“SEPAHIT KOPI menyediakan bait nasihat, teguran dan pandangan yang menenangkan hati. Ada kisah, ada pengalaman dan ada cerita yang lunak untuk dibaca dan tegas untuk diterima. Semuanya digarap menjadi rangkai bicara yang diharap mampu mengetuk pintu sekeping hati.”
Buku Sepahit kopi, hasil coretan Anuar Nursi ini adalah berkenaan dengan seputar nasihat-nasihat yang menyentuh pelbagai isu atau tema. Kena dengan tajuknya iaitu Sepahit kopi, pahit lagi sebuah nasihat untuk ditelan. Kisah-kisah yang ditulis ini membawa renungan kepada kita semua terhadap pengajaran-pengajaran ataupun iktibar yang boleh diambil terhadap kisah-kisah tersebut.
Antara isu-isu yang disentuh dalam buku ini adalah berkaitan solat, rahmat Allah, ujian kepada manusia, keibubapaan, poligami, nafsu yang dirajai, kasih sayang Allah, akhlak dan banyak lagi. Semua kisah ini begitu menyentuh hati pembaca seperti saya lantas menjadikan kisah-kisah ini sebagai pengajaran dan peringatan yang amat bermakna sebagai bekalan untuk menempuh hidup didunia ini.