ini adalah salah satu contoh zine yang baik. penulis Muhammad Fatrim tak lokek untuk keluar lebih sedikit belanja untuk pastikan kualiti cantik. bukan semua penulis boleh buat zine ni beb.. banyak perkara perlu diteliti. dan nak buat zine ni pun bukan buat je. fatrim yang tergolong antara golongan penulis hebat pun ambil masa nak buat, kan?
gimbaran. pemahaman akak ialah 'kembar' seseorang tapi kiranya bukan hidup dalam alam nyata, betul tak? gimbaran dalam zine ini penulis nyatakan juga pandai berubat. indah, anak yang ditunggu-tunggu setelah 5 tahun mas dan kassim berumahtangga. dia juga di anggap anak bertuah kerana selepas lahirnya dia, mas dan kassim hidup senang. laila pula muncul dan sering menemankan indah. seakan kembar mereka ini.
gaya penceritaan pula, bagi akakla tak perlu prolog. sebab kisah ni mendatar saja.. dah kira macam sesi pengenalan pun ya jugak. lagipun pasangannya, epilog, tiada. tercari jugakla akak. gaya bahasa, lebih pada gaya sabahan dan kemas. kisah pun dari sana, ye tak? kiranya penulis berjaya bawa kisah sana untuk tatapan pembaca dari semenanjung. ada sedikit tertukar nama watak. rasanya penulis dah betulkan dalam cetakan kemudian, kan? idea yang best dan kisah ringkas untuk tatapan pembaca yang mahukan sesuatu yang santai, kan?