Jump to ratings and reviews
Rate this book

Busana Nana

Rate this book
bahagia itu, di suatu tempat yang tersembunyihanya empunya diri boleh merasainya

Lubna atau Nana, gadis itu tidak pernah tahu menjahit pun sebelum ini. Kalau ada pun hanya pengalaman menjahit sarung kusyen yang senget-menget waktu di sekolah dulu. Di kedai sepupunya, Zatil itulah dia belajar dan belajar menjahit baju.
Di situ, Nana kenal dengan AMD singkatan kepada Anak Mak Datin yang diberikan oleh Huda, kawan baiknya. Huda pernah mengusiknya dengan Si AMD itu, namun jawapannya...
“Tak nak aku orang kaya. Nanti aku jugak yang susah.”
“Lorh... apa yang susah? Cuci kaki je. Semua benda dah siap.”
“Bukan masalah tu.”
“Dah tu?”
“Anak orang kaya ni, cara hidup dia orang pelik.”

Dari situ juga Nana mencantum cebis-cebis impian bersama insan tersayang. Berjayakah dia menggapai impian saat diri teruji hingga dia rebah? Ketika itu dia sedar, kebergantungan hidup itu hanya layak untuk Allah. Bukan pada manusia.
***

SAIDATUL SAFFAA kembali lagi, kali ini dengan kisah yang lebih santai namun tetap penuh pengisian. Busana Nana membawa pembaca menyelami kisah si doktor kain mencari bahagia melalui jalan-Nya.

415 pages, ebook

First published October 1, 2013

1 person is currently reading
27 people want to read

About the author

Saidatul Saffaa

4 books83 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (10%)
4 stars
36 (49%)
3 stars
23 (31%)
2 stars
4 (5%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
797 reviews107 followers
May 17, 2015
Ermmm...macam mana nak cakap ye?

Daripada tajuknya kita dah agak yang buku ni mesti berkaitan dengan baju dan watak utamanya bernama Nana.

Nana tidak pandai menjahit pun. Pengalamannya menjahit cuma jahit sarung kusyen masa zaman sekolah dulu...tu pun senget menget jahitannya. Tapi, selepas 91 hari masih lagi menanam anggur tanpa mengeluarkan buah, Nana bersetuju untuk menolong sepupunya Zatil di kedai jahit miliknya.

Di sinilah kisah Nana bermula. Nana yang tidak tahu menjahit, yang sangat takut buat salah tapi asyik tersalah saja, Nana yang berusaha tapi pada masa yang sama berasa lelah dan ingin berputus asa. Namun akhirnya Nana jatuh suka dengan dunia jahitan sehingga bercita-cita untuk menjadikan busana muslimah sebagai haute couture yang disegani dunia.

Penulis menjadikan kehidupan Nana sebagai latar dakwahnya. Pelbagai informasi dan pengajaran yang dimasukkan melalui interaksi Nana dengan orang sekelilingnya. Kak Zatil, Huda, Datin Mah, Azra, Kauthar, Yunus, Ustaz Hidayat, dan juga yang pastinya Syahmin si AMD (Anak Mak Datin) serta temannya Hafizi memeriahkan lagi perjalanan Nana.

Plotnya memang agak melompat-lompat dari satu babak ke babak yang lain. Kemudian diimbas semula untuk diterangkan sebabnya. Mungkin sebab saya selesa dengan cara penulis bercerita maka saya tidak merasakan ianya mencacatkan. Saya juga suka dengan cara penulis meng'intertwined'kan kehidupan Nana dan Syahmin. Comel jer. Dan bahasanya menenangkan, tapi saya merasa sebak tiap kali Nana bercerita mengenai ayahnya.

Paling tak boleh lupa, bila Syahmin boleh demam sampai seminggu bila mengetahui 'idaman hatinya' sudah bertunang. Padahal masa dia putus dengan Isabel yang dah bercinta 7 tahun tu boleh pulak dia macam tak kisah. Dan bila tiba-tiba terkeluar 'Alhamdulillah' apabila mengetahui yang Nana tak jadi kahwin dengan tunangnya.

"Kalau betul cinta...lepaskanlah. Insya-Allah, ada hikmah tersendiri yang Allah nak tunjukkan pada Nana."

"Nana pernah dengar hadis, kalau orang tu dapat hidayah disebabkan kita...itu lebih baik daripada apa yang disinari matahari."

"Mungkin Nana orang yang Allah hantar...untuk Syahmin."

Mungkin saya tidak boleh menjadi se'bertamadun' Nana. Tapi, kisah Nana ini tetap akan dijadikan panduan, Insya Allah.
Profile Image for Intan.
85 reviews2 followers
November 24, 2013
apabila membaca novel keluaran jemari seni (90% buku yang dibaca) tak pernah rasa "kosong"..akan ada seseuatu yang dapat kita "kutip"..

novel busana nana ini mengisahkan Lubna (nana)pemegang ijazah sarjana muda perakaunan yang berkerja di kedai jahit sepupunya zatil (setelah 91 hari menganggur).Nana yang seumur hidupnya hanya ada pengalaman menjahit sarung kusyen yang senget-senget waktu disekolah dulu gigih berusaha belajar menjahit. Di kedai jahit, Nana kenal Datin mah dan anak nya syahmin (yang digelar AMD-anak mak datin oleh huda kawan baik nana). Berkerja sebagai tukang jahit juga menemukan nana dengan kawan lamanya kauthar, kauthar menawarkan nana tender menjahit langsir di resort milik Datuknya. Di resort, nana mengenali yunus sepupu kauthar. Yunus jatuh hati pandang pertama pada nana, dalam masa yang sama si AMD juga terjatuh suka pada nana..
siapakah iman yang ditakdirkan untuk nana? sila lah baca buku ini =)

yang saya suka:

suka sangat-sangat dengan islamic motivation, kisah-kisah sahabat Rasulullah, hadis-hadis dan kisah teladan yang penulis selitkan ..tak keterlaluan saya rasa bila baca novel ini macam baca mini majalah solusi..

Tahniah JS dan Saidatul saffa!!
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
November 22, 2013
Saidatul Saffaa tidak pernah mengecewakan saya!

Busana Nana, kisah yang agak santai berbanding dengan 2 naskhah penulis yang sebelum ini. Namun ada 'isi' yang sangat menarik untuk saya 'fikir' dan 'hadam'.
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews106 followers
June 29, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM13.00. Pm je....

Banyak yg lebih mengenai naskah ini. Tepat sekali review yg menyamakannya dengan Majalah Solusi. Penuh pengisian.

(for me) apakan daya, mataku (yg terlatih kononnya) tertangkap juga ke'kurang'an BUSANA NANA.

Mainan rasa Nana seakan diabaikan, perkembangan dan garapan watak Nana agak longgar. Gelodak jiwa Nana terutamanya ketika Yunus kemalangan, koma dan hilang ingatan tidak sampai ke dasarnya. Agak goyah olahannya.

Begitu juga dengan Syahmin. Wataknya seolah-olah sengaja diwujudkan sebagai 'penambah perisa' walaupun besar impaknya pada jalan cerita.

Dan entah mengapa, mataku lebih terarah kepada konflik perkahwinan Intan dan Syamil... biarpun sekejap munculnya, tapi lebih terasa.....

Ntahlah.....
Profile Image for Izziewizzy.
80 reviews
November 22, 2013
Another good read I had over weekend. Thank you Saidatul Saffa. You never disappoint me.
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
August 9, 2016
Sesuai untuk bacaan santai. Ulasan? Bleh baca dari kawan-kawan goodreads yang lain.

*mode: tak punya banyak masa nak berfikir dan mengulas lebih panjang
Profile Image for Mak Ain.
7 reviews5 followers
December 26, 2013
A good book that leave with mixed feelings. Love it even from the start - the demise of Nana's dad, her transformation, her determination to learn, her hard-work, her feeling towards Min & Yunus and many more.. There's so many lessons learned! Highly recomended!
Profile Image for Ida.
81 reviews24 followers
January 29, 2014
I loved this novel. This is her 1st novel that I've read. She got another novel before, tapi belum baca.

Penuh pengisian dan RASA yang tersembunyi. Banyak yang boleh dipelajari & juga ilmu untuk renungan ita bersama.
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
May 4, 2016
Nana & Syahmin

Novel ni pon ada musim puasa ngan raya.. =))
Profile Image for Su Zainudi.
155 reviews
September 29, 2025
Kisah tentang si tukang jahit. overall saya divide buku ini pada 3 bahagian.

Bahagian pertama, Lubna atau Nana berusaha untuk melawan rasa Antelophobia atau takut untuk buat salah. Ye la, Nana ni study bidang perakaunan, tapi end up kerja kat kedai jahit Kak Zatil. Tanpa pengalaman dalam bidang jahit menjahit ni, memang agak sukar untuk Nana.

Bahagian kedua, kisah Nana dgn Yunus. Kisah cinta berlandaskan syariat tapi penuh tragis. Hakikatnya kita mampu merancang je, tapi Allah penentu segalanya.

Dan yang paling major, kisah Nana dengan AMD. Bermula dari insiden jahit baju melayu untuk dinner company. Tanpa Nana sedari, Nana telah mengubah Syahmin dulu to Syahmin sekarang.

Light reading cuma banyak flashback termasuk sekecil2 peristiwa membuatkan pembacaan sedikit terencat. Overall, menghiburkan!!!
This entire review has been hidden because of spoilers.
154 reviews2 followers
November 30, 2017
Santai: dari segi penulisan dan penceritaan, takde jauh sangat dari landasan novel-novel cinta 'fofular' - i.e ada jugak elemen-elemen yang sama, tapi memang tak sama - e.g takde watak-watak klise yang biasa aku baca dan terbaca (heheh); yang lebih utama usaha gigih penulis meyampaikan tazkirah, semoga dibalas selayaknya. Cuma rasanya macam tertinggal kisah 'evolusi' si hero yang menjadikan dia tak berapa nampak macam hero tapi watak sampingan yang dinaiktaraf (imho-lah)

Padat: dari segi ilmu dan tazkirah Islami - siap ada senarai buku-buku rujukan; di samping idea-idea menarik dalam (contohnya) bisnes dan fesyen yang diselitkan di celah-celah interaksi watak-watak Saidatul Safaa

Terhibur? Ya.
Terpukul? Pun, ya...
Profile Image for Nur Mazeeta.
5 reviews2 followers
August 2, 2022
Kisah seorang 'Nana' yang akhirnya akur untuk berkerja dalam bidang jahitan yang sememangnya dia tidak pernah terfikir untuk ceburi. Dalam kisah ini juga diselitkan juga tentang Atychiphobia iaitu seseorang yang takut untuk melakukan kesalahan. Aku suka dengan semangat nana yang tinggi untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.
Profile Image for Khaulah Zulkifli.
94 reviews3 followers
August 12, 2016
buku ini bukan saya yang beli. tidaklah saya teruja untuk membacanya.

menariknya apabila dikisahkan tentang baju. menjahit baju. sungguh saya suka baju dan menjahit. kalau boleh ingin jadi mcm nana dapat kerja di kedai jahit.

namun, bila nana ingin memartabatkan baju kurung yang cuba disampaikan oleh penulis. saya jadi terus igt pada Manikam Kalbu dan saya tidak dapat tidak membandingkan antara dua buku ini. bagi saya penyampaian manikam kalbu lebih baik tentang penceritaan tentang menjahit, baju dan fesyen.

kerana bagi saya, penulis terlalu banyak maklumat ingin disampaikan.menjahit. baju kurung. sirah. islam. Rasulullah. mungkin untuk sirah, sepatutnya lebih kepada bagaimana pemakaian zaman sahabat. kisah asma. tentang adab berpakaian di dalam rumah. bagaimana garis panduan dari al-quran. rasanya lebih cantik dikisahkan begini dari lari keluar sirah para sahabat yg lain. supaya tema cerita itu tidak lari. dan tidak nampak celaru.

kalaupun ingin dikisahkan tentang sirah, mungkin dari sudut kisah yunus sahaja.

dan ada beberapa scene/part tergantung. atau diceritakan terlalu pendek rasanya tidak perlu. seperti meleret. dan tidak nampak kaitan. bagi saya tidak mengapa helaian muka surat itu nipis asal maklumat yg ingin disampaikan jelas. mudah difahami.





Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.