Jump to ratings and reviews
Rate this book

Detour

Rate this book
“But this is not a game. This is about your life, Raudhah.”

Nama aku Raudhatul Hifza.

Tiada yang istimewa tentang diriku. Aku cuma ingin memberi harapan kepada Amir Talhah untuk terus hidup. Kerana aku pernah gagal membantu seseorang. Dan aku tidak mahu ia berulang.

Aku tak pasti sama ada kau memang nak tahu cerita kami, atau kau cuma nak tahu apa yang jadi pada Talhah - dan kenapa dia asyik menyebut namaku dalam diarinya, Hiatus.

Kalau kau juga ingin membantu, teruskan membaca kisah aku;
aku yang cuba membawa Talhah keluar daripada kekusutan hidup - depression, self-harming, suicidal - meskipun hidupku sendiri sudah sedia rumit.

Aku hanya ingin mencari bahagia - adakah akan aku temui akhirnya?

271 pages, Paperback

First published January 26, 2018

5 people are currently reading
77 people want to read

About the author

Raudhatul Hifza

1 book5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
50 (28%)
4 stars
63 (35%)
3 stars
44 (24%)
2 stars
14 (7%)
1 star
7 (3%)
Displaying 1 - 30 of 35 reviews
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
April 22, 2020
Seronok baca buku ini.. Gaya penceritaan penulis berjaya buat Sha baca tanpa henti.. Kisah Raudhah yang biasa tapi isinya luar biasa.. Suka nak tahu apa yang terjadi seterusnya antara Talhah dan Raudhah.. Semoga penulis terus berkarya..
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
February 16, 2019
Detour memperlihatkan sedikit hidup Raudah, dan pada persfektif Raudha. Pada saya buku ini seperti hanya sebahagian darirpada kisah yang belum tamat. Barangkali kita hanya mampu melihat kepada sebuah permulaan, yang semakin buat kita lebih tertanya-tanya.

Dan saya tahu ada kesinambungan buat kedua-dua kisah Amir Talhah dan Raudhatul Hifza. Kisah mereka tidak boleh berakhir di sini. Kerana kita yang membaca sudah menjadi seperti bahagian di dalam kisah ini, jadi saya berharap untuk sama-sama juga berada di dalam pengakhiran kisah ini.

There should be another day untuk mencari bahagia.

All and all I love the story. Banyak persoalan sebenarnya timbul bila baca Hiatus dengan Detour, dan sungguh our mind as a reader only limited to knowing what the writers had shared.
Profile Image for Hamidah Effendi.
370 reviews3 followers
March 5, 2025
Jawapan kepada ending adalah beginning..agak2 aku je..sebab ending tergantung dekat airport tapi kalau baca balik starting macam terkait..ntahlah🫣

Mula2 aku geram dengan watak Asyraf, kalau ko memang tak lurus kenapa nak khawin. Adakah semata2 nak menjaga nama yang dah famous😒 dah cerai contact lagi tak malu lah mamat ni...apa lagi dia nak..😵

Thalhah pula dia sebenarnya perlukan doktor je bukan Raudhah, macam tak betul dah budak tu bagi akulah...

Bolehlah geram jugalah membaca buku ni🙂‍↕️ part si asyraf tulah...
337 reviews15 followers
May 10, 2018
Mencari bahagia disebut pada setiap akhir bab. Bahagia itu subjektif bukannya terhad pada perkahwinan bagi seorang wanita. Raudhah yang dianugerahi karier kedoktoran, pendakwah dan penulis, masih mencari bahagia setelah menghadapi derita perkahwinan. Kisah Raudhah menggunakan latar belakang aktiviti usrah pelajar luar negara dan isu masalah jiwa pelajar cemerlang. Cerdik minda tidak menjamin tenang jiwa.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
434 reviews40 followers
March 7, 2020
There was so much hype about this book. But, it was so bland. Bahasa kasarnya, agak membosankan. The characters' personality are flat and round. There's no ups and downs. Mendatar. Agak menjengkelkan bila hampir setiap bab diakhiri dengan 'Mencari bahagia'. Nasib baik buku pinjam. Kalau beli, rugi duit.
Profile Image for Surah.
46 reviews
January 3, 2019
I like everything EXCEPT the cliffhanger and the self-praise 🙄 LOL
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
December 8, 2020
[eBOOK 88]

Detour by Raudhatul Hifza.
.

Arghhh...stressssss dengan endingnya. Kenapa? Kenapa? Kenapa?
.

This book is supposed to be an amazing one, kecuali endingnya yang tergantung tu je. Hurm. menyakitkan hati dan perasaan.
.

Okay, aku randomly baca buku ni without knowing what the story is all about and without reading the blurb. Dan memang dari awal lagi, buku ni memang best. (pada pendapat aku la. what is best for me might not be the same to you)
.

Lagipun, aku rasa background of the story, rasa macam dekat di hati gitu.
.

Ceritanya, Raudhatul ni doktor. Dia juga aktif dalam bidang usrah dan dakwah. Cerita ni bermula bila dia join satu ceramah kat Rusia dengan panelis Amir Talhah. Mula-mula tu, dia macam tak selesa sangat ngan Talhah ni sebab Raudhah kan budak usrah, yang menjaga ikhtilat semua, Talhah ni pulak, macam selamba je tidur terlentok kat bahu Raudhah, bercakap bertentang mata ngan Raudhah, bercakap dekat-dekat. Tapi, once Raudhah dengar Talhah duk bersemangat berceramah, dia somehow jatuh suka. Tapi Talhah ni muda 12 tahun daripadanya, masih medical student.
.

Pastu ada selang-seli flashback cerita perkahwinan Raudhah ngan Asyraf yang terkandas di tengah jalan. Basically, at the first place, Raudhah jatuh suka ngan Asyraf masa dia nampak Asyraf berceramah. Tanpa sedar, di depan masyarakat, Asyraf begitu, di belakang, lain yang terjadi. Sehinggakan mereka akhirnya bercerai.
.

Pastu, cerita tentang Talhah ngan Raudhah ni baru je nak bermula. Tapi ada rahsia yang disembunyikan oleh Talhah. Pastu yang aku geram ialah, pada hujung cerita, mereka dah janji nak jumpa, tapi Talhah tak dapat dihubungi. Ahhh...apa yang dah jadi ni? Pastu tamat. (hurm, aku punya sakit hati pun tak habis lagi ni)
.

Apa yang aku suka ialah disebabkan Raudhah ni doktor, banyak benda real di hospital yang diselitkan. Best la. Dan ada jugak part depression yang diselitkan.
.

Pasal budak usrah vs non usrah tu pun, somehow aku setuju je. Sebab dulu pun, aku selalu fikir benda yang sama. hahahah
.

Kesimpulannya, i need a sequel please. Apa ni, cerita tergantung tak bertali ni???
2 reviews
February 4, 2018
Raudhah ... sosok yang memesona

Aku pertanyaan kepadanya, Apakah dia seorang malaikat atau seorang yang sangat Naif ?

Raudhah adalah sosok yang sangat langka. Dia memiliki hati bagai malaikat, selalu kebaikan saja yang difikirkan. Meskipun hubungannya dengan Ashraf tidak berhasil, ketabahan Raudhah dan kesabarannya selalu melahirkan rasa kasih dan sayang pembaca kepada dirinya.
Namun apakah dia akan mengulangi kisahnya dengan Ashraf pada perkenalannya dengan thalhah ? inilah esensi pertanyaan saya terhadap Raudhah ... kamu malaikat atau manusia naif ?

Bagi saya buku ini sangat emosionil, banyak pesan-pesan agama yang disisipkan tanpa rasa ingin menggurui, ringan dan tepat sasaran.

Sebagaimana Hiatus, penulis buku ini, Raudhah menulis dengan kekuatan emosionil yang cukup kuat. walaupun demikian sangat terasa bagi saya sisi maskulin raudhah dalam percakapan-percakapannya ... raudhah dapat meluahkan emosinya dalam buku ini namun tak dapat menutupi sisi maskulinnya, apakah Raudhah ini seorang wanita yang tomboy ? sebaiknya kita baca bersama-sama buku bagus ini.

selamat membaca !
4 reviews2 followers
March 4, 2022
Sambungan daripada kisah Amir Talhah dari Hiatus. Masa nampak buku ni dan baca tajuk buku rasa macam eh.... Ada sambungan kisah Talhah la.. Punya excited. Huhu.

Cerita dari sisi Raudhah. Ayat lebih soft dan lenggok bahasa lebih tenang berbanding Hiatus. Mungkin dari sisi seorang perempuan.

Untuk mencapai bahagia, kita perlu melepaskan apa yang selama ini menjadi punca derita. Seperti sakit, untuk merawat, kita harus melepaskan apa yang menjadi punca kesakitan.

Tapiiiii.. Ending dia tergantung.. Hukhuk.. Please la ada sambungan cerita ni. Nak baca penamat kisah Raudhah dan Talhah.

First time saya baca novel saya rasa perbezaan wanita 12 tahun lebih berusia daripada si lelaki itu tak memberi apa-apa kesan untuk menjadi pasangan. It's okey, 12 tahun je kot. Tak tahu macam mana penulis menulis, tapi kita yang menghayati dan membaca dapat rasa tak ada masalah kalau jarak usia beza banyak tu. Mungkin disebabkan sikap Talhah yang agak matang?

Tak kisah apa orang review, saya suka kisah Amir Talhah dan Raudhatul Hifza ❤️
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
January 31, 2023
🩺"...Kekurangan neurotransmitter ini menyebabkan mereka rasa depress. Macam mana boleh kurang? Sebab adanya trigger yang menyebabkan jiwa mereka tertekan. Ada juga pesakit yang dapat depression disebabkan keturunan."

🩺Ambil masa 3 jam untuk habiskan. Ringkas,padat tak meleret, mesej sampai dan ada beberapa konflik namun lerai dengan bahasa mudah, ertinya faham. Kalau mahu baca Detour nasihatkan baca Hiatus dulu. Secara auto persoalan itu berhubung cantik.Tentang depresi. Mencederakan diri sendiri, bunuh diri, Major Depressive disorder dan sikit hal homoseksual. Ini bukan soal Talhah saja tetapi keterangan dari sudut kefahaman Dr. Raudhatul Hifza, dan tiba waktunya Raudhatul kenali siapa Talhah. Kini, narator buku ini adalah cinta hati Amir Talhah🤗

🩺Aku letak harapan tinggi pada buku ini untuk menjawab segala persoalan di buku Hiatus. Namun, tak semua terjawab. Yang aku suka sebab salah satu aku nak adalah sudut pandang Raudhatul Hifza pada Talhah.😊 Siapa Dr Raudhatul Hifza. Latar belakang dan kisah sebalik nama Soalan terbesar aku mahu dalam Hiatus. " ..andai benar Talhah mahu memperisterikannya, Talhah perlu tahu sesuatu." Ada terjawab.

🩺Seorang terkenal. Doktor, penceramah, penulis, ahli usrah dan ahli perniagaan.Walau kita nampak sesenang mana hidup orang. Bagaimana beliau teruji dengan hidupnya bersama Asyraf. Sempat juga rasa nak maki dengan namanya lelaki sebegini. Dr.Raudhah aku suka semangatnya, selepas nekad keluar dari kisah pahit.Sikap profesional melayan perangai Talhah dan berprinsip. Raudhah yang menjaga maruah namun aku tersenyum telatahnya saat bersama Talhah yang jenis open, tak berapa Islamik itu😅 Ada rasa berbunga saat tahu isi hati Raudhah🌼

🩺Cerita ini bukan untuk dendangkan baik-jahat atau jahat-baik tapi untuk berempati dengan semua watak yang bergelut dengan ujian masing². Setiap orang ada sisi yang cuba kita lindung untuk tatapan orang, walau serapat apa pun kita.📌

🩺Buat rasa ingin tahu yg tinggi hal Asyraf, walau ada sikit diterangkan tapi tak duga dia kembali di akhir cerita🙄Open ending,Raudhah pilih siapa? Nak lebih lagi sebenarnya😞🙏🏻
Profile Image for Hanis Amanina.
11 reviews2 followers
March 27, 2018
I bought the book just with the goal to complete the story I've read from Hiatus, I mean from Raudhah's point of view. It is a good, simple book to be honest and I managed to read it within 3 hours.

Reflection from this book:
- never get married to someone just because he/she is from the same halaqah or same gerakan dakwah. Get to know first - depends on how you want it to be, via friends, meeting accompanied with family members etc.
- don't proceed with marriage if you don't want to get married at the first place. Don't break another heart.
- it is going to drain someone to handle a depressed person. He/she needs to prepare well for this.
- be a person that can bring someone towards Allah (together with us), insyAllah.

Another open-ending book. I wish the author can go further beyond this.
2 reviews
April 10, 2019
Dulu aku fikir, lebih elok bercinta selepas kahwin. Mungkin lebih diberkati (kononnya x trcemar dgn ikhtilat)

Tapi lepas baca kisah perkahwinan Raudhah dgn Asyraf, aku baru tersedar yang perkara sebegitu tak mustahil untuk berlaku. So kene lah jugak berkenal2 especially utk tahu adakah org tu dapat menerima diri kita seadanya atau tak

Selain tu, aku tersentuh jugak part Raudhah diuji dgn sikap Asyraf. Waktu tu Raudhah dah cuba sedaya upaya dia utk jaga perkahwinan tu, tapi tak berjaya. And sepanjang tempoh tu, dia memperbanyak ibadah dan tafakkur kpd Allah, and waktu tu dia dapat kemanisan ibadah yg dah lama x dirasakan.

That hit me hard. As I look back (muhasabah), most of my prayers or ibadah are done as it was just a routine in my life. A routine until I forgot that my prayers should be done to seek Allah's redha. Astaghfirullah
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews64 followers
June 23, 2019
A follow up to Hiatus, but now told from the perspective of Raudhatul.

Hiatus ends each chapter with ‘another day’. This book follows the similar annoying pattern. ‘Mencari bahagia’ now closes each chapter. Wrong move, in my opinion. Instead of appearing as pelengkap buat buku pertama, Detour dah semacam klon.

Watak-watak tak realistik sebagaimana komen-komen saya sebelum ini bagi buku Hiatus.
Summing all, it’s basically a world of usrah folks full of hypocrites. To the point that it’s hard to sympathize with any of the characters. Especially the main protagonist. From her monologues, watak ini perasan bagus. Her dialogues and thoughts are somewhat cringy.

As usual, ending tergantung. I don’t mind bahasa rojak sometimes, but ‘meng-order-kan’ and ‘ber-partner’ is just damn lazy.
Profile Image for Maisyara.
7 reviews
April 24, 2024
• Buku yang saya habiskan dalam sehari dalam masa 3 jam?

• Firstly, bila baca saya perasan memang buku ni bukan Mato yang tulis. I thought of the possibility Mato writing in Raudhah's POV tapi cara penulisan memang macam ditulis oleh perempuan. Bagi saya, POV Raudhah chill tetapi agak cringe disitu part cinta/dll.

• Bagi saya, buku ni biasa je sebab mendatar. Tak boring, menarik je tapi tidak mendalam, dia macam complementary buku kepada hiatus, nampak sisi Raudhah tetapi tiada cerita/moment lain dengan Talhah.

• Open ending yang tah papeeer. Should've write the peak plot, baru macam lagi menarik sikit. and patutnya ada pengakhiran yang menerangkan apa jadi selepas ending Hiatus. Entahlah.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Miss Faz 🌸.
5 reviews
July 9, 2019
This book is a bit confusing to me 😅. However, I really like the way the author talks about self-harming, major depressive disorder, suicidal & a little bit of homosexual. Great information shared to the readers. Maybe can interpret more on that and also let the readers know how to handle the situation properly. There’s a lot of good messages & advices especially on marriage and relationships. Not sure what happen to Talhah & Raudhah at the end, but I hope there’ll be a sequel to it. Good job & keep up the good work..!
Profile Image for Mohd Syamirulah Rahim.
Author 8 books11 followers
September 23, 2019
A good effort bringing out the issue of mental health among not only geng2 usrah but also the worrying lack of knowledge among medical professionals. The clueless Dr. Raudhah in handling Talhah's ups and down is realistically irony, given the fact that she's a doctor, so perhaps she, of all people, should know better. The potrayal of Talhah, a mental illness sufferer to be seen as "cool", "handsome", "mysterious" doesnt help with the stigma either. Mental illness is not a cool thing.

The scene of Talhah cutting is an unnecessary trigger.
Profile Image for Ummu Soghir.
57 reviews8 followers
February 23, 2021
Kali kedua mengulang baca buku ini dan jatuh cinta sekali lagi. Gaya penceritaan yang hampir sama dengan Hiatus namun lebih sopan dan teratur. Suka dengan plot dan susunan karakter. Teringin nak tahu kisah Asyraf pula. Dan sudah semestinya nak sangat baca lanjutan kisah Raudhah dan Talhah. Tolong sambung dwilogi ini sehingga menjadi trilogi dan seterusnya. Saya pasti akan menjadi pembeli pertama! 🙋‍♀
Profile Image for Fatimah.
293 reviews25 followers
September 12, 2018
I like how the author portrayed her feelings, thoughts and struggles honestly. People(even orang yang pernah/tengah join usrah tu sendiri) usually have this expectation that orang yang join usrah ni baik macam malaikat—tak ada mistakes or struggles—padahal diorang pun hanya manusia biasa yang tengah berusaha nak jadi lebih baik jugak. That’s why they joined usrah.
Profile Image for Tea.
24 reviews
March 19, 2020
**Warning: this text may contain spoilers** "... Kita tak perlu mengorbankan diri kita untuk membahagiakan orang lain, you can still be happy while trying to help other people. Try to find your own happiness first.", h. 248.

".. Terkadang ka hanya di depan mata. Kita hanya perlu terbuka menerimanya. ", h. 251.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Fatin Allen.
117 reviews36 followers
March 4, 2018
Sinopsis != content. The writing style is not appealing as much as Hiatus. Maybe I hoped too much on this book but it came out ordinary. The element of surprise and/or tension is not well established. Overall, it was okay.
Profile Image for Siti Khairulbariah Sahbudin.
17 reviews
January 20, 2021
Relaks seperti menonton sebuah drama. Bagi saya sesuai di baca oleh pelajar atasan. Banyak mengajar tentang redha dengan kehendakNya, sabar dalam menghadapi ujian.

Walaupun akhiran cerita seperti tergantung tetapi ia membuatkan pembaca ingin terus meneka penyudah cerita. Walaupun dikatakan ia berdasarkan kisah benar. Tahniah kepada Dr 😊
117 reviews
July 3, 2021
3 jam untuk habiskan Detour. Bacaan yang ringan dan santai walaupun sakit hati dengan Asyraf. Kisah Asyraf mungkin menarik jika diolah.

I tried to combine pieces from Hiatus but failed to do and keep going until I reached its end. Kecewa dengan pengakhiran yang sedemikian rupa.
Profile Image for Hanis Afifah.
99 reviews6 followers
November 26, 2021
Banyak perkataan yang ada dalam bahasa Melayu, tetapi diganti dengan penggunaan perkataan bahasa Inggeris yang tak munasabah. Contohnya, flight, tray, mall, dll. Watak utama sepertinya tiada arka yang dicapai penghujung cerita. Penghujung cerita awalnya menjengkelkan, tapi kemudian saya reda.
Profile Image for Nazihah Mohd Shafie.
10 reviews2 followers
February 6, 2018
Cerita yang sangat - sangat tergantung. Mohon ada sambungan dan jadikan sambungan itu pengakhirannya.
Profile Image for Kdjxh.
108 reviews4 followers
May 12, 2019
Im not satisfied. I want more.
Profile Image for Amirah Aris.
139 reviews2 followers
July 12, 2020
Detour ni sambungan Hiatus tapi daripada perspektif Raudhah. Tapi cerita dia tergantung. Nak tahu lagi apa jadi pada Talhah. Sambungan macam lambat lagi je.
:')
Profile Image for totesintobooks.
374 reviews16 followers
November 21, 2020
i prefer raudha’s side of the story than talha in hiatus. enjoyed this! can’t wait to read the continuation.
Profile Image for Ubi.
314 reviews
May 17, 2021
Yg ni ok sikit dr hiatus. Penceritaan side raudhatul dan sedikit side budak tomato juga.
Displaying 1 - 30 of 35 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.