Aleeya Qistina, mengambil keputusan untuk bunuh diri dan terjun di atas tebing nan tinggi, sebagai protes terhadap cintanya yang kecundang. Namun, dia gagal kerana ada sesuatu yang menggangunya saat itu. Apakah yang menggangunya dan kisah disebaliknya? . Dia mengambil keputusan untuk murtad dari agama Islam, dan mula hidup di dalam budaya orang-orang barat. Suatu ketika, dia mengambil keputusan untuk menjadikan kelab malam dan disko sebagai kiblatnya. . Malam pertama dia mengunjunginya, dia disapa oleh seorang lelaki yang penuh tatoo dibadan, subang ditelinga, dihidung dan kelihatannya tak ubah seperti gengster kelab malam. . Dia dipelawa minum arak bersamanya. Pada mulanya Aleeya Qistina menolak, namun setelah dia dicabar,dia menyahut cabaran itu. . . Sewaktu arak sedang diteguk,tiba-tiba dia ditegur sang lelaki tadi. . “Cuba kau lihat, air apa yang kau minum?” . Alangkah terkejutnya dia, rupanya dia sedang minum air najis dan nanah yang busuk. Gelas tadi terus terhempas ke tanah. Alangkah bertambah kaget, Dia melihat suasana di kelab malam tadi berubah . . Banyak makhluk bertanduk, huduh, mengerikan sedang menjilat makanan disitu yang telah bertukar menjadi najis serta merta. Semua orang masih leka menari, tapi wajah mereka sangat buruk. Aleeya Qistina terus takut. . Dan apa yang anehnya, lelaki tadi tidak ada sedikitpun perasaan takut dan pelik, seolah-olah dia mengetahui apa yang dilihatnya. . Soalan pertama dia ajukan, kau kenal ke siapa diri kau? Berlakulah dialog dan pesan yang diluar jangkaan. . Siapakah lelaki itu? Bagaimana situasi yang dia dan lelaki tadi lalui di dalam disko tadi? Dia bukan bermimpi atau pengsan, tetapi adakah hijabnya dibuka oleh Allah?. . . “Eh, kenapa dah lama kak tak balik?” ” Ha? Aku tak pernah pun sampai sini?, macamana mereka Begitu mengenaliku?”Apakah dimensi duo masa yang Qistina lalui? Apakah dia mendahului terowong masa depannya?
Adakah saya menyesal membaca buku ini? Semestinya tidak. Buku ini sendiri memberi pengajaran dan nilai keIslaman yang bagus buat pembaca. Sedikit sebanyak tercuit di hati rasa keinsafan itu.
Tetapi...
Bila bercakap pasal buku HF, memang TIDAK SAH kalau tak komen pasal kerja 'edit-edit' ini. Pertama sekali, saya cek dulu adakah editornya masih penulis juga? Oh, sudah orang lain. Tapi... Kesalahan ejaan, tanda baca masih juga di tahap yang sama. Malas dah nak komen lebih-lebih. Kena faham ye, terlalu banyak kesalahan ejaan dan tanda baca mampu memberi kesan pada mood membaca. Sekian.
- Buku yang ke empat oleh Hadi Fayyadh dan yang paling latest.
- Overall, aku too struggle untuk baca buku ni sebab ada part yang aku kurang faham and take time untuk faham.
- Tapi, input tu tetap ada, yang mana buku kali ni gambaran tentang Neraka. Nak tahu macam mana gambaran tu kena baca buku ni. Tapi yang sebenar memang lagi dahsyat kan.
- Buku-buku Hadi Fayyadh memang mendatangkan keinsafan termasuk buku ni. Kadang tu kalau tengah baca tetiba terfikir ada tak aku buat benda-benda salah macam ni which secara tak langsung aku terfikir salah yang aku buat.
- Oh ya, buku ni aku pinjam dari adik aku yang suka sangat beli buku Hadi Fayyadh ni. Thank you adik.
Take me few days to finished up this book. Menceritakan gambaran neraka menggunaan teknik dimensi masa. Baca buku ni buat aku termenung banyak sebab fikir kelogikan setiap rentetan peristiwa yang berlaku. Seriously bila habis baca satu2 part buku ni buat kau terbayang2 dan kadang xboleh tidur. Ni lah yg menyebabkan aku ambik masa untuk habiskan."
Habis baca buku ni dalam masa dua hari. A really good book to remind us about Neraka. Ini adalah buku pertama daripada penulis yang aku baca.
Konsep buku ini dengan menceritakan satu kisah dan dikaitkan dengan apa yang tersirat membuka mata, fikiran dan hati. Ditambah pula dengan kejadian yang berlaku di Neraka atas dosa-dosa kita, sangat menginsafkan.
Cuma, buku ini banyak mengandungi kesalahan ejaan dan tatabahasa. Ianya tidak patut berlaku. Sedikit sebanyak ia menganggu proses pembacaan.
Benar seperti apa yang sering aku dengar mengenai buku daripada penulis ini.
Buku beliau benar menginsafkan. Terima kasih atas ingatan yang diberi.
okay. actually macam nak review dalam bahasa inggeris. sebab buku ni pun bahasa inggeris kan. tapi sedar diri. nak membebel banyak kena bahasa melayu. kalau tak, nanti review jadi kelaut. haha. okay kita mula.
ni buku kedua yang aku baca dari penulis Hadi Fayyadh. buku HF ni tak popular mana pun dalam circle bookish friend yang aku tahu. ataupun aku terlepas masa diorang baca tu taktahulah kan. aku tahu nama HF ni pun masa kerja part time tahun 2018 dulu. ada kawan separt time suka sangat kondem aku duk baca novel masa waktu senggang. sebab katanya dia tak baca novel novel mengarut ni. dia baca buku HF je. okay. tu first time aku dengar nama HF. buku ni pun sebenarnya buku adik aku. pinjam sebab dah takda buku nak dibaca.
okay2, ni baru aku start k.
pada pendapat aku lah kan, buku ni sangatlah try hard. buku SDM aku boleh terima lagi. buku ni sangat sangat sangatlah cringe bila bacanya. dengan typonya berlambak. cannot jadi can pun ada. like, you tak proofread dulu ke buku ni? as if orang biasa2 yang sibuk nak terbit buku. tulis kat word, terus print. takde cek apa2. itu pendapat aku lah kan. sebab aku pun dulu berangan gak konon nak tulis something. kemain bukak word tulis cerita. tapi cerita tunggang langgang lah. starting baca pun macam hurm, ayat macam entahla ek nak cakap.
lagi 1 yang aku perasan, penulis suka sangat nak guna perkataan yang di arabkan. like takleh ke tulis je english biasa? yang aku perasan memang banyak ialah 'ibrah'. ape bende tu pun aku tak tahu. sampai sekarang. sebab tak google lagi. and 'nafs'. takleh ke tulis je 'desire'? ayat dan perkataan pun tak seragam. muka surat sekian tulis salat-ul hajat. lepastu salatul hajat pulak. eh? kenapa ek? rasa macam nak marah baca. cerita pun macam redundant je dengan SDM. pulak tu bila dia berjumpa Iqlima. eh. takleh ke buat buku satu2 je takyah nak relate dengan buku lain? bukan series pun?
Buku yang mengingatkan kita ttg neraka. Ttg seorang wanita yg bersama Aleeya Qistina yang di uji dengan putus cinta dan hampir bunuh diri. Kerna terlampau sedih akn hlg cinta manusia maka dia berputus asa dgn Allah hingga mencabar Tuhan dek merajuk dan marah yg meluap2 tp dgn kasih sayangnya Allah tetap menegur hambanya dengan pengembaraan pedih yg dilalui oleh Aleeya.
Sejauhmanakah kita nak cabar,merajuk,protes,marah etc tp jejak bumi Dia,makan dari rezekiNya,nyawa pun hak Dia, badan yg kita guna nk mengamuk tu hak sape??
Ujian itu sekelumit tapi bergunung persoalkan apa yg diberikan tidak adil. Setiap apa yg berlaku pandanglah hikmahNya baik ke buruk yg jadi semuanya ada baik. Lemahnya kita lambat untuk memaknai sebuah hikmah terkadang berbulan bertahun baru sedar. Naskah yg penuh ibrah patut diselongkar.
This book is recommended by my students, they even kind enough to lend it to me. I like how the writer uses metaphors as the way to explain things that we can't imagine like condition in heaven n hell and sin. The writer really touches the readers' hearts by his words. For me, it is a good reminder and I can totally reflect on my faith and religion. Definitely will find more books from Hadi Fayyadh.
I will say good storylines... I don't really feel the emotions and sorrow parts in this book where there should be actually... I don't know... The story is fine... But I'm a bit OCD of the grammatical errors and punctuation and spacing... Spelling and the capital and small letters... So, I was a bit distracted from focusing... Everything else, it's good... A little bit expected but still good...
This entire review has been hidden because of spoilers.
Assalamualaikum, di sini saya sertakan review tentang novel ini , saya habiskan novel ini dalam beberapa jam sahaja, saya beri 5 bintang kerana isi novel ini sangat mendalam dan sesuai di baca untuk mereka yang sentiasa berharap kepada manusia , sesuai untuk mereka yang tengah putus cinta dan berputus asa. Sesuai untuk para wanita2x remaja di luar sana yang sentiasa bermain perasaan .
Namun sini saya sertakan beberapa komen kepada penulis , mungkin menulis tidak mudah tapi saya ingin menyatakan pendapat saya, kerana saya sudah membaca ke empat2x novel anda, buku kali ini agak Complicated sekajap di tempat lain sekejap ke tempat lain, dan bermain dengn masa mungkin ia agak memeningkan pembaca tidak seperti semusim di barzakh penulisan anda direct to the point , plot cerita untuk pembukaan telalu singkat dan terus ke konflik t, saya merasakan penulis terlalu cepat untuk ke plot lain selepas pembukaan sehingga saya merasakan plot2x cerita novel ini terlalu terburu2x.
tahniah saya ucapkan , novel terbaru ini ia sangat mendalam dan berkesan di hati saya seperti novel2x sebelumnya juga.
Jika semusim di Barzakh, saya dapat rasa feeling a long journey ke arah sebuah iktibar dan ibrah yg cuba disampaikan oleh penulis.
Buku Mengintai Aku di neraka, awal plotnya mengisahkan Qistina, yang putus cinta dan membuat keputusan untuk bunuh diri lalu di didorongkan untuk melihat sendiri ibrah. Cuma, jika semusim di barzakh, plot lebih tersusun. Buku ini pula, saya rasa pergerakkan transisi dari satu dimension ke dimension lain secara tiba².
Apa pun, buku penulis Hadi Fayadh banyak ibrah dan pengajaran. Penulis tidak memfokuskan mengenai kisah putus cinta Qistina, tetapi cuba untuk mengajar Qistina bahawa you have Allah in your life, jangan terbuai cinta manusia, hanyutlah dalam cinta Allah.
Seperti biasa, gaya penulisan yg senang nak faham. Disertakan dengan beberapa analogi yg menakjubkan dan yg paling utama, buku tulisan penulis ni ialah penulis berjaya membuatkan kita merasa feel dan menjiwai watak setiap karektor utama. Seolah-olah, kita yg sedang menghadapi pengembaraan tersebut. Apa pun, next book saya nak baca, Semusim di Mahsyar pula.
Kisah perjalanan Aleeya Qistina setelah putus cinta, beliau tekat untuk membunuh diri tetap akhirnya tidak jadi disebabkan sesuatu yang menghalangnya berbuat demikian. Kemudian Aleeya Qistina tekat untuk menjadi seorg hamba yg tidak patuh suruhan Allah beliau pergi kesebuah Kelab Malam, tapi disana beliau bertemu dengan seseorang hamba Allah Swt untuk menunjukkan dia kepada kekuasaan Allah SWT.
Maka perjalanan Aleeya Qistina bermula di dari sebuah tempat ke sebuah tempat dia pergi bagaikan perjalanan yang jauh baginya. Perbagai perkara berlaku dihadapan mata beliau lihat dengan sendirinya. Sungguh mengerikan.
Pertama kali membaca penulisan Hadi Fayyadh, setelah banyak kali di update oleh pembaca kerana kehebatan penulisannya dalam berdakwah.
Cuma bagi saya penulisan kurang "hit" macam ada sesuatu yang kurang pada penghayatan saya. (Ibarat kurang garam/gula dalam masakan) Hanya mesej berdakwah yang mendekatkan untuk lebih terus membaca novel ini.
Macam biasa, 1 bintang untuk grafik kulit buku dan layout yang aku kira cukup bagus. Buku nipun dijilid elok. Aku suka dia punya kertas putih yang bersih dan tetulang yang cukup kemas, takdelah helaian yang tanggal.
Lagi 1 bintang untuk moral dan pengajaran. Sangat baik untuk orang-orang macam aku ni yang sentiasa mencari panduan dan perlukan peringatan.
Aku tengok dah ada editor tapi dari helaian pertama dah bersepah dengan kesalahan. Tak tahulah kut penulis yang degil. Boleh jadi juga.
Masalah naskah ni adalah pada bait-bait kata dia yang melankolik try hard sungguh. Mula-mula rasa marah jugak, lama-lama aku rasa lucu dan terhibur 😆
Kepada sesiapa yang nak baca naskah ni, ingatlah supaya fokus kepada pengajaran yang cuba disampaikan saja. Soal-soal lain tentang isi buku ni, kau kena bertabah jelah hadap 😁
#Qotd: "Itulah dunia, kau perlu bekerja untuk hidup diatasnya, sedangkan akhirat Allah sediakan segala-galanya. Tuhan, bukan hanya untuk orang berduka. Jangan hanya mencarinya disaat kau memerlukannya, tetapi sentiasalah dekat dengannya kerana dia tidak sesekali pernah meninggalkanmu walau sedetik cuma." ........................................................................................ #MengintaiAkuDiNeraka oleh #HadiFayyadh ~ Aleeya Qistina... Dia berduka dek putus cinta maka dia berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Nekad untuk murtad, dia menjejakkan kaki ke pub. Di situ, dia diberi peluang kedua untuk kembali ke jalanNya. ........................................................................................ #AleeyaQistina #8Zulhijjah1441H
Jalan cerita yang cukup menarik, mengisahkan tentang seorang wanita yang berduka kerana ditinggalkan cinta seorang manusia yang belum di ketahui penghujungnya sehingga lupa kasih dan cinta sang pencipta kepadanya
Sangat menyentuh & menyentap hati. Timbul seribu keinsafan setelah habis pembacaan. Tak kurang juga dengan air mata yang tertumpah hahahahahhahahahahahahaha
I can't imagine how the author create the storyline. Really 'something' that beyond my thinking. Full of advice and balasan yg diceritakan in this book really make me insaf & saya percaya this book at least can jentik our heart untuk lebih takut melakukan dosa. Thanks author.
I borrowed this book from my school library, and I regret it.
First of all, there are a lot of typos, spelling mistakes, and grammatical errors in this book. How the hell did the author/editor not catch any of these?
Honestly, when I first read this, it felt like I was reading the first draft of this book.
Here are some of the examples:
• Synopsis: She hesistated instead of she hesitated
• Page 14: Had to taken him away instead of had taken him away
• Page 18: Keys on my hand instead of keys in my hand
• Page 21: Why did he get that lucid scar instead of how did he get that lucid scar
• Page 23: To enjoy our self with iced tea of something instead of to enjoy ourselves with iced tea or something
• Page 25: Chees instead of cheers
• Page 32: Shaped like a old pig's nose instead of shaped like an old pig's nose
There are also mistakes like:
• Uncapitalised Is (i instead of I. For example, page 12: "But why? What did i do wrong?...")
• Missing apostrophes, commas, and full stops/periods
• Missing a word in some sentences (Page 71: Suddenly a very cute little boy appeared, he had blushed cheeks, a thick black sweater.)
• Random words capitalised (For example, page 39: My Adrenaline had become quite sensitive.)
• Some of the sentences don't even make any sense (Page 39: My Adrenaline had become quite sensitive.) WTF does that even mean?
Also, the author keeps switching from writing in past tense to present tense, even when the sentences are written in the same paragraph. (Page 89: My tears start to run, I sat and felt ashamed of myself. My emotion is being admonished, and it made me feel like a very lowly servant.)
Last but not least, the cringey dialogues.
Page 14: "And now you had to taken him away from me? You know what.. because of this, my heart hurts so badly .."
Page 23: "It's not like that hmm ... Should I tell you the truth? " (It's written exactly like this in the book, I kid you not.)
And the part where the MC got slashed by a kid, page 73: "Arghhh ... the pain ..."
DNF the book.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Terbaik novel ni. Kalau novel Semusim Di Barzakh telah mengajar kita untuk redha, novel Ketika Azazil Berputus Asa telah mengajar kita untuk percaya bahawa Dajjal itu pasti akan tiba, novel Semusim Di Mahsyar telah mengajar kita untuk tidak menderhaka kepada ibu bapa, maka novel Mengintai Aku Di Neraka ni pula telah mengajar kita bahawa tiada perkara yang tidak mustahil akan berlaku jika Allah berkehendakkan ia untuk berlaku, walaupun perkara tersebut di luar batasan logik akal manusia.
Dan salah satu perkara yang saya dapat daripada novel ni mengenai Iblis ialah :
"IBLIS AKAN BERPUTUS ASA DENGAN PERKARA BESAR, TETAPI SESEKALI TIDAK BERPUTUS ASA DENGAN PERKARA REMEH."
Ya, kita semua telah terpedaya dengan jarum halus yang menusuk masuk ke dalam hati kita tanpa kita peduli yang ianya telah menjadi sebati dalam diri kita 😥