Jump to ratings and reviews

Menunggu Beduk Berbunyi

Tuan Sharif terpaksa bekerja untuk Belanda karena ekonomi, kebutuhan keluarganya, dia pada akhir-akhirnya menjadi seorang Federalist, orang yang dibendi para pejuang kemerdekaan. Lebih dari itu,tidak hanya masyarakat yang membenci, anak yang sangat dicintainya pun ikut membenci, anak yang sangat dicintainya pun ikut membenci dirinya. Sharif sudah terperosok ke lubang yang begitu dalam. Dia sudah pasrah dengan keterpurukan dan tekanan batin. Di saat seperti itu, menunggu beduk berbunyilah yang kembali menyadarkan dirinya akan makna hidup.
Berlatar belakang masa penjajahan dan kemerdekaan, Hamka berhasil dengan apik menggelontorkan alur cerita ini dengan baik dan menarik sehingga seakan-akan kita kembali ke suasana era perjuangan mempertahankan kemerdekaan. Selamat Membaca.

128 pages, Paperback

First published January 1, 1976

Loading...
Loading...

About the author

Hamka

115 books1,102 followers
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, known as Hamka (born in Maninjau, West Sumatra February 17, 1908 - July 24, 1981) was a prominent Indonesian author, ulema and politician. His father, syekh Abdul Karim Amrullah, known as Haji Rasul, led and inspired the reform movement in Sumatra. In 1970's, Hamka was the leader of Majelis Ulama Indonesia, the biggest Muslim organizations in Indonesia beside Nahdlatul Ulama and Muhammadiyah. In the Dutch colonial era, Hamka was the chief editor of Indonesian magazines, such as Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, and Gema Islam.

(source : wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
45 (39%)
4 stars
50 (43%)
3 stars
17 (14%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 32 reviews
Profile Image for Nor Azzah.
Author 11 books110 followers
December 31, 2017
Saya suka dengan cara Hamka berkisah dalam buku-bukunya.

Melalui dua cerita ringkas dalam buku ini, 'Dijemput Mamak' dan 'Menungu Beduk Berbunyi', penulis memberikan kritikan sosial (dalam kisah 1) terhadap cara pemikiran masyarakat yang salah dan pegangan keterlaluan tentang adat. Ia dilihat agak kejam bila dipraktikkan sehingga menyebabkan keruntuhan rumah tangga serta persengketaan antara keluarga.

Cara berfikir seperti ini masih boleh dilihat dalam masyarakat sekarang yang ada kalanya keterlaluan. Apatah lagi dalam zaman di mana media sosial menjadi ruang menabur fitnah dan menjaja perkara yang belum tentu duduk perkaranya.

Manakala dalam kisah kedua, penulis memberikan peluang kepada orang yang pernah berbuat khilaf dam memilih pihak yang harus disokong dalam usaha memerdekakan negara. Setiap orang pernah berbuat salah dan memberikan ruang taubat adalah yang sebaiknya.

Perumpamaan ibadah puasa dan keperluan menunggu sehingga beduk berbunyi menandakan tibanya waktu Maghrib amat menarik. Perlunya sabar dan bertahan dengan ujian sepanjang masa menunggu amat penting dalam mempastikan ibadah yang dijalankan sempurna dan diterima.
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book96 followers
December 26, 2020
Ada 2 buah cerita di dalam buku ini.

1. Dijemput Mamak
Sekali lagi HAMKA bercerita tentang adat budaya Minangkabau seperti mana buku-buku beliau terdahulu. Kisah perkahwinan Musa dan Ramah, kebahagian kecil mereka direntap oleh kaum keluarga sendiri kerana kehidupan mereka tidak menepati "piawaian" status keluarga.

2. Menunggu Beduk Berbunyi
Kisah Tuan Shariff yang dipinggir masyarakat kerana dianggap pembelot negara bersekongkol dengan penjajah, namun beliau tegas mengatakan dia mengikut jalan yang betul. Namun, hal menunggu beduk waktu berbuka puasa yang disampaikan dalam khutbah, mengetuk akal fikir Shariff tentang prinsip hidupnya.

Buku setebal 118 muka surat ini boleh saja dibaca dalam tempoh satu hari. HAMKA seperti selalu, bercerita tentang apa yang berlaku di sekelilingnya waktu itu.

Tentang adat budaya orang Minang.

Tentang perjuangan kemerdekaan.

Dalam cerita-cerita ini, terselit pendirian yang ingin disampaikan beliau tentang kehidupan. Pak HAMKA tak pernah gagal menyusupkan buah fikir untuk pembaca menilai apa yang mahu disampaikan.

Saya gemar gaya begini, ceritanya tidak kosong walaupun pengakhiran cerita selalunya agak melankoli. Sudah menjadi "trademark" beliau barangkali, tidak ada istilah "happily ever after".
Profile Image for Fuad Syazwan Ramli.
52 reviews5 followers
February 11, 2017
Satu lagi koleksi cerpen oleh HAMKA yang berjaya dihabiskan selepas Di Dalam Lembah Kehidupan dan Cermin Penghidupan. Buku yang menghimpunkan tiga cerpen, Dijemput Mamaknya, Menunggu Beduk Berbunyi serta Angkatan Baru.

Seperti biasa, tulisan-tulisan HAMKA akan mengkritik status quo terutamanya yang melibatkan adat-adat yang menjerat, dan di dalam Dijemput Mamaknya, HAMKA mengkritik amalan kekeluargaan yang menjadikan harta benda sebagai keutamaan sehingga menzalimi serta menghina sanak saudara khususnya yang berasal dari luar lingkungan keluarga. Dan inilah yang dikritik di dalam Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah, Merantau Ke Deli dan lain-lain lagi tulisan HAMKA.

Menunggu Beduk Berbunyi pula mengetuk suara hati seorang bekas pegawai Belanda yang dihantui rasa bersalah kerana bekerjasama dengan pihak penjajah. Bagaimana HAMKA menggali perasaan seorang boneka penjajah yang cuba untuk menjustifikasikan sikapnya yang memihak kepada pihak penjajah, dna meninggalkan perjuangan kemerdekaan walaupun anaknya sendiri bergelut sebagai anggota gerila TNI.

Kisah ini juga menggambarkan betapa berpecahnya masyarakat Indonesia ketika itu. Dan ini mengingatkan saya kepada masyarakat kita hari ini yang juga terut berpecah menurut fahaman politik masing-masing. Lebih malang lagi perpecahan politik ini turut pula menjejaskan perhubungan yang sudah lama terjalin di antara sahabat bahkan keluarga terdekat.

"Tetapi saya lekas dapat menginsafkan diri bahawasanya persahabatan yang telah lama jauh lebih kekal daripada pertikaian faham. Pertikaian faham kerana politik dapat berubah sewaktu-waktu, namun persahabatan, asal sama-sama pandai menenggang dan menjaga, akan lebih lanjut umurnya daripada pertikaian faham."

Anggota Baru tidak saya baca kerana sudahpun dibaca sebelum ini. Angkatan Baru yang diterbitkan secara sendiri dan bersendirian oleh Pustaka Dini menceritakan sikap seorang lulusan agama yang memandang rendah persekitarannya yang dianggapnya sebagai mundur dan lapuk. Hasilnya hatinya memberontak inginkan perubahan walaupun jika dilihat perubahan yang didambakannya hanyalah yang bersifat trial dan superfisial, bukannya perubahan yang benar-benar merubah.

Kisah Angkatan Baru ini mengingatkan saya kepada tulisan HAMKA di dalam koleksi artikelnya Hati Ke Hati. Di dalam satu tulisan bertajuk Harapan Kepada Intelektual Islam, HAMKA menyatakan:

"Sudah pasti bahawa umat Islam amat mengharapkan tenaga dan buah fikiran dari cerdik pandai dan intelektualnya, agar sudilah kiranya turun dari atas, "singgahsana majun alam, tempat beliau bersemayam, mengorak sila, melangkahkan kaki datang ke dalam pondok buruk kami, memimpin kami mengajar kami." Kami telah berjuang hendak menegakkan agama ini. Sayang sekali kami tidak mempunyai orang pandai, yang tahu "gereseh-peseh" (detail) bahasa Belanda yang dapat berhadap-hadapan dengan orang berpangkat. Sehingga jika satu waktu adalah cerdik pandai itu yang sudi mendekati rakyat, bukan mainlah bangganya kami."

Golongan yang terpelajar seharusnya ingat bahawa mereka bukanlah dewa yang harus dipandang tinggi oleh masyarakat. Tidak layak bagi mereka untuk mengharapkan sanjungan dari masyarakat seolah-olah merekalah golongan yang teristimewa. Kegagalan memahami hakikat ini akhirnya menjadikan mereka golongan yang dibenci oleh masyarakat dan mereka pula bakal gagal menyelami hati budi rakyat biasa lantaran terpisahnya mereka dari anggota masyarakat.

Buku yang sewajarnya dibaca oleh setiap peminat sastera Bahasa Melayu.
Profile Image for Sue Oshin.
Author 13 books60 followers
August 22, 2020
Di dalam buku ini ada dua cerita ringkas dan kedua-duanya juga mempunyai makna tersirat iaitu "Dijemput Mamak" dan "Menunggu Beduk Berbunyi". Setelah mendapat kata sepakat dlm perbincangan untuk menamakan judul buku ini, akhirnya Menunggu Beduk Berbunyi telah dipilih.

Dijemput Mamak apa yg boleh sy rumuskan, Hamka mengkritik pemikiran masyarakat ketika itu yg terlalu berpegang teguh pada adat sehinggakan seorang isteri perlu meletakkan suami tidak lebih daripada sanak saudara dan kaum kerabat. Kekayaan dan kebendaan adalah segala-galanya sehingga menzalimi serta menghina seseorang yg bukan dalam lingkungan taraf mereka. Musa terpaksa menelan segala kepahitan dlm hidup berumatangga atas dasar campurtangan dari keluarga isterinya. Disebabkan Musa tidak mempunyai apa-apa tidak seperti birasnya, dia dihina dan difitnah dgn teruk sehinggakan dia dan isterinya terpaksa bercerai utk meredakan ketegangan dari kedua belah pihak iaitu keluarganya dan keluarga isterinya. Walaupun sayang dan cintanya isteri Musa kepadanya sehingga sanggup bersusah senang dan bahagianya hidup mereka walaupun melarat tetapi itu semua hanyalah sementara.

Menunggu Beduk Berbunyi pula mengisahkan bagaimana Tuan Sharif menghadapi pukulan pandangan masyarakat terhadap dirinya tanpa meletakkan diri mereka dalam keadaan tersebut. Ketika era Revolusi untuk mendapatkan kemerdekaan dari Jepun dan Belanda, Tuan Sharif terpaksa memilih antara perjuangan utk meneruskan hidup dan penjuangan demi tanah air. Jika diikutkan hati, sumpah setia Tuan Sharif terhadap tanah air adalah keutamaannya tetapi pengaruh Belanda menyebabkan dia dilabel "pengkhianat" oleh masyarakat. Tuan Sharif terpaksa memilih jalan ini kerana kemelaratan hidup yg membelenggu diri dan keluarganya ketika itu sehinggakan terpaksa berlapar, tiada tempat berteduh dan tidak berganti pakaian. Surat yg diterima oleh anaknya iaitu seorang askar telah membuatkan dirinya dlm keadaan serba salah kerana anaknya bermati-matian memerangi musuh di hutan tetapi bapanya pula berpihak pd musuh.
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
April 5, 2019
"Marah adalah kebiasaan banyak orang. Akan tetapi belas kasihan adalah kebiasaan orang yang utama."

Sebuah kisah pergelutan jiwa seorang pegawai kerajaan pada era kemerdekaan Indonesia. Kemiskinan dan kesengsaraan pada zaman yang mencengkam itu, diibaratkan seperti tempoh berpuasa. Beruntunglah orang yang bertahan sehingga beduk berbunyi kala senja tiba.

Tapi, sayangnya tidak semua kuat bertahan. Untuk yang lemah dan ia sendiri menyesal 'berbuka awal', orang mencemuhnya. Tapi bagi orang yang punya ihsan (belas kasihan), ia dampingi orang yang lemah dan merekalah sebaik-baik orang.

Ringkas. Tapi menusuk jiwa.
Profile Image for Ika Amanda.
3 reviews1 follower
February 8, 2024
Dalam buku ni ada 2 cerita pendek. Cerita pertama tentang adat, yang kedua tentang politik. Cerita kedua tu mungkin pembaca kurang faham. Tapi masih terima mesej yang bermanfaat bagaimana seseorang mebyedari bahawa dia telah mengkhianati perjuangan kemerdekaan dengan menjadi pekerja kepada belanda ketika itu
Profile Image for Liyana.
19 reviews
May 21, 2020
"Jangan kita tertawakan orang yang jatuh. Tapi marilah bersyukur sebab kita tidak jatuh. Memang sulit jalan yang kita tempuh. Lebih sulit dari yang dapat dikira-kira. Marah adalah kebiasaan orang bersama. Tetapi belas kasihan adalah kebiasaan orang yang utama."

[Menunggu Beduk Berbunyi]
Profile Image for Roffi Ardinata.
30 reviews2 followers
September 5, 2018
Sebuah kisah sederhana, yang banyak kita jumpai dalam kehidupan bermasyarakat. Namun Buya Hamka mampu mengurainya dalam sebuah karya indah sehingga memberikan pelajaran hidup yang mendalam.
Kisah pertama "Dijemput Mamak" menceritakan tantang perjuangan hidup dan keteguhan seorang pemuda dalam membina rumah tangga dan keluarga . Musa, pemeran utama, memutuskan untuk merantau jauh demi memperbaiki kehidupan dan meninggalkan lingkungan masyarakat yang sudah tidak lagi berpihak pada keadaannya. Karna rasa kasih dan sayang yang telah terbentuk, sang istri tidak mau melepas suami merantau sendiri, diapun meniggalkan sanak famili dan kehidupan yang berkecukupan demi mendampingi Musa dalam perjuangan hidup. Dengan rasa kasih sayang antara suami istri, walau dengan kehidupan serba terbatas di perantauan, mereka hidup dengan sangat bahagia. Namun tidaklah kehiduan namanya kalau tidak ada pasang dan surut, dalam kehidupan yang masih berjuang mereka tidak bisa pulang kampung, sehingga mencuatlah penyakit yang telah lama bersemayam di masyarakat sampai sekarang ini, yaitu fitnah dan gunjingan. Sehingga muncul praduga antara keluarga di kampung yang banyak diantara mereka masih menilai sesuatu dari pencapaian harta. Dengan teguh dan tabah musa dan istri tetap berjuang menghadapi segala fitnah yang telah muncul, hingga pada titik puncak, musa harus rela melepas istri dan seorang anak hasil buah cinta mereka di perentauan untuk pulang dijemput Mamak (Paman). Disini kita belajar untuk menjauh dari perilaku dan penyakit sosial yang hinggap di hati masyarakat, yang sering memisahkan kasih suami istri, pertengaran orang kakak beradik , ibu-anak -keluarga, dan musuh bebuyutan antar sahabat. Penyakititu adalah praduga, sakwasangka, Iri, dengki, fitnah, serta pandangan serba materialistik.

Kisah kedua " Menunggu Beduk Berbunyi", diumpakan tentang kesia-siaan orang berpuasa berjuang menahan haus dan lapar sehari penuh, namun ia membatalkan puasanya sesaat sebelum beduk berbunyi. Semua pengorbanan sehari penuh tidaklah terbayarkan karna ia menyerah menjelang akhir perjuangan. Tuan Syarif, pemeran utama, harus menerima hukuman dari mata orang banyak akibat tidak mampu menahan melarat dalam perjuangan ideologi kemerdekaan. Walau jauh dihatinya ia tak pernah berkhianant terhadap cita-cita perjuangan kemerdekaan yang telah ditanam dan diperjuangkan bertahan-tahun, namun tindakan putus asa di akhir perjuangan telah menghukum kehidupannnya. Walau sekarang dengan penuh penyelasalan terhadap keputusan yang terlanjur diambil, ia tetap dihukum oleh masyarakat secara sosial. Diakhir kisah Buya berpesan terhadap teman yang masih ikut membenci tindakan penghianatan Tuan Syarif, "Jangan kita tertawakan orang yang jatuh, namun bersyukurlah kita tidak jatuh. Memang sulit jalan yang kita tempuh, lebih sulit dari yang kita duga. Marah adalah kebiasaan orang banyak, namun belas kasihan adalah kebiasaan orang yang utama.
Profile Image for Muhammad Fitri.
152 reviews7 followers
October 17, 2020
Buku ke-3, PKPB round 2, hari ke-4.

Cerpen yang mengandungi dua tajuk iaitu "dijemput mamak" dan "menunggu beduk berbunyi."

1. Dijemput mamak.

Kisah sepasang suami isteri iaitu Musa dan Ramah. Mereka merupakan perantau yang bersusah payah demi mencari sesuap nasi di perantauan. Kehidupan mereka sederhana, sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun, perantauan mereka melanggar adat keranan si isteri mengikut si lelaki merantau. Maka, timbullah pelbagai cerita fitnah dari sanak saudara dan keluarga. Lalu pihak keluarga menggunakan ketua suku kaum untuk membawa pulang isteri dengan pelbagai alasan taat kepada ketua kaum dan kesukuan lebih diutamakan. Selepas itu, dicari jalan pula untuk memisahkan keduanya atas alasan kedaifan hidup.

Mempunyai tema yang sama dalam kebanyakkan novel-novelnya yang masyhur. Adat yang melampau, taasub kesukuan, bangsa merantau dan jiwa lelaki serta perempuan. Ini menunjukkan betapa Buya Hamka konsisten dalam memperbaiki dan menegur beberapa adat dan budaya kaumnya yang melanggar syariat dan kemanusiaan.

Antara yang dikritik adat ketua suku dan kaum lebih utama bagi si isteri berbanding suami. Sehinggakan menentukan hidup isteri juga boleh dimasuk campur oleh suku kaum. Termasuk dalam urusan kahwin dan cerai.

Ketaasuban terhadap sesuatu bukan sesuatu yang baik malah beri mudarat. Apatah lagi taksub kaum. Dalam kisah taksuban membawa kepada kebencian antara kaum. Setiap akan mempertahankan kaum masing-masing merekalah di pihak benar. Akhirnya kedua-dua suami dan isteri tersepit memilih jalan yang meraikan kaum. Tanpa mengambil peduli apa bakal si suami dan isteri dari sudut keluarga, emosi dan mental.


2. Menunggu Beduk Berbunyi

Kisah Tuan Sharif seorang pegawai yang bekerja untuk penjajah Belanda kerana kesusahan hidup. Dia digelar federalist iaitu orang yang bekerja untuk Belanda. Dia dibenci oleh masyarakat. Namun, akhirnya mendapat kesedaran yang disusuli kekesalan.

Pada awal-awal kisah, Buya Hamka mengajarkan kita bagaimana persaudaraan sesama manusia mengatasi perbezaan politik. Kita masih ada adab yang diajarkan oleh agama dan bangsa. Seperti tetamu jangan menyebutkan perkara yang boleh menyakitkan hati tuan rumah.

Seterusnya, setiap manusia perlu diberi peluang kedua untuk mengatasi kelemahan dan kekurangan pada kesilapan menentukan keputusan dalam hidup. Buya Hamka secara tidak langsung cuba menghapuskan kalimah dendam dari dada manusia. Ini juga berlaku dalam realiti pada ketika beliau tidak berdendam kepada soakarno di atas apa yang diperlakukan kepada Buya Hamka. Begitu juga dalam kisah ini beliau mengangkat dan mengiktiraf sifat negarawan Soekarno dan Hatta.

Buya Hamka menerangkan bagaimana konsep negara yang merdeka bukanlah untuk kepentingan orang tertentu sahaja. Bahkan ianya memberi perlindungan kepada semua termasuk orang mengakui kekhilafan dan menyesal.


#PKPB
#StayAtHome
#BacaBuku
#MalaysiaMembaca
Profile Image for Andi Lintang.
228 reviews19 followers
April 20, 2023
2 kisah dari 2 orang yang berbeda

Menunggu Beduk Berbunyi • Buya Hamka • @gemainsaniofficial • Cet. IV, 2021 • 118 hlm. • 5/5⭐

🖇️ classic, Islamic literation, historical fiction, family

Ini novel kedua Buya Hamka di TBR Ramadanku yang telah kubaca dan AKU SUKA BANGET!

Buku ini berisi dua novel pendek. Sinopsisnya di slide ke-3 yaa.

Secara singkat, kedua cerita itu beda banget. Tapi keduanya sama-sama diceritakan oleh laki-laki sekaligus kepala keluarga (Musa dan Sharif) yang menuturkan kisahnya dalam sebuah obrolan.

Yang aku suka:
🚦 Mengangkat tema beragam isu yang berkembang di masyarakat, seperti kesenjangan sosial, kemiskinan, pengangguran, serta perbedaan pendapat antar keluarga. Walau udah ditulis sejak 73 tahun yang lalu, ini masih relate dengan kehidupan sekarang.
🏘️ Di kisah 1, dengan berlatarkan adat Minang, penulis mengkritik kebiasaan keluarga dalam masyarakat yang menjunjung tinggi harta benda, sampai mencampuri urusan rumah tangga anak sendiri.
📠 Di kisah 2, berlatarkan zaman Revolusi Kemerdekaan, penulis memberikan gambaran bahwa seseorang akan dibenci saat berkhianat, walaupun itu adalah keterpaksaan dan dalam lubuk hatinya dia tidak ingin melakukannya. Tapi, tidak ada kata terlambat untuk bertaubat.
🕯️ Sikap tanggung jawab seorang suami sekaligus ayah dalam novel ini (Musa dan Sharif) patut diacungi jempol sih. Gimana mereka menghadapi cemoohan dari orang sekitar bahkan kerabat sendiri tapi tetap teguh pendirian untuk keluarga kecilnya.

Hikmah yang dapat kupetik:
🌾 Segala sesuatu ada porsi rezeki masing-masing. Jadi jangan pernah berputus asa terhadap rahmat Allah.
💰 Menuhankan harta benda akan membuatmu jauh dari Tuhan, akan membutakan mata batin dari segala yang lebih besar dari perhiasan duniawi itu.
🌆 Jadilah sabar dan bertahan terhadap ujian hidup yang kamu jalani. Layaknya menunggu Beduk Maghrib berbunyi saat berpuasa, banyak orang yang tak sabar hingga bisa saja mereka meneguk air sebelum waktunya tanpa diketahui orang lain, dan pahala puasanya batal sudah. Tapi yang bertahan dan bersabar, akan sampai di penghujung petang dan berbuka puasa dengan bahagia.
Profile Image for Ridho Arisyadi.
27 reviews2 followers
March 31, 2023
“Menunggu Beduk Berbunyi merupakan kumpulan novelet karya Buya Hamka, yaitu Dijemput Emak dan Menunggu Beduk Berbunyi. Dari kumpulan novelet ini, salah satunya yang dapat kita makna bahwa tidak selamanya berlimpahan materi dapat menghadirkan kebahagiaan yang hakiki”. - Gema Insani (saya membaca untuk terbitan 5/2020)

Buku ini adalah rangkaian tulisan Buya Hamka yang dibukukan kembali oleh Gema Insani. Secara lahiriah, buku ini menarik untuk dibaca dalam satu perjalanan karena ukurannya yang tidak terlalu tebal dan warna sampul yang cukup mencolok. Ilustrasi sampul sebenarnya juga menarik dan senada dengan buku rangkaian tulisna Buya Hamka yang dibukukan kembali oleh Gema Insani.

Dijemput Mamak dan Menunggu Beduk Berbunyi adalah dua cerita yang tidak berhubungan. Baik secara tokoh maupun lini masa. Namun kedua memiliki satu benang merah yang sama. Buya Hamka mengkritik kaumnya. Dan kritik tersebut masih relevan hingga saat ini.

Dijemput Mamak adalah kritik Buya terhadap kebiasan keluarga besar di Minang Kabau yang telambangkan pada rumah gadang. Kebiasan yang dikritik adalah keluarga besar terlalu ikut campur terhadap kehidupan rumah tangga kecil anak kemenakannya. Dan kritik terhadap sindir-menyindir-iri-dengki yang harus kita akui masih ada di tengah kehidupan kita. Hal-hal tersebut berakhir dengan kesedihan terhadap keluarga kecil anak kemenakan. Hal yang sama yang dialami oleh Zainudin dan Hayati.

Menunggu Beduk Berbunyi adalah kritik Buya Hamka terhadap kaumnya yang suka mengucilkan seseorang dan tidak mau membuka dialog dengan orang yang berseberangan pendapat dengannya.

Untuk tulisan Buya Hamka, tidaklah pantas saya berkomentar dan berkritik. Namun saya menemukan beberapa kata dalam bahasa minang yang diserap menjadi salah dalam penulisan ini.

Bagi saya pribadi, kisah cinta Musa dan Ramah pada cerita Dijemput Mamak, jauh lebih mengiris bawang (mencurahkan air mata) dari pada kisah Zainudin - Hayati.
Profile Image for Agamtriptyline.
152 reviews
January 22, 2025
Buku ini terdiri dari 2 Cerita. Cerita pertama berjudul Dijemput Mamak. Cerita pertama ini mengisahkan seorang suami tak berharta yang sangat mencintai istrinya. Latar belakang cerita ini di Negeri Minangkabau zaman dahulu, ketika lelaki tidak perlu menghidupi anak istrinya karena anak istrinya akan dihidupi oleh mamak istrinya, namun disisi lain dia harus menghidupi keluarganya yang dari ibu karena itulah yang disebut sepersekuan, dan yang sepersukuan itulah yang disebut keluarga. Oleh karena itu, ketika ada suami yang mencintai istrinya, kemudian menghidupi anak istrinya, akan dipandang aneh dan tidak disukai karena diluar kebiasaan mayoritas. Terlebih karena si suami tidak beruang, makin menjadi-jadilah rasa tidak suka itu.

Akhirnya, oleh sang suami dibawalah istrinya pergi merantau. Meskipun mereka hidup susah dan hanya tinggal di rumah petak sewaan, mereka bahagia karena mereka merdeka. Namun karena tak kunjung pulang karena tidak ada uang, akhirnya si istri dijemput pulang oleh mamaknya.

Saya rasa, di cerita ini Buya Hamka mengkritik peran sosial lelaki di Budaya Minangkabau saat itu. Meskipun ada pepatah Minang yang berbunyi "Anak dipangku, kamanakan dibimbiang" mungkin saat itu membesarkan anak dan kemenakan sekaligus sudah tidak mungkin lagi karena semakin sulitnya mencari uang seiring perkembangan zaman.

Masyarakat Minang memang menganut paham matrilineal, namun di saat yang sama mereka juga menganut patriarki. Apabila seorang suami membantu pekerjaan rumah dan membantu mengurus anak, sang suami akan dianggap telah dilangkahi oleh istrinya sehingga membuat malu keluarga suami.

Cerita kedua berjudul sama seperti buku ini, Menunggu Beduk Berbunyi. Isinya sama seperti sinopsis. Meskipun cerita inilah yang menjadi cerita utama hingga dijadikan judul buku, saya secara pribadi lebih menyukai cerita pertama.

241229BDG
Profile Image for Muri Ummu Ainun.
145 reviews1 follower
July 5, 2023
📚 Judul : Menunggu Beduk Berbunyi
✒️ Penulis : Hamka
🖨️ Penerbit : Gema Insani
📆 Tahun : 2017
📖 Tebal : 130
🧕🏻Reviewer : Ummu Ainun
🔢 Buku ke : 50 of 100
🗓️ Total Hlm : 15.688
📝 Finish : 3 Juli 2023
⌛ F / NF : F (Sejarah)


🧩🧩🧩🧩🧩🧩🧩🧩🧩

Buku ini karangan Buya Hamka. Berisikan dua kisah. Yang sarat dengan nila-nilai agama dan adat istiadat minang kabau. Kekayaan materi bukanlah sumber utama kebahagiaan yang hakiki bagi manusia. Banyak faktor lain yang menjadi sumber kebahagiaan manusia.

Novel pendek pertama berjudul "Dijemput Mamak". Yang kedua "Menunggu Beduk Berbunyi".

Dijemput Mamak. Mengisahkan satu keluarga bernama Musa dengan istri dan anaknya yang merantau ke Medan. Dimana Musa berdagang kasur keliling. Karena dipandang tidak mampu mencukupi kebutuhan anak dan istrinya. Kerabat ninik mamak dikampung istrinya menjemputnya. Dan menyuruh meraka untuk bercerai. Padahal Musa dan Rahma istrinya saling menyayangi, bahagia walaupun mereka hidup miskin.

Kisah kedua berjudul " Menunggu Beduk Berbunyi" berkisah tentang tuan sharif yang bekerja di kantor pemerintah. Pada masa pendudukan belanda pasca kemerdekaan. Dengan alasan ekonimi dia rela menjadi pegawai Hindia Belanda. Didera konflik batin tuan Sharif merasa risau. Pada suatu hari menjelang bulan ramadhan tuan Sharif solat Jum'at dan mendengar khutbah yang membuat hatinya tergerak tentang bahaya munafik.

_"Setelah terbenam matahari di ufuk barat, bedukpun pasti berbunyi". Halaman 110_

_"Sesungguhnya di dalam hidup ini, Kita Mulai meniti Shiratul Mustaqim, jalan lurus yang kecil, yang berbatu-batu". Halamn 113_

🧩🧩🧩🧩🧩🧩🧩🧩🧩
Profile Image for Irfan Habibi.
47 reviews1 follower
January 26, 2026
Menunggu Beduk Berbunyi 🥀

Buku ini adalah buku kedua yang tuntas ku baca di tahun 2026

Karya Buya Hamka, Haji Abdul Malik Karim Amrullah ini terdiri dari dua novelet.

Pertama, berjudul "Dijempuk Mamak." Kisah seorang lelaki yang mempertahankan harga dirinya kepada keluarganya sendiri dan keluarga istrinya.

Bukan hanya itu, kisah ini juga tentang kesetian sepasang kekasih. Kekasih yang saling menguatkan sekalipun dimusuhi oleh keluarganya sendiri.

Namun, sayang yang dijaga runtuh karena dinilai tak berhasil membawa kesejahteraan bagi sang istri. Kalah oleh adat yang berlaku. Sekali pun demikian, kesetiaan yang dijaga di tanah rantaulah yang membuatnya merdeka tanpa diatur.

Kedua, berjudul "Menunggu Beduk Berbunyi." Kisah tentang seorang yang memiliki jiwa nasionalis sekalipun bekerja untuk Belanda di zaman awal kemerdekaan Indonesia.

Ia dijauhi. Dinilai hina. Dinilai melanggar sumpahnya.

Namun, ini adalah jalan yang dipilihnya karena cara bertahan dengan cara yang halal.

Ia melihat saat Republik dipegang oleh sesama republik, rakyat melarat tetapi pejabat berfoya-foya.

Ada kutipan yang menarik dari cerita ini:

"Bukankah di Republik ini tidak sedikit pengkhianat yang melebihi pengkianatanku? Siapa yang tidak tahu, bagaimana uang negara dihamburkan dengan tiada merasa bersalah untuk kepentingan sendiri, untuk kekayaan sendiri. Sedang aku sendiri hanya makan gaji yang jelas, dari usahaku uang halal. Alangkah zalimnya dunia."

*24-26 Januari 2025
Profile Image for Syawal Ameron.
202 reviews2 followers
January 23, 2023
Menunggu Beduk Berbunyi
HAMKA

Hamka tak pernah gagal menulis sesuatu dengan cukup lembut dan puitis, tak kisah sama ada berbentuk fiksyen atau bukan fiksyen.

Buku ini menghimpunkan dua cerita iaitu (1) Dijemput Mamak, (2) Menunggu Beduk Berbunyi.

(1) merupakan kisah percintaan dua darjat. Kritikan tajam hamka terhadap budaya masyarakat ketika itu yang terlalu melihat kepada adat dan luaran semata, akhirnya meruntuhkan 'masjid' yang dibina.

Hal rumahtangga jangan libatkan sesiapa, bahkan ahli keluarga sendiri. Biarlah apa yang berlaku dalam rumah diselesaikan oleh orang yang berhadapan dengan masalah tersebut.

(2) pula mengisahkan tema patriotik. Berlatarkan masa penjajahan dan awal kemerdekaan Indonesia, Hamka berjaya menzahirkan situasi seakan-akan real. Kisah Tuan Sharif yang terhimpit antara terus berjuang atau tunduk kepada Belanda.

"Sesungguhnya di dalam hidup ini, kita mulai meniti Shiratal Mustaqim, jalan lurus yang sulit, yang berbatu-batu. Memang hebat jalan kita lalui itu, hingga banyak kita yang tergelincir dan jatuh. Kalau tidak begitu tidak hidup namanya. Sekarang tuan tergelincir, tetapi Tuan sadar. Sadar itulah pangkal obat."

"Selincir ini jalan hidup. Bukan manusia kalau dia tidak pernah jatuh. Jatuh sekali adalah biasa. Yang buruk adalah jatuh dua kali pada jalan yang sama."

"Marah adalah kebiasaan banyak orang. Akan tetapi belas kasihan adalah kebiasaan orang yang utama."

#Letsاقرأ #syawalbookreview
Profile Image for Tqa Jekri.
11 reviews
August 1, 2019
#akujualakubaca #selfchallenge #bukujt

Done. Ok untuk buku kali ni ada 2 kisah di dalamnya.

Kisahnya yang pertama berkenaan, kekeluargaan. Yang mana kesungguhan suami istri dalam berusaha untuk hidup bersama walau susah senangnya perjalanan mereka. Walau hidup miskin, hanya suami istri dan anak asalkan sentiasa bersama itu sudah cukup bahgia. Namun akhirnya, tumpas dek karena campur tangan keluarga, skaligus hya kerana menjaga adat sukunya... 😭

"Oleh sebab itu, bertambahlah keteguhan kasihnya kepada kita. Terasalah olehnya apa arti kata orang tua-tua, bahawa suami itu junjungan, laksana penggalan junjungan kacang. Terasa olehnya apa arti kata orang tua-tua bahawa suami tumpangan, yakni tempat menumpang hidup dan mati, sakit dan senang"

Kisahnya kedua berkenaan, hidup seorang patriotik yg terpaksa beralih arah dr pegangannya. Bertapa dia perlu menjaga keluarga dan perut untuk terus hidup. Lalu terseksa dgn kelakuan sendiri yang menyesal membelakangi negara tercintanya hya kerana takut akan hidup melarat.

"Segelincir ini jalan hidup. Bukan manusia kalau dia tidak pernah jatuh. Jatuh sekali adalah biasa. Yang buruk adalah jatuh dua kali pada jalan yang sma"

2kisah yg begitu dekat dgn kita, yg terkandung byk pengajarannya.
Profile Image for Septia Ndari.
21 reviews
June 16, 2022
"Bukan manusia kalau dia tidak pernah jatuh. Jatuh sekali adalah biasa. Yang buruk adalah jatuh dua kali pada jalan yang sama." Hal. 115

Terdapat dua kisah di dalam buku ini.
1. Dijemput Mamak
Musa merantau bersama istrinya Ramah ke Sumatera Timur. Dalam perantauannya itu ia bekerja sebagai tukang kasur keliling. Meski hidup bahagia bersama anak dan istrinya, tetapi keluarga Ramah menganggapnya kurang layak.

2. Menunggu Beduk Berbunyi
Tuan Sharif seorang pegawai Federal merasa bersalah karena dianggap menghianati Republik. Apalah daya dirinya melihat keluarganya kekurangan makan dan hidup sengsara, tawaran pegawai federal pun diterimanya.

Pasang surutnya rumah tangga Musa dan akhirnya benar-benar harus melepaskan Ramah. Memberi sedikit gambaran adat yang berlaku pada saat itu. Kesabaran Musa menjajakan dagangannya demi keluarga kecilnya. Begitulah lika-liku berumah tangga.

Cerita Tuan Sharif dengan latar belakang penjajahan Belanda dan Jepang. Memberi gambaran suasana zaman itu. Pergantian pemerintahan memberikan dampak kepada masyarakat. Tak terkecuali keluarga Tuan Sharif sendiri, dari serba berkecukupan menjadi kekurangan. Era perjuangan memerdekaan negara dari penjajah memunculkan pandangan kelompok Federalist dan Republik.
Profile Image for Izzat Isa.
429 reviews51 followers
May 20, 2018
Sebuah buku yang menghimpunkan dua buah cerita iaitu 'Dijemput Mamak' dan 'Menungu Beduk Berbunyi.' Kedua-dua karya adalah cerita yang bertentangan antara tema, namun masih kuat dengan kritikan sosial oleh pengarang terhadap sistem masyarakat.
Pengarang masih kekal mengambarkan adat budaya Minangkabau dalam karya 'Dijemput Mamak.' Watak Musa menjadi mangsa antara cinta kepada isteri dan anak dan keluarga di pihak isterinya. Kegigihannya Musa mencari rezeki untuk menyara keluarga semasa merantau dilihat tidak bertanggungjawab daripada kaca mata pihak keluarga. Malahan, jalan penyelesaiannya ialah penceraian!
'Menunggu Beduk Berbunyi' pula memerihalkan perasaan serba-salahnya watak Tuan Sharif berhadapan dalam masyarakat ketika era Revolusi - antara tuntutan hidup dan nilai perjuangan. Malah dia tidak terlepas daripada dianggap sebagai 'pengkhianat' oleh masyarakat disekelilingnya kerana bekerja di bawah pengaruh kerajaan Belanda. Di akhir cerita, nasihat berguna daripada sahabat lama menjadi jalan berguna untuk menghadapi masa dan masyarakat semasa.
Profile Image for wina.
104 reviews1 follower
March 17, 2020
ada dua cerita di buku ini.
cerita pertama tentang (lagi-lagi) adat di Minangkabau yang Hamka protes.
cerita kedua tentang perjuangan di antara tahun 45 - 48, ternyata masa-masa itu rakyat banyak yang kelaparan ya.

beberapa halaman yang ku bookmark:
Aku lanjut berkata, "Musa, orang dulu, mereka sampai hati meninggalkan anak istrinya di kampung dan dia pergi merantau jauh-jauh. Hanya berkirim uang belanja sesekali. Yang amat dipentingkan hanya pulang pada hari baik bulan baik ialah karena hanya tidak lekat betul kepada istri dan anaknya. Dia percaya bahwa anak dan istrinya mempunya sawah ladang, mempunyai mamak dan sanak keluarga. Sebab itu, tidak dikirimi uang belanja sama sekali pun mereka akan makan jua."

Kalau dipikir iya juga ya, merantau tapi nggak bawa anak-istri terus apa gunanya mencari duit? yang mau dibahagia-in nggak ada di sisi.
Profile Image for Sukmawati ~.
82 reviews34 followers
November 13, 2018
Saya selalu suka dengan cara Buya Hamka bercerita. Menuntun pembaca pada titik cahaya (kebaikan) tanpa mendikte, tanpa menggurui. Semua terasa mengalir begitu saja.

Dalam buku ini pembaca disuguhi dua cerita berbeda. Pertama, kisah perjuangan Musa, si penjual kasur keliling, menghadapi kemelaratan hidupnya di tanah rantau serta hukum adat di kampung asalnya. Kedua, mengajak pembaca untuk kembali mengingat sejarah perjuangan bangsa dalam lakon 'Menunggu Beduk Magrib'. Sama-sama berlatarkan Pulau Sumatera di era 40an.

Sederhana, ringkas, nan bernas.
Profile Image for ami .
156 reviews20 followers
February 26, 2022
aku suka cerita yang menunggu beduk berbunyi. tentang "pengkhianat" bangsa yang terpaksa runtuhin sumpahnya karena kelaparan dan hidupnya yang susah tanpa ada habisnya. sayangnya kalau aku ngga salah inget, cerita istri dan anaknya ngga diceritain lagi. kupikir mereka ngga sampe ke medan atau gimana gitu, tapi ngga disinggung lagi sampai habis.

rasanya udah ngga perlu bahas gaya penulisan hamka yang ngga bertele-tele tapi banyak selipin kalimat-kalimat bagus. kalau kubilang, gaya bahasa hamka adalah gaya bahasa yang halus.
353 reviews15 followers
October 4, 2024
Dua novelet dalam satu naskah. Novelet pertama, Dijemput Mamak merupakan kritikan sosial terhadap kehidupan masyarakat Minang pada waktu itu. Kehidupan berumahtangga jadi sukar apabila ada campur tangan dan salah faham antara keluarga.

Novelet kedua juga tajuk pada kulit buku mengisahkan pahit getir kehidupan seorang kakitangan kerajaan apabila kerajaan bertukar pemerintahan pada zaman penjajahan. Orang atasan, sukarnya cara lain. Orang bawahan, sukarnya berbeza. Tatkala perut kosong tidak berisi, membuat sesuatu keputusan lain pertimbangannya.
Profile Image for Claausm.
13 reviews3 followers
March 2, 2025
Selalu suka dengan karya-karya Buya Hamka. Gaya penulisannya yang khas, mengangkat isu budaya, agama, dan negara selalu punya nilai tersendiri buatku.

Berlatar Indonesia di era 30an hingga 50an, Buku ini terdiri dari dua cerita, namun inti dari kedua cerita tersebut sama. Bahwa kebahagiaan tidak bisa diukur berdasarkan harta benda, dan bahwa dalam hidup ada saatnya kita harus bersabar layaknya menunggu beduk berbuka puasa berbunyi.

Profile Image for Iffah.
6 reviews
June 18, 2022
Cetakan Kedua : 1976

Tiga buah buku kecil Hamka yang berupa cerita pendek yang panjang atau novelette sederhana; Dijemput Mamaknya, Menunggu Beduk Berbunyi, dan Angkatan Baru.

“Sangka engkau semudah mencukil tahi matakah mencungkil kekurangan dan kepincangan Itu? Engkau tahu? Sebab kebanyakan orang- orang bekerja Itu adalah serupa engkau ini pula: Hamba Benda!”
Profile Image for Nurazleen  Majid.
12 reviews
July 25, 2019
" Marah adalah kebiasaan banyak orang, Akan tetapi belas kasihan adalah kebiasaan orang yang utama"


Mengandungi 2 kisah yang berbeza. 1: Dijemput mamak mengenai adat yang memecahkan rumah tangga. 2: Menunggu beduk berbunyi menceritakan pegawai yang patriotik.
Profile Image for Tri Yudha  Wijayanti .
98 reviews1 follower
May 13, 2022
Novela singkat dari Hamka yang judulnya diambil dari salah satu cerita yang khas bertema adat budaya minangkabau. Kemampuan Hamka merangkai perbandingan menunggu beduk dengan periode peralihan kemerdekaan menarik untuk dibaca sekali duduk.
Profile Image for Bimly Shafara.
39 reviews
August 3, 2018
Karya Hamka selalu penuh akan makna. Saya selalu suka gaya Hamka dalam berkisah dalam karya-karyanya.
Displaying 1 - 30 of 32 reviews