MENTAL
by Tajul Zulkarnain
'Aku' ditawarkan oleh seseorang untuk menyeksa dan membunuh mangsa2 yang melakukan kejahatan dan berlagak suci. Mangsa2nya - Laila, Hani dan Zafira - dipilih berdasarkan dosa masing2, berserta sebuah lagu untuk mereka! Dalam pada itu, seorang penguna facebook, Wafiy Alias sering memuat naik status mengenai kejadian ini dan menggelarnya sebagai pembunh Si Tukang Jahit. Status Wafiy Alias mendapat perhatian netizen sehingga menimbulkan kegusaran kepada 'Aku' dan mengajak Wafiy untuk bersemuka.
Masih mengekalkan genre yang sama, dan jalinan plot yang sama - membuatkan pembaca tertanya2 identiti/motif, dan sedikit demi sedikit rahsia didedahkan dan pap! twist dekat ending! good job! kali ini, seksaan tu lebih sadis dan menyiksaakan, sampai tak sanggup nak baca!
Start baca terus teringat movie #Se7en lakonan Brad Pit & Morgan Freeman tu - mangsa dibunuh berdasarkan 7 dosa- mangsa2 kali ini pun dibunuh sebab dosa mereka.
Cuma, bahagian ending tu tak tau nak suka ke tak.. separuh macam lega sebab tak ada komplot agent rahsia or what so ever, masih lagi dalam logik akal yang boleh diterima dan saya kira pengakhiran yang memutihkan keadaan. Namun, sedikit kecewa kerana mungkin terlalu santai dan cepat diakhirkan. Bagaimana pun, masih ok bagi saya dan tak lah terlalu terikut2 dengan filem thriller barat.
Overall, mesej yang diketengahkan berkaitan keyboard warrior di media sosial saya kira berjaya disampaikan. saya berpuas hati dengan naskhah ini.
Tahniah, penulis!
* rating : 4.6*