Pemikir besar ini menulis dalam bahasa Arab dan Perancis khususnya dalam topik al-Quran (tafsir dan pemikiran al-Quran), falsafah moral dan isu-isu pemikiran Islam. Dalam banyak karangannya, terdapat empat buah yang paling menonjol iaitu Dustur al-Akhlaq fi al-Quran (La Morale du Koran, iaitu PhDnya di Universiti Sorbonne), al-Naba' al-'Azim, al-Din (buku sederhana tapi padat tentang sejarah agama) dan Madkhal Ila al-Quran al-Karim (Initiation du Koran - kajian sekunder beliau untuk PhDnya).
Buku al-Naba' al-'Azim dinobat sebagai antara yang penting khasnya pada abad ke-20. Menurut tokoh tafsir dan balaghah bumi Sham yang juga murid Diraz iaitu al-'Allamah Fadhl Hasan Abbas rahimahullah (1932-2011), Muhammad Diraz merupakan salah seorang tokoh penting dalam sumbangan terhadap ilmu al-Quran pada abad ke-20 dan buku al-Naba' al-'Azim ialah "antara buku terbaik dan paling mendalam dalam bab I'jaz al-Quran." (Lihat Fadhl Hasan Abbas, I'jaz al-Quran al-Karim).
Buku yang mempunyai hujah dan mesej yang bagus dan memberi kefahaman yang jelas tentang struktur Al-Quran. Sesiapa yang dapat kefahaman ini pasti akan melihat/membaca Al-Quran dengan pandangan yang berbeza.
Tapi dari sudut penterjemahan, banyak boleh diperbaiki lagi. Saya perasan buku ini ingin mengekalkan struktur ayat bahasa arab dalam penterjemahannya seperti kebanyakan karya-karya alih bahasa Arab-Melayu yang lain which saya suka kerana lebih dekat dgn kefahaman sebenar penulis. Tapi sepatutnya penterjemah/editor perlu semak balik penggunaan perkataan, struktur ayat dan tatabahasa yang setengahnya tunggang-langgang dan redundant hinggakan susah difahami, sampaikan saya terpaksa jadikan english version The Quran: an Internal Challenge sebagai companion.