Jump to ratings and reviews
Rate this book

Spy Hati Dari Chantilly

Rate this book
Andai Harus Memilih...Hidup Bahagia Atau Hidup Dalam Bahaya...

TIGA tahun lalu, Suri Imani ditemukan dengan seorang lelaki yang menyelamatkan dirinya dari nyaris maut di Paris. Bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang menjadi buruan seluruh dunia. Sejak itu, dia mencari-cari lelaki itu untuk membalas budi.

“Dia pencuri yang agak terkenal dalam kalangan pihak berkuasa di sini. Sasarannya selalu tak pernah gagal. Dah lama pihak Interpol cuba memburunya tapi sentiasa gagal. Tak sangka kamu berpeluang bertemu dengan dia. Bagaimana rupanya?”

Kecewa dengan Farid yang memilih kakaknya, Suri Imani menjauhkan diri dari keluarga lalu berjiran dengan seorang lelaki yang sering pulang ketika mabuk. Permulaannya Suri Imani membenci lelaki itu. Namun satu insiden membuatkan dia semakin dekat dengan lelaki itu. Malah dia menjadi PA lelaki itu di tempat kerja.

“I harap you boleh jadi PA yang baik untuk I. Because I need you more than you think.” - Mikey Mikhail

Mikey Mikhail juga seperti Suri Imani, seorang pelarian. Bezanya dia melarikan diri daripada kisah silamnya. Kerana dendam, dia menjalani hidup yang tidak pernah diimpikannya. Namun kehadiran Suri Imani membuatkan dia merasakan ‘hidup’ kembali. Ceria tanpa dendam yang membelenggu diri.

Kehadiran Ezekiel membuatkan Mikey Mikhail mula mengesyaki Suri Imani mempunyai rahsia yang cuba disembunyikan. Siapa Suri Imani yang sebenarnya? Siapa Ezekiel yang tiba-tiba muncul dalam hidup mereka?

552 pages, Paperback

First published January 1, 2018

4 people are currently reading
39 people want to read

About the author

Mazni Aznita

8 books59 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
29 (47%)
4 stars
21 (34%)
3 stars
11 (18%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for Hida.
119 reviews11 followers
June 29, 2023
Rate: 4⭐️

Buku kedua drpd author ni yg aku baca after Venom Suria. Buku ni aku sukaaa, macam fefeeling tgk korean drama gitu. Aku tak tau kenapa bila baca buku ni teringat drama healer/city hunter. 🤣 Ha, vibe2 gitu.

Buku ni memang more to romance berbanding dengan Venom Suria tp still ada action and the thriller part. 🫶🏻
Bagi aku jalan ceritanya cliche aje, tapi mungkin sebab aku suka cara penulisan author ni, so buku ni buatkan aku takleh nak stop baca. 🙊 Plot dia agak predictable tp still aku suka. Cuma cuma cuma, hmm I don’t know if this is only me, tp apa yg FL buat to her sister tu kinda unacceptable 🤔 Sbb hmmm idk la sejauh mana Farid treat the FL sampai boleh jadi gitu, sbb the details tak berapa mendalam. Dan juga how the way it ends for her sister. Gitu ajeee 😌😌

Btw, can i get a spin off for Ezekiel please 🙏🏻 Hahah, tak taulah for some reason, jd attracted pulak kat karakter satu ni. 😂 Overall, for me buku ni best. #emptycanvashida
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
February 28, 2019
3.5*

Lama tak baca karya Mazni Aznita (MA) tapi sayangnya ada rasa tak puas. Sorry MA!

Full review: 28/02/2019

1. Satu yang aku suka tentang penerbit evergreen seperti Alaf 21 adalah aku tak jumpa masalah typo dalam ni. Dan, ia sangat mengujakan hati. Tambahan kredit: bau kertas buku kuning. Aduh! Terasa menang loteri #penyakitpencintabuku

2. Mikey Mikhail – ok, sweet tapi aku rasa Ezekiel lagi sweet haha.

3. Suri Imani. Jujurnya, aku tak boleh klik dengan wataknya, aku tak tahu kenapa ‘lemah’ sangat Suri dalam hal hati dan perasaan ini. Cuma dah akhir-akhir tu baru aku rasa bolehlah tahan sikit.

4. Johanna Beasley. Terima kasih sebab wujudkan watak ni. Serius, ia mengubat hati yang kecewa dengan si heroin. Dek kerana Johanna, aku gigih google untuk baca pasal SBI okayy!

5. Elemen thriller dah mendebarkan tapi ia seakan-akan terhenti bila pembaca sudah dapat meneka siapa gerangan Tuan Glock di pertengahan cerita. Sayangnya momentum debaran itu tidak dikekalkan sehingga penamatnya.

6. Watak dalam cerita ni boleh tahan banyaknya. Jadi, konflik pun agak-agak korang bagaimana? Ha, memang satu per satu la kena hadap haha. Tapi aku rasa itu memang kemahiran penulis. Beliau suka ‘bermain’ dengan kesemua watak ciptaannya.

7. Aku tak tahu kenapa ending seorang penjenayah antarabangsa kelihatan begitu ‘mudah’. Memang tak puas hati.

Silapnya di sini aku meletakkan harapan yang tinggi untuk karya MA, terutama bila naskhah terakhir (Venom Suria) yang aku baca sangat terkesan di hati. Tapi, jangan risau. MA masih tetap di kelasnya walaupun ‘bercuti’ agak lama di arena penulisan. Moga MA diberikan kesihatan dan ilham untuk terus menulis.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
March 27, 2018
SPY HATI DARI CHANTILLY
by Mazni Aznita

Suri membawa diri setelah cintanya kepada Farid tak berbalas, malah Farid memilih kakaknya sebagai pasangan. Lantaran onar yang di buat pada hari perkahwinan kakaknya, dia nekad menjauhkan diri. Di apartment barunya, dia berjiran dengan Mikey Mikhail, cucu pemilik syarikat Nusa Jaya. Suri akhirnya bekerja sebagai PA kepada Mikey. Kehadiran Ezekiel, bodyguard Mikey yang dilantik datuknya sedikit sebanyak mengganggu hubungan mereka. Dan, identiti sebenar Mikey dan Ezekiel perlahan2 terbongkar.

Ok, permulaan cerita memang wow dengan segala aksi, misteri dan fakta2 yang diberikan. Awal2 lagi da boleh agak hubungan Mikey dengan Tuan Glock tu, siapa Ezekiel sebenar dan Johanna, ibu Mikey. Cuma nak tau kenapa je... tunggu nak terbongkar je. tapi, makin lama makin slow pulak rasa... actually tak la slow sangat, ada je point2 penting dan berkaitan tapi saya je rasa slow nye nak habis.. x tau la efek kesihatan (demam hari tu ke) or mood membaca da merudum.. tapi memang slow la..rasa sedikit dragging dipertengahan dengan perjalanan cinta Suri-Mikey.

Lagi 1, banyak sangat konflik nak hadam.. jenuh jugak la nk ingat watak2 yang terlibat. Adengan aksi2 ala2 filem hollywood tu saya ok, just tak berapa berkenan.. pada saya, biarlah ada acuan sendiri sedikit (saya memang kurang gemar kalau bila baca eh macam dalam filem ni..cam drama ni.. my bad).

bukan tak best, jpada peminat aksi thriller mesti suka naskhah ni. Cuma, pada saya andai olahan awal dikekalkan sehingga ke hujung cerita, mungkin buku ni jadi lebih menarik. Nampak originaliti tuan Glock dengan pelbagai fakta2 berkaitan. Bila masuk bab perisikkan, salah sangka dan culik ugut tu pada saya da kurang menarik.. 😅😅

apapun, tahniah untuk penulis!

* rating : 3.5*
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
June 18, 2018
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

This is one very exciting read and something different. It's a mixture of suspense and romance.

Pada awalnya it can be confusing sebab so many things had happened and you are trying to figure out who's who and siapa baik, siapa jahat. but it's the mystery and the thrill yang buat N keep reading.

I like Mikey yang mysterious and Suri Imani. Pada awalnya I don't quite like Suri Imani and her infatuation over Farid. But selepas dia berkenalan dengan Mikey and Mikey mula menjadi sebahagian dari hidup dia, she's stop being annoying sebab she started being useful to Mikey.

N sangat suka dengan the chemistry between Mikey and Suri Imani. They are not overly sweet with each other but together they are perfectly sweet.

And things really pick up selepas wujudnya watak Ezekiel yang dianggap sebagai saingan pada Mikey.

I highly recommended SHDC for those yang suka something a little bit extra in their otherwise generic novel cinta melayu.
Profile Image for Glow.
82 reviews
July 21, 2023
3.9 star

Idea menarik. Ada vibes movie Bollywood dan oversea masa baca ni. Maybe sebab ada campur setting masa kat luar negara macam tu. Cuma maybe sebab aku dah biasa tengok movie-movie oversea dan Bollywood, jadi jalan cerita novel ni macam kurang umphh sikit bagi aku. Sebab ia macam tak ada kejutan dan wow factor sangat kat situ. Sebab aku dah boleh agak jalan ceritanya bergerak seperti apa dan ternyata, sangkaan aku sangat tepat.

Apapun, aku still sukakan novel ni. Aku suka unsur saspens dan hubungan Mikey dengan Suri. Sweet hahaha tapi adalah beberapa benda yang buat aku off pada mereka berdua ni. Watak dalam ni pun memang ramai, tak ubah macam novel Venom Suria yang wataknya juga ramai. Barangkali memang dah jadi 1 trademark untuk penulis kot.

Tapi still, aku lebih sukakan aura Venom Suria. Spy Hati ni bukan tak best. Best tapi aura 'gempaks' tu tak boleh lawan Venom Suria lah. Hehe.

Apapun lepas ni nak hunting novel penulis yang lain pula. Dan 1 benda yang aku suka kat penulisan Mazni Aznita ialah tulisan dia tak meleret dan setakat dua karya yang aku baca memang kedua-dua ni ada keistimewaannya tersendiri.
Profile Image for Atiqah Ahmad.
206 reviews2 followers
June 20, 2025
Tak dapat nak bagi solid 5 sebab lagi tertarik kat abang hero, camno? Kena buat spin-off ni puan penulis, heheh.

ML and FL are just fine, it's just there's quite a few 'cheesy' romance part in this book, that i can't handle. I love VS more honest said, but overall nice story.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
December 15, 2021
[BOOK 216]

Spy Hati Dari Chantilly by Mazni Aznita.
.

Ni buku kedua MA yang aku baca selepas Venom Suria. Venom Suria tu memang superb la. And this one pun, not bad.
.

Untuk yang sukakan action romance, boleh la baca.
.

Cerita dimulakan dengan pengenalan watak Johanna, seorang agen SBI yang berkhidmat untuk Dublin Mehrer, sebelum Johanna belot dan melarikan Zeus yang dikatakan berpotensi menghancurkan negara.
.

Lepas, pengenalan cerita di Chantilly, Paris. Bertempat di sebuah Muzium, ada pameran diamonds kot. Yang paling diminati ialah The Grand Conde. Dan tetiba berlian tu dicuri oleh pencuri yang dikejar oleh Interpol iaitu Mr Glock. Dan di tempat yang sama, adanya Suri. Dalam perebutan di muzium tersebut, Suri yang hampir tertembak, diselamatkan oleh Mr Glock.
.

3 tahun kemudian.
.

Suri yang kecewa kerana telah memalukan keluarganya akibat cintanya terhadap Farid yang tidak berbalas, telah membawa diri ke sebuah apartmen dan berjiran dengan Mikey Mikhail yang ditemuinya mabuk di depan pintu rumah. Suri la yang mengheret Mikey masuk ke dalam rumah. Dan daripada situlah, Mikey semakin rapat dengan Suri.
.

Dan muncul jugak watak Ezekiel, seorang pengawal peribadi yang diupah oleh datuk Mikey untuk mengawal cucunya. Lagipun, Mikey pernah terlibat dengan kejadian 12 tahun lepas menyaksikan ayahnya dibunuh oleh ibunya sendiri.
.

Cerita ni menarik sebab aku duk berteka-teka siapakah Mr Glock yang sebenarnya. Lolll, padahal dah ada hint dah yang penulis bagai. Tapi aku termissed. So, di pertengahan cerita lagi, kita dah tahu siapa sebenarnya Mr Glock. So, sekarang dah boleh fokus untuk tahu apa motifnya? Siapa Ezekiel? Dan apa jadi pada Johanna?
.

Cerita ni sebenarnya complicated jugak. Banyak watak yang terlibat. Tapi bila masuk part Mikey-Suri, dorang duk sweet, gaduh-gaduh manja pulak. haha
Profile Image for Azizah.
388 reviews6 followers
April 1, 2018
Rating 3.5*

Karya terbaru penulis masih kebanyakan karya-karya beliau sebelum ni, comedy thriller.

Pertemuan Suri Imani dengan Tuan Glock ketika dia ke Paris, saat dia gila mengejar cinta Farid Ilham. Namun 3 tahun selepas itu, dia menjadi pelarian dari keluarga sendiri setelah dia membuat onar pada hari pernikahan Farid dengan kakaknya.

Seterusnya pertemuan Suri Imani dengan jirannya yang pemabuk. Selamba saja Suri Imani mencuri makanan lelaki pemabuk tu.

Watak-watak yang pelbagai memang perlu dihadam sebaiknya. Tapi KakChik agak kecewa watak Tuan Glock terlalu awal didedahkan untuk pembaca walaupun heroin hanya tahu watak hero pada bab terakhir.

GRC: #13/15
Profile Image for HoneyGee.
147 reviews7 followers
December 14, 2022
Saya rasa, dalam banyak-banyak novel daripada puan penulis, ini adalah buku kedua yang paling saya suka kisahnya selepas alamak lagi-lagi dia.

Cliche yang tak cliche. Ada suspens. Ada cinta. Ada aksi. Best!
Profile Image for Julia Basri.
Author 7 books8 followers
March 18, 2018
Wow! Plot, latar dan cerita yang sangat menarik. Sekali lagi penulis kesayangan ku ini berjaya membuatkan adrenalin ku turun naik semasa menekuni naskhah ini. Persoalan demi persoalan dikupas sedikit demi sedikit dengan amat baik. Memang tak dapat disangkal lagi, SHDC tergolong dalam kategori naskah tak boleh berhenti dibaca. Dan sesuatu yang pasti, naskah ini pasti tak jemu untuk di ulang baca semula nanti!
Profile Image for Su Zainudi.
150 reviews
July 30, 2025
Naskhah Mazni Aznita kali ni bagi saya agak santai ye. Tak perlu memerah otak yg lebih kerana tak banyak sgg watak yang perlu diingati sepanjang pembacaan😅

Mengisahkan Mikey Mikail yang menyimpan dendam pada ibunya sendiri, Johanna kerana satu peristiwa yang berlaku semasa dia berumur 14 tahun. Suri Imani pula mengasingkan diri dari keluarga setelah dia sabotaj kenduri kahwin kakak, Darlina. Johanna pula hidup dalam sembunyi. Selain dari Dublin Mehrer, dia jugak bersembunyi demi keselamatan Ezekiel dan Mikey.

Dalam kekalutan yang tu menyorok dari yang ni, yang ni menyorok dari yang nun, Suri Imani accidentally kenal la dengan Mikey. Maka dari jiran to lover la akhirnya.

Untuk buku ketiga karya Mazni Aznita saya rasa penulis suka menulis nama panjang watak. Dati depan sampai belakang la duk Suri Imani which is saya rasa guna Suri pun sudah memadai sesudah memperkenalkan watak to reader. Panjang kot nak nyebut sepanjang pembacaan tu.

Yang kedua... Penulis memang ya suka pisahkan anak dari ibunya? Gitu penulis seksa watak dia🤣🤣🤣 However teruskan menulis puan penulis.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
July 17, 2020
Ini novel ke2 yang aku baca daripada Mazni Aznita. Terpengah setelah membaca reviu di ig seorang bookstagrammer.

Kisah Tuan Glock yang menjadi buruan interpol kerana terlibat dalam banyak kes2 kecurian yang melibatkan barang2 berharga.
Tapi tiada siapa yng tahu siapa sebenarnya Tuan Glock ini .

Suri Imani, percutiannya ke Chantilly untuk menemui orang yang disayangi iaitu Farid membaw pertemuannya dengan Tuan Glock saat dia mengunjungi sebuah muzium di sana. Suri Imani berada di tempat yng salah dan pd waktu yg salah. Dia hampir menjdi korban apabila pengawal muzium cuba menembak Tuan Glock kerana mencuri barangan di situ. Mujurla Tuan Glock menyelamatkan dia. Tpi siapa sebenarnya Tuan Glock ni? Kenapa dia sanggup selamatkan Suri imani?


Mikey mikael, cucu kepada Tan sri Idzhar. Salah seorang jutawan terkaya di Malaysia. Namun perangainya ade sesuatu sangat. Dia seakan memberontak. Pertemuan dengan suri Imani mencetus sesuatu hal.


Bagi aku novel ni best cumanya aku rasa masih tak mampu menandingi suria venom. Ianya agak slow di awalan cerita. Sehingga pembacaan aku sedikit mendatar. Mungkin diri aku sendiri ke..aku tak psti.
Profile Image for Sansuriya82.
61 reviews5 followers
November 6, 2025

꧁𓆩SURI 𓆪REVIEW꧂

Membaca Spy Hati Dari Chantilly karya Mazni Aznita bagaikan menyelusuri dunia cinta yang disulam dengan adrenalin dan rahsia. Dari halaman pertama, aku sudah tertarik dengan watak Suri Imani, seorang wanita yang cekal dan berprinsip, tapi dalam diam menyimpan luka lama yang tak pernah sembuh. Kemunculan Mikey Mikhail, ejen misteri yang penuh karisma dan bahaya, menjadikan kisah ini lebih hidup. Hubungan mereka tidak sekadar tentang cinta tetapi tentang kepercayaan, pengorbanan, dan kebenaran yang boleh menghancurkan segalanya.

Yang aku kagumi, Mazni Aznita pandai mengimbangkan elemen romantik dan aksi tanpa membuat cerita terasa berat. Setiap bab seakan membawa debaran tersendiri. Kadang-kadang aku rasa seperti menonton filem perisik, dengan suasana mewah, konflik antarabangsa dan dialog yang bersahaja tetapi tajam. Watak Ezekiel pula menambah warna misterinya mencetuskan persoalan tentang siapa sebenarnya yang boleh dipercayai.

Bahasa penulis sangat kemas dan sinematografik. Aku boleh “melihat” Paris dan Chantilly dalam bayang fikiranku. Setiap pertembungan antara Suri Imani dan Mikey Mikhail terasa hidup ada tarikan, ada sengketa, ada detik-detik yang buat aku tersenyum sendiri. Yang paling aku suka, cinta mereka tak klise. Ia lahir dari perjuangan dan risiko, bukan sekadar janji manis di bibir.

Menutup helaian terakhir, aku rasa puas. Spy Hati Dari Chantilly bukan sekadar novel cinta ia kisah tentang bagaimana hati seorang wanita boleh jadi sekuat rahsia yang disimpannya. Mazni Aznita sekali lagi membuktikan bahawa cinta dan bahaya boleh bergabung menjadi satu kisah yang indah dan berani.

#SpyHatiDariChantilly #MazniAznita #NovelMelayu #CintaDanRahsia #PembacaBercerita #BookstagramMalaysia #SuriReview
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
March 19, 2020
Tuan Glock, seorang pencuri antarabangsa, telah menyelamatkan Suri Imani dari tembakan tersasar di Paris tiga tahun lalu. Suri Imani telah melarikan diri dari keluarganya kerana dia telah lakukan satu perkara yang amat memalukan. Dia tinggal di sebuah apartmen mewah untuk menenangkan dirinya. Jirannya adalah seorang pemabuk yang menyebalkan. Tetapi lama-kelamaan, hatinya mula berlembut dengan si jiran. Dia mula berkerja dengan jirannya, Mikey Mikhail. Rupanya, ada banyak rahsia yang si jiran simpan. Kenapa banyak kejadian yang aneh kerap berlaku sejak dia kenal dengan jirannya? Siapa Ezekiel dan lembaga hitam itu? Apakah rahsia yang Mikey simpan? Apa kena semua itu dengan dirinya? Adakah cinta untuk dia sekali lagi?
10 reviews1 follower
March 14, 2018
Suka buku ni. Duduk berjiran selalu bertekak kemudian jadi PA lepas tu jadi kekasih hati. Berkisahkan ala2 james bond gitu
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
March 24, 2020
Magis Mazni Aznita masih belum hilang taringnya..tahniah MA..teruskan berkarya kerana aku adalah salah seorang peminat yang sangat menanti karya karyamu..keep it up 💪💪💪
Profile Image for Aini.
1 review
March 21, 2018
Buku yang sangat-sangat menarik. Please baca. Tak rugi pun. Setanding dengan RAM. Plot percintaan dan action seperti di movie wayang! hehehe
Displaying 1 - 19 of 19 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.