi ada la certain part yang macam best jugak but still bila sampai ending tu aku rasa macam- apa benda yang disampaikan sebenarnya ni😔

maybe im the problem yang benak sikit nak faham term medikal berkaitan dengan profession jude yang pakar dalam IT atau mungkin mood layan kdrama saya tengah membuak sjsjs
Profile Image for Aina Shukri.
527 reviews43 followers
January 20, 2019
#9-2019

Just missing Jude and Lila, that's all. And I'm not shy to admit that I did shed a few tears.

*************************************

#21-2018

Buah tangan terbaru dari Rin Ahmad kali ni bunyinya lembut je. Love, Lila kedengaran seperti penuh dengan kisah cinta. Jangan terpedaya kerana ini kali pertama Rin Ahmad menulis kisah cinta aksi.

Walaupun tiada adegan hero bertumbuk dengan watak antagonis, Jude Johari masih lagi kelihatan macho gagah perkasa. Kerjaya Jude sebagai penyelidik robotik membawa dia bertugas di pusat militan Amerika Syarikat. Jude terlibat didalam aktiviti sulit yang memanipulasi alatan perubatan yang diciptanya, da Love dan da Vinci. Kisah ini juga tiada adegan hero dalam aksi tembak menembak dengan watak antagonis. Tiada adegan hero hampir kalah tapi tiba tiba mendapat kuasa Ultraman lalu berjaya mengalahkan watak antagonis. Tiada. Namun pembaca sudah cukup berdebar menantikan apa yang bakal terjadi apabila Jude cuba menggagalkan misi ketenteraan tersebut.

Watak heroin yang dipegang Alila juga tidak menggambarkan dia sebagai damsel in distress. Tiada adegan heroin diculik oleh watak antagonis lepas tu hero terpaksa berlawan dengan penjahat demi menyelamatkan heroin. Aku kagum dengan watak seorang Alila. Sangat kuat. Ketika mana Jude cuba memutuskan hubungan mereka, Alila masih teguh mempertahankan. Kerjaya Alila sebagai jururawat dan flight nurse juga memberi kaca mata baru kepada pembaca mengenai pekerjaan itu.

Overall, idea untuk kisah Love, Lila kali ini sangat menarik dan aku kira pertama kali didalam industri buku tempatan. Konflik dan misteri dalam keluarga Jude pada mulanya agak mencuri perhatian daripada kisah cinta Jude-Lila tetapi penulis berjaya meleraikan konflik itu dengan baik. Sebuah naskah yang kemas cumanya aku berharap agar mekanisma da Love dan da Vinci boleh diterangkan dengan lebih jelas supaya pembaca dapat membayangkan bagaimana ia berfungsi. Tidak lah ia diterima bulat-bulat sebagai satu teknik pembunuhan berkelas tinggi. 

Oh ya, ada cameo watak Sean Norman dari karya JET. Nak tahu? Silalah dapatkan karya ini di kedai-kedai buku ataupun boleh beli secara online di Karangkraf mall.
Profile Image for Eisya.
187 reviews4 followers
January 21, 2024
Banyak ilmu baru yang dapat dari novel ni… penulis nmpak buat research tentang apa yang ditulis tak rasa kosong semasa pembacaan. Walaupun cerita bukanlah percintaan yang jenis sweet muit tetapi still best. Nampak kematangan pada watak2 utama. Not to childish or gedik2….
Profile Image for Eeyta.
247 reviews23 followers
February 15, 2018
From the past until now karya Rin tak pernah mengecewakan saya.. nyaris x nak habiskan bacaan kiranya pengakhiran yg x happy ending.. saya suka endingnya walau ada persoalan yg tidak terjawab tapi kepuasan mengatasi segalanya.. 😘🤗
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
June 15, 2019
Finally! Berjaya jugak habis. 16 hari ambil masa baca. Dah la ni buku pertama RA yang sis cuba nak baca. Kenapa sis bagi 5 stars? Tak dinafikan, first half of the book is very very bored. Sis hampir2 nak give up baca suku buku tu je. But, I want to know more and I want to know why this book has a good rating, so I push myself to read. Masa separuh buku tu dah fikir dah nak rate 3 stars je...haha..tapi masuk je separuh lagi dari buku ni, dah buat sis tukar decision. Kisah jadi lebih menarik lepas separuh dari buku tu. RA punya buku sangat lar details, sangat lar banyak ilmu pengetahuannya, buatkan sis rasa macam baca buku ilmiah pula. Tapi, too much detailing dalam ni buat sis kadang2 lost.. owh, bukan kadang2, tapi selalu lost.

Kisah mengenai Alila yang serik bercinta sebab baru ja putus dengan Amar, kononnya di reject keluarga Amar sebab kedudukan mereka. Lepas tu jumpa Jude, bercinta sekejap, tunang, kahwin. Apa yang buat sis selalu lost ialah pasal pekerjaan Jude yang dah ala2 macam 007 plak. Kemudian tambah rencah lagi bila Jude didiagnos penyakit pelik yang bleh membawa maut. Time ni sis dah nangis2 dah. Apa pun, memang lar best.
Profile Image for Amal Lee.
277 reviews33 followers
November 10, 2023
Penulis Rin Ahmad ni memang tak kedekut nak kongsi ilmu ehh dalam cerita. Rasa fresh sedikit kepala diisi benda yang bermanfaat ni 👍

Btw, i loves gila kot cerita yang tak berpaksikan cinta semata, ada ilmu yang boleh dikongsi & yang cinta sejenis high class, watak utama ada sexy-smart-brain & bukan sejenis watak damsel in distress.

Cumanya, itulah penulis ni suka buat cerita yang ‘gostan p gostan mai’, nasib dah terbiasa & kena focus betullah nak faham cerita.
Profile Image for Ju Muharam.
72 reviews1 follower
February 16, 2018
The best novel from Rin Ahmad.. full of mystery and secrets.. lain dari yang lain. At the end of the story there’s a twist and i sob! sob! So much.. 😂 I’ve enjoyed reading it very much, is a keeper.. ❤️ congrats Rin Ahmad. Looking forward to your next novel ❤️
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
April 25, 2019
[BOOK 47]

Love Lila by Rin Ahmad.
.

Sedih! Tapi best!
.

"I wish I could go back to the day I met you and just walk away"
.

"Lila, don't fall because when you fall, I won't be there".
.

Ni kisah antara Lila dan Jude. Lila dulu pernah bercinta ngan Amar, tapi terkandas di tengah jalan kerana perbezaan darjat. Maka, Lila bertekad tak nak terjebak dengan yang kaya dah. Tup tup muncul pulak Jude, Mr Saviour yang jauh lebih kaya.
.

Konflik dalam ni ialah bila pekerjaan Jude yang menjadi penghalang kebahagian mereka. Lila ialah Ketua Jururawat di private hospital. Jude ialah saintis yang terlibat dalam rekacipta mesin robotik. Tapi penciptaannya yang sepatutnya memudahkan rawatan rupanya disalahgunakan. So, bila munculnya Lila dalam hidupnya, dia bertekad untuk mencari jalan keluar. Dan yang sedihnya, ada harga yang perlu dibayar untuk sebuah kebebasan. Dan bila disangka semuanya sudah berakhir, ada lagi dugaan yang hadir. Jude menghidap penyakit yang rare, yang sehingga kini tiada penawarnya.
.

I love Lila so much. She is definitely a beauty with brain. Jujurnya kan, ni first time ku baca buku yang wataknya ialah nurse yang amazing giler. Dan ku suka karakternya. Tak mudah melatah walaupun dia sering tertanya-tanya tentang Jude yang perahsia orangnya ni. Dan bila dia tahu hakikat sebenar siapa Jade, dia masih setia di sisinya. Bila Jade tengah sakit, again, dia masih bertahan. Ku suka giler wataknya.
.

Dan ku suka bila RA sentiasa detail kan setiap pekerjaan yang ada dalam karyanya. Takdelah touch and go je. Dan bila part Lila yang bekerja di hospital tu, ku boleh faham. Cumanya part Jude tu yang rasa macam belajar rocket science pulak. 😅 Ku memang lemah part research semua ni. And I'm amazed bila RA boleh tulis semua tu dalam ni.
.

Betullah. 'Tidak ada cinta yang tidak diuji. Tidak ada kesetiaan yang tidak diduga'.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews74 followers
March 11, 2018
Kisah cinta Alila Jabar dan Juhaidi Johari (Jude). Jude seorang yang handsome, brilliant dan sangat kaya. Mempunyai keluarga angkat yang bukan Islam tapi sangat penyayang dan tidak menyombong. Keluarga sendiri juga sangat menyayangi dirinya walaupun Jude pernah berkecil hati kerana telah diberi kepada keluarga angkatnya. Alila pernah kecewa kerana jatuh cinta pada orang yang kaya. Lalu dia bertekad untuk tidak mahu jatuh cinta pada orang kaya sekali lagi. Namun jodohnya kuat dengan Jude. Jude mula muhasabah diri dan ingin berubah sejak ketemu Alila. Dia mahu bertaubat dan dekatkan diri pada Tuhan. Alila tidak faham tentang perangai Jude yang sering menghilang namun dia mempercayai Jude. Dia sentiasa setia bersama Jude. Di satu ketika, Jude diserang satu penyakit yang belum ada penawarnya. Namun Alila tetap bersama dirinya untuk meniti hari2 getirnya.
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
December 18, 2018
#LoveLila ..RA masih memberikan yg terbaik! RA yg punya cara mengajak pembaca membaca kisahnya dari mula, tdk blh skip sbb akan bakal menjd keliru n tdk faham..hehe
saya suka cara RA...wlu ada ulang lintasan lalu @ ingatan ke hal lama...tetap saya dpt 'in' dgn novel2 RA...
Alia dan Jude..psgan doktor dan jururawat! berjumpa, bercinta dan berkahwin... bahagia itu dicipta dan itulah yg mereka lakukan...
wlu diduga bila Jude terlibat sesuatu yg rahsia n berrisiko tp yakin dan setia Alia membuat Jude akur utk sama2 bertahan!
Keseluruhan? tahniah Rin Ahmad..LoVe LiLa yg menarik utk dibaca wlu mgkin ambik masa utk menghadam perjalanan kisah JudeAlia ini...memahami ttg kerja2 Jude yg dikongsikn..bkn mudah utk menerangkan n RA berjaya lakukannya..Puashati sesgt dgn bahagia mereka..cuak sekejap bila .....? mujur mimpi..hehe
Profile Image for Azizah.
385 reviews6 followers
April 5, 2018
Pertama terima kasih kekanda Lila untuk Love, Lila. :)

4 *????

Kenapa???

Sebabnya terlalu sedikit kesilapan dari segi ejaan, frasa-frasa dan tatabahasa. Itu sudah memadai pada KakChik. Dan juga pengakhiran setiap bab dengan peribahasa yang tak pernah atau jarang KakChik baca/jumpa. Dapat ilmu baharu.

Jadinya, plot cerita sudah jatuh kepada perkara kedua. Nak tahu sila baca.

Walaupun ada kekurangannya tapi berbaloi untuk dibaca.

GRC: #14/15
Profile Image for hydrangea &#x1fabd;.
21 reviews4 followers
June 18, 2025
At first, the plot seemed super promising. Alila is the head nurse in an emergency department and I was excited to see how the author would handle a FL with that kind of background. Surprisingly, it didn’t come off as cringe or awkward at all in fact, props to the author for doing solid research and portraying the medical world well. Same with Jude, who works in IT and handles issues related to robotic surgery. If you’re curious about the medical world from a nurse’s POV, this book is worth a read. As for the IT side… I’m not too sure if it was explored in depth or not.

I like Alila!! she’s smart, confident and stands by her choices even if it hurts. She’s strong, not clingy and I admire how she handles herself. Jude is smart too, calm in tough times but a bit too quiet. He misses Alila but doesn’t say anything and keeps too many secrets. Glad Alila didn’t explode at him.

Now, here’s where things dipped for me: the story had way too many fillers that honestly felt unnecessary and that made reading it a bit of a drag. There was a lot of info-dumping too and somewhere along the way, the plot started to lose direction. I get that the core message is about the MC trying to leave his job because it started conflicting with his faith but why did the ending feel so rushed and scattered?

I’m still left with a bunch of unanswered questions. Was the MC’s way of “revenge” really just switching from the USA side to ADF? But what about justice for the consequences he had to face from the job itself?
65 reviews13 followers
May 2, 2018
LOVE LILA

Except by Jude
“Don’t worry. We will be there for each other. I’ll be there for you. Always. I will, I will … Insya ALLAH”, Jude
A Scientists become the symbol of struggle between good and evil, and technology is an apple in the Garden of Eden. Would technology save mankind or destroy it? Dr. Juhaidi bin Johari

Rin, you always never fail to amaze me, walaupun masa tu merundum minat membaca kerana sakit. Cuba goggle p-ANCA & c-ANCA pulak Rin.

Jude, what can I say, kerja you tu bukan nya sin nor mana pun, its just the person on the highest level above you tu mereka yang terlampau tamak, as you say “struggle between good and evil” which will we succumb & off course you choose to be the GOOD one.
I always love bila Rin tulis there is something that can be done to the evil monetary untuk jadikan nya good balik and it show dengan the path yang siap ada hadith nya sekali!!!

This book of Rin this time have all the spice in it, love, family, life , espionage , friends and love at first sight.
So love it so much after you know who & Mr JET

For those who have been asking what it cCJD this I Google:-
Variant CJD (vCJD) is a rare, degenerative, fatal brain disorder in humans. Although experience with this new disease is limited, evidence to date indicates that there has never been a case of vCJD transmitted through direct contact of one person with another. However, a case of probable transmission of vCJD through transfusion of blood components from an asymptomatic donor who subsequently developed the disease has been reported.

*Sorry Rin Ahmad should have written it long time ago* for Jaszy too Fan Karyalepak
Displaying 1 - 30 of 50 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.