yang ini, lebih berbentuk pada penceritaan fakta. camelia (aku) berminat dengan fenomena pukau dan kejadian pukau berlaku di hadapannya. pak ciknya kena pukau, dia saksikan perempuan dipukau, jiran kena pukau dan malang sekali, dia turut sama menjadi mangsa pukau!
idea dan topik dah best. cumanya bila bercerita begini sememangnya penulis perlu bermain dengan kata-kata supaya pembaca terus tertarik untuk membaca selanjutnya. heii.. akak tak kata zine ni tak best ya cuma mungkin sesetengah bahagian jadi mendatar. lagipun akak suka sebab penulis Muhammad Fatrim tak segan silu kisahkan masalah masyarakat dari seberang sana. di semenanjung pun ada kes pukau ni beb.. ahli keluarga akak pun lama dulu pernah kena. perkara sebegini jangan di bawa main... haa.. kan last tu kisah pukau pengait. nyawa pun boleh melayang!
Kisah yang sangat menarik dan memberi info tambahan pada pembaca.. Bahaya pukau dan cara mengatasinya.. Penulis memang berjaya menyampaikan mesej.. Walaupun hanya 75 muka surat sahaja, novelet ini sangat best dibaca