Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pilihan Hati Mr. Millionaire

Rate this book
TENGKU DENNIS… bagai bulan jatuh ke riba. Begitulah perumpamaan bagi kehadiran lelaki itu dalam hidup Lisa. Kedudukan dan kemewahan yang dimiliki lelaki itu telah mengubah kehidupan Lisa sepenuhnya bagaikan malam yang diganti siang. Atas bawah kiri kanan dihiasi dengan kemewahan sehinggakan Lisa turut hanyut dalam dunia yang dicipta oleh lelaki itu. LISA… apa lah sangat perempuan kampung tu, buat enjoy waktu muda ni ok lah. Begitulah niat yang disimpan oleh Tengku Dennis terhadap Lisa pada awalnya. Tapi, kuat mana je hati jantan dia tu? Lama kelamaan jadi berat pulak hati tu nak melepaskan perempuan kampung itu dari hidupnya.

“Awak tipu! Saya tau awak yang ambik. Kalau bukan awak siapa lagi? Tengah-tengah laut pula tu. Takkanlah ada pencuri. Saya tau saya belajar tak tinggi tapi saya tak bodoh tau. Bak balik!” – Lisa

“La… sedar diri rupanya. Ingatkan tak sedar diri. Tapi tak apa, belajar tak tinggi pun boleh pakai branded jugak kan?” – Tengku Dennis

Mr. Millionaire dan gadis kampung… datang dari dua dunia yang berbeza, lahir dari jalan cerita yang tak sama. Ini kisah kehidupan mereka yang hanyut bersama melayari lautan kemewahan dunia sehingga mereka menemui salah satu tujuan sebenar dalam sebuah kehidupan.

752 pages, Paperback

First published January 1, 2018

20 people are currently reading
192 people want to read

About the author

Fara Hana

15 books21 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
50 (50%)
4 stars
24 (24%)
3 stars
18 (18%)
2 stars
3 (3%)
1 star
5 (5%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
Profile Image for Miz_Yanie.
105 reviews2 followers
October 22, 2018
This novel is Superb!!! Super Awesome!! Just imagine, baru aje dpt novel hari ni dari Franzee Novelist terus baca. The moment start baca, tak boleh nak stop!!! Konon nak paksa diri ni stop baca, tido & sambung esok... 🤣 Tebal wei novel ni tapi, tetap Gigih nak abiskan baca jgk!! LOVE IT!! Rasanya about 6-7hrs kot me finish reading it 😅

Pls jgn marah kalau review kali ni TERlebih panjang dari biasa cos seriously this novel is really Ohsem!! ❤️❤️ Bila type2, tak toleh kiri kanan nak stop 🤭

Nur Melissa (Lisa) gadis kampung, yg bekerja di kilang duduk bersama neneknya yg lumpuh, Pak Mat, bpk saudaranya, isteri Pak Mat, Mak Nab & anak tunggal mereka Maria selepas kematian ibu bapanya. Perit sungguh hidup Lisa tanpa org tuanya di sisi. Pak Mat kaki judi. Selalu aje mintak Lisa duit. Kalau tk dpt, teruk lebam2 Lisa kena dengan Pak Mat. Lisa rela dirinya menjadi tempat amukan Pak Mat tapi Lisa tk rela kalau nenek kesayangannya diseksa. Pernah sekali tu, Pak Mat naik angin, nenek langsung tk diberi makanan & not even a sip of water. 😑 Mak Nab, nama aje menantu sulung... langsung tk endahkan nenek yg sakit tu. Maria... lagi tak boleh pakai!

Tengku Dennis Farrel (Denz) Jutawan muda. Hotel Emperor milik Tengku Dennis. Kerja, kemewahan & kemenangan sudah sebati dengan diri Tengku Dennis tapi Tengku Dennis ni jenis yg “suka memburu”... Bukan “diburu”. Paling dia tk suka bila perempuan cuba nk dekatkan diri dengan dirinya...Rimas!!

Nenek Lisa meninggal dunia. Nenek dah tak ada... Lisa dah tk ada tempat nak bermanja, Lisa da tak ada ape2 lagi. Hari yg nenek meninggal, saat sekujur tubuh terbaring kaku di atas lantai rumah tamu, saat tu jgk Mak Mab menghalau Lisa keluar dari rumah depan org ramai 🙄Pada Mak Nab, nenek Lisa da tak ada lagi kan, jadi tk ada sebab Lisa perlu terus duduk di rumah itu. Mmg tak sangkakan, tergamak Mak Nad menghalau anak saudaranya sendiri.

Tengku Dennis & Lisa “bertemu” in 1 small accident di kampung Lisa. Dennis gelarkan Lisa Org Gila, yg ketika itu dengan baju lusuh, kain batik, rambut serabai...Lisa boleh pulak gelarkan Tengku Dennis Pondan 😆 Mereka berteme kembali di KL. Bagaimana & macam mana bertemu kembali... korang baca k.

Saat berjumpa, Lisa & Tengku Dennis ni asyik nak berperang mulut aje. Seronok baca. Lisa ni awal2 ingatkan Tengku Dennis ni Tauke Dadah! Sampailah Adam & Bob, bodyguard Tengku Dennis ceritakan serba sedikit siapa sebenarnya Tengku Dennis ni.

Lisa yg kadang2 berani melawannya, membuatkan Tengku Dennis sedikit tertarik. Kejap Lisa nampak berani, kejap takut... Disebabkan sikap Lisa tk seperti perempuan lain itulah yg membuatkan Tengku Dennis tk kisah untuk Jaga gadis itu.

Tapi siapa Lisa ni sebenarnya Tengku Dennis belum tahu. Dia mengagak yg Lisa tipu dia supaya Lisa dpt dekatkan dirinya dengan beliau. Well, dia akan siasat siapa Lisa sebenarnya but at the same time, Tengku Dennis rasa agak pelik... Lisa seorang yg menjaga solatnya tapi masih berani tinggal sebilik dengannya di hotel dia. Lisa, gadis misteri... gadis yg bergantung harap & percayakan Tengku Dennis... as tho, Lisa ni sebatang kara.

Duduk sebilik dlm bilik hotel, pasti akan jadi gossip kan. Yup, hal ini diketahui mama oopppss, mama tiri Tengku Dennis. Waktu Dennis tak ada dlm bilik hotel, mamanya dtg serang Lisa. Nasib baik Tengku Dennis patah balik ke bilik sebab tertinggal hp.

“Aku tk campur hal kau, jadi sila kau jgn campur hal urusan hidup aku. Kau ingat kau mulia sgt? Kau ingat kau bagus sgt? Kalau kau bagus, kau pun takkan bela jantan kat belakang papa aku. Kau ingat sikit kat mana papa kutip kau. Segala perlakuan kau belakang papa aku, aku dah tahu. Kalau kau nak kekal lama dlm keluarga aku, baik kau jgn masuk campur hal urusan aku. Aku boleh buat kau merempat...!!!”

Lisa sekarang duduk di Penthouse Tengku Dennis. Da sebulan di sana. Lisa da berfinir panjang, she has to go & mulakan hidup baru. Sampai bila dia harus bergantung pada Tengku Dennis? Mmg Tengku Dennis tk pernah mengungkit, but who knows...one day. Lisa jgk mengesyaki ada sesuatu tentang Tengku Dennis yg dia sendiri tk tahu. Bila keluar makan dengan Tengku Dennis, ramai yg menegur dia apabila berselisih, seolah2 satu KL kenal siapa Tengku Dennis.

Pendekkan cerita, something happen, well actually something that Lisa say that makes Tengku Dennis so angry!! Da nak dekat tengah malam, Lisa disuruh turun dari kereta... ditinggalnya Lisa tengah2 jln mcm tu aje. Nasib baik ada Ain. Siapa Ain? Pekerja di Hotel Emperor. Mcm mana Lisa kenal Ain? Read n u will know....

Almost 1week Lisa duduk dengan Ain. Lisa sedar yg selama ni Lisa menumpang dengan Tengku Dennis. Mungkin da sampai masanya untuk Lisa berdikari. Lisa mula bekerja di di bahagian housekeeping di hotel Emperor without Tengku Dennis knowledge. Kalau boleh Lisa tk mahu Tengku Dennis dpt tau. Mana lagi Lisa boleh kerja... Belajar pun setakat SPM aje.

Dah nama pun kerja di Hotel Tengku Dennis kan...mana Lisa nak sembunyi? Sekejap aje kot Tengku dpt tahu. Tengku Dennis suruh Lisa balik semulua ke rumah. She tkmu... yelah, Tengku Dennis yg tinggalkan dia tengah2 jln kan.... But Tengku Dennis tkkan give up. Ingat senang2 ke Tengku Dennis nak lepaskan Lisa pergi 🤨

Makin lama Lisa makin curiga dengan Tengku Dennis. Makin bangak rahsia. Lisa dibawa ke pulau oleh Tengku Dennis, siap ada 6 bodyguard semua ada senapang. Sape tk gerun wei. Pulau tu pulak tersembunyi. Lisa ni mabuk laut, nasib Tengku Dennis ada ubat. Later part, again she rasa tk sedap badan. Masa tu Tengku Dennis tkde. Tapi Lisa nampak pil yg dia fikirkan pil sama yg dia makan siang tadi... But nope!! Bcos of that wrong pil, apa yg Lisa jaga selama ni semuanya hilang sekelip mata!! Dan... dia menyalahkan Tengku Dennis.

He cuba nak elak dari Lisa, sebab dia tau betapa naifnya Lisa, Tengku Dennis tk sanggup nak rosakkan gadis itu since he dont even love her...yup, dia yakin dia tk cintakan Lisa. Makin nak elak, lain pulak yg terjadi. Bukan kuat mana imannya nak menolak.... dah digoda wei 😬

“Kau tk payah nak menangis, anggap saja kau balas budi aku. So, consider langsai ye sayang...By the way, thanks for your service last night....”

“Kau tk perlu susah hati, aku akan jaga kau. Aku akan bertanggung jawab. Kau tinggal dengan aku selama mana yg kau nak, aku akan jaga kau... Kau jgn risau”

Tengku Dennis “melamar” Lisa tapi bukan untuk kahwin & jadikan Lisa isterinya tapi... 😑
Ape pilihan yg Lisa ada? Dia sudah terperangkap dan dia akan pastikan Tengku Dennis bertanggung jawab.

Pertama kali Tengku Dennis tampar Lisa bila dia terima few pictures of her dengan Mikail, musuh utama Tengku Dennis. Lisa tk berapa kenal pun Mikail ni tapi Mikail yg beria2 nak rapatkan diri dengan Lisa. Tengku Dennis salah faham, and sebab itu, teruk Lisa ditampar2. Tapi yg Tengku Dennis nak marahkan Lisa rapat dengan Mikail kenapa? Jeles?? 🤔

“Kau mmg pompuan tak guna. Belakang aku berani kau main jantan lain. Aku bagi makan, aku kutip kau tapi kalau da dadar perempuan kampung tak sedar diri, buat baik mcm mana oun trtap tk sedar diri jgk!! Ini pengajaran untuk pompuan mcm kau. Biar lain kau sedar diri tu sikit. Aku nak ingatkan kau Lisa, sampai mati pun kau hak aku. Dan aku tak akan sesekali lepaskan kau terutama sekali pada jantan keparat tu...”

Siapa Mikail sebenarnya? Kenapa Tengku Dennis bermusuh dengannya? Walaupun Tengku Dennis garang, baran tapi sesungguhnya dialah tempat untuk Lisa bergantung.

Ada sesuatu dlm hati Tengku Dennis untuk Lisa. Cuma lelaki itu terlalu ego untuk mengaku. Kalau tk ada rasa dlm hati mana mungkin Tengku Dennis membenarkan Lisa tinggal dirumahnya, siap nk carikan Bodyguard pula. Kalau tk suka, tk ada maknanya nk jaga si Lisa tu sampai mcm tu sekali.

Maria, sepupu Lisa yg tak guna tu... ada aje yg dia tk hepi ngan Lisa. Pantang nampak Lisa hepi...ada ler rancangan Maria nak jahanam kan Lisa. She will do anything untuk pisahkan Lisa & Tengku Dennis. Yg pasti, Lisa tak boleh lebih dari dia.

Tengku Dennis diserang org2 bersenjatakan pedang samurai & parang...teruk... almost 2 weeks Tengku Dennis tk sedarkan diri. Siapa yg serang Tengku Dennis? Yg sedihnya, all this happen depan mata Lisa sendiri. Lula yg dialami Tengku Dennis is so bad sampai dikenakan beratus jahitan. Dengan keadaan Tengku Dennis masih tk sedarkan diri, Lisa pregant! Mengandung anak luar nikah... siapa yg nak??

Makin terperanjat Lisa bila dpt tahu yg serang Tengku Dennis tu sebenarnya Mikail. Kenapa Mikail serang?? Hampir hilang nyawa Tengku Dennis dibuatnya. Lisa pun degil, waktu diserang tu Tengku Dennis da suruh larikam diri without looking back, tapi Lisa tetap ada di situ. Tak akan berganjak tanpa Tengku Dennis ikut sekali. Mujur bodyguard Tengku Dennis dtg tetap pada waktunya.

Panjang umur Tengku Dennis. Tau2 sedar aje he get to know yg Lisa pregnant. Patut ler bodyguard dia bagitahu Papa dia yg dia ngan Lisa da kahwin... Lisa pregnant rupanya.

“Aku bagi kau 2 pilihan, Gugurkan atau kau lahirkan dan BENDA tu kita bagi kat keluarga angkat... Aku tknak BENDA tu...”

“Kita kahwin, demi anak ni. Lepas dia lahir, kalau awak nak ceraikan saya pun awak ceraikan. Saya hanya nak anak ni ada bapa, nanti kalau dia lahir dengan siapa dia nak berbinkan? Sedangkan awak sendiri tahu, awak mmg bapa dia. Tolonglah... saya tk pernah mintak ape2 dari awak, tapi kali ni tolong tunaikan permintaan saya... sekali ni aje...” 😢

Yup, they do get married but Tengku Dennis dlm diam suruh bodyguardnya cari keluarga angkat sebelum Lisa lahirkan benda tu. Hal ini TERdengar oleh Lisa.

“Aku tk pernah menyesal kenal kau tapi aku menyesal jadi isteri kepada binatang mcm kau yg sanggup buang anak sendiri. Aku menyesal Dennis!! Kalau aku tahu kau sekejam ni, aku lebih rela anak ni lahir tanpa bapa... Kau benci sgt anak ni kan? Kau benci kan? Kau jgn risau, lepas aku lahirkan dia, aku akan bawa dia pergi. Kau tk perlu lihat muka kami lagi. Tapi satu permintaan aku, izinkan aku berbinti atau berbinkan nama anak ni dengan nama kau sebab darah yg mengalir dlm tubuhnya darah kau...” 😭

Selepas kejadian tu, perangai Lisa berubah 100%. Jadi senyap, diam, asyik ngan dunia dia sendiri. Kebisuan Lisa agak mencabar kesabaran Tengku Dennis tapi dia tersepit dengan rasa bersalah yg mencengkam jiwa & perasaannya.

Tengku Dennis pun berubah. Tidak ada lagi “Aku” “Kau”.... kini Tengku Dennis bahasakan dirinya “Abang” tapi langsung tk terkesan pun dengan Lisa.

“Abang? Jijik aku nk panggil manusia hati binatang mcm kau ni Abang. Jijik! Perangai kau lebih hina dari segalanya.”

“Mulai mlm ni, saya... Tengku Dennis Farrel Tengku Darwish dengan sepenuh hati menerima Nur Melissa Azhar sebagai isteri. Hanya maut yg akan memisahkan kita. Abang buta selama ni, buta dlm menilai kenaikan Lisa. Abang da buatkan Lisa terjebak dlm kehidupan abang sedang Lisa boleh dpt kehidupan yg lebih baik. Tapi abang janji satu hari nanti abang akan bagi Lisa kehidupan yg sempurna. Abang harap alisa beri abang masa untuk menerima baby ni... Abang perlukan masa...” 😭

Hati isteri mana tak tersentuhkan....

Sekali lagi Tengku Dennis diuji. Dpn dia Darius rebah selepas kena beberapa das tembakan. Kosong seketika minda Tengku Dennis. Terus teringatkan ape yg menimpa kepada Darina.

Tengku Dennis menyalahkan Lisa atas ape yg terjadi dengan Darius. Ape salah Lisa? Tengku Dennis terlepas ckp mengatakan yg Lisa ni pembawa malang. Pergaduhan kecil terjadi antara mereka. Hampir saja Tengku Dennis nak tampar Lisa lagi... tapi Tengku Dennis terus berlalu pergi. Ntah mana silap Lisa, dia tersandung & tubuhnya melayang jatuh.

Baby boy. Mujur baby selamat & sihat... tapi, Disebabkan kecederaan pasa kepala Lisa, satu pembedahan dijalankan untuk mengeluarkan darah beku dlm kepalanya. Lisa koma. Kalau dlm masa 70jam Lisa tk sedarkan diri, bermakna Lisa akan jadi sebegitu selama-lamanya.

Mahalnya harga sebuah keinsafan untuk lelaki yg bernama Tengku Dennis Farrel. Kehilangan demi kehilangan berlaku dlm hidupnya... Kini diuji lagi dengan keadaan isterinya yg masih tk sedarkan diri.

- Agak2 korang Lisa sedarkan diri tk?
- Baby boy tu, Tengku Dennis jaga atau dia serahkan pada keluarga angkat seperti mana yg he ever plan before?
- Siapa Darius & Darina?
- Maria... masih ke ada niatnya nak hancurkan kebahagiaan Lisa??
- Mak Nab & Pat Mat ape jadi dengan mereka?
- Mikail. Kemana dia hilangkan diri? Kenapa dia serang Tengku Dennis? Ape permusuhan Mikail & Tengku Dennis sebenarnya?
- Ape pekerjaan Tengku Dennis sebenarnya sehinggakan 1 Kuala Lumpur kenal & takutkannya...

Semuanya terjawab dlm #PilihanHatiMrMillionaire Farahana Farah

Sape yg tkde novel ni, Pls cari and beli!! But kan, terpulang pada citarasa masing2 jgk... For me, I LOVE IT. Mcm2 rasa bila baca novel ni. Sweet, kelakar, geram, sedih, bingit, sakit hati... All I can say, U wont Regret having this novel. A Must...Must Have Novel!! 🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Profile Image for Mslvoe.
2,041 reviews197 followers
May 8, 2021
Berat jugak nak letak berapa bintang. Dari semalam dok pikir².

Scene masuk dalam kereta selepas dikejar dengan perompak. Pelik bmw tak lock pintu. Setahu saya, sekarang kereta semua ada autolock. Kereta start jalan automatic lock nak² kereta mewah.

Scene softporn itu takyahlah lebih² 🙈 nasib baiklah tak banyak memang selak² je bila bab itu.

Tertarik dengan sikap Darius tapi sayang wataknya dimatikan cepat. Kalau Tengku Dennis terduduk menangis pada saat Darius kena tembak, F jua speechless. Alaaaaa baru nak rasa best baca watak adik.

F akui jalan cerita dia agak sukar kita nak-letak-buku sebab Tengku Dennis ini cam puzzle. Nak tahulah jugak endingnya itu gigih baca.

Ending tersentuh jugaklah hati sampai Tengku Dennis sanggup melutut.
Profile Image for Alieya Husna.
28 reviews2 followers
June 5, 2021
I just dont think the book suits me but I finish it anyways .

if u love watpad story , this book is for you .

im letting go the book for rm24 kindly contact kalau berminat :)

https://wa.me/60123001592
Profile Image for Lynn Nina.
8 reviews
May 25, 2018
Suka sgt dgn novel nie...💚💚💚💚💚
Profile Image for Mystical Creature.
20 reviews6 followers
July 21, 2018
Cerita ni tersangat lah mbuaikan jiwa tapi macam hampir sama sikit2 dengan novel acik lana je aku bukan mistress..
Profile Image for Puteri Nurcahaya.
160 reviews12 followers
July 14, 2018
Org kaya , but well..i dont know.. So many bodyguards, but still...selalu sangat kena serang....adoi....😅😅😅😅😅
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
August 30, 2022
[BOOK 178]

Pilihan Hati Mr Millionaire by Fara Hana.
.

Ni buku pertama penulis yang aku baca.
.

Mungkin kalau aku baca buku ni waktu aku early 20s, mungkin aku akan suka giler sebab cerita ala fairytale. Perempuan miskin jumpa lelaki kaya, then live happily forever. Walaupun, in between tu, perangai hero menyakitkan hati, tapi heroin sabar je.
.

Tapi disebabkan faktor usia sekarang, sesungguhnya aku tak berapa suka dengan karakter Tengku Dennis dan Lisa ni. Sebab bagi aku, karakternya tidak matang.
.

Lisa, si yatim piatu ni keluar dari kampung setelah kematian neneknya, sebab dia dihalau oleh makciknya. Dan sewaktu melarikan diri daripada perompak, dia ter'masuk' dalam kereta Tengku Dennis. Dan sejak itu, mereka tinggal bersama.
.

Watak Dennis tu memang (bagi aku) jahat la. Bos dadah tu. Aku ni sampai harap sangat dia masuk lokap sebab kerja duk proses dadah tu semua. hahahaha
.

Watak Lisa pulak, sangat mengecewakan aku. Aku sampaikan terpaksa keep reminding myself yang Lisa ni baru 20 tahun. Sebab tu, dia macam tu. Lisa ni memang tidak bertudung. Tapi dia menjaga solat dan berani menegur Dennis untuk solat. Tapi aku kecewa bila dia tinggal serumah dengan Dennis. Bila dia dah 'bersama' Dennis, dia sebenarnya ada pilihan untuk keluar dari hidup macam tu, tapi dia memilih untuk bersama Dennis. Lepas tu, Lisa duk pakai pakaian seksi seksa tu.
.

Aku duk terfikir, macam mana agaknya penulis akan kahwinkan dorang ni. Okaylah. Lain dari kebiasaan la jugak. Sebab aku mula-mula ingatkan dorang kahwin sebab dorang dah terlanjur, tapi bukan. Ada sebab lain lagi yang mendorong mereka untuk kahwin.
.

Overall, ceritanya okay je.
4 reviews
January 7, 2022
storyline okay,gaya penulisan pun okay,tapi ada tak suka sikit dengan cerita ni sebab membawa pasal "terlanjur"
btw tak expect gila cerita ni banyak pasal orang yang di sayang pergi seperti darina,darius,parents lisa,mak nab,pak mat dan nenek lisa,tapi bagi aku best je cerita ni cuma kesianlah dekat darius haih,apa apa pun dont judge a book by its cover,buku ni bukan seindah cover dia,boleh beli untuk tahu pasal cerita ni.thnks fara hana,rasa nya ini buku pertama beliau dan dapat memikat hati aku,cuma satu je aku memang tak suka cerita ada kaitan dengan "terlanjur" atau bahasa kasarnya rog*l itu sahaja,terima kasih!!💗♥️❤️
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Qamarina.
41 reviews5 followers
July 29, 2019
cerita menarik... ada part yang rasa meluat sgt sikap dengan Dennis n some part rasa tk senang dengan keadaan Lisa yang hanya menurut sahaja apa yg Dennis lakukan pada dia.. Lisa terlalu lurus sangat.. overall novel ni berjaya menarik minat untuk dibaca.. well done Miss Author..
Profile Image for ZK.
337 reviews11 followers
January 17, 2020
Ingatkan cerita ringan rupanya agak berat jugak.
Profile Image for シティ.
264 reviews
Read
May 11, 2020
Bacaan Santai dipinjam dari Perpustakaan Komuniti UTC Keramat Mall.

Dialog/nukilan yang menarik...
17 reviews1 follower
November 13, 2021
SUKA SANGAT, tak pernah tak best hehe. Suka sangat dengan gaya penulisan dan storyline.
54 reviews
May 20, 2022
Dah lama baca 1+ year ago. But i still remember the storyline. Love love this book. Tengku Dennis, dlm bengisnya ada sweetnya. 💙💙💙Recommended 👍👍
Profile Image for Tuan.
23 reviews
June 17, 2019
.
Kemewahan, Harta, dan Wang Ringgit tak menjanjikan apa-apa. Saya setuju!! Tapi.. untuk kelangsungan hidup, semua itu perlu. Jika hanya sekadar cinta, kasih dan sayang, maaf ye.. Pasaraya tak terima semua tu, cashier dekat kaunter hanya akan tanya "Tunai atau Debit, Cik?" 😂😅😂
.
Dalam dunia ni, everything has it's price. Untuk bergelar #PilihanHatiMrMillionaire, terlalu banyak yang harus Lisa korbankan. Atas faktor desakan hidup dan status diri, maka terperangkaplah dia dalam kehidupan yang seperti itu. Jujur, Lisa tak rela, namun apa pilihan yang dia ada?? Segala perasaan yang Lisa rasa, dia simpan kemas sendiri dalam lubuk hati.
.
Hidup bergelumang dosa, atas alasan dia punya segalanya. Bisnes on demands, dan menjanjikan pulangan yang lumayan. Mr Millionaire Tengku Dennis, dia seronok dengan kehidupan yang dijalani. Luaran, dia nampak bahagia. Namun dalaman, tak siapa tahu. Ada beban yang Tengku Dennis tanggung sendiri.
.
Kehadiran Lisa dalam hidup Tengku Dennis seakan melengkapkan sebuah kehidupan. Kehidupan yang sebagaimana?? Silalah baca sendiri.
I bukan Freelance Storyteller, 😁😉😁.
.
Apapun #PHMM by Farahana Farah seronok untuk dibaca. Ada mesej yang ingin penulis sampaikan. For me, simple saja. Dalam apa hal sekalipun, Never Judge!! Jangan pernah menilai seseorang, kerana kita tak tahu Jalan yang seperti apa, Cabaran yang sebagai mana dan Ujian yang sesulit apa yang harus dia tempuh dalam meneruskan perjalanan hidupnya. Dan ingatlah bahawa tak semua Pendosa itu ke Neraka, dan tak semua Ahli Ibadah itu ke Syurga. Setiap dari kita berhak untuk diberikan peluang dan ruang. Boleh jadi hari ini kita begini, namun hari esok siapa tahu kita boleh jadi begitu.
Jadi, husnuzon selalu ye..
✌😊✌
.
#PilihanHatiMrMillionaire
#FaraHana
#SuaraHatiPublication
#BooksReview
#ByH2dA2dN2dI
.
Displaying 1 - 18 of 18 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.