Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kafé

Rate this book
Kafe - tempat berkumpulnya para pencari. Pencari kepada pelbagai kehilangan; pangkat, harta, kuasa, ingatan, keyakinan diri, hala tuju hidup dan paling unik, kehilangan resepi! Mereka bertemu dan berkongsi rasa kehilangan. Perkongsian yang akhirnya menemukan satu jawapan pasti - punca kehilangan itu!

243 pages, Paperback

First published January 1, 2018

Loading...
Loading...

About the author

Ruhaini Matdarin

37 books37 followers
Dilahirkan di Hospital Queen Elizabeth dan dibesarkan di Kota Kinabalu, Sabah. Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik, suka melancong dan membaca. Pada tahun 2006 menang tempat pertama peraduan mengarang cerpen sempena kempen Budi Bahasa Budaya Kita anjuran Kekwa, pada tahun 2008 menang Hadiah Sastera Sabah 2006/2007, kategori novel remaja menerusi novel Gadis Adikara dan pada tahun 2009 menang tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 menerusi novel Jendela Menghadap Jalan. Manakala Waris Pejuang menang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011 juga di tempat kedua.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (5%)
4 stars
4 (22%)
3 stars
8 (44%)
2 stars
3 (16%)
1 star
2 (11%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
January 7, 2019
Ruhaini Matdarin antara penulis masa kini yang saya cuba tekuni karya-karyanya untuk masa mendatang. Saya perasan bahawa karya penulis sentiasa ditunggu-tunggu oleh rakan pembaca saya jadi saya mengambil peluang untuk membaca naskah Kafe sebagai pemula untuk mengenali penulis.

Kafe mengisahkan tentang sebuah kafe yang dikenali sebagai Kafe Hilang dan Ditemui, sebuah tempat di mana ‘pencari’ mencari sesuatu yang hilang daripada kehidupan mereka. Watak-watak seperti ahli politik yang melepaskan jawatan politiknya akibat salah laku kuasa, Malinda tukang masak terkenal yang kehilangan memori resepi masakannya, Kristina yang bercinta dengan benda bukan hidup, Tuan Muda yang merentasi masa lampau dan lain-lain merupakan antara watak yang menjadi pengunjung tetap kafe tersebut.

Namun begitu, naskah Kafe ini mungkin boleh diletakkan sebagai kategori buku yang memerlukan pembaca seperti saya untuk berfikir luar daripada kotak. Cerita yang ingin disampaikan sangatlah menarik tetapi teknik/plot cerita itu sedikit yang mengganggu atau memeningkan pembacaan saya. Saya tidak pasti ‘teknik’ apa yang digunakan, mungkin pembaca lain boleh menjelaskannya.

Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books77 followers
June 3, 2024
3.4 bintang.

Kisah tentang sang pencari dan kehilangan. Kafe Hilang dan Ditemui menjadi latar cerita ini.

Aku suka kisah Puan Malinda yang ceritanya kedengaran remeh, tapi besar bagi seorang wanita sepertinya. Kisah Kristina yang aneh juga menghiburkan. Juga kisah Areum yang tidak kusangka latar belakangnya.

Kisah Tuan Muda melelahkan kerana penuh dengan tumpahan kata-kata syarah. Agak bosan sedikit di situ.

Pendek kata, ada perkara yang hilang dalam hidup kita, tidak perlu dicari lagi. Kehilangan kadangkala lebih baik.
Profile Image for ⠀.
124 reviews35 followers
May 10, 2023
Bukunya nipis je, tapi kebosanan menebal dengan setiap selakan muka surat.

Kisah mengenai orang-orang yang kehilangan sesuatu pergi ke Kafe Hilang dan Ditemui untuk mencari jawapan. Mula-mula ingat cerita akan seperti Before the Coffee Gets Cold, tetapi rupa-rupanya lebih kepada falsafah dan syarahan mengenai kehidupan serta pandangan dalam monolog panjang yang dilampiri metafora dan analogi terhadap isu-isu sosial dan politik. Ada sedikit keanehan yang mahu mendekati unsur magis realisme tetapi semakin lama, semakin banyak juga disadurkan dengan unsur-unsur yang lebih merapatkan buku ini kepada buku cereka sains juga.

Falsafah dan syarahan dalam monolog watak yang berperwatakan mendatar adalah betul-betul panjang dan meleret, selain sekali-sekala akan melompat-lompat topik, seperti yang diakui oleh watak yang bermonolog itu sendiri, dan menyebabkan kebosanan, seperti yang diakui watak bermonolog yang lain pula. Meskipun berceramah tentang hal-hal kehidupan manusia, ketiadaan kemanusiaan dan perasaan daripada watak-watak yang bermonolog seperti sedang menyampaikan persembahan teater sendirian membuatkan aku tidak begitu peduli atau ambil berat dengan apa yang mahu disampaikan. Apa yang aku fikir adalah entah bilalah cerita nak tamat. Sudah seperti fatamorgana di padang pasir perasaan untuk sampai ke hujung cerita buku ini, walau sejauh mana berjalan, masih kelihatan jauh oasis di hadapan mata. Ada banyak pengulangan topik yang sama juga lebih memberatkan lagi pembacaan. Dan tidak sekadar itu, juga ada pengulangan cetakan muka surat menebalkan buku sedia nipis yang merupakan isu salah cetakan, atau mungkin sekali disengajakan bagi mewujudkan lebih banyak tafsiran dan maksud mendalam bagi cerita yang berat dengan metafora dan analogi ini. Entahlah.
Profile Image for Ira Nadhirah.
615 reviews
May 8, 2025
Disebabkan saya ada terlampau banyak buku Ruhaini Mat Darin (I will always go overboard if i like something or someone), saya menanam impian untuk membaca satu buku beliau pada setiap bulan.

Buku yang ini berkisarkan tentang 5 orang manusia dan makhluk asing (?) yang kehilangan dan mencuba untuk mencari semula benda atau orang yang telah dihilangkan.

Buku yang agak kompleks kerana terlampau banyak fakta, serasa membaca skripsi atau tesis. Dia macam 5 short stories yang digabungkan kerana wataknya berkaitan antara satu sama lain.

Aku masih kagum dengan idea idea Ruhaini Mat Darin sebab setiap bukunya menyajikan cerita yang berbeza beza dan of course, aku paling suka gaya bahasa yang digunakan. Bahasa Melayu lengkap dan berbunga bunga.

If we lost people by choice ni, beratnya lebih berat dari kehilangan sebab takdir. Kata kuncinya, redha.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
September 30, 2021
Aku rasa dah lama tak baca novel eksperimental bertema magis realisme (betulkan kalau silap) macam ni. Dalam ni, ada 6 watak termasuk seorang detektif yang tiada banyak untuk diceritakan dan semua watak mempunyai sesuatu yang mereka hilang (kecuali detektif). Siapa sangka sebuah kafe yang biasa kita tengok hari hari boleh dipandang oleh penulis sebagai sebuah kelab untuk mengumpulkan manusia yang kehilangan sesuatu. Apa pun, aku agak kurang in sangat gaya penceritaan yang berat berat ni, tapi masih sedap dibaca. Dan mungkin sewaktu temu ramah di bahagian akhir boleh pelbagaikan lagi cara macam gun twitter yang Ridhwan Saidi buat? (Aku suka kaver buku ni)
Profile Image for cik_ngoh.
34 reviews
May 26, 2018
Membaca buku ni sama perasaannya seperti membaca Sayembara.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews