Jarang sekali kita jumpa dengan penulis yang mempunyai kemahiran berbahasa yang sangat puitis sehingga kita pembaca terasa terbuai-buai tanpa perlu ada perasaan nak mempercepatkan pembacaan sebab kita dah ter'enjoy' dengan garapan cerita yang ditulis. Lebih menarik, penulis adalah seorang lelaki bukannya penulis wanita yang mempunyai kemahiran sebegini.
Membaca cerita ini, umpama kita membaca empat kisah yang berbeza, tanpa kita sedar di akhir cerita kisah-kisah ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain.
Novel ini juga mampu mengubah stigma sesetengah orang yang menganggap membaca novel itu membuang masa dan tak memberi apa2 kebaikan kepada pembaca selain hanya dijadikan hiburan dikala lapang saja. Sebab bagi saya, novel ni termasuk dalam kalangan novel2 yang banyak memberi input2 berguna kepada pembaca. Macam saya, saya tak tahu pun masyarakat nomad masih wujud dikawasan gurun pada masa sekarang. Sangka saya mereka hanya wujud dizaman2 para nabi dulu saja. Saya ingat dizaman serba moden ni dah tak ada kehidupan nomad lagi.
Buku ini turut bercerita bagaimana dakyah2 Kristian untuk menarik orang Islam masuk agama mereka. Selama ni, kita hanya mendengar soal cinta dan kemewahan yang dijanjikan saja, kita pernah tahu pasal 'Holy Water' saja, jarang sekali kita tahu sihir menanam Al-Quran bersama patung dan gambar mereka yang murtad.
... and last but not least, there are things are better left untold. Tanpa perlu kita persoal, tanpa perlu fikir banyak, kita hanya perlu terima. Yes, terima dengan lapang dada segala yang dah diatur oleh Dia yang Maha Bijaksana.
Garis-Garis Dejavu (GGD) merupakan novel ke-4 John Norafizan dan pertama terbitan Jemari Seni. GGD masih lagi menyengat jika ingin dibandingkan dengan novel-novelnya sebelum ini. Malah pada saya GGD ini mungkin lebih berbisa jika dibandingkan dengan Cinderella Cinta (ini hanya pendapat saya, kerana saya suka GGD ini lebih dari CC).
Garis-Garis Dejavu adalah tentang pengembaraan mencari cinta.
GGD tentang Ashraf yang kehilangan cintanya dan nekad untuk menjejaki cinta semalam. Lalu ditinggalkan isteri yang sedang mengandung. Pelbagai onak dan duri rela diharungi asalkan dia dapat bertemu kembali dengan 'Laila'nya itu. Namun, kembara Ashraf adalah kembara yang tak pasti... kembara menjejak masa silam yang pudar.
GGD tentang Suraya yang telah sesat! Dia manusia yang sanggup berpaling tadah pada agama dan asal usul keturunan semata-mata kerana CINTA. Namun cintalah yang telah menipu dan mengkhianati kepercayaannya hingga dia lupa dan sekaligus hidup dalam kesesatan tanpa agama. Dia ATHEIS – manusia yang tidak punya kepercayaan dan pegangan agama. Namun kejadian demi kejadian, insiden demi insiden malah isyarat demi isyarat yang berlaku di depan mata seolah petanda dan petunjuk untuk dia kembali pada agama yang suci. Agama yang satu – Islam.
GGD tentang Damien, budak lelaki berusia 10 tahun yang harus menjadi dewasa sebelum waktunya. Dia ditinggalkan oleh Baba ketika Umi sedang terlantar koma. Hanya dengan sepucuk surat beserta wang 2000 pound sebagai bekal, Damien harus mengemudi hidupnya sendirian. Tambah malang, duit itu dicuri oleh Jenny 'penyangak' sekolah. Namun tanpa sedar, dia ditemani si 'gagak putih' yang memberi panduan.
GGD juga tentang Nini yang penasaran ditinggalkan oleh si suami tatkala diri disahkan mengandung. Dia nekad untuk menyusul jejak sang suami. Berpandukan pada sekeping poskad yang dikirim dari Jordan dan bertemankan Sedek, Nini meneruskan pengembaraannya dengan harapan agar dapat bertemu dengan suaminya untuk memohon keampunan dan sekaligus membawanya pulang ke tanahair. Namun segalanya berantakan apabila pesawat yang dinaikinya telah dirampas oleh pejuang Palestine. Sedek ditembak mati dan Nini dijadikan tebusan.
Berjayakah Ashraf menemui kembali cinta lalunya? Terbukakah hijab untuk Suraya kembali pada nur Islam ini? Mampukah Damien harungi hidupnya sendirian tanpa kedua ibubapanya? Dan Nini, berhasilkah segala usahanya dan kenapa dia sanggup mencari suaminya sedangkan dia yang ditinggalkan? Semuanya akan terjawab pabila anda membaca GGD ini.
* * * * *
Mungkin saya bias, kerana sesungguhnya saya memang penggemar setiap karya/tulisan John Norafizan, jadi saya tidak nampak di mana kekurangan GGD ini.
Saya suka dengan apa yang cuba diketengahkan oleh penulis. Setiap watak 'utama' diceritakan berdasarkan 'bab'. Ini menyebabkan saya perlu membaca keseluruhan cerita ini tanpa berhenti (sebab ingin tahu apa kesinambungannya). Selain dari itu, John juga berjaya menimbulkan unsur-unsur suspen dan penuh tanda tanya... menjadikan saya tidak sabar ingin tahu what happen next & who's who?? and how they relate to each other??
John suka menjadikan Manchester sebagai salah satu latar tempat untuk setiap karyanya. Mungkin John perlu fikirkan tempat lain selain Manchester untuk latar ceritanya yang akan datang. Atau John ingin jadikan Manchester sebagai trademark beliau?? hehehe Manchester is John & John is Manchester!!
Harus diingatkan sekali lagi... ini hanya sekadar apa yang saya rasa & saya yakin, tak semua yang saya suka, anda juga akan menyukainya. Tapi saya ingin anda membacanya!
Itulah yang saya rasa tatkala membaca novel ini. Mengimbas kembali kenangan hampir 20 tahun lepas di alam persekolahan. Novel-novel seperti inilah yang memenuhi ruang fiksyen di perpustakaan sekolah. Dan novel-novel seperti inilah yang menjadi bahan bacaan saya. Dan kerana novel-novel seperti inilah yang telah membantu dalam pembelajaran saya, pemahaman saya dan penulisan saya.
Cerita ini berkisarkan 4 situasi berbeza dengan watak yang berbeza. Pada mulanya ianya seolah2 kisah yg terpisah tetapi semakin lama semakin dekat sehingga kita nampak perkaitannya di antara satu sama lain dan diakhiri dengan penutup yang menjelaskan segalanya.
Saya suka bila penulis banyak bermain dengan falsafah yang dalam maksudnya. Suka bila setiap kesusahan yang dialami oleh watak-watak diberi pencerahan dari sudut yang optimis. Seolah-olah memberi harapan jua kepada para pembacanya. Seperti menonton anime yg bergenre ini (saya lupa apa gelarannya), di mana watak-wataknya sentiasa bermonolog mencari jawapan kepada persoalan-persoalan yang berlegar di fikiran. Falsafahnya dalam dan situasinya kadang-kadang terasa seperti surreal, melanggar hukum logik yang kita maklumi tetapi agak terkesan di hati (Saya mmg sukakan anime sedemikian..hehe).
Cuma...mungkin penulis terlalu menumpukan terhadap watak-watak sehinggakan lokaliti dan suasananya agak kabur pada saya. Saya tidak dapat merasakan suasana yang berbeza sama ada ketika di Manchester atau Dover ataupun gurun di Jordan. Atau mungkin hanya saya.
4 bintang dari saya untuk bahasa dan nilai-nilai kesusasteraan yang makin sukar ditemui kini. Dan juga untuk deja vu itu!
ps - terasa ingin menonton The Melancholy of Haruhi Suzumiya buat kesekian kali ;-)
Pada kamu yang sudah muak dengan kisah cinta biasa memang sesuai membelek novel tebal JN ni. Ceritanya lengkap dengan 4 kisah yang berbeza. Namun kebetulan dan takdir memang sentiasa melingkari cerita penulis ini. Dan itu aku rasa tidak ketinggalan langsung dalam GGDV. Apa kekuatan novel ini? Pastinya terletak pada elemen penceritaannya yang benar-benar mengesankan. Kisah-kisah yang berlaku di dua benua melangkau tiga negara digarap dengan begitu baik. Dan setiap watak utama dibangunkan dengan baik tanpa dibayangi dengan watak-watak lain. Ditambah pula dengan monolog watak yang berpeluang bercerita tentang apa yang difikirkan dan apa yang dirasakan. Semuanya menjadikan aku tak senang duduk membacanya.
Bermula dengan monolog Rumi dan Ashraf sudah pastinya akan memaku para pembacanya di awal bab lagi. Ashraf; menerima Nini sebagai isterinya atas permintaan keluarganya. Sebagai suami Ashraf menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaiknya. Namun dek kerana hatinya masih terkenangkan kisah cinta lampaunya membuatkan dia rasa bersalah. Apatah lagi mendengarkan berita Nini mengandung, dia tekad ke Jordan kerana dulu dia pernah meninggalkan isterinya; Laila yang sedang mengandung. Perjalanannya di sana menemukan dia dengan Sulaiman. Anak kecil itu kemudiannya jatuh dalam jagaan Ashraf dan kini tugasnya berubah kepada mencari ayah kepada anak itu.
Nini pula rasa berdosa kerana berlaku curang. Dia bertekad mengikuti jejak Asraf dengan bantuan Sedek namun perjalanannya tidak mudah. Kapal terbang yang dinaiki mereka ditawan pengganas. Sedek mati dibunuh. Kejadian itu menemukan Nini dengan Numair, salah seorang anggota pengganas. Cinta yang hadir di antara mereka sedikit unik dan aku menghayati gerak rasa cinta tanpa suara yang harus tunduk kepada keadaan yang berlaku di sekeliling mereka.
Kisah ketiga tentang si anak kecil; Damien yang mencari kasih sayang dalam keluarganya. Ibunya koma dan ayahnya pula telah menghilangkan diri. Jenny; si pencuri duit Damien akhirnya menjadi teman kepada Damien. Mereka berdua kemudiannya berusaha untuk memulakan pengembaraan. Pengembaraan seorang anak mencari ayahnya.
Kisah Suraya, seorang Islam yang telah lama murtad kerana menurut kata hatinya. Buta kerana cinta. Dengan tiket cinta dan kebahagiaan yang belum pasti dia terus beralih kepada Kristian. Dia akhirnya hilang kepercayaan kepada mana-mana agama dan menidakkan kuasa Yang Maha Esa. Kehadiran Eilin menyebabkan hatinya mula mengingati Islam dan perlahan-lahan nur kembali memberinya petunjuk.
Kisah yang penuh dramatik tetapi tidak akan membuat anda serabut. Scene yang paling mendebarkan apabila peristiwa ketika di dalam pesawat yang aku kira sesuatu yang terlalu baru dalam penulisan novel di Malaysia. Oh, ya! Info untuk kamu kesinambungan kisah ini bermula semenjak wujudnya Father Thomas Rodriguez di dalam `Sempadan Tanpa Seri', hingga membawa kepada `Tunjukkan Aku Satu Bintang'. Umpama satu rantaian cerita yang panjang tetapi jangan risau kamu tak akan sesat sekiranya hanya baru membaca GGDV. Tiap cerita dibangun dengan sendirinya :D
ini novel pertama john norafizan yang saya baca. saya tak tahu nak gambarkan perasaan saya selepas membacanya. puas hati! saya suka gaya bahasa dan idea yang dipersembahkan oleh penulis di dalam novel ini. semua watak-wataknya berkaitan di antara satu sama lain. tahniah!
Kata Rumi: pasangan yang bercinta bukan bertemu di satu tempat akhirnya mereka sudah bersama sejak dari azali lagi
Inilah sebuah cerita cinta yang ditulis dalam nada yang berbeza. Dua benua. Tiga negara. Empat nyawa. Dan satu takdir yang tersimpul mati!
Sebuah episod pengembaraan yang merentasi garis-garis deja vu Suatu pelarian tanpa noktah dan rentetan pertemuan-pertemuan aneh seorang Damien.
Kenapa setelah sepuluh tahun berselang Ashraf harus mencari Laila yang hilang sedangkan isterinya, Nini ditinggalkannya pergi?
Dan begitu mahalkah harga cinta, sehinggakan Suraya meninggalkan-Nya demi dia?
Ulasan saya:
Kali ini, saya mencapai buku John Norafizan yang terbaru, akibat ada sesetengah forumner yang ingin mengetahui ulasan saya tentang novel ini.
Tiga kisah dihubung kaitkan di antara satu sama lain. Tentang kisah Ashraf yang sanggup meninggalkan Nini, isterinya dan bertolak ke Jordan selepas langkau 10 tahun mencari cinta lamanya, Laila. Tentang Suraya, insan yang dilahirkan dan dibesarkan dengan norma-norma Islam yang sanggup meninggalkan Allah demi cinta yang bukannya abadi. Dan tentang Damien, seorang kanak-kanak yang ditinggalkan ayahnya taktala ibunya berada di dalam keadaan koma.
Jalan cerita yang pada permulaannya langsung tiada kaitan, akhirnya bertembung pada satu titik noktah di akhir cerita.
Banyak kejutan yang tidak dijangka seperti cerita Nini, yang tekad mencari Ashraf sehingga sanggup meninggalkan ibu bapanya dan akhirnya bertemu pula dengan Numair. Tentang Suraya, dengan peristiwa bagaimana dia boleh murtad dan unsur-unsur mimpi dan realiti, antara gumam, dan sedar, sehingga dia terlupa terus tentang Allah dan Islam, agama yang suci. Tentang Damien, yang sentiasa melihat seekor burung putih yang hanya kelihatan pada pandangan matanya, dan barangkali diberi kelebihan & barakah dari Allah untuk menyembuhkan sesetengah insan terpilih. Tentang pencarian Ashraf yang kelihatan seperti tiada titik penghujungnya.
John Norafizan berjaya mengolah cerita dengan baik. Setiap watak dieksplorasi dengan baik walaupun pada mulanya, saya agak sedikit bosan dengan pengolahan cerita Damien, tetapi kemudian baru saya menyedari kenapa pentingnya pengolahan kisah Damien, seorang kanak-kanak kecil yang baru berusia 10 tahun, tetapi matang dari usianya.
Barangkali pengalamannya menimba ilmu di United Kingdom, berhasil dengan keupayaan penulis untuk menggambarkan kawasan-kawasan di sekitar negara Eropah tersebut dengan terperinci (walaupun tidak sebegitu terperinci, tetapi berjaya menghidupkan susana untuk saya). Jalan cerita banyak benar kejutan, tetapi saya benar-benar tertarik dengan pencarian Suraya yang murtad, memeluk agama Kristian dan kemudian menjadi seorang ateis, yang bertemu kemali titik pertemuan dan mencari semula keredhaan Ilahi.
Penulis berjaya menyusun peristiwa-peristiwa cerita dengan baik sehingga saya langsung tidak lost track dengan jalan cerita tersebut walaupun setiap bab bermula dengan kisah berbeza. Sungguh saya merasakan karya ini sangat segar sekali, ibrat membaca Surat Ungu Untuk Nuha tulisan Noor Suraya.
Saya sendiri hampir ingin menukilkan tulisan Jalaluddin Rumi, seorang ahli sufi kerana betapa halusnya tulisan itu
Ketika aku mendengar cerita cintaku yang pertama, Aku mula mencari engkau, Tidak tahu betapa butanya aku, Pasangan yang bercinta bukan bertemu di satu tempat akhirnya, Mereka sudah bersama sejak dari azali lagi
Teruja benar saya, barangkali ingin mencari karya penulis yang lain selepas ini.