Jump to ratings and reviews
Rate this book

Isu Ilmu & Pendidikan

Rate this book
Isu Ilmu & Pendidikan merupakan himpunan rencana yang disiarkan oleh Sinar Harian dalam ruangan Cetusan. Tema dalam buku ini cuba melihat isu ilmu dan pendidikan menerusi jendela Islami dan amat penting dalam proses membina fikrah Islami.

Fikrah Islami menjadi sesuatu yang paling utama bagi manusia Muslim kerana daripadanya tasawwur Islami terbina. Tasawwur Islami yang terbina atas aksis hubungan menegak manusia dengan Allah dan hubungan sesama manusia dan sistem menjadi pedoman seseorang Muslim.

Konsep ilmu dan pendidikan dalam buku ini sifatnya integratif. Amat penting faktor naqliah (wahyu) dan aqliah (pemikiran) sifatnya saling menyantuni bagi menghasilkan watak yang holistik dalam kalangan anak didik. Ia relevan dengan cabaran masa kini dan hari depan manusia yang tidak saja sifatnya intelektual murni dan kognitif tetapi menuntut akhlak yang baik supaya kehidupan dijadikan pedoman untuk mencapai kecemerlangan dan kesejahteraan.

113 pages, Paperback

Published January 1, 2017

1 person is currently reading
1 person want to read

About the author

Sidek Baba

18 books7 followers
Profesor Dr. Sidek Baba dilahirkan di Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka pada 12 Jun, 1946. Anak kepada pasangan Baba Maakip dan Jenah Hitam ini mendapat pendidikan awal dan menengah di Melaka.

Prospek kerjayanya bermula saat beliau menggenggam Sijil Perguruan di MPSI, Tanjung Malim, kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Melayu di Universiti Malaya, Diploma Pengajian Islam di UKM, Sarjana Pendidikan Berbanding di Universiti Indiana, USA dan Ijazah Doktor Pendidikan dalam Dasar Pendidikan di Universiti Northern Illinois, USA.

Pernah menjadi pendidik selama 18 tahun, pengawai dan pensyarah di Institut Aminuddin Baki, Timbalan Dekan serta Dekan Pusat Matrikulasi UIAM, Pemangku Dekan Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan dan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Disiplin, UIAM. Kini beliau menjawat jawatan sebagai Profesor Pendidikan di UIAM.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sidek_Baba
http://www.alaf21.com.my/penulis/?idw...

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
1 (100%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
No one has reviewed this book yet.

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.