Dia bagaikan halimunan. Kewujudannya diakui,tetapi tidak kelihatan di mana-mana. Gerakannya tangkas dan cukup senyap. Kejam dengan senjatanya; dia membunuh tanpa belas kasihan. Dia bergerak di atas satu nama -GHOST
Apabila geng gagak hitam mengesyaki ada anggotanya belot, mereka melancarkan buruan. Pencarian mereka membawa Geng Gagak Hitam kepada lelaki yang bergelar GHOST. Terselamat dari cubaan dibunuh, dia tercedera. Takdir menemukan dia dengan seorang doktor yang prihatin, yang berada di tempat yang betul, pada waktu yang tepat.
Budi yang ditabur, telah mengheret Dr. Daryn Areena ke kancah dunia gelap mereka. Dia turut diburu oleh Geng Gagak Hitam, namun diselamatkan oleh lelaki yang digelar GHOST. Keadaan tergugat apabila dia mengetahui sesuatu tentang lelaki itu. Siapa yang cukup jahat untuk diburu begitu?
Apabila melarikan diri satu-satunya pilihan yang dia ada, Dr Daryn Areena tersepit. Antara hidup dan mati, dia memilih untuk hidup. Antara percaya dan tidak, dia keliru.
If there is no one else that you can trust, trust yourself. But, if you can't even trust yourself,you have to trust me - GHOST
Akhirnya kedua-dua mereka berada di dalam pelarian untuk menyelamatkan diri dari pihak-pihak yang rakus memburu mereka. Tetapi mampukah Dr Daryn Areena meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada lelaki itu?
Ada perkara yang gelap tentang dia. Biar wajahnya tanpa riak, matanya itu.....penuh kedukaan. Dia.....diselubungi tanda tanya. Misteri tentangnya tiada bernoktah. - Dr Daryn Areen Siapa dia sebenarnya?
Kemunculan Rid aka Ghost aka Hakimi Rafael di hadapan rumah Dr. Daryn Areen, menjebakkan Daryn ke dalam kemelut hidup Kimi! Sejak menyelamatkan nyawa Kimi, hidupnya bagaikan diekori. Kemuncaknya, apabila muka Kimi terpanpang di televisyen sebagai pembunuh upahan yang paling dikehendaki! Dan, tanpa rela dia terpaksa mengikut lelaki itu melarikan diri sehingga ke Thailand!
Jika suka menonton filem2 aksi antarabangsa lakonan Jason Statham, mesti suka cerita ni. Daryn yang mulanya merasakan dirinya diculik dan dipergunakan oleh Kimi, terpaksa mengikut saja rentak Kimi.Ke mana saja di bawa dia rela. Walau pun beberapa kali cuba untuk melarikan diri, tapi ada je halangan dan orang2 jahat yang mengejar.
Secara peribadi, saya tak berapa gemarkan jalan cerita yang agak klise bagi jalan cerita aksi - melarikan diri bersama, di kejar geng2 jahat, bibit2 percintaan pun tercipt masa melarikan diri, dan dalang dikalangan orang dalam.. Agak predictable sedikit part tu. Tapi, sebab genre sebegini jarang diketengahkan dalam novel2 Malaysia, saya kire ini percubaan yang baik.
Dari segi olahan, saya suka dengan olahan penulis yang santai dan tidak meleret. Setiap bahagian dibahagikan kepada beberapa bab2 pendek (sebab tu ada total 108 bab), tidak terlalu kusut dengan subplot dan memudahkan pembaca menghadam rentak pelarian Kimi dan Daryn.
Sedikit lelah dengan sikap Daryn yang cengeh, sikit2 nak lari, bersyak wasangka dengan Kimi walhal dah nampak macam2 masa melarikan diri bersama. Cerita di Narathiwat bersama keluarga Pak Da juga agak panjang, walaupun menarik namun tidak memberi impak sangat dalam keseluruhan jalan cerita. Kalau dipendekkan pun ok rasanya.
Untuk adengan aksi pula, saya kira boleh tahan, dan digarap kemas ditangan penulis. Setiap tempat ada je gangguan. Kalau dalam movie da sesak nafas tengok rasanya. Selain itu, tempat2 di Thailand ditulis details dalam ni, memang menarik. Terasa nak terbang terus pergi Thailand pun ada.
Last, ending yang sedikit gopoh untuk dihabiskan.. Mungkin, mengharapkan perhubungan Kimi dan Daryn lebih details di ceritakan. Kisah silam Kimi juga tidak habis diceritakan.
Overall, saya suka n boleh layan.. Agak fresh juga sebenarnya.
1. Percubaan yang agak baik untuk subgenre romance-thriller. Tapi masih banyak lompong yang harus diperbaiki untuk menjadikannya karya yang lebih hebat. Cumanya bagi saya kisah cinta pujuk memujuk terlalu mendominasi sehingga hilang aura #ghost tu.
2. Saya agak stress dengan sikap Daryn yang macam tak faham-faham bahawa mereka dalam pelarian dan dikejar penjenayah berbahaya yang tidak segan-silu untuk membunuh. Asyik cari pasal jer. Dah pernah hampir kena pun tak sedar juga. Haishh...
3. Penamat yang sangat abrupt. Macam tu jer? Hmm..
4. Rasa macam baca travelog ke Ayutthaya pun ada 🤭🤭
Ayat-ayat sama asyik disebut berulang - ulang kali. Berulang-ulang kali. Berulang - ulang kali. Rasa jengkel kan? Rasanya kalau filter ayat-ayat ni, buku boleh nipis banyak kot.
ARIN SANGAT ANNOYING, DEGIL DAN B*DOH! Aku tak faham betul, nyawa kau dalam bahaya, orang tu dah cakap jangan pergi mana2 sorang2 sebab bahaya, setiap kali tu jugak kau pergi keluar sorang2. Aku lah kan, kenapa degil sangat ni? Rasa nak tempeleng dengan smackdown dia. Serius watak dia sangat menyakitkan hati. Setiap kali tanya bila nak balik, bila nak balik, dah orang tu cakap bahaya, tunggu selamat sikit, tunggu lah!!? Ni, keep on tanya benda sama, macam berzikir dah. Kalau aku jadi Kimi, lama dah aku biar je dia jalan sendiri, dia yang berani sangat tak takut mati kan?
Buku ni dilabel sebagai thriller tapi part thriller sikit je, yang banyaknya part Arin annoying, Kimi workout sorang, pergi keluar ke mana taktau, buat apa taktau. Mana thrillernya? Ada la sikit bab lawan2 tapi macam 10% je kot.
Part romance pulak macam tak sampai sebab Arin tu annoying, penat weh tengok Kimi asyik kena pujuk dia. dan ending pulak konon macam nak buat romantik tapi aku rasa macam tak sesuai.
Penat marah dan menyumpah-nyumpah Si Arin masa baca buku ni, sekarang dah boleh bertenang.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Memandangkn #GHOST2 akan keluar tak lama lagi, aku baca semula #GHOST utk refresh balik .
Daryn Areena, seorang doktor di HKL. Tragedi masa lalu menjadikan dia seorang yg workaholic. Satu hari ketika pulang drpd kerja, tanpa sengaja seorang telah menceroboh rumahnya dan sang penceroboh tu tercedera. Sebagai seorang doktor, dia tak mampu berdiam tanpa merawat walaupon dia tidak tahu gerangan orangnya .
Rid aka ghost aka Kimi Rafael. Satu jasad tapi mempunyai banyak gelaran. Gelaran ghost yg diberikan kerana dia mampu datang bagai angin dan pergi bagai kilat. Keberadaannya orang x mampu utk pastikan. Tragedi masa lalu menjadikannya seorang yg 'beku'. Apakah yg telah dilalui oleh Rid@ Kimi? .
Kimi terpaksa melarikan diri drpd Mat Rambo kerana dikatakan telah belot. Dan tanpa sengaja dia telah melibatkan Daryn kerana Daryn telah menyelamatkannya. Bermula kehidupan Kimi dan Daryn sebagai pelarian di bumi Thailand .
Kisah novel ini diselitkan dengan part aksi dan juga part romantik. Pelbagi hal telah berlaku. Dari satu tempat ke satu tempat mereka berteduh demi melindungi Daryn. Demi kebaikan bersama, mereka bernikah supaya tidak menimbulkn fitnah dan mudah utk Kimi menjaga Daryn .
Dengan bantuan rakan2 sepasukan Kimi, Daryn berjaya diselamatkan. Namun perpisahan bukan kehendak mereka. Kimi terpaksa akur dengan kerjanya. Manakala Daryn sedar dia hanya sebuah 'package' bagi Kimi. Kepulangannya membawa kedukaan. Kimi hilang entah kemana. Daryn nanar menjalani hidup yg masih bergelar isteri . Tanpa sedar, Kimi turut merasai kehilangan 'isteri' namun disebabkan komitmen dia akur .
Apakah sebenarnya yg berlaku kpd Daryn dulu? Siapa Jeff? Kemana hilangnya Jeff hinggakan memberi impak kpd kehidupan Daryn? Apa terjadi pd perhubungan Kimi dan Daryn? Adakah tugas Kimi menjadi penghalang kpd perhubungan suami isteri? .
Byk persoalan dlm #Ghost ini tidak terjawab. Dan kurasa pstinya jawapan ada pd #Ghost2. Cant wait😍 .
Bahasanya yang sangat indah. Gaya penulisan yang menarik. Jalan cerita yang smooth. Everything is perfect for me. Cuma pengakhirannya agak tergesa2. I wish dapat panjangkan sikit lagi part akhir tu mesti da bomb. Surely aku kan bagi 5 star.
Rasa macam tak puas baca pon ada jugak. Aku suka part dorang menjadi pelarian. Macam2 hal yang menarik berlaku. Geram ada. Suka ada. Macam2 emosi.
Ingat nak bagi 5* tapi disebabkan banyak sangat kesalahan ejaan dan yang berkaitan, terpaksa tolak 1*. Jika takde kesalahan ejaan dan semua tu, lebih dari 5* aku bagi.
Cerita aksi, aku suka. Lebih-lebih lagi heronya adalah tentera. ;)
Nantilah aku senaraikan kesalahan ejaan tersebut. Perkara remeh yang diabaikan oleh segelintir penulis tapi amat menyakitkan mata pembaca seperti aku. :D
Spoiler/muka surat:
23 - seorarang = seorang. 26 - memikik = memekik. - memanjang = memandang. (tak ingat muka surat berapa). 156 - peladuk = pelanduk. 476 - disia-siat = disiat-siat. 477 - berkata mata hitam = berkaca mata hitam. 341 - Macam mana apa? = Ayat ini ada tanda garis di atasnya seolah-olah ayat ini telah dipotong. Mungkin ayat ini tidak diperlukan tetapi masih masuk ke dalam versi cetak. 538 - melundah = meludah.
p/s: Agak-agak la kan, seronok ke baca novel yang banyak kesalahan ejaan di dalamnya? Walaupun ceritanya bagus, kesalahan sebegini tidak boleh dipandang ringan kerana ia mencacatkan perjalanan sesebuah cerita dan seterusnya merosakkan mood pembaca. Apa akan jadi sekiranya novel ini dicetak berulang-ulang kali? Adakah ejaan yang salah ni akan menjadi satu warisan turun temurun tanpa perlu dibaiki?
Buku pertama daripada Kak Zura yg aku baca. Aku suka cara penulisan sebab kena dengan jiwa aku. Cara penulisan yang direct je dan mudah utk aku faham. 👍🏻
Pertamanya, I award the FL in this novel as the most annoying FL character ever 🙄🙄🙄 Hahahahah, aku takleh brain la dengan apa yang dia fikir and how dia react. She’s a doctor 👩⚕️ tapi ya ampun kenapalah dia takleh pikir panjang sebelum buat apa-apa keputusan. 😤😤 Novel ni vibe dia bagi aku lebih kurang sama macam cerita Haq (karya Dhiya Zafira), sbb FL yg kat situ pun aku kurg sikit berminat 😂 and aku stay till the end for the best man, ML (Mr. Ghost) 🫠 Suka giler watak diaaaa OMG 🫢🫢 ML punya action scene 🫡 the way dia bersabar dengan FL, seorang yg mature, strict tp protective habis 🤌🏻
Cumanya, cerita ni macam tak lengkap, masih terlalu banyak benda yang tak terjawab. The backstory of the FL, maybe lepas aku dgr backstory dia, aku boleh faham kenapa perangai dia camtu. 🤔 and that endinggg, I can’t kenapa habis gitu ajeeeee. Tapi oklah, sebab aku tau dia adalah book 1 dalam #Ghost series ni, jadi mungkin segala perkara akan terjawab dekat buku kedua nanti 😌 Btw, i love relationship between Alpha team members 🫶🏻
Lastly, tak sabar nak jumpa Mr. Ghost kita dalam buku yg kedua. 🫰🏻 and hopefully the FL tak seannoying mcm dalam buku ni nanti 🤣 #emptycanvashida
Banyak kali KakChik bertangguh beli buku ni. Sebab KakChik jenis yang susah nak baca karya penulis yang KakChik tak pernah baca karya beliau.
Jadi lepas disarankan, KakChik rasa tak salah mencuba dannnnnn KakChik rasa penulis dah boleh masuk list untuk penulis genre romantic-thriller yang KakChik boleh hadam karyanya.
#GHOST - Kisah yang melibatkan Doktor Daryn Areena yang pernah terluka kerana suatu peristiwa. Dia yang meninggalkan segala rasa hanya untuk kerjaya tapi semuanya berubah selepas dia dipaksarela merawat seseoang yang tiba-tiba menceroboh ke rumahnya.
Bermula dari situ, hidup Daryn mula dihantui rasa tidak selamat dan diekori. Kemuncaknya dia dipaksa mengikut lelaki misteri tu lari dari rumahnya sendiri. Hidup dalam pelarian tetapi entah dari siapa atau apa yang mengejar mereka tetap menjadi persoalan padanya.
Lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Rid, namun di rumah Pak Da dia digelar Kimi. Anak angkat kesayangan yang nampak patuh, sopan dan taat pada orang tua tersebut. Perbezaan yang ketara antara Rid dan Kimi makin menambahkan kesangsian Daryn terhadap lelaki itu.
Pelarian yang hanya bergantung harap pada lelaki misteri walaupun berkali-kali diburu dan hampir diculik kerana kedegilannya, Daryn bagaikan tidak pernah sedar. Sering kali dia mencabar kesabaran lelaki itu dan KakChik jadi lelah dengan sikap kurang guna otak oleh Daryn. Berkali-kali nyawa di hujung tanduk pun dia masih tidak reti bersyukur ada lelaki yang sanggup melindunginya.
Ada rahsia yang tersimpan hingga ke penamat. Ada rasa yang terluah walaupun tidak cuma di penghujung penamat. Namun tetap ada rasa lompong yang tertinggal tanpa penjelasan.
Dan..kena baca cari kisah Daryn-Jeff sebab tak berapa ingat dalam buku mana. 😬
#Ghost adalah nama gelaran bagi Rid @ Kimi Rafael yang tangkas berlawan dan mudah hilang dari pertarungan umpama hantu. Kisah pertemuan tidak disangka antara Rid dan Daryn dan hasilnya mereka sama-sama melarikan diri ke Thailand.
Cerita menarik walaupun agak klise bagi aku. Terjebak dalam satu keadaan, larikan diri, kahwin sebab rasa dengan cara itulah senang untuk Rid menjaga Daryn. Tapi aku okay je dengan jalan ceritanya mungkin sebab Rid 😊
Apa yang kurang dalam novel ini adalah bab aksi. Dikatakan cinta hanya 10% tetapi bagi aku lebih daripada itu. Kisah cinta, pujuk-memujuk, kejap suka kejap tak, sedikit sebanyak telah menghilangkan aura Ghost. Kisah mereka di Thailand juga agak lama dan mendatar.
Pengakhiran cerita yang cepat dan tak puas. Macam tu je? Sedikit sangat bab Kimi dan Daryn. Macam kisah mereka habis begitu saja. Tahulah mereka bahagia cuma dengan kisah pelarian yang lama, tidak patut habiskan kisah mereka begitu. Mungkin ada #Ghost 2 ? 🤔 Apapun, tahniah penulis atas percubaan menulis thriller/romance. Akan ku baca Undercover Wife pula 😊
jln cerita dh best..tp ada beberapa persoalan yg x terjawab dlm buku ni..
1. Mcmana ghost dpt tau tan sri janeral tu involve dgn gagak hitam? 2. Apa kisah jed dgn abg kandungnya? 3. Apa yg jd dgn jeff?..org sekeliling heroin asik ckp psl jeff..tp x dijelaskan kisah jeff tu 5. Kisah mat tham abis mcm tu je ke? Banyk persoalan lg..tp cukup la yg ni..penat pikir😅..plus, endingnya camtu je ke..sigh😒
Cerita yang menarik walaupun aksinya kurang.. Cuma sikap Arin tu agak annoying pada Sha lah.. Walaupun sebenarnya Sha fahamlah juga kenapa Arin tu bersikap macam tu.. Tapi memang geram je nengoknya.. Novel in kalau lebihkan aksi #Ghost tu mungkin lebih awesome..Tapi percubaan yang baik pada Sha..
Permulaan cerita yang menarik... tapi semakin ke pertengahan cerita semakin rasa annoying disebabkan perwatakan FL yang kurang matang & berulang disetiap bab & aksi percintaan pujuk memujuk lebih mendominasi dari scene action.
Ni cerita tentang Aryn yang terpaksa mengikut Kimi, orang yang pernah diselamatkan, dan mereka terpaksa hidup dalam pelarian.Dahlah identiti Kimi tu menjadi tanda tanya. Lepas tu, terpaksa kahwin pulak. .
Buku ni bergenre action romance. Okaylah, ada part Kimi melawan gangster tu. Part romance pun manis je. Especially kat Thailand tu. Buat aku rasa nak gi travel ke sana. ngan Kimi (opss 🤭) .
Jujurnya, bagi aku, plot cerita ni agak predictable. Sebelum ni, aku pernah baca novel Haq, lebih kurang macam ni la storyline dia. Tentang identiti hero. Part jadi pelarian tu. But, don't worry, aku still terhibur. .
Ada sesetengah orang mungkin kurang suka bila part romance hampir sama banyak ngan action dalam novel ni. Tapi, aku layan je. Sebab macam penyeri buku ni. Cuma, part ending tu secoet sangattt..Macam makan nasi satu sudu je. Tak rasa nikmat. .
Oh ya, aku suka part bromance geng Alpha ni. Brotherhood dorang memang awesome. .
Disebabkan aku tak pernah baca novel Zura Rahman sebelum ni, so, aku macam blur sikit bila certain part tu, aku confused ni dialog siapa? ni cakap pasal siapa? tup tup, oh, tu la dalang sebenarnya. Tapi macam tak umph sangat kot part tu. .
Oh ya, bagi aku, dalam ni, banyak sangat persoalan yang tak terjawab. Paling penting, siapa Jeffry dalam hidup Aryn? So, jadi geram la bila dah sampai penghujung, aku masih tak tahu jawapannya. .
But anyway, I did enjoyed reading Kimi and Aryn's love story.
Ok, secara jujurnya aku tak sangka jalan cerita #GHOST ni seperti ini.. Diluar jangkaan aku.. Aku mati-mati ingat jalan ceritanya seram dan menakutkan memandangkan tajuknya yang sebegitu.. Haha!! Sebab itu ada pepatah mengatakan,
"Don't judge a book by its cover"
Begitulah juga dengan novel #GHOST ni.. Janganlah menilai tajuk sahaja tetapi bacalah isinya terlebih dahulu.. Ahakz.. Seperti yang sering terjadi bila kita baca surat khabar atau apa-apa berita, kadang kita baca tajuknya sahaja sedangkan kita tak tahu apakah isi kandungan beritanya.. Dari tajuk, kita dah buat pelbagai konklusi.. Haa tak adil macam tu.. Jadi, kenalah baca isi kandungannya juga ye barulah boleh komen atau kecam mengecam.. Haha!! Keyboard warrior sangat korang!!
Serius, bila aku baca novel #GHOST ni aku teringat filem PASKAL.. Eh sama ke? Tak de la sama jalan ceritanya tetapi bila watak utamanya berada dalam skuad khas, itu yang mengingatkan aku pada filem Paskal..
Plot cerita yang ditampilkan oleh penulis agak menarik bagi aku.. Permulaan cerita dimana boleh terjadinya GHOST mengheret Dr Daryn Areena ke kancah dunia gelapnya menjadikan novel ini hidup.. Walaupun pada mulanya aku tertanya-tanya, bagaimana GHOST boleh muncul di rumah Dr Daryn Areena setelah tercedera? Sebabnya tetiba sahaja dia sampai ke situ.. Akhirnya aku dapat ignore tanda tanye itu setelah beberapa babak menarik selepas itu berjaya memadam segala persoalan dalam benak aku.. Haha!!
Ceritanya banyak berkisarkan kisah di negara jiran iaitu Thailand... GHOST seorang perahsia boleh menguasai 6 bahasa asing.. Ini memudahkan dia menjadi undercover bagi skuadnya untuk mengumpul bukti kegiatan haram musuhnya dengan mudah..
Dia atau nama sebenarnya Kimi Rafael atau dikenali sebagai Rid didalam kumpulan kongsi gelap atau menggunakan codename GHOST lelaki yang digeruni oleh semua penjenayah atau kongsi gelap kerana kebolehannya dalam menumpaskan pihak lawan.. Dia seorang sharpshooter dan terlalu berani..
Dalam aku menghadam satu plot ke satu plot, sebenarnya aku tak sabar-sabar nak sampai ke penghujung sebabnya aku nak tahu siapa sebenarnya GHOST ni dan bagaimana kesudahan cerita cinta dia dengan Dr Daryn Areena yang dikahwininya secara paksa.. Aku sedikit geram dengan GHOST ni sebabnya dia terlalu perahsia, hati kering, membosankan dan banyak lagi la perangai dia yang menyakitkan hati.. Aku pulak emosi.. Haha.. Dr. Daryn Areena ni pulak aku sakit ati sebab degil mengalahkan ape entah.. Isk, geram betol.. Ehh emosi lagi.. Haha!!
Bila dua-dua punya sikap yang sebegitu membuatkan aku lebih tak sabar nak tahu apa kesudahannya..
Bila dah sampai ke penghujung cerita, yesssss aku tersenyum puas.. GHOST kembali untuk merebut cintanya kembali.. Hatinya dah lembut akhirnya.. Tapi kenapa lambat sangat GHOST oiii.. Hehe.. Endingnya sweet-sweet gitu.. Cumanya endingnya yang sweet tu terlalu pendek.. hiks.. Tapi okla, janji happy ending kan..
"I hate you..." - Dr. Daryn Areena
"No, you don't" - Kimi Rafael
"I hate you, you know..." - Dr Daryn Areena
"No, you don't... But you love me.." - Kimi Rafael
Kalau korang rasa baca review aku ni korang tak puas, itu bermakna korang kena beli dan baca sendiri dari awal hingga akhir.. Barulah perasaan puas tu akan datang.. Serius novel #GHOST ni tak mengecewakan.. Jadi, sila beli hokeh! Haha..
Daryn Areena merupakan seorang doktor yg bertugas di HKL. Seorang yg sgt komited dalam kerjanya. Kisah silam yg menghantuinya menyebabkan dia sgt workaholic.
Rid aka Ghost pula melarikan diri dari Geng Gagak Hitam. Krn inilah dia bertemu dgn Daryn. Daryn telah menyelamatkannya. Siapa Ghost yg sebenarnya? Kenapa dia dikejar oleh Geng Gagak Hitam?
Kerana pernah menolong Ghost, Daryn juga menjadi sasaran Geng Gagak Hitam. Ini menyebabkan Ghost membawa Daryn lari bersamanya sampai ke Thailand. Dan dia berjanji pd Daryn dia akan menghantar Daryn balik dgn selamat.
Sewaktu di Thailand, mereka menumpang di rumah Pak Da. Ghost memberitahu bahawa Daryn adalah isterinya. Daryn pula diperkenalkan dgn nama Aryn. Ghost pula dikenali sbg Kimi Rafael oleh Pak Da sekeluarga. Lepastu tu Kimi & Aryn juga terkahwin di Thailand walau Aryn masih keliru ttg siapa Kimi yg sebenarnya. Kenapa pelbagai pihak cuba menjejakinya. Apa yg jd seterusnya? Adakah mereka berjaya dijejaki oleh Geng Gagak Hitam? Berjayakah Ghost membawa Daryn balik semula ke pangkuan keluarganya?
Citer ni menarik, bergenre action-romance. Adalah sedikit sebanyak part lawan antara Ghost dgn Geng Gagak Hitam. Juga diselitkan pasal Alpha Team buat aku teringat dgn drama DOTS. Cuma plotnya agak predictable bg aku. Boleh agak apa yg akan berlaku seterusnya. Boleh juga aku teka identiti Ghost yg sebenarnya. Cuma ada persoalan yg tak terjawab dlm novel ni, maybe disambung dlm #Ghost2
Auwwwww! Suka cerita ni walaupun aku tahu aku ketinggalan keretapi😂
1. Aku suka watak Kimi dengan Arin. Nampak pembinaan watak Kimi yg macho, ala² tentera tak berperasaan tapi dalam masa yg sama caring dan sweet. Aku tak habis sengih lagi ni. Yeorobunnn, ini contoh buku yg tak tunjuk babak 18sx tapi sweet namateyy! 😆
2. Aku suka perjalanan diorang yg lari ke sempadan thailand, then ada selit sikit² maklumat pasal negara gajah putih tu.
3. Aku suka action-nya. (Maaf cakap, ada beberapa author yg tulis novel action ni, aku tak berapa suka sebab macam meleret sikit dia describe babak aksi tu. Tapi novel ni aku suka!!)
4. Aku suka chemistry diorang. Kenapa aku sangat pentingkan chemistry? Sebab kalau chemistry tak ada, feel membaca akan jadi hambar.
Next, boleh buru novel Zura Rahman yg lain pula. Aku dapat tau ada siri pasal Ghost and member² dia.
Banyak persoalan bermain sepanjang pembacaan Ghost. Pertama, perwatakan Ghost sendiri. Apa saya boleh kata, penulis berjaya mengelirukan pembaca sama ada hero merupakan seorang yang baik atau jahat. Kadang orang jahat pun boleh jadi watak utama.
Apa yang menarik perhatian saya, hero yang diketengahkan sememangnya ada aura yang kuat. Walaubagaimanapun, penulis menggambarkan sifat Ghost dengan santai sekali. Maksud saya penulis tidak memegah- megahkan watak utama. Dan saya memang suka gaya penulisan sebegini yang tidak terlalu 'over' .
Tahniah kepada Kak Zura Rahman kerana menyediakan plot yang bikin minda tertanya. Kepada yang membaca, maaf andai tak faham apa yang ditulis. Maklumlah, first review.
I couldnt describe it... Like it...suka plot dia, suka hero and heroin dia, and this book ,sy x lupakan sesapa, kimi and arin, dua2 ada kekuatan masing2. Menjadi pelarian,di bumi thailand membawa kite sendiri mcm menjelajahinya, travel around thailand with that train, i can imagine it. The fight scene oohh, right now ,when i think about, i feel goose bumps.. Ada cerita yg tergantung. Hope for sequel kak zura... And more sweetnesss...hahaha..lots of love..definitely for a keep.
Pergerakan cerita ini saya kira senang untuk dihadam. Tidak terlalu membebankan fikiran. Barangkali ini novel pertama penulis untuk genre ini, jadinya gerak cerita itu mudah difahami. Cumanya... Rasa jengkel dengan sifat heroin yang kepala batu. Dan adegan ini seperti diulang-ulang pada bab berikut membuatkan rasa jengkel itu wujud. Okay, itu sahaja. Apa-apa pun usaha penulis menghasilkan karya bergenre ini wajar diberi pujian.
Just nak kata.. Tak puas baca buku ini... Penghujung cerita macam tak cukup.. Klu lah boleh dipanjangkan lagi pengakhirannya.. Baru nak ter felling - felling bab akhir.. Kimi pujuk Daryn.... Baru berjaya pujuk.. Dah habis cerita.. Kecewa betul harapan masa tu... Tambahan pula byk cerita yg tergantung.. Tapi.. Jalan cerita memang best.. Macam magnet.. Sekali baca susah nak lepaskan.. Setiap babak rasa teruja.. Paling teruja.. Rasa nak kemas bagasi dan beli tiket nak bercuti ke Thailand.. Rindu nak kesana lagi.. Di belakang buku dok kata cerita ni 10% cinta, aksi 30% dan thriller 60%.. Saya rasa.. Bunga2 cinta dalam cerita ni dah lebih dari 50% rasanya.. Ha.. Ha.. Ha.. Apapun tahniah zura rahman.. Novel anda tak pernah menghampakan..
Best.. suka genre thriller olahan zura rahman. Musteri kehilangan Jeff Masih tergantung. Akan Ada ghost 2 Ka? Arin Dan Kimi dipertemukan dgn Saturday incident. Di Thailand mereka berkahwen. Suka persahabatan geng alpha.. good job penulis
Twist yang sangat menjadi mulanya dengan tajuk dan cover novel yang nampak macam thriller seram.
Spoiler: Kisah seorang undercover dalam special force Alpha team. Penceritaannya begitu saspen sampai tak dapat letak, nak teruskan pembacaan tanpa henti hingga jumpa perkataan TAMAT.
Seorang Doktor muda bernama Daryn Arena terperangkap secara tidak sengaja dalam misi penghapusan jenayah senjata api. Kisah love-hate yang sangat mendebarkan disajikan dengan bahasa yang mudah, kemudian dengan aksi-aksi ganas pergelutan antara Ghost dan konco-konco kumpulan Geng Gagak Hitam. Membacanya seolah-olah menyaksikan filem olahan Dato Yusof Haslam dalam KL Gangster.
Seorang pemuda tinggi dan pendiam, tiba-tiba muncul dalam hidup Doktor Daryn. Dia terpaksa menyelamatkan Kimi Rafael dari kecederaan ditembak semasa pergelutan apabila Geng Gagak Hitam mendapat tahu dia lah Ghost.
Hidup Daryn bagai dihujung tanduk dan terpaksa berlakon sebagai suami isteri apabila dia menjadi pelarian bersama Kimi di Selatan Thailand. Ghost, suatu nama yang terkenal dalam arena penyeludupan senjata api, nama yang digeruni oleh semua Geng Gagak Hitam kerana kepantasannya menghilangkan diri tanpa jejak. Disebalik nama itu, ada kisah yang gelap yang tragis dan tak dapat dilupakan Kimi.
**** Recommended pada yang minat genre thriller suspens.
Tahniah kpd penulis kerana berani mencuba genre romance thriller utk naskah pertamanya. Entah kenapa kedua-dua main characters kurang impak untuk saya sbg pembaca.Chemistry antara kedua dua watak juga seperti biasa2 saja.Watak daryn walaupun seorang doktor tp ada waktunya seperti kurang matang,namun tak lah smpai tahap clingy,masih boleh dihadam manakala kimi sbg perisik yg pd awalnya digambarkan pintar dan bertanggungjawab terutamnya dalam melindungi daryn,pada penghujungnya pula menjadi lelaki dayus.Begitu mudah menghilangkan diri dari tanggungjawab setelah 'bersama' dengan alasan tak mahu daryn mengalami nasib yg sama seperti arwah tunangnya.Tak mungkinlah lelaki pintar seperti kimi tidak maklum akan consequences atas 'kebersamaaan' mereka.Maaf,bab itu sy sebagai pembaca agak emosi,emosi bila si lelaki lari dr tanggungjwb, terus turn off dgn watak si hero.Anyway,saya suka details babak2 pergaduhan,walaupun tidak se'intense' karya ramli awang mursyid,tapi ada potensi untuk menjadi lebih baik di masa hadapan,..harapnya #ghost kedua lebih baik.tak sabar nk baca.
This entire review has been hidden because of spoilers.
At first it was quite interesting. But then tiba-tiba meleret. and suddenly Daryn jadi annoying sebab repeatedly bertindak tak bijak. mula2 I faham her doubt and I faham bila dia buat benda bodoh, tapi bila berkali-kali buat rasa macam.........okay.
#ghost is about pengembaraan, percintaan dan pergelutan of an undercover agent being on fugitive dengan seorang doktor yg telah selamatkan dia dari kecederaan.
kimi rafael aka rid aka ghost is an undercover person from a special elite force equivalent to us’ navy seal. his cover was blown up during his undercover mission which forced him to be on the run and abort the mission of being a part of weapon smuggling syndicate.
selepas ditembak ketika cubaan melarikan diri, his path cross unexpectedly with the pretty doctor dr daryn areena while he tried to take cover and tend to his injury.
luckily for him, dia cari perlindungan dalam sebuah rumah kebetulan milik seorang doktor yg baru balik dari bertugas di hospital. daryn yg terkejut dgn kemunculannya setuju untuk membersihkan luka tembakannya atas dasar ikrar kedoktorannya.
kerana budi baiknya membersihkan luka ghost, daryn turut menjadi sasaran ketua sindiket dan juga pihak berkuasa yg sedang memburu ghost. sedar yg daryn mula diekori, ghost datang memaksa daryn mengikutnya bersembunyi.
so, bermulalah perjalanan persembunyian daryn bersama2 ghost menuju sempadan negara demi keselamatan masing2. this is where the ups and downs of their relationship starts. daryn wants all this to get over soon and be done with. not an easy feat when you are hunted down aggressively. she even tried to escape and go home while still in the country from in the middle of thick oil palm plantation.. big mistake but never learnt.
i think she attempted at least three times, such a silly girl. she cannot escape long enough alone each time cos she’ll get herself encircled by mat rambo’s gang like a pack of hyenas on the little simba.
and each time, ghost will appear out of nowhere rescuing her from being hounded. waste of energy woman...! but a great show of ghost’s sharp shooting and combat ability.
ghost’s romance with now-called-arin started when they had to share a room while in hiding at ghost’s adopted family house, pak da. they had to cover up themselves as husband and wife to avoid being the talk of town in the quaint village.
here, i get all stressed with arin’s irrational and childish behaviour because of their squabbles where i think she should enjoy her adventure and her feelings towards the sexy, fit as a fiddle ghost.. as a trained doctor, she should be able to stay focused, be alert and not panic under pressure. mcm tak sejajar pula..
penulis patut banyakkan elemen2 komedi dlm percintaan tak sengaja mereka sebabnya i stress dgn perangai arin yg annoying. dah la masa mereka di rumah pak da itu panjang jadi ada banyak ruang utk penulis selitkan adegan komedi percintaan sehingga mereka terpaksa bernikah sebab ghost rasa tak selesa dengan keadaan mereka yg terpaksa intim..
kalau penulis hidupkan watak arin sebagai seorang cemerkap, it will be much less stress for me to read and madam writer will be able to show her ability in writing their sparring dialogues.. more romantic especially bila terpaksa kongsi bilik tidur kan. lagi pun elemen komedi boleh mengimbangi perangai childish arin yg tak faham situasi genting mereka.
akibat kedegilan arin yg cuba untuk melepaskan diri, persembunyian mereka di rumah pak da semakin tidak selamat. mereka terpaksa melarikan diri dari kepungan geng mat rambo dan menuju ke bangkok. di bangkok pun sama, arin buat perangai lagi dgn cubaan melepaskan diri tp sebenarnya menyebabkan their safety breached dan mereka terpaksa melarikan diri ke Ayutthya pula.
here in Ayutthya, ghost can’t help falling hard in love with his only-on-paper wife despite arin’s hardheadedness and foolishness. when it’s safe for arin to go home, arin can’t help feeling disappointed when it’s not ghost the one who escorted her back to kl pada hal ghost selalu janji untuk selamatkan nyawa dia. she even heard that she was merely coded as package among ghost and his alpha team members.. mesti lah arin rasa kecewa, dah la jadi laki bini kan, tak de pun peluk cium apa ke masa berpisah tu. ghost ni mmg a typical guy yg tak tahu nak menzahirkan perasaan cinta dia tapi dari cara dia melayan arin, memang nampak ghost sangat sayang pada arin.
the peak of this book chronicles ghost’s elite team’s operation to ambush mat rambo’s secret warehouse where they kept full to the brim with all sorts of weapons and ammunition, ready to be smuggled and sold..
who blew up ghost’s cover during his mission? what’s gonna happen to ghost’s marriage to arin after she’s back in kl? why ghost reluctant to express his feelings to arin or even annul their marriage?
last checked, madam writer is working on a sequel. hope, all questions arise from this book addressed there.
Daryn Areena seorang doktor muda yg bertugas di HKL. Dia sangat komited ketika menjalankan tugas dan prihatin pd pesakit²nya. Ada kisah silam yg masih menghantuinya menyebabkan dia lebih suka habiskan masa bekerja di hospital. -- Rid a.k.a Ghost yg tangkas berlawan dan pergerakannya senyap bagai halimunan. Tak punya keluarga dan kawan². Sangat misteri. Diburu Geng Gagak Hitam dan pihak berkuasa. Siapa Ghost? -- Geng Gagak Hitam diketuai Mat Rambo yg masih bermaharajalela dan digeruni kerana kejam dan ganas. Walau diburu polis namun mereka masih bebas menjalankan jenayah. Kini, mereka memburu seseorang yg dikatakan belot dlm geng mereka. GHOST adalah nama yg menjadi ketakukan mereka di dlm dunia kongsi gelap. -- Pertemuan tak disangka pada masa yg tepat menyelamatkan nyawa Ghost tp telah membahayakan Daryn. Daryn diekori. Ghost yg bertanggungjawab telah selamatkan Daryn dan penyudahnya mereka sama² diburu dan melarikan diri ke Thailand. Rasa takut dan ngeri menguasi diri Daryn ketika melihat Ghost beraksi melawan musuh namun di sisi yg lain, dia rasa selamat. Pelik padahal dia langsung tak kenal siapa Ghost dan sebab mereka diburu. Selamatkah Daryn bersama Ghost? -- Di Thailand, Daryn mengenali nama dan sisi berbeza seorang Ghost - Kimi Rafael. Dia sangat melindungi tp sukar utk Daryn percaya. Dia keliru. Persamaan mereka bila mereka diburu oleh beberapa pihak tanpa sebab. Mereka berdua punya kisah gelap berbeza. Di Malaysia, kehilangan Daryn dianggap satu penculikan oleh pihak polis. Kimi, dia datang bagai angin, perginya bagai kilat. Tanpa amaran, tanpa pesanan. -- Dibantu Jed dan Alpha Team, Ghost dan Daryn terpaksa berpindah randah dlm misi utk menghantar Daryn blk ke Malaysia. Macam² adegan aksi berlaku yg mengundang debaran kerana setiap tempat yg mereka singgah utk bersembunyi tetap ada gangguan. Sesak nafas dibuatnya. Tak kurang juga gaduh² sweet antara mereka. Kadang² geram dgn sikap Daryn yg tak habis² degil hingga menyusahkan Ghost. Kadang² dia akan behave, kadang² dia akan buat keras kepala. Haihhh stress dgn sikap Daryn. -- Apa berlaku kpd Ghost dan Daryn ketika berada dlm pelarian? Siapa dalang sebenar disebalik pemburuan mereka? Kisah yg digarap dgn sempurna dan penuh emosi. Antara misi dan peribadi. Antara duka dan cinta. Segala²nya tentang mereka. Penuh debaran, kedukaan, curiosity misteri dan kasih sayang. Respect dgn hubungan team Alpha. Brotherhood mereka sangat awesome. Best. Recommended ✅
📚𝐏𝐄𝐍𝐔𝐋𝐈𝐒𝐀𝐍 : Penulisan Zura Rahman ni membuatkan saya nak baca each words without skipping it, and i relish that kind of joy a writer brings out of me. Chapter nya pun pendek2 je, paling terasa lembut je terasa layanan Kimi pada Daryn, yelah as Daryn said : “𝑻𝒉𝒆𝒓𝒆’𝒔 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒕𝒉𝒊𝒏𝒈 𝒅𝒂𝒓𝒌 𝒂𝒃𝒐𝒖𝒕 𝒉𝒊𝒎 𝒃𝒖𝒕 𝒏𝒐𝒕 𝒆𝒗𝒊𝒍” 🫶💕 Jalan cerita macam hollywood, tak cringe betul2 terasa lah mencabar and penerangan action senang paham 👍🏻
✍️𝐈𝐌𝐏𝐑𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 : Kerja hangpa dua ni perli memerli lepas tu sengih2 kat belakang je ke? Tak payah nak sweet2 sangat eh 💕sedar tak sedar Daryn mengharapkan keberadaan Kimi dan bergantung dgn Kimi, kalau tak dak Kimi tak rasa selamat,aura Kimi yang keluaq dari buku ni is real 🫶♥️
Bonds between them are perfectly accelerating since the beginning,tak kaku. Cuma their trope kinda kosong for me,i means benda yang Daryn selalu nak “isytihar perang” dgn Kimi tu tak concrete. Dia macam tiba2 marah, tiba2 berdegup kencang, lepas tu bergaduh suruh Kimi keluar dia nak tukar baju, Kimi tak nak, and then the chapter end. What??! Haha, apa jadi? Like, scene biawak tu untuk apa?? 😂
Unfortunately i have to DNF this book, i really want to love it sebab saya dah jatuh cinta dgn Kimi (cewah) tapi latar belakang, karakter, tindakan, fizikal, his POV semua vague. Semua macam terbantut dalam buku ni, dan scene yg sy rasa agak tak releven pun dimasukkan. Kimi jadi macam patung ✨hensem✨ yang kita jatuh cinta tapi malangnya dia ‘kosong’, Ryn tak habis2 dgn nak balik even dah 75% buku saya baca 🤣
Sorry for those who love this book, sy suka baca buku yg ada progress dan the ending is important. Panjang 1000page pun takpe tapi jangan ‘mati’ kan karakter. Mungkin akan ada lah ending nya tapi bagi saya, saya tak nak baca buku yg hilang minat sy semasa membaca , rasa macam buang masa. So saya tak nak tunggu baca sampai habis, very unfortunate i have to DNF this book . Bye2 Kimi 👋🏻🥺
⚠️Missing page ms 278 - skip ke ms 311⚠️ ⚠️Repetitive pages ms 342-ulangan ms 311-342 semula⚠️ ( beli masa first keluaran. Tapi bila ulang baca asyik terkejut 😆)
GHOST. The Whisperer Of Deadth
" There's something dark about him but not evil." - Arin
Kimi dan Arin. Bertemu secara tiba-tiba. Tiba-tiba jadi pelarian gara-gara diburu Geng Gagak Hitam dan pihak berkuasa. Apa jadi ?
Arin - annoying gila minah ni! Tak faham bahasa 🙄 lagi dilarang lagi dia buat. Kalau aku kat tempat Arin pun aku panik + takut tapi kot ya pun…bawakla bersabar 😒 stress aku ‘nak balik…nak balik..’ 😮💨 tiap kali repeat baca , tiap kali tu laa kena extra extra extra sabar….penat 😥
Scene arwah Ayu tu 😓 Hmm…aku benci scene tu 😭 I can’t imagine macam mana Kimi hadap benda tu ..terasa real 😟 novel ni best - for me cuma kena banyak sabar 😆 tapi aku miss part Arin jadi ‘puan’ sebab missing pages 😣 oh haaa…. Arin much better than Daryn 💕
Selain dari kisah couple tak sejoli ni , penulis ada selitkan sejarah negara Thai serba sedikit. Jadi , takla bosan sangat dengan perangai Arin tu kan ? Nah share sikit.
Gajah Putih - simbol diraja Thailand bagi memperingati peristiwa gajah Phra Sri Nararat Rajakarini yang ditangkap dari Narathiwat & diserahkan kepada raja sebagai hadiah.
Ayutthaya/Phra Nakhon Si Ayutthaya - pernah menjadi ibu negara Thailand/Siam dari 1350-1767.
Yang lain tu , baca sendiri 😅 oh jap. This book is more about Kimi dan Arin. So dont expect much. Nak lebih kena cari sequel/series dia 👌 Kimi , eiiiii hati kering betul hilang gitu ja nasib Arin tak gila 😒 bukan nak comfort ka apa, kotlaa bagila surat layang kaa takla sasau Arin tu. Dah tu , muncul balik gitu jaa 😮💨 nasib Arin terima kalau tak sasaula hang sorang2 🙄😂