Kedatangan Cikgu Suraya ke Sekolah Menengah Agama Haji Barokbah telah membuatkan sekolah bertukar ceria. Guru muda itu sungguh mempersonakan dan membuatkan mata-mata tidak berhenti memandangnya. Mat Piah menjadi angau dan mula mencari jalan untuk dekat dengan Cikgu Suraya, walaupun mendapat saingan yang hebat dari Cikgu Marzuki.
Setiap hari Mat Piah mencari jalan dan perkhemahan Kem Motivasi di Sungai Chilling menjadi titik untuk menyemai cintanya. Pelajar-pelajar tingkatan lima bergembira tanpa menyedari sesuatu yang menakutkan telah menunggu kedatangan mereka ke situ. Lembaga dongeng yang bertubuh besar dan hamis, makhluk tidak berwajah yang dagunya terbelah hingga ke rengkung bahkan zombi yang tergantung.
Akhil, Widad, Cupin, Mat Piah dan Ahmad Maslang tersepit di antara nyawa dan keberanian. Sekali lagi mereka menempuhi malam yang panjang. Cuba menyelamatkan rakan-rakan mereka yang hilang satu persatu di kem motivasi. Meredah kegelapan demi menentang kejahatan dalam keadaan yang sungguh bangang dan menjengkelkan.
Hasrul Rizwan atau lebih dikenali sebagai Mat Gorn adalah penulis novel dan cerpen dalam pelbagai rumah penerbitan alternatif masa kini.
Antara karya terlaris tulisannya adalah trilogi Murtad yang diterbitkan oleh FIXI, Budak Hostel Otaknya Sewel dan juga Bercakap Dengan Jun dari Dubook Press. Karya-karyanya banyak berkisar tentang dunia fantasi yang mengkhayalkan selain bersifat absurd, lucu, gelap dan vulgar.
Saya seorang yang sibuk. Separuh hari di PBAKL 2018 saya terus pulang ke Berlin. Kerana esoknya saya perlu berjumpa dengan Presiden China di satu lokasi rahsia, bagi membincangkan hala tuju ECRL sekiranya ditakdirkan pembangkang memenangi PRU. Habis di situ saya perlu pula terbang ke Luxembourg untuk menghadiri Persidangan Sains Sedunia. Saya telah diamanahkan untuk mewakili negara bagi membentangkan kertas kerja berkenaan sumber tenaga baru yang dapat menggantikan nuklear, dipanggil Vibranium. Begitulah rutin saya selaku seorang diplomat. Saya tak perlu jelaskan lebih panjang. Anda sendiri faham betapa sibuknya saya.
Jadi waktu yang saya ada hanyalah di dalam kapal terbang yang sedang menuju ke Berlin, di atas kerusi kelas-pertama saya. Waktu itulah saya gunakan untuk membelek sepintas lalu buku-buku yang saya sudah beli di PBAKL. Tak seperti pemburu buku yang lain, saya tak beli banyak buku. Saya cuma habiskan RM 15,755.00 pada hari itu. Tapi bukan itu yang saya mahu ketengahkan di sini. Apa yang saya ingin tekankan adalah betapa terkejutnya saya apabila melihat ketebalan novel Misteri Kem Motivasi ini daripada penulis yang wajahnya ada iras-iras Steve Rogers versi Infinity War. Saya menggeleng-geleng sambil membiarkan kerusi mengurut-urut tubuh saya.
Dengan kesibukan saya, ketebalan novel ini adalah mustahil buat saya. Hendak membacanya pun tidak ada masa. Inikan pula menghabiskannya. Entah bilalah saya dapat lakukannya. Mungkin 30 tahun lagi selepas saya bersara dan dianugerahkan gelaran tun atau tokoh maal hijrah. Itu pun kalau tiada mana-mana parti yang cuba memancing saya menyertai mereka.
Pokoknya, sebaik mendarat di bumi Berlin, dan dipandu dan seterusnya tiba di Penthouse saya, saya terus meletakkan plastik-plastik buku belian saya di atas lantai, di tepi pintu masuk yang saya biarkan terbuka. Satu, ia terlalu besar dan kukuh untuk saya tutup. kedua, ia lebih memudahkan orang gaji saya saya, bibik Chelsea Islan untuk mengemasnya.
Saya terus masuk tidur dan lena dibisik bunyi unggas dan liukan ikan dari hutan mini dan kolam buatan yang dibina tidak berapa jauh dari katil bersaiz emperor saya. Tapi esok paginya, lena saya dikejutkan satu pekikan yang mengguruh dari orang gaji saya. Saya bingkas bangkit dan bergegas ke ruang tamu dengan risau, kerana bibik Chelsesa Islan ada sejarah sawan.
Di ruang tamu saya dapati bibik saya itu, duduk berlunjur di lantai, baik-baik saja. Dia sebenarnya sedang mengilai dan ketawa tersedu-sedu. Waktu itu saya belum tengok objek di tangannya. Saya bertanya, "Kenapa pagi-pagi hari ni bibik sudah ingin bingar aku mau di pasar ni?" Lalu bibik tunjukkan apa yang ada dalam bukaan tangannya: novel Misteri Kem Motivasi, karangan Steve Rogers Melayu, dari penerbit yang memiliki nama yang kedengaran begitu wibawa--Roman
Sungguh, jarang sekali saya tengok orang gaji saya itu ketawa, apatah lagi ketawa terburai-burai. Sungguh, dalam kebanyakan masanya, dia seorang yang serius dan lebih suka bermain biolanya, selain memusuhi seorang lelaki yang memiliki isteri buruk rupa, bernama Fahri.
Kejadian ajaib itu mengundang minat saya untuk meneliti novel itu. Saya memintanya dari bibik saya dan membaca beberapa halaman, dengan riak skeptikal tentu sekali. Saya bukanlah seorang yang mudah ketawa. Kelakuan-kelakuan komikal ahli politik pun belum tentu dapat membuat saya ketawa nipis. Inikan pula sebuah novel. Namun ternyata saya silap. Novel di tangan saya itu umpama penawar kepada keseriusan saya. Seperti sekali ini aku lihat karya surga dari mata seorang hawa.
Penulisnya, Hasrul Rogers, telah menyediakan pelbagai jenis komedi di dalam novel ini. Ada komedi spontan. Ada komedi karakter. Ada komedi musikal. Ada komedi fizikal. Ada komedi satira. Mudahnya, macam-macam komedi. Dan, ya, ia kelakar. Dan kelakarnya bersifat universal. Ia kelakar untuk semua orang. Bukan hanya kelakar untuk orang tertentu sahaja. Seorang intelektual boleh ketawa membacanya. Seorang penyair juga. Apatah lagi seorang diplomat seperti saya. Bagi saya ia kelakar yang merakyat gituu. Membacanya membuatkan saya ingin berkeluarga dan beranak-pinak. Agar kami dapat ketawa bahagia bersama-sama ketika menikmati jenaka-jenakanya. Lalu saya pandang bibik saya. Wajahnya agak comel, terutama ketika bermain biola. Dia calon yang pantas untuk dijadikan teman hidup saya, tapi saya tahu hatinya masih dekat pada seorang lelaki nusantara yang suka mengumpul figura. Namanya Pepol. Atau Rangga. Entahlah saya kurang pasti. Wajah keduanya hampir serupa.
Pagi itu, dada saya turun naik membacanya. Seperti ada malaikat menyulam jaring labah-labah belang di situ. Apa yang bermula dengan beberapa halaman berganjak ke beratus-ratus halaman. Apa yang saya sangkakan akan berakhir dalam 30 tahun ternyata habis dalam sehari saja. Hari itu saya lupa bahawa saya seorang diplomat, bahawa seorang Presiden sedang menunggu saya di satu lokasi rahsia, bahawa ada sejenis tenaga asli baru yang dipanggil vibranium. Hari itu saya adalah sebiji telur di dalam kocek seluar Mat Piah. Saya mengikutinya setiap masa dan lokasi, mengikuti advencernya bersama-sama rakan semasuk-airnya.
Di halaman terakhir novel ini, saya bukan lagi seorang diplomat. Saya sudah dipecat pemerintah negara saya kerana telah menyebabkan kemarahan presiden sebuah negara yang berkemampuan nuklear dahsyat. Penthouse saya sudah disita. Malah bibik saya, Chelsea Islan, sudah pun kembali ke pangkuan Pepolnya. Atau Rangganya. Entahlah saya dah tak peduli.
Saya kini cuma seorang gelandangan. Tapi tak mengapa. Sebab buku ini nakharom kelakar.
Kelakar. Tapi tak sekelakar BHOS. Mat Gorn ni kalau menulis, dia mesti akan masukkan unsur-unsur romantis dalam novel dia. Kalau ikutkan gaya penulisannya, dia boleh tulis novel dengan untaian ayat yang romantis dan memukau.
Novel ni aku ingatkan cerita budak sekolah yang mangkuk ayun buat benda bangang di kem motivasi. Rupa-rupanya meleset sikit, ada plot twist di akhir kejadian; cerita culik menculik rupanya.
Ada benda yang agak janggal dalam novel ni. Patutnya penggunaan senjata api bagi budak sekolah menengah — Mat Gorn perlu kemaskan tulisannya bagaimana watak dapat (pandai) guna senjata api tu. Aku sedang bayangkan watak dah memang biasa guna senjata api tu.
Watak ada banyak. Kelebihan Mat Gorn menulis; tiada watak yang ditinggalkan. Semua watak ada peranan masing-masing, dan Mat Gorn berjaya pegang semua watak sampai tamat cerita.
#1 Hasrul Rizwan atau Mat Gorn memang antara penulis yang saya "follow" sejak membaca buku beliau, "Bercakap Dengan Jun".
#2 Kali ini Mat Gorn masih bercerita tentang "alam persekolahan". Ibarat sambungan buku "Budak Hostel Otaknya Sewel". Mungkin.
#3 Perkhemahan pelajar sekolah di Sungai Chilling yang penuh misteri dan akhirnya membongkarkan rahsia yang tak disangka. Errr.. sebenarnya dah boleh agak. Heh!
#4 Terus-terang, saya terbayangkan filem Upin Ipin yang pertama Geng: Pengembaraan Bermula. Kalau sudah menonton filem itu dan membaca buku ini, rasanya boleh agak punca kenapa saya berkata begitu.
#5 Seperti yang dicetak pada kulit buku, cerita ini bersulam lawak/komedi. Ya, saya tertawa terutama bab flashback Mat Piah dan Ghani Garpu. Cuma bila diulang lawak berkaitan berak, mual juga.
#6 Tulisan Mat Gorn sebenarnya sangat sedap dibaca (sebab tu saya beli buku-buku beliau). Cuma untuk genre komedi, saya rasa masih belum dapat nak blend-in.
#7 Oh ya! Cerita ini dicatat (seperti dalam diari merah jambu Mat Piah) pada tahun 1999. Tapi gaya bahasa watak juga lagu-lagu, macam tak "sezaman".
I went into this book feeling rather skeptical. In an age where too many sequels falter in the presence of the original work, I was worried that Hasrul Rizwan's 'Misteri Kem Motivasi' (MKM) would follow that trend. It is with great pleasure that I say that this book is the superior novel.
Everything that made 'Budak Hostel Otaknya Sewel' (BHOS) great, has been pumped with steroids to full effect. The crass language, the humour and of course, Mat Gorn's specialty; his characters, are all very well done!
Very much like 'BHOS', the novel takes a three-act structure, where the third-act kicks everything into high gear. In terms of the tone of the novel, it's part romance (more accurately, a high school boy's wet dream of romance), part investigation, and part khutbah(?).
As for the investigation, kalau hangpa semua dah biasa dengan genre ini ataupun dah memang anggap diri sendiri sebagai 'armchair detective' yang professional, you'll be able to solve the mystery within the first act of the novel. That being said, the journey is still worth reading through. I was worried there wouldn't be a scene as great as the 'Man Jadda Wan Jadda' scene in 'BHOS', but yet again Mat Gorn has alleviated my worries and subverted my expectations. Look out for probably the best moment of heroic redemption by one of the funniest characters in the novel!
All in all, novel ini sangatlah berbaloi. Here's hoping that Mat Gorn will continue the adventures of 'The Nohorom Boys', and create a new trilogy to challenge his 'Murtad' trilogy. Thank you Hasrul Rizwan, for yet again making me bust my gut reading your work. It has been a pleasure, and I await your next work.
No doubt. Karya Hasrul Rizwan tak pernah mengecewakan.
Untuk pengetahuan anda, novel MKM ini ialah sekuel kepada Budak Hostel Otaknya Sewel terbitan Dubookpress, iaitu prekuel kepada trilogi Murtad terbitan Fixi.
Jadi keseluruhan novel MKM ini, Pengarang masih mengekalkan unsur humor dalam karyanya yang buatkan saya tersengih pada ruangan terbuka (nasib baik tiada orang sekeliling).
Plot twist yang menjadi dapat menambah rencah dalam MKM seterusnya menghidangkan pembaca dengan pengalaman yang mengasyikkan.
Sememangnya MKM layak mendapat 5/5☆ daripada saya. Tahniah!
Gambar cover Izara Aishah menarik perhatian aku. Kalau korang semua nak tahu, ini sambungan daripada Budak Hostel Otaknya Sewel (BHOS). Kali ini, watak utamanya Mat Piah yang suka pada Cikgu Suraya.
Garapan cerita yang baik. Naratif yang kelakar. Dialog dan punchline sangat kena pada waktunya. Plot menarik. Ada unsur imaginatif sedikit. Tapi masih lagi mengekalkan originaliti cerita ni. Gelagat Mat Piah memang sangat kelakar. Lawak bodoh boleh pecah perut.
Ahmad Maslang pula kurang sedikit cara imamnya berbanding prekuel sebelum ni. Itu kena baca sendirilah. Nanti spoiler.
Berbanding prekuel pertama, BHOS meletakkan Akhil dan Adam sebagai watak utama. Untuk novel ini, Mat Piah menjadi penggerak cerita. Bagi yang tak membaca BHOS pun boleh faham cerita ini.
Sedikit persoalan, watak orang bunian bernama Khalis tu macam sekejap sangat muncul. Bagi aku, kalau tak muncul pun okey je kot.
Overall cerita sangat fun dan aksi yang disajikan pun padat. Secukup rasa. Dalam bergaduh pun boleh buat lawak lagi ya? Cerita yang sememangnya tidak serius. Kalau nak baca, carilah dekat kedai buku berdekatan. Aku jamin takkan menyesal baca novel ni.
Dengar kata novel Murtad pun ada watak Akhil dan Adam? Sambungan novel ni ke? Hmm.
sesekali baca buku mengarut macam ni, gelak-gelak memang seronok. nak pula banyak benda entah apa-apa yang diselit. kalau nak baca buku yang meleret, entah apa-apa tapi mampu buat korang senyum, gelak.. haa.. bacala buku ni.
kisah misteri tu sikit je sebenarnya. nak sampai ke kem motivasi pun makan setengah buku. tu belum masuk kisah apa yang jadi kat kem. watak mat piah, akhil, widad, cupin dan ahmad maslang pun boleh je nak dimaki. hehe.. budak sekolah yang ada je hal yang diorang buat. memang bukanlah sejenis buku yang ada batas bahasa. muncul pula cikgu suraya. cantik, lawa, wangi... ehh? ada kisah "cikgu suraya" ya? hasil dari kisah novel ni lah muncul cerita cikgu suraya tu. tak faham? tak apalah.
kisah budak sekolah, kisah seram di kem motovasi, apa lagi yang korang nak? lawak merapu? sangat banyak. cuma satu, anak murid tetap harus, perlu, mesti hormat guru. bukan saja sebab nak pandai, tapi merekalah insan yang amat ambil berat dengan pelajar selain ibu bapa.
Baiklah. Buku kali ni macam mengubat kemurungan aku bila baca buku yang lepas. Hahah
Macam biasa, this is the best. Cuma dah nak last tu la memang tak sangka pulak cikgu suraya sebenarnya si zabedah. Kuangajo jahat. Mujur si piah tak terlajak suka. Murung kawan tu haha
Walaupun cerita pasal budak sekolah je, still tak bosan dan pastinya kelako weh. Kalau ko baca tapi tak gelak, sah ko ada masalah.
Ok dah. Bro mat gorn! Terbaik! Moga ada kisah si khalis yg dikatakan hensem tu haa.. Ahaha
Sbnrnya dah baca cerita ni kat Wattpad..hehe...so atas saranan penulis sendiri aku terus skip ke tgh buku dan sambung baca smpai habis terus...mmg nokharom lawak. hahahaha..dulu ms bc kat Wattpad sllunya dlm bas je..kontrol ayu aku nk kluarkan suara ketawa. skrg bc mll buku plak ms tgh makan..mmg rs nak tercekik pun ada. kelakar siot. esp watak Mat Piah dan Ahmad Maslang. :D
1. Hasrul Rizwan ialah Hasrul Rizwan. Tak kelakar, tak sah lah kan. Humour sampai. Boleh rasa betapa kecohnya hostel lelaki dalam diam tanpa jeritan histeria. Real and crazy! Sequel daripada Budak Hostel Otaknya Sewel, tapi lawaknya tak sama. Mana dia cari entah lawak-lawak bersahaja bikin kita ketawa sorang-sorang tanpa pedulikan orang sekeliling.
2. HR bijak letak bab-bab klimaks tu tak dijangka. Mungkin ada yang kata ianya bukan ‘plot twist’, tetapi each part main peranan, penuh teka-teki dan pertanyaan. Unexpected thrills and threats!
3. I love the way HR buat semua karakter tu hidup and ada function masing-masing. Kalau tengok movie, umpama kita tak boleh identify siapa hero. For me, all Naharom Boys are heroes!
4. Misteri banyak dalam buku ni. HR memang suka tinggalkan teka-teki. Kena baca semua buku dia. Haish!
5. Tajuk-tajuk bab tak boleh kelakar lagi ke?
6. Kalau korang stress, baca lah buku ni. Nescaya bertambah stress lah korang! Stress sebab annoying characters yang memang menjengkelkan gila namampos! Good job, HR!
7. Tulis laju-laju, cepat sambung lagi! Hahaha!
8. Empat jempul ibu jari termasuk ibu jari kaki buat Misteri Kem Motivasi!
Kisah menarik dan kelakar. Cuma suku terakhir penulis seakan tergesa-gesa mahu habiskan cerita. Terutama sekali Bab 26. Kurang jelas apa yang berlaku. Mujur bab penutup memberikan punch line keseluruhan yang epik.
Lawak berak dan kentut terlalu banyak. Awal-awal bolehlah dikatakan kelakar. Namun, lama-kelamaan naik jelak. Lebih-lebih lagi bila mana setiap satunya digambarkan bau telur.
Anyway, this book is hard to put down once you start reading. Tak rugi beli. Tak jemu baca berulang. Cukup mudah disimpulkan, ini bukan usaha cincai. Ketara jelas senaskhah karya yang digarap penuh kesungguhan.
Ps. Not a fan of BHOS (1st book) but this is an awesome follow up. Kudos HR!
Dari mukasurat pertama sampai akhir tak berhenti dok renggah gelak. Yang geliganya Mat Gorn ni, watak ciptaan dia hidup belaka. Rasa macam tengok filem.
Paling best, ada cameo watak dari trilogi Murtad. Boleh dikatakan prolog lagutu lah.
Anyway, tahniah Mat Gorn kerana tidak mengecewakan aku.
Mengisahkan tentang ragam pelajar-pelajar Sekolah Agama Haji Barokbah; terutamanya Mat Piah, Cupin, Akhil, Widad, dan Ahmad Maslang. Suatu hari, datang seorang cikgu baru bernama Cikgu Suraya ke sekolah tersebut. Mat Piah jatuh cinta pada Cikgu Suraya, dan melakukan pelbagai cara untuk mengoratnya. Pada hari perkhemahan Kem Motivasi di Sungai Chilling, berlaku kejadian yang tidak dijangka. Beberapa orang pelajar perempuan hilang ketika aktiviti burung hantu dijalankan. Mat Piah, Cupin, Akhil, Widad, dan Ahmad Maslang mengambil keputusan untuk mencari rakan-rakan mereka yang hilang itu. Sepanjang pencarian itu, mereka telah diganggu oleh hantu tanpa wajah, zombie, dan bigfoot. Apakah misteri di sebalik kejadian itu?
Sebuah novel bergenre misteri-komedi. Telatah watak-watak utama seperti Mat Piah, Cupin, Akhil, Widad, dan Ahmad Maslang sangat melucukan. Elemen misteri juga disampaikan dengan baik, dengan twist-twist yang tidak dijangka. Cuma intro rasanya terlalu panjang dan meleret, sampai setengah buku (mujur ada elemen komedi yang membuatkan pembacaan tak bosan). Rasanya, lepas ni perlu try cari prekuel buku ni, Budak Hostel Otaknya Sewel.
3.5/5 bintang Dari awal membaca sampai ke penamat, berjaya membuatkan Sha ketawa.. Kelakar dan sengal betul gaya penulisan untuk novel ini.. Memang satu kelainan yang mengasyikkan.. Membaca kisah Akhil, Widad, Mat Piah dan Cupin dikala hati sedang berduka memang sangat sesuai.. Bukan sahaja kelakar tapi ada juga sedikit kemisterian dalam buku ini.. Penampakkan hantu dan bigfoot sebenarnya menyembunyikan kejahatan yang kejam.. Tapi buku ini bukanlah berat ataupun seram sebaliknya sangat kelakar..
So fricking funny. Part semua bangun nyanyi lagi Sumaiyah, cilakak aku gelak sampai nangis kot. Boleh sangat rekemen buku ni kat orang yang tengah sedih. Sesuai untuk sesiapa yang pernah duduk asrama. Dekat di hati.
Disebabkan aku salah seorang peminat Akhil dan Adam, aku macam kecewa sikit ah sebab asyik cerita Mat Piah je. Gitteww. But it's okay, Mat Piah kelakar what and jijik.
Misteri kem motivasi, seperti yang dijangka, kisah 4 ekor... mangkuk hayun yang tak makan dek saman. Kecik2 tak nak mampos dah besar menyusahkan orang yang terpilih untuk ke kem motivasi pelajar2 masalah. Cumanya kali ini bertambah watak Ahmad Maslang yang lebih bongok dari sebelum ini.
*sedikit bukti*
"Tak sangka, macam mana la Ahmad Maslang yang sikit punya bengap macam ni boleh berjaya hidup sampai sekarang.
Yang aku tak tahan ada, oh angin kau kirimkan kalimah kasihku. Dan epilog. Natang. Mat piah rupanya dalangnya.
WARNING!! Mencarut banyak. So jangan expect kisah ini suci seperti angin yang meniup. MG punya stail tak suci. Jangan expect apa2 yang suci dari seketul MG. There you go. You can now begin to read Misteri Kem Motivasi. Have fun.
permulaan cerita, perkembangan plot, klimaks, okay. Tersusun elok dan mudah difahami untuk sesiapa yang tak pernah baca Budak Hostel Otaknya Sewel. Pekembangan watak pon seronok baca, semua watak memainkan peranan yang penting untuk babak utama dan babak tambahan. Cuma, peleraian agak typical. Semuanya sebab Cikgu Murni yang ada rasa sesuatu dengan Cikgu Suraya. Saya harapkan sesuatu yang lebih extreme atau rare untuk semua jenayah tu kantoi. Tapi, ia masih sebuah kisah yang berbaloi untuk dibaca santai-santai menghiburkan hati dan perasaan. Walaupun Mat Piah ialah watak utama, Adam Akhil still bae 😆
buku ni tebal.untuk orang malas macam aku memang 10x pikir nak baca.stail aku baca buku lain.belum habis satu bab aku akan baca buku yang lain,macam tukar channel tv.bila iklan aku akan tukar ke chanel lain.ha macam tulah.tapi bila cerita bes rancangan bes biar pun iklan 5 minit aku tak kisah aku stay.macam tulah buku ni.kalau ikut bahasa dalam novel ini buku ni memang "naharom: fuckup! hell. aku habiskan buku ni dalam masa 4 jam. tetapi untuk dalam hari aku baca selama 2 hari.yelah aku banyak benda nak buat.aku dah besar.banyak hal nak setel.aku bawak buku ni dalam beg kerja.waktu free aku curi baca.sepanjang baca dalam office aku menahan mulut aku .menahan suara aku untuk gelak.jadi gelembung suara aku menahan tawa itu membuatkan pipi ku kembung.aku takut aku keluar suara dengan berdekah dekah.confirm bos aku datang debik belakang aku dan buku tercampak lalu dia ambil dan membaca tengah2 cerita pada scene alur buah dada , atau scene awek (aku confuse nama watak ) yang sedang berlari balapan yang teteknya bergoyang bagaikan tembikai separuh letak di dada. lalu bos aku akan cakap aku baca buku lucah. her her her ...bagi aku buku ni memang naharom berdekah gila babi dengan plot twist dan jalan cerita yang menarik. helllll u cikgu marzuki!
Semoga penulis buku ini terus dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan rezeki agar terus menghasilkan karya-karya berkualiti seperti ini. Insyaallah. Amin.
Berdekah teruk dah aku ni dengan perangai Mat Piah. Hahaha. 5 bintang.
Kelakar. Lebih baik garapannya berbanding Budak Hostel Otaknya Sewel, pada pendapat saya. Rasa macam nak kena baca semula lah BHOS tu. Ketagih betul dengan lawak-lawak Mat Gorn ni. Hahaha.
Kalau saya baca buku ni depan khalayak ramai, nescaya mereka akan anggap saya gila sebab gelak sorang-sorang dan kuat pulak tu. Tapi itu lah hakikatnya, Mat Gorn macam melepaskan segala jus-jus humor dalam otaknya yang geliga tu ke dalam naskah kali ni. Tak ada tapis-tapis dah. Memang all out terus. Having been to boarding school for 5 years, I can totally relate dengan masalah-masalah dan perangai musibat member-member kat asrama ni. Betul-betul reminiscing the good old days lah orang kata.
Suka macam mana MG menggerakkan semua watak dengan sempurna. Dalam naskah ni ada banyak watak, tapi tak ada satu pun yang macam tercicir. Semua ada peranan masing-masing. Suka betul dengan persahabatan The Nohorom Boys ni.
Ternyata MKM bukanlah sekadar novel komedi cinta sahaja. Ada plot twist yang dimasukkan unsur-unsur misteri, aksi dan jenayah which is memang makanan MG. Cuma kurang pasti macam mana budak-budak sekolah ni cukup arif dengan senjata api dan 'bergocoh' dengan penjenayah.
Secara keseluruhannya, please sambung lagi siri ni. Nak tengok betul ke cinta Mat Piah tu tulus pada Rokiah Masnawi? Atau bakal tergugat lagi dengan kehadiran Wany Hasrita? HAHAHAHA XD
4.5 bintang. Tolak .5 sebab disini typo disana typo.
Mat Gorn membawa pembaca berdasarkan 4 teras ini. Kalau baca cerita sebelumnya iaitu Budak Hostel Otaknya Sewel, naskah ini lebih terbuka penceritaannya kerana ceritanya bermain di dua latar iaitu sekolah dan tapak kem motivasi. Tumpuan cerita juga telah dialih ke watak lain iaitu Widad, Mat Piah dan Maslang berbanding Aqil yang sebelum ini lebih menguasai cerita.
Pendakian cerita ini mendatar di sekolah dan sedikit mendaki ketika Cikgu Suraya muncul sehinggalah ke kemuncak ketika tiba di tapak kem motivasi. Seperti cerita-cerita Mat Gorn yang sebelum ini permulaan cerita biasanya mendatar dan tenang sehinggalah separuh buku dibelek barulah rasa tak boleh berhenti dan buat kita nak tahu apa yang jadi seterusnya.
Slang Terengganu Ahmad Maslang juga lebih baik dari naskah BHOS pada pendapat peribadi aku, cuma pengakhirannya seperti mudah dijangka. Apa pun aku senang hati menamatkan naskah ini. Bagi yang dah baca naskah ini tapi belum baca cerita sebelumnya, aku cadang dapatkan buku Budak Hostel Otaknya Sewel (terbitan Dubook Press, bukan Roman).
Terima kasih Hasrul Rizwan atas penceritaan yang sedap, terima kasih Roman atas penerbitan berkualiti dengan rekaletak dan kulit buku yang sedap mata memandang.
“This is a masterpiece! Kisah Cikgu Suraya ini akan jadi hit!”
Misteri Kem Motivasi hasil karya HR atau nama samaranya Mat Gorn yang merupakan kisah sambungan daripada Budak Hostel Otaknya Sewel. Novel kalini pulak merupakan cerita keempat orang budak asrama sewel yakni Akhil, Mat Piah, Wildad dan Cupin yang kini berada di tingkatan 5. Mengisahkan tentang sebuah kem motivasi yang dirancang oleh seorang cikgu muda yang baru masuk ke sekolah depa yang menjadi kegilaan jiwa seorang Mat Piah. Mereka menghadapi sebuah insiden yang seram ketika berada di kem tersebut. Pelbagai konflik berlaku dan terdapat sebuah plot yang menjadikan pelajar2 nakal tadi menjadi hero.
Bagi aku novel MKM kalini dari segi jalan penceritaan yang mantap tetapi lawak dalam ni kureng sikid drpd BHOW tetapi tetap akan gelak dengan lawak2 Mat Gorn.
Novel nii mengetengahkan konsep persabatan dan cinta budak sekolah. Memang x dpt dinafikan penulisan Mat Gorn jarang x power dengan puncline yang seperti biasa sangat lawak dan nakal. Ber”genre” komedi + misteri + jenayah + aksi.
p/s: scene yang paling aku suka time depa nyanyi lagu sumaiyah 😂 pecah rabak nokrommm