Jump to ratings and reviews
Rate this book

Projek Thriller

Projek Thriller: RANTAI

Rate this book
KEJAHATAN PASTI TERBALAS

SINOPSIS RANTAI BERNYAWA
Azim seorang Pencuri Profesional! Tiada apa yang dapat menghalangnya. Bila dia sudah menetapkan sasarannya. Lukisan bernilai jutaan ringgit, berlian bernilai jutaan dollar, barang kemas yang bernilai jutaan euro menjadi sasarannya. Tetapi kali ini Azim sudah tersilap langkah, dia tidak sepatutnya mengambil barang itu. Dia tidak menyangka kerana kesilapan yang kecil membawa natijah yang besar. Seorang demi seorang mati dalam keadaan yang misteri dan mengerikan. Kini dia tiada pilihan, dia terpaksa meminta pertolongan musuh yang memburunya untuk mencari pembunuh sebenar. Dia tidak sangka rantai yang dia curi dihuni syaitan yang kejam serta tidak harus dibangkitkan. Syaitan yang terkurung 3500 tahun yang lalu kembali untuk merajai dunia. Dia tiada pilihan…

SINOPSIS RANTAI SAKTI
Seutas rantai yang diperbuat daripada batu yang gugur dari langit sebenarnya mempunyai satu kuasa yang tiada tandingan. Pada awalnya Rantau memakai rantai itu hanya kerana ingin menjaganya, setelah diamanahkan oleh bapanya yang juga orang pertama yang menjumpai batu dari langit itu. Namun ketika Rantau menuntut ilmu persilatan di hujung kampung. Bapa dan abang sulungnya telah menjadi mangsa kekejaman penghulu kampung yang bernama Naning. Penghulu Naning telah merampas sebahagian batu langit itu untuk ditempa menjadi senjata yang mampu membuatkan kedudukannya terus kukuh dipandang tinggi oleh manusia. Rantau telah mengamuk setelah mendapat berita bahawa keluarganya telah dibunuh. Dan dia telah nekad untuk membalas dendam akan kematian darah dagingnya. Namun penghulu Naning bukanlah sembarangan manusia. Dia dilindungi sihir hitam yang amat ampuh. Apakah benar rantai yang dipakai Rantau mempunyai kuasa yang sakti? Mampukah Rantau membalas dendam ke atas penghulu Naning? Atau yang kematian bakal menjemput Rantau.

SINOPSIS RANTAI EMAS
Kumpulan Black Chilli merompak Rizqi sehingga terlantar koma di hospital. Farah, isteri kepada Rizqi yang merupakan bekas pembunuh upahan tekad mengangkat senjata demi membalas dendam di atas kejadian yang menimpa suaminya. Semua pengikut Black Chilli diburu dan diseksa untuk mencari pelaku yang sebenar dengan menggunakan nama samaran Kaminari. Pembunuh upahan yang pernah menggemparkan dunia suatu masa dahulu.

Ifwat, ketua kumpulan Black Chilli yang mendendami Kaminari semenjak setahun yang lalu mengerahkan seluruh pengikutnya untuk memburu Kaminari. Pembunuh demi pembunuh dihantar untuk menewaskan Kaminari namun semuanya menemui jalan kecundang.

Satu kejadian telah mengejutkan Ifwat apabila mendapati sebenarnya terdapat dua orang musuh yang menggunakan gelaran Kaminari. Seorang berjantina lelaki dan seorang berjantina perempuan.

Siapakah Kaminari lelaki dan apakah urusannya dengan Ifwat? Pada masa yang sama, berjayakah Farah membalas dendam apabila Ifwat menggunakan Perisai 1000 Nyawa, senjata alam Melayu yang memberikan tenaga mistikal kepadanya?

448 pages, Paperback

First published January 1, 2018

2 people are currently reading
31 people want to read

About the author

Arman Jazee

9 books44 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
22 (61%)
4 stars
10 (27%)
3 stars
4 (11%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Author 9 books44 followers
May 6, 2018
Salam...Rantai Bernyawa dan Novel ini saya ambil masa hampir enam bulan untuk menulisnya. Tiga bulan yang awal dihabiskan untuk merangka idea dan jalan cerita, memikirkan watak-watak yang harus ada dan fungsi setiap watak itu. Merancang konflik dan kesinambungan setiap adegan. Mengumpul maklumat tentang Firaun dan kisah ahli sihirnya. Mengumpulkan maklumat tentang lukisan dan pelukis-pelukis serta merancang aksi dalam cerita ini.
Tiga bulan seterusnya mula menulis, bukan senang untuk menulis sebuah bahan kisah yang kompleks dalam muka surat yang terhad. Terlalu banyak yang perlu dimuatkan dan lebih banyak yang perlu dibuang. Akhirnya setelah bertungkus lumus siap juga akhirnya. Ia memberi kepuasan untuk saya...maka saya harap ianya memberi kepuasan pada sesiapa yang membacanya...adois..
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
March 29, 2018
Gabungan tiga penulis yang ohsem.. Ketiga-tiganya mempunyai kehebatan yang tersendiri dalam mengolah cerita.. Untuk cerita pertama dari Arman Jazee, Sha dah jatuh cinta dengan penulisan beliau.. Memang menarik dan mengancam.. Untuk penulis Saidee Nor Azam dan Arifful Baqi, penulisan mereka berdua memang sampai ke jiwa.. Penuh aksi dan debaran.. Memang triple action yang terbaik..
Profile Image for Farrah.
62 reviews2 followers
April 22, 2019
Macam tengok movie baca Rantai Bernyawa. Lepas tu Rantai Sakti, nama macam cerita pendekar-pendekar tu 😆 tapi seriuslaaa macam tengok movie!!!!
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews41 followers
November 24, 2024
Bernyawa

Seorang ahli sihir Mesir Purba yang dikurung akibat fitnah bersumpah akan kembali membalas dendam kepada musuhnya. Dan pencurian yang dilakukan oleh Azim menjurus kepada lemahnya kurungan yang mengurung ahli sihir tersebut.

Jalan cerita yang menarik dan pace penceritaan yang agak laju. Ada beberapa babak dalam ni yang mengingatkan SH pada beberapa filem Hollywood. Cuma SH rasa hubungan Azim dan Shireen tu macam tiba-tiba. Tak nampak keserasian antara mereka.

Eeh boleh pula ada yang memang cuba nak lepaskan Akhsunamoon tu. Padahal tugasnya untuk mengekangnya dari terlepas tapi ada pula yang teringin mendapatkan kuasa Akhsunamoon. Begitulah manusia. Tak cukup dengan kekuasaan dan kekayaan yang ada.

Sakti

Dek kerana menginginkan batu tahi bintang yang telah dikutip oleh Rozak, Penghulu Naning sanggup untuk membunuh Rozak sekeluarga. Baginya batu itu hanya miliknya sahaja. Tiada yang lain yang boleh memilikinya.

Banyak watak dalam ni yang menyakitkan hati. Penghulu Naning yang gila kuasa. Yang memandang rendah orang lain. Guruh yang sanggup tunduk pada wang dan menganiaya orang lain semata-mata kerana wang. Tapi SH sukakan semangat setiakawan rakan-rakan sepeguruan Rantau yang sanggup membantunya menuntut bela.

Dendam yang berjaya dipadam dan diganti dengan hasrat mencari keadilan. Bukan semua orang mampu melepaskan dendam yang telah bersarang dalam hati. Hanya insan yang benar-benar tulus dan kuat hatinya yang mampu berbuat demikian.

Emas

Dek kerana ingin mencari orang yang membuatkan suaminya terlantar koma, Farah memakai nama Kaminari menjejak mereka. Satu per satu ahli kumpulan Black Chilli dicari dan dijejak demi menemukan orang yang dimaksudkan.

SH suka plot twist di akhir cerita ini. Dan tak sangka ada kaitan di antara mereka. Dan setiap watak yang tampil dalam cerita ini punya cerita dan rahsia tersendiri. Dan itu adalah antara perkara yang SH suka tentang cerita ini.

Inilah namanya mengejutkan harimau yang sedang tidur. Elok-elok Farah tu dari seorang suri rumah yang menanti kepulangan suami dah jadi pembunuh misteri yang ditakuti. Kan dah huru-hara jadinya.
Profile Image for Qhist Ma.
96 reviews64 followers
August 11, 2018
RANTAI : BERNYAWA
Macam tengok cerita Hindustan Dhoom 2 sebab curi lukisan + Indiana Jones + The Mummy (Tomb of the Dragon Emperor) + The Da Vinci Code.

RANTAI : SAKTI
Love it. I didn't want to skip any words.


RANTAI : EMAS
Mr & Mrs Smith + X-Men (sebab Farah dan kembarnya mutan) + My Wife Is A Gangster / Biniku Gangster?

Great job, authors!
Profile Image for Suzyanna yap.
118 reviews9 followers
September 12, 2019
3 cerita namun berkisah satu benda yang sama iaitu Rantai.

RANTAI BERNYAWA- Arman Jazee

Rantai bernyawa mengisahkan Seorang pecuri profesional yang mencuri lukisan bernilai jutaan ringgit,berlian bernilai jutaan dollar, barang kemas yang bernilai jutaan euro menjadi sasarannya. namun ketika dia mencuri satu lukisan dia tertarik untuk mengambil seutas rantai. Rantai yang diambilnya mempunyai roh seorang ahli sihir yang jahat...dia terpaksa berdepan dengan bahaya dan kehilangan orang yang dianggap sebagai ayah. Dan kerana rantai itu dia dan musuhnya bersatu hati melawan kuasa jahat yg datang dari rantai tersebut

RANTAI SAKTI-Saidee Nor Azam

Rantau memakai seutas rantai yang dibuat daripada batu yang gugur dari langit.Kerana batu itu dia kehilangan ayah dan abangnya. Semuanya kerana Penghulu Naning. Hanya Kerana abangnya bermain cinta dengan anak penghulu naning abangnya mati dibunuh. Ayahnya pula mati kerana dituduh mencuri batu dari langit tersebut. Dengan adanya rantai yang dibuat dari batu sakti itu Rantau membalas dendam atas kematian ayah dan abangnya.



RANTAI EMAS-Arifful Baqi

Misteri kaminari kembali menjadi bualan apabila Kumpulan Black Chilli merompak Rizqi sehingga terlantar koma di hospital. Farah isteri Rizqi merupakan bekas pembunuh upahan menjejaki ahli kumpulan Black Chilli demi menuntut bela di atas apa yang terjadi terhadap suaminya..

Ifwat pula memang sedang menjejak Kaminari, Ammar merupakan pembantunya sudah puas menjejak Kaminari yang sering menjadi sebutan ketuanya. Kaminari itu seorang lelaki kenapa tiba-tiba ada Kaminari perempuan.

Rupa-rupanya Ammar dan Farah adalah kembar. Dan paling tak disangka Kebenaran tentang Rizqi itu siapa yang mengejutkan

Profile Image for Mira.
45 reviews2 followers
April 17, 2025
Buku Projek Thriller yang membawa tema rantai, kejahatan pasti terbalas ini ditulis oleh 3 penulis bersama 3 cerita tersendiri. Paling saya suka adalah kisah yang pertama iaitu rantai bernyawa yang ditulis oleh Tuan Arman Jazee.

Kisahnya bermula apabila The Cat, pencuri profesional mencuri satu lukisan yang sangat berharga di Mansion Duke of Ellywood milik seorang hartawan, Duke Edward. Semasa pencurian lukisan tersebut, The Cat ternampak sebuah kotak kecil berbentuk silinder bersama dengan wang dan ketulan emas di dalam sebuah peti besi. Apa yang diambilnya hanyalah lukisan tersebut yang dipesan oleh ayah angkatnya dan juga kotak kayu berbentuk silinder yang berukir dengan bentuk dan simbol yang pelik itu. Tanpa dia sedar, sebenarnya apa yang diambilnya tersebut mengandungi rantai dari zaman silam yang akhirnya membunuh ayah angkatnya lalu mendedahkan kisah disebalik rantai tersebut.

Kisah kedua pula, adalah rantai yang diperbuat daripada batu besi yang jatuh dari langit akhirnya dapat menolong Rantau membalas kembali kejahatan Penghulu Naning yang membunuh ayah dan abangnya tanpa belas kasihan.

Manakala, kisah yang ketiga adalah berkenaan seorang wanita, iaitu Farah yang memburu ahli kumpulan kongsi gelap, iaitu Black Chili yang menyebabkan suaminya cedera parah akibat dirompak oleh mereka. Farah yang juga bekas pembunuh upahan ini, mengunakan rantai besi sebagai senjata untuk mencederakan seterunya. Banyak rahsia yang terdedah disebalik setiap watak dalam cerita ini.

Kesemuanya mempunya plot yang amat menarik dan unik bagi saya. Tahniah kepada para penulis!
Profile Image for Hamidah Effendi.
350 reviews3 followers
July 17, 2025
Projek Thriller: Rantai oleh Arman Jazee, Saidee Nor Azam & Arifful Baqi

Tiga cerita thriller — Rantai bernyawa, Sakti dan Emas.

🔗 Cerita 1 — kisah pencuri harta yang Licik. Tapi dia tak tahu, apa yang dicuri tu menyimpan roh jahat yang akhirnya terlepas. Cerita ni buat aku rasa “Wow, amazing bila bab sejarah + misteri!” sambil teruskan baca sebab nak tahu kesudahannya.

🔗 Cerita 2 — bawa kita kembali ke zaman dahulu, zaman rantai itu mula ditempa. Ada elemen kuasa, pengorbanan, dan aksi pertarungan yang buat aku terasa macam tengok filem epik. Memang best!

🔗 Cerita 3 — ni aku paling suka sebab watak perempuan dia berani fight! Jiwa dia macam heroin dalam novel tempur — tak tunggu diselamatkan, tapi angkat senjata sendiri. Padu! ada penyamaran dan rahsia kehidupan seorang perempuan yang menjadi sebisa itu.🤝🫡


---

Kesimpulannya?
Aku suka gabungan aksi + misteri + licik dalam buku ni.
Ada elemen zaman lampau, ada kisah pencurian, ada pertarungan fizikal yang buat jantung laju — lengkap untuk peminat thriller yang suka rasa "panas, tegang dan puas".

Buku ni bukan sekadar tentang rantai, tapi tentang kuasa, tamak dan keberanian.

⭐⭐⭐⭐ daripada aku! 👊
Profile Image for Hanisah.
52 reviews1 follower
August 18, 2025
Olahan menarik oleh para penulis. Walaupun temanya sama, tapi mood yang diberikan adalah berbeza untuk ketiga-tiga cerita. Saya enjoy semua cerita.
Cuma untuk cerita ketiga, penulis cuba untuk memasukkan terlampau banyak elemen dan watak. Adakah ini sambungan/imbasan untuk cerita lain?
Profile Image for Beverley.
33 reviews
June 4, 2025
seronok, ada 3 jenis cerita dalam buku yang best
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.