Tahukah kamu bahawa Hospital (lama) Changi di Singapura, hospital Nocton Hall di England, hospital Universitario di Honduras, hospital (lunatic) Beechworth di Australia, dan sebuah hospital yang tidak diketahui namanya di Jepun telah tersenarai sebagai 5 buah hospital paling berhantu di dunia. Malah, carian di internet mencatatkan terdapat beratus-ratus lagi hospital di dunia pernah mengalami peristiwa-peristiwa misteri serta menyeramkan.
"Makcik-makcik cleaner yang selalu jumpa dengan hantu, bang!" Itu kata-kata kakitangan hospital yang kami temui. Tapi, makcik cleaner bukannya nak tulis cerpen, kan!
Jadi, sebagai galang gantinya, kami mempelawa beberapa orang kakitangan hospital untuk menulis cerita-cerita seram yang pernah berlaku di tempat mereka bertugas. Entahkan pengalaman sebenar mereka, entahkan pengalaman makcik cleaner yang mereka tuliskan semula, entahkan fantasi mereka semata-mata... [Ed: Jenuh juga kami nak sunting tulisan mereka ni kasi elok, he he.] Pun begitu, kami tak dapat nafikan, boleh tahan seram juga cerita-cerita mereka ini.
[AMARAN: Buku ini tidak digalakkan untuk dibaca pada waktu malam. Pihak penerbit tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sekiranya amaran ini tidak dipatuhi.]
Buku yang menghimpunkan beberapa kisah seram di hospital, yang dialami oleh staf-staf hospital tersebut. Mengabungkan ramai penulis, namun sayang ada cerita yang seakan sama dan ada yang tergantung, memerlukan olahan uang lebih untuk menimbulkan mood seram. Namun, dikira dari konsep buku ini mungkin ingin menerapkan kisah pengalaman sebenar, kekurang itu mungkin boleh ditolak tepi.
Satu kelebihan buku ini, banyak term-term berkaitan medik/hospital yang dieketengahkan, secara tidak langsung memberi input baru buat pembaca.
Keselurahnya, kira okey untuk dilayan di waktu malam secara santai dan menimbulkan suasana seram sedijit sebanyak.
Pattern cerita lebih kurang je. Haha. Tapi, musykil jugak ni, hantu hospital mmg suka buat panggilan palsu ke? Hahaha satu lg, hantu hospital suka menyamar jd manusia ek?
Walaupun aku tak rasa antologi ni seram sangat, tapi just nice la. Ada yang kelakar, ada yang sedih walaupun seram sikit. Hahaha.
Memang buku ni aku baca masa bedtime. Alhamdulillah tak masuk mimpi lagi. Haha. Aku suka style studio anai-anai / sindiket sol-jah sebab buku2 publisher ni kumpulkan cerita ringkas2. Jadi, sangat sesuai untuk orang yang tak suka baca buku tebal.
Best! Aku memang suka baca cerita-cerita seram yang terutamanya cerita dan pengalaman yang dialami sendiri oleh individu tersebut. Buku ini mengumpulkan kisah-kisah seram pendek yang berlaku kepada kakitangan hospital sewaktu mereka bertugas pada syif malam. Bacaan ringan dan santai, tetapi seram juga la kalau baca pada waktu malam. Haha.
Ringkas, padat dan juga buat jejari sejuk ketika membacanya. Saya suka akan jenis penceritaan yang begini, kisah seram pendek tetapi membuat bulu roma berdiri.
Baru tahu jururawat dipanggil 'misi' pula di MY ni. Alhamdulillah satu ilmu baru.
Sebuah buku yang pastinya akan membuat saya kembali dan membacanya berulang kali. Meskipun cara penceritaan yang serba santai dan asal ada namun segala elemen seram telah berada di tempat yang sepatutnya.
Adakalanya cerita yang saya baca memaksa saya untuk berhenti sejenak sebelum menyambung pembacaan dan adakalanya membuatkan saya hampir menangis kerana berada dalam ketakutan. Tidak sangka bagaimana penulisan yang sedikit dalam buku ini mampu membuatkan imaginasi bertindak liar terhadap perkara ghaib. Masa tulis ni pun seram semacam.
Terbaik koleksi penulisan ini! Saya sangat rekomen kepada peminat kisah seram pendek. Yang nak rasa ada teman kejap di dalam ruang kosongan. Teman buku bacaan maksud saya 😁. Sebab buku ini sangat ringan dan sangat mudah untuk dibawa kemana sahaja.
ada banyak kisah dalam ni. semuanya kisah sewaktu malam di hospital. pengalaman orang katanya. hospital, biasalah kan. ada yang admit, keluar balik. ada pula yang admit lepas tu pindah rumah baru. hantu hospital ni pandai lak pilih waktu. malam, time tak ramai orang. tapikan, haa... korang yakin ke waktu malam je diorang keluar?
banyak kisah. ada seram, ada separa seram, tak seram dan paling best acah-acah seram tapi hujung jadi lawak giler! haha!! kansel nak rasa seram. kisah main-main telefon, main-main cuit. ada orang disangka hantu, hantu disangka orang. suka sebenar kisah macam ni sebab pendek dan padat. hantu pun tak sempat nak mengilai-ngilai leret kain. hehe.. tak meleretla maksudnya.. tahniah buat semua yang terlibat. dan moga teruskan terbit naskah sebegini sebab ramai pembaca beralih suka baca kisah kedoktoran/hospital/sakit-rawatan sebegini dan kepelbagaian dalam mengolah mampu menarik minat pembaca.
STM menyajikan kisah-kisah dan pengalaman di hospital yang merinding bulu tengkuk. Nasib baik tak keja kat hospital. Cuaknya on duty belah malam. Huhuhu...
This is my 3rd read for year 2023. After ages, I am reading a horror novel. The cover is really cool . I wanted to get this book as I m collecting books related to my career . The stories are interesting and the wiriting is simple. Being a horror fan, I wouldn't say the stories are so scary but still good. There's a quote saying "don't judge a book by it's cover". This is a horror book but there's so many tjings to learn about hospital and how the system works . I learnt many new terms related to medical and hospital. There was a page just for medical terms and the meaning . Honestly, please write more interesting books like this.
Mostly cerita agak klise dan dah macam cerita teladan yang diulang2 cuma latar belakang diolah. Cerita pertama yang dikarang oleh doktor tu aku macam 'What....?" Lepas tu macam okaylah kisah seram yang clinical instructor alami. Feel seram tu ada. Tapi secara keseluruhan, buku ni tak berapa nak seram mungkin sebab gaya bahasa pun agak flat macam baby kat labour room tu. Anyway, good attempt. Cuma agak impressed dengan hantu yang mengusik kat LR tu sebab pandai refer case haha
Ada banyak kisah seram yang terkandung dalam buku ini, yang mana adalah kontribusi dari beberapa orang nurses. Kisah-kisah seram yang dipaparkan adalah sangat menyeramkan and I wouldnt recommend it to people who are hospitalised.. that's how scary the stories are. hehe.
Other than that, the book is quite good. it is very small and ringan that I carry it in my handbag all the time so that I could read it every time I have a free time.
Merupakan himpunan kisah-kisah seram yang diceritakan semula oleh warga kerja hospital, dari doktor hinggalah pembantu perawatan kesihatan. Dari suara panggilan tiada berupa, kelibat yang intai kami antara nampak, ‘prank call’ dan banyak lagi. Yang pastinya, bagi yang lemah semangat jangan baca buku ini pada waktu malam ya?
Buku ni adalah himpunan cerita-cerita seram dari orang-orang yang bekerja sebelah malam di hospital. Cerita-cerita memang menyeramkan dan menyeronokkan untuk dibaca cuma agak banyak typo. Sambil jadi sambal, menerangi jadi menarangi ,ada juga info tak konsisten, dan ada juga ayat yang diulang-ulang. Tapi keseluruhan buku ni best!!
Himpunan cerita seram yang terjadi kepada petugas di hospital terutamanya kepada jururawat dan pembantu perubatan dimuatkan ke dalam naskhah ini. Pelbagai kisah seram dan mistik ini digarap dengan unsur suspen dan cemas bakal membuatkan pembaca rasa berdebar apabila membaca naskhah ini. Cubalah membacanya !
Bukunya santau, eh santai. Banyak kisah yang aku mahu tahu lebih lanjut dan teruja mahu mengikut pengakhirannya dibina satu dinding tebal yang tertepek satu papan tanda, "MAAF, SAMPAI SINI SAJA CERITA INI". Hampa.
Ada kisah yang aku rasa seperti buang masa, ada yang tiada penghujung, ada yang baik.