Tuhan, aku sungguh malu, betapa banyak dosa aku. Nabi, umat macam apakah aku ini; cucunda kesayanganmu hancur diseligi sedang aku masih solawat tanpa meratap dan menangis akan korban di Karbala ini. Nabi o Nabi, layakkah aku maraih syafaatmu di akhirat nanti andai apa jadinya di Karbala pun tak aku peduli.
Sebagai tukang seru perpaduan dalam Islam Faisal Tehrani tidak pernah peduli asalkan halaman kebenaran dapat dibabarkan untuk bacaan kita.
Karbala adalah sejarah dan akar revolusi yang mesti dihayati.
Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.
Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2.
Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P
Aku memang meminati karya FT. Karbala antara salah satu karyanya yang gagal aku miliki. Naskah ini aku jumpa di perpustakaan ASWARA. Sangat beruntung belajar di sini kerana ada naskah haram ini. Terima kasih Dr. kerana meletakkan naskah ini sebagai wakaf untuk pelajar dan bahan kajian di sini.
Macam biasa, FT dengan style khutbahnya memang tak boleh lari. Walaupun ini skrip drama pentas, tapi ya rabbi punyalah panjang dialog.
Keseluruhannya penceritaan yang baik. Ending yang menyayat hati. Karbala ada 3 babak, dan babak ini FT build dari POV yang berbeza. Nice jugak perspektif macam ni. Tak pernah terfikir pun drama pentas pun boleh buat macam ni.
Tidak banyak karya tempatan yang membicarakan tentang peristiwa berdarah di Karbala. Mungkin kerana di rantau ini kita dimomokkan bahawa peristiwa pembantaian Imam Husein as di Karbala lebih disinonimkan dengan Syiah. Jadi sesiapa yang membicarakan tentang Karbala secara tak langsung seperti berasosiasi dengan pengikut Syiah. Sedangkan Imam Husein bukan milik mutlak Syiah semata, Imam Husein cucunda Rasullullah saww yang kita cintai. Dan bagi saya sendiri, ini baru buku kedua tentang tragedi Karbala yang saya baca dalam bahasa Melayu. Buku pertama Ada Apa dengan Karbala saya baca dua tahun lepas. Sedangkan Peristiwa di Padang Karbala yang turut FT sebutkan dalam Wawancara dengan Faisal Tehrani dalam Majalah Dewan Sastera yang dimuatkan dalam buku ini masih dalam timbunan TBR saya.
Buku yang dinukilkan dalam bentuk skrip drama pentas ini sedikit sebanyak mempengaruhi mood bacaan saya. Maaf FT, tetapi buku ini "kurang" memicu emosi saya. Ia kurang meninggalkan kesan seperti yang saya harapkan. Mungkinkah kerana dialog-dialog panjang itu lebih umpama seperti syarahan? Atau kerana banyak dialog yang ulang-berulang? Sedikit kecewa sebenarnya kerana saya benar-benar berharap buku ini lebih mengesankan sebagaimana ketika saya baca sejarah Karbala yang lain. Namun saya yakin, jika drama ini dipentaskan dan dialog-dialog tersebut dilontarkan oleh pemain persembahan ta'ziyah, ia akan memberi impak yang berbeza.
Saya bagaimana pun tertarik dengan Kertas Kerja - Sejarah Boria yang dimuatkan di penghujung buku. Terima kasih atas ilmu baharu tentang boria dan ta'ziyeh. Dan tidak semena-mena sahaja saya teringat bahawa di India, yang majoriti penduduknya beragama Hindu, hari Asyura adalah hari cuti umum. Tidaklah menghairankan sebenarnya kerana pejuang kemerdekaan mereka, Gandhi pun banyak menyebut tentang pengorbanan Imam Husein. Aneh kerana kita (saya) yang Muslim sendiri sukar untuk mengenang dan menyebut-nyebut tentang perjuangan Imam Husein. Dan tersentap juga dengan nukilan FT: Ya Allah, umat macam apa kami ini. Pada hari Asyura hari keluarga suci Rasulullah dibantai dengan penuh dahsyat kami bergembira ria. 10 Muharam orang memasak bubur-bubur pelbagai warna. Hari yang sepatutnya bersedih kami di sini bergembira dengan makan dan minum. Sedang keluarga Nabi kelaparan, kehausan dan dibantai sampai syahid, terputus macam-macam anggota.
Jadi begitulah. Bagi saya yang sudah mengetahui sejarah Karbala, buku ini kurang membekas seperti yang saya harapkan. Namun tidak dinafikan buku ini mungkin menjadi katalis untuk pembaca buku bahasa Melayu untuk lebih menggali, mengkaji dan seterusnya mengarifi sejarah berdarah Karbala. Malang sahaja buku ini sudah diharamkan pada tahun 2015 selepas 9 tahun (disirikan dalam Dewan Sastera Disember 2006-Julai 2007, diterbitkan dalam bentuk buku 2008), dan mereka yang terlambat memilikinya perlu bekerja keras dan menyediakan ongkos yang lebih untuk mendapatkan buku ini daripada kolektor buku-buku tempatan.
Merinding bulu roma membaca kisah pemergian Imam Hussein bin Ali bin Abi Talib ke Rahmatullah di tengah keasingan Karbala. Dalam kehausan tidak jauh dari Sungai Furat, antara rengek anak-anak dan wanita ahlul bayt, diratah senjata dan dipenggal kepalanya yang pernah diciumi Nabi s.a.w.
Turut terkorban adalah dua orang anak Imam Hussein, Ali Akbar dan Ali Asghar. Ramai lagi antara 72 orang ahli rombongan atau menurut sesetengah riwayat, kurang daripada 100 orang para sahabat turut mempertahankannya dan dijulang kepala masing-masing di hujung senjata oleh kumpulan Yazid bin Muawiyah.
Sekian lama tidak menggauli rentetan sejarah politik Islam yang tragis, Karbala Faisal Tehrani benar-benar menggugah saya untuk melihat dengan lebih dalam dan akrab di mana kita umat Islam sebenarnya berada.
Tragedi Karbala ini mungkin hanya disampaikan kita secara sayup-sayup sahaja, tidak ditekankan sehingga diangkat sebagai suatu kesenian drama khusus dipanggil Ta'ziyeh atau Ta'ziyeh khvani di Iran, tetapi drama ini mampu menyusupkan semangat kebangkitan melawan kezaliman yang bukan sedikit ke dalam hati-hati manusia.
Barangkali ada yang akan menuduh, bahawa penyebar kisah tragedi Karbala itu layak digelar penyebar Syiah. Namun saya enggan terlibat dalam tuduhan itu sama sekali. Faisal seperti yang beliau sendiri pertahankan, memang layak memperkatakannya sebagai seorang penulis dari kalangan 'ustaz'. Teliti juga syair Imam Shafii yang mendambakan dirinya sebagai Rafidhah, kalau Rafidhah itu adalah kecintaan kepada keluarga Nabi s.a.w.
Entah bagaimana kalau drama ini dipentaskan, saya bayangkan di Panggung Sari dengan hebatnya - pasti banyak air mata yang tumpah dan kepala yang tergeleng-geleng sukar mempercayai, seburuk itu cucunda Nabi s.a.w. telah diperlakukan. Kalaupun tidak di Panggung Sari yang serba canggih itu, cukup di perkarangan Masjid Negara, atau Pekan Frinjan Shah Alam, atau Annexe Central Market - di mana-mana sahaja. Tentu dapat diangkat sebagai suatu pembudayaan seni jalanan nada baru yang alternatif.
Sayang saya tiada latar belakang seni drama atau teater, kalau tidak mahu juga rasanya mencuba nasib sebagai orang seni persembahan pula, mengumpulkan sekian ramai anak-anak mungil sekolah rendah mempersembahkannya, tentu cukup indah.
Pengetahuan saya tentang peristiwa genosid ke atas keturunan Rasulullah SAW di Karbala sememangnya teramat cetek. Selain hanya mengetahui permukaan kisah di sebalik Hari Asyura yang menjelang saban tahun, tiada sebarang pendedahan meluas yang jitu ditemui. Sehingga bertemu jodoh dengan buku berkonsepkan drama pentas ini, tajuknya sahaja pantas sekali merentap kalbu.
Bagi sesetengah masyarakat negara ini, Karbala sinonim dikaitkan dengan Syiah yang tak pernah sunyi dikontroversikan. Tetapi berapa ramai yang benar-benar mengerti apa itu Karbala? Faisal Tehrani cuba menyuluh dengan cara paling mudah difahami seperti yang dibudayakan di beberapa negara Islam setiap tahun yang dikenali sebagai ta'ziyeh. Dengan ini pembaca dicelikkan akan perihal yang menimpa cucu cicit baginda Nabi dan Rasul akhir zaman iaitu Imam Husein serta 72 keluarga dan sahabatnya (menurut sesetengah riwayat kurang dari seratus). Sesuatu yang paling dikesalkan kerana sejarah tragis penuh kezaliman ini dicetuskan oleh sebahagian umat Islam yang turut bersaksikan Tuhan dan Rasul yang sama.
Antara pengisian lain yang menarik untuk diberi perhatian ialah kertas kerja berkenaan sejarah boria. Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa boria yang popular dipersembahkan di Pulau Pinang adalah sebenarnya diperkenalkan oleh kelompok minoriti penganut mazhab Syiah pada suatu masa lalu yang dibawa ke rantau ini. Objektif penyampaiannya tetap sama dengan ta'ziyeh cuma zaman telah mengubahsuai boria dan akhirnya terpesong jauh dari tujuan asal. Setelah menghayati karya ini, mungkin pandangan saya terhadap hari yang disambut dengan bubur Asyura bakal berubah sama sekali.
Written plays have never gone down well with me, because I have to rev up ye 'ol imagination to even appreciate what's going on.
This book is no better. But worse, it reads as one whiny whingeing puff of air to an otherwise tragic and heart-rending story. There is no bite. There is no emotional hook that reels the reader in. And the unforgiveable for me, is the fact that it supposes that the reader knows the what-why-when-hows of the tragedy of Karbala. In short, there is no STORY.
Just about the only thing I learnt from this book, is the fact that such plays called "ta'ziyeh" are performed religiously in Iran. Perhaps if I understood the Iranian language and attended one, I'd understand the emotions better. But once invoked in Malay and stratified with choruses that are written to menangis mendayu-dayu, then heh, this is not for me. All I see in this book are characters asking why why why did you not protect Imam Husein, Prophet Muhammad's grandson. That, in itself, does not make a story.
So, Tehraniyyuns, do your worst. I still don't like this book. Not one whit. But Faisal Tehrani, I have not given up on you.
Secara jujurnya saya agak kurang mengetahui secara terperinci mengenai peristiwa karbala.Penjelasan (dari sudut pandang penulis)tentang peristiwa karbala membuatkan saya terfikir sejenak dan saya juga masih lagi tercari cari sumber lain mengenai peristiwa ini.
p/s: Faisal Tehrani sentiasa memberikan ilmu yang baru kepada pembaca.
Jarang-jarang sekali kisah Saidina Husein dapat dibaca dan diteladani tatkala bayangan 'syiah' menjadi bayangan yang menakutkan. Walaupun dipersembahkan dalam bentuk skrip teater, kepiluan dan kesedihan terhadap peristiwa yang berlaku ke atas cucunda baginda Nabi Muhammad ini dapat dirasai. Dari sudut lain, makalah yang menampilkan perbandingan antara boria dan teater takziya boleh diteliti lebih lanjut atas persamaannya dalam memperingati tragedi karbala. Boria sekarang dikatakan sudah berbeza dengan rupa asalnya ketika dibawa ke Tanah Melayu, lantas perlu digali semula agar dapat dikenali wajah sebenarnya yang sudah samar-samar pada ingatan sejarah
Ta'ziyah mengenang peristiwa yang berlaku di padang pasir Karbala, Iraq pada 1-10 Muharram 61 Hijrah.
"Tuhan, aku sungguh malu, betapa banyak dosa aku. Nabi, umat macam apakah aku ini, cucunda kesayanganmu hancur diseligi sedang aku masih selawat tanpa meratap dan menangis akan korban di Karbala ini. Nabi o Nabi, layakkah aku meraih syafaatmu di akhirat nanti andai apa jadinya di Karbala pun tak aku peduli."
Penjelasan (dari sudut pandang penulis)tentang peristiwa karbala membuatkan saya terfikir sejenak dan saya juga masih lagi tercari cari sumber lain mengenai peristiwa ini.Perkara dan pengetahuan yang sangat baru bagi saya .
"Umat macam apakah aku ini; cucunda kesayanganmu hancur diseligi sedang aku masih solawat tanpa meratap dan menangis akan korban di Karbala ini. Nabi o Nabi, layakkah aku maraih syafaatmu di akhirat nanti andai apa jadinya di Karbala pun tak aku peduli."