Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pencerahan Dalam Bidang Hadith

Rate this book
Buku ini sesuai dibaca oleh berbagai peringkat lapisan masyarakat. Ia disusun oleh Maulana Hussein Abdul Kadir dengan tujuan mencerahkan beberapa perkara berkaitan hadith.

Dalam buku ini beliau cuma menyentuh beberapa persoalan yang kebetulannya ada hubng kait dengan isu-isu semasa, semoga ia sedikit sebanyaknya dapat menjernihkan suasana persekitaran yang melingkari umat Islam di Malaysia dan sekitarnya.

Dan buku ini mengadungi tajuk-tajuk utama yang dinamakan sebagai bab;
- Bab Tahap Pengajian Hadis
- Bab Hadith Dhaif
- Bab Hadith Maudhu'
- Bab Perselisihan Tiga Zaman
- Bab Adakah Anda Mujtahid
- Bab Menolak Fahaman Anti Hadith
- Bab Cinta Sejati

Dengan penyebaran buku ini diharapkan dapat mengecilkan jurang kekelirun dalam bidang hadith.

192 pages, Paperback

Published March 1, 2017

1 person is currently reading
10 people want to read

About the author

Berkepakaran dalam syarahan kitab hadis, iaitu Muwatha' karya Imam Malik, Sahih Bukhari dan Muslim serta Sunan Abi Daud, Tirmidzi, Nasaie, dan Ibnu Majah. Juga dalam fiqh mazhab Hanafi dan perbandingan fiqh mazhab. Beliau juga nerkemahiran dalam ilmu usuluddin, segenap ilmu hadis, kepelbagaian fiqh, tafsir dan tasawuf.

Beliau mendapat pendidikan di Mazahirul Ulum, India selama empat bulan dan menyambung pengajian ke Madrasah As'adiah yang diasaskan oleh Maulana Yusuf Al-As'adi selama dua tahun. Beliau menangguhkan pengajian di madrasah itu untuk mengikuti pengajian di Madarah Asya'ah Ulum selama dua tahun, sebelum menamatkan pendidikan di Madrasah As'adiah.

Di Malaysia, beliau berguru dengan Tuan Guru Haji Abdul Rahman di Pondok Sungai Durian dengan mengikuti kelas khusus bagi bekas murid Tuan Guru yang memegang jawatan Imam dan tenaga pengajar. Beliau juga pernah berguru dengan Tuan Guru Haji Harun Pauh Lima, Pondok Moden Kandis.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (100%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Ismail Isman.
55 reviews3 followers
January 21, 2018
Buku kecil ini merupakan bahan bacaan wajib terutamanya bagi mereka yang masih meragui kedudukan hadis dhaif dalam amalan? Apakah hanya sahih dan hasan sahaja yang boleh beramal? kemudian adakah wajib beramal dengan semua hadis sahih dan hasan? dan jika ia bersalahan dengan ijtihad para mujtahid, apakah perlu ditinggalkan hadis sahih itu dan berpegang pada pendapat dan istinbat para mujtahid atau perlu terus 'kembali' kepada hadis?

Kesemua persoalan-persoalan ini dikupas satu-satu secara ringkas tetapi padat dengan hujah dan dalil daripada amalan para muhaddithin dan usuliyyin zaman-berzaman. Cukup untuk membongkar kekeliruan sebahagian mereka yang menyerang para mujtahidin dan kononnya menyeru kepada Al-Quran dan As-Sunnah dengan meninggalkan qaul mujtahidin dalam keadaan ilmu mereka cetek sungguh jika dibandingkan dengan ilmu para mujtahidin ini.

Dengan adunan bersama ilmu hadis dan ulumnya serta ilmu usul fiqh, peranan muhaddithin dan usuliyyin (mujtahidin) dipersembahkan dengan ringkas dan mudah untuk dicerna orang awam. Buku ini jug turut menyentuh peranan dan mengangkat kembali kedudukan mujtahidin sebagaimana kedudukannya di kalangan ahli ilmu.

Tidak dinafikan buku ini sedikit berat untuk mereka yang tidak tahu apa-apa tentang ilmu mustolah hadis atau ilmu usul fiqh, tetapi jika dibaca secara sedikit-sedikit dan dirujuk, insha Allah ianya cukup untuk menyelesaikan kekeliruan yang dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

Di akhir buku, penulis satu bahagian menolak syubhat yang dibawa golongan quraniyyun atau anti-hadis dan akhirnya menutupi kitab ini dengan kepentingan sunnah Rasulullah dan penghayatannya pada masyarakat.

Jika anda masih dalam dilema kebingungan ini, boleh masukkan buku ini di dalam senarai buku untuk anda habiskan!
Profile Image for Khairul Amirin.
17 reviews1 follower
January 5, 2020
Zaman kini terlampau banyak orang menganggap diri mereka tahu sedangkan tidak tahu. Alhasil banyak kenyataan dan pendapat zaman sekarang bertentangan dengan kaedah dan usul dalam ilmu. Dalam ilmu hadis, bukan hanya sekadar cerita sahih dan dhoif atau palsu, bahkan lautan perbahasan lagi. Bukan senang untuk dapat mengeluarkan hukum daripada sesebuah hadis, bukan sekadar hanya membaca terjemahan, kita boleh terus beramal. Al-Quran dan hadis ibarat bahan mentah yang mana ia perlu 'dimasak' oleh alim agar boleh 'dimakan' oleh orang ramai (awam). Buku ini sangat memberi penjelasan tentang bidang hadis 👍🏻
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.