Jump to ratings and reviews
Rate this book

Leman & the Geng

Ummu Sibyan

Rate this book
Pergi dan jangan kembali…

Ummu Sibyan ialah jin betina yang suka mengganggu kanak-kanak di bawah umur dua tahun dan ibu-ibu mengandung. Kehadirannya membawa pelbagai malapetaka kepada keluarga tok ketua. Kemudian satu per satu kejadian seram dan menakutkan berlaku di Kampung Hulu 8 sehingga memaksa Tok Guru Semail bertindak menyelesaikan kes-kes itu dengan bantuan tok ketua, Samad, Berahim dan Leman. Ada yang berdamping dengan iblis sehingga sanggup menggadaikan iman dan ada yang merayu untuk dipulihkan kerana tidak sanggup menjadi mangsa kepada dosa-dosa nenek moyang mereka. Semua kes cuba diselesaikan dengan baik walaupun kadangkala nyawa mereka menjadi galang gantinya.

Adakah apa yang diusir itu terus pergi ataupun kembali untuk terus menghantui?

“Waktu senja tu waktu syaitan iblis berkeliaran. Kenapa kamu tak fikir dulu sebelum nak buat apa-apa?” – Kak Mizah

“Aku dah kata jangan ganggu cucu aku. Kenapa kau tunjukkan diri kau malam tadi?” – Mak Senah.

“Aku pulang tanpa nyawa… Aku syaitan dan bukannya manusia… Tidak bernyawa, tidak bernafas… Tetap pulang walaupun sudah mati…” – Arwah Milah

Kampung Hulu 8 mempunyai bermacam kisah misteri yang menakutkan. Kampung yang disangkakan aman sejahtera rupa-rupanya menyimpan kisah-kisah misterinya yang tersendiri. Ada yang mengamalkan ilmu yang berbentuk syirik dan khurafat dan ada yang menjadi mangsa akibat dosa-dosa nenek moyang mereka.

Kejadian-kejadian seram berlaku secara bersilih ganti sehingga memaksa Tok Guru Semail bertindak menyelesaikan kes-kes itu dengan bantuan Tok Ketua, Samad, Berahim dan Leman. Lelaki alim itu merupakan orang harapan penduduk Kampung Hulu 8 jika melibatkan hal-hal ghaib dan mistik.

Kes-kes yang melibatkan saka, Ummu Sibyan, hantu raya, hantu bangkit dan badi mayat cuba diselesaikan dengan menggunakan ayat-ayat suci al-Quran dan ia berjaya dengan izin ALLAH. Ada juga yang melibatkan orang-orang dari kampung sebelah tetapi semuanya berjaya diselesaikan dengan kebijaksanaan Tok Ketua dan Tok Guru Semail.

Ada yang berakhir dengan ‘happy ending’ dan ada juga yang ‘sad ending’ tetapi ia merupakan pengalaman-pengalaman yang paling berharga buat mereka yang terlibat. Banyak ilmu baru dan iktibar yang diperolehi dalam tempoh masa itu.

356 pages, Paperback

First published January 1, 2018

4 people are currently reading
65 people want to read

About the author

Ninie Othman

33 books13 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
37 (45%)
4 stars
38 (46%)
3 stars
6 (7%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 21 of 21 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
March 21, 2018
UMMU SIBYAN
by Ninie Othman

Saya sangkakan ia sebuah full novel, namun rupanya ada beberapa sub novella dalam tu, namun masih berkisarkan latar tempat dan wtaak yang sama.

1. SAKA

Sejak kematian Nek CU, cucunya Amar seringkali mengalami sakit tengkuk dan rasa pedih dicakar. Namun, setiap kali ke klinik ataupun hospital, doktor mengesahkan dia sihat sahaja. Amar juga menjadi pemarah dan sering malas mengerjakan solat dan mengaji. Dek tertekan, Amar akhirnya meminta bantuan Tuan Guru Semail dan Tok Ketua untuk berubat, di samping sokongan kawan2 sekampungnya - Berahim, Leman dan Samad.

Permulaan cerita dihidangkan dengan kisah #saka, walaupun agak klise namun olahan dan plot penulis bergerak cantik dan tersusun kemas. Di tambah pula dengan watak2 sampingan yang tidak kurang kelakar, membantu menceriakan suasana sedikit sebanyak. Elemen seram juga dapat dirasakan.

* rating : 4.00*

2. UMMU SIBYAN

Kali ni, cucu Tok Ketua Syifa yang menjadi mangsa. Menjelang senja, pasti menangis dan demam sehingga merah2 muka. Kerana risau, Tok Ketua dan isterinya datang melawat. Melihatkan keadaan Syifa yang teruk, Tok Ketua menyarankan supaya di bawa balik ke kampung untuk berubat dengan Tok Guru Semail.

Ummu Sibyan, hantu yang gemar mengganggu budak kecil dan ibu mengandung - itulah yang mengganggu Syifa. Kali ini lebih menyeramkan, dengan gambaran Ummu Sibyan yang menakutkan dan bunyi2 yang terhasil. Saya lebih menyukai novellet keuda ini, yang lebih tersusun dan olahan seram yang lebih mencengkam.

* rating : 4.50*
3. HANTU RAYA

Esah, salah seorang penduduk kampung yang tinggal bersama Mak Senah, nenek saudaranya setelah kematian Pak Jai. Esah ditinggalkan oleh ibu bapanya sejak kecil yang kononya keluar merantau. Satu hari, mayat Mak Senah dijumpai di dalam hutan oleh penduduk kampung. Esah kebingungan kerana Mak Senah ada di dalam rumah! Maka, bermulalah gangguan ke atas Esah, yang ingin dijadikan tuan baru oleh Hantu Raya belaan Mak Senah.

Kali ini berkaitan hantu raya yang mencari tuan baru demi menyesatkan manusia dan Esah yang tidak tahu apa2 menjadi mangsa. Seperti cerita #saka, tidak banyak perbezaan, tapi masih boleh diterima dan mood seramnya masih ada.

* rating : 3.80*

4. HANTU BANGKIT

Milah, yang mati mengejut akibat serangan jantung bangkit kembali dari kubur dan mengganggu ketenteraman kampung tersebut. Semua gara2 perbuatan khurafat penduduk kampung sebelah yang menurun nombor ekor. Sekali lagi, Tok Guru Semail bersama Leman dan Berahim membantu menyelesaikan masalah ini.

Kali ini, bagi saya kurang sikit seram nya, tapi more emotional. Kesian dengan Milah, janda muda yang ditinggalkan suami. Kesian jugak Samad yang cintanya tak kesampaian. Tak sangka Milah mati dalam cerita ni..

*rating : 3.80*

5. BADI MAYAT

Kemalangan yang melibatkan sebuah treler melanggar mati seorang pemuda berlaku di depan mata Samad, Berahim dan Leman ketika mereka keluar ke pekan. Sejak itu, Leman kemurungan dan kelihantan runsing. Deman, tidak selera makan dan mengadu sakit tengkuk. Sekali lagi, Tok Guru Semail membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Novellet terakhir berkaitan Leman, pemuda yang paling penakut antara mereka - terkana badi mayat. Pendek saja kisahnya, tak sempat nak seram lebih2..namun, masih ada sesuatu yang menarik untuk di baca dalam naskhah ini. Berkenana badi mayat dan cara merawatnya, sesuatu yang jarang diketengahkan oleh penulis seram.

*rating : 3.80*

Epilog diakhiri dengan penyesalan bekas suami Milah dan mak mertuanya, di tanah perkuburan dan disaksikan Samad dari jauh. Sedikit sebak dengan pengakhiran hidup Milah dan pengakhiran buku ini. Overall, not bad juga, tapi secara peribadi fav saya Ummu Sibyan. Sesuai dengan tajuk novel, memang ceritu itu paling melekat. Lain, bukan tidak menarik, masih ada tarikan tersendiri juga tapi kurang elemen seram, mungkin sebab tema sudah biasa ataupun adengan yang seakan sama.

Saya suka dengan idea novella seperti ini, tidak terlalu meleret dan ringkas ceritanya. Seperti membaca kisah Siri Bercakap dengan Jin pun ada.

Apapun, tahniah untuk penulis!

* overall rating : 4.00*
Profile Image for astread.
77 reviews7 followers
July 27, 2025
Reading slump lagi. Tapi berjaya habiskan juga.

Patutnya letak tajuk “Kampung Hulu 8”. Hahaha seronok semua cerita berkait. Semua yang berlaku di Kampung Hulu 8. Ada sedih, gembira, lawak dan takut. Semua saya rasa memberi warna dalam cerita ni. Leman yang penakut piang. Samad yang baik sangat. Berahim yang malu malu. Seronok baca cerita ni. Latar belakang kampung yang tenang, kerja pun cari rezeki dekat kebun. Tok guru ni macam hero kampung semua hantu dia sorang je settle. “Maju lu sini hantu, kami ada tok guru” hehhehehe.

Terima kasih penulis.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
479 reviews43 followers
October 30, 2024
Kampung Hulu 8 diganggu beberapa gangguan angkara makhluk halus. Kehadiran Tok Guru Semail berserta Tok Ketua cuba untuk mengatasi masalah yang melanda. Dibantu pula oleh Leman, Samad dan Berahim.

Jalan cerita menarik dan konsepnya juga menarik. Walaupun membawa beberapa kisah yang berlainan namun mempunyai kesinambungan antara satu cerita ke satu cerita. Tidak sepenuhnya terpisah. Saling berkait.

Bila sebut pasal saka ni memang kasihan dekat generasi sekarang yang menjadi mangsa tanpa tahu apa yang berlaku. Mungkin zaman nenek moyang kita dulu, kurangnya ilmu agama hingga mereka membuat keputusan sebegitu. Niatnya mungkin baik untuk menjaga keluarga tetapi akhirnya yang menjadi mangsa adalah keluarga yang ingin dilindungi itu juga.

Bila membaca kisah Syiffa ni, SH terbayang kawasan rekreasi yang penuh dengan ibu bapa yang membawa anak-anak kecil hingga ke rembang senja. Dan keadaan ini adalah perkara biasa yang sering kita jumpa di zaman sekarang. Tiada yang kelam kabut balik bila mentari dah mula tenggelam. Padahal kita dah tahu waktu itu adalah waktu syaitan dan jin mula berkeliaran.

Seronok betul SH rasa duduk di Kampung Hulu 8 ni. Harmoni je. Kalau datang bertandang tu ada je yang nak dibekalkan oleh tuan rumah. Masakkan makanlah, dapat sayur percumalah dan pelbagai lagi. Saling menolong antara satu sama lain. Yang salah diberikan teguran. Yang muda disayangi yang tua dihormati. Suka babak-babak Tok Ketua yang kerap mengusik Leman dan rakan-rakannya. Ada sahaja karenah mereka yang membuat SH ketawa. Dan keadaan ini memang jarang atau sedikit sukar untuk kita lihat di zaman sekarang ini.
Profile Image for Lanzz.
816 reviews26 followers
February 22, 2021
Sebuah lagi novel seram karya Ninie Othman yang best, tak sia-sia beli selepas terhibur baca satu lagi novelnya sebelum ni, iaitu Jeritan Puaka. Gaya penceritaan dan idea novel ni boleh dikira kreatif jugaklah. Menceritakan tentang beberapa kejadian seram yg terjadi di sebuah kampung. Semua watak2 tak kaku, dan suasana kehidupan di kampung diceritakan dengan baik. Babak2 seram pun meremang bulu roma jugalah. Telatah tiga watak utama novel ni juga pasti mencuit hati, dapat jugalah meneutralkan suasana seram. Kritikan pula hanya satu iaitu pada tajuk buku, langsung tak sesuai rasanya sbb keseluruhan cerita bukannya tertumpu pada plot tu saja...

Novel ni mengisahkan tentang Kampung Hulu 8 yang diganggu oleh beberapa peristiwa mistik yang menakutkan seperti gangguan saka, ummu sibyan, hantu raya, hantu bangkit, dan badi mayat. Kesemua masalah itu diselesaikan secara muafakat oleh penduduk kampung, terutamanya dengan bantuan Tok Guru Semail yg alim, Tok Ketua yg prihatin, serta tiga pemuda kampung yg nakal tapi baik hati iaitu Samad, Berahim, dan Leman.
52 reviews4 followers
March 9, 2018
mula i ingatkan cerita ni keseluruhannya mengenai Ummu Sibyan tapi ternyata i silap. cerita ni lebih kepada koleksi kisah seram Kampung Hulu 8.

ada 5 kisah seram iaitu saka, ummu sibyan, hantu raya, hantu bangkit, dan badi mayat. setiap cerita seolah2 saling berkait sebab masih berkisar pada kehidupan penduduk kampung hulu 8.

samad, berahim, dan leman ibarat watak penting la dalam cerita ni sebab setiap cerita mesti melibatkan diorang. tak lupa juga watak tok ngah semail yg sama pentingnya dan i asyik membayangkan dia macam tok adi tanah kubur. serba tahu semua. hehe

permulaan cerita yg agak perlahan tapi kian rancak kemudiannya yg buatkan i susah nak letak novel ni. i paling suka kisah hantu raya dengan hantu bangkit sebab banyak diselitkan unsur jenaka. kisah badi mayat pula beri i info baru sebab jarang baca kisah pasal ni. cuma macam tak cukup je dengan 5 kisah ni. nak lagi!

keseluruhannya i suka cerita ni. cerita ni masih buatkan i mampu tidur malam. cuma fobia sikit dengan bunyi cicak. hehe. kudos writer!
Profile Image for Hamidah Effendi.
377 reviews3 followers
November 26, 2025
Ummu Sibyan oleh Ninie Othman

Buku ini menghimpunkan pelbagai kisah seram yang berlaku dalam satu kampung, di mana penduduknya berusaha merungkai gangguan misteri yang menimpa mereka. Fokus utama diberikan kepada Tok Guru Semail bersama watak-watak pembantu yang bukan sahaja membantu dari segi jalan cerita, tetapi turut mencuit hati dengan gelagat mereka.

Amaran: Jangan baca buku ini pada waktu malam! Bagi pembaca amatur macam aku, tahap seramnya memang menjadi.

Genre: Seram, gangguan saka, belaan, badi, dan himpunan kisah pendek yang saling berkait dalam satu latar kampung.

Yang menarik, penulis bukan sekadar bercerita—ada juga perkongsian ilmu yang membuatkan pembacaan terasa lebih bermakna. Elemen seramnya sampai, tetapi diimbangi dengan humor daripada watak-watak sampingan. Satu lagi kelebihan: fizikal bukunya sedap dipegang. Kulitnya tidak keras, jadi bila dibuka, tangan tak cepat lenguh menahan.

kesimpulan :
Buku ini berjaya menyatukan seram, ilmu, dan hiburan dalam sebuah pengalaman bacaan yang lengkap.

Jalan ceritanya hidup, wataknya kuat, dan mood seramnya konsisten. Ummu Sibyan sememangnya antara buku seram yang aku paling gemari dan sangat aku rekomen untuk pencinta cerita kampung yang penuh misteri.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
April 15, 2018
Koleksi kisah seram yang ditempuhi tiga sekawan iaitu Leman, Samad dan Berahim sambil dibantu Tok Ketua dan Tok Guru Semail.. Antara yang dilalui mereka ialah Saka, Ummu Sibyan, Hantu Raya, Hantu Bangkit dan Badi Mayat.. Paling kelakar dah tentulah watak yang bernama Leman.. Lemah semangat tapi sentiasa ada sewaktu To Guru Semail membuat rawatan.. Dalam keseraman, ada kelakar dan juga pengajaran.. Yang baik bolehlah dijadikan teladan..
Profile Image for M Ju Kitchen.
4 reviews
April 2, 2018
assalammualaikum ....

Pertama tahniah kepada penulis yg sudah berjaya melahirkan karya ummu sibyan nie... sy sangat berpuas hati dengan penulisan dan idea yg dilontarkan dan dalam masa yg sama menambah pengatahuan serba sedikit jenis2 jin ini, paling sy suka ade babak2 komedi yg boleh memberi saya sedikit rase senang hati selepas bertarung dalam babak suspen. Ape pun tahniah tidak sia2 sy menunggu untuk novel ini dan kini kamu termasuk dalan koleksi list penulis kegemaran saya... teruskan berkarya dengan idea2 yang baru ya.
12 reviews1 follower
February 13, 2025
Novel ni mengisahkan Tok Guru Semail, Tok Ketua dan 3 orang sahabat baik di Kampung Hulu 8 yang mengalami 5 kejadian misteri. Mulanya ingatkan jalan cerita lebih kepada 'Ummu Sibyan' seperti tajuk novel ni rupanya 5 kejadian mistik yang terjadi. Jalan cerita yang lebih kepada keagamaan dan kekeluargaan, persabahatan, percintaan walaupun tak kesampaian (sedih).

Jalan cerita amat menarik dan buat kita nak cepat-cepat habiskan pembacaaan. Addicted sungguh nak tau apa yang terjadi dengan setiap jalan cerita.

Hantu Bangkit
Lebih kepada kesedihan bila hajat Samad untuk memperisterikan Milah tidak kesampaian hingga Milah meninggal disebabkan serangan jantung yang kronik dan Samad pula tidak dapat dihubungi disebabkan berada di dalam hutan membantu seorang profesor menjalankan kajian tentang hutan-hutan di Malaysia. Lebih mengejutkan Samad yang balik ke kampung setelah selesai tugasnya bertemu dengan jenazah Milah yang bangkit dari kubur disebabkan 3 orang lelaki yang membaca mantera yang dijumpai di dalam internet dan tanpa usul periksa telah membangkitkan mayat Milah. Akhirnya Samad akur dengan pemergian Milah.

Kesinambungan daripada kejadian tersebut, Balqis iaitu anak kepada Milah tidak mengetahui kematian ibunya terus mencari dan menangis tanpa henti. Balqis telah diserahkan kepada waris iaitu Roy, bapa kandung dan neneknya di bandar. Kecurangan Roy pada Milah telah berkahwin dengan Sara. Walaubagaimanapun, Sara mempunyai teman lelaki dan telah menjalinkan hubungan yang lama sebelum mereka berkahwin akhirnya keluar daripada rumah kerana tidak sanggup menjadi ibu tiri kepada Balqis.

Akhirnya Roy dan ibunya berasa kesal diatas tindakannya kekejaman yang telah dilakukan kepada Milah hanya kerana Milah bukanlah daripada keluarga senang dan menghalau Milah dan Balqis dari rumah 2 mewah 2 tingkat mereka dan mengahwini Sara. Susulan itu, Roy dan ibunya telah membawa Balqis balik ke Kampung Hulu 8 melawat kuburan Milah.

Samad yang kebetulan turut beaada di kuburan Milah menyaksikan suasana tangisan itu terus pergi meninggalkan mereka tanpa gangguan. Perasaan cintanya pada Milah tetap utuh.

Selain itu ada juga Saka, Ummu Sibyan, Badi Mayat dan Hantu Raya yang juga menarik tapi bagi saya, Hantu Bangkit lebih menarik.

Keep up kepada penulis novel ini.
Profile Image for Mariam Niza.
18 reviews1 follower
August 30, 2021
🍂Rasa mcm kehilangan pulak lepas habis baca.. Tiber😅.. hehe.. Selain seram, ada juga bahagian yang kelakar sbb ulah si Leman yg penakut.. Yam suka novel ni, sbb tinggi dengan nilai persahabatan dan kekeluargaan. Ada juga pengajaran yang boleh diambil dari kisah-kisah yg ada dalam novel..

🍂 Walaupun dalam satu novel ada kisah-kisah yang lain tapi jalan cerita tak tergantung.. Perjalanan ceritanya jelas dan teratur.

🍂Pada Yam bahagian yang paling seram dalam novel ni pasal "hantu bangkit" .. Konsep seram yang penulis sampaikan, tak perlu gambaran yg berlebihan. Cukup je Yam baca pasal hantu bangkit tu balik rumah dia sendiri, senyum sampai telinga, suara sengau sebab kapas dekat hidung, minta bukakan pintu utk dia masuk. Dah buat aku meremang satu badan dah😅.
Profile Image for Nazri Zulkafli.
9 reviews
June 22, 2024
Ini merupakan kompilasi cerita dalam setting yang sama. Mangsa berubah tetapi karakter yang menguruskannya adalah karakter yang sama.

Terhibur dengan gelagat Leman yang penakut namun cuba menggagahkan diri untuk menghadapi peristiwa mistik, kesetiaan Samad terhadap cinta hati dan keakraban yang ditunjukkan dalam kalangan watak utama buku ini.

Sejujurnya, dalam kalangan cerita yang dinukilkan, sememangnya cerita berkenaan Ummu Sibyan yang saya rasakan paling menarik. Kisah lain seperti saka, hantu raya, hantu bangkit juga mempunyai tarikan tersendiri. Tapi ia tidak mencapai tahap seronok membaca seperti yang saya rasai semasa membaca kisah gangguan Ummu Sibyan.

Umumnya, satu karya yang menarik. Buat saya rasa ingin tahu macam mana pula dengan karya Ninie Othman yang lain.
Profile Image for Atiqah Ahmad.
207 reviews2 followers
May 30, 2025
4.5 ⭐

Tidak menghampakan jalan ceritanya. Kali pertama baca karya penulis ni, cara penulisannya kemas dan tersusun. Ku sangkakan 100 peratus kisah berkenaan ummu sibyan, rupanya banyak kisah seram lain dalam satu cerita yang bersangkut-paut dan ada hubungkait antara satu sama lain. Pengakhiran yang bagi aku baik, walaupun sedikit sedih.

Tolak 0.5 ⭐ sebab aku agak terganggu dengan pengulangan perkataan membonceng yang salah. Mengikut fahaman aku, membonceng itu orang yang duduk di bahagian belakang. Perkataan yang betul bagi yang membawa adalah menunggang motosikal. Semoga bermanfaat.
Profile Image for fatihah.
22 reviews4 followers
January 21, 2025
(15/1/2025)✓
Cerita yang menyeramkan tetapi penuh dengan pengajaran. Dalam buku ini kita dapat menyedari bahawa makhluk ghaib juga mempunyai peranannya yang tersendiri untuk menakutkan anak Adam. Kita sebagai manusia perlu peka dan tidak lupa untuk sentiasa mengingati Allah SWT agar tidak mudah sesat disebabkan oleh makhluk ghaib. Semua cerita di dalam novel ni sangat best buatkan perasaan rasa seperti rollercoaster ahaha.
Profile Image for Ctsyah.
20 reviews
February 8, 2019
bila da abis baca chapter pertama, terperanjat tgk tajuk di atas berbeza.. saya ingatkan novelnye berlainan cerita.. tapi tidak.. isi kandunganya berbeza sprt saka, hantu bangkit, badi mayat tetapi penulis dpt mengaitkan satu cerita ke satu cerita hingga menjadi sebuah novel yang complete... syabas.. mmg lain dari yg lain..
Profile Image for Amiratul Afida.
29 reviews3 followers
October 3, 2020
mengisahkan beberapa siri kejadian misteri di sebuah kampung dan setiap satunya digarap oleh penulis dgn penuh rasa seram dan penuh debaran...namun begitu gaya penulisan penulis serta susunan plot yg mudah difahami menjadikan karya ini sbg bahan bacaan yang santai tetapi menghiburkan....tidak sesak dada dan sakit kepala baca.. pendek kata, best
11 reviews
August 1, 2022
Syabas untuk penulis!
Novel yang berlatarkan sebuah kampung digeruni oleh pelbagai peristiwa. Jalan cerita yang menarik dan tidak bosan. Fuh meremang juga la baca buku ni tengah malam lagi2 part bunyi cicak tu. Dalam novel ni, ada juga la watak yang melucukan iaitu Leman hahaha 😂 overall besttttttt !
Profile Image for Lil red reading book.
166 reviews
August 25, 2025
Ummu Sibyan adalah kompilasi beberapa kisah seram/mistik yang berlaku di Kg. Hulu 8. Bijaknya si penulis dalam menghubungkan setiap kisah dengan begitu tersusun.

Karakter Leman pula adalah karakter yang paling mencuit hati sekaligus menjadi karakter kegemaran 🫶🏻✨

Semoga penulis boleh menjana lebih banyak idea kreatif diikuti dengan karakter yang menarik seperti Leman.
19 reviews
August 6, 2024
Sy suka buku cerita yang macam ni. Cerita lain2 tapi semua ada kaitan. Suka karakter kawan2 tu. Suka semua. Jangan tegur orang tengah2 malam , risau bukan manusia.
Profile Image for Amelia Zulkifli.
180 reviews5 followers
August 22, 2025
Selalu juga saya dengar nama Ummu Sibyan ni, seekor jin yang sering mengganggu bayi dan ibu mengandung di waktu senja. Dengar nama nya pun dah seram. Rupa-rupanya, dalam novel Ummu Sibyan ni ada beberapa sub-novella di dalam nya. Bukan lah keseluruhan novel hanya berkisarkan tentang Ummu Sibyan. Ada kisah tentang saka, hantu raya, hantu bangkit dan badi mayat juga. 


Kesemua kisah di dalam novel ini tidak berkait tetapi watak-watak nya adalah yang sama dari kisah pertama hingga lah yang terakhir. Watak-watak utama seperti Tok Guru Ismail dan Tok Ketua menjadi watak penting yang membimbing anak muda di kampung kerana mereka penuh ilmu di dada dan lebih matang berbanding yang lain. Berahim, Samad dan Leman pula ada perangai masing-masing yang melucukan juga. 


Akibat novel ni juga lah tiba-tiba saya teringinkan kuih keria. Siapa dah baca, tahu lah, haha. Setiap kisah penuh dengan pengajaran, ada kisah sedih dan ada juga kisah gembira. Makhluk seram yang diketengahkan pula sememangnya sinonim dengan masyarakat Melayu kita, jadi tak sukar nak faham dan ‘bayangkan’ haha. Siapa nak cuba, boleh baca ya. Serius, tak berat sangat pun. Senang nak baca novel ni. 
Displaying 1 - 21 of 21 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.